Tahun 2006, aku berkenalan dengan seorang balu beranak tiga. Wanita tu cikgu dan ambil aku jadi anak angkat masa program belia. Siyes aku tak sangka, mak angkat aku tu rupa-rupanya balu kepada pilot yang ditimpa nahas helikopter di Bario tahun 2004. Mak angkat aku pernah kata, "Sayangnya tak dapat jumpa bapak. Bapak dah meninggal." Sedih aku dengar bila mak angkat aku kata macam tu.
Kemudian, hari Raya tahun lepas, aku ikut keluarga beraya di rumah mangsa nahas helikopter di Kapit. Mangsa tu, kawan bapak aku rupanya. Aku tak tahu pun selama ni.
So, entri ni didedikasikan kepada mangsa-mangsa kemalangan. Mereka semua takkan dilupakan.
Credits: myukur.blogspot.com Keluarga Allahyarham Kapten Samsuddin |
1. Nahas Helikopter Hornbill Skyways di Ba'kelalan
Nahas helikopter ini dilaporkan terjadi pada Julai 2004 di Ba'kelalan, Bario. Helikopter yang dikendalikan oleh Kapten Samsuddin Hashim dan membawa seorang menteri, seorang ketua eksekutif SESCO, seorang pengerusi MPP, dua jurutera dan seorang ahli perniagaan, dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan. Proses pencarian mengambil masa 20 hari, dengan teknologi canggih dari Amerika Syarikat, pesawat bantuan dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan, helikopter infra-red dari Australia dan teknologi satelit dari Afrika. Pencarian helikopter tersebut membuahkan hasil apabila mengesan bangkai helikopter di dalam gaung dan juga menerusi pengecaman jenazah kapten yang masih berada di kedudukan kerusi juruterbang. Kelima-lima penumpang helikopter dipercayai mengalami proses dekomposisi yang teruk dan segera dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat. Terdapat banyak kisah, spekulasi dan misteri di sebalik nahas helikopter tersebut dan terdapat sumber mengatakan kaedah pencarian Skylab telah digunakan untuk menjejaki kedudukan helikopter tersebut.
Credits: utusan.my Mangsa, Razali Hassan |
2. Nahas Helikopter Bell 206 Jet Ranger di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit
Nahas helikopter ini dilaporkan terjadi pada Julai 2005 di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit. Helikopter yang dikendalikan oleh Kapten Razali Sani bersama Koperal Empeni anak Karong mengalami kemalangan dan kedua-duanya terkorban. Razali Hassan, salah seorang kakitangan JUPEM yang menaiki helikopter adalah satu-satunya mangsa yang hidup dalam nahas tersebut dan bertahan selama lima hari. Dikatakan bahawa punca nahas berlaku disebabkan oleh angin lintang yang sangat kuat dan juruterbang hilang kawalan lalu berpusing-pusing dan terhempas. Menurut Razali Hassan, beliau tidak bergerak ke mana-mana melainkan hanya menunggu di bangkai helikopter di samping mayat-mayat rakannya kerana keadaan terlalu sejuk, bimbang jika diganggu binatang buas dan memudahkan pasukan penyelamat mencarinya.
3. Nahas MV Pulau Kidjang di Perairan Tanjung Jerijeh, Sarikei
Credits: tomatobey.blogspot.com Kapal MV Pulau Kidjang |
Nahas MV Pulau Kidjang adalah tragedi yang paling diingati dalam nahas kemalangan di Sarawak kerana melibatkan ramai mangsa. MV Pulau Kidjang yang karam di Kuala Rajang berlaku pada Disember 1973. MV Pulau Kidjang ialah sebuah kapal yang didaftarkan di Singapura dan berkhidmat sekitar tahun 60-70an. Ia pernah berkhidmat di perairan Singapura dan perairan Indonesia sebelum perkhidmatannya ditamatkan akibat konfrontasi pada tahun 1963. Sebagai kapal kargo dan kapal penumpang, MV Pulau Kidjang merupakan pengangkutan yang penting memandangkan jalan air adalah penghubung utama di Sarawak pada masa itu. Apabila MV Pulau Kidjang berkhidmat di Sarawak, satu sijil keselamatan dikeluarkan dan menetapkan hanya 29 anak kapal dan 159 orang penumpang sahaja di dalam kapal dalam satu-satu masa. MV Pulau Kidjang dipercayai tidak layak berlayar kerana beberapa faktor iaitu jumlah penumpang seramai 140 orang, 30 anak kapal dan muatan melebih 80 tan. Ia menyebabkan kapal hilang keseimbangan, hilang kelajuan dan pusat graviti meningkat apabila penumpang bergerak serentak di atas dek. Akhbar The Vanguard pada 31 Dis 1973 melaporkan bahawa 46 mayat berjaya ditemui dan 40 orang lagi berjaya diselamatkan. Dua minggu selepas tragedi, 53 mayat berjaya ditemui termasuk 5 anak kapal. Tetapi menurut kajian, ada 47 mangsa termasuk 7 anak kapal hilang (dipercayai terperangkap di dalam kapal). 12 mayat mangsa termasuk 2 mayat kanak-kanak gagal dikenalpasti dan dikuburkan di tanah perkuburan khas. Tragedi MV Pulau Kidjang dikatakan telah menimbulkan spekulasi terhadap ikan-ikan yang ditangkap di perairan Jerijeh pada era 70an dan ada yang mendakwa bahawa mereka menemui cebisan jari dan cincin di dalam perut ikan.
4. Nahas Bot Penumpang di Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro
Nahas bot penumpang ini berlaku pada Januari 2014 di Kampung Kut, Pulau Bruit Daro. Menurut kronologi tragedi, 27 orang penumpang bertolak pada pukul 5 pagi dari Kampung Tekajong kerana cuaca baik pada sebelah pagi. Pada pukul 7 pagi, 27 orang penumpang itu tiba di Kampung Saai untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara. Menjelang 1.40 petang, mereka menaiki semula bot tersebut untuk pulang semula ke kampung dan pada masa itulah, bot karam akibat dipukul gelombang besar di Kampung Kut. Tiga nyawa telah terkorban dalam nahas tersebut akibat lemas, 7 mangsa hilang dan 17 penumpang selamat.
Senarai Nahas Kemalangan Air di Sarawak
1979 - 12 penumpang lemas dalam kejadian bot karam di jeram Pelagus, Kapit.
Januari 1991 - 14 lemas apabila bot yang mereka naiki karam di tempat jeram Pelagus Kapit.
8 Januari 1991 - 13 maut selepas dua bot ekspres berlanggar di Sungai Rejang.
Jun 1991 - 10 lemas apabila perahu yang mereka naiki karam di jeram Pelagus, Kapit.
Februari 1999 - Dua lemas di jeram Pelagus, Kapit.
April 1999 - 12 pelajar maut selepas bot laju yang dinaiki berlanggar dengan bot pengangkut balak di Sungai Saribas.
April 2005 - 16 maut selepas bot pukat tunda yang dinaiki dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa muatan pasir.
18 Oktober 2010 - 13 penumpang maut selepas bot ekspres yang mereka naiki berlanggar dengan tongkang balak di hulu Sungai Anap, Tatau.
28 Mei 2012 - Tiga penumpang maut manakala 213 penumpang lain selamat selepas bot ekspres Kawan Mas yang sarat dengan penumpang, karam di Giam Bungan, Belaga.

Senarai Nahas Kemalangan Udara di Sarawak
25 April 1969- Nahas pertama Nuri menyebabkan 4 anggota TUDM terbunuh setelah pesawat itu terhempas di Kuching, Sarawak.
18 Dis 1989- Sebuah helikopter Nuri terhempas di Sg. Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai Pemerintah Briged Ke-3 Infrantri, Brig. Jen Datuk Hasbullah Yusoff.
15 Ogos 2004- 3 daripada 10 anak kapal terbunuh apabula Nuri terhempas di Long Seridan, Sarawak dalam perjalanan dari Miri ke Ba'kelalan.
19 Julai 2012- Helikopter milik Syarikat Sebiro Holdings jenis Eurocopter EC 120 terhempas di Sg. Lingga, Sri Aman. Mayat seorang arkitek (Henry Lau), seorang juruukur (Siti Khuzaimah Anuar) dan naib presiden Parti Keadilan Sarawak (Peter Ato Mayau) berjaya ditemui.
2010- Juruterbang helikopter warga USA terbunuh ketika aktiviti pembalakan di pedalaman Sarawak akibat cuaca buruk. Helikopter yang digunakan jenis Sikorsky S-64

ruj:
harianmetro|utusan.my|kenyalang78.blogspot|wikipedia|tomatobey.blogspot|bernama| johanharith.blogspot
p/s: sebarang kekurangan atau kesilapan, sila tambah dan perbetulkan. Terima kasih :)
p/s: sebarang kekurangan atau kesilapan, sila tambah dan perbetulkan. Terima kasih :)
@magi2015