Happy Tuesday, gais! Aku kembali untuk entri kedua. After terlibat dengan aktiviti sukan, sekarang aku nak share pasal muzik. Since aku agak well-aware pasal mood aku sejak kebelakangan ni dan aku rasa bersenam saja tak cukup, so aku pastikan playlist aku sentiasa cukup dengan pelbagai jenis lagu dan genre. Dan aku sentiasa pastikan setiap kawasan aku mesti ada earphone (earphone di bilik tidur, headphone di tempat kerja, earphone di dalam beg dan earphone atas katil). Pendek kata, earphone/headphone tu benda paling utama selepas kad pengenalan.
Untuk senarai lagu yang aku nak kongsi kali ni, 7 lagu ni boleh dikatakan mempunyai rentak muzik yang berbeza dan unik. So far belum ada lagi muzik lagu Melayu yang pelik di telinga aku. Btw, lagu/muzik yang berbeza dari yang lain sebenarnya membangkitkan mode segar dan meningkatkan mood. Bosan kalau dengar lagu yang sama rentak. Plus, aku suka lagu yang tak perlu buat aku faham apa yang dia nak sampaikan sebab aku cuma nak enjoy muzik je. Bagi sesiapa yang satu spesis dengan aku, you are what you download.
1. MAKEBA (Jain)
Okay, aku discover lagu ni masa dalam cinema. Ada iklan Levis pada masa tu sebelum Star Wars The Last Jedi nak mula. Basically aku fall in love dengan lagu ni sebab African beat yang catchy. Bagus untuk tingkatkan mood.
2. COME (Jain)
Lepas aku discover penyanyi yang bernama Jain, aku tertarik dengan satu lagi lagu. MV untuk lagu ni sangat fresh, kreatif dan pelik. Dalam masa yang sama, rentak lagu ni santai, dan catchy. Sesuai didengar masa tengah siapkan kerja.
3. AREA (MagnusTheMagnus)
Aku pertama kali dengar lagu ni di TV untuk iklan Iphone 8. Setiap kali iklan, aku stop sekejap sebab nak dengar lagu ni. Lagu Area ni dilabel sebagai lagu 'alien party', 'universe vibe' dan semestinya, 'space distinct' yang pelik tapi meningkatkan mood bagi sesiapa yang mendengar.
4. FILTHY (Justin Timberlake)
Okay, JT is back dengan lagu Filthy. MV untuk lagu ni agak ganjil sebab JT menjadi Steve Jobs, Steve Jobs kawal humanoid and at the same time, Steve Jobs ialah sejenis data(?) Ada elemen futuristik dalam lagu ni, beat yang pelik, berbeza dari muzik yang biasa JT buat or kita dengar. Ada yang kritik lagu ni agak disruptive dari segi tempo, tapi aku peduli apa? Aku suka lagu ni.
5. LUVUHATERS (San-E)
Masa mula2 aku dengar lagu ni, aku tak berapa suka. Tapi bila banyak kali dengar, lagu ni makin menarik. Sebab? Aku suka satu part dalam lirik (sebab part itu je yang aku tahu) which is: "Actually I'm f*cking love you, hater hater. My hater hater, I'm f*cking love you." In other word, dia suka dan benci haters. Cukup ironi. Muzik pun sinis.
6. MOVE (Taemin)
Bila Taemin jadi penyanyi solo, aku tak ambil peduli sangat dengan lagu dia. Sebab aku dah terbiasa dengan genre Shinee. Tapi lagu ni memang berbeza dari beat KPOP yang biasa sebab ada elemen retro 90-an, perubahan gender stereotype dan lebih fresh dari aliran biasa. Kudos untuk koreografi sebab apa yang Koharu buat memang taste aku. Weird, Wild and Whistle.
7. ORGEL (Shinee)
As usual, sebenarnya aku dengar lagu KPOP sebab muzik. Kedua, aku tak nak tahu lirik tu pasal apa. Sebab ketiga? Sila rujuk sebab pertama. Kebanyakan lagu kumpulan Shinee ni jenis fast beat, electronic pop, popping (common beat bagi dunia KPOP). Walaupun ada sesetengah lagu kumpulan ni mellow, soft pop, ala retro dan juga santai, tapi aku rasa lagu ni lebih menarik sebab muzik lagu ni segar, misteri dan pelik dalam masa yang sama. Mungkin bunyi music box tu yang menjadikan lagu ni bagus untuk mood.
*Bonus
8. FOR SKIN (THE GROWLERS)
Shht...aku update entri ni semata-mata nak buat penambahan dalam senarai. Lagu ni antara lagu thumbs-up dalam playlist aku dan wajib di-replay banyak kali. Apa yang menarik pasal lagu ni ialah drumbeat yang seakan-akan bunyi heartbeat, misteri, a pinch of creepiness (aku bayangkan tengkorak menari masa dengar lagu ni)...and okay, aku rasa aku sorang je yang dengar lagu jenis macam ni untuk mood improvement.
p/s: Btw, The Growlers ialah band favourite aku. Nanti aku buat song list. Manalah tahu mungkin ada yang minat ^^
No comments:
Post a Comment