Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

Saturday, 30 August 2014

Kraftangan Malaysia 2014

Selamat hari Sabtu, Happy Saturday. Dah lama rasanya tak update entri pasal event di Sarawak. Niat asal nak beli barang, sempat pulak menyinggah ke Kuching Waterfront. Semalam, pameran dan jualan Kraftangan Malaysia 2014 bermula dan bermacam-macam jenis produk seni boleh dibeli, ditengok, dijadikan inspirasi dan dipegang (tapi kalau pecah consider sold la~)

Aktiviti Kraftangan Malaysia kali ini berlangsung dari 29 Ogos sampai 7 September, kalau tak tersilap tengok banner. Terlalu banyak benda yang menarik perhatian (seramik, bakul anyam, seni batik, parang, manik, siput et cetera), sampaikan aku berebut nak amek gambar seni seramik dengan salah seorang urusetia yang terliba. Dan sebelum sampai ke booth kraftangan, aku tetiba jadi pedestrian model by foreigners di India Street. Btw, tak sia-sia aku datang ke sini, aku dapat idea yang baik untuk artwork akan datang. Sekarang, masa untuk berseni-seni. Ideas, come to me...~


Sedikit gambar dari khemah Kraftangan Malaysia di Kuching Waterfront.

Seni seramik pasal ibu dan anak. Aku tertarik betul dengan
kraftangan ni. Penggunaan warna yang menarik. Ada banyak
lagi produk seramik yang menarik di gerai ni seperti
bunga raflesia, burung kenyalang dan motif-motif flora dan
fauna.
Loket yang kreatif, diperbuat dari kaca kalau tak silap aku.
Tapi masa aku pegang satu, benda ni tak berat. Semua
loket di atas semuanya ready for sale.
Baruk mini, rumah tradisi bagi masyarakat Bidayuh dalam
saiz yang lebih, lebih, lebihhh...kecil. Aku tak perasan
berapa harga benda ni tapi dari jauh aku nampak baruk mini
ni di khemah belakang.
Sekarang, batik dalam saiz yang kecik, sesuai
untuk dijadikan hiasan dinding. Aku sempat
pegang masa lalu di kedai tu petang tadi,
batik-batik tu dilukis atas kain kanvas.
Jangan sangka kayu buruk tak berguna. Kayu ni
bertukar jadi tempat duduk dengan ukiran timbul cello.
Produk kerja kayu ni dari Manly Ironwood Kraf Enterprise
(Kpg. Stunggang Dayak, Lundu). 
Selain dari baruk mini, perahu tambang pun dah
bertukar saiz. Ada banyak lagi jenis perahu mini yang
dijual. Harga produk dalam lingkungan RM35 dan ke atas.
Salah satu gerai yang menjual parang iban dan orang ulu.
Terdapat produk yang disertakan dengan bulu khinzir jadi
bagi yang Muslim, sila tanya dulu sebelum pegang.
Antara parang yang paling cantik dan kreatif- parang naga.
Bentuk bilah parang sangat menarik dan apa yang
paling best, harga parang ni sekitar RM1000+. Tak mampu
nak beli jadi ambil gambar je la.
Yang ini parang orang ulu. Bersebelahan dengan parang iban.
Kata anak tauke yang jaga gerai tu, bulu yang terjurai  dari hulu
parang tu bulu kambing, hulu diperbuat dari tanduk rusa dan sarung
diperbuat dari kayu tapang. Parang ni dijual dengan harga RM650.
Hiasan manik dengan motif orang ulu. Ramai pelancong
di gerai ni. Tarikan produk ni terletak pada warna kuning.
Produl bakul anyam dari Catherine Handicraft. Gerai bakul
ni terletak di depan sekali, tak jauh dari produk Manly Ironwood.
Ini gerai pertama yang aku singgah. Dulang air yang dijual di
gerai ni memang cantik.
Koleksi parang yang pelbagai bentuk dan rupa.
Gerai ni pun terletak di bahagian depan khemah.
Antara produk yang sangat comel, siput-siput dari Sematan,
Sarawak. Ramai yang datang singgah, harga produk pun
sangat berpatutan. Boleh dibeli untuk souvenir rakan-rakan.

Koleksi yang banyak di khemah kraftangan ialah batik, ada banyak jenis gerai yang menjual batik (Nordin Batik, Puncak Alam Batik, Aminah Batik-aku dengar dari pihak urusetia) dan banyak lagi. Dari kasut, beg tangan, dompet, baju, jubah, tudung, penghias dinding dan sebagainya, semuanya bertemakan batik. Akhirnya, aku tak beli apa-apapun, aku cuma cuci mata je hari ni..hahaha~

@themagi2014

Monday, 4 August 2014

Artwork Eid Mubarak

Salam bulan 8 dan salam 8 Syawal kepada visitors semua! Tak delay sangat untuk aku ucapkan Happy Eid Mubarak kepada semua saudara seagama dan jangan lupa pada saudara kita di Gaza sana. Setelah seminggu menjarah rumah-rumah sedara sedari sekalian jiran tetangga dan jiran tetiang, sempat la sikit men'doodle' mana yang patut. Walaupun tetamu yang datang begitu banyak sampai cawan tak cukup dan amek kije overtime jadi waitress, ditambah pulak dengan soalan-soalan bonus 500 hengget dari pak cik mak cik berkenaan dengan hidup, artwork aku berjaya disiapkan.

Apa-apapun, salam Aidilfitri. Semoga Aidilfitri tahun ni memberi kebahagiaan dan rahmat gembira untuk korang semua.

Tak biasa doodle cenggini, testing je ni
Ni baru doodle gaya aku, dengan karakter dari komik pertama
aku 'Skool Bumps'. Yang atas tu Robin, yang pakai spek
tu Casandy, yang bertudung tu Nona.
Yang ni doodle pasal mood raya. Asal raya je, makan
banyak. Asal raya je, banyak makan. Asal raya je,
makan-makan..ahahak~
Hari raya ialah hari untuk kita masuk rumah orang, makan
biskut kuih muih orang dan minum air sedap2 secara
free. Tak gitew?
Bila hari raya, berat badan mudah je bertambah.
Aku tengah dalam rejim diet ni, padahal naik 2 kg je.


Artwork continues...
@themagi2014

Thursday, 31 October 2013

Halloween : The Meaning of Pumpkin, Treats and Costumes

Halloween is one of the oldest festival in the world. It is celebrated more than any holidays because it's fun, good, and harmless for everyone. But not everyone knows the meaning of Jack O' Lantern that they carved, the tradition of Trick or Treat and the crazy old witch costumes. As we know, Halloween was a Celtic New Year during the final harvest of the year and the Celtics had a strong faith in magical properties during the transition between summer and winter season. All crops were harvested, prepared the offerings and the sacrifice, and appeased the gods with singing, dancing and parades.

Pumpkin

"Bright in the dark, tear down the past
with a brim of light"

credits: digsdigs.com
Pumpkin is famous on Halloween, which looks like a cauldron. Back to the old days at British Isle, the hollowed-turnips with embers or candles were used to ward off Stingy Jack*  and malevolent spirits on Halloween. Some of them believe that the bright lights from the hollowed-turnips will help the dead family members to come home during Halloween for dinner and also lead them to return to their resting place when before the sunrise. This tradition is also representing the existing of souls and the dead, the symbol of resurrection and faith to the other world. Around 1840, during a massive immigration of Irish families who emigrated to America, they were decided to replace turnips with pumpkins because they lived in the new land, pumpkins were plentiful and very easy to carve. And that's how pumpkin becomes the cultural image of Halloween.

*the famous cheapskate who try to avoid losing his soul to the devil by tricking him during All Hallow's Eve every year. But in the end, he was cursed to travel forever as a spirit in limbo. In every Halloween, Jack will return to earth with his hollowed-turnip lantern, walking out through the darkness.

Treats

"Trick or treat, give us something good to eat"
credits: sheknows.com
On Halloween, American families spent a lot for candies in Trick or Treat tradition. During the age of Celtic, they had a strong believe in spirits- a good spirit, an evil spirit and a mischievous spirit, also known as fairies. Fairies had the abilities to disguise as an old man, or a beggar and those who gave them food were rewarded. If they didn't receive food, the family will receive some unpleasant things from them. There were also a tradition during All Soul's Day when the 'soul cakes' were baked for the unfortunate children. They will walk from door to door, begging for the cakes. For those who gave the cakes, they will receive good prayers from the children and these prayers would help them out from the purgatory and into heaven. 

After America revolution, this tradition had changed when the food sources were easy to get and creating new sweet recipes from honey bee, taffy pulls or apple caramels. But it becomes a vandalism issue of Trick or Treat in 1950s and later it becomes more of a child's celebration. Treats were handed out to them as a gift, a happy thing to receive from neighbours and to prevent bad tricks from them. As you know, kids are unpredictable.

Costumes

"Hi, I'm a lobster"
credits: treehousetv.com
Halloween is all about costumes. This tradition can be traced back during the old times when All Saints Day was moved to 1 November, adapted by the church in order to help bring the ancient Celts into Christianity. But it created problems for the church when the Samhain tradition is more than Christianity. So villager were allowed to dress like a saint, walk from door to door and ward off the evil spirits. Some of them dress like a spirit so spirits won't recognized them and they'll be safe from any disturbance.

The other reason for costumes was to appease the gods of the coming winter. The new year festival lasts for 3 days, with many parades and costumes made of skins and heads of the animal, representing the various gods of the nature.

One of the typical costume is the witch, usually a woman in magic, wearing  a long hat and flying with her broomstick. The legend says that, on one night in All Hallow's Eve, one priest saw the burning bonfires. With the grim light of full moon, he thought that those people who dance with shafts and torches around the bonfires were flying on air. That priest hurriedly return to the village and told everyone that he saw witches were flying, and that was how the flying broomstick comes from.


Today, Halloween is not about deadly offerings, sacrifices, gods of nature or supernatural things. It is all about wonderful childhood memories, happy tooth problems, carving-creativity, fashion parades and also, the next day of 'walk-of-shame'.

Well, Happy Halloween~
@themagi2013

You can read more at:

Friday, 31 May 2013

Festival Gawai: Batu, Burung, Antu dan Dayak

Gawai merupakan perayaan yang penting dalam adat turun temurun suku kaum Iban dan juga Bidayuh. Ia bersifat keagamaan dan juga kemasyarakatan. Festival seperti ini menyatupadukan mereka dan mengukuhkan kekuatan kaum mereka supaya generasi akan datang tidak ketinggalan merayakan semangat-semangat yang tidak akan pernah dilupakan. Walaupun kebanyakan daripada mereka menukar agama Kristian, festival ini terus diraikan sebagai ingatan terhadap adat resam mereka.

Gawai Batu

Gawai Batu merupakan festival musim permulaan menanam padi. Sebelum menanam padi, mereka percaya bahawa semangat padi haruslah bersama dengan mereka dan mengikut pantang larang untuk mendapatkan rahmat, rezeki dan pelindungan daripada dewa-dewa mereka. Menerusi perayaan ini, terdapat nyanyian atau jampi untuk memuja semangat yang pernah dibukukan dalam Pengap Gawai Batu keluaran Borneo Literature Bureau pada tahun 1968. 

Menerusi perayaan ini, golongan wanita akan mengadakan upacara dengan tarian memuja Sempulang Gana, Tuhan Tanah menerusi kepercayaan orang Iban dan mereka percaya bahawa penanaman padi adalah upacara penuh ritual dan pantang larang. 

Gawai Burung

Gawai Burung merupakan festival yang dianjurkan untuk Tuhan Peperangan Sengalang Burong, antara perayaan yang terhebat dan pertama kali diraikan oleh Sera Gunting di rumah panjang. Terdapat beberapa jenis Gawai Burung iaitu Gawai Kenyalang, Enchaboh Arong dan juga Gawai Mata. Perayaan tersebut diraikan mengikut kepentingan dan jumlah belanja dalam juga 9 peringkat yang dipecahkan iaitu:


  • Kalingkang (tiang diperbuat daripada buluh payan)
  • Sandong (tiang diperbuat daripada pokok selangking)
  • Sawi (tiang diperbuat daripada pokok pinang ataupun bahagian tengah kayu pokok durian)
  • Salangking (tiang diperbuat daripada bahagian tengah kayu pokok selangking)
  • Mulong Merangau (tiang diperbuat daripada kayu poko durian yang diukir kelihatan seperti pokok sagu)
  • Gajah Meram (tiang diperbuat dari kayu kuku dan dihias dengan tengkorak dan daun kelapa isang)
  • Meligai (tiang diperbuat daripada kayu kuat yang dihias dengan perhiasan)
  • Ranyai atau Mudur Ruruh(tiang diperbuat daripada susunan lembing pahlawan yang pernah digunakan melawan musuh)
  • Gerasi Papa (tiang diperbuat daripada ukiran muka mambang)
Dalam setiap peringkat Gawai Burung tersebut akan didirikan 9 tiang candi di mana patung burung kenyalang akan diletakkan semasa festival diadakan. Menerusi Enchaboh Arong, ia dilakukan bagi meraikan ketibaan ketua rumah panjang yang baru dan perayaan itu ditaja oleh pahlawan yang pernah bertempur dengan pernah memenggal kepala musuh. Bagi Gawai Mata pula, ia merupakan satu upacara yang dilakukan secara kecil-kecilan bagi pahlawan yang menerima satu-satu alamat atau petanda menerusi mimpi dengan memberikan persembahan makanan kepada semangat seperti Panggau atau Enting Naing. Upacara ini juga boleh dilakukan bagi menyembuhkan orang yang tengah sakit.

Gawai Antu

Gawai Antu merupakan salah satu perayaan yang diraikan oleh orang Iban dan Bidayuh bagi meraikan orang yang sudah meninggal dunia. Ia disambut oleh Iban Krian di bahagian Saribas, dengan mengadakan upacara beburong, korban ayam atau khinzir. Ia dimeriahkan dengan beberapa acara lain seperti sabung ayam, persembahan piring dan juga mantera pengap. 

Pada awalnya, perayaan ini dilakukan bagi memohon bantuan nenek moyang yang terkenal (tanpa mengira tarikh kematian) dan perayaan ini dilakukan setiap satu generasi atau 30 sekali di rumah panjang. Bagi memulakan perayaan ini mereka melakukan perjumpaan sebanyak dua kali dengan beberapa persiapan seperti mencari buluh, kayu dan juga membuat arak beras

Gawai Dayak

Gawai Dayak merupakan sambutan perayaan musim menuai padi yang diraikan pada 1 Jun. Pada hari tersebut, ngabang atau kunjungan dilakukan bagi mengeratkan hubungan dan semangat kejiranan. Bagi anak-anak gadis, mereka menyertai Kumang Gawai atau ratu festival dengan menggayakan pakaian tradisional manakala lelaki pula menyertai Keling Gawai. Perayaan ini disambut secara besar-besaran di Sarawak dan turut diraikan oleh kaum-kaum lain sebagai lambang bersatu hati dan semangat kejiranan. Pada hari tersebut, rumah dihiasi dengan perhiasan seperti pua kumbu dan menghidangkan makanan berupa pulut, pansuh dan juga tuak. Mereka juga menghidangkan beberapa jenis kuih muih tradisional seperti kuih sarang semut (penganan tatok), kuih cuwan atau penganan celup, dan juga penganan iri.

Ucapan rasmi untuk hari Gawai Dayak ialah Gayu Guru Gerai Nyamai Senang Lantang Nguan Menua yang bermaksud panjang umur, kesihatan baik, murah rezeki dan kekayaan. Pada era kolonial British di Sarawak, perayaan ini tidak dilihat sebagai satu perayaan sehinggalah ia dimasukkan ke dalam Sarawak Gazette pada 25 September 1964 sebagai cuti umum dan diraikan buat pertama kalinya pada 1965.

Terdapat perayaan Gawai yang lain seperti Gawai Tuah, Gawai Besimpan (Festival menyimpan padi) dan juga Gawai Tajau (Festival Tempayan).


RUJUKAN:

Ribuan terima kasih dan penghargaan untuk senarai artikel yang berikut

http://en.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak
http://gnmawar.wordpress.com/gawai-iban/gawai-burong-the-iban-bird-feastival/
http://www.theborneopost.com/2013/03/03/gawai-batu/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Antu
http://hornbill.cdc.net.my/yzm/gawaiantu.pdf