Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Friday, 30 August 2019

Taklimat Dana Penggerak Industri Buku Negara

Hai MaGians! Ogos dah nak berakhir, September tak lama lagi tiba. Tak banyak aktiviti yang aku buat melainkan kerja-kerja dokumentasi yang aku malas nak cerita. Jadi untuk akhir bulan Ogos ni, aku menghadiri taklimat Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) di DBP Cawangan Sarawak. Ramai penulis dan pengarang buku yang hadir, termasuk ahli akademik UNIMAS iaitu Prof. Madya Dr. Jeniri Amir.

Taklimat kali ni fokus tentang penerbitan naskhah buku dengan pembiayaan dari dana yang disediakan oleh kerajaan. Ada kertas kerja yang perlu disediakan, borang yang perlu dilengkapkan dan prosedur yang perlu disiapkan sebelum dapat dana ni. Dimaklumkan maksimum untuk pembiayaan penerbitan buku ilmiah atau novel dewasa mampu mencecah RM 15k. Untuk buku bacaan kanak-kanak dan remaja, pembiayaan bawah RM10k. Mana-mana penulis yang berminat kena cari syarikat penerbitan swasta untuk diajak bekerjasama. Hanya syarikat penerbitan swasta je yang dibenarkan seperti yang termaktub dalam syarat. Dan dana ni hanya membiaya kos pracetak sahaja. Diulang, KOS PRACETAK SAHAJA, iaitu dari awal proses manuskrip lengkap diterima, proses prufing, mengedit, rekaletak, rekabentuk grafik atau apa saja bengkel yang berkaitan dengan proses awal, ia dibiaya oleh DPIBN. Kos akhir tu ditanggung syarikat penerbitan. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan orang tengah yang menyalurkan dana tersebut kepada penulis yang berjaya dalam permohonan dana.

Sebenarnya pembiayaan dana untuk penerbitan buku ni menarik. Cuma aku tak ada masa nak cari publisher yang berani nak bekerjasama dengan aku. Aku ada kerja hakiki yang kena diuruskan. Jadi bagi sesiapa yang berminat nak memohon dana tersebut, aku kongsikan info yang aku rasa memang berguna.

Gambar sepanjang taklimat berlangsung:

Aku duduk depan sekali, lone ranger. Kerusi yang paling peserta 
tak suka. Entah apa mimpi aku duduk kat depan. 



Aku harap DBP jemput aku lagi, aku suka goodies dari DBP especially buku nota.


Sesi bergambar dengan semua peserta yang menghadiri taklimat.

Bergambar dengan penulis Beb Sabariah, Tenten Susanna,
Pn. Naziah, Kak Angah Mimin dan dua orang pensyarah dari UiTM.

@theMaGi2019

Wednesday, 10 June 2015

Cara selesaikan masalah DNS Probe

Akhirnya, dah masuk entri ke-10 bulan June. Cukup kuota, bolehlah aku rehat panjang sampai Hari Raya. Bulan puasa tak lama lagi, lebih baik aku spend mencari Tuhan dari mencari Internet (hihihi~)


Bila sebut pasal cari Internet, sekarang aku buat tethering dan jadikan hp aku (Sony xperia edual je) sebagai hotspot. Tak payah pakai broadband, tapi biasalah, bateri hp cepat habis. Dan masalah lain yang aku terpaksa hadap ialah DNS probe finished no Internet. Pelik, line dah ada tapi Internet tetap tak dapat pakai. Apa yang paling tak best, aku tak pernah kena penyakit ni.

Adik aku bagi solution:
  1. Pergi Start dan klik run
  2. Taip ipconfig dan klik OK

Bila aku try, terus dapat guna Internet. Tapi bila aku tengah update blog, tiba-tiba sekali lagi keluar DNS probe finished no Internet. Stress!


Adik aku bagi satu lagi solution:
  1. Pergi ke Wireless Network Connection
  2. Disconnect internet
  3. Lepas itu, cuba connect internet sekali lagi
  4. Pergi Start dan klik run
  5. Taip ipconfig dan klik OK
Akhirnya, masalah selesai. Saya manyak hepi. Bagi sesiapa yang berdepan dengan masalah ini untuk kali pertama dan cuak tak tahu nak buat apa, boleh try cara ini. Mudah-mudahan korang berjaya :)

@themagi2015

Friday, 6 February 2015

Oxy Yang Ohsem!

Happy Friday kepada semua visitors MaGi. Bulan dua ni bulan yang sibuk. Sibuk mencerpenkan diri di depan Ulquiorra (nama laptop aku), sibuk screenshot poems dengan Kenken (nama hp aku) dan download Rurouken sampai lebam. Aku rasa aku ni dah lupa berapa umur aku agaknya. Kegilaan terhadap komik & manga ni makin menjadi-jadi.

Tapi, itu bukan cerita yang aku nak tulis di sini. Arakian, memandangkan aku ni kununnya remaja, haruslah menjaga muka. Awet terawet selalu. Tapi tahun lepas bulan September kalau tak silap, alergik kulit datang menziarah. Jerawat beranak pinak, banjaran gunung pun nampak. Segala macam gunung yang ada di Sarawak pun menjelma kat kulit muka (Santubong, Serapi, Staat, Penrissen, Serembu, Singai...bla3). Makanya, berusahalah aku untuk mencari produk. Ada member rekomen guna serum, tapi lecehlah nak order online nih. Pencuci muka yang aku biasa pakai pulak dah tukar wajah. Muka aku pun kena tukar sekali, cit~

Akhirnya, setelah hampir mengalah dengan jerawat, aku pun grab set Oxy di farmasi pada bulan November 2014. Takut jugak kalau produk tak serasi. Tapi, untuk dua minggu yang pertama, semua jerawat yang bengkak mula mengecik. Rasa bengkak pun kurang dan aku tak menggaru-garu bila waktu malam.

Baru keluar dari Watson, terus snap gambar
Set Oxy ni dapat menentang jerawat 2 kali lebih berkesan dari produk yang lain (kata diorang la). Tapi untuk bulan yang pertama, kesannya dah mula nampak. Dengan jerawat aku yang maha degil, dengan adanya Oxy, dapatlah dikawal kedegilan itew. Seperti yang korang tengok dalam gambar, dalam set tu ada pencuci muka, powder lotion (macam toner) dan krim muka. Krim muka Oxy ni ada salicylic acid yang berjaya menanggalkan kulit mati aku yang susah nak tanggal sebelum ni. Powder lotion tu pulak ada Oil Absorbing Powder dan Vit C. Set ni berjaya mengurangkan jerawat aku, mungkin sebanyak 40%? Sorry la, aku tak pandai matematik...

Kemudian, penghujung bulan Disember 2014, aku beli satu lagi set Oxy dengan kehebatan 4 kali melawan acne. Aku rasa, jerawat aku ni dah dikira acne. Set ni ada penambahan AcnoPlex yang melawan lebih baik dari set yang aku beli sebelum ni. Kesannya memang nampak dalam beberapa hari. Bab parut tu mungkin lambat sikit la nak hilang tapi as long jerawat tak ada, aku dah happy.

Yang ni pun beli di Watson
Dalam set ni seperti yang korang nampak, sama je dengan set pertama yang aku beli. Bezanya, ketiga-tiga produk dalam set ni ada AcnoPlex. Yang botol kat tengah tu bukan powder lotion tapi Acne Control Toner. Toner ni berkesan bila korang guna waktu malam. Korang cuci muka dulu, sapu toner lepas tu. Memang segar. Krim muka Oxy ni boleh disapu kat jerawat yang baru nak membesar. Konfem mengecik balik esok pagi. Korang jangan fikir aku tulis macam ni sebab nak jual produk Oxy. Actually aku tak jual pun. Aku bukannya stokis atau seller. Tapi aku nak cakap, produk ni dah banyak men-setel-kan jerawat aku.

Apa yang best, harga taklah mahal sangat. Tiga produk dalam satu set, tak sampai RM30 pun.

Dan sekarang, tanpa jerawat berbijik-bijik, sekarang baru la rasa macam remaja...hahahahahaha!

Malangnya, aku ni jenis jarang tayang muka, sorry la bagi sesiapa yang nak testimoni ^^

Btw, thanks Oxy *menaip entri sambil menari-nari

@magi2015

Tuesday, 27 January 2015

Staycation di Kuching

Staycation, term yang digunakan untuk sesiapa yang bercuti dalam environment yang urban, nature tetapi bukan bersifat homestay. Ada spesis traveler ni suka buat aktiviti secara independent, tak minat aktiviti yang di-arrange. Entri sebelum ni aku dah terangkan serba sedikit tentang info homestay di Sarawak. Untuk entri kali ini, aku terangkan sikit pasal lokasi staycation di Kuching. Memandangkan aku ni Kuchingites so aku bagi list staycation di Kuching. Mungkin ada yang dah plan nak bercuti 3-4 hari masa Chinese New Year bulan dua nanti or cuti sekolah bulan tiga ataupun plan percutian korang untuk tahun ni.

Oqay, let's get started.


Credits: Sarawak-hotel









1. Grand Margherita Hotel
Bagi sesiapa yang sukakan environment moden+ ala2 Venice+ gila Wifi+ tempat tidur selesa, Grand Margherita adalah hotel yang terbaik untuk staycation korang. Ada 288 bilik yang lengkap, Wifi 24/7 di seluruh ruang hotel, terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront (korang boleh keluar jalan2 makan angin makan kuih di tebingan Sungai Sarawak), boleh singgah ke Parkson, UTC, Sarawak Plaza dan Tun Jugah, pergi ke seberang sungai naik perahu tambang ataupun bergambar sakan dengan tugu kucing di tengah bulatan. Semuanya terletak berhampiran dengan hotel ini. Bab makan jangan risau. Kawasan ni dikelilingi oleh pelbagai jenis restoran (Topspot Foodcourt paling femes) dan kedai makan di seberang sungai pun ada. Kalau tak nak keluar dari hotel pun tak apa, hotel ni menyediakan makanan yang lazat2 di Orchid Garden Coffee House. Sebagai contoh, hidangan Asam pedas ekor lembu, Ikan kurau sejati dan Buttered prawns antara menu kegemaran di hotel ini. 


Credits: Agoda











2. Riverside Majestic Hotel
Bagi sesiapa yang frust tak dapat booking bilik di Grand Margherita, don't worry. Korang boleh try booking bilik di Riverside Majestic Hotel. Dua-dua hotel ni berjiran, sister hotel katakan. Terletak di kawasan yang strategik (ada restoran, ada shopping complex bla3), hotel ni mempunyai pilihan bilik yang banyak (ada 18 tingkat kesemuanya). Sesuai dengan taraf 5 bintang, semestinya ada Wifi, bilik lengkap, layanan mesra dan makanan yang various. Menu terkenal di hotel ini ialah Majestic burger dari Cafe Majestic Coffee House. Antara menu savoury yang lain ialah Steamed Sea Bass with Mukah Sauce di River Palace Restaurant. Bila bosan, korang boleh singgah main boling kat kawasan berhampiran ataupun tengok wayang di Lotus Five Star Cinema. (sila rujuk aktiviti di no.1)


Credits: damaibeachresort.com










3. Damai Beach Resort
Tak nak tersekat di kawasan yang terlalu sesak? Korang boleh melarikan diri ke tempat yang lebih nature, lebih ekslusif dan lebih damai. Damai Beach Resort, lokasi yang terletak di tepi pantai dan terdapat pelbagai tawaran yang menarik di resort menerusi pakej seperti pakej family, pakej study break dsb. Bagi sesiapa yang nak memanjakan diri, Santubong Spa & Retreat bersedia untuk membantu. Bagi sesiapa yang tak nak berenang di laut, tempat berenang di darat disediakan iaitu swimming pool. Bukan itu saja, Ballroom by the Sea di resort ini merupakan tawaran terbaik sebab inilah satu-satunya ballroom di Sarawak yang mengadap ke Laut China Selatan dan melihat keindahan Gunung Santubong. Ballroom ni muat untuk 600 orang, lengkap dengan semua jenis fasiliti dan sesuai bagi sesiapa yang ada plan nak buat reunion eksklusif. Bagi penggemar sukan golf, yang sukakan suasana country dan bersantai-santai, Damai Golf & Country Club merupakan lokasi yang inklusif (memang pricey sikit tapi berbaloi). 


Credits: borneoadventure















4. Sarawak Cultural Village (SCV)
Kampung Budaya Sarawak merupakan destinasi pelancongan popular di Sarawak, Kuching khususnya kerana tarikan pelbagai jenis seni rumah etnik ada di sini. Pengunjung bukan saja berpeluang merasai pengalaman unik budaya dan tradisi pelbagai etnik di Sarawak, malah pengunjung sendiri berpeluang untuk menginap di sini. Korang boleh pilih accomodation yang mana korang nak berdasarkan etnik pilihan korang (Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu or Malay houses) dan korang tak perlu risau dengan basic facilities seperti air-cond, kipas, bilik mandi, tandas dan ruang makan. Semuanya disediakan. Bergantung dengan jenis bilik yang korang pilih, harga pakej juga berbeza mengikut jumlah hari korang menginap. Sebagai contoh- RM170 2 hari 1 malam untuk seorang. Setiap pakej disertakan dengan 4 set makan (sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan supper) dan terdapat aktiviti pendidikan seperti mempelajari tarian etnik dan bermain alat muzik tradisional. Pendek kata, dalam satu harga pakej tu ada bermacam-macam perkara menarik. Mostly, pakej di SCV ni digemari oleh pelancong luar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:


  • Grand Margherita Hotel (T): +6082 423111 (W): www.grandmargherita.com
  • Riverside Majestic Hotel (T): +6082 247777 (W): www.riversidemajestic.com
  • Damai Beach Resort (T): +6082 846999 (W): www.damaibeachresort.com
  • Sarawak Cultural Village (T):+6082 846411 (W): www.scv.com.my (E): enquiry@scv.com.my
  • Damai Golf & Country Club (T): +6082 846088 (W): www.damaigolf.com
  • Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)  Tourism & Leisure Group (W): www.sedctourism.com
Dipetik dari Borneo Talk vol.34 Oct-Dec 2014 page 52-53

@magi2015