Wednesday, 8 October 2014

Artis Lama dari Sarawak

8 Oktober, takbir raya haji masih berkumandang. Sedap je dengar. So, hari ni, entri simple je. Pasal pelakon melayu dulu-dulu kelahiran Sarawak...atau keluarga berasal dari Sarawak. Ramai juga artis baru berasal dari Sarawak seperti Dayang NurFaizah, Sharifah Zarina, Hafiz Suip, Lana Nordin, Sherry Merlis, Bob AF, Zack X-Factor, Deja Moss, Tony Eusoff etc. Selepas puas mengorek di Google, dapatlah sikit info mengenai artis lama dari Sarawak.

1. Siput Sarawak

Siput Sarawak, atau nama sebenar Ramlah binti Mohamad Sulaiman merupakan seorang seniwati Melayu, dilahirkan pada tahun 1921 di Kuching, Sarawak. Beliau aktif berlakon bangsawan sejak berusia 11 tahun. Siput Kuyung merupakan cerita bangsawan pertama yang diikuti oleh beliau. Selepas Perang Dunia ke-2, beliau berhijrah ke Singapura bersama bapanya dan bekerja di kabaret. Kemudian, beliau diambil menjadi pelakon. Walaupun beliau buta huruf tapi beliau mempunyai kebolehan menghafal skrip dengan baik. Beliau berkahwin dengan S.Roomai Noor dan mempunyai seorang anak iaitu Ithnaini (Anita Sarawak) namun jodoh mereka tidak berpanjangan. Pada tahun 1999, beliau menghembuskan nafas terakhir di Jalan Kempas, Singapura.

2. Dayang Sofia

Dayang Sofia atau nama penuhnya, Dayang Sofia binti Awang Rambli merupakan seniwati Melayu, dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 1938. Beliau juga seorang model dan penyanyi, mula dikenali menerusi filem Bujang Lapok arahan P.Ramlee. Bapa beliau, Awang Rambli merupakan anggota Rukun 13 yang bertanggungjawab ke atas kematian Sir Duncan Stewart di Sarawak. Beliau pernah berkahwin dengan pelakon, Aziz Sattar tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.

3. Mak Enon

Mak Enon atau nama sebenar, Amon@Ainon Chik dilahirkan di Geylang, Singapura pada tahun 1911 dan anak bongsu dari empat adik beradik. Kedua-dua orang tuanya berasal dari Kuching, Sarawak. Bapanya berketurunan Bugis manakala ibunya pula berketurunan Cina. Beliau seorang primadonna panggung dan bangsawan serta mengikuti persembahan bergerak di Indonesia dari tahun 30an ke 50an. Pada era 50an, beliau menjadi pelakon filem di Singapura. Mak Enon pernah berkahwin beberapa kali, antaranya ialah pelakon, Haji Mahadi. Pada usia 49, Mak Enon berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjual nasi lemak. Pada 1992, beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi.

4. Fatimah Razak

Fatimah Razak, atau nama penuhnya Tengku Fatimah Tengku Mohd Shah Nara merupakan penyanyi Melayu seksi era 70an. Bapanya berasal dari Pagar Ruyung manakala ibunya berketurunan Melayu-Arab. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1944 dan merupakan anak ketujuh dari 12 adik beradik. Kerjaya sebagai penyanyi mula menyinar pada era 70an selepas berhijrah ke Kuala Lumpur mengikuti suami yang bekerja tetapi digam oleh pihak media kerana imej terlalu seksi. Pada tahun 1990, beliau tidak terlibat dalam bidang seni dan memberi perhatian pada keluarga.

p/s: Bagi sesiapa yang tahu lebih pasal artis lama dari Sarawak, boleh komen kat bawah. Komen anda sangat dialu-alukan.

@themagi2014
ruj: wikipedia |m.forum

Tuesday, 7 October 2014

Poetry Collection: The Calling of Magus


Dedication 

For those who inspired me, in satiric ways.

Introduction


What does it mean with magus? Magus is the singular of Magi, the hereditary priestly class and also three wise men from the East. In Latin, it derives from Greek magos- more at magic. To simplified this limited collection, The Calling of Magus produced the two-sided imagination, self-inflicted, deeper opinion, social observation and of course, my self ideas to knock out our typical small head about something.

Let me say, we're living in satiric life. What else?
______________________________________________________

Sunday, 5 October 2014

Kelupis is Yummy!

"Sebelum dimakan 
habis, harus selfie 
dulu"
Sunday morning, rain's not falling. Bersempena dengan hari Raya Aidil Adha yang damai, aku memulakan hari di depan laptop dan update entri. Kali ini, aku nak share salah satu menu standard hari raya di Sarawak. Apakah menu itu?

The answer is...Kelupis!

Okey, aku petik sikit kata-kata dari Wikipedia (website standard kegemaran aku):

"Kuih Kelupis (which literally translates to glutinous rice rolls in English) is a traditional snack for the Bruneian Malay people in the country of Brunei and in the states of Sabah and Sarawak in East Malaysia."

Menurut Sinar Harian, Kelupis dikategorikan sebagai makanan pelik tapi sedap.  Mungkin, disebabkan Kelupis ni banyak sangat nama (e.g: Kelupis kedayan, kelupis pandan, kelupis orang Sabah, kelupis Limbang, kelupis a.k.a Lamban) menyebabkan Kelupis dianggap pelik.

Image result for kelupis
special Kelupis,
katenye...
Mula-mula, aku tak rasa pun Kelupis tu pelik. Beras pulut je kot, apa yang pelik sangat? Tapi, bila aku buat Google search, imej Kelupis bermacam kaler pun keluar. No wonder la orang cakap Kelupis ni pelik. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah makan Kelupis yang intinya kaler purple. 

Kelupis yang biasa ditengok di tempat aku ialah kelupis yang dibungkus dengan sejenis daun upih (orang kata daun kelupis). Menurut Scribd, terdapat perbezaan Kelupis Sabah dan Sarawak. Sabah biasanya menggunakan daun nyirik untuk buat Kelupis dan Sarawak pula menggunakan daun kelupis. Jangan tanya aku pasal perbezaan rasa sebab aku tak pernah berjumpa empat mata dengan daun nyirik ni. Btw, korang boleh search sendiri, pembalut Kelupis ni ada dua kaler. Satu tu hijau, satu lagi kuning. Nak dipendekkan cerita, ini dia, resepi shortcut Kelupis Sarawak:

  1. Sebelum dimasukkan ke dalam daun tu, beras pulut dimasak bersama daun pandan di dalam santan sampailah beras tu kembang. Jangan lupa letak garam sikit. 
  2. Kemudian, biarkan pulut tu perlahan-lahan sejuk
  3. Selepas tu, pulut tu digulung lurus dalam daun. Habis je bungkus dalam daun upih, Kelupis diikat dan dimasukkan dalam pengukus dan dimasak lagi.
[untuk resepi lengkap, sila rujuk Sarawakiana Kelupis Recipe]


Hasilnya, Kelupis ni tak berminyak, tak melekit dan cantik je bila dipotong (pada pendapat aku la). Anyway, aku memang suka Kelupis. Kelupis is Yummy!


@themagi2014
Ref: Sungguh berjasa wahai Wikipedia, Scribd, Sarawakiana dan juga blog-blog tempatan yang lain~

Wednesday, 1 October 2014

Kenali Bentuk Badan Anda

October fitness! Tiba-tiba bersorak pasal kesihatan hari ni. Happy October, peeps. Semalam hari terakhir bulan September so tak habis2 main mp3 'Wake me up when September ends'. Hari ini terasa nak menulis tentang body shape for women. Penting ni sebab Raya Haji tak lama lagi, pasti ada yang pasal niat nak makan sesuka-suki hati mereka. Oleh itu, nak bagi tips sikit pasal bentuk badan, makanan idaman, cara untuk turunkan berat badan dan menambahkan tenaga.

1. Thyroid  (Kategori T)

Kalau anda memiliki bentuk badan yang langsing, bentuk kaki yang panjang, struktur tulang yang seimbang, raut wajah yang bujur/panjang dan bentuk pinggang yang tinggi, bentuk badan anda berada di dalam kategori T. Penari atau model cenderung mempunyai bentuk badan seperti ini (contoh selebriti: Anne Hathaway)

Zon Bahaya kategori T: Berat badan naik di bahagian bahu dan lutut, termasuk paha, atas punggung dan sekitar pinggang.

Makanan kegemaran kategori T: Makanan manis, makanan kanji, kafein (kopi), pemanis tambahan, nikotin. Masalah biasa bagi golongan T ialah kerap meninggalkan sarapan pagi

Diet yang sesuaiMakan lebih banyak ikan dan makanan protein. Lebihkan sayuran dan kurangkan karbohidrat.

Tahap tenaga: Akibat tabiat makan yang tidak tetap, tahap tenaga juga tidak menentu, mudah mengidam makanan manis dan mengalami depresi bila letih atau stres.

Info tambahan: Orang yang memiliki bentuk badan T tak mudah mengalami kenaikan berat badan dan mempunyai kadar metabolisme tinggi. Mereka jarang mempunyai selulit dan jika ada, selulit berlaku di bahagian pinggul dan belakang paha.

2. Adrenal (Kategori A)

Kalau anda mempunyai bentuk badan yang berotot dan bahagian atas badan lebih cenderung untuk besar berbanding bahagian bawah, memiiliki payudara yang besar dan pinggang yang ramping, anda berada di dalamm kategori A (contoh selebriti: Sofia Vergara)

Zon Bahaya kategori A: Berat badan naik di bahagian atas badan (bahagian depan abdomen iaitu perut, payudara) dan membentuk 'apple shape'. Bentuk badan cenderung ke dalam kategori 'body-building' sedangkan punggung, pinggul dan kaki mereka kekal kelihatan cantik dan langsing. Jika melakukan latihan, mereka sesuai untuk dijadikan sebagai atlet.

Makanan kegemaran kategori A: suka makan makanan masin, makanan berkalori (contoh: makanan segera), alkohol.

Diet yang sesuai: Makan lebih banyak sayuran, kurangkan makan makanan berdaging terutama sekali daging (lembu, sapi atau kambing) dan elakkan makanan berlemak.

Tahap tenaga: Cergas sepanjang hari, dan tahap tenaga turun menjelang malam.

Info tambahan: Mereka yang memiliki bentuk badan kategori A umumnya seorang yang peramah, mesra, mudah bergaul tetapi sangat pemarah jika diasak/provokasi.

3. Gonadal (Kategori G)

Kalau anda memiliki bentuk badan yang cenderung ke arah 'pear-shape' dan bahagian atas badan yang langsing, mengalami masalah selulit dan kelihatan sangat feminin, anda berada di dalam kategori G (contoh selebriti: Jennifer Lopez)

Zon Bahaya kategori G: Kesan berat badan naik mudah kelihatan di bahagian atas punggung dan pinggul. Sukar turunkan berat badan walaupun dengan diet rendah kalori dan deposit lemak kebanyakannya berkumpul di pinggul dan menjadi selulit. Biasanya, mereka mengalami masalah hormon tak seimbang iaitu 'oestrogen dominance' iaitu lebih banyak hormon oestrogen berbanding progesterone.

Makanan kegemaran kategori G: Sukakan makanan berlemak, berkrim dan pedas.

Diet yang sesuai: Makan lebih banyak sayuran, kurangkan makanan pedas dan elakkan makan makanan pedas kerana makanan pedas membuatkan mereka lebih berselera.

Tahap tenaga: Mempunyai tahap tenaga yang kuat walaupun berada dalam keletihan.

Info tambahan: Mereka golongan yang baik hati, mesra dan ambil berat dengan orang lain. Disebabkan kerap mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri, mereka meletakkan diri mereka di dalam stress dan keletihan.

4. Pituitary (Kategori P)

Kalau anda mempunyai bentuk badan genit dan sering dilihat lebih muda dari usia, anda berada di dalam kategori P. 

Zon Bahaya kategori P: Kesan berat badan naik ke seluruh bahagian badan membuatkan mereka kelihatan seperti anak patung montel. Mengalami masalah metabolisme rendah. Mengalami masalah limfa dan menghasilkan cecair simpanan yang membuatkan mereka kelihatan lebih gempal. Cecair tersebut bergabung dengan lemak bengkak dan menghasilkan lebih banyak bahagian selulit.

Makanan kegemaran kategori P: Gemarkan makanan manis, bertenusu.

Diet yang sesuai: Makan lebih banyak makanan berprotein tinggi, seimbangkan makan makanan berdaging dan berlemak. Kurangkan jumlah pengambilan karbohidrat serendah yang mungkin.

Tahap tenaga: Tahap tenaga merosot selepas waktu senja tapi cergas menjelang pagi. Mereka lebih suka membuat aktiviti di rumah berbanding di luar.

Info tambahan: Mereka yang berada dalam kategori P biasanya ceria dan gembira pada sebelah pagi. Mereka juga ada banyak idea dan pintar. Sukar untuk melihat struktur tulang bagi orang yang mempunyai bentuk badan P.


Okey, masa untuk tengok cermin. I am T type. Sekarang, giliran anda untuk kenal pasti bentuk badan anda!

@themagi2014
Ruj: Women's health, Starfit4Life Oct 2013| Health consultant: Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, obstetrician & gynaecologist.|images: topdrawerlingerie.com.au