Showing posts with label resipi/recipe. Show all posts
Showing posts with label resipi/recipe. Show all posts

Friday, 31 May 2019

Resipi Egg Roll Nanas

Hai! Last entri bulan 5 pada hari terakhir bulan 5. Tak lama lagi nak Raya. Aku semangat nak Raya tahun ni walaupun apply cuti 2 hari je. Masa bulan puasa ni aku sungguh gigih merenung resipi kat Facebook tapi kebanyakannya macam susah nak buat. Sebab aku tak ada bahan, aku tak ada peralatan, dan aku malas. Sebab ketiga tu aku cukup yakin.

Tapi ada satu resipi tu aku rasa aku boleh buat. Egg roll. Memang aku ada telur ayam kat dapur. Menurut resepi yang aku baca tu, egg roll tu dibuat atas frying pan. Aku tak ada frying pan, ada kuali je. So what? Aku buat jugak. Walaupun resepi tu guna bahan yang nice, such as daun ketumbar, carrot, sosej cincang, tomato and the list goes on and on, aku tak ada bahan tu. Yang aku ada cuma telur, bawang merah, carrot, nanas dalam tin, cili.

Apa yang aku boleh buat dengan bahan yang sedia ada? Aku buat egg roll nanas.

Bahan-bahan?

  • Telur 2 biji (boleh je nak tambah banyak)
  • Cili hiris halus-halus (pilih yang jenis pedas, baru sedap)
  • Nanas, potong kecik-kecik
  • Baby carrot, potong halus-halus
  • Bawang merah, tumbuk dalam lesung tapi jangan sampai hancur.
  • Garam, Maggi cukup rasa
  • Nak lagi extra? Aku masukkan pes sambal nasi lemak express.
Cara buat?
  • Gaul semua bahan di atas
  • Goreng dalam kuali, masukkan sedikit demi sedikit, lipat perlahan-lahan.
  • Bila semuanya roll dalam keadaan cantik, warna pun dah keemasan, sila angkat egg roll dengan kadar segera sebelum hangus.
  • Kemudian, potong dengan kemas dan cantik. Walaupun egg roll tu nanti masuk dalam perut jugak, kena la potong kemas dan cantik. Baru la nampak macam egg roll.
Nak tengok gambar? Ini dia. Fuh, lama dah tak update resepi. Harap korang suka :)





@theMaGi2019

Thursday, 1 November 2018

Resepi Okonomiyaki Goreng!

Yeah, hello November! Tak sangka bulan 11 dah tiba. Tinggal sebulan lagi untuk tahun 2018. To be honest, aku struggle awal tahun ni sampailah ke pertengahan tahun. Problems di mana-mana. Hal kerja, hal menulis, gastrik, ekzema, demam tak habis-habis, stres, anxiety disorder...you named it. So, bila stres, sama ada aku jadi tak berselera atau aku kebulur. Either way. 

Memandangkan bulan baru dah tiba, rasanya lebih baik aku buat entri yang menyenangkan hati. Semestinya, pasal makanan. Siapa tak suka makan? Aku sebenarnya tertarik dengan resepi pancake Jepun which is Okonomiyaki. Tapi aku tak pandai buat dan aku tak jumpa kedai Okonomiyaki halal kat tempat aku ni. Frustrated okey? Makanya aku pun cipta la resepi Okonomiyaki mudah. Tak perlukan hotplate, yang penting ialah frying pan or kuali. First time aku buat, agak tak menjadi. Hodoh, tak bulat macam pancake. Bahan pun tak berapa nak best. Second time, Okonomiyaki aku tak seburuk yang pertama. Then, kali ketiga aku buat, barulah Okonomiyaki aku menjadi.

Bahan-bahan Okonomiyaki ni aku adjust ikut kemampuan poket aku dan juga keadaan dapur aku yang serba kekurangan. Lagipun, maksud Okonomiyaki ni ialah:

Okonomi: ikut suka korang/apa yang korang suka  yaki: masak/goreng

So, korang buatlah ikut suka korang! Jadi, aku kongsikan bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:
  • Telur ayam 2 biji
  • Carrot parut
  • Bawang merah besar yang dipotong dadu
  • Minced meat yang dah siap ditumis dan diperisakan/boleh guna daging burger
  • Cheese sekeping
  • Pepperoni
  • Kentang rebus yang dilenyekkan
  • Pes cili homemade
  • Tepung gandum 2-3 sudu besar
  • Garam secukup rasa (boleh tambah Maggi cukup rasa, ikut suka korang)
Cara membuat:
  • Pecahkan telur ayam dalam mangkuk, letak beberapa cubit garam (rasa sendiri), dan masukkan kesemua bahan yang ada
  • Gaulkan sampai serata.
  • Masukkan tepung untuk pekatkan batter. Lepas tu rasa balik cukup masin ke tidak, nak lebih pedas ke tidak. Terpulang.
  • Lepas tu, panaskan minyak dalam frying pan/kuali (ikut keselesaan korang). Bila minyak dah mendidih, masukkan batter perlahan-lahan sampai batter berbentuk bulat. Kalau tak, bentuk batter jadi tak cantik. 
  • Gorengkan sampai warna bertukar. Lepas tu terbalikkan okonomiyaki. Goreng guna api kecil sampai keemasan.
  • Bila dah siap digoreng, boleh taburkan kobis cincang/salad, sos, mustard atau mayonis sebagai topping. Memandangkan aku cuma ada sos masa tu, so aku letak sos je lah.
Nak tengok hasilnya? Ini dia~

Fresh dari kuali

Letak topping yang available kat dapur

Close up okonomiyaki yang dipotong

@theMaGi2018

Wednesday, 31 October 2018

Resepi Roti Goreng?


Oh Oktober, akhirnya bulan 10 terbang tak lama lagi. Bulan November akan muncul. Harap-harap murah rezeki dan lancar urusan aku.

Memandangkan few things berjaya diselesaikan dan hatiku berasa gumbira, maka aku pun memasak. Sebab bila tengah gembira, apa pun yang aku makan semuanya terasa sedap. Walaupun aku tak tahu apa yang aku masak.

So, di saat aku tengah gembira, aku siapkan makanan ni sebagai side dish aku. Roti goreng. Bahan? Senang je, aku pakai apa je yang ada kat dapur. Lama dah tak kongsi resepi ntah apa-apa ntah.

Okay, mari proceed>

Bahan-bahan (inti):
  1. Bawang holland, potong kecik-kecik
  2. Ayam kisar
  3. Telur ayam
  4. Sos tiram
  5. Pes cili
  6. Garam
  7. Serbuk kari
  8. Minyak masak
Cara membuat:
  • Tumiskan kesemua bahan di atas sehingga naik bau
  • Buangkan bahagian sisi roti bantal. Masukkan inti ke dalam roti. Kepitkan dan lekatkan dengan tepung yang dicairkan.
  • Kemudian, goreng sehingga garing.
  • Setelah siap, sedia dihidangkan.
  • Resepi inti boleh diubahsuai. Aku pernah letak kepingan cheese cheddar. Makan panas-panas, yummy~
Okay, sekian saja entri bulan 10. So, say hello to November!

@theMaGi2018

Thursday, 19 October 2017

Stew Daging Ekspres!

Good morning, Thursday! Aku tambah satu lagi entri hari ni sebab bulan 11 nanti aku sibuk. Btw, cepat je masa berlalu. Aku harap masalah pun cepat-cepat la setel. Hari ni aku nak share resepi. Aku pernah buat sebelum ni, tapi aku tak sempat amek gambar sebab aku lapar. So aku buat sekali lagi. Lagipun, menikmati makanan boleh menghilangkan stres. Tapi kalau berat badan naik, jangan salahkan makanan. Salahkan spesis yang membuatkan anda stres.

Okey, tajuk resepi hari ni stew daging ekspres. Why 'ekspres'? Kalau diikutkan, guna daging fresh, daging tu direbus sampai lembut and diracik halus. Tapi aku tak ada masa nak buat semua tu. Masa aku digunakan untuk selesaikan perkara lain. So aku guna daging dalam tin- Sunstar Beef Blackpepper. Banyak dijual kat supermarket or Giant. Masa aku buat resepi ni pertama kali, aku guna capsicum, button mushroom, tomato dan carrot. Untuk kali ni, aku tukar sikit.

Bahan-bahan:

Lada benggala merah/kuning/hijau (capsicum) dipotong dadu
Baby kailan dihiris kasar
Baby carrot dihiris kasar
Cendawan shitake dihiris kasar
Kentang 1 biji/ 2 biji dipotong dadu
Bawang putih dan bawang merah dihiris halus
Garam, gula, penambah rasa Maggi dan sedikit serbuk kari
Sos cili dan sos tomato
Sunstar Beef Blackpepper

Macam mana nak buat?
  1. Mula-mula, goreng kilas cendawan shitake. Lepas tu, alihkan ke tepi dan tuskan minyak dengan kertas minyak.
  2. Kemudian, tumis bawang putih bawang merah sampai naik bau. Masukkan cendawan shitake yang dah digoreng kilas.
  3. Lepas tu, masukkan baby carrot dan kentang. Tumiskan kesemua bahan.
  4. Masukkan sedikit air. Tambah Sunstar Beef Blackpepper yang dah diracik dan tumiskan.
  5. Masukkan lada benggala yang dah dipotong.
  6. Letakkan sos cili dan sos tomato secukupnya
  7. Tambahkan air. Masukkan garam, gula, penambah rasa Maggi dan sedikit serbuk kari secukup rasa.
  8. Akhir sekali, masukkan baby kailan dan renehkan stew sampai naik bau.

Yang ni hasil eksperimen aku malam semalam. Selamat mencuba :)


Bahan-bahan memasak

Tengah menggelegak

Dah siap~

p/s: untuk sesiapa yang rajin, gunalah daging yang direbus
untuk kekalkan rasa sebenar daging.



@themagi2017

Thursday, 15 June 2017

Menu Ramadan V: Fried Cheesy Bread Roll

And again, aku datang lagi untuk setelkan entri ke-5. Hello gais! Lepas update entri ni boleh la relax sepanjang Hari Raya and sampai habis bulan 6. Kali ni, aku bereksperimen dengan menu ke-5. Sejujurnya aku tak pernah buat pun dan aku tak pernah tengok orang buat. Selalunya proses bread roll ialah baking in the oven. Aku tak ada oven, so aku goreng je. Btw, aku memang kaki goreng, kahkah~

Okay, untuk menu kali ni aku buat secara berperingkat. Jadi aku akan explain secara berperingkat. Tapi prosesnya tak lama mana pun. Aku malas nak tulis intro panjang2, so korang bacalah ingredients kat bawah.

Bahan-bahan:
  1. Kentang (semestinya...sebab aku nak habiskan kentang)
  2. Baby carrot
  3. Tomato-cherry
  4. Udang
  5. Serbuk kari
  6. Sos cili
  7. Frankfurter berperisa cili (nak guna perisa lain pun boleh)
  8. Plain cheese (cheddar)
  9. Bawang merah
  10. Bawang putih
  11. Pes cili
  12. Garam
  13. Tepung gandum
  14. Marjerin
  15. Minyak masak

Cara membuat:

Peringkat Pertama (Doh)
  1. Masukkan tepung gandum, air dan marjerin ke dalam mangkuk. Gaulkan sampai jadi doh. Kemudian, simpan dalam peti sejuk.
Peringkat Kedua (Inti)
  1. Tumis bawang merah bersama pes cili (aku guna pes cili homemade) sampai naik bau.
  2. Masukkan kentang, baby carrot, tomato-cherry dan udang yang siap dipotong ke dalam kuali.
  3. Taburkan garam dan serbuk kari secukup rasa.
  4. Masukkan sedikit sos cili untuk pekatkan bahan.
Peringkat Ketiga (Doh+Inti)
  1. Keluarkan doh dari peti sejuk. Uli sampai leper (kalau tak ada bread roller, tampar je doh tu sampai leper)
  2. Lepas tu, letakkan plain cheese kat atas doh yang dah leper. Letakkan inti dan frankfurter yang dah digoreng bersama-sama di atas doh.
  3. Kemudian, letakkan cheese atas frankfurter sebelum doh tu digulung.
  4. Bila doh siap digulung dengan kemas, gorengkan doh tu dengan minyak yang banyak. Angkat doh yang siap digoreng bila warna doh bertukar keemasan.
  5. Sekarang, doh yang siap digoreng tu boleh dipotong dan letaklah sos dan mayo (ikut citarasa korang)
Macam ni la rupa menu aku kali ni. Btw, menu ni boleh dimanipulate ikut taste korang. So, selamat mencuba.





@themagi2017

Menu Ramadan IV: Potato-Anchovy Fritter

Hello, gais. Kembali lagi untuk entri ke-4. Bulan ni aku nak update entri pasal makanan je. Bulan depan aku akan update pasal isu-isu semasa. Bulan puasa ni malaslah nak tulis benda-benda berat. Memandangkan aku nak habiskan stok kentang kat dapur, so aku buat Potato-Anchovy Fritter. Resipi kali ni sangat ringkas. Simple banget! Dan sangat mustahil kalau tak tahu goreng fritter. Bagi sesiapa yang tak tahu fritter tu apa, klik perkataan fritter tu okay? Ada definition kat situ. Atau, dengan kata lain fritter tu maksudnya cucur. 

Apa yang menariknya, resepi cucur aku yang tak seberapa ni dapat perhatian kat Insta. Jadi aku nak share kat sini. Harap-harap sesiapa yang malas nak masak tu, try le resepi ni. Tak susah pun.

Bahan-bahan:
  1. Kentang
  2. Pes cili
  3. Garam
  4. Ikan bilis
  5. Bawang merah
  6. Tepung gandum
Cara membuat:
  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sampai garing. 
  2. Bancuh tepung gandum sampai sebati. Masukkan garam secukupnya dan bawang merah yang dah dipotong.
  3. Masukkan kentang yang dipotong dadu ke dalam  adunan tepung gandum.
  4. Masukkan pes cili secukupnya (pes cili ni mak aku yang buat, diperbuat dari cili padi yang direneh bersama gula sampai pekat so pes ni agak berkaramel. Kalau tak ada pes cili homemade, boleh je beli pes kat kedai or potong je cili padi)
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang dah digoreng ke dalam adunan. Gaulkan semua bahan dan goreng.
Dan, inilah hasilnya~

Tadaa! Selamat mencuba


@themagi2017

Thursday, 8 June 2017

Menu Ramadan III: Potato-Prawn Stir Fried

Selamat pagi gais! Hari ni 8 Jun bersamaan dengan 13 Ramadan. Sepanjang Ramadan ni aku pening nak makan apa nak masak apa. Tahun ni aku tak ada desire nak terjah bazaar. Bosan kot tengok menu, setakat jual karipap angin or donat sebesar cincin Lord of the Ring memang tak berbaloilah aku nak beli. Makanya, aku memasak walaupun aku taklah pandai masak. Living by myself, gais. Takkan nak tunggu cicak masakkan nasi untuk aku?

So untuk entri kali aku nak share resepi simple yang boleh dikatakan agak bodoh kalau tak reti buat. Resepi orang malas ni. Tapi aku jamin rasanya taklah teruk sangat, sesuai untuk orang yang jenis tak suka makan berkuah banjir.

Orait gais, I proceed~

Bahan-bahan:
  1. Kentang
  2. Udang
  3. Garam
  4. Gula
  5. Lada
  6. Bawang merah
  7. Corned-beef
  8. Sos cili
  9. Serbuk kari
Cara membuat:
  1. Kupas dan potong kentang (ikut cara masing-masing)
  2. Potong udang kecik-kecik. Jangan kupas kulit udang sebab kulit tu ada perisa tersendiri.
  3. Lepas tu, gaulkan kentang dan udang. Masukkan garam, lada dan serbuk kari. Tambah gula (sikit je). Peramkan untuk lima minit.
  4. Kemudian, panaskan kuali dan tumis bawang merah yang dah dipotong.
  5. Masukkan udang+kentang dalam kuali.
  6. Masukkan sos cili dan sedikit corned-beef, 
  7. Buat goreng kilas dan...siap untuk diratah
Senang je, kan? For those yang curious, macam nilah rupa menu malas tu.

Selamat mencuba!


@themagi2017

Monday, 5 June 2017

Menu Ramadan II: Chicken Karaage Sweet & Sour

Hai, Tora datang lagi! Maaf, salah iklan. Entri kali ni tak ada kaitan dengan produk Tora. Sebenarnya aku nak proceed entri kedua untuk bulan Ramadan. Bukan niat aku nak ganggu perhatian korang dengan gambar makanan dalam blog aku. Aku cuma nak share hasil eksperimen aku (fyi, aku tak pernah consider apa yang aku masak tu sebagai cuisine tapi more to experiment- aku bukannya pandai sangat masak).

Okay. Bahagian introduction dah tamat. Sekarang masuk bab menu kedua which is Chicken karaage sweet and sour. Bagi sesiapa tak tahu apa tu karaage, korang click je perkataan karaage. Korang boleh beli ready-made karaage kat supermarket, berlambak kat dalam freezer. Tapi aku tak nak makan karaage macam tu je. Kebetulan pulak 8TV siarkan rancangan masakan Chinese sweet and sour, maka aku pun decide nak cuba. Malangnya, aku kurang bahan- tak ada nanas dan capsicum. So seperti biasa, aku pakai apa saja yang ada.

Sekali lagi, aku bereksperimen~

Bahan-bahan:

  1. Chicken karaage
  2. Tomato cherry
  3. Sos cili
  4. Bawang putih & merah
  5. Cuka
  6. Garam
  7. Gula
  8. Air
Cara membuat:
  1. Goreng chicken karaage sampai garing. Letakkan ke dalam mangkuk (sila lapik tisu penyerap minyak)
  2. Panaskan kuali, tumis bawang putih dan merah dengan baki minyak karaage (tak payah banyak, sikit je).
  3. Masukkan tomato cherry yang dibelah dua. Masukkan sos cili dan sedikit cuka.
  4. Masukkan air bila isi tomato dah betul-betul lembut. Gaulkan.
  5. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Renehkan sampai kuah jadi pekat (pada peringkat ni, boleh masukkan potongan nanas dan capsicum-kalau ada. Boleh masukkan sos plum kalau korang rajin nak beli kat supermarket)
  6. Bila kuah dah mula pekat, masukkan chicken karaage yang dah digoreng. Buat goreng kilas dan siap untuk dihidang.
Ini dia, hasil eksperimen di bulan puasa~

Selamat mencuba!


@themagi2017

Menu Ramadan I: Bergedil Corned-Beef

Selamat petang, gais! I'm back untuk entri pertama bulan Jun. Sekarang dah masuk bulan puasa. Agak panas sekarang nih, kering kontang rasa tekak. So, aku memang avoid tengok gambar minuman berpeluh-peluh sejuk *tetiba terbayang Mountain Dew~

Okay, mari tukar topik! Minggu lepas member opis bercakap pasal bergedil. Dah lama aku tak makan bergedil. Masa study kat Shah Alam, aku tak pernah miss beli bergedil walaupun bergedil tu harganya RM2 sebijik. Mungkin sebab bergedil tu sebesar penumbuk aku so aku tak berkira sangat nak bayar RM2. Tapi sekarang ni bergedil sebesar penumbuk baby pun nak jual RM2. Baik aku buat sendiri. Sedap tak sedap belakang kira.

Tapi, bila aku decide nak buat bergedil barulah aku sedar aku tak cukup bahan. Aku tak ada telur ayam, aku tak ada minced-meat, aku tak ada daun ketumbar dan bla-bla-bla. Bila berdepan dengan situasi macam ni, be creative. Gunakan apa saja barang yang available di dapur. Thank God, aku ada 1 tin corned-beef, 4 bijik kentang dan satu tray telur puyuh.

Kemudian, aku pun bereksperimen...

Bahan-bahan:
  1. Kentang
  2. Corned-beef
  3. Telur puyuh
  4. Garam
  5. Gula
  6. Pes cili
Cara membuat:
  1. Kupas, potong dua dan rebus kentang dalam periuk. Masukkan sedikit garam.
  2. Bila kentang dah lembut, lenyekkan dengan sepenuh tenaga
  3. Masukkan dua sudu penuh corned-beef, garam secukup rasa, sedikit gula dan pes cili (ikut citarasa) dalam kentang yang dah dilenyek. Gaulkan semua.
  4. Bentukkan kentang lenyek menjadi bebola dan celup ke dalam mangkuk yang diisi telur puyuh (sila pecahkan kulit telur puyuh tu...)
  5. Lepas tu, goreng sampai bergedil jadi perang keemasan.
Nak tengok hasilnya? Ini dia.

Selamat mencuba!


@themagi2017

Monday, 5 December 2016

Resepi Homemade Meatball with Mushroom Gravy & Cabbage

Hai gais! I'm back dengan resepi yang baru je aku try 2 jam lepas. Dan sekarang ni aku tengah update entri through phone. Sadly, Ulquiorra aku dah passed away dan aku belum cari pengganti. So, aku kena biasakan diri update entri guna phone.

Sekarang, aku nak share resepi mengarut 😀

Bahan-bahan Meatball:
1. Daging kisar
2. Bawang merah dicincang
3. Garam
4. Madu
5. Cili dipotong halus
6. Lada

Cara membuat:
1. Gaulkan semua bahan.
2. Perap setengah jam
3. Goreng sampai masak

Bahan-bahan Mushroom gravy:
1. Pes spagetti Prego
2. Cendawan butang dipotong empat
3. Bawang merah dan putih dipotong halus
4. Sos cili
5. Sos tiram
6. Sedikit daging kisar
7. Cili dipotong halus
8. Lada
9. Garam
10. Gula
11. Sedikit serbuk kari

Cara membuat:
1. Tumis bawang merah, putih, cili
2. Masukkan gula, garam, lada
3. Masukkan daging kisar, cendawan butang
4. Masukkan pes spagetti, sos cili, sos tiram
5. Masukkan sedikit serbuk kari

Ini la resepi mengarut aku memandangkan itu je yang ada kat dapur 😂

@themagi2016

Monday, 10 October 2016

Potato Wedges with Beef-Vege Sauce

Selamat petang, gais. Aku masih stay kat ofis, main internet dan lupakan stress sebelum pulang rumah. Minggu lepas pack dengan kerja, aku tak ada masa nak update blog. Nak keluar makan pun malas, aku masak kat rumah je dengan apa yang aku ada. So, aku nak share resepi orang bujang yang rasa nak makan benda mengarut.


Bahan-bahan:
  • Kentang, dipotong 'wedges'
  • Garam
  • Kacang peas, dipotong serong
  • Lobak merah, dipotong dadu
  • Daging diracik (nak senang pakai daging dalam tin, bukan cornbeef)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Gula
  • Serbuk lada
  • Bawang merah, dipotong sesuka hati
  • Serbuk perasa (tak kisahlah jenis apa, Maggi ke..Knorr ke...asalkan sedap)
  • Bahan rahsia ? Sos Burger King, hehehe
Cara nak buat?
  • Potong kentang, gaul dengan garam dan goreng
  • Lepas goreng kentang, gunakan minyak tu untunk tumis bawang.
  • Bila bau bawang dah semerbak, masukkan daging, gula, garam, lada, serbuk perasa, segala jenis sos, lobak merah, kacang peas dan akhir sekali, air masak.
  • Renehkan kuah sampai pekat.
  • Lepas tu, tuangkan kuah ke atas kentang yang siap digoreng.
  • Akhir sekali, hidangan siap untuk dimakan.

Senang gila, kan?

@themagi2016

Wednesday, 21 September 2016

Resepi Potato Salad & Egg Salad

Now, I'm back dengan entri kedua. Dah tengah hari rupanya, aku masih stay kat opis. Perut lapar. Kebetulan buat entri pasal makanan. Nak buat macam mana? Redo je la. Hari ni aku nak share resepi mengarut. Lama tak share benda-benda mengarut. Disebabkan aku nak keluar lepas ni, aku nak pendekkan intro. Ini jelah intro aku. Sekian terima kasih.


Resepi Potato Salad

Bahan-bahan:
  1. Kentang rebus (letak sikit garam masa merebus, potong ikut selera, kulit kentang tak payah buang)
  2. Lettuce cabbage (koyak-koyakkan je, tak payah potong)
  3. Lobak merah (potong ikut selera)
  4. Mayonis Thousand Island
  5. Lada hitam (tabur sikit)
  6. Tabur bawang goreng
  7. Lepas tu, nikmati potato salad korang. Boleh letak bahan lain mengikut selera masing-masing.


Resepi Egg Salad

Bahan-bahan:
  1. Telur rebus (potong ikut selera)
  2. Lettuce cabbage (koyak-koyakkan je, tak payah potong)
  3. Lobak merah (potong ikut selera)
  4. Mayonis Thousand Island
  5. Lada hitam (tabur sikit)
  6. Tabur bawang goreng
  7. Tabur keropok crispy
  8. Lepas tu, nikmati egg salad korang. Boleh letak bahan lain mengikut selera masing-masing.

@themagi2016

Monday, 23 November 2015

Resepi Corned Beef Pawada

Image result for cornbeef kambing pawada
Salam Isnin untuk semua pengunjung MaGi hari ni! Hmm, aku kembali lagi untuk entri ke-2. Terlambat sikit dari jadual asal sebab aku dapat undangan dari DBP Kuching untuk pemerolehan karya kreatif. Jadi aku kena sediakan draf-draf cerpen untuk dikaji bersama. Sebelum aku terbabas ke topik yang lain, hari ni aku nak promote resepi corned beef yang terbaru, hasil usaha abah aku semalam. Bukan senang nak tengok abah aku masak, eksklusif~ Resepi ni senang je, abah aku buat inti, aku dan kakak memanipulasi inti tu jadi dish yang lain.

Okey, mari teruskan :)

Resepi Corned Beef Pawada

Bahan-bahan:
  1. Satu tin corned beef Pawada
  2. Bawang merah besar
  3. Garam
  4. Cili
  5. Gula
  6. Cendawan
  7. Kacang panjang

Cara memasak:
  1. Tumis bawang merah besar. Gunakan lemak yang berada di bahagian atas tin (untuk jimatkan penggunaan minyak masak)
  2. Masukkan cili.
  3. Masukkan cendawan.
  4. Masukkan kacang panjang yang sudah dipotong kecil-kecil.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  6. Boleh masukkan bahan yang lain seperti potongan dadu lobak merah dan sebagainya.
Cara penyediaan corned beef ni terpulang pada selera korang. Aku jadikan inti ni sebagai slider (lebih kurang macam sandwich or mini burger). Bahan untuk sediakan slider senang je iaitu:

  1. Roti bun 
  2. Lettuce/salad
  3. Sos cili
  4. Mayonis
  5. Corned beef yang siap dimasak
  6. Mashed potatoes (kalau ada kat rumah. Tapi kalau tak ada, boleh pecut pergi KFC)
Inti corned beef yang siap dimasak juga boleh dijadikan sebagai bahan utama sandwich roll. Tak payah fikir panjang macam mana nak gulung roti, korang gulung je ikut kreativiti tersendiri. Kalau perlukan contoh, ni gambar sandwich roll yang kakak aku buat semalam.

Apa-apapun, selamat mencuba :)
@themagi2015