Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, 5 February 2020

Review Braces Tahun 2020

Hai! Kali ni aku nak update pasal braces. Tak banyak yang aku nak update, hari terakhir bulan Januari tahun ni, aku pergi ke klinik pergigian untuk buat review braces. Review kali ni review pertama aku pergi selepas habis komitmen membayar dengan pihak klinik. Aku dah selesaikan semua bayaran pada penghujung tahun lepas so tahun ni, aku cuma tukar dan pasang power chain baru serta potong dawai berlebihan. 

Macam biasa, setiap kali tukar braces mulut aku rasa tak selesa (as usual). Tapi aku tahu rasa tak selesa tu tak lama. Aku mula pakai braces ni tahun 2018. Sekarang dah 2020. Setiap kali aku pergi klinik, aku akan ambil gambar untuk tengok perubahan kedudukan gigi. Untuk tahun ini aku nampak perubahan yang ketara. Tak ada lagi gap yang jelas antara gigi (sebab aku pernah cabut 4 batang gigi di bahagian depan). 

Aku sendiri pun dah malas nak share tips penjagaan braces sebab dah banyak kali aku mention kat entri sebelumnya. Jadi sekarang ni aku cuma nak nikmati keadaan gigi aku yang aku selalu angankan dulu. Gigi yang sihat, yang cantik, yang memberi keyakinan. Yang paling best, rasa macam mimpi je aku habiskan more than 10k untuk gigi... hahaha! 

Okay, macam ni la rupa kedudukan gigi aku (05/02/2020):






Nanti kalau aku dah tanggalkan braces aku akan letak semua gambar dari awal sampai akhir sepanjang aku pakai braces ni.


@theMaGi2020

Tuesday, 17 December 2019

Jadual Review Braces Terakhir

Hai visitors! Hari ni aku nak update kejadian review braces aku yang terakhir dalam jadual appointment wajib aku bersama doktor. Aku mula pakai pendakap gigi ni tahun lepas iaitu bulan 7. Tapi persediaan untuk pakai pendakap gigi ni bermula pada bulan April 2018. Dan bulan ini iaitu pada 16 Disember 2019, jadual 12 kali appointment bersama doktor gigi pun dah lengkap.

Okay bagi yang tak faham maksud aku ni, proses review braces bermula selepas braces dipasang. Setiap 6 minggu, patient perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan, tukar dawai, betulkan kedudukan bracket sekiranya tertanggal, teeth scaling dan pasang power chain (ikut keperluan patient). Patient perlu buat review braces sebanyak 12 kali tapi braces takkan ditanggalkan selagi kedudukan gigi tak seperti apa yang doktor gigi nak. Jadi, walaupun jadual aku dah lengkap tapi aku still pakai braces dan teruskan sesi review braces sehingga gigi aku betul-betul rapat dan cantik. Tapi review selepas jadual 12 kali tu dimaklumkan tak berbayar kecuali untuk teeth scaling, yang tu kena bayar la.

So far, macam ni la keadaan gigi aku sekarang lepas tukar dawai dan pasang power chain:


Dan ini keadaan gigi aku pada bulan April 2013. Aku masih ingat masa ni aku baru lepas buat teeth scaling untuk kali pertama kat klinik kerajaan Batu Kawa.


By the way, pemakai braces yang komited sehingga giginya menjadi cantik ialah golongan yang sangat penyabar, tinggi komitmen dan bersedia untuk berkorban. Braces bukan semata-mata cantik, ada banyak benefit kesihatan dari aspek penjagaan oral health, teeth nerves dan juga baikpulih kedudukan rahang mulut. And for my personal reason aku rasa braces ni buat aku happy tersenyum lebar. Sebab? Aku berusaha untuk pasang braces ni dengan hasil titik peluh aku bekerja.

Makanya tahun depan aku masih bersama dengan braces aku. Sebenarnya aku sendiri belum ready nak berpisah dengan braces aku sebab aku dah terbiasa tengok bracket kat gigi. Aku still dengar isu kononnya pakai braces ni membazir. Okaylah, aku tak nak cakap banyak. Aku cuma nak nyanyi lagu Zizi iaitu "beras dapur engkau takkan jadi nasi aku~" hahahaha!

Peace, love, braces :)

@theMaGi2019

Thursday, 31 October 2019

Review Pendakap Gigi: What To Expect?

Hai semua! Hari ni aku nak share pengalaman aku sepanjang memakai pendakap gigi. Dari tahun lepas aku pakai braces dan sebelum nak pasang braces, banyak benda yang aku perlu lalui. Bermula dengan consultation, lepas tu buat x-ray, lepas tu buat acuan gigi, lepas tu barulah cabut gigi. Bila aku sebut aku dah cabut 8 batang gigi, kawan aku assume aku nak pakai gigi palsu. Seriously aku gelak. Mungkin sebab 8 batang gigi tu banyak, so macam mana la rupa aku tanpa 8 batang gigi? Actually gigi aku ni jenis besar dan penuh. Keadaan gigi dalam mulut memang crowded dan menyebabkan gigi aku tak tersusun dengan elok. Rahang atas jadi muncung, gigi bahagian bawah jadi senget, gigi bahagian atas terkeluar dan gigi bongsu pula keluar separuh (semi impacted).

Sekarang dah bulan 11. Aku tukar braces pada 25/10/2019 (Jumaat). Last review nanti bulan 12. Kalau diikutkan memang itu review yang terakhir sebelum aku pakai retainer. Somehow aku masih suka pakai braces ni. Ada la pendapat yang aku baca kat Youtube dan sosial media yang lain pasal pendakap gigi ni. Mostly yang bagi pendapat tu baru pakai 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan. 

Jadi sebagai pemakai braces untuk tahun ke-2, aku nak juga bagi pendapat. Apa yang berubah sejak aku pakai braces ni?
  • Gigi jadi cantik, semestinya. Itulah tujuan aku pakai braces. Mula-mula tu aku tak nampak perubahan. Tapi sekarang aku nampak banyak yang dah berubah.
  • Muka nampak lain. Mungkin sebab rahang aku dah dibentuk semula atas bantuan braces dan power chain. So muka aku tak nampak muncung ke depan. 
  • Bibir kelihatan penuh. Dulu bibir nampak nipis sebab masalah protruded teeth dan overbite. Bila gigi dah mula merapat, barulah bibir tu nampak penuh, nice la sikit kalau apply lip balm.
  • Warna gigi agak yellowish, itu tak dapat dinafikan la. Bukan senang nak gosok gigi, nak guna flos pun susah. Apa yang paling penting ialah interdental brush, benda kecik tu amat membantu untuk buang sisa makanan.
  • Senang nak senyum, sebab gigi dah merapat masuk ke dalam. Dulu payah sebab gigi besar dua ketul tu terkeluar. Setiap kali nak senyum mesti kena tutup mulut rapat-rapat.
Things yang pemakai braces perlu jangkakan  bila dah pasang braces ialah?
  • Get ready untuk cabut gigi (bagi yang ada masalah gigi besar, gigi crowded, gigi buruk atau gigi salah kedudukan)
  • Proses ketatkan braces boleh menyebabkan rasa ngilu.
  • Mula-mula pakai braces, mulut rasa macam tak dapat tutup dengan sempurna.
  • Kena fikir awal nak pilih warna apa untuk dipasang kat bracket, jadi doktor tak tertunggu pilihan colour band tu. Lama sangat, doktor bosan nanti.
  • Kalau pakai power chain, ada possibility mulut rasa sangat tak selesa, gusi rasa amat ngilu dan rasa macam nak senyum nampak gigi sepanjang hari. For unknown reason, bila grinning rasa ngilu tu berkurangan.
  • Masa mula-mula pakai, selera makan akan menyusut sebab tak selesa nak makan. Tapi bila dah biasa nanti, no hal.
  • Bila pakai braces, ada kemungkinan bracket tertanggal. Jangan tunggu lama, nanti tertelan bracket. Bracket tu mahal. Pergi jumpa doktor gigi dengan kadar yang segera.
  • Apa lagi? Emm...jangkaan terakhir dari pemakai braces ialah bila gigi lambat tunjuk progress. Kena la keluarkan duit lebih sikit untuk lanjutkan treatment.
Apa-apapun, braces ni bukanlah treatment yang murah. Ramai orang yang ada masalah gigi berharap dapat pakai braces untuk betulkan keadaan gigi. Jadi bagi anak muda yang pasang braces menggunakan duit parent, hargailah braces korang. Benda tu mahal, jagalah elok-elok. Jangan malu pakai braces. Tengok macam aku ni, umur dah masuk 3 series baru nak pakai braces sebab dulu aku tak ada duit. Maka sebab itu aku sangat hargai braces aku ni. Dah lama aku simpan impian nak tengok gigi aku tersusun dengan cantik. Aku tak peduli la pendapat orang, kononnya nak ubah ciptaan Tuhan la apa la. Aku bukan ubah, aku cuma betulkan kedudukan gigi aku, aku nak pulihkan masalah rahang aku dan juga masalah overbite aku. 

Braces and proud!





@theMaGi2019

Friday, 20 September 2019

Proses Power Chain dan Braces

Hai dearest! Sejak kebelakangan ni aku suka panggil orang dengan panggilan dearest, hihi. Kali ni aku cuma nak share proses sepanjang aku pakai power chain dan braces. Tak banyak pun aku nak share, 06 September lepas aku pergi klinik untuk buat review. Kali ni aku pilih warna merah untuk power chain. Sebab? Aku nak elakkan warna power chain tu berubah sebab sebelum ni aku pilih purple grey, power chain aku nampak cepat buruk.

Berkenaan dengan dawai braces, doktor aku tak tukar sebab masih elok. Cuma doktor potong lebihan dawai sebab kedudukan gigi aku ada perubahan ketara (gembira hati beta). Kali, aku tak rasa sengsara sangat masa doktor pasangkan power chain ke gigi aku. Force effect tu memang ada tapi taklah teruk macam mula-mula.

By the way, rutin aku untuk jaga gigi ni tetap macam biasa iaitu:

  • Makan supplement (calcium + vit D3, vit C + zinc)
  • Makan buah-buahan
  • Elakkan makanan keras
  • Sentiasa bersihkan gigi (ubat kumur, interdental brush, braces teeth brush)
Lepas pakai power chain ni aku tak pakai flos sebab susah nak tarik flos tu, asyik melekat kat power chain. Masa tak pakai power chain dulu agak senanglah nak flos. Aku harap gigi dan gusi aku ni bagi kerjasama. Banyak pelaburan aku untuk gigi ni, so aku memang nak tengok hasil.

Ok, setakat ni macam inilah gigi aku. For those yang baru pakai pendakap gigi, bertabahlah. Beauty is pain, haha~






@theMaGi2019

Friday, 2 August 2019

Proses Full Power Chain

Hai MaGians! Hari ni hari ke-2 di bulan Ogos. Sekarang dah bulan Ogos. Bulan 8 di tahun 2019. Rasa macam baru semalam aku cabut 4 batang wisdom tooth aku sekaligus (tu cerita tahun lepas, haha). Aku masih tak dapat lupa macam mana aku kena bius, minor surgery, bleeding, dan susah nak makan selama 2 bulan. Okay, tu semua kenangan 'indah' demi nak pakai pendakap gigi.
Image result for power chain
source: reddit.com

Sekarang, aku dah pakai full power chain untuk gigi atas dan bawah. Aku pasang pada 26 Julai 2019 (Jumaat). Aku dah tak pakai separuh-separuh macam sebelum ni. Doktor gigi aku dah pasang complete untuk percepatkan proses rapatkan gap antara gigi. Masa kali pertama doktor pasang separuh power chain untuk gigi atas, aku rasa pening. Bila kali kedua doktor pasang separuh power chain untuk gigi atas bawah, aku rasa agak ngilu. Untuk proses ketiga iaitu full power chain untuk gigi atas bawah, side effect tu datang kemudian. Kepala aku rasa berdenyut, mulut aku rasa tak selesa, susah nak makan. Aku lebih suka tidur daripada makan sebab bila tengah tidur, aku tak rasa semua masalah tu.

Bagi yang tak tahu power chain tu apa atau mereka yang baru nak pakai teeth braces (yang pakai ori braces, bukan fake braces), power chain ni sejenis elastic ligatures yang penting menyokong kedudukan gigi. Info tambahan berkenaan dengan power chain ialah:
  • Dipasang tanpa sebarang kos.
  • Mudah kotor selepas makan, makanan lebih banyak terperangkap di celah power chain. Jadi jangan lupa bersihkan gigi.
  • Perlu ditukar setiap kali review.
  • Power chain sebenarnya tak menyakitkan, cuma pemakaiannya tak selesa dalam tempoh seminggu dua. Lepas tu, rasa tak selesa akan hilang dengan sendirinya.
  • Membantu untuk memberi extra force untuk teeth braces buat kerja.
  • Tempoh pemakaian power chain berbeza bagi setiap individu.
Types of power chains
source: ortodonthicassoc.com
Power chain ni ada pelbagai jenis sebenarnya, tapi patient cuma boleh pilih warna untuk dipasang pada gigi. Doktor gigi yang akan tentukan power chain jenis yang mana sesuai untuk patient. Jenis power chain yang aku tahu ialah:
  • closed power chain
  • short power chain
  • long power chain
Memandangkan power chain ni cepat kotor, aku ada terbaca artikel yang pakar ortodontik ni suggest supaya pilih colour yang gelap. Sebagai contoh: biru gelap, kelabu, merah gelap. Sekarang ni aku pakai warna greyish purple. Setakat ni aku dah nampak sikit kesan kotor lepas aku makan kat steambot hari tu. So kena la rajin memberus gigi lepas ni. Dan untuk tips untuk mengurangkan rasa tak selesa bila dah pakai power chain, boleh rujuk di bawah. Harap membantu ya!
  1. Guna icepack
  2. Makan makanan sejuk (i.e: aiskirim)
  3. Minum minuman berais
  4. Makan ubat pain relief di farmasi
  5. Makan makanan yang lembut sampai gusi dan gigi rasa selesa semula
  6. Guna oral anaesthetic (i.e: jenis Orajel atau Anbesol, refer dengan pharmacist)
  7. Akhir sekali, banyakkan bersabar :)
Orait, ni gambar yang aku ambil pada 29/07/2019 (Isnin). Dah nampak perubahan. Tazzabar!







@theMaGi2019
p/s: tu gambar gigi aku sendiri, copyright, jangan copy sesuka suki hatimu~

Tuesday, 30 July 2019

Suplemen untuk Perasaan

Image result for supplement good for anxiety
source: irish examiner
Hai semua! Bulan 7 tak lama lagi nak berangkat pergi. Bulan 8 nak datang. Sedar tak sedar, tahun 2019 ni dah semakin singkat. Tinggal 5 bulan lagi sebelum tahun 2020. Walaupun masa aku kecik dulu aku dimomokkan tahun 2020 nanti kereta akan terbang di udara, bandaraya bertukar jadi kota alien dan sebagainya, aku rasa bukan itu yang aku risaukan.

Dengan keadaan ekonomi dan cabaran hidup masa sekarang, aku rasa itu yang lebih merisaukan. Jadi sebagai makhluk bernama manusia yang berdepan dengan kerisauan (yes, aku mengaku aku ada simptom anxiety dan kawan aku, pakar psikologi suruh aku buat check up tapi aku tak nak), aku tahu aku perlukan sesuatu untuk bertenang. Makanya aku buatlah apa yang aku biasa buat.
  • menulis
  • melukis
  • bercerita
  • call orang
  • apa lagi?
Okay, suplemen. Ya betul. Aku makan vitamin suplemen, bukan untuk mencerahkan kulit apalagi dan menyangkal bahawa makanan yang aku makan tu tak ada vitamin. Tak, bukan itu yang aku nak bagitahu. Pada awalnya aku makan suplemen sebab untuk keperluan gigi aku. Aku tengah pakai teeth braces jadi aku makan suplemen yang ada zinc, kalsium dan Vitamin D3. Baik untuk gigi yang tengah kena kepit dengan dawai. Tapi lepas tu aku makan suplemen yang lain. Untuk emosi aku. Tak cukup kalau sekadar menulis melukis et cetera untuk tenangkan perasaan. Jadi, aku makan suplemen yang sesuai. Mungkin sesiapa yang berdepan dengan masalah kerisauan yang tak terlampau kronik, boleh cuba makan suplemen yang aku tengah amalkan sekarang ni. Harap membantu ya!

1. Magnesium
Magnesium ni mineral penting untuk manusia. Ia membantu menghasilkan hormon serotonin (juga dikenali sebagai 'happy neurotransmitter' dalam otak manusia). 

2. Fish Oil (Omega 3)
Omega 3 membantu menyokong perkembangan otak dan sistem saraf. Benda ni baik untuk keperluan kognitif, dapat mencegah simptom depresi.

3. Multivitamins/minerals
Produk multivitamins/minerals banyak kat pasaran. Pilih je mana yang sesuai dan affordable dari segi harga dan halal (untuk mereka yang Muslim). Kandungan vitamin seperti A, B, C, D dan E bukan setakat baik untuk diet tapi untuk mengelakkan simptom atau masalah anxiety iaitu:
  • Vitamin A ialah antioksidan, baik untuk merawat masalah kerisauan.
  • Vitamin B terutama sekali B kompleks, dapat membaikpulih masalah nervous system, sekaligus mengurangkan gejala kerisauan atau depresi.
  • Vitamin C pun antioksidan. Dapat merawat oxidative dalam nervous system. Oxidative yang terganggu boleh menyebabkan kerisauan.
  • Vitamin D membantu untuk menyerap vitamin lain dengan lebih berkesan. Kekurangan Vitamin D menyebabkan masalah kekurangan vitamin yang lain, boleh menyebabkan peningkatan terhadap simptom kerisauan.
  • Vitamin E pun sejenis antioksidan. Ia dapat mengurangkan stres dalam tubuh dan seimbangkan hormon semula serta mengurangkan simptom kerisauan.
Semua produk ni ada di farmasi. Produk yang aku makan dari jenama Redoxon, BioLife, Blackmores dan 21st Century. Harga tak lebih dari RM50 untuk setiap produk. Aku tak makan suplemen setiap hari tau. Risau takut aku overdose vitamin.

@theMaGi2019

Thursday, 20 June 2019

Tips Untuk Pesakit Ekzema Berulang

Hai, hai, hai! Finally baru ada masa nak update. Maaflah, banyak kerja. Plus, ekzema datang lagi. Mula-mula datang sikit masa bulan puasa. Lepas tu menjajah kulit muka. Aku tak tahulah perasaan masa ekzema datang lagi ni- tekanan jiwa, stres, rasa oren, entahlah. Aku cuba tenangkan diri, tak gelabah bangang dan cuba cari punca.

Untuk ekzema yang datang menyerang kali ni, aku berjaya kenal pasti apa yang menyebabkan ekzema. Based on apa yang aku makan, apply dan buat, mungkin inilah penyebabnya.
  1. Moisturizer yang aku biasa guna, Phyisiogel dah habis. Aku pergi try Bio Essences Hydra. Terus muka aku naik ruam, itulah permulaannya.
  2. Aku makan telur ayam yang aku beli 3 minggu lepas.
  3. Aku try nak kurangkan masalah kulit kusam, so aku guna clay mask Mary Kay. Daripada ruam, bertukar jadi tompok merah
Maka, aku terpaksa kembali guna steroid cream sebab bila aku try pakai emolien jenama Egoderm, rasa itchy tu tak hilang sepenuhnya. Aku try pakai Cetaphil sebab kononnya nak elakkan kulit jadi makin kering tapi makin gatal pulak jadinya. So, moisturizer dan cleanser jenama Cetaphil tak sesuai untuk masalah aku- I have to reject. Maka, aku kembali semula dengan produk  yang aku biasa guna iaitu SebaMed Face and Body Wash for sensitive skin, Phyisiogel Moisturier dan Avene Thermal Spring Spray. Boleh dikatakan, produk untuk ekzema ni memang tahap pisau cukur.

Okay, bagi mengelakkan aku kena cukur sepenuhnya oleh produk tersebut, aku ada apply beberapa bahan semulajadi sebagai cara untuk berjimat cermat. Ada dua bahan semulajadi yang sangat membantu kulit aku kembali lembap dan kurang kemerahan iaitu:
  • Madu (dalam kes aku, aku apply madu kelulut asli)
  • Lidah buaya (yang ni aku pergi tepek kat muka, set masa dalam sejam macam tu dan lepas tu aku bersihkan muka tanpa guna pencuci muka, apply moisturizer dan spray muka guna Avene. Lepas tu baru aku tidur)
Sekarang aku sedang berada dalam proses bersalin kulit. Dah macam ular bunyinya. Walaupun aku tak berapa suka tengok proses ni sebab kulit muka aku dah macam snowflakes yang gugur di musim dingin, aku tak ada pilihan. Hadap je lah. Oh, sebelum aku lupa, antara punca ekzema yang tak pernah tahu sebelum ni tapi aku pergi telan benda ni setiap hari dan menyebabkan ekzema aku datang balik ialah... susu tepung. Aku pergi minum susu tepung setiap pagi dan petang sebab doktor gigi aku pesan aku kena cukupkan kalsium. Tak sangka, dalam usaha nak cukupkan kalsium untuk gigi, aku pergi suburkan ekzema aku sekali. Nak tak nak, aku terus stop minum susu dan sekarang aku gantikan dengan supplement kalsium.

So, bagi pengidap ekzema yang berulang macam aku, aku tahu bukan senang nak tengok kulit korang yang dah sembuh tu jadi buruk balik. Dan aku rasa aku tak nak curang lagi dengan produk yang banyak membantu aku. Sekarang ni, aku apply Avene Thermal Gentle Cleanser dan sangat membantu untuk tanggalkan kulit kering. Jadi, aku list down produk yang aku gunakan untuk rawat ekzema, mungkin sesuai untuk korang dan mungkin tak sesuai. Ini hanya cadangan, harap dapat membantu:
  1. SebaMed Face and Body Wash for sensitive skin
  2. Physiogel Moisturizer for normal and dry skin
  3. Avene Thermal Spring Spray
  4. Avene Thermal Gentle Cleanser
  5. Madu asli
  6. Lidah buaya
@theMaGi2019

Monday, 17 June 2019

Diari Power Chain

Hai readers! Hari ni aku nak buat catatan tentang power chain. Again, power chain. Aku dah mention kisah power chain dalam entri Teeth Braces dan Power Chain bulan Mei. Tapi dalam entri tu aku tak insert gambar selepas pasang power chain. Sebab masa tu aku cuma pasang power chain untuk gigi taring bahagian atas. So, tak ada perubahan sangat pun pada peringkat awal.

Jadi untuk peringkat yang seterusnya, review bulan Jun, doktor gigi aku dah pasang power chain untuk gigi taring bahagian atas kali kedua dan gigi taring bahagian bawah untuk kali pertama. Okay, kali ni aku cuma nak cerita secara ringkas je tentang after effect selepas pasang power chain iaitu:

  1. Mula-mula bila dawai ditanggalkan, doktor review kedudukan gigi taring bahagian atas. Kedudukan gigi taring dah mula berubah. Tuhan je tahu betapa seksanya aku untuk 3 minggu selepas pasang power chain kali pertama. Gigi dan gusi rasa ngilu sepanjang masa. Tapi untuk 3 minggu terakhir sebelum review, aku dah rasa okay.
  2. Selepas doktor check keadaan bracket dan kedudukan gigi, doktor pun decide untuk pasang power chain. Untuk percepatkan perubahan kedudukan gigi so, gigi yang lain boleh follow masuk ke kedudukan masing-masing. Aku tak sabar nak tengok perubahan tu. Tapi kena la tanggung consequences. Pasang power chain atas bawah akan menambahkan rasa ngilu 2 kali ganda dari yang sebelumnya.
  3. Semasa proses pemasangan power chain, aku rasa macam sakit semacam. Doktor tanya, sakit tak? Sakit atau force? Bila aku fikir balik, yang aku rasa tu bukannya sakit tapi lebih ke arah force. So aku jawab force. Kata doktor, kalau rasa force tu normal. Sebab itulah tujuan power chain, untuk force gigi tu berubah kedudukan. Tapi kalau rasa sakit, tak normal. Doktor takkan pasang power chain dan gigi direhatkan untuk elak rasa sakit berterusan.
  4. Menurut pengalaman aku, pasang dawai braces tu lebih excited sebab aku dapat rasa doktor 'kunci' bracket dan aku rasa gigi aku dalam posisi yang ketat. Tapi bila pasang power chain, gigi rasa lebih ketat dan ability untuk mengunyah jadi sangat perlahan. Dan proses nak pasang power chain pun agak leceh. Boleh tahan jugak aku tengok doktor gigi aku struggle nak pasang power chain dalam mulut aku.
Okay, selepas pasang power chain, inilah hasilnya. Baru je pasang Jumaat lepas. Tengoklah macam mana progress selepas 6 minggu. Gigi dan gusi, tolong bagi kerjasama. Aku nak tengok gigi aku cantik hujung tahun nanti.




Just nak remind kepada mereka yang baru nak berniat pasang braces atau baru je pergi daftar kat klinik gigi berdekatan, keadaan gigi yang pakai braces memang macam ni. Ada teeth gap, ada gigi kena cabut, warna gigi agak yellowish. But semua tu normal. Yang penting ialah end result. Bak kata geng aku kat klinik gigi, beauty is pain. Haha, she's damn right!

@theMaGi2019

Thursday, 2 May 2019

Teeth Braces dan Power Chain

Hai, dearest! Hari ni hari pertama bulan Mei. Banyak perubahan dalam hidup aku tahun ni, ada yang bergerak agak cepat so aku kena slow down sikit. Bagi relax, tak payah laju sangat. Tapi kalau bab braces, kalau progress lambat tu maksudnya doktor kena buat sesuatu.

Lepas cabut gigi bulan 1 dan bulan 3, melengkapkan jumlah kesemua gigi kena cabut ialah sebanyak 8 batang gigi (4 batang gigi bongsu dicabut tahun lepas), korang boleh agaklah memang ketara gap antara gigi. Aku tahu betapa braces berusaha nak rapatkan gigi aku, aku boleh rasa setiap malam. Kemudian pada 26 April 2019 (Jumaat) iaitu review aku yang ke-6, doktor gigi aku buat scaling sebab gigi aku ada kesan gula (sebab aku minum 100 Plus, makan Kit-Kat, bedal tart telur). Dan lepas tu, doktor aku rasa dah tiba masanya untuk pasang Power Chain kat gigi aku.


Apa tu Power Chain?


Image result for power chain
credits: sharkyslog.wordpress
Power chain ni getah yang boleh diregangkan dan boleh kembali ke bentuk asal, dipasang untuk rapatkan kedudukan gigi so dapat hilangkan gap antara gigi. Pemasangan chain ni bergantung pada posisi gigi sebenarnya.

Image result for power chain
credits: pinterest.com
So dalam kes aku, gigi aku macam kat gambar di atas. Doktor nak posisi gigi taring aku berubah ke belakang so gigi rabbit aku yang besar dua ketul tu ada ruang nak masuk ke dalam. So, doktor pun pasang chain ikut  colour band which is red. Doktor aku tak nak pasang sekali gus sebab dia punya target tu, dia nak gigi taring aku yang berubah posisi. Lepas tu barulah dia fix gigi bahagian bawah. Kalau pasang semua sebenarnya boleh menyebabkan rasa sakit. Sebab power chain ni kenakan daya yang kuat untuk tarik akar gigi ke posisi yang ditetapkan. Hari pertama aku pakai power chain, kepala aku rasa sakit, especially bahagian mata. Memang struggle jugak nak makan. Tapi power chain ni sangat membantu untuk mencantikkan posisi gigi.

Jadi kalau ada soalan, pakai power chain sakit tak?
Yes, sakit dan tak selesa.

Berapa lama pakai power chain?
Bergantung dengan keadaan gigi, ada yang pakai selama 6 bulan. Ada yang pakai sampai berbelas-belas berpuluh-puluh bulan. Aku baru pakai 6 hari so tak nak komen awal sangat.

Macam mana nak redakan rasa tak selesa akibat power chain?
Aku makan ice cream, makan ABC, telan pain killer.

Penting ke pakai power chain?
Untuk gigi yang ada gap besar macam aku ni, aku rasa penting. Kalau tak pakai, bila agaknya gigi tu nak rapat kalau harap dawai braces je?

Mahal ke pasang power chain ni?
Power chain aku termasuk dalam kos pasang braces which more than 1K. Aku tak tahulah kalau klinik gigi yang lain caj power chain dengan harga lain.


Okay, apa lagi soalan pasal Power Chain? Err, rasanya tu je lah. After Raya nanti aku akan pergi review untuk kali yang ke-7. Rasanya, masa tu doktor akan pasang power chain untuk gigi bawah pulak. Memang slim lah aku sepanjang tahun ni, hahaha~

@theMaGi2019

Monday, 11 February 2019

Orthodontic Journey: Pengalaman Setengah Tahun

Image result for orthodontic colour band
credits: verywellhealth
Hello gais! Bulan dua, cuti CNY dah habis. Orthodontic review pun dah dibuat bulan lepas. Tak sangka dah lima kali aku buat review di Klinik Pergigian Anmas. Setakat ni semuanya ok. Selepas aku update review kedua aku dah tak update apa-apa sebab progress gigi aku tak banyak yang berubah. Tukar dawai, tukar colour band, scaling and so on.

Okay, untuk orthodontic journey yang seterusnya aku nak share beberapa tips or info berguna bagi mereka yang ada DM aku. Jadi aku jawab setakat yang aku tahu based on my personal experience. Harap info ni dapat membantu mereka yang berhajat nak pasang braces.

  1. Sebelum nak pasang braces, survey dulu klinik pergigian mana yang sediakan perkhidmatan pasang braces, kos pemasangan dan juga lokasi klinik. Pilih lokasi klinik yang dekat dengan rumah atau tempat kerja untuk memudahkan sesi appointment.
  2. Berkenaan dengan bayaran, tanya dulu dengan doctor dan juga polisi klinik. Ada klinik perlukan deposit pendahuluan, ada klinik tak kisah bayar separuh-separuh. Tanya dulu, ikut kemampuan poket.
  3. Pilih jenis braces ikut bajet. Braces ada pelbagai jenis seperti conventional, damon, ceramic, Invisalign etc. Jenis conventional ialah braces paling murah dalam senarai.
  4. Untuk makluman mereka yang nak pasang braces, braces dipasang atas bawah. Sebab perlu selari dengan kedudukan rahang, tak sesuai pasang atas sahaja atau pasang bawah sahaja.
  5. Kos braces jenis conventional ialah 6k. Itu harga braces sahaja. Kos yang lain seperti scaling, cabut gigi, minor surgery, tampung gigi dan sebagainya tu tak termasuk dalam kos braces. Kena keluarkan duit lebih kalau gigi bermasalah.
  6. Orthodontic review ni tak semestinya setiap bulan. Doctor akan tetapkan bila perlu ke klinik. Selalunya setiap 6 minggu, tapi kalau patient tak dapat pergi untuk tarikh yang ditetapkan, sila bincang dengan doctor.
  7. Sebelum braces dipasang, patient kena buat -ray dan impression. Impression tu buat acuan gigi. Acuan tu digunakan untuk rujukan doctor untuk pasang bracket braces.
  8. Setiap kali review, bayaran dikenakan. Kos bayaran bergantung dengan polisi klinik. Mintak list bayaran dan resit setiap kali lepas buat rawatan.
  9. Bila dah pakai braces, makan kena jaga. Sebab kalau tak jaga makan, kos rawatan meningkat sebab bracket mungkin hilang/tertelan, masalah karang gigi dan sebagainya.
  10. Sebelum pasang braces, doctor selalunya advise untuk cabut gigi. Kalau gigi bongsu korang dah dicabut, good news sebab kos dapat dikurangkan. Kalau belum, sediakan duit lebih terutama sekali kalau doctor inform yang gigi bongsu korang jenis impacted dan perlukan surgery. It's expensive, to be honest.
  11. Bila dah pakai braces, ada potensi untuk kurus. Tak apa, after few months, korang dah selesa pakai braces dan kedudukan gigi dah mula okay, korang boleh makan dengan selesa. Tapi crunchy chewy foods memang still tak boleh. Kalau korang tak kisah bayar lebih setiap kali review, aku tak kisah.
  12. Lepas selesai sesi braces, baru pakai retainer untuk tetapkan kedudukan gigi yang dah di-align. Retainer tak sesuai dipakai untuk orang yang ada masalah gigi yang serius such as protruding teeth yang ketara or gigi bertindih-tindih.
  13. Kalau nak pasang braces dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran sampai bertahun-tahun, pergi klinik swasta. Tapi kalau patient masih bersekolah dan umur pun belum lepas 18 tahun, aku suggest korang pergi ke hospital kerajaan. Ada perkhidmatan braces untuk pelajar sekolah yang kosnya lebih murah jika dibandingkan dengan swasta. Jangan lepaskan peluang tu ya, adik-adik sekalian.
  14. Bagi sesiapa yang dah berumur, almost 30 atau dah 30+ macam aku ni, aku suggest jangan lengahkan rawatan kalau berkeinginan nak pakai braces. Makin lama korang tangguh, makin degil gigi and gusi korang.
  15. Bila dah pakai braces, gigi korang akan jadi high maintenance. Berus gigi tak sama macam orang lain, pakai superfloss, interdental brush, ubat kumur...kena sediakan semua keperluan gigi.
  16. Gigi yang dipasang braces ni dalam keadaan lemah sebab gigi tengah changing position. Pastikan minum susu atau makan something yang high calcium untuk pastikan gigi tak rapuh.
  17. Jangan risau kalau nak tukar colour band braces, benda tu percuma. Termasuk dalam total cost.
  18. Makan supplement yang berkaitan dengan gigi such as Vit C, B, atau Zinc. Semua tu ada manfaat yang baik untuk gigi.
  19. Setiap doctor ada cara tersendiri. Ada sesetengah doctor akan cabut banyak gigi sebelum pasang braces. Ada doctor akan cabut gigi semasa patient dah pakai braces. Semua bergantung dengan bentuk rahang dan gigi patient itu sendiri.
  20. Whatever it is, patient kena pandai bajet perbelanjaan bulanan. Pastikan korang bersedia setiap kali review.
Okay, itu je tips dari aku. Kalau ada apa-apa soalan, boleh emel aku. Aku akan berusaha untuk jawab semua soalan. Kalau tak dapat jawab, aku akan refer korang ke website pergigian atau klinik pergigian yang sesuai. 

@theMaGi2019

Monday, 29 October 2018

My 2nd Orthodontic Review: Proses Pendakap

Hello Oktober! Oktober dah nak habis tak lama lagi, tinggal 2 hari. Kecewa aku sebab tak dapat buat history trail hari Sabtu lepas disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. Serius ni, aku perlukan mood yang baik untuk menulis.

Tapi sekurang-kurangnya, urusan gigi aku berjalan dengan lancar. Second review aku pada hari Jumaat lepas di Klinik Pergigian Anmas (Sukma). Aku dah sebut perkara ni dalam entri My 1st Orthodontic Review. Untuk review kali ni, sebenarnya dawai pendakap aku patah few weeks before aku pergi ke klinik. Dan aku tak ada masa nak fix dawai tu. Nasib baik dawai yang patah, bukan bracket yang tanggal.

Menerusi review kali kedua, doktor gigi aku buat beberapa perkara iaitu:
  • Tengok keadaan dawai dan bracket
  • Tanggalkan dawai atas dan bawah
  • Teeth scaling (doktor bagitahu karang gigi ganggu bracket so kena buat scaling)
  • Pasangkan dawai baru atas bawah
Proses teeth scaling agak ngilu sebab mostly gigi pemakai braces ni dalam proses beralih. Aku rasa macam tak boleh tahan bila scaler masuk celah gusi tapi nasib baik ngilu tu cuma 3-4 minit. Tak macam first time aku buat scaling in 2013. Rasa ngilu tu sampai berhari-hari. Untuk review kali ni juga, doktor advice aku beberapa perkara:
  • minum susu untuk kalsium (err...)
  • berus gigi dengan kerap dan betul
  • kurangkan makan makanan manis
Dalam masa yang sama, aku juga buat list penjagaan gigi sepanjang pakai braces ni iaitu:
  1. Jangan gosok gigi terlalu kuat. Gosokan yang kuat merosakkan enamel gigi
  2. Rajin berkumur guna mouthwash setiap kali lepas makan.
  3. Makan teeth supplement. So far aku makan Redoxon Vit C + Zinc. Bagus untuk penjagaan gusi dan menyingkirkan masalah kaviti. Vit A, B dan D juga bagus untuk gigi.
Kalau ada yang berminat nak tahu apa perasaan aku lepas pakai braces selama 3 bulan lebih, aku cuma nak cakap- aku memang tak makan benda yang crunchy and chewy. Aku lupakan junkfood dan seangkatan dengannya. Rasa ngilu tu confirm ada. Tapi dalam tempoh 3 bulan lebih, aku happy sebab aku dapat kuruskan badan (itu yang aku nak sebab susah nak join running event kalau berat tak turun) dan semestinya, aku nampak perubahan pada kedudukan gigi aku. 

Ini dia keadaan gigi aku dari hujung bulan 7 sampai bulan 10.

Gambar diambil pada 29/7/2018 (Ahad)
Braces dipasang 27/7/2018 (Isnin)

Gambar diambil pada 22/8/2018 (Rabu)

Gambar diambil pada 11/10/2018 (Khamis)

Gambar diambil pada 27/10/2018 (Sabtu)
Braces dipasang 26/10/2018 (Jumaat)

Korang boleh nampak perubahan ketara pada gigi bahagian bawah. Bahagian atas tu belum nampak sangat, biasalah gigi aku ni besar. Pasang braces pun lambat, umur dah 30 tahun. So, gigi aku ni degil la sikit, tak macam gigi patient umur 20 tahun. Tapi aku yakin after 7 month, mesti banyak perubahan yang lebih ketara. To be honest, memang leceh jaga braces ni. Tapi bila impian ko nak tengok gigi cantik, terus lupa pasal leceh tu semua.

Betul la kata orang, nakkan sesuatu kena la berkorban. Ye dok?
@theMaGi2018