Hello April! Aku kembali lagi dengan entri yang ke-4, semestinya. Seperti yang aku dah sebut dalam entri sebelumnya, aku sertai running event untuk kali yang ke-5 di Vivacity untuk acara Charity Run 2018. Walaupun aku demam, walaupun aku semput suara husky, walaupun aku sakit hati (bukannya disebabkan penyakit tapi perangai spesis yang spiteful nak mampus), aku gagahkan diri untuk ikut serta dalam aktiviti ni. Sebab aku percaya kalau aku bergaul dengan manusia yang positif, maka aku berfikiran positif. I'm not sorry to say this but you, species...I pity you.
Okay, back to the positivity, Vivacity Charity Run 2018 merupakan acara untuk mengumpul dana untuk rumah-rumah kebajikan. Sekitar pukul 5 petang macam tu, suasana di Vivacity sangat meriah dengan bermacam-macam aktiviti such as penyerahan dana kepada rumah kebajikan, senamrobik yang sangat happy (tapi aku tak dapat join sebab aku tengah semput), selfie sana sini dan of course, baju runners yang hijau striking memang menyegarkan pandangan. Good vibes everywhere. Aku bangga sebab dapat jadi sebahagian daripada acara tersebut. Huge honour, I'm telling you.
Peserta untuk Charity Run terbahagi kepada iaitu 3KM dan 7KM. Kesemua peserta berkumpul di perkarangan Vivacity dan sudah semestinya aku pilih 3KM. Aku tak bersedia lagi nak pilih 7KM (mungkin akan datang...siapa tahu). Route untuk 3KM mostly jalan mendatar. Nasib baiklah route tak berbelit-belit. Thank God, aku dapat bertahan.
Route 3KM
Dan seterusnya, sepanjang 3KM aku berjuang nak habiskan larian yang tak seberapa. Mungkin sebab aku masih penat, masih tak sihat dan mungkin juga, aku nak menikmati pemandangan di tepi jalan bersama runners. Bukan selalu aku dapat merayau-rayau kat jalan raya, dijaga crew dan diiringi oleh abam polis trafik. Sekali sekala nak juga merasa betapa specialnya diri ini...kahkah~
Dan sudah semestinya, selepas berpeluh-peluh berjalan berlari dan terkedek-kedek menyeberang jalan, akhirnya aku sampai juga ke garisan penamat. Aku diberi finisher medal, of course lah dengan rasa bangga lagi terharu aku terima medal tu sebab aku tak menipu pun untuk habiskan 3KM. Walaupun aku tak sihat, aku jujur tau.
Last but not least, aku puji management untuk event ni sebab semuanya berjalan dengan lancar. Tak serabut, tak pening, semua dapat medal, semua dapat makanan, semua dapat minuman dan event selesai tepat pada masanya. Apa yang paling best? Event kali ini disediakan booth untuk photo printing. For free! Siapa yang tak nak benda free? Syaratnya mudah, upload gambar di Instagram dan hashtag #vivacitycharityrun2018. Kemudian pergi ke booth, semak gambar kat touchscreen dan cetak. Crew di photobooth sangat membantu dan malam tu aku balik bersama cenderahati yang aku takkan dapat kat mana-mana.
Huge thanks and kisses, Vivacity Charity Run! Till we meet again :)
@theMaGi2018
No comments:
Post a Comment