Again, I'm back untuk entri ke-2 pada hari yang sama. Seperti yang aku sebut sebelum ni, aku agak santai hari ni jadi aku teruskan kerja menaip sebab esok lusa aku nak rehatkan laptop. Kesian Ulquiorra aku, dia pun nak MC sekali-sekala.
Okey, sebut pasal MC, ramai orang beria-ia nak cuti sakit sebab kononnya rasa tak sihat disebabkan jerebu. Tapi sihat pulak bila mengadap henpon. Alang-alang suka sangat meng-Google, aku bagi nama penyakit sebagai bahan bacaan. Nama wabak ni aku klasifikasikan sebagai ganjil atas beberapa sebab iaitu:
1. Beri-beri (penyakit kekurangan zat)
Beri-beri ialah penyakit kekurangan vitamin B dan menyebabkan masalah bengkak pada kaki. Dulu, aku ingatkan penyakit ni berpunca dari buah beri.
2. Ebola (penyakit berjangkit)
Penyakit Ebola berasal dari virus Ebola. Ia berjangkit melalui bahan kumuhan, darah, air liur atau cecair tubuh yang lain. Masa pertama kali aku dengar, aku andaikan Ebola tu sebagai nama game, Electronic Bola.
3. Malaria (penyakit berjangkit)
Aku dah lama tahu pasal penyakit ni. Ia berpunca dari parasit gigitan nyamuk. Tapi entahlah, kenapa aku rasa dalam lagu PSY Gentleman ada sebut 'malaria' berulang-ulang kali?
4. Chikungunya (penyakit endemik)
Penyakit ni berpunca dari gigitan nyamuk. Tapi masa aku dengar nama penyakit ni kecik-kecik dulu, aku ingat spesis buah ciku baru.
5. Salmonella (penyakit berjangkit)
Salmonella sebenarnya bakteria yang menyebabkan masalah cirit-birit, demam tifus dan keracunan makanan. Kali pertama aku dengar, aku percaya Salmonella ni nama ikan salmon. Lepas tu, aku sangka Salmonella ni nama perempuan Latin (semuanya berpunca dari rancangan Ah-Ha dengan telenovela gila bernama Salmonella)
6. E.Coli (penyakit berjangkit)
E.Coli atau nama sebenarnya, Escherichia coli merupakan bakteria yang menyebabkan masalah keracunan makanan. Err, kawan aku pernah kata, dia ingat E.coli tu macam EBay, tempat orang nak jual beli coli a.k.a bra secara online.
7. Chicken pox (penyakit berjangkit)
Chicken pox ialah penyakit yang berpunca dari virus herpes zoster. Kanak-kanak biasanya dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan demam, bengkak dan gatal pada kulit. Jujur aku cakap, aku banyak jumpa orang yang keliru dengan nama Chicken pox dan Chicken chop.
8. Coxsackie (penyakit berjangkit)
Coxsackie ialah virus yang menjangkiti tangan, kaki dan mulut kanak-kanak yang berusia 2 minggu hingga 5 tahun. Pertama kali aku dengar nama virus ni, aku ingat Coxsackie ialah nama jenama produk pembunuh serangga.
9. Nipah (penyakit berjangkit)
Nipah ialah virus yang menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi. Ia merebak di ladang babi di Malaysia pada tahun 1999. Dulu masa aku dengar nama virus ni kali pertama, aku tak fikir panjang. Aku terus andaikan penyakit ni berpunca dari pokok nipah.
Ada pendapat/cadangan lain tentang nama wabak yang korang anggap sebagai pelik? Mari kongsikan di kotak komen. Sekian~
@themagi2015
No comments:
Post a Comment