Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, 14 July 2017

Dilema Pelajar Zaman Sekarang

Hello, Jumaat. Sedar tak sedar hari ni hari Jumaat dan sejujurnya hari ni bukan hari yang produktif lagi berkhasiat. Aku rasa otak aku yang penat. Kalaulah aku boleh hantar otak aku pergi travel, ko ghase?

Image result for brain cartoon
Macam nilah agaknya rupa otak aku tengah holiday....

Okay, back to topik yang aku nak share. Hari ni, aku nak tulis tentang pelajar zaman sekarang. Aku bekerja di institusi pendidikan, setiap hari aku nampak dan dengar apa yang pelajar zaman sekarang hadapi dan terima. Memang jauh sangat beza zaman dulu dan zaman sekarang. Aku tak nafikan pelajar zaman sekarang dapat bermacam-macam bantuan, program pendidikan, silibus yang ditambahbaik, sistem pembelajaran yang dipertingkat. Pendedahan terhadap ilmu ICT pun disertakan sekali. Pelajar zaman sekarang dapat semuanya. Bak kata orang putih, more is better.

Tapi ada pepatah lain yang menyebut: Less is more.


Kelebihan=Kekurangan

Image result for student dilemma silhouette
Sekarang ni aku nampak pelajar dapat banyak kelebihan. Aku tak cakap pasal pelajar sekolah menengah, aku cakap pasal pelajar sekolah rendah. Pada usia yang masih muda, pelajar didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baru. Banyak benda yang mereka belajar. Cuma masalahnya,  ilmu yang sepatutnya berguna telah dimanfaatkan untuk hiburan semata-mata. Okay, aku bagi contoh:
  • Mereka tahu apa itu Internet, tapi mereka cuma berminat dengan Facebook dan Youtube. 
  • Mereka tahu apa itu telefon pintar, tapi mereka cuma berminat dengan selfie, Whatsapp dan Wechat.
  • Mereka tahu apa itu komputer, tapi mereka cuma berminat dengan game dan tengok KDrama.
  • Mereka tahu apa itu Google, tapi mereka manfaatkan kewujudan Google untuk cari gambar artis atau cari lirik lagu Despacito (sebagai contoh).
Selain dari isu kelebihan yang jadi kekurangan dalam masa yang sama, aku nampak pelajar belajar terlalu banyak benda baru sehingga mereka tak tahu benda yang mudah. Sebagai contoh:
  • Mereka belajar Bahasa Melayu setiap minggu, tapi tak faham penggunaannya. Nak minta kebenaran pergi tandas pun tak betul. Sebagai contoh: Cikgu, nak pergi tandas! padahal sepatutnya: Cikgu, saya nak minta kebenaran untuk pergi ke tandas. 
  • Mereka belajar Sejarah, tapi mereka tak peduli pun. Bagi mereka, buat apa nak belajar pasal benda dah lepas dan sibuk pasal orang yang dah mati?
  • Mereka belajar Matematik, tapi mereka lebih concern jumlah kredit dalam telefon, atau duit belanja sekolah setiap hari.
  • Mereka belajar Sains, tapi mereka tak boleh kaitkan Sains dengan kehidupan mereka. Padahal  Sains berlaku setiap hari dalam kehidupan such as kenapa lepas berak, najis tak terapung di udara? Jawapannya: tarikan graviti.
  • Mereka belajar Pendidikan Islam, tapi mereka cuma berminat bab akil baligh. Motif? Fikir sendiri.

Dilema Pelajar Zaman Sekarang

Sebenarnya, aku kesian betul dengan budak-budak zaman sekarang. Banyak betul benda nak dihadam dalam kepala otak. Mereka belajar sebab mereka terpaksa, mereka tak ambil peduli pun mereka belajar sebab apa. Aku sendiri nampak budak-budak belajar di kelas setiap minggu dan kelas tambahan pada sebelah petang tapi bila aku tanya balik, mereka tak ingat apa yang cikgu ajar dan tak faham apa yang buku teks bebelkan. Malah, mak bapak sangat pentingkan markah ujian dan nombor berapa di dalam kelas sampai pembelajaran adab dan nilai-nilai murni diketepikan. 

Secara tidak langsung, beberapa perkara yang kurang baik sedang berlaku. Sebagai contoh:
  • Mereka masih muda, tapi terdedah dengan perkara matang yang tak sesuai untuk umur mereka. Secepat kilat, fikiran mereka dipengaruhi dan dikotorkan.
  • Mereka sepatutnya belajar, tapi tertarik dengan perkara lain yang tak sepatutnya (bercinta-cinta, putus cinta, patah hati, ada yang sampai ke tahap nak bunuh diri). Lama-kelamaan, mereka lebih banyak berangan dari memikirkan masa depan.
  • Mereka didedahkan dengan keseronokan dunia orang dewasa (contoh: mekap, rokok, fesyen etc). Mereka jadi tak sabar nak dewasa.
  • Mereka diajar untuk fokus untuk jadi apa di masa hadapan (nak jadi doktor, peguam atau majistret) dan kepentingan status di mata masyarakat, tapi tak diajar tentang bagaimana untuk menjadi manusia yang berilmu, berguna dan berbakti.
Aku tahu niat pendidikan zaman sekarang ialah untuk mematangkan pelajar dan bagi ilmu secukupnya untuk kegunaan di masa dewasa. Tapi aku rasa dilema pelajar zaman sekarang ikut bertambah seiring dengan bebanan pelajaran dan dugaan persekitaran yang lebih berpengaruh. Banyak sangat yang perlu difokuskan (skil interpersonal, skil intrapersonal, skil verbal, skil linguistik, skil entah apa benda aku pun tak tahu). Akhirnya, kelebihan yang diberikan membawa masalah dan pelajar jadi keliru dengan lambakan ilmu. Korang tahu apa yang manusia buat bila dah keliru? Mereka bosan, malas nak berfikir. Bila bosan dan malas nak berfikir, korang rasa apa yang manusia cari? Hiburan. Ya, hiburan yang terbentang tak disekat ada di sekeliling mereka. 

Sebenarnya, mak bapak tak boleh harapkan sekolah semata-mata. Tak boleh harapkan silibus pendidikan semata-mata. Tak boleh harapkan teknologi semata-mata. Pelajaran bermula dari rumah. Mak bapak memegang peranan utama dalam menangani dilema pelajar. Dilema pelajar bukan setakat isu belajar tapi mereka juga berdepan dengan dilema seperti:
  • Isu karakteristik
  • Isu fizikal dan penerimaan
  • Isu keluarga
  • Isu perbandingan dan perbezaan
  • Isu persaingan
  • Isu etika & moraliti
  • Isu pengaruh rakan sebaya dan banyak lagi
Bagi akulah, pelajar zaman sekarang berdepan banyak konflik semasa berubah. Mereka nak jadi remaja tanpa memahami makna menjadi remaja. Mereka nak cepat dewasa tanpa memahami realiti alam orang dewasa. Mereka tak sabar nak tinggalkan zaman kanak-kanak tanpa mengetahui apa yang menanti mereka di masa hadapan. Jadi aku nak pesan satu je:

Image result for childhood quotes

@themagi2017

Monday, 14 September 2015

Bencana Alam Abad 21

Gempa bumi di Nepal
credits: theguardian.com
Salam Isnin. Keadaan masih berjerebu tapi thank God aku jenis home-worker. Semalam aku tengok rancangan 9/11 dan The 2000 di Nat Geo. Lepas tu, timbul idea nak menulis tentang bencana alam alaf 21. Seperti yang kita ketahui, banyak bencana yang berlaku dalam alaf 21 dan kita pun sedar bumi semakin tua. Cuma masalahnya, bila bumi semakin tua, perangai manusia pun semakin pelik. Serangan WTC, perang di Afghanistan, perang di Iraq, berseteru dengan Iran, gerakan IS di Syria- semuanya berpunca dari kelakuan manusia yang pelik.

Untuk entri kali ini, aku fokus kepada bencana alam berbanding kepelikan manusia. Sebab apa aku fokus kepada bencana alam? Mutiara kata ada menyebut:

"Sometimes, it takes a natural disaster to reveal a social disaster." 
[Jim Wallis]


Bencana Alam 21

Banjir Mozambique (2000)

Hujan lebat antara Februari dan Mac menyebabkan banjir besar di Mozambique. 800 orang maut, 20 ribu haiwan ternakan mati. Bencana bermula di Afrika Selatan, berakhir di Mozambique dan bencana itu antara bencana paling berbahaya dalam tempoh 50 tahun

Gempa Bumi Gujarat (2001)

Gempa bumi berlaku pada Januari 2001 dengan magnitud 7.7. Ia merebak ke Bangladesh dan dianggarkan 200 ribu nyawa terkorban, 167 ribu cedera dan 400 ribu rumah serta bangunan musnah dalam bencana.

Gelombang Panas Eropah (2003)

Gelombang panas tahun 2003 antara bencana yang paling dahsyat berlaku di Eropah. Perancis adalah negara yang teruk terjejas. Kematian lebih dari 70 ribu nyawa di Eropah iaitu di Perancis, Portugal, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol. Negara-negara tersebut biasanya tidak mempunyai musim panas yang melampau tapi gelombang panas tersebut mencecah 45 darjah celcius.

Tsunami Lautan Hindi (2004)

Merupakan gempa bumi yang paling kuat dengan magnitud 9, ia menghasilkan tsunami yang paling berbahaya pada 26 Disember 2004 di Lautan Hindi, berdekatan dengan negara Indonesia. Kekuatan gempa bumi itu bersamaan dengan 23 ribu bom atom, melebihi serangan di Hiroshima. Hari pertama bencana menyebabkan 150 ribu terbunuh dan jutaan manusia hilang.

Taufan Katrina (2005)

Taufan Katrina melanda Amerika pada tahun 2005 di Florida. Beberapa bandar terjejas seperti Mississippi, New Orleans, Biloxi dan Gulfport. Dianggarkan 1833 nyawa terkorban dalam taufan dan juga banjir. 

Gempa Bumi Kashmir (2005)

Tahun 2005 menyaksikan satu lagi bencana berlaku di Kashmir. Gempa bumi magnitud 7.6 memusnahkan Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan, sebahagian lagi Kashmir yang ditadbir oleh India, Islamabad dan Khyber Pakhtunkhwa. Dianggarkan 100 ribu nyawa terkorban, 70 ribu orang cedera dan 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Serangan Sejuk Afghanistan (2008)

Rekod kesejukan mencatatkan suhu jatuh sebanyak -30 darjah celcius. Dianggarkan 1000 nyawa terbunuh dan mengorbankan banyak haiwan ternakan. Lebih dari 315 ribu lembu, 100 ribu kambing biri-biri dan kambing mati. Kekurangan kemudahan awam, kemerosotan kesihatan menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kawasan terjejas dan berjalan kaki berkaki ayam dalam cuaca yang teramat sejuk.

Siklon Nargis (2008)

Siklon Nargis yang melanda Burma dan Sri Lanka pada April 2008 menyebabkan kemusnahan menyeluruh. Berlaku rentetan kes banjir dan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan 50 ribu orang maut di Burma. Secara keseluruhan, lebih 150 ribu nyawa terbunuh, 50 ribu hilang dan kerugian negara sebanyak $10 juta.

Gempa Bumi Haiti (2010)

Haiti berdepan dengan gempa bumi magnitud 7.3 pada Januari 2010 dan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat. 220 ribu nyawa dianggarkan terbunuh, 300 ribu orang cedera dan lebih 3 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. 

Gempa Bumi dan Tsunami Tohoku (2011)

Gempa bumi magnitud  9.0 berlaku di Tohoku, Jepun menyebabkan air laut menyusut sedalam 30km dan menghasilkan tsunami besar pada Mac 2011. Ketinggian tsunami dianggarkan setinggi 40km. Seramai 15 889 nyawa terkorban, 6152 orang cedera dan 2600 orang hilang. Jutaan bangunan dan kediaman musnah dalam bencana.

Kemarau Afrika (2011)

Julai 2011 menyaksikan kemarau dahsyat melanda timur Afrika. Negara-negara terjejas ialah Somalia, Kenya, Djibouti dan Ethiopia. 9 juta nyawa terancam dan sejumlah besar penduduk dari Somalia berpindah ke Kenya dan seterusnya bermigrasi ke Ethiopia, menyebabkan kesesakan yang teruk. Kesesakan itu mewujudkan masalah lain seperti masalah kebersihan, kesihatan, kekurangan nutrisi dan krisis makanan. Ia menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Taufan Haiyan (2013)

Taufan Haiyan yang melanda Filipina pada tahun 2013 menyebabkan kematian lebih 6000 nyawa dan 27 ribu orang cedera. 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. Taufan setinggi 130 kaki dan angin berkelajuan 235mph memusnahkan hampir seluruh kawasan teluk dan kawasan, merosakkan infrastruktur dan talian komunikasi.

Gempa Bumi di Visaya Tengah (2013)

Selepas kejadian Taufan Haiyan, Filipina dikejutkan lagi dengan gempa bumi magnitud 7.2 di kawasan yang sama. Bencana tersebut mengorbankan 222 nyawa, 700 ribu bangunan musnah, dan kehilangan tempat tinggal.

Gempa Bumi di Pakistan (2013)

September 2013 menyaksikan Pakistan dilanda gempa bumi magnitud 7.7. 800 nyawa terkorban. Ia diikuti dengan gempa bumi magnitud 6.8 pada hari seterusnya. Bencana itu menyebabkan kemusnahan di selatan barat Pakistan. Namun bencana itu telah mewujudkan satu pulau baru di pesisir pantai Pakistan dan menjadi perdebatan di kalangan komuniti saintifik. 


Menurut kajian, tahun 2014 merupakan tahun tidak aktif bagi kejadian bencana alam. Tidak ada sebarang bencana alam dahsyat yang membunuh ribuan atau jutaan penduduk seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi terdapat siri bencana alam yang boleh mengancam nyawa seperti ledakan gunung berapi di Hawaii, taufan di Filipina, kebakaran hutan di California dan sebagainya pada tahun 2014.

Gempa Bumi Nepal  (2015)

Pada tahun 2015, gempa bumi Nepal magnitud 7.9 telah berlaku. Gempa bumi pertama mencatatkan 8000 nyawa terbunuh, 18 ribu cedera dan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. Gempa bumi kedua pula mencatatkan peningkatan angka kematian seramai 4800 nyawa dan berlaku beberapa siri tanah runtuh serta kemusnahan berganda.


Memandangkan kita masih di dalam tahun 2015, marilah kita mengambil pengajaran dan sentiasa berhati-hati, serta pastikan kita bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.


@themagi2015
ruj: scienceve.com | all-that-is-interesting.com | mysticfiles.com | relief.org | time.com | aljazeera.com

Saturday, 2 February 2013

Fenomena "Listen-Listen-Listen~"

Listen-Listen-Listen~ menjadi trend dan fenomena terbaru di Malaysia,  sebagai cara untuk memaksa orang untuk mendengar apa yang ingin dikatakan, memberi mereka ruang untuk bercakap dan tanda untuk memprotes pendapat yang telah diajukan. Ungkapan "Listen" (mesti disebut banyak kali untuk lebih afdal) sebenarnya dimulakan oleh Sharifah Zohra, presiden NGO untuk Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) semasa beliau berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk satu forum yang bertajuk- "Seiringkah Mahasiswa dan Politik?".

Sharifah Zohra dikatakan berdepan dengan soalan dari seorang pelajar perempuan, Bawani KS mengenai isu perhimpunan BERSIH, Ambiga pencetus demonstrasi dan kemudian beralih kepada isu pendidikan percuma. Menerusi video debat antara Aunty Listen versus Bawani di Youtube, Bawani menyebut tentang PTPTN dan pendidikan berbayar di Malaysia, berbeza dari negara luar seperti Argentina, Brazil dan sebagainya yang mengamalkan pendidikan percuma untuk pelajar universiti. Setelah memberi pandangan dan pendapat mengenai perkara tersebut, Aunty Listen muncul di hadapan Bawani dan berkata:

"Let me speak..."

Kandungan Video Aunty Zohra Versus Bawani


Secara ringkasnya, berlaku beberapa insiden di antara Aunty Zohra versus Bawani menerusi video yang telah dimuatnaik ke dalam Youtube. Menerusi video tersebut, ramai pihak memberi analisa dan pendapat mengenai forum yang dianjurkan di UUM. Ramai pihak menyatakan bahawa sikap Aunty Zohra yang bersifat pengongkong dan diktator dalam forum tersebut, manakala Bawani pula meninggikan suara dan bersifat sarkastik ketika mengajukan soalan, lebih-lebih lagi isu haiwan ada masalah pula tidak relevan untuk tajuk forum. Bukan itu saja, menganjurkan forum berunsurkan politik di universiti sebelum musim pilihan raya bukan satu tindakan yang bijak kerana ia mungkin mengundang kontroversi, fitnah dan juga debat yang menyimpang. Sebaiknya, kedua-dua belah pihak (Aunty Zohra versus Bawani-termasuklah pihak UUM) belajar untuk menghormati dan tidak menyinggung perasaan orang lain semasa mengeluarkan pendapat masing-masing (dan itulah pada pandangan saya sebagai bekas pelajar dan pemerhati keadaan semasa)


Apa-apapun, Aunty Zohra telah memperkenalkan kaedah #Listen untuk sesi pengucapan awam. Walaupun cara penyampaian #Listen tersebut kurang sopan tetapi ia memberi impak mengenai kuasa mendengar.

P/S: Listen-Listen-Listen~ No buffering, no suffering."

#TMG2013

Wednesday, 21 November 2012

Tingkatan Enam: Bukan Satu Pilihan, Mungkin Juga Pilihan Yang Terakhir

Di Malaysia, sistem pendidikan di negara ini berbeza dari negara lain (pernah didakwa mempunyai sistem pendidikan yang banyak 'tangga' dan agak lambat). Bermula dari pra sekolah ke sekolah rendah (disebut sebagai 'primary'), sistem pendidikan  ini berlangsung ke bahagian yang seterusnya, sekolah menengah (disebut sebagai 'secondary') dan dibahagi kepada dua iaitu:
  • Menengah rendah (lower secondary): Tingkatan 1-3
  • Menengah Atas (upper secondary): Tingkatan 4-5
  • Tingkatan Enam (Form Six), atau Kelas Pra-Universiti pula merupakan peringkat yang berasingan. Ia merupakan langkah terakhir untuk pelajar Tingkatan Enam menyiapkan diri untuk ke peringkat yang lebih tinggi- ijazah sarjana muda.

Tingkatan Enam ialah antara senarai pilihan untuk pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran. Sejak Tingkatan Enam mula diperkenal (pada 1950), Tingkatan Enam mengalami proses perubahan mengikut keadaan semasa. Pemilihan pelajar Tingkatan Enam pada era dahulu ternyata lebih tegas dan mementingkan kualiti dari kuantiti. Sekarang, kuantiti melebihi kualiti.

Tingkatan Enam memiliki banyak keistimewaan, juga dipandang sebagai kekurangan di kalangan generasi baru. Menghabiskan masa SATU TAHUN SETENGAH bukan satu tarikan untuk mereka menerima pilihan ini. Ya, Tingkatan Enam memang satu pilihan untuk meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi, tapi kebanyakan pelajar lepasan SPM masih menganggap Tingkatan Enam adalah opsyen yang terakhir. Bagi mereka, ada banyak sebab mengapa Tingkatan bukan satu pilihan untuk mereka. Pertama sekali;
  • Pengalaman 11 tahun di sekolah (enam tahun sekolah rendah dan lima tahun sekolah menengah) sangat memualkan. Mereka mahu mencari 'angin baru'.
  • Tidak tertarik lagi dengan pemakaian baju sekolah. Mereka mahukan pemakaian yang bebas mengikut selera dan minat masing-masing.
  • Bosan dengan suasana sekolah. Mereka mahukan suasana baru yang lebih menarik (dengan kata lain, mereka mahu menganggap diri mereka sudah dewasa dan sudah tiba masanya untuk lepas bebas)
  • Tidak berminat langsung dengan senarai subjek Tingkatan Enam. Bagi mereka, senarai subjek itu tidak menepati minat mereka.
  • Terkongkong dengan peraturan sekolah yang dikatakan kolot (tidak boleh merokok, tidak boleh mewarnakan rambut, tidak boleh mengubahsuai pakaian seragam, tidak boleh memakai kasut selain kasut kanvas, tidak boleh berkuku panjang-apatah lagi mewarnakan kuku dan sebagainya)
  • Sukar untuk mencari atau memilih pasangan bercinta. Sekolah memiliki peratusan yang begitu sedikit untuk 'mencuci mata' dan bercinta-cinta jika dibandingkan dengan kolej matrikulasi, universiti dan kolej-kolej swasta.
  • Tersekat dengan  perintah guru dan kerja sekolah yang berlambak.
  • Peluang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bergaya (sambil tayang cawan kopi Starbucks) lebih tipis jika dibandingkan kehidupan di kampus.
  • Pengajian Am (subjek major Tingkatan Enam) merupakan subjek yang paling berisiko. Tak lulus, tak ada sijil.
Jadi, kesimpulannya, Tingkatan Enam bukan satu pilihan, mungkin juga pilihan yang terakhir. Tetapi, menurut Hasbullah Haji Abdul Kassim (penolong kaunselor pentadbir, JPWP Kuala Lumpur), antara kelebihan Tingkatan Enam ialah:
  • Kos pelajaran jauh lebih murah (tak perlu nak buat pinjaman PTPTN)
  • Sijil diiktiraf oleh IPTA/ IPTS dan juga universiti luar negara.
  • Sijil diiktiraf oleh JPA untuk mendapatkan pekerjaan.
  • Sijil setaraf dengan A-Level.
  • Pengajian di sekolah menerima lebih banyak subsidi dari kerajaan.
  • Ia berpusat di seluruh negara (nak tukar sekolah setiap tiga bulan kat lain-lain negeri pun boleh, asalkan tak tercicir pelajaran).
  • Tangga gaji pelajar lepasan STPM jauh lebih lumayan dari pelajar lepasan SPM dan setaraf dengan pelajar lepasan Diploma.
  • Yang penting sekali, dapat ringankan beban ibu bapa dalam perbelanjaan pendidikan (zaman sekarang banyak pakai duit jadi tak hina sekiranya pelajar lepasan SPM memilih Tingkatan Enam)
Kebanyakan pelajar lepasan SPM mempunyai isu terhadap pakaian sekolah dan juga terkongkong dari beberapa aspek (seperti yang didakwa sesetengah pihak) jika memilih Tingkatan Enam sebagai destinasi pendidikan mereka. Perkara ini masih menjadi isu semasa dan pernah dikemukakan cadangan agar Tingkatan Enam diterapkan dengan konsep kolej- paling tidak pun beberapa peraturan boleh diubah seperti pakaian bebas, penggunaan telefon bimbit dan komputer riba. Sekarang, pihak pelajaran sudah mencuba sedaya upaya memenuhi permintaan dengan mengubah sedikit pakaian sekolah (masih tak bebas tapi sekurang kurangnya beberapa buah sekolah menengah dengan kelas Tingkatan Enam dibenarkan membawa telefon bimbit, komputer riba dan pakaian juga lebih berwarna-tak terhad dengan warna biru dan putih, juga kasut kanvas) .


Tuesday, 6 November 2012

The Biggest Versus: Produk yang sentiasa bersaing



AMD versus Intel.
Merupakan produk keluaran Amerika Syarikat. AMD dimiliki oleh Advanced Micro Devices Inc. yang mengeluarkan produk semikonduktor seperti pemprosesan mikro, produk komersial dan produk mesra pengguna. Ia beribu pejabat di Sunnyville, California dan diasaskan pada 1 Mei 1969. Intel pula dimiliki oleh Intel Corp. yang mengeluarkan produk semikonduktor, cip memori dan cip komputer yang terkenal.  Berpusat di Santa Clara, California, ia diasaskan pada 18 Julai 1968.



KFC versus McDonald
KFC dan McDonald merupakan produk rantaian restoran terkenal di dunia dan beibu pejabat di Amerika Syarikat. KFC diperkenalkan pada 1930 di Kentucky oleh Kolonel Sanders dengan nama Sanders Court & Cafe dan melakukan francais pada 1952. KFC terkenal dengan produk makanan ayam goreng berempah dengan ramuan rahsia, minuman berkarbonat, burger ayam, kentang putar dan coleslaw. McDonald pula diasaskan pada 15 Mei 1940 oleh dua beradik iaitu Richard dan Maurice McDonald di San Bernado, California sebelum disertai oleh usahawan Ray Kroc, agen francais yang membeli restoran tersebut pada 1955  dan mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia. McDonald terkenal dengan kepelbagaian jenis burger seperti burger ayam, daging, dan ikan, jejari kentang goreng, ayam goreng, minuman ringan dan juga jualan mainan mini mengikut tema dan musim.

Windows versus Mac
Windows dan Mac merupakan produk sistem operasi komputer yang berpangkalan di Amerika Syarikat.  Microsoft Windows ialah syarikat yang mengeluarkan grafik antara muka dan sistem operasi yang terkenal yang pernah diterajui oleh Bill Gates dan diwujudkan pada 1985 dengan produk pertama, Windows 1.0. Pada 26 Oktober 2012, Windows melancarkan produk terbaru, Windows 8 dan bersaing dengan Apple Ipad dan Samsung Galaxy Tab. Mac pula produk di bawah syarikat Apple yang diasaskan pada 1 April 1976 dan digabungkan pada 1977 oleh Steve Jobs dan dua rakannya. Apple mengeluarkan produk pertama iaitu Apple I pada Julai 1976 dan diikuti oleh Apple II (April 1977), Apple III (Mei 1980), Apple Lisa (1982) dan Macintosh (1984). Kemudian, Macintosh diperbaharui pada 1998 (iMac versi pertama) Mac OS X (2001),dan  iMac (2006) yang menggunakan CPU Intel Core Duo. Apple terkenal dengan beberapa produk lain seperti Iphone, Ipad, dan Ipod (Touch, Shuffle dan Nano).



Iphone versus Samsung
Dimiliki dua syarikat besar yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan. Iphone merupakan produk gajet komunikasi yang dicipta oleh Apple Inc. manakala Samsung pula gajet yang dicipta oleh syarikat Samsung.  Iphone merupakan pecahan produk dari Apple Inc.  dan dikeluarkan dalam beberapa versi iaitu Iphone (2007), Iphone 3G (2008), Iphone 3GS (2009), Iphone 4 (2010), Iphone 4S (2011) dan yang terbaru, Iphone 5. Samsung pula pecahan produk dari syarikat Samsung dan diasaskan pada 1938. Samsung menjalankan pelbagai jenis perniagaan seperti syarikat industri berat, produk elektronik, kejuruteraan, perubatan, insurans, perkapalan, senjata dan kini ia memasuki perniagaan telekomunikasi.  Samsung mengeluarkan beberapa produk telekomunikasi yang sangat terkenal seperti Samsung Galaxy  S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2 SkyRocket, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy Showcase, Mini Galaxy, Galaxy Note, dan Galaxy Prevail. Pada 2012, Samsung berdepan dengan isu paten dengan pihak Iphone Apple dan diakhiri dengan kemenangan di pihak Apple. Namun, Samsung terus mempelbagaikan produk dan menjadi pilihan ramai menerusi suku pertama tahun 2012.



Nikon versus Canon
Merupakan dua syarikat besar yang berpangkalan di Jepun. Nikon merupakan syarikat pengimejan dan optik yang berpusat di Tokyo dan memulakan perniagaan pada 25 Julai 1917 dengan nama Nippon Kogaku Kogyo Kabushiki Gaisha. Kemudian, ia mengeluarkan kamera F-siri Nikon dan dinamakan semula pada 1988 sebagai Nikon. Nikon menghasilkan pelbagai jenis produk imej dan optik seperti kamera, binokular, mikroskop, peralatan pengimejan, kanta optik dan sebagainya. Canon pula merupakan syarikat  optik dan pengimejan seperti Nikon dan berpusat di Ota, Tokyo. Ia diasaskan pada 10 Ogos 1937 dengan nama Seikikogaku Kenkyusho dan kemudian menjadi Kiyanon Kabushiki Gaisha. Pada 1934, ia mengeluarkan produk Kwanon, kamera 35 mm dengan asas ‘focal plane shutter’ dan menerusi nama produk tersebut nama syarikat ditukar menjadi Canon.  Canon tidak terbatas pada produk kamera dan optik semata-mata, ia juga mengeluarkan beberapa jenis produk lain seperti mesin pencetak, mesin penyalin, komputer dan juga kalkulator.


Chrome versus Firefox
Chrome dan Firefox merupakan pelayar web yang terkenal selain Internet Explorer. Kedua-duanya terletak di Amerika Syarikat. Chrome dilancarkan oleh Google dengan enjin Webkit Layout dan versi beta untuk Microsoft Windows pada 2008. Chrome mempunyai mod privasi yang dikenali sebagai Incognito, kedua selepas Safari dan ringkas dari segi antara muka pengguna.  Firefox pula dimiliki oleh Mozilla Corp. & Mozilla Foundation dan dibangunkan untuk Ms Windows, OS X dan Linux. Firefox menggunakan enjin Gecko Layout. Firefox dikatakan sesuai untuk Windows 7 OS tetapi bersaing sengit dengan Chrome.  Ia terlibat dengan beberapa isu penjenamaan dan logo seperti firebird, phoenix, iceweasel dan juga Aurora.




Yahoo versus Google
Google merupakan syarikat yang berkaitan dengan internet, produk komputer, pengiklanan dan servis. Ia diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada 1998 sebagai sebuah syarikat yang kecil. Nama Google ialah ejaan salah untuk perkataan ‘googol’ yang bermaksud ‘nombor satu dan diikuti oleh seratus sifar’. Youtube dan Blogger merupakan pecahan produk Google dan syarikat ini mempunyai slogan tidak rasmi iaitu ‘Don’t be evil.’ Yahoo merupakan syarikat internet yang berpangkalan di Sunnyvale, California yang terkenal dengan produk web portal, enjin pencarian, termasuk beberapa produk lain seperti YahooMail, YahooNews, YahooDirectory, peta atas talian, perkongsian video dan media sosial. Yahoo diasaskan oleh Jerry Yang dan David Filo pada Januari 1994 dan digabungkan pada 1 Mac 1995. Yahoo melancarkan pelbagai jenis produk bersama rakan kongsi termasuk produk Shine, laman web yang dilancarkan pada 2008 untuk wanita berusia 25-54 tahun yang mencari maklumat mengenai wanita dan juga nasihat.




Facebook versus Twitter
Facebook dan Twitter merupakan produk telekomunikasi siber keluaran Amerika Syarikat. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 2004, bekas pelajar Harvard University yang pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Harvard kerana mencedok gambar pelajar untuk memajukan laman kenalan Facemash yang diasaskan pada 2003. Facemash menjadi inspirasi kepada Mark Zuckerberg membangunkan Facebook bersama rakan-rakannya pada 2004. Facebook membeli nama domain dengan menggugurkan  ‘the’ dari ‘thefacebook.com’ dengan nilai $200,000 pada 2005 dan Facebook dibuka untuk orang awam pada 2006 serta bekerjasama dengan beberapa syarikat besar seperti Apple dan Windows. Facebook menawarkan khidmat sosial dengan muat naik gambar dan video, status peribadi, iklan, perniagaan, kumpulan, promosi, ruang sembang dan juga perkongsian fail. Twitter pula diasaskan oleh Jack Dorsey pada Julai 2006 dan nama Twitter diilhamkan dari bunyi kicauan burung. Mesej 140 karakter dalam Twitter juga disebut sebagai ‘tweets’. Twitter menawarkan perkhidmatan sosial seperti muat naik gambar, promosi, perniagaan, iklan, kumpulan dan juga status peribadi. Cuma, Twitter bersifat lebih ringkas, lebih privasi untuk pengguna dan lebih cepat seperti SMS.




Coke versus Pepsi
Coca cola atau dikenali sebagai Coke merupakan syarikat pengeluar minuman ringan berkarbonat yang diwujudkan pada 1886 di Amerika Syarikat oleh John Pemberton di sebuah kedai farmasi Eagle Drug & Chemical Company. Coke dicipta bagi mengatasi masalah minuman beralkohol jenama French Wine Coca.  Bahan asas Coke diperbuat daripada biji kola yang mengandungi sumber kafein dan daun koka yang mengandungi sumber kokain. Pada 1903, sumber kokain dibuang dari senarai resepi dan manakala kafein pula dikekalkan dalam jumlah yang sedikit dan mesti dipaparkan pada label produk atas perintah U.S Pure Food & Drug Act pada 1912. Pepsi pula syarikat pengeluar minuman seperti Coke dan menjadi pesaing sengit sejak ia mula diperkenalkan. Pepsi diwujudkan pada 1893 sebagai ‘Minuman Brad’ oleh Caleb Bradham di kedai farmasi miliknya. Pada 1898, ia dinamakan semula sebagai Pepsi-Cola dan menjadi Pepsi pada 1961.  Pepsi meraih populariti pada 1970 menerusi ujian rasa yang dikenali sebagai ‘Cabaran Pepsi’ di mana pengguna lebih menggemari Pepsi kerana kurang pati oren, lebih pati lemon dan menggunakan vanilin berbanding vanila. Kemudian, Coke menyahut cabaran dengan memperkenal produk lama yang diperbaharui dan dinamakan sebagai Coke Classic.  Menerusi cabaran tersebut juga berlakunya musim ‘Cola Wars’.  Pada 1929, syarikat Pepsi Cola mengalami bankrup dan dibeli oleh pihak lain. Resepi asli Pepsi Cola didokumenkan dan didapati tiada kola atau kafein digunakan dalam resepi asal.


MaGi2012 (WE references)

Friday, 19 October 2012

Karakteristik Troll dan Meme


Era trolling di Internet sekarang amat femes, dan diterima sebagai cara yang baik untuk kenakan orang. Trollface merupakan karakter paling awal untuk meme, istilah yang merujuk kepada ekspresi muka mengikut situasi dan disusun menjadi rage comic. Rage comic pula komik pendek (dalam satu set) bagi memaparkan kemarahan atau emosi mudah yang lain. Rage comic juga digunakan secara meluas dan dicirikan sebagai bentuk komunikasi yang diterima dan standard komunikasi dalam talian.

(Baca lagi...)

Kefemesan rage comic ni dikaitkan oleh golongan tertentu sebagai cara 'mengusik', bergurau dengan maksud bersama ungkapan, ekspresi muka yang dikenalpasti dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Ada jugak yang ditranslate ke bahasa lain. To make it short, rage comic merupakan cara yang paling mudah dan cepat untuk sampaikan mesej.


(Seterusnya...)

Karakter Meme dalam rage comic


Cereal Guy


Direka oleh Bob Averill pada 2007, watak Cereal Guy ni simple macam orang lidi. Mesti ada scene tengah makan bijiran. CG juga gelarkan dirinya sebagai Cereal Killer dan mempunyai karakter yang bersifat pelbagai, skeptik dalam banyak hal. Tapi setiap scene akan diakhiri dengan bijiran tersembur keluar dari mulut (sebab tak percaya/terkejut dengan sesuatu hal) ataupun drooling.





F*ck Yea

F*ck Yea wujud pada 2010, merupakan karakter bermuka sombong, lawan kepada karakter Forever Alone. FY mempunyai keyakinan, treat diri sendiri sebagai the winner dan takde orang yang boleh halang dia untuk berjaya dapatkan sesuatu (so sebab tu la nama dia F*ck Yea!)

Lol Guy

Lol Guy merupakan karakter yang senang untuk korang nak faham. LG sangat suka ketawa dalam situasi yang kelakar dalam rage comic (dan kadang2, muka LG ni boleh menjadi sinis bagi jenaka yang ada kaitan ngan korang).

Me Gusta

Maksud nama Me Gusta ni ialah 'I Like' dalam Spanish, sesuai untuk ekpresi 'teramat suka' akan sesuatu hal. MG digunakan dalam mengekspresikan rasa suka terhadap isu  perverse atau pelik sehinggalah ke situasi yang biasa. MG ni dilukis oleh Matt Oswald untuk 4Chan dan Reddit pada Mac 2010.



Okay Guy

Bila takde upaya nak ubah sesuatu perkara, ni la muka paling sesuai, just say okay for everything. Okay Guy ni karakter yang frust disebabkan dia tak boleh stand up apa yang dia nak. Jadi OG ni just terima apa yang orang cakap/buat.


Poker Face Guy

Ni bukan lagu Lady Gaga. Muncul pada tahun 2010, Poker Face Guy ni karakter yang cuba buat muka bodoh untuk sembunyi rasa malu dalam situasi yang menjanggalkan. PF ni cuba buat2 tak tau dan harap2 hal tersebut cepat2 selesai.

Rage Guy

Rage Guy ni karakter paling basic dalam rage comic (nama pun rage guy kan?), wujud pada tahun 2008. RG ni menunjukkan ekpresi marah yang asli, rasa marah membuta tuli dan situasi yang menyakitkan hati dalam kehidupan seharian. Biasanya RG ni digambarkan dengan statement 'fffffuuuuuuu.....' dan dikaitkan dengan karakter Derp yang tengah marah.



Trollface

Ni karakter yang paling senior antara meme yang lain. Troll face ni ekspresi muka seorang prankster yang mengenakan orang. Topik yang dibincangkan akan diakhiri dengan persoalan sebagai contoh, 'U mad, bro?'. Trollface ni dah wujud lewat 80-an dan sekarang dah jadi ikon muka prankster kat Facebook.



Forever Alone

Forever Alone merupakan karakter yang berlawanan dengan karakter F*ck Yea. FA ni bermuka sedih, sentiasa sorang2, individu yang takde kawan dan apa saja yang berkaitan dengan rasa sunyi. Muka FA ni femes menerusi komik April Fool pada tahun 2010. 





Challenge Accepted Guy

CAG ni karakter yang sanggup/terima apa saja cabaran, walaupun cabaran tu kadang2 tak masuk akal, gila dan pelik. CAG digambarkan dengan karakter silang tangan dengan muka sombong dan asal karakter ni bermula dari drama siri How I met Your Mother musim kedua episod ke-6 tahun 2006 oleh Neil Patrick Harris dan disebut jelas dalam  HIMYM musim ke-4 episod 19-Murtaugh.



Derpina

Derpina merupakan karakter Derp versi perempuan, selalu jadi watak emak, kakak, kawan perempuan, jiran perempuan, teman wanita atau kenalan Derp yang skeptikal dan selalu tunjuk rasa marah (bila marah muka Derpina akan bertukar macam Rage Guy).


OMG/Oh Crap Guy

OMG Guy ni karakter rage yang meluahkan rasa terkejut, marah atau sedar akan sesuatu hal (maybe rasa tak percaya lepas kena tipu, kecewa sebab kena tipu atau menyampah sebab ditipu...pendek kata, ini la muka OMG). 





Yao Ming/ B*tch Please

Karakter BP atau YM ni wujud dari pemain basketball Cina yang bernama Yao Ming, karakter tersenyum lebar (dengan mesej 'dumb b*tch) sebagai reaksi tak peduli dengan apa yang orang lain cakap. Karakter YM ni muncul pada tahun 2009 apabila Yao Ming hadir dalam sesi temubual bersama wartawan dan buat muka B*tch Please bila member lain blah secara tiba2.



Y-U-No Guy

Yuno Guy ni dipercayai berasal dari ekspresi muka watak anime Jepun yang bertajuk Gantz, Chapter 55: Naked King yang release tahun 2002 dan ditranslate pada tahun 2009. Kemudian, frasa Y-U-No ditambah sebagai simbolik untuk mempersoalkan sesuatu (sebagai contoh, rakyat Libya guna YUNO untuk persoal kerajaan diorang).








Untuk rujukan lanjut/atau nak tau karakter meme yang lain, korang boleh klik kat sini.


Wednesday, 17 October 2012

Trivia Troll Face: Trend kat Facebook

Trollface bertukar jadi Mickey Mouse
Troll style; inilah fasa paling latest dan glemer kat Facebook sekarang dengan frasa 'do not feed the trolls' atau DNFT. Secara harfiahnya, Troll ni manusia yang post perkara yang boleh provoke orang. Dengan kata lain, post tu boleh provoke secara luaran atau dalaman menerusi topik mesej sama ada dalam talian komuniti, bilik sembang atau blog. Provokasi tu biasanya boleh mengganggu emosi dan perbincangan dengan mesej provokatif seperti "That was an excellent troll you posted."


Perkataan troll sebenarnya berasal dari bahasa Old French iaitu troller. Dalam kamus French-Inggeris, trôler membawa maksud 'memimpin atau menarik seseorang'. Dalam bahasa Inggeris moden, troll merupakan istilah mengumpan ikan atau menarik umpan ikan. Apabila istilah troll untuk mengumpan ikan semakin terkenal, troll kini mula memasuki jaring baru yang bernama Internet.

Dalam bahasa Old Norse, troll merupakan makhluk dongeng dalam cerita rakyat (cerita rakyat Scandinavia), kisah tentang makhluk yang nakal dan cenderung dengan benda jahat dan kerosakan. Istilah troll ni didakwa dah digunakan pada lewat tahun 1980, bagi merujuk tentang salah laku ber-internet tetapi trolling actions yang sah dilaporkan pada 1992. Sekarang, istilah troll kini lebih bersifat subjektif dengan memaparkan situasi yang menyebabkan korang rasa korang dah kena. Pada tahun 2008, trollface digunakan sebagai subjek trolling dalam budaya Internet.


Sekarang, mari tengok beberapa contoh trollface...nak tau lebih gi Google sendri..>>> 


Situasi trolling yang femes kat Facebook

Trollface lepas guna Loreal Revitalift

Muka troll bila jadik pompuan

Muka troll bila ada rambut

Muka troll bila sebijik cam Emma Watson...(sebijik lo..)

dan ni bila Trollface bertukar jadik Joker...
MaGi2012 
______________________________
*Trimas pada Wikipedia and beberapa website yang terlibat dengan Trollface =D

Monday, 1 October 2012

Subjek sekolah dan Pekerjaan yang Sesuai..

Kalau kat sekolah, ditetapkan subjek apa yang patut kita belajar. Siapa yang science  stream kena amek kimia, fizik, add math, subject killer je. Sape art stream kene amek tasawur islam, sastera, perdagangan...subjek yang tak bunuh korang hidup2. Masa dulu, aku suka Sejarah dan berharap agar terlibat dengan kerja-kerja pemuliharaan tapi yelah, zaman sekolah macam ni la cita-cita. Bila dah keluar dari sekolah, baru la nampak realiti. Skang, mari kita berkongsi beberapa subjek sekolah yang terkenal dan korang minat serta pekerjaan apa yang sesuai dengan subjek tersebut.

Bahasa Melayu
Biasanya, orang akan kata sapa suka subjek BM korang boleh jadi cikgu BM. Tapi sekarang bukan senang nak jadi cikgu, terbukti sebab aku tak dapat (mungkin sebab ilmu tak cukup di kepala, bukan di dada) jadi selain dari bidang perguruan, korang boleh mencuba jadi penulis. Korang tulislah cerita pendek macam cerpen, atau puisi dan sajak. Korang juga boleh bekerja sebagai ahli bahasa (cam pendeta Zaaba,, Nik Safiah Karim), kerja ngan pihak DBP atau IPT. Tapi sekiranya bidang penulisan/kesusasteraan pun korang tak boleh, selayaknya korang ajar anak buah atau anak korang asas bahasa Melayu. Senang citer.


Bahasa Inggeris
BI merupakan bahasa kedua. Walaupun peratusan rakyat Malaysia dah celik BI tapi ada juga yang bermasalah. Siapa yang fasih berbahasa BI ni digalakkan bekerja jadi guru TESL atau involve dalam business network seperti hartanah, pelancongan, dan sebagainya.Selain jadi business people, ada juga yang memilih untuk terjun ke bidang penulisan, jurubahasa atau pengacara. Tapi, kalaulah bidang pekerjaan ni sukar untuk korang, adalah lebih baik korang jadi cikgu tadika. A for Apple, B for Bubble...


Matematik/Matematik Tambahan
Ni subjek yang aku tak suka. Susah betul nak skor (ke aku ni yang bodoh?) Bagi sesiapa yang suka sangat nombor dan formula, adalah digalakkan korang jadi akauntan, pakar ekonomi bisnes ataupun bekerja dalam bidang perbankan dan insurans. Selain tu, korang boleh jugak kerja jadi engineer ke arkitek sebab kerja tu pun melibatkan formula matematik (sudut 90, sudut cakah, tangen, kiraan 'pi' dan sebagainya). Tapi kan~, sekiranya korang rasa macam susah nak dapatkan pekerjaan kat atas, jadi cashier kedai pun korang boleh kira duit hari-hari. Ataupun, jadi kerani pengoperasian kerajaan mahupun  swasta. Korang pun kena involve dalam soal penyediaan slip gaji, laporan kewangan, statistik dan sebagainya. Selain tu, korang boleh berniaga apa je korang nak (jangan manusia pulak yang korang jual)


Sejarah
Subjek ni subjek kegemaran aku. Tak pernah gagal. Aku suka hafal fakta. Lagi pelik fakta tu lagi bagus. Untuk sesiapa yang suka subjek ni, pasti ada yang memasang impian jadi sejarawan, pendidik, penulis buku dan paling best ialah jadi archeologist. Menjadi seorang peguam pun kena ada asas sejarah kenegaraan yang kuat, pasal mahkamah dan akta. Walau bagaimanapun, sekiranya korang payah nak dapatkan pekerjaan tersebut, janganlah korang guna keupayaan sejarah orang lain untuk bergosip, propa dan mengadu domba. Kalu jadi penglipur lara cerita rakyat takpe, elok lagi. Kalu nak sangat jadi archeologist tapi tak dapat, kerja korek kubur orang meninggal pun elok jugak. Kerja fardu kifayah, dapat pahala besar.

Tuesday, 29 November 2011

Benda Pelik tapi Cantik

Selamat sejahtera kepada semua, hari ni nak cakap bahasa Melayu....juga bahasa rosak/rojak..harap maaf.


Sebelum ni blog ni cakap pasal buku, duit, setem, mencarut...hari ni nk cakap benda lain pulak. Takyah banyak intro, mari kita mulakan sekarang iaitu- Apakah benda pelik tapi cantik bagi anda? Bagi aku, ada 6 benda pelik yang penah nengok, dijadikan koleksi dan untuk dimakan. Apakah perkara2 tersebut?