Mengumpul duit syiling ialah satu hobi menarik untuk sesiapa yang sukakan seni syiling- not for nerds only. Aku mula kumpul syiling ni masa kecik-kecik bermula dengan syiling 5 sen British Borneo Queen Elizabeth. Walaupun koleksi tak banyak macam orang lain dan sekadar amatur je (tak tahu sangat pasal rare ke tidak), apa yang menarik tentang duit syiling ni ialah- it tells history.
So to speak, aku ada 41 keping duit syiling dari dalam dan luar negara:
- 2 dari Indonesia,
- 1 dari Italy,
- 4 dari Brunei Darussalam,
- 1 dari India,
- 8 dari Singapore,
- 1 dari Philippines,
- 1 dari UK,
- 2 dari Thailand,
- 1 dari Kuwait,
- 2 dari China,
- 1 dari Europe,
- 1 dari USA,
- 4 syiling lama sebelum Hari Malaysia,
- 11 syiling baru selepas Hari Malaysia,
- 1 tak diketahui. Imej yang kelihatan di bahagian depan ialah bentuk kepala raja, mungkin King George. Mungkin kepala raja lain. Tapi yang pasti, syiling ni tak ada value sebab teruk sangat rupanya.
Dalam entri sebelum ni, aku dah tunjuk sikit syiling kegemaran dalam Coins and Shillings. Tapi imej kabur gila. Jadi, beberapa entri pasal syiling akan dibuat dengan imej lebih jelas. Untuk entri kali ni, aku pilih 6 keping syiling lama dalam koleksi aku.
Syiling 1 ringgit bunga raya dengan keris ini dikeluarkan pada tahun 1971. Syiling tahun 1982 paling dikehendaki dan harga pun lebih mahal disebabkan mintage yang lebih rendah. Dalam koleksi aku, syiling 1 ringgit tahun 1993 ni cuma bernilai RM4. Bagi sesiapa yang ada simpan syiling $1 1993, nilainya cuma RM5.
Walaupun berbeza dari nilai syiling 1 ringgit 1982 yang mencecah RM120 dan syiling 1 ringgit 1971 proof (sangat rare) yang bernilai RM4000, duit syiling tahun-tahun yang lain masih bernilai dan sebaiknya disimpan. Untuk nilai duit syiling 1 ringgit sila rujuk nilai harga duit syiling 1 ringgit.
Duit syiling 1 sen 1962 keris Malaya and British Borneo ni bukan syiling rare sebab ada 45 juta duit syiling ditempa di Royal Mint London bagi memenuhi keperluan duit di Tanah Melayu masa tu. Disebabkan terlalu banyak ditempa dan tak ada sejarah syiling ni dipulangkan semula untuk tujuan dileburkan, syiling ni takkan jadi rare sampai bila-bila pun.
Jadi, aku takkan dapat untung satu sen pun kalau jual duit ni sebab duit ni tak ada nilai. Tapi nilai sebenar duit ni terletak pada kenangan sebab aku jumpa duit ni dalam tanah masa tengah cari ubi kayu dengan abah. Itu je lah nilainya- nilai sentimen.
Duit syiling 5 sen Malaya and King George VI dikeluarkan pertama kali pada 1939. Kali terakhir dikeluarkan pada 1950. Dalam koleksi aku, duit syiling ini dikeluarkan pada 1950 dan jenis copper nickel. Untuk tahun-tahun sebelumnya, syiling ni diperbuat daripada silver.
Duit syiling ini dikelaskan sebagai obselete sebab tak digunapakai dan tak dikeluarkan lagi. Nilai syiling 5 sen King George VI tak dapat dipastikan dan duit ini mungkin bernilai tinggi, mungkin tidak. Tapi apa yang pasti ialah duit syiling ini dikeluarkan di London. Sila rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut.
Duit syiling 5 sen 1957 Queen Elizabeth pertama kali dikeluarkan pada 1953 dan berakhir pada 1961. Dalam koleksi aku, syiling ini dikeluarkan pada tahun 1957 dan jenis copper nickel. Kesemua siri duit syiling Queen Elizabeth biasanya diperbuat daripada copper nickel atau bronze, tidak ada yang diperbuat daripada silver.
Duit syiling ini pun dikelaskan sebagai obselete sebab ia tidak digunapakai dan tidak dikeluarkan lagi. Nilainya bergantung pada jumlah tempaan tetapi setakat ini, nilainya tidak dapat dipastikan. Mungkin nilainya cuma FV (face value) sahaja. Sila rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut.
Duit syiling 50 sen berparit didakwa mampu mencecah ribuan ringgit. Aku pun simpanlah satu sebagai koleksi. Lagipun, syiling berparit ini sangat unik. Tapi fungsi parit cuma security edge jadi tak mudah dipalsukan. Syiling 50 sen yang sangat rare ialah syiling 50 sen yang dikeluarkan pada tahun 1967, 1968 dan 1969 jenis milled edge, bukannya security edge. Harganya mencecah ribuan ringgit.
Setakat ini, nilai 50 sen security edge 1967 dalam koleksi tak sampai RM10 pun. Tarikan terbesarnya cuma pada sisi parit. Yang kelakarnya, kakak aku simpan lebih 5 keping syiling ini. Kononnya, pelaburan masa depan. Sila rujuk pautan untuk nilai syiling 50 sen.
Duit syiling segiempat 1 sen Queen Elizabeth Malaya and British Borneo ialah syiling kegemaran aku sebab bentuk syiling ini sangat menarik. Siri duit syiling Queen Elizabeth dikeluarkan buat pertama kali pada 1956 dan berakhir pada 1961. Dalam koleksi aku, syiling ini dikeluarkan pada tahun 1957 dan jenis bronze.
Setakat ini duit 1 sen tahun 1911 merupakan duit syiling paling rare sekali dan nilainya mencecah RM30000. Sejujurnya, nilai duit syiling yang dipaparkan di mudah.my tak masuk akal sangat jadi nilai sebenar syiling ini tak dapat dipastikan. Mungkin ada nilai, mungkin sekadar FV. Tapi bagi aku duit ini ada nilai yang tersendiri.
Entri lain pasal syiling akan menyusul.
@themagi2014