Ooyeah, I'm back! Sebetulnya aku tak tahu nak update apa tapi seminggu lepas aku tengok jdorama Hana Yori Dango. FYI, itu kali pertama aku tengok drama Jepun tu. Dan aku tak sangka best pulak drama tu.
Hana Yori Dango ni adaptasi versi Jepun daripada manga Yoko Kamio. Boys Over Flowers pulak versi Korea Selatan, Meteor Garden versi Taiwan dan Meteor Garden terkini versi China. Sebelum aku tengok BOF, aku tengok Meteor Garden- masa tu aku Form 3. To be honest, aku tak suka pembawaan watak heroin iaitu Shancai. Aku tak ada rasa kesian pun dekat nasib si Shancai tu sebab Barbie Shu tak dapat wujudkan karakter miskin dan dia juga tak dapat menimbulkan rasa simpati audiens (which is aku).
Tapi drama versi Taiwan ni dapat sambutan sebab muka hensem F4 yang diterajui oleh Dao Ming Si (wow, aku masih ingat nama hero dia...haha~) dan itu drama Taiwan yang pertama yang menampilkan kisah cinta remaja yang segar pada masa tu. Seingat aku, aku lebih minat dengan Hua Ze Lei. Sebab aku berpendapat dia lagi hensem dari Dao Ming Si, heheh~
Tapi drama versi Taiwan ni dapat sambutan sebab muka hensem F4 yang diterajui oleh Dao Ming Si (wow, aku masih ingat nama hero dia...haha~) dan itu drama Taiwan yang pertama yang menampilkan kisah cinta remaja yang segar pada masa tu. Seingat aku, aku lebih minat dengan Hua Ze Lei. Sebab aku berpendapat dia lagi hensem dari Dao Ming Si, heheh~
Okay, now kita move to versi Korea yang diterbitkan pada tahun 2009. Watak utama, Goo Jun Pyo dimainkan oleh Lee Min-ho. Watak heroin, Geum Jan Di dimainkan oleh Ko Hye-sun. Based on manga, karakter hero ialah seorang yang kaya, angkuh, berlagak nak mampus, kasar, liar, sukar untuk difahami dan kesunyian. Lee Min-ho berjaya bawakan karakter tu cuma dia tak cukup liar dan tak cukup kejam. Dan karakter heroin pulak seorang yang miskin, sederhana, berani dan bersemangat. Ramai yang kata Ko Hye-sun berjaya bawa watak tersebut despite of usia dia tak sesuai dengan karakter Jan Di yang sepatutnya seorang remaja. Tapi bagi aku, aku tak dapat rasa the essence of teenage dari Ko Hye-sun, aku nampak dia sangat berusaha nak tampil sebagai remaja sekolah yang jatuh cinta. Plus, watak Jan Di ni boleh dikatakan agak lemah. Dia tak fight masa diculik , dia tak fight masa dia hampir kena rompak padahal watak heroin tu jenis melawan dan berani. Also, Jan Di ni jenis dependant sangat, sentiasa ditolong Ji-hoo sampai masuk sekolah perubatan. Dan aku rasa Jan Di ni agak fashionista masa pergi cari Jun Pyo padahal dia bukannya berduit sangat (aku berpendapat penggayaan Jan Di ni diuruskan oleh production drama yang nak jaga status BOF sebagai the best drama- ini pendapat aku je lah). Selain tu, watak emak Jun Pyo tak cukup sinis dan tak cukup licik. Watak kakak Jun Pyo juga tak begitu jelas dan tak banyak membantu Jun Pyo. Malah watak dua kawan baik Jun Pyo iaitu So Yi-jung si womanizer dan Song Woo-bin si anak tauke dark crime pulak tak berkembang sedangkan mereka tu pun F4 tapi sisi lain watak mereka tak dihuraikan dengan jelas. Lebih-lebih lagi watak Woo-bin, langsung tak berkembang. Dan watak si Yoon Ji-hoo pulak cepat sangat give up untuk cuba nasib dapatkan cinta Jan Di. Ji-hoo ni hensem tapi most of the time, dia suka tunjuk muka sendu. Haih~
Sekarang kita beralih ke arah versi Jepun. To be honest, aku suka cara penyampaian cerita dalam HYD. Watak hero, Domyouji Tsukasa memang jelas seorang yang kasar, angkuh, liar, berlagak nak mampus, sukar difahami dan kesunyian. Tsukasa ni anak bongsu yang terpinggir oleh emak dia yang sibuk memanjang dengan bisnes, bapak dah meninggal, kakak Tsukasa iaitu Tsubaki pulak dah kahwin dan dia duduk sorang-sorang dalam rumah maha besar dan hidup dalam kemewahan. Aku boleh relate kenapa perangai Tsukasa sangat pelik. Watak heroin pulak, Makino Tsukushi pulak boleh dikatakan sangat fresh sebab pelakon Inoue Mao tu memang di usia remaja pada masa tu. Jadi aku dapat rasakan kedegilan dan ego seorang remaja. Karakter Tsukushi jugak jenis sederhana, boleh tengok pakaian dia yang tak fancy dan sesuai dengan kemampuan dan taraf kehidupan dia. Malah Tsukushi ni jenis tak terlalu dependant, dia bersungguh-sungguh belajar untuk masuk sekolah undang-undang. Watak Tsubaki pula dilihat sangat membantu Tsukasa, boleh dikatakan dia ni jenis motivator, cheerleader dan supporter yang menunjukkan effort untuk fight emak mereka sendiri. Watak emak Tsukasa pulak memang sinis gila, aku tak faham apa yang emak Tsukasa ni fikir setiap kali dia senyum dan kejam pun boleh tahan. Overall, watak F4 yang lain juga ada ciri-ciri tersendiri. Hanazawa Rui taklah sendu memanjang macam Ji-hoo, ada masa dia melawan, degil, pelik dan lucu. Kawan-kawan yang lain iaitu Nishikada Soujiroh dan Mimasaka Akira pun memainkan peranan yang penting dalam perubahan hidup Tsukasa, siap bagi duit dan kad kredit lagi serta tanggung kos perubatan Tsukasa dan support hubungan Tsukasa dan Tsukushi dari segenap sudut. Itu baru kawan.
Sekarang ni, versi China jadi kegilaan sebab F4 China ni hensem-hensem dan rating drama ni jugak agak tinggi. Tapi aku nilai drama bukannya sebab F4 tu hensem atau watak perempuan tu comel atau betapa fancynya drama tu dibuat. Aku nak jalan cerita tu lebih logik dan memberi kesan. Kalau buat perbandingan antara Tsukasa dan Jun Pyo masa mereka berdepan dengan masa terdesak?
- Jun Pyo ambil alih bisnes sebab bapak dia meninggal dunia, desakan mak dia dan tekanan bisnes menyebabkan Jun Pyo jadi lebih dingin dan lebih bengis. Tapi kemudian dia dapat tahu rupanya bapak dia belum mati dan dia pun fight balik untuk dapatkan Jan Di. At first aku rasa, okey...bapak meninggal memang sentimental dan mengganggu psikologi.
- Untuk versi Jepun, Tsukasa ambil alih bisnes sebab mak dia cuba untuk jauhkan dia dari Tsukushi. Kemudian mak Tsukasa main taik, kononnya disebabkan perangai Tsukasa, pelabur mereka pun mula tawar hati untuk melabur dan saham jatuh lalu menjejaskan bisnes. Dikatakan beberapa cawangan mereka gulung tikar dan salah seorang pekerja Tsukasa bunuh diri depan mata Tsukasa, menyebabkan Tsukasa rasa bersalah tak terhingga. Okey, yang ini pun sentimental dan mengganggu psikologi. Lebih-lebih lagi Tsukasa ni jenis kaki buli yang liar dan tak pernah ambil peduli dengan perasaan orang, tiba-tiba terkesan dengan kematian seseorang yang berpunca daripada perangai dia yang cakap semberono. Tapi at the end, Tsukasa dapat tahu pekerja tu rupa-rupanya masih hidup dan mak dia tipu dia. Kalau aku pun, aku mengamuk kalau ditipu sampai macam tu sekali.
So, tak kisahlah versi Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan China. Masing-masing ada taste dan yang pasti kesemua pelakon yang bawa watak F4 semuanya hensem. Kalau korang tanya aku suka yang mana, aku jawab jujur jelah. Aku pilih versi Jepun, sebab aku peminat Shun Oguri, hahaha! Well, aku ni selalunya prefer drama yang sezaman dengan zaman remaja aku. Harap anda faham~
Maka, sekian. Kalau aku ada tengok Jdorama atau Kdrama adaptasi yang lain, nanti aku akan ulas dalam entri yang lain. Babai!
@theMaGi2018
No comments:
Post a Comment