Showing posts with label artwork. Show all posts
Showing posts with label artwork. Show all posts

Thursday, 30 May 2019

Artwork Affection!

Hello Mei! Dah nak habis bulan Mei, baru aku nak update. Sorry gais (loyal readers, half loyal readers or passerby), ada banyak kejadian bulan ni. Plus, aku dapat banyak kejutan at the end of April, berterusan sampai sekarang dan aku masih rasa macam... mimpi ke?

Okay, entri kali ni pasal artwork. Bertemakan affection. Anda pelik? Biasanya artwork aku ni bertemakan dark and eccentric. Kenapa aku berubah? Taklah, kali ni aku memenuhi permintaan orang dan aku try nak join buat cover buku. Tapi itulah, tahun ni memang penuh dengan affection, aku pun tak sangka sebenarnya. Well, Tuhan nak bagi aku rasa bahagia lepas aku sakit jiwa tahun lepas, kenapa nak stres bila boleh happy?

Alright, ini dia artwork aku.

Artwork ni aku buat untuk rakan penulis si Rinni Issac, 1st attempt. Bertemakan bulan dan cinta. Aku try masukkan elemen misteri. Entah sampai ke tidak perasaan misteri tu, aku pun tak pasti.

Yang ini 2nd attempt aku buat tema yang sama macam di atas. Tapi aku nak artwork kali ni lebih mellow, ada sense of admiration. So far, ada yang komen aku berjaya sampaikan perasaan tu. Hmm, pat on my back.

Untuk artwork ni, aku sebenarnya nak try buat cover buku versi melayu Hanna Alkaf. 1st time aku try, so hasilnya memang agak neraka sikit (sikit ke banyak?). Walaupun aku tak berjaya, tapi sedikit sebanyak aku dapat pengalaman baru.

Okay, artwork ni 2nd attempt aku. Tema masih sama, percubaan nak buat cover buku. Tapi aku implement elemen chibi yang lebih comel. Ada yang bagi komen, artwork ni cantik kalau dibuat button badge. Ada jugak yang bagitahu, artwork ni mengingatkan mereka dengan buku Dilan.

Artwork ni kawan satu sekolah request. Sebenarnya artwork ni 2nd attempt. Tapi aku malas nak upload yang 1st attempt sebab aku lagi suka yang ini. Tak pasal-pasal aku banyak lukis tema sawit tahun ni, hahaha!

Seterusnya, tema pasangan untuk sekali lagi. Yang ni kawan satu sekolah, satu kelas dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6 Atas buat request. Aku buat sepantas dan se-simple yang boleh. Again, tema sawit. Bukan 1 tapi 3 aku buat.

Ini artwork yang kedua untuk member aku tu.

Dan ini yang ketiga. Lepas tu aku berazam aku tak nak lukis benda sweet sawit lagi.

Haha, ye lah tu. Lepas tu aku lukis yang ni pulak. Based on someone's dream. Dia bagitahu aku pasal mimpi dia yang misteri, mimpi yang terjadi pada bulan 9 tahun lepas. Dia nak tengok mimpi tu dizahirkan dalam bentuk seni, jadi aku pun buatlah.

Yang ni 2nd attempt, aku rasa macam aku nak cuba lukis mimpi dia ni sekali lagi. Walaupun aku rasa macam nak taubat nasuha dari melukis benda sweet ni, aku buat jugak. Dia bagitahu aku, dia lebih cenderung ke arah artwork ni sebab hampir macam mimpi dia.

Okay yang ni aku boleh letak tag 'special'. Sebab ada orang gelar aku ni sejenis pasu. Pasu yang rare, unik dan berbeza. Aku sangat appreciate dengan cara dia berfikir sebab aku dianggap sebagai sejenis artifak muzium yang tak ternilai harganya. So sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, aku lukis artwork ni untuk dia.

Okay, aku berjaya update entri ke-3 untuk bulan Mei. Lepas ni ada entri lain menyusul. Stay tuned!

@theMaGi2019

Tuesday, 29 January 2019

Kuching's Street Art Mural

Hai Januari! Tak lama lagi bulan 2 menyusul. Tahun 2019 berlalu just like that. Umur aku bertambah. Dalam masa yang sama, tempat aku membesar pun berubah in a very pleasant way. Bila sebut pasal street art ni, aku rasa tempat yang paling terkenal ialah di Penang Street Art terutama sekali mural dua orang kanak-kanak naik basikal. Aku teringin nak jenguk tempat tu masa aku pergi ke Pulau Pinang pada tahun 2014. Tapi hajat tak sampai.

Kemudian, perlahan-lahan aku nampak Kuching mula ambil inisiatif untuk mengangkat budaya, seni, kraftangan dan masyarakat melalui mural. Mula-mula, aku nampak street art yang berbentuk kecil. Tak besar, tapi menarik perhatian. Lama-lama, semakin banyak street art di sekitar Kuching yang bertumpu di kawasan Jalan India dan Jalan Carpenter. Mural di kawasan lain pun dah bertambah.

Jadi pada awal tahun ni aku ambil beberapa keping gambar street art di Kuching. Tak banyak sebab aku tak ada kesempatan nak merayau di kawasan mural hotspot. Aku kongsikan street art yang terkenal di Kuching. So tak perlu pergi jauh-jauh untuk bergambar dengan street art, Kuching pun dah ada street art yang cantik. 

Antara street art yang menarik di Kuching>>
















Street art mural yang lain (bukan dari phone aku):
Image result for orangutan street art kuching themaidensgiedd
credits: malaysia art travel blog
credits: igomakan
credits: igomakan

credits: igomakan
Related image
credits: tripadvisor
Image result for street art kuching themaidensgiedd
credits: robin wong
Image result for mural jalan carpenter
credits: tripadvisor
credits: letsgoholiday
credits: cwfoodtravel
credits: cwfoodtravel
credits: cwfoodtravel



@theMaGi2019

Tuesday, 18 December 2018

Late Inktober 2018

Hai, hai MaGians! Hari ni aku nak update entri Late Inktober. Seriously, aku lambat tahun ni. Lambat gila. Sepatutnya Inktober dibuat bulan Oktober. Tapi bulan Disember baru siap, itu pun aku siapkan minggu lepas, pukul 2 pagi baru masuk tido. Rasa nak pecah bijik mata.

Okay, tahun ni aku join Inktober sekali lagi macam tahun lepas. Ini tahun kedua aku sertai cabaran Inktober yang diasaskan oleh Jake Parker. Aku masukkan gaya circle dalam Inktober kali ni. Aku rasa Inktober tahun ni mencabar sebab aku banyak kerja dan aku berdepan dengan masalah untuk intrepret tema dengan gaya artwork aku. Tapi aku usahakan juga, dengan kekurangan marker pen, drawing pen habis ink, buku artwork pun habis. Semua benda nak habis. Huh~

However, aku berjaya juga dan aku harus memberi pujian kepada diri sendiri sebab rajin buat artwork walaupun ada la sedara mara cakap- bukan boleh buat duit pon. Eh, kisah ke aku? Yang penting, level of satisfaction aku dipenuhkan dengan cara yang betul. Bukannya pergi membawang, mengular atau ganggu hidup orang. Gitew.

So artwork aku ni aku dah share dekat Instagram. Boleh follow aku @hshield. Ada details setiap artwork. Dan aku share artwork kat sini pulak. Hope korang suka and enjoy!





Saturday, 15 September 2018

Art-Therapy: Oddly Satisfying (II)

Hello September! Yeah, aku akhirnya dapat update entri untuk bulan ni. Of coz aku banyak kerja tapi aku tak boleh tinggal donia blog aku ni. Aku dah memblogging since 2011, aku akan continue merepek sampai aku dah tak tahu nak merepek apa.

Dan seperti yang aku janjikan dalam entri Oddly Satisfying (I), kali ni aku nak bawakan siri artwork yang kedua. Pelik seperti biasa, sebab kalau tak pelik bukan aku la tu. Bulan ni emosi aku improve sikit walaupun otak serabut. Emm, secara keseluruhan aku rasa aku maintain pelik as usual. Walaupun ada yang mengkritik kepelikan aku, aku rasa aku perlu peduli ke? 

Being different is different. And it makes me unique as a person (or virus, or whatever you want to label me)


Okay, baiklah. Masa untuk proceed, yihii~

"I can be good I can be evil. You can't ask me to be nice everyday."

"Do not disturb the crowded mind..."

"Pain and sweetness is equal. It depends in the eye of beholder."

"This is the end, which is not."

"I am not ashamed with the way of my thinking. I think my brain is truly a master-peace."

"Relax. Enjoy the beauty and the mess."

"The real fun is yet to come..."

"No one knows what will happen...next~"

"What goes around, comes around."

"There are two types of tears. Bitter or sweet. You decide."


Untuk artwork yang lain, boleh jalan-jalan kat IG @hshield

@theMaGi2018

Thursday, 23 August 2018

Art Therapy: Oddly Satisfying (I)

Hello August! Waa...finally aku berjaya update something untuk bulan ni! Serious banyak gila kerja yang aku tak tahu yang mana satu aku nak buat. Nak siapkan kerja sendiri, nak tolong orang lain, kena perah lagi...akhirnya aku merasa jugak dunia bekerja ni. Dulu aku tak rasa semua tu, sebab aku freelance. Cuma masalah freelance ni, aku selalu tak cukup duit. So senang cerita, aku makan gaji ke freelance ke, jadi leader ke, jadi apa ke...memang tak boleh lari dari stres.

Bak kata Lakshmi dalam movie Padman (Dah tengok ke belum? Aku suggest korang pegi tengok~)-

No problem means you not living...problem coming, chance for living.

Kadang-kadang manusia ni ada banyak cara nak hilangkan stres. Bagi aku, aku akan melukis. Makin teruk aku stres, makin peliklah lukisan aku. That's my way to express my depression. Aku create semuanya dalam bentuk circle sebab aku rasa, that's the feeling bila kita tersekat di tempat yang sama. Dan kali ni, aku tak bagi title untuk setiap artwork. Aku cuma quote apa yang aku fikir masa tu. Dan aku rasa sangat...oddly satisfying~

"She used to be pretty and wonderful, before they changed her into a mischievous spirit."

"Dreamers are cool..."

"Trap in sanctuary..."

"Two timer- everyone has its secret."

"These blood sucking people...they sucks~"

"When humans are not really human, but mannequin or machine. We're born to work, to obey and to die."

"If only we can turn back time and be like a baby. Nowadays, the world is getting too spicy and too cold..."

"When you have to obey foolishly..."

"They cut us, like a scissor. By using words"

"If only we can forget easily, avoid easily, abandon easily and leave everything behind easily. Yet carefree is not for everyone."


Untuk artwork yang lain, boleh follow Instagram @hshield. Oddly Satisfying (II) akan menyusul.

@theMaGi2018