Saturday, 12 September 2015

3rd International Orchid Show Kuching 2015

Good Saturday, peeps! Changing languages for today (because it's so 'international'). So I decided to meditate in Kuching Orchid Garden (nearly located at Astana Kuching) and dream on during the 3rd orchid show. I was left out in 2011 and 2013. This year, I'm lucky.

I don't want to talk much. The weather is hazy (please Sumatra, stop smoking T.T), the atmosphere is hot and got headache...so, let's proceed.

The Alluring Orchid Fantasy~

This good day started by curiousity...and
candid camera. Aw, sweet~

My parent got excited with flowers.
Well, good for them.

Strolling into another flowery road.

Amazing pet, not for sale.

Orchid mini garden by Brunei Darussalam. Golf course are provided, but not for touch.
Reminisce the old kapok inside the garden.
There was a big old bungalow at here
in 90s before it got demolished.
So far, my favvy orchid mini garden. Nihon daisuki~
(Japanese broken language, please pardon me...)

'Play the traditional chess' by Soga

"Fly peacock...fly~" Made in Thailand

Greet by smiling at Vietnam's mini garden.
Uu, creepy~

Based on this year's theme; alluring and fantasy.
Pretty? Absolutely.


Next day is the last day of International Orchid Show. Don't forget to spend times with flowers. It's good for eye-sight, and brain too ^^

@themagi2015

Monday, 7 September 2015

Makam-makam Besar di Sarawak

Salam September, peeps! Masa update entry, terngiang-ngiang lagu "Wake me up when September ends..." tapi hari ni baru 7 September. Makanya, hari ini entri berkenaan dengan makam-makam besar di Sarawak. Sudah semestinya, aku takkan dapat senaraikan semua makam-makam penting yang ada di Sarawak sebab itu memerlukan kajian yang lebih mendalam. Tapi kalau ada sesiapa nak kaji topik ni, ajaklah aku sekali. Aku memang berminat nak jadi associate.



Instagram media amri_dgreat_ao - Rezeki kali ini..... Dpt la ziarah Makam Dato Permaisuri d Miri... al-fatihah
Makam Dato Permaisuri
Credits: Pikore.com (dari Amri d'Great_amri_dgreat_ao)
1. Makam Dato Permaisuri 


Makam ini telah digazetkan oleh kerajaan Sarawak sebagai warisan Miri. Menurut legenda, kapal yang dinaiki oleh seorang puteri dari Johor telah karam akibat ombak dan puteri itu terkandas di pantai Miri. Beliau telah menetap di situ, menubuhkan sekolah dan memberi khidmat bakti dalam menyebarkan ajaran Islam.


Makam Sultan Tengah
Credits: damaibeachresort.com
2. Makam Sultan Tengah


Makam ini merupakan makam Sultan Tengah, merupakan Sultan pertama dan terakhir yang pernah mentadbir Sarawak dan mendapat gelaran Sultan Ibrahim Ali Omar Shah. Baginda terbunuh di Batu Buaya. Dikatakan Sultan Tengah merupakan orang pertama yang membuka kota Kuching.

Makam Dayang Isah Tandang Sari
Credits: Simaas.blogspot
3. Makam Dayang Isah Tandang Sari

Dayang Isah Tandang Sari, bukan lagi legenda asing di Sarawak. Malah kisah Dayang Isah turut dipaparkan di TV1. Menurut penceritaan lisan, kecantikan Dayang Isah digilai ramai sampai ke pengetahuan saudagar Brunei yang bernama Nakhoda Khar. Mengetahui Dayang Isah masih mencintai kekasih lama iaitu Bunut, Nakhoda Khar membunuh kedua-duanya. Kemudian, Nakhoda Khar dibunuh pula oleh bapa Dayang Isah yakni, Temenggung Abdul Kadir.

Credits: Simaas.blogspot
(Sebelah kiri: Makam Dato Gudam
 sebelah kanan: Makam Temenggung)
4. Makam Dato Gudam dan Temenggung Abdul Kadir

Dato Gudam dan Temenggung Abdul Kadir bukan nama asing di Tandang Sari yang kini dikenali sebagai Pusa. Dato Gudam merupakan anak Bendaro dari Pagar Ruyung yang berhijrah jauh sampai ke Tandang Sari dan Brunei. Temenggung Abdul Kadir pula merupakan bapa Dayang Isah. Jarak antara makam mereka dengan makam Dayang Isah kira-kira 100 meter.

Makam Datuk Hakim Keramat
Credits: Instituttahfizbintulu.blogspot
5. Makam Datuk Hakim Keramat

Makam ini milik Datu Hakim Keramat, tokoh ulama besar dan ulama perintis yang terawal di Sarawak. Beliau lahir pada 1829 dan meninggal dunia pada 1890. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Abang Haji Brahim.

Makam Pahlawan Rentap
Credits: theborneopost.com
6. Makam Pahlawan Rentap

Rentap merupakan pahlawan Iban yang digeruni dan menjadi cabaran dalam dinasti Brooke. Beliau enggan patuh pada cara pemerintahan Brooke yang memasuki kawasannya. Kata-kata semangat beliau iaitu 'Agi idup agi ngelaban' menjadi lambang semangat masayarakat Iban. Makam Rentap terletak di Bukit Sibau, Pakan.

Image result for makam rosli dhobi
Makam Rosli Dhoby
Credits: theborneopost.com
7. Makam Rosli Dhoby

Rosli Dhobi merupakan pejuang kemerdekaan di Sarawak yang bertindak membunuh Sir Duncan Stewart. Beliau didapati bersalah kerana menikam Gabenor British yang ke-2 sampai mati. Setelah kematian beliau dan rakan-rakannya, gerakan anti kolonialis berhenti secara mendadak. 


@themagi2015
ruj: Miriresortcity.com | wikipedia.org/sultan tengah | theborneopost.com | simaas.blogspot | instituttahfizbintulu.blogspot | wikipedia.org/ rosli dhoby

Monday, 17 August 2015

Hari Koperasi Negara 2015

Ohoo, tak sangka terlebeh entri untuk bulan 8. Tak apa, short entry. Aku tak bebel panjang. Hari Koperasi Negara tahun ni dibuat di Kuching. Semestinya aku takkan pergi pada hari Jumaat, sebab hari tu hari Jumaat. So, aku pergi hari Sabtu. Sadly aku tak dapat masuk sebab parking dah full. Sungguh kuciwa. So aku try hari Ahad. Dipendekkan cerita, aku berjaya masuk ke tapak pameran dengan jayanya (dan dapat goodies percuma- well, aku memang suka free stuff~)

Hari: Ahad
Tarikh: 16 Ogos 2015
Lokasi: Kuching Waterfront, Sarawak


Hari perasmian HKN 2015 pada hari Sabtu. Aku datang hari Ahad so tak ada loh gambar perasmian. Nah, aku belanja gambar booth SKM je. Kat sini la free goodies diberi pada public. The best part bila dapat free goodies ialah aku tak payah beli pen untuk setahun. Pen percuma dah memadai untuk aku teruskan hidup (hahaha~)



Aku snapshoot video my dad tengah menari dondang sayang di booth Negeri Melaka. Happening yang teramat. Sori aku tak upload video sebab aku tak nak entri ni lambat loading. Aku faham stress buffering, huh~


Again, booth Negeri Melaka. Why Melaka? Memang booth negeri lain ada (aku singgah booth Negeri Terengganu, Selangor, Kedah etc) tapi aku ditarik oleh slogan booth Negeri Melaka. (*update: semangat hang tuah dlm bisnes ^^)

Bersantai sambil mengira berapa banyak booth di tebingan. Sebetulnya aku tak kira sangat pun. Aku just menikmati pandangan. 

Tarikan dari booth kraftangan, tak jauh dari area Jalan Carpenter kalau aku tak hilang ingatan. Lukisan cat air hasil karya Encik Ali Mohamad. Aku paling suka shape pokok depan Astana.

Dari fail lukisan yang sama, aku snap lukisan Bukit Aup Sibu hasil karya Encik Ali Mohamad. Bila nampak lukisan ni, aku teringat masa aku semput dan muntah angin di kaki tangga Bukit Aup. Oh, indah sungguh kenangan itu~

Again, lukisan Encik Ali Mohamad. Aku tak tahu why aku snap lukisan ni. Mungkin muka peniaga nampak misteri.


Sungai Sarawak...Sungai Sarawak sungainya luas~ Bagi sesiapa yang nak ukur keluasan Sungai Sarawak, perkhidmatan Sarawak River Cruise disediakan.  Aku dah ukur sungai ni sejak dari kecik. Tapi, ukuran aku setakat Pangkalan Batu ke Waterfront je la...hahah~


Sebenarnya ada banyak lagi event menarik di tapak HKN 2015 seperti persembahan silat dan nobat nafiri dari JKKN, persembahan tarian dari Negeri Sabah, pertandingan menyanyi, pertandingan masak dan yang paling aku suka, nyanyian lagu tradisional dari Sheqal yang non-stop dari awal aku datang sampailah aku balik. Ada beberapa video yang sempat aku rakam (tapi aku tak upload). Btw, event HKN di Kuching memang ohsem. Mungkin, tahap ke-ohsem-an itu berbeza kalau aku tak dapat free goodies...

Hak!Hak! Setakat ini saja dong. Bye2 ^^


@themagi2015

Perkataan Bahasa Melayu di dalam Bahasa Inggeris

Salam Isnin untuk visitors. Indah hari ni. Awal aku bangun, awal jugak aku makan nasi. Memandangkan aku dah bangun awal, habiskan masa depan TV, merayau-rayau dan tak tahu nak buat apa lagi, sekarang masa untuk kemaskini entri. Aku dah lama nak buat entri ni, tapi belum dapat banyak maklumat. FYI, kita (mostly Malaysian) memang suka campur bahasa dalam percakapan. Entri aku pun taklah baku sangat. Biasanya kita menganggap kita banyak meminjam bahasa Inggeris ke dalam bahasa kita. Sebagai contoh, televisyen ialah television, entri ialah entry. Tapi kita tak begitu tahu bahasa Inggeris juga meminjam beberapa perkataan dari kita.

Kita kena ingat, bahasa Melayu pernah jadi lingua-franca. Jadi, berapa banyak kata pinjaman bahasa Melayu yang dimasukkan ke dalam bahasa Inggeris?

Image result for amok
 BM= Amuk, BI= Amok 

Image result for agar-agar
 BM= Agar-agar, BI= Agar 

Image result for bamboo
 BM= Bambu/buluh, BI= Bamboo


Image result for satay
 BM= Sate, BI= Satay 

Image result for sarong
BM= Sarung, BI= Sarong 

Image result for sago
 BM= Sagu, BI= Sago 

Image result for rattan
 BM= Rotan, BI= Rattan 

Image result for rambutan
BM= Rambutan, BI= Rambutan 

Image result for paddy
 BM= Padi, BI= Paddy 

Image result for orangutans
 BM= Orang utan, BI= Orangutans

Image result for sampan
BM= Sampan, BI= Sampan

Image result for salak
 BM= Salak, BI= Salak

Image result for kapok
 BM= Kapuk, BI= Kapok

Image result for langsat
BM= Langsat, BI= Langsat

Image result for durian
 BM= Durian, BI= Durian

Image result for cassowary
 BM= Kasuari/Kesuari, BI= Cassowary

Image result for dammar
BM= Damar, BI= Dammar

Image result for cempedak

BM= Cempedak, BI= Cempedak

Image result for gambier
BM= Gambir, BI= Gambier


Image result for gong

BM= Gong, BI= Gong




@themagi2015
ruj: wikipedia| dsng.net | merriam-webster