Sunday, 15 September 2013

Sambutan ke-92 Tahun Kelahiran TYT Sarawak

Sabtu, 14 September 2013 merupakan sambutan besar-besaran untuk ulang tahun ke-92 TYT Sarawak iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Seawal jam 5:45 pagi, aku dah bertenggek di Stadium Negeri Sarawak. At first, the weather was calm and cool.

Bila tiba waktu puncak, kehangatan mula terasa.

Sneak-a-peek photos>>>
Bersama meriam yang menembak 4 das tembakan bagi pembukaan majlis sambutan.
Kontinjen terbesar dari Angkatan Tentera Malaysia yang disertai oleh 
segerombolan tentera. 
Suasana padang ketika menunggu kehadiran TYT Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak.
Stadium Negeri penuh dengan 92 kontinjen, bersempena dengan usia TYT yang ke-92 tahun.
Reaksi spontan pelajar SMK DPHAG Stampin, dan reaksi spontan panel
persembahan yang terpapar di skrin besar.
Kawad kaki dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Tampil kemas dengan pakaian putih.
Meriah dengan kostum dan kenderaan beca tarik dari Jabatan Pelancongan Sarawak.
Kostum pakaian yang menarik seperti Renjer Sarawak dari Jabatan Tanah dan Survei-
antara kontinjen yang mendapat perhatian ramai.
Persembahan pancaragam yang menarik dari Angkatan Tentera Malaysia,
diiringi oleh pancaragam sekolah-sekolah terkenal di Sarawak.
Kawad kaki dari Kontinjen Persatuan Bulan Sabit Merah, himpunan
pelajar aktif dalam persatuan dari pelbagai sekolah.




Rakaman video persembahan pancaragam sekolah-sekolah di Sarawak
pada hari Sambutan TYT yang ke-92 tahun.

Friday, 13 September 2013

Lagu Kelas Muzik Sekolah Rendah

Beberapa hari yang lepas, aku terdengar cerita-cerita lama pasal kelas muzik di Hot FM. Kemudian, Faizal Ismail mainkan satu lagu dengan rekoder milik anaknya (itu kata Wak AG lah, aku tak tau) dan mintak pendengar bagitau nama lagu sebab dia dah tak ingat. Hampeh, boleh pulak lagu Pesanan Guru bertukar jadi Enjit-enjit Semut? Aku pulak yang excited depan dashboard sebab aku masih ingat lagu tu.
credits: danauilmu

Masa sekolah dulu-dulu, kelas muzik bukan kegemaran aku sebab aku tak tau main rekoder. Lagi pulak dapat cikgu garang dan aneh pemikirannya. Kalau nak tau, cikgu muzik aku ada dua- sorang tu Cikgu Sahran (nama dia macam bapak aku), sorang lagi Cikgu Mohd. Suip, father si Hafiz AF7 tu. Aku masih ingat neck tie cikgu aku yang tak brapa nak match dengan kemeja, wat muka lucu+sarkastik masa mengajar dan bersantai-santai mainkan keyboard pada waktu perhimpunan pagi *cikgu, jangan marah (^^)

Zaman sekolah juga menyaksikan beberapa murid dicungkil bakatnya untuk menyertai pancaragam. Diorang biasanya mahir main alat muzik dan menjadi favourite di kalangan cikgu. Obviously, bukan aku. Rekoder aku tu cuma untuk mengumpul sisa air liur je *pasrah

Cikgu muzik aku sangat suka menyanyi dan suka ubah lirik lagu terkenal ikut suka hati dia. Maybe sebab tu anak dia jadi penyanyi yang terkenal. Walaupun cikgu aku ni agak cengil sikit perangainya dan suka buat lawak kejam, aku tak bleh lupa betapa hypernya cikgu aku menyanyikan lagu Ais Kacang. That song is always in my head.

Nak tau lagu apa lagi cikgu aku pernah ajar? Mari tengok sini.

Ais Kacang

Ais kacang, ais ais kacang,
Bila cuaca panas dan rasa dahaga,
Singgah di gerai ais kacang diminta,
Susu dan jagung,
Kacang dan lengkong,
Air gula berwarna,
Campur semua enak rasanya,
Kegemaran kita semua.

Petani Kerja

Lihat jaun nun di sana,
Tekun petani kerja,
Buah padi masak kuning,
Isteri kerjasama,
Potong memotong,
Membanting padinya,
Bercerailah tangkai jerami,
Dulu padi ditumbuk dan ditampi,
Kini mesin jadi pengganti.

[Trimas untuk blog OdahOne yang mengingatkan aku pasal lirik ni. Aku almost lupa ending lagu ni]

Anak Itik Tok Wi

Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang

[Biasanya lepas nyanyi lagu ni kitorang sambung lagu Wau Bulan]

Ikan Kekek

Ikan Kekek mak iloi iloi,
Ikan gelama mak ilai ilai,
Nanti adik mak iloi iloi,
Pulang sama mak ilai ilai.

[Kalau nak diikutkan lagu ni ada sambungannya tapi kitorang suka repeat part ni je...]

Cerita Bohong

Hujan panas kupandang awan mega,
Warna langit tujuh bercahaya,
Orang tua kata ular naga,
Mencedok air di dalam telaga,
Kalau tunjuk tangan jadi kudung,
Rupa-rupanya itu cerita bohong.

[Honestly, aku tak pernah tuding jari ke arah pelangi sampai sekarang. Pelik?]

Aku Burung

Aku burung di dalam sangkar,
Hidup terkurung hatiku susah,
Ingin aku terbang bebas,
Bersama kawan tinggi di awan.

[Masa cikgu ajar aku lagu ni, aku lukis burung dalam buku nota.]

Bapaku Pulang Dari Kota

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Untuk kubawa ke sekolah,
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek.

[Cikgu ajar lagu ni masa aku Darjah 3. Budak-budak dulu suka lagu ni.]

Pesanan Guru

Awas kawanku pesanan guru,
Sopan santun dijaga,
Berhati mulia sentiasa tidak kira apa bangsa,
Iri hati mesti dijauhi,
Hidup kita dimulia

(Last line ni aku kerap terkonfius]

Rama-Rama dan Kepompong

Daripada ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam kelonsong,
Sampai masa kelonsong pecah..pum!
Jadilah rama-rama yang indah,
Rama-rama terbang merata-rata,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di kelopak bunga,
Tapi sayang hidup tak lama.

[Lagu ni diajar oleh cikgu senior masa dia sit-in kelas kitorang. Cikgu Masni namanya. Tapi aku tak pasti sangat. Sila perbetulkan kalau salah]

Ada banyak lagi lagu kelas muzik, tak larat nak taip semua...

Wednesday, 11 September 2013

Dinosaur @Kuching

How many times you enjoy the roaring scene by dinosaur?

Since I was a child, I never had that kind of experience.

But this year, I guess, lucky is mine...(>o<)

DinoTrek 2: Dinosaur Interactive Experience by PetroSains was one of attraction at Dewan TAR at Kuching after Regatta, so to speak. One week of interactive learning was a very good experience to children and adults about the ancient creature- indeed, I was mesmerized. RM10 for adults, RM5 for children, RM4 for students and RM20 for families (2 adults + 2 kids), the price was quite appropriate (travel cost, maybe). For me, the experience and knowledge is the most valuable. 

For Kuchingites (I donno weather this term is appropriate to indicates Kuching people or what), did you go there and enjoy the frozen-feet dinosaur? Thank God, they weren't alive- just their head only.

This is stegosaurus, just want to introduce you this fella...
One of the exclusive fighting,
 perform by the ancestor of chicken.
Meet my new pet- Mr. Mechasaurus. He seems evil~
And meet my dead pet- Mr. Headsaurus. I hope you like him.
I have a thought- to jump into this excavation game (Dino Dig).
Well, I'm too old to join them...

See this? The evidence. I keep this as my bookmark.
Yup, being a cheapskate is good.
I pay this for RM1O meh~


Wanna see the roaring dinosaur? Watch here >>




Tuesday, 10 September 2013

Sejarah Masjid Besar Kuching

Masjid Besar Kuching, atau disebut sebagai Masjid Divisyen Kuching merupakan masjid yang menyimpan 1001 sejarah silam. Ia terletak berhampiran dengan Limbungan Brooke yang semakin dimamah usia.

Asal Masjid Besar Kuching

Pada tahun 1839, ketika James Brooke baru saja tiba di Kuching, bandar ketiga yang diasaskan oleh pangeran dari Brunei (selepas Santubong dan Lidah Tanah), terdapat sebuah masjid kecil di tebing sungai pada kaki bukit. Masjid sudah wujud lebih awal sebelum James Brooke tiba ke Kuching.

credits: Kuching Prosper 2009
Pada masa itu jumlah orang Melayu tidak ramai dan golongan bangsawan Melayu Sarawak masih mendiami Lidah Tanah, tempat Sungai Sarawak bercabang iaitu kira-kira 10 batu ke hulu Kuching. Apabila James Brooke mengambil alih pada 1841, kebanyakan orang Melayu pindah ke Kuching bagi mengelakkan serangan orang Dayak Saribas dan memohon perlindungan di bawah pentadbiran yang baru. Maka disitulah bermulanya kegemilangan Kuching sebagai pusat utama pentadbiran.

Setelah Kuching menjadi tumpuan, bilangan penduduk bertambah menerusi bancian mudah yang dilakukan pada 1847. Peningkatan jumlah tersebut menimbulkan keadaan yang tidak selesa di kalangan orang Melayu untuk menunaikan ibadah- masjid yang ada bertambah sempit.

Peranan Keluarga Datu Patinggi Ali

Datu Patinggi Ali memainkan peranan yang besar di kalangan orang Melayu di Kuching pada masa itu. Datu Patinggi pada asalnya pejuang orang Melayu Sarawak yang menentang penindasan pentadbiran Brunei yang dinaungi oleh pengiran. Beliau mengaku kalah pada Disember 1840 apabila mengetahui James Brooke bakal mengambil alih tampuk pemerintahan di Sarawak dan berkhidmat sebagai pahlawan Melayu untuk kerajaan baru dari 1841-1844. Beliau dan keluarganya merupakan penyumbang utama kepada pembinaan Masjid Besar Kuching dan orang Melayu terhutang budi kepada kesungguhan dan usaha mereka sekeluarga. Masjid besar pertama itu dibina hampir keseluruhan atas usaha Datu Patinggi Ali dan ahli keluarganya iaitu:
  • Mohammed Lana (anak lelaki)
Lana merupakan anak sulung Datu. Beliau dikatakan pendiam dan selalu uzur tetapi berani berperang. Beliaulah orang yang mengumpul orang Melayu untuk mengusir pemberontak pada 1857  ke hulu Sarawak dan menyeberangi sempadan tanah milik Belanda ke Sambas. Pada 1848, beliau merayu untuk mendapatkan wang bagi menggantikan masjid yang terletak di tebing sungai dengan masjid yang lebih besar. Ia bertujuan bagi menyerlahkan agama Islam di Sarawak. Namun, ia mengambil masa 4 tahun untuk mengumpul wang dan pada 1852, pembinaan masjid itu berjaya diselesaikan- dibina menggunakan kayu dan ditambah dengan kubah berwarna emas pada 1868.
  • Haji Bua Hassan (anak lelaki)
Haji Bua merupakan pengganti kepada Haji Abdul Gapor yang menjadi pengganti Datu Patinggi. Walau bagaimanapun beliau melepaskan jawatan 9 tahun kemudian selepas kematian abangnya, Datu Bandar Lana pada 1865. Haji Bua dikatakan seorang yang jujur dan taat dalam kerajaan. Dengan perkhidmatan yang baik selama 50 tahun, beliau disanjungi dan menerima penghormatan. Pada 1906, beliau meninggal dunia ketika berumur 106 tahun.
  • Haji Mohammed Aim atau dikenali sebagai Mataim (anak lelaki)
Haji Mataim merupakan imam ke-4 di Masjid Besar. Beliau memegang jawatan imam selama 21 tahun sehingga beliau meninggal dunia pada 1898. Berdasarkan catatan rekod, beliau disukai oleh orang kerana mempunyai sifat yang baik, tegas dan jujur dan 'tidak ada lelaki yang lebih sopan daripadanya'.
  • Haji Abdul Gapor (menantu lelaki, suami kepada anak Datu yang kedua- Dayang Inda)
Selepas kematian Datu Patinggi Ali di Patusan pada 1844 bersama Encik George Stewart, Haji Abdul Gapor menjadi pengganti dan mendapat gelaran Datu Patinggi serta menjadi imam di Masjid Besar. Beliau menjawat jawatan tersebut dari 1852 hingga 1854 apabila beliau disingkirkan oleh Rajah kerana menyimpan niat dengan alasan kerajaan British tidak mengiktiraf James Brooke sebagai pemerintah, maka orang Melayu juga harus berbuat demikian. James Brooke menghantar beliau ke Mekah untuk menunaikan haji dengan harapan beliau akan berubah fikiran tetapi beliau tetap tidak mengiktiraf Rajah setelah kembali semula ke Kuching. Akhirnya beliau dihantar ke Melaka dan beliau menghembuskan nafas terakhir di sana.
  • Haji Abdul Karim (saudara Datu)
Haji Abdul Karim menjadi imam ketiga selepas Haji Bua meletakkan jawatan dan mewarisi gelaran Datu Bandar. Beliau menjawat jawatan imam selama 12 tahun dan meninggal dunia pada 1877. Tidak banyak rekod berkenaan dengan beliau.

Pengubahsuaian Masjid Besar

credits: Kanciltakcerdik
Pengubahsuaian bermula pada 1880 apabila batu bata dan simen mudah diperolehi di Kuching. Bumbung baru dibina bagi menggantikan binaan asal yang diperbuat daripada papan. Pada 1932, kubah baru dipasang pada masjid dan kubah itu dilihat buat kali terakhir pada 1967 apabila proses pengubahsuaian dilakukan untuk sekali lagi. 

Ia bermula pada 1958 apabila satu jawatankuasa ditubuhkan bagi memperbaiki keadaan masjid. Kutipan derma dilakukan kepada semua dermawan, tak kira bangsa dan agama bagi menampung jumlah perbelanjaan. Pada 1966, Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dijemput untuk meletakkan batu asas dan merasmikan upacara. 

[Fakta tambahan: Jumlah derma orang ramai sebanyak RM 250, 000.00. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menambahkan lagi sebanyak RM 100, 000.00 dan RM 150, 000.00 dari Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi menampung kekurangan dalam pembinaan masjid.]

Masjid inilah bukti kepada ukhuwah Islamiyah di Kuching, dari dulu hinggalah sekarang.

ruj: 
WJ Chater (Sarawak long ago/Sarawak Zaman Dahulu- Abdul Ghaffar Laili)
John Adam Gilbert (Sarawak, Dayak Heritage and Various Stories)
Arkib Negara (James Brooke dilantik sebagai Rajah Sarawak)
Lembaga Kebajikan Masjid Sarawak (Kronologi Penubuhan Masjid Negeri Sarawak)

#tmg2013