Showing posts with label Movie review. Show all posts
Showing posts with label Movie review. Show all posts

Monday, 7 October 2019

Movie Review: Joker 2019

Hello everyone, I'm back. Kali ni aku nak ulas movie yang aku tengok hari Sabtu lepas iaitu Joker 2019. Emm, movie ni memang sangat baru kat cinema so aku tak boleh spoil mood orang yang belum tengok. 

Image result for joker
source: consequenceofsound.net
So, apa yang aku nak point out dalam review kali ni? First impression, semestinya. Aku ada baca banyak pendapat kat media sosial mengenai movie ni. Isu depression dan movie Joker ni bukan diambil dari origin asal Joker itu sendiri. Kalau diikutkan, karakter Joker ni jenis naughty evil yang enjoy buat jahat dan kejahatan dia terserlah apabila ada yang menentang (Batman, of course). Tapi apabila karakter diubah menjadi mangsa buli, mangsa penderaan dan hidup dalam masyarakat yang sangat sick (maksud aku, society yang teruk), aku dapat rasakan betapa deepnya rasa sakit yang dirasakan oleh Arthur Fleck sehingga melahirkan watak Joker.

Dalam kata lain, Joker versi ni tak enjoy pun buat jahat. Joker 2019 tak naughty evil, tapi dia produk dari masyarakat dan persekitaran yang jahat.

Apa yang menariknya tentang movie ni?

Akhirnya aku tahu Joker tu ada nama penuh. Walaupun ada reviewer yang review Joker dah tak special sebab dia dah tak misteri dan tak nakal, bagi aku Joker yang ni rasa dekat dengan hati penonton. Mental illness ialah penyakit paling menggerunkan pada masa kini, lebih teruk dari kanser sebab penyakit ni tak nampak. Ada juga yang komen movie ni tak menarik sebab tak tonjolkan sangat kisah Bruce Wayne (Batman) tapi movie ni pasal Joker so mestilah Joker jadi fokus utama. By the way, movie ni bagi perspektif baru bagaimana punca kematian mak bapak Bruce Wayne jadi aku rasa idea ni segar dan innocent (?)

Image result for joker
source: theatlantic.com
Tarikan lain ialah pemilihan watak utama, Joaquin Phoenix. Seriously, bila Arthur  jadi Joker sepenuhnya, aku dapat feel Joker tu. Pandangan mata, gerak badan, bunyi ketawa... aku rasa inilah Joker yang sebenar. Joker yang bersembunyi di sebalik mekap, di sebalik pakaian dan berpura-pura. Kudos to Joaquin Phoenix sebab dia dapat hayati watak penghidap depresi dengan sangat berkesan. Mata Arthur tu, membuatkan aku rasa sedihnya manusia ni. Apalah malang nasib dia, hidup dan tinggal di tempat yang teruk. Pada pendapat akulah secara peribadi, tak kira berapa ramai doktor atau apa jenis ubat yang dimakan atau pekerja sosial mana yang datang tanya khabar tapi kalau masyarakat itu sendiri bermasalah, ia takkan membantu pesakit depresi. Golongan ni sangat perlukan kasih sayang dan perhatian. Tapi biasalah stigma masyarakat, cepat sangat pandang negatif.

Image result for joker
source: newyorker.com
Persekitaran movie ni juga real, aku macam tak dapat detect mana satu CGI. Jadi feel masa tengok movie ni menusuk sampai ke hati. Aku tak tahu aku dapat ketawa atau tak masa ada babak humor yang sinis sebab banyak isu sensitif yang disentuh.

Lagi satu, aku suka teknik yang digunakan dalam movie ni bila Arthur sebenarnya berhalusinasi. Aku lambat detect perkara ni, aku ingatkan hal tu betul-betul terjadi tapi rupa-rupanya cuma wujud dalam khayalan Arthur. Dan dalam masa yang sama, bila berlaku scene yang berat aku ingatkan perkara tu khayalan tapi sebenarnya betul-betul terjadi. 

Pemahaman Terhadap Karakter Joker

Image result for joker
source: nme.com
Bagi aku, movie ni antara usaha untuk mendedahkan bahaya depresi. Even Arthur yang makan ubat dan ikut sesi terapi dengan pekerja sosial pun boleh berubah menjadi badut yang tak ada perasaan. Sebab apa? Dia tak didengari, tak diterima, tak dipedulikan dan tak dianggap wujud pun di dalam masyarakat. Kadang-kadang masyarakat ni assume pesakit depresi ni mengada-ngada, buat perangai dan lembik. Tapi sebenarnya, semua manusia berpotensi menjadi Joker bila tahap penerimaan mereka terhadap tekanan hidup dah sampai ke tahap kemuncak. Setiap manusia ada tahap kesabaran tersendiri. 

Dalam versi ini, aku boleh simpulkan yang karakter Joker ni dilahirkan tanpa disengajakan. Tekanan hidup telah menyebabkan Arthur Fleck musnah secara perlahan, ditambah dengan kisah silam yang menyakitkan dan pembulian yang tak ada belas kasihan sehingga mencetuskan 'Joker' dalam diri Arthur. Arthur yang dipanggil sebagai Happy menyatakan dia tak pernah rasa gembira dalam hidup walau sesaat pun. Tapi dia nak jadi badut penghibur. Cukup ironi di situ. Dan bila dia melakukan jenayah, dia tak ada rasa bersalah langsung tapi dia memilih untuk dikenali sebagai Joker. To be honest hati aku rasa sangat sakit bila dia menangis.

Image result for joker
source: screengeek.net
Untuk keseluruhan cerita ni, aku bersetuju dengan pendapat reviewer yang lain. Movie ni dark, banyak dialog, slow pace untuk permulaan movie, kurang fast action, tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan topik pun berat. Bagi sesiapa yang tak suka movie yang bersifat psikologi atau jenis kurang empati serta simpati, mereka akan keluar dari cinema walaupun movie belum habis. Tapi bagi mereka yang concern dengan isu depression, mental awareness dan dark theme, aku memang suggest tengoklah movie ni sampai habis. Korang akan rasa amat tersentuh, sedih, tapi tak dapat nak menangis.

Berapa bintang aku nak bagi? 9.5/10 bintang. Dalam movie ni, aku tak dapat salahkan Joker 100%. Sebenarnya, masyarakat itu sendiri yang mencipta monster yang bernama Joker. For some reason, gerakan badut tu mengingatkan aku dengan movie V for Vendetta.

@theMaGi2019

Saturday, 21 September 2019

Movie Review: Weathering With You

Image result for weathering with you
source: imdb.com
Ohayou, minna-san! Cakap Jepun hari ni sebab nak buat review movie terbaru iaitu Weathering With You yang aku tengok kat pawagam 14 September lepas. Lambat sikit update sebab sibuk kat tempat kerja and struggle nak siapkan chapter manuskrip. Aku rasa macam tersedar dari mimpi, aku dah bazirkan 5 bulan invest benda yang merosakkan mood aku menulis. Now aku dah sedar so aku kena catch up balik mana yang tertinggal. Nasib baik 5 bulan, kalau 5 tahun? Menangis aku sebab bazirkan masa. Duit boleh cari, tapi masa kita tak dapat cari macam kita cari duit...ya gitu deh~

Orait, back on track. Masa mula-mula kawan aku kata dia tempah tiket untuk movie Weathering With You, aku tanya dia balik, movie apa tu? Dia kata, anime. Okay, anime. Aku memang peminat anime. Tapi anime jenis apa? So aku pun Google tapi aku tak Google pasal jalan cerita movie tu la. Aku nak tahu genre movie dan rating movie tu. Lepas meng-Google, aku mula berfikir sejenak. Genre anime ni fantasy/romance, rating sekitar 7-8/10. Not bad, tapi genre tu aku rasa macam, hmmm. Aku baru je ada isu dengan genre macam ni dan aku rasa is it okay for me to watch this kind of movie? Terus aku membebel sendirian sambil berbahasa Inggeris dengan gabungan articulation dan slang yang melampau ^^

Okay, sekarang aku nak review movie sebelum aku merepek. 

Persepsi Pertama?

Image result for weathering with you
Source: soranews24.com
Berkenaan dengan persepsi pertama, movie ni pasal watak utama Hodaka lari dari rumah dan pergi ke Tokyo. Umur Hodaka baru 16 tahun, bawah umur. Dia tak nak duduk dengan parent dia lagi. Dia nak berdikari, nak bekerja dan ubah kebosanan dalam hidup dia. Kemudian dia jumpa seorang perempuan, Hina yang berusia 18 tahun. Hina ni merupakan gadis yang boleh ubah cuaca dari hujan menjadi panas. Hodaka cadangkan supaya Hina gunakan kebolehan tu untuk cari duit. Sepanjang mereka jadi rakan kongsi bisnes, Hodaka suka pada Hina. Okay, persepsi pertama aku ialah cerita ni pasal cinta. Obvious, dua remaja yang bersama dan akhirnya tertarik antara satu sama lain. Aku rasa macam tak minat sangat pada jalan cerita. Plus, awal cerita tu menunjukkan Hina berdoa depan kuil Shinto usang dan tiba-tiba dia masuk alam lain. Aku tak boleh relate maksud tu semua, pada mulanya.

Pertambahan Karakter

Okay, pertambahan karakter. Sepanjang jalan cerita berkembang, beberapa watak dimasukkan untuk mengukuhkan penyampaian cerita. Karakter Suga iaitu majikan Hodaka yang buka kedai jurnal dan Natsumi yang seksi banyak mengubah persepsi aku. Bagaimana Suga kelihatan mencurigakan tapi sebenarnya baik hati dan hati tisu, Natsumi yang seksi serta sarkastik tapi mempunyai pemikiran yang luas, berani dan optimis, juga si kucing Ame yang comel dan menghiburkan dilihat membantu dua watak utama membangunkan ciri-ciri cerita sehingga aku rasa movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Plus, teknik 360 dan artwork memang sangat berkualiti tinggi.

Unsur kebudayaan

Image result for weathering with you
source: solotrust.com
Macam yang aku sebut di atas, movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Di sini aku nampak jalan cerita digarap dengan baik, penyampaian sebuah cerita fantasy/romance diselitkan dengan unsur kebudayaan Jepun sebagai medium menyampaikan kekayaan bangsa kepada penonton. Memandangkan aku ni history nerd, boleh dikatakan aku seronok bila Natsumi buat site visit untuk kaji sejauh mana sejarah Jepun mempercayai mitos 'Gadis Cuaca'. Dan aku suka bila budaya teru-teru bozu dimasukkan sebagai perlambangan memanggil hari panas serta kepercayaan hari Obon iaitu membuat upacara menyediakan jalan pulang untuk roh si mati balik ke rumah supaya mereka dapat menjenguk keluarga mereka.

Unsur Sejarah

Berkenaan dengan unsur sejarah, perkara yang paling ketara ialah dari sudut demografi Tokyo itu sendiri yang pada asalnya berada di dalam lautan sebelum berlakunya pertembungan plat dan memisahkan benua sehingga terbentuknya Tokyo yang terangkat keluar dari dasar laut. Boleh Google untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Jadi dalam movie ni, disebut bahawasanya hujan turun begitu lebat di Tokyo- mungkin Tuhan mahu Tokyo kembali semula kepada asal kejadiannya iaitu berada di dasar lautan semula. Bila difikirkan, agak seram. Tapi dengan keadaan cuaca tak menentu sekarang ni, perubahan alam yang semakin ketara dan banyak bencana alam berlaku di seluruh dunia, aku fikir ada kemungkinan juga movie ni nak menyampaikan makna sebenar melalui sejarah iaitu- sejarah mungkin berulang.

Secara keseluruhannya, movie ni berjaya menghiburkan aku pada pertengahan jalan cerita, mendidik aku ketika kemuncak cerita dan penghujung cerita ni memberi pengajaran tentang kekuatan alam semesta dan kelemahan manusia yang tinggal di atas muka bumi ni. Banyak makna tersirat, jadi berbaloi juga rasanya menonton movie ni. Kudos to production film dan semua yang terlibat. 

Berapa personal rating aku untuk movie ni? 7/10

@theMaGi2018

Tuesday, 16 July 2019

Manikarnika Review: Wanita Dalam Perjuangan

Yeah, hai! Hari ni aku nak update satu movie yang aku dah tonton 2 minggu lepas. Aku rasa dah banyak orang bagi review so aku pun berkenan nak tengok cerita ni. Based on sinopsis movie, Manikarnika ni sebuah filem sejarah yang menceritakan perjuangan Ratu Jhansi yang bernama Lakhsmi Bhai atau nama sebenarnya, Manikarnika. Aku rasa nama sebenar Ratu Jhansi ni cantik.

Image result for manikarnika
source: thehindu.com
Maka, lepas tu aku pun tengok movie ni dengan penuh rasa curious dan enthusiastic sebab aku memang suka movie sejarah. Ramai yang bagi komen tentang keberkesanan lakonan Kangana Ranaut sebagai Manikarnika. Well, lepas aku tengok cerita ni aku mengakui Kangana Ranaut membawa watak Lakhsmi Bhai dengan sangat baik.

Point yang menarik perhatian aku ialah sesudah Manikarnika menjadi Ratu Jhansi. Sebelum tu, aku tak begitu tertarik dengan karakter Manikarnika. Aku rasa macam gambaran Manikarnika tu tak cukup power. Atau tak cukup perisa, macam ada sesuatu yang kurang dalam penceritaan Manikarnika di awal usia. Aku anggap kekangan masa dalam movie itu sendiri. Bagi sesiapa yang belum tengok, aku suggest korang tengok movie ni sebab movie ni menimbulkan rasa patriotik. 

Antara part yang aku tertarik (dan aku nak kongsikan di sini) ialah:
  • Babak Manikarnika dilayan dengan sangat baik oleh suaminya, Raja Jhansi. Aku nampak betapa dia dihargai dan dididik untuk menjadi seorang isteri, seorang pemimpin dan seorang wanita yang berani oleh suami dia sendiri. Kata orang, seorang isteri akan menjadi sangat berjaya jika mendapat sokongan dari suami sendiri.
  • Bila Manikarnika bertentang mata dengan pegawai British, aku sukakan pendirian Ratu Jhansi tu untuk tidak tunduk pada penjajah. Babak tu membuktikan bahawa Manikarnika mempertahankan hak mereka sebagai penduduk asal India dan tak mahu orang luar memandang rendah dengan mereka.
  • "English is just a mere language"- ayat ini diungkapkan oleh Manikarnika bila dia disindir tak faham bahasa Inggeris. Walaupun dituturkan dalam bahasa Inggeris, tapi sindiran ini tepat tembus sampai ke jantung. Dengan kata lain, sebenarnya semua bahasa punya keistimewaan dan keindahan tersendiri. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang supreme, sebab bahasa Inggeris pun sebenarnya terhasil dari campuran banyak bahasa, bukannya stand alone.
  • Seterusnya, babak pertarungan Manikarnika menyelamatkan anaknya ketika perang. Pertarungan yang hebat, walaupun ada CGI yang aku tak berapa tertarik, tapi Kangana Ranaut menunjukkan skil pertarungan yang bagus dan riak wajah yang cukup mengesankan. Maksudnya, dia dapat menjiwai wataknya dengan amat baik.
  • Babak Manikarnika menentang adat untuk isteri yang kematian suami membawa maksud kemampuan untuk berdikari dan bertanggungjawab. Konsepnya mudah, hidup mesti diteruskan walaupun sakit.
  • Boleh tak aku nak bagitahu yang mekap Manikarnika ni cantik dan berubah-ubah ikut fasa kehidupan dia? 
  • Untuk babak terakhir iaitu Manikarnika bertarung menentang British, percikan darah ke muka Manikarnika menunjukkan keberanian luar biasa seorang wanita. Konsepnya ialah wanita ni pada asalnya makhluk yang lemah. Tapi bila mereka pilih untuk berani, wanita akan bergerak terus takkan toleh ke belakang lagi. Sampailah Manikarnika cedera parah dan tahu dia takkan ada peluang untuk bertarung lagi, dia memilih untuk membakar diri sendiri. Okay, babak ini menunjukkan sifat berkuasa terhadap diri sendiri sampaikan mayat dia pun dia tak nak orang sentuh, dia lebih rela mayatnya terbakar rentung. Dan sebelum dia membiarkan dirinya terbakar, dia sempat bagi senyuman bangga. Senyuman tu aku rasa, satu hadiah yang takkan dilupakan. Meskipun Jhansi ditakluk, British menguasai India dalam tempoh yang lama dan Manikarnika terkorban dalam peperangan, sejarah dia sebagai Ratu Jhansi yang berani takkan dapat dihilangkan. 
Image result for manikarnika
source: livemint.com
Untuk karakter yang lain, aku kesian dengan budak yang bernama Lakhsmi, tak pasal-pasal dibunuh oleh pegawai British sebab nama dia sama dengan nama Ratu Jhansi. Pelakon dari Barat pun menjiwai watak mereka dengan baik- entah apa perasaan mereka masa berlakon sebab movie tu mengisahkan sikap tamak penjajah (sikap nenek moyang mereka sendiri). Karakter dalam keluarga Manikarnika tak begitu strong, karakter dalam keluarga suami Manikarnika pula agak sederhana. Mungkin movie ni nak fokus pada perjalanan hidup Manikarnika, well aku boleh terima. So far, ceritanya bagus dan menyenangkan. Props dan wardrobe pun sangat cantik, especially babak dalam perpustakaan peribadi. Kalaulah aku dapat perpustakaan peribadi macam tu, alangkah bahagianya.

Okaylah, aku membuat keputusan aku nak bagi 3.9/5 bintang. Malaysia, bila lagi nak buat movie yang berunsurkan sejarah dan kekuatan wanita ni? Disney pun nak keluarkan movie dengan konsep yang sama tak lama lagi which is Mulan. Takkan asyik repeat tema gangster, rempit, cinta, mafia, drift dan lawak je kot? Bagi la ilmu kat penonton movie, kami ada hak nak belajar sejarah dalam bentuk yang mengagumkan.

@theMaGi2019