Selamat malam. Hari ni hari terakhir bulan Februari. Tak sabar nak habiskan bulan ni. Memang tough sangat, penat mental aku. Jadi, aku cuba tenangkan diri dengan membaca. Yes, I loved reading. Kalau orang tanya apa impian aku, dengan gembiranya aku nak bagitahu- aku nak sebuah perpustakaan peribadi dilengkapi dengan teknologi terkini. Aku nak jadikan personal library tu sebagai human cave, tempat terapi aku sambil baca dan cium bau buku. Oh God, indahnya impian tu~
And now, back to the story. Book session kali ni ialah aku nak sebarkan buku yang aku beli 2 minggu lepas. Sejujurnya aku belum habis baca. Tapi terus terang aku cakap, aku beli buku ni atas 3 sebab iaitu:
- Tajuk buku tu pelik: Rentaka Sekalian Bijasura. What is that?
- Boleh dikatakan buku ni buku sejarah gaya baru. Sangat intelektual dari segi maklumat, tapi santai, susunan topik yang menarik dan semestinya, penuh sarkastik. Sarcasm everywhere~
- Aku curious gila dengan penulis buku ni. Cik Srikandi? Siapakah empunya nama itu?
Okay, hari tu aku nampak kawan aku share FB page Srikandi berkenaan dengan petikan dari buku Rentaka. Tiba-tiba je aku rasa bangga sebab aku beli buku tu. Aku tak perlu pening kepala baca sebahagian artikel sebab aku boleh baca the whole story. Apa yang menarik pasal buku ni ialah:
- Seperti yang aku dah sebut kat atas, buku ni buku sejarah gaya baru. Banyak sejarah tempatan dari sudut realiti, mitos atau dongeng disebut tapi diolah dengan cara macam kau bercerita dengan member kau di kedai mamak.
- Buku ni juga menyampaikan sejarah dari sudut lokaliti. Penjajah theory is not included. Kebanyakan teori dan pendapat merujuk kepada kertas-kertas kajian lokal, dicampur dengan perasaan cintakan sejarah tempatan dan semestinya disembur dengan idea sarkastik.
- Setiap tajuk berselang seli. Tak konsisten. Tapi aku rasa benda ni kelakar. Contohnya, aku baca kisah Raja Andak, srikandi dari Perak semasa perang Perak melawan Reman. Tiba-tiba, bab seterusnya pasal jin yang jaga istana Iskandariah. Memang motif sangat, hahaha~
- Kisah sejarah dalam buku ni tak terhad pada satu tempat, satu kawasan, satu negeri atau satu bangsa. Ada banyak kisah dan kisah sejarah luar dimasukkan sekali. The best part? Semua kisah tu ada kaitan tersendiri.
- Again, sarcasm. Macam yang disebut pada tajuk nombor 7: "Saya cukup pelik orang Melayu tak sayang warisan sendiri" by Dr. Adel al-Algheriani dari Tanah Arab. Untuk pertama kali, aku membaca sejarah dari banyak sudut berbeza. Menarik sebab aku memang nak tahu pandangan baru tentang sejarah. Bosan kalau asyik baca ulasan sejarah tempatan tapi dengan gaya skema, penuh kritikan dan membosankan. Siapa cakap kalau tulis pasal sejarah mesti serius memanjang?
Setakat ni, aku dah baca tajuk yang ke-37. Banyak lagi benda nak dibaca. Harap boleh habiskan secepat mungkin. Bagi yang suka sejarah macam aku atau baru nak berjinak-jinak nak suka sejarah, atau tak minat sejarah...aku cadangkan korang beli buku ni. Tak mahal, harga buku cuma RM30, buku setebal 500 lebih mukasurat. Alah, tak tebal pun, tebal lagi novel cinta. Novel cinta dapat imaginasi je. Buku Rentaka bagi korang cerdik.
Plus, aku nak bagitahu satu benda pasal buku ni. Buku ni perbetulkan persepsi otak korang yang selalu puji budaya negara luar. Well, aku tak nafikan sebab aku pun mudah tertarik dengan budaya luar such as muzik shakuhachi, nyanyian pansori, baju pankou (apasal aku suka semua pasal Oriental?). Sekarang ni, aku mula minat muzik asli macam keroncong, puisi zaman dulu dan teks Melayu purba seperti nimakan vuahna yang bermaksud dimakan buahnya. Mungkin aku patut bagitahu yang tajuk buku ni pun ada maksud tersendiri iaitu:
Rentaka- meriam
Sekalian- seluruhnya
Bija- seri
Sura- bulan
@theMaGi2018
No comments:
Post a Comment