Showing posts with label passion. Show all posts
Showing posts with label passion. Show all posts

Wednesday, 11 March 2020

Bengkel Kem Penulisan Kreatif TEGAS-PEKASA 2020

Hai semua! Hari ni nak kemaskini aktiviti di awal bulan Mac. Minggu lepas aku ikut serta bengkel kem penulisan kreatif TEGAS-PEKASA di Hotel Grand Continental di Kuching. Bengkel ni atas kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA) yang mensasarkan penglibatan belia dalam penulisan kreatif.

Okay, hari pertama pendaftaran dan sesi bengkel ialah pada petang 6 Mac 2020. Sesi pertama di hari pertama bermula dari jam 3 petang sehingga 5 petang. Seterusnya sesi kedua di hari pertama bermula dari jam 8 malam sehingga 10 malam. Okay, mukadimah untuk hari pertama agak menarik tapi aku masih menunggu wow factor sebab sesi pertama dan kedua di hari pertama ni adalah asas yang aku dah pelajari. Aku nakkan sesuatu yang berbeza.

Seterusnya hari kedua 7 Mac 2020. Sesi bermula pada jam 8 pagi sehingga tengahari. Diikuti sesi sebelah petang bermula pada jam 3-5 petang. Sesi sebelah malam oleh saudara Shamsul Idzham Jamil bermula 8-10 malam. Malam tu sesi menghasilkan puisi secara spontan dan juga deklamasi puisi. Sesi ni aku rasa aku tertarik sebab telah menghidupkan deria rasa aku dengan cara yang segar.

Pada hari terakhir berbengkel iaitu pada 8 Mac 2020, sesi terakhir dikendalikan oleh Tuan Mohidin Malek mengenai bahasa dan falsafah. Aku rasa aku banyak bagi feedback untuk sesi tersebut sebab aku sukakan konsep yang disampaikan. Secara keseluruhan, setiap fasilitator berkongsi sesuatu yang menarik. Antaranya ialah:
  • Dilah Tuah: "Monyet minum minuman seperti manusia di kampus universiti"- memberi makna tentang kerosakan habitat dan menghilangkan ciri-ciri haiwan dan dalam masa yang sama ada unsur sinikal terhadap manusia yang kehilangan kemanusiaan.
  • Awang Kelana: "Self talk adalah pemujukan terhadap diri sendiri"- menerapkan elemen redesign cara untuk berfikir.
  • Mohd. Ali Salim: "Feri berjalan atau bergerak (?)"- penggunaan istilah yang betul tentang sesuatu perkara.
  • Mohidin Malek: "Menyelitkan roh dalam karya"- konsep menghidupkan sebuah cerita menerusi penyampaian gramatis, mengekalkan semantik dan makna.
  • Awangku Merali: "Karya harus organik"- membawa maksud kekayaan sesebuah karya dalam setiap elemen sehingga tidak boleh dileraikan dengan mudah kerana saling berhubungkait antara satu sama lain.
  • Dayangku Azizah: "Pemikiran harus diiringi dengan tindakan"- iaitu perilaku untuk melaksanakan apa yang difikirkan dan apa yang hendak disampaikan.
  • Shamsul Idzham Jamil: "Menulis melalui ransangan deria"- secara visual dan audio bagi mendapatkan gambaran dan emosi yang tepat.
  • MOFA: "Tulis jak, jangan nunggu idea datang!"- itu je yang aku paling ingat, hahaha!
Bengkel kali ni aku boleh katakan menarik sebab penulis berhimpun dan bersama sepanjang 3 hari. Berkongsi pendapat, idea, kisah. Makan 6 kali sehari. Bab makan aku paling suka, akulah manusia paling bahagia bila cukup makan. Bengkel kali ni aku ada hasilkan puisi pendek (aku sempat deklamasi puisi tu pada sesi malam Sabtu) dan juga catatan tentang rakan sebilik (aku sampaikan pada sesi pagi Ahad). Okay, aku kongsikan hasil masa berbengkel:

Puisi Tanpa Tajuk

Malam menyelimutimu, anak
Kita berkongsi malam yang sama
Dingin menderu menyapa kita
Namun kau berbaring di tilam sepi

Betapa aku bermimpikan dunia
Sedangkan kau berharap pada lena
yang asli

Rakan Sebilik Saya

Rakan sebilik saya, yang manis. Pengemar warna merah jambu, begitu kontra dari saya. Dia pemburu pantai yang tekun. Tapi perlu disuntik ubat sesudah itu kerana alergik. Dia belum memulakan penulisan. Maka saya fikir saya harus menghantui dia sehingga dia berkarya. 

Dan ada catatan yang aku buat tapi aku tak ingat untuk sesi yang keberapa:

"Merendah mengingat lembah. Meninggi terlupa diri..."

Apa-apapun, aku mengucapkan jutaan terima kasih terhadap semua yang terlibat sebab menghadiahkan pengalaman dan ilmu yang berharga sepanjang 3 hari aku berbengkel di situ. Dan semestinya, terima kasih sebab bagi aku kenyang, hehe~

Okay, aku kongsikan gambar sepanjang 3 hari berbengkel:

6 Mac 2020 (Jumaat)




7 Mac 2020 (Sabtu)








8 Mac 2020 (Ahad)











@theMaGi2020

Thursday, 16 January 2020

Resepi Tahun Baru

Hai! Entri kali ni aku nak kongsi benda yang aku masak. Tahun 2020 ni aku tiba-tiba rajin masak. Aku tak kata aku ni pro masak, masakan aku ni simple je. Bukannya masakan yang hebat-hebat. Tapi untuk spesis yang duduk sorang kat rumah, takkan harap cicak masak untuk aku? So, aku kena la masak walaupun setakat masakan basic.

So, aku nak share sikit resepi. Semua resepi aku ni senang, kalau tak dapat buat tu memang teruk sangat la skil memasak korang. Okay, jom proceed~

Banana Wrap
Bahan-bahan: 
Pisang, coklat, peanut butter, doh (tepung gandum + air +  marjerin + secubit garam)
Cara buat: 
Potong pisang, susun atas doh yang dah dileperkan, letak peanut butter dan coklat. Lepas tu bungkus and goreng. Bila warna dah keemasan, angkat dari kuali and potong.

Bebola Nian Gao (Kuih Bakul)
Bahan-bahan:
Kuih bakul yang dipotong kecik-kecik, doh (tepung + air + marjerin + secubit garam)
Cara buat:
Masukkan kuih bakul yang dah dipotong kecik-kecik ke dalam doh (bahagikan doh dalam saiz yang lebih kecik). Bulatkan, kemudian goreng. Bila warna dah keemasan, angkat dari kuali dan ready untuk dimakan.

Enoki Goreng
Bahan-bahan:
Enoki, telur ayam, garam, lada, tepung (aku guna tepung biasa sebab tak ada tepung serbaguna berperisa macam tepung KFC tu. Nak pedas? Tumbuk la cili dalam lesung then masukkan dalam telur)
Cara buat:
Pecahkan telur, masukkan garam dan lada. Kemudian, bancuh. Lepas tu masukkan enoki dalam bancuhan telur, kemudian celupkan enoki bersalut telur tu dalam tepung, kemudian goreng. Keputusan? Rangup, semestinya!

Jemput-jemput Pisang
Bahan-bahan:
Pisang mas keling, tepung, air, garam
Cara buat:
Lenyekkan pisang, masukkan tepung dan air sikit. Then masukkan sedikit garam. Pastikan pisang lebih banyak daripada tepung. Kemudian, goreng. Hasilnya? Luar crunchy dalam lembut. Emmm~

Ini menu aku masa minggu kedua bulan Januari. Nak buat sambal belacan tu senang sangat. Belacan, ikan bilis, cili- tumbuk semuanya, kemudian masukkan cuka, air dan gula sikit. Tomyam tu tomyam kosong je, sebab nak jimat bawang. Bawang mahal sekarang ni.

Ini menu pertama bulan Januari. Nasi goreng sardin dan bebola coklat. Resepi nasi goreng sardin aku senang sangat. Bahan-bahannya nasi putih, bawang merah, sardin dalam tin (hancurkan), sos cili, sos cili Thai, sos tiram. Untuk bebola coklat tu, buat doh (rujuk resepi doh kat atas) dan coklat tu aku guna coklat botol.

Tempe Bersos 
(aku tak boleh kata ni sambal sebab lebih banyak elemen sos berbanding sambal, hahaha)
Bahan-bahan:
Tempe dipotong, ikan bilis, bawang putih, bawang merah, sos cili, sos cili Thai, sos tiram, cili padi dipotong halus.
Cara buat:
Goreng tempe dan ikan bilis. Kemudian, tumis bawang putih, bawang merah, cili sampai naik bau. Kemudian masukkan segala sos. Biarkan mendidih, lepas tu baru masukkan tempe dan ikan bilis. Bila dah pekat, tutupkan api. Siap untuk dimakan!

Yang ni menu aku minggu kedua bulan 1, tak silap aku masa tu around 5 atau 6 Januari macam tu. Sambal belacan yang ini lain sikit. Ni sambal belacan goreng. Resepi?
Bahan-bahan:
Belacan, ikan bilis, cili kering, cuka, air, gula
Cara buat:
Goreng belacan, ikan bilis, cili kering. Kemudian, tumbuk sampai hancur dalam lesung batu. Lepas tu, masukkan cuka dalam bahan yang dah ditumbuk tadi. Masukkan gula (adjust sendiri rasa). Masukkan air secukupnya (tapi jangan sampai sambal jadi cair sangat). Gaulkan semuanya. Lepas tu, siap!


Aku dah cakap, resepi aku ni sangat simple. Mustahil kalau tak dapat dibuat orang. Aku rasa menu aku ni... healthy menu kot? Tomyam pun tak ada ayam daging, totally sayur. Lagi satu, menu ni tak memakan kos yang banyak pun. Memang jimat!

@theMaGi2020

Wednesday, 25 September 2019

Jom Run Amazing Sarawak Run

Hai! Hari ni aku nak up last running event yang aku join tahun ni iaitu Jom Run Amazing Sarawak Run 5 km di MBKS, Kuching. Tapi seperti yang satu Malaysia dah tahu, Kuching antara bandaraya yang terjejas akibat jerebu. IPU mencatatkan kualiti cuaca sangat tidak sihat. Masa aku register event ni aku tak terfikir pulak bulan 9 nanti ada jerebu. Lagipun, bayaran untuk event ni sangat-sangat berbaloi, cuma RM18 untuk early-early bird. Dapat medal, dapat Tshirt dan dapat refreshment.

Bila tiba hari kejadian iaitu 22 September 2019 (pagi Ahad), dengan tidak disangka-sangka, hujan turun dengan tersangat lebat. Masalahnya, bau air hujan langsung tak segar. Macam bau asap. Bila sampai di perkarangan MBKS, diumumkan larian tu dibatalkan atas sebab jerebu dan hujan. Jadi, semua participants datang untuk collect medal, ambil sarapan pagi dan juga refreshments yang disediakan. Untuk event terakhir tahun ni, aku tak sangka aku dapat event dengan bayaran paling murah dan juga aku tak berlari langsung. 

At the end of the day, inilah event yang langsung tak mengeluarkan peluh tapi mengenyangkan perut yang lapar di pagi hari, hahahaha!

So tahun depan, aku rasa aku akan jadi sangat selektif- aku akan sertai event yang ada goodies yang menarik, Tshirt yang cantik dan bayaran yang berpatutan. Dengan rasminya, aku berehat dari berlari untuk tahun ni. Tahun depan aku sambung balik. See you in 2020~

Hujan macam ni, aku sibuk beratur nak minum Milo ais.

Peserta berpayung dan beratur untuk dapatkan medal
dan sarapan pagi

Tak merasa aku untuk sampai ke garisan Finish untuk event
terakhir tahun ni, kahkah!

Medal ke-8 tahun ni, 5 km jadi 1 km.

Dan medal ni medal paling kecik dalam koleksi aku.


@theMaGi2019

Tuesday, 17 September 2019

Beli Buku Secara Online?

Hai, hai! Hari ni aku nak share dekat mana aku biasa beli buku secara online. Okeylah, sebelum ni aku biasa beli buku di kedai buku. Tapi lama kelamaan aku rasa pilihan buku tak banyak di kedai buku (atau sebenarnya aku makin selektif dengan buku yang aku nak baca). Jadi, aku mula jenguk bookseller yang jual buku secara online.

At first aku rasa, beli buku secara online ni boleh dipercayai ke? Trusted ke mereka ni? Tapi aku rasa aku tak dapat tahan keinginan aku nak beli buku bila aku nak sangat beli buku Tere Liye yang bertajuk Bidadari Bidadari Surga. Kemudian kawan aku suggest bookseller di Instagram @ak_empresa. Makanya, aku pun dapat buku yang aku idamkan.

Seterusnya, aku beranikan diri untuk cuba beli buku dengan seorang lagi bookseller di Instagram iaitu @rabia_bookstores. Aku beli buku Tere Liye yang bertajuk Rembulan Tenggelam di Wajahmu, Rindu dan Pulang. Servis mereka ni very nice. Cepat respond, cepat reply dan pos pun cepat. Tapi beberapa buah buku yang aku nak sangat tak ada dalam stok.

Jadi aku cuba bookseller yang lain, atas cadangan bookseller yang lain juga iaitu @bukuindonesiaku. Aku beli banyak buku dengan bookseller ni. Antaranya ialah:

  • Cantik itu Luka by Eka Kurniawan
  • Seperti Dendam, Rindu Itu Harus Dibayar Tuntas by Eka Kurniawan
  • Kisah Sang Penandai by Tere Liye
  • Ronggeng Dukuh Paruk by Ahmad Tohari
  • Hujan by Tere Liye
  • Dilan 90 dan Dilan 91 by Pidi Baiq
  • Calon Arang by Pramoedya Ananta Toer
Tapi aku tak suggest korang beli buku dengan @bukuindonesiaku sebab booksellernya hilang entah ke mana. Ada dua buku aku dia tak hantar sampai sekarang, aku beli tahun lepas. Aku dah bayar, total RM80. Entahlah, aku tak tahu nasib bookseller tu. Aku marah betul bila dia tak reply whatsapp aku, aku rasa dia tipu aku. Tapi bila aku fikir balik, banyak juga buku yang aku beli sebelum ni dan buku-buku tu bukannya murah. Kenapa lepas aku dah beli begitu banyak buku, baru tergerak hati nak menipu aku? So, aku assume dia sakit atau dia meninggal. Aku redho je lah buku yang aku tak dapat tu. Sedih banget lho. Sebab aku nak sangat buku tu- Rara Mendut dan buku tentang perkembangan penulisan dan Malaysia dan Indonesia.

Sekarang, aku beli buku dari tanah seberang melalui page ULAT BUKU Bookstore di Facebook. Alhamdulillah setakat ni aku dah berjaya beli dua buah buku. Banyak buku yang bagus sampaikan aku tak tahu nak beli yang mana, aku hampir nak habiskan duit simpanan aku disebabkan buku (haha~). Jadi kalau ada keinginan nak beli buku secara online tapi tak pasti nak pilih bookseller yang mana, mungkin ULAT BUKU Bookstore memenuhi selera korang. 

Ini dia buku yang aku beli. Lepas ni, aku nak survey buku lain, hehe~

Buku kedua yang aku beli. Konflik teruk aku sebelum aku buat keputusan sebab aku nak beli buku Eka Kurniawan. Tapi last2 aku beli buku ni, sebab tajuk tu sangat provokatif. Harga tak termasuk postage, RM38

Yang ni buku pertama yang aku beli dari UB Bookstore. Ensiklopedia, bukan novel, bukan antologi, bukan kumpulan cerpen. Tapi aku berjaya habiskan pembacaan dalam tempoh seminggu. Harga buku ni tak termasuk postage, RM48.

p/s: Aku harap royalti buku masuk lepas ni. Aku stres bila nampak buku lalu dekat wall FB aku, buku-buku tu tak bertuan. Aku nak jadi tuan mereka! Arghh!

@theMaGi2019

Wednesday, 28 August 2019

Hobi Baru: Poetry Recitation

Hai gais~ Hari ni aku tak ada benda menarik nak kongsi. Cuma aku ada hobi baru iaitu poetry recitation. 

Jadi, apakah spesis poetry recitation ni? Poetry recitation ni sama je dengan deklamasi sajak. Tapi aku ni ada masalah sikit bila nak pronounce perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi aku selalunya baca buku dalam bahasa Inggeris dan buat latihan pronunciation. Plus, aku ni mudah terpengaruh dengan British slang walaupun lidah aku struggle nak tiru. 

Kemudian, ada seorang cikgu ni nak latih murid untuk join poetry recitation depan aku pada suatu hari. Dari situ la, aku tertarik dengan aktiviti baca sajak dalam bahasa Inggeris. Tapi aku nak buat pengakuan, aku tak pernah deklamasi sajak depan orang walaupun aku terlibat dengan penulisan puisi. Aku sebenarnya tak yakin dengan suara aku sendiri. Aku nyanyi pun tak sedap didengar. Jadi aku memang tak pernah cuba baca sajak depan orang.

Tapi, aku masih ada keinginan nak buat poetry recitation. At least, aku nak cuba poetry recital dulu sebelum nak deklamasi sajak dalam bahasa Melayu. So, apa pilihan yang aku ada untuk tidak memalukan diri sendiri di depan orang ramai atau menyarung kepala dengan beg kertas? 

Makanya, aku jumpa satu apps untuk buat video. Photo Video Maker namanya. Mula-mula, aku rakam suara aku sendiri. Kali pertama aku buat, aku rakam sampai 4-5 kali sebab ton suara aku tak macam yang aku nak. Lepas dah rakam suara sendiri (pastikan format mp3), aku buat video menggunakan imej puisi yang aku download kat Facebook. Bila dah save video, aku upload ke Instagram sebab aku rasa Instagram ni banyak  kongsi video baca sajak. Dan salah satu video aku tu dapat view yang baik. Sebenarnya, aku rasa aktiviti ni membantu aku dapatkan ketenangan. Dalam masa yang sama, aku tengah cuba nak naikkan self esteem aku.

Okay, ni dia video yang aku dah upload di IG aku @hshield. Bagi sesiapa yang teringin nak buat tapi ada masalah macam aku, aku suggest korang install apps ni dalam phone korang. Manfaatkan teknologi untuk kebaikan ya, anak-anak sekalian~

aku mulakan dengan sajak ni, sebab aku tertarik

yang ni idea original aku

Lara Croft sumber inspirasi aku

Rumi ni memang favourite aku

Ayat ni serasi betul dengan taste aku

aku suka susunan ayat dalam puisi ni

Untuk video yang seterusnya, boleh la jenguk IG aku @hshield. Kalau rasa-rasa macam dah yakin gila, aku nak cuba deklamasi sajak dalam bahasa Melayu. Tapi macam biasa la, keyakinan aku ni takat upload suara je lah. Muka tu tidak. Kesimpulannya, banyak itu je lah keyakinan yang aku ada. Harap faham, hehe~

@theMaGi2019

Wednesday, 31 July 2019

Tips Menulis Cerita Pendek

Image result for writing
source: boardeffect.com
Hai dearie~ Hari ni aku nak kongsikan tips menulis. Sebenarnya dari tahun lepas aku guide beberapa orang yang berminat nak menulis. Aku tak kata aku ni pandai sangat menulis. Aku belum sampai ke tahap mahaguru. Tahap guru pun belum layak. Tapi sepanjang aku menulis dan terlibat dalam dunia penulisan, dan pernah dikritik ramai penulis senior, aku rasa aku perlu kongsi apa yang aku dah belajar selama ni. Sebelum ini, aku merangkak sorang-sorang untuk belajar tulis cerpen. Tak ada yang betul-betul guide aku dari awal sampai akhir. Aku tak nak penulis muda rasa apa yang aku rasa. Sedih tau sebenarnya, bersendirian dan struggle nak cari tempat dalam bidang penulisan. Tapi syukur sekarang aku dah okay.

Sekarang ni aku tengah guide seorang penulis yang nampak berminat nak buat cerita pendek, a.k.a cerpen. Sejujurnya aku bermula dengan cerpen. Kisah di Isle of Skye, itulah tajuk cerpen pertama aku pada tahun 2004 kalau tak silap. Tapi cerpen tu teruk. Memang teruk. Cerpen pertama yang masuk newspaper Utusan Sarawak ialah Hantu-hantu Penglipurlara, tahun 2014. Dan cerpen pertama yang masuk newspaper Utusan Borneo ialah Kami Takkan Pernah Berhenti, tahun 2018.

Okay, macam mana nak buat cerpen? Cerpen ni satu kisah yang diringkaskan dalam 8-12 mukasurat. Dalam jumlah mukasurat yang limited, kena ada banyak bahagian dalam cerita tu iaitu pendahuluan, isi, suspen, konflik, klimaks dan penamat. Kalau aku nak huraikan dalam bentuk yang formal, aku tak berapa nak pandai sebenarnya. Jadi, aku akan kongsikan flow nak buat cerpen yang sedap dibaca. Aku tak kata cerpen yang hebat, okay? Tapi... sedap dibaca dan dapat diterima oleh pembaca.

Apa yang utama dalam membuat cerpen?
  1. Pemerhatian: Perhatikan keadaan sekeliling. Baca buku-buku yang baik. Dengar pengalaman orang lain, atau ingat semula pengalaman sendiri. Dari situ timbulnya idea nak tulis apa.
  2. Asas cerita: Asas cerita ialah pemilihan tema dan bagaimana jalan cerita nak dibina. Perlu ada asas, takkan nak tulis cerita tanpa sebarang asas? Nanti cerita ni nak pergi ke mana? Apa tujuannya? Mana penamatnya? 
  3. Unsur pengajaran: Unsur ni penting untuk menjadikan cerpen tu bermakna. Menulis ni seronok, tapi kita perlu sampaikan elemen nasihat dan ilmu juga. Mesti ada tujuan dan mesti ada destinasinya.
Okay, untuk menyiapkan sebuah cerpen yang sedap dibaca, ada beberapa perkara yang penting untuk menjadikan cerita itu sebuah cerita yang jelas dan difahami. Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:
  • Kosa kata yang pelbagai- dapat mewujudkan situasi, emosi dan kejutan dengan lebih berkesan.
  • Alur cerita yang konsisten- setiap perenggan saling berhubungkait jadi tak  timbul isu cerita melompat-lompat, terkeluar dari tema atau masalah penceritaan yang tak difahami. Kalau perlu, buat rangka cerita.
  • Penggunaan dialog sesuai dengan keadaan- maksudnya setiap penerangan tak semestinya menggunakan dialog tapi boleh guna teknik briefing.
  • Penggunaan italic untuk rujukan- seperti petikan dialog yang diulang semula, perenggan mesej ringkas, perumpamaan, imbas semula dan monolog dapat membantu untuk menerangkan keadaan cerita.
  • Kedudukan noktah, koma, pembuka dan penutup kata serta pembahagian perenggan dan dialog- kekemasan amat membantu dalam menyusun alur cerita dengan lebih berkesan.
  • Pemilihan penanda wacana yang sesuai- membantu untuk 'smooth-kan' jalan cerita. Taklah pelik bunyinya dari satu perenggan ke satu perenggan.
  • Penyusunan struktur ayat- sama ada selari atau diterbalikkan, tapi pastikan maksudnya sampai dan ayatnya betul.
  • Kronologi jalan cerita- ini pun sama, nak guna teknik selari atau terbalik atau sebagainya, yang penting alur cerita masih konsisten, masih tetap dengan tema (tak ada isu kecelaruan tema), dan tidak berdepan dengan masalah struktur ayat. Jangan sampai pembaca keliru.
Untuk menulis sebuah cerpen, perlu diingatkan supaya setiap bahagian dibahagikan dengan baik. Pendahuluan tidak perlu terlalu panjang berjela, klimaks tidak berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, unsur suspen tidak keterlaluan dan penutup cerita juga tidak terlalu ringkas (perlu ada kesimpulan dari keseluruhan tema). Masalah yang aku selalu dengar dari mereka yang baru nak menulis ialah:
  • Nak tulis apa?
  • Cerita apa yang menarik?
  • Genre apa yang orang suka?
  • Macam mana dengan gaya bahasa?
Okay, ni aku bagi tips yang aku biasa amalkan. Menjawab soalan di atas, aku bagi jawapan yang mudah dan harap dapat membantu:
  • Nak tulis apa? Tulislah apa yang dapat memberi manfaat yang baik kepada orang lain. Jangan tulis cerita syok sendiri. Boleh kalau nak tulis cerita syok sendiri, tapi simpan untuk diri sendiri sajalah, atau cari penerbit yang sama kepala dengan anda. Penerbit indie pun dah mula picky sekarang, jadi carilah isu semasa yang menarik untuk diceritakan- dari perspektif anda.
  • Cerita apa yang menarik? Sejujurnya pembaca suka genre thriller, seram dan misteri. Korang boleh masukkan elemen tu semua, tapi perlu diingatkan dalam cerpen, perlu ada tujuan dan unsur pengajaran. Dalam kita nak bercerita, biarlah cerita kita dapat 'mengajar' orang lain. Bukan sekadar hantu je memanjang.
  • Genre apa yang orang suka? Tu, aku dah bagi jawapan kat atas. Tapi tema kemasyarakatan dan cinta pun ada peminat tersendiri. Boleh gabungkan tema dengan genre tersebut. Tak ada masalah. Lebih kreatif, lebih ramai pembaca suka.
  • Macam mana dengan gaya bahasa? Okay, yang ni ambil masa sikit. Setiap penulis develop gaya bahasa mereka dalam tempoh tertentu. Nak cipta gaya sendiri ni memang perlukan masa. Tapi untuk permulaan, tak salah kalau tiru gaya penulis yang korang suka. Aku suka gaya bahasa dan gaya penceritaan Shahnon Ahmad dan Ali Majod. Ada masanya aku terpengaruh dengan cara Faisal Tehrani, Azizi Haji Abdullah atau Fatimah Busu. Jadi, tengoklah gaya penulis mana yang korang suka dan sesuai dengan jiwa. Nanti, gaya bahasa korang akan berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting, jangan berhenti menulis.

Ini sajalah tips menulis cerpen dari aku yang terlibat dalam penulisan cerpen sejak dari tahun 2004 sampai sekarang. Masih budak hingusan juga sebenarnya, maaflah sebab penerangan kat atas bukannya 100% formal dari buku rujukan tapi lebih ke arah pembelajaran kendiri yang aku hadap selama ni. Tapi aku harap pengalaman aku yang tak seberapa ni dapat membantu sesiapa yang ingin nak menulis cerpen tapi tak berani nak mulakan. Menulis, menulislah cerpen dengan berani. Sebab, menulis sebuah cerita dalam 8-12 mukasurat adalah lebih mencabar dari menulis dari bab ke bab. Seluruh cerita dalam jumlah mukasurat yang terhad, jadi bagi sesiapa yang berjaya menyiapkan cerpen dan cerpen anda dikategorikan sebagai 'sedap' (bukan 'hebat'), anda sebenarnya sudah pun berjaya! Best of luck, writers!

Cerpen hidup selamanya!
Puisi takkan mati!

@theMaGi2019

Thursday, 30 May 2019

Siri KAMI SENTIASA ADA

Selamat pagi! Aku ucap selamat pagi sebab aku buat entri ni sebelah pagi. Kali ni aku just nak share siri KAMI SENTIASA ADA yang aku perkenalkan di Wattpad (boleh follow aku @ShieldSahran di Wattpad)

Okay, untuk siri KAMI SENTIASA ADA, siri ni sebenarnya merupakan koleksi cerita seram misteri yang berlainan dan mungkin korang tak pernah baca kat siri yang lain. Untuk siri yang pertama iaitu KSA 1 yang aku upload pada hujung tahun lepas, pada awal aku upload tu, siri ni tak dapat sambutan. Tapi syukur sekarang ni dah 1.78k reads dan ramai yang bagi feedback positif seperti aku buat pendekatan yang berbeza dalam setiap cerita.

Setiap siri KSA ni ada 10 cerita seram misteri yang berbeza. Untuk KSA 1, 9 buah cerita ni dah lama aku tulis. Masa tu aku masih budak sekolah. Bila dah umur 30, baru aku upload cerita tu secara online- dulu mana ada medium untuk penulis macam Wattpad. Untuk cerita yang terakhir dalam siri KSA 1, yang tu aku buat spontan je. Tapi nice pulak jalan ceritanya (mungkin sebab ritual aku menulis- duduk dalam gelap mengadap laptop bersendirian dalam rumah di malam hari tu membantu aku kot). 

Untuk KSA 2, ada 10 buah cerita macam KSA 1 tapi setiap cerita ni based on quotes yang tular, kisah-kisah menarik di socmed dan kejadian harian yang mungkin korang anggap biasa tapi macam mana kalau ada plot twist? KSA 2 ni masih baru, reads belum banyak. Dan sekarang aku tengah berusaha kumpul cerita baru untuk siri KSA 3. Kalau tak ada halangan, mungkin after bulan 8 or 9 aku aku upload KSA 3 [Complete].

Korang suka cerita seram? Try la baca siri KAMI SENTIASA ADA. Sebab mereka memang sentiasa ada. Mungkin, masa korang baca siri ni, mereka ada di sebelah sambil memandang ke arah korang dengan penuh perhatian :)

@theMaGi2019

Monday, 6 May 2019

Writer's Gathering di Big Bad Wolf

Hello, gais! 1st Ramadan hari ni, fuh. Rasa macam tak sangka dah masuk bulan puasa. Tapi sebelum masuk bulan puasa, aku spend masa hujung minggu dengan berkumpul dengan rakan penulis. Best, tahun ni aku jumpa ramai penulis! Dan bila dah bertemu dengan rakan penulis, mestilah ada sesi bertukar cerita, bertukar maklumat dan bertukar pendapat.

Kebetulan ada pesta buku Big Bad Wolf di Mydin Petra Jaya, aku bertemu dengan pasangan penulis yang menulis buku tentang sejarah Sarawak. Buku tu aku boleh anggap sebagai rare, sebab tak dipublish secara meluas (maksud aku, buku tu tak masuk bookstore), so kalau nak beli, kena beli dengan penulis itu sendiri secara direct. Disebabkan aku memang interested dengan buku tu, aku pun ikhtiar la cari penulis menerusi Facebook, lepas tu bertukar contact number, kemudian berhubung melalui Whatsapp, then pada 27 April 2019, kami pun berjumpa kat Mydin Petra Jaya.

Buku yang bertajuk Menelusuri Lembah Sungai Sarawak Sebelum 1840an merupakan sebuah buku non-fiksyen yang mencatatkan sejarah sungai di Sarawak, beberapa legenda dan mitos yang hampir pupus, juga penceritaan orang tua-tua mengenai beberapa maklumat sejarah yang tidak diketahui ramai. Penulis buku ni, Tom Mclaughlin dan isteri dia, Suriani Sahari maklumkan yang buku ni merupakan hasil kajian yang panjang. Mereka pergi buat site visit, travel dari pulau ke pulau, kumpul bahan, dapatkan kerjasama dari pihak tertentu dan banyak lagi. Dengan harga RM45, aku rasa maklumat dalam buku ni sangat priceless. Aku belajar banyak benda baru yang aku tak pernah tahu. Kalau aku dah habis baca nanti, aku akan share sikit tarikan utama dalam buku ni. Tapi kalau nak tahu lebih banyak, boleh DM aku untuk dapatkan contact no.penulis so boleh la jumpa penulis ni depan mata.


Dan sebelum berpisah dengan penulis tu, mestilah aku nak abadikan kenangan melalui selfie. Walaupun aku tak berapa suka selfie, tapi aku rasa kalau untuk moment yang penting, why not? Aku harap kalau ada masa dan peluang, aku nak berjumpa lagi dengan pasangan ni, ada banyak lagi kisah sejarah Sarawak yang aku nak tahu. Some part penulis Suriani dah mention sikit pasal punca kemusnahan manuskrip Jawi di Sarawak, which is so mind-blowing. Dan aku pun share kisah argument yang terjadi disebabkan salah satu artikel aku dalam blog ni. Just like that we both know that we have to meet again in the future. 


So aku nak ucapkan terima kasih pada mereka sebab sudi deliver buku ni, spend masa dengan aku, bagi komik free, selfie sama-sama, dan lepas tu sama-sama pergi ke Big Bad Wolf.

Okay, sekarang masuk ke babak Big Bad Wolf. Aku share sikit apa yang menarik, suasana sekeliling dan apa yang aku beli. Everything just happened on the same day so my Saturday's schedule was quite hectic.

Err, tak perfect pulak nama Big Bad Wolf ni. 
Aku tak pro selfie



Hai, my dear Niqab~

Aku dapat dua buah buku dari BBW. Tudor Age dan
Tamadun India. Termasuk buku yang aku beli dari
Tom dan Suriani, semua buku yang aku beli tu buku
sejarah.

Dan sekarang, masuk bahagian gathering bersama FIXI writers, team Kuching. Lepas habis bershopping di BBW, aku melepak kat area luar BBW ni agak lama jugak. Sambil selfie sorang-sorang, tengok orang, tengok barang lepas tu berangan. Kemudian barulah aku pergi join FIXI writers yang berkumpul di KFC Mydin Petrajaya. Sebenarnya gathering ni bukannya formal dan rasmi, saja nak melepak, bertukar cerita, chill out, membawang sambil memakan ayam. At the end of the day, kami dapat banyak cerita yang menarik dan being a writer really helps me to express myself in a very good way.





Till we meet again, writers!

@theMaGi2019