Wednesday, 25 September 2019

Jom Run Amazing Sarawak Run

Hai! Hari ni aku nak up last running event yang aku join tahun ni iaitu Jom Run Amazing Sarawak Run 5 km di MBKS, Kuching. Tapi seperti yang satu Malaysia dah tahu, Kuching antara bandaraya yang terjejas akibat jerebu. IPU mencatatkan kualiti cuaca sangat tidak sihat. Masa aku register event ni aku tak terfikir pulak bulan 9 nanti ada jerebu. Lagipun, bayaran untuk event ni sangat-sangat berbaloi, cuma RM18 untuk early-early bird. Dapat medal, dapat Tshirt dan dapat refreshment.

Bila tiba hari kejadian iaitu 22 September 2019 (pagi Ahad), dengan tidak disangka-sangka, hujan turun dengan tersangat lebat. Masalahnya, bau air hujan langsung tak segar. Macam bau asap. Bila sampai di perkarangan MBKS, diumumkan larian tu dibatalkan atas sebab jerebu dan hujan. Jadi, semua participants datang untuk collect medal, ambil sarapan pagi dan juga refreshments yang disediakan. Untuk event terakhir tahun ni, aku tak sangka aku dapat event dengan bayaran paling murah dan juga aku tak berlari langsung. 

At the end of the day, inilah event yang langsung tak mengeluarkan peluh tapi mengenyangkan perut yang lapar di pagi hari, hahahaha!

So tahun depan, aku rasa aku akan jadi sangat selektif- aku akan sertai event yang ada goodies yang menarik, Tshirt yang cantik dan bayaran yang berpatutan. Dengan rasminya, aku berehat dari berlari untuk tahun ni. Tahun depan aku sambung balik. See you in 2020~

Hujan macam ni, aku sibuk beratur nak minum Milo ais.

Peserta berpayung dan beratur untuk dapatkan medal
dan sarapan pagi

Tak merasa aku untuk sampai ke garisan Finish untuk event
terakhir tahun ni, kahkah!

Medal ke-8 tahun ni, 5 km jadi 1 km.

Dan medal ni medal paling kecik dalam koleksi aku.


@theMaGi2019

Saturday, 21 September 2019

Movie Review: Weathering With You

Image result for weathering with you
source: imdb.com
Ohayou, minna-san! Cakap Jepun hari ni sebab nak buat review movie terbaru iaitu Weathering With You yang aku tengok kat pawagam 14 September lepas. Lambat sikit update sebab sibuk kat tempat kerja and struggle nak siapkan chapter manuskrip. Aku rasa macam tersedar dari mimpi, aku dah bazirkan 5 bulan invest benda yang merosakkan mood aku menulis. Now aku dah sedar so aku kena catch up balik mana yang tertinggal. Nasib baik 5 bulan, kalau 5 tahun? Menangis aku sebab bazirkan masa. Duit boleh cari, tapi masa kita tak dapat cari macam kita cari duit...ya gitu deh~

Orait, back on track. Masa mula-mula kawan aku kata dia tempah tiket untuk movie Weathering With You, aku tanya dia balik, movie apa tu? Dia kata, anime. Okay, anime. Aku memang peminat anime. Tapi anime jenis apa? So aku pun Google tapi aku tak Google pasal jalan cerita movie tu la. Aku nak tahu genre movie dan rating movie tu. Lepas meng-Google, aku mula berfikir sejenak. Genre anime ni fantasy/romance, rating sekitar 7-8/10. Not bad, tapi genre tu aku rasa macam, hmmm. Aku baru je ada isu dengan genre macam ni dan aku rasa is it okay for me to watch this kind of movie? Terus aku membebel sendirian sambil berbahasa Inggeris dengan gabungan articulation dan slang yang melampau ^^

Okay, sekarang aku nak review movie sebelum aku merepek. 

Persepsi Pertama?

Image result for weathering with you
Source: soranews24.com
Berkenaan dengan persepsi pertama, movie ni pasal watak utama Hodaka lari dari rumah dan pergi ke Tokyo. Umur Hodaka baru 16 tahun, bawah umur. Dia tak nak duduk dengan parent dia lagi. Dia nak berdikari, nak bekerja dan ubah kebosanan dalam hidup dia. Kemudian dia jumpa seorang perempuan, Hina yang berusia 18 tahun. Hina ni merupakan gadis yang boleh ubah cuaca dari hujan menjadi panas. Hodaka cadangkan supaya Hina gunakan kebolehan tu untuk cari duit. Sepanjang mereka jadi rakan kongsi bisnes, Hodaka suka pada Hina. Okay, persepsi pertama aku ialah cerita ni pasal cinta. Obvious, dua remaja yang bersama dan akhirnya tertarik antara satu sama lain. Aku rasa macam tak minat sangat pada jalan cerita. Plus, awal cerita tu menunjukkan Hina berdoa depan kuil Shinto usang dan tiba-tiba dia masuk alam lain. Aku tak boleh relate maksud tu semua, pada mulanya.

Pertambahan Karakter

Okay, pertambahan karakter. Sepanjang jalan cerita berkembang, beberapa watak dimasukkan untuk mengukuhkan penyampaian cerita. Karakter Suga iaitu majikan Hodaka yang buka kedai jurnal dan Natsumi yang seksi banyak mengubah persepsi aku. Bagaimana Suga kelihatan mencurigakan tapi sebenarnya baik hati dan hati tisu, Natsumi yang seksi serta sarkastik tapi mempunyai pemikiran yang luas, berani dan optimis, juga si kucing Ame yang comel dan menghiburkan dilihat membantu dua watak utama membangunkan ciri-ciri cerita sehingga aku rasa movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Plus, teknik 360 dan artwork memang sangat berkualiti tinggi.

Unsur kebudayaan

Image result for weathering with you
source: solotrust.com
Macam yang aku sebut di atas, movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Di sini aku nampak jalan cerita digarap dengan baik, penyampaian sebuah cerita fantasy/romance diselitkan dengan unsur kebudayaan Jepun sebagai medium menyampaikan kekayaan bangsa kepada penonton. Memandangkan aku ni history nerd, boleh dikatakan aku seronok bila Natsumi buat site visit untuk kaji sejauh mana sejarah Jepun mempercayai mitos 'Gadis Cuaca'. Dan aku suka bila budaya teru-teru bozu dimasukkan sebagai perlambangan memanggil hari panas serta kepercayaan hari Obon iaitu membuat upacara menyediakan jalan pulang untuk roh si mati balik ke rumah supaya mereka dapat menjenguk keluarga mereka.

Unsur Sejarah

Berkenaan dengan unsur sejarah, perkara yang paling ketara ialah dari sudut demografi Tokyo itu sendiri yang pada asalnya berada di dalam lautan sebelum berlakunya pertembungan plat dan memisahkan benua sehingga terbentuknya Tokyo yang terangkat keluar dari dasar laut. Boleh Google untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Jadi dalam movie ni, disebut bahawasanya hujan turun begitu lebat di Tokyo- mungkin Tuhan mahu Tokyo kembali semula kepada asal kejadiannya iaitu berada di dasar lautan semula. Bila difikirkan, agak seram. Tapi dengan keadaan cuaca tak menentu sekarang ni, perubahan alam yang semakin ketara dan banyak bencana alam berlaku di seluruh dunia, aku fikir ada kemungkinan juga movie ni nak menyampaikan makna sebenar melalui sejarah iaitu- sejarah mungkin berulang.

Secara keseluruhannya, movie ni berjaya menghiburkan aku pada pertengahan jalan cerita, mendidik aku ketika kemuncak cerita dan penghujung cerita ni memberi pengajaran tentang kekuatan alam semesta dan kelemahan manusia yang tinggal di atas muka bumi ni. Banyak makna tersirat, jadi berbaloi juga rasanya menonton movie ni. Kudos to production film dan semua yang terlibat. 

Berapa personal rating aku untuk movie ni? 7/10

@theMaGi2018

Friday, 20 September 2019

Proses Power Chain dan Braces

Hai dearest! Sejak kebelakangan ni aku suka panggil orang dengan panggilan dearest, hihi. Kali ni aku cuma nak share proses sepanjang aku pakai power chain dan braces. Tak banyak pun aku nak share, 06 September lepas aku pergi klinik untuk buat review. Kali ni aku pilih warna merah untuk power chain. Sebab? Aku nak elakkan warna power chain tu berubah sebab sebelum ni aku pilih purple grey, power chain aku nampak cepat buruk.

Berkenaan dengan dawai braces, doktor aku tak tukar sebab masih elok. Cuma doktor potong lebihan dawai sebab kedudukan gigi aku ada perubahan ketara (gembira hati beta). Kali, aku tak rasa sengsara sangat masa doktor pasangkan power chain ke gigi aku. Force effect tu memang ada tapi taklah teruk macam mula-mula.

By the way, rutin aku untuk jaga gigi ni tetap macam biasa iaitu:

  • Makan supplement (calcium + vit D3, vit C + zinc)
  • Makan buah-buahan
  • Elakkan makanan keras
  • Sentiasa bersihkan gigi (ubat kumur, interdental brush, braces teeth brush)
Lepas pakai power chain ni aku tak pakai flos sebab susah nak tarik flos tu, asyik melekat kat power chain. Masa tak pakai power chain dulu agak senanglah nak flos. Aku harap gigi dan gusi aku ni bagi kerjasama. Banyak pelaburan aku untuk gigi ni, so aku memang nak tengok hasil.

Ok, setakat ni macam inilah gigi aku. For those yang baru pakai pendakap gigi, bertabahlah. Beauty is pain, haha~






@theMaGi2019

Book Session: Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan

Hai, dearest! Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Walaupun hari masih berjerebu aku tak nak otak aku pun ikut berjerebu. Makanya, aku habiskan pembacaan. Kali ni buku dari tanah seberang, sebuah antologi cerpen kelolaan KOMPAS dan kebanyakan cerpen diterbitkan pada tahun 1995, 1996, dan 1997. To be honest, masa tu aku masih di bangku sekolah rendah. 

Okaylah, aku nak perkenalkan buku tersebut:

Judul: Anjing-anjing Menyerbu Kuburan (Cerpen Pilihan KOMPAS 1997)
Terbitan: 2017
Rumah Penerbitan: KOMPAS
Mukasurat: 202 

Tarikan Utama Antologi AAMK

Berkenaan dengan buku ni, sebelum aku beli secara online (boleh rujuk Ulat Buku Bookstore Page kalau berminat), aku sebenarnya berdepan dengan konflik. Nak beli buku ni, atau nak beli buku Eka Kurniawan (Eka penulis kegemaran aku selepas Shahnon Ahmad). Tapi tajuk buku ni menarik perhatian aku. Kenapa anjing-anjing tu pergi serbu kubur? Ada apa dengan kubur tu? Dosa apa yang penulis cuba nak kaitkan dengan kubur?

Rupa-rupanya, anjing tu simbolik. Watak utama belajar ilmu mistik untuk dapatkan kesenangan jadi keluarganya tak hidup miskin lagi. Syarat terakhir ialah dia perlu gigit telinga mayat perawan yang mati pada malam Selasa Kliwon untuk lengkapkan ilmu dia tu. Tapi watak tu tak dapat sempurnakan syarat terakhir sebab anjing-anjing lapar tercium bau bangkai lalu anjing tu pun pergi ke kubur tu. Pada mulanya aku tak faham simbolik apa yang penulis iaitu Kuntowijoyo cuba nak sampaikan? Sebenarnya, cerpen ni menyampaikan maksud kehidupan orang bawahan yang miskin dan bersaing untuk hidup sehingga terpaksa mencuri atau melakukan kerja-kerja haram. Anjing-anjing tu pula melambangkan orang atasan yang pantang nampak peluang, terus nak sambar tanpa fikir kesusahan orang bawahan. Jujur aku cakap, simbolik dalam cerpen ni memang cukup tersirat. Ambil masa juga aku fikir maksud sebenar. Patutlah panel juri pilih cerpen ni sebagai judul antologi.

Kekuatan Antologi AAMK

Secara peribadi, kekuatan sebenar antologi ialah senarai penulis yang dipilih. Bila aku nampak nama Ahmad Tohari, aku tahu buku ni bagus. Tapi bukan Ahmad Tohari saja yang bagus, penulis Kuntowijoyo, A.A Navis, Ratna Indraswari Ibrahim, Ismet Fanany dan Harris Effendi Thahar. Antara cerpen yang aku rasa mempunyai kekuatan yang sangat ketara dari segi jalan cerita, penghayatan, pennyampaian makna simbolik dan juga kreativiti ialah:

  • Anjing-anjing Menyerbu Kuburan (Kuntowijoyo)
  • Jangan Dikubur Sebagai Pahlawan (Kuntowijoyo)- kisah bajingan yang jahat tapi diangkat sebagai pahlawan sebab sebelum mati dia sempat menentang Belanda.
  • Rumah Terbakar (Kuntowijoyo)- kisah seorang alim yang mahu menyelamatkan kampung dari maksiat tapi terbunuh pula pasangan kekasih yang bertemu secara sembunyi.
  • Maria (A.A Navis)- kisah wanita yang feminis dan tinggi semangat emansipasi, kemudian berkahwin dan akhirnya demi membela suaminya yang mahu dihukum bunuh kerana menentang Belanda, wanita itu mati bersama suaminya.
  • Penangkapan (A.A Navis)- kisah penulis yang mahu menentang kerajaan, kemudian dipenjarakan dan sepanjang di dalam penjara mereka makan secukupnya sedangkan anak isteri pula terpaksa merempat. 
  • 17 Tahun 4 Bulan (Ratna Indraswari Ibrahim)- kisah perempuan yang mahu menjadi polis, tapi kerana tak mahu dikongkong dalam menjalani kehidupan seharian, terjebak dengan aktiviti pelacuran. Walaupun cuba diselamatkan, dia menuduh dirinya cuba dimanipulasi dan akhirnya kembali semula menjadi pelacur.
  • Hadiah dari Rantau (Ismet Fanany)- kisah seorang perempuan yang hampir membunuh diri kerana dikhianati tunangnya, diselamatkan oleh seorang lelaki yang baik. Tanpa diketahui suaminya, perempuan itu sebenarnya tidak berniat pun mahu membunuh diri.
  • Kang Sarpin Minta Dikebiri (Ahmad Tohari)- kisah lelaki yang bernafsu besar sepanjang hidupnya, memilih untuk dikembiri kerana bosan ditundukkan oleh nafsu. Belum sempat dikembiri, dia mati akibat kemalangan. Orang kampung melihat dia sebagai lelaki jahat, tapi hanya seorang lelaki saja yang percaya bahawa dia baik, kerana di akhir kehidupannya, dia mahu berubah menjadi lelaki baik.
Ada banyak lagi cerpen yang lain dalam antologi ni sebenarnya, tapi aku cuma senaraikan cerpen kegemaran aku je lah. Yang lain bukannya tak bagus, tapi mungkin tema atau jalan ceritanya dah biasa dibaca atau agak klise di mata aku (pendapat peribadi). Dan ada satu cerpen yang aku rasa macam tak konsisten dan aku tak berapa faham apa maksud yang penulis cuba sampaikan. Aku nak kata kecelaruan tema, aku tak pasti tapi aku faham simbolik yang dia gunakan. Ada unsur Hinduisme dan ada perlambangan dalam tiga peringkat hidup tapi aku kira teknik nak menyampaikan maksud tu kurang berkesan untuk pembaca. Anyway, cerpen Gauhati ni aku rasa tarikannya terletak pada unsur dan perlambangan yang dia gunakan maka sebab itulah cerpen ni dipilih.

Secara keseluruhan, antologi yang banyak menggunakan elemen bahasa Indonesia ni tak susah untuk difahami. Penggunaan simbolik memang sangat kaya. Cerita yang menarik dan ada yang sangat segar sampai aku rasa aku nak buat cerpen macam tu. Aku kena belajar cara untuk sampaikan cerita secara simbolik. Bagi sesiapa yang ingin belajar pengayaan cerita dalam penulisan, aku cadangkan...bacalah buku ni. Tapi sebelum baca, belilah buku ni. Tak mahal, RM38 (tak termasuk postage) untuk ilmu yang bermanfaat.

Aku sangat berpuas hati dengan buku ni. 

@theMaGi2019