Thursday, 22 November 2012

Zaman Sekolah Rendah: Game Apa Yang Pernah Anda Main?

Zaman sekolah rendah merupakan zaman banyak main dari belajar, especially bagi budak sekolah era 80-90 an. Selain dari bermain gasing, lawan layang-layang, campak selipar, batu seremban, tarik upih, main Datuk Harimau, panjat pokok, mandi sungai, ting-ting (juga disebut sebagai teng-teng), congkak, tembak buluh (juga disebut sebagai chaplom), main masak-masak, monopoli, main guli, sorok-sorok, campak tin dan banyak lagi game yang budak sekolah cipta bagi mengisi masa senggang diorang (tak terkira banyaknya~). Aku juga tak terkecuali, tapi permainan kat sekolah kitorang tak terhad dengan game seperti di atas. Seingat aku (dari ingatan yang samar-samar ni), zaman kanak-kanak aku bermula dengan...



Main gelung getah/lompat getah
Main gelung getah ni dicipta dari gelung getah (of coz la, takkan dari tali rafia kot). Gelung getah ni boleh didapati dengan percuma (lepas mak bapak beli barang dapur, contohnya beberapa ikat sayur kacang). Gelung getah tu dikumpul dan dicantumkan (terpulang dengan kesenian dan kreativiti masing-masing) dan bila dah capai tahap kepanjangan yang diinginkan, maka permainan gelung getah ni boleh dimulakan. Ia terbahagi dalam beberapa kategori; beginner, separuh beginner, advanced, atau advanced pro. Apa yang wajib pasal gelung getah ni ialah zero point...aaah~ aku dah tak berapa nak ingat bab ni...heee..


Snake & Ladder
Permainan snake & ladder ni game lambung dadu. Macam main monopoli, gerak dari satu petak ke satu petak tapi yang ni lain. Sebagai contoh, kalu dadu yang dilambung tu dapat petak 6 dan petak enam tu ada simbol tangga naik ke petak 12 maka buah korang terus naik ke petak 12. Sebaliknya, jika korang lambung dadu dan dapat petak yang ada simbol ular maka korang kene turun pangkat ke petak yang dimaksudkan. Kejam kan game ni? Kalu asyik kene ular bila nak abis?





Game Brick
Masa sekolah rendah dulu, aku nak sangat game ni. Aku nak jenis compact, senang nak sembunyi dalam beg sekolah kalu tak cikgu rampas. Tapi yang aku beli jenis yang besar, takleh nak sembunyi. Set permainan utama dalam game brick ni of coz la brick. Selain brick, ada game lumba, game teka simbol, ping pong, teka kedudukan dan juga game tembak-tembak tapi yang kelakarnya, semua game tu dalam bentuk batu bata. Bagi yang tak pernah main tu, korang imejin la sendri...hahak~



Lawan getah pemadam
Game ni femes di kalangan budak lelaki. Mereka battle guna pemadam dengan teknik lantunan kesan dari tekanan. Pemadam sape yang kat bawah diisytihar kalah dan harta benda (maksud aku, pemadam dia la) akan dirampas. Kalu nak main, kena beli pemadam baru. Champion game ni biasanya memiliki stok getah pemadam yang paling banyak dan mula cari duit poket dengan menjual pemadam yang didakwa boleh kasi orang lain menang..haha, tipu. Sudah semestinya pemadam yang terbaik tu simpan baik2 kan?




Kad tepuk
Kad tepuk ni terdiri dari pelbagai jenama seperti Yu Gi Oh, Digimon, Pokemon, dan sebagainya. Kekuatan kad tepuk ni bergantung dengan bentuk lengkung kad tu dan yang paling penting kesan tepukan korang. Makin kuat korang tepuk, makin banyak la potensi untuk menempel atas kad orang lain dan menang. Selain dijadikan bahan tepuk (maksud aku...jadi bahan saingan), kad tu turut dijual mengikut point kekuatan dan dijadikan koleksi peribadi (sebab ada certain kad tu special edition).



Lawan kereta Dash
Tau tak kereta Dash? Kereta Dash tu kereta mainan menggunakan kuasa bateri AA. Kereta ni berasal dari Jepun menerusi anime yang bertajuk Dash Yankuro. Kereta Dash ni antara kegilaan budak sekolah aku (termasuk pompuan) dan sape yang mampu tu boleh la beli trek atau litar untuk lawan kereta ni. Sape yang tak mampu tu akan memilih longkang (yang kering, takde air) untuk dijadikan litar.Kereta Dash ni sukar nak dikawal, biasanya budak-budak yang main kereta ni lebih banyak mengejar kereta tu dari terbabas masuk dalam lopak air.


Tikam nombor
Tikam nombor ni macam teka nombor. Nombor tu korang dapat dari balang dan si pekedai tu pula akan cabut nombor dari papan game, sebijik dengan nombor yang korang dapat dan lepas tu dia gores. Kalu nombor yang dia gores tu ada muka smiley, atau simbol emas, atau gambar hadiah maka korang akan dapat hadiah misteri. Kalu tak, korang rugi seposen. Aku teringat masa sekolah dulu ada pekedai kat kampung tawar hadiah kereta Dash, jadi hampir seluruh budak sekolah aku tabur seposen kat kedai tu. Dan pemenang main tikam nombor ni kawan aku, seorang budak pompuan (meratap budak lelaki bila tau dia menang~)


Lawan ibu jari
Lawan ibu jari ni menunjukkan kekuatan ibu jari korang, termasuk la kepanjangan ibu jari korang. Game ni dimainkan oleh dua orang pemain je. Kalu ibu jari pendek memang ada potensi nak kalah. Biasanya game ni bermula dengan menyanyikan lagu...ada banyak versi lagu untuk lawan ibu jari ni. Kemudian, apabila lagu dah abis dinyanyikan, sape yang dapat tundukkan jari lawan dengan pantas, maka dia la pemenangnya. Aku masih ingat lagu untuk game ni, walaupun bunyi lagu tu memang pelik tapi menarik (mungkin sebab lagu tu pelik la aku masih ingat).


Main anak tangga
Main anak tangga ni menguji kebijaksanaan korang. Permainan ni biasanya dimainkan kat tangga  sekolah. Kemudian, soalan akan diberi (terpulang la nak tanya apapun) oleh wakil. Sape yang dapat jawab akan naik satu anak tangga. Sape yang tak dapat akan turun atau menten kat tempat yang sama (sebab masih tak boleh jawab apa-apa). Sape yang berjaya sampai ke anak tangga teratas maka dia la pemenangnya.


Main BINGO.
Yang ni permainan nombor yang dimainkan oleh 2-3 atau 4 pemain. Biasanya buku latihan matematik jadi pilihan sebab takyah nak buat petak. Kemudian, nombor 1 sampai 25 dimasukkan dalam petak (5 nombor dari setiap sudut). Kedudukan nombor diubah jadi tak ada sape yang boleh cheat game. Kemenangan korang bergantung kepada strategi kedudukan nombor korang dan juga nombor yang kawan korang sebut. Sape yang berjaya habiskan lima row maka korang akan dapat B.I.N.G.O.


Main ABC
Main ABC ni ialah cari perkataan ikut tema. Sebagai contoh, tema ABC kali ni nama negara dalam huruf A. Sape yang takleh cari nama negara bermula dengan huruf A atau bagi nama negara yang tak wujud maka dia out dari game. Permainan ni dimainkan dengan jumlah pemain yang banyak, baru best.


Main Dot
Ni game yang paling simple. Main dot ni sebenarnya menandakan kawasan korang dengan pen merah, biru atau hitam (kaler piawai untuk game). Dot kaler lain pun dibenarkan (kalu gamer lebih dari 4). Giliran buat dot ni bermula dengan main osom (main gunting-kertas-batu-air...ada pulak yang masukkan matahari,  bulan, elektrik dalam game osom ni). Sape yang menang osom akan mulakan game tersebut dan sape yang berjaya tandakan kawasan diorang (mengikut jumlah dot orang lain yang dia takluki) akan jadi pemenang.


Main lipat kertas
Main lipat kertas ni sebenarnya nak kenakan orang lain. Kertas dilipat banyak-banyak dan setiap lipatan tu ada soalan dan jawapan. Untuk pergi ke lipatan seterusnya, korang kene jawab soalan tu dulu. Jawapan tu pulak cuma kelihatan separuh sebab separuh tu ada kat lipatan seterusnya. Jadi, sekiranya korang pilih jawapan salah, maka korang akan dapat jawapan yang bodoh. Game ni merupakan permulaan troll bagi kitorang..hahahah~


Main kira jari
Main kira jari dimulakan dengan lagu, macam main ibu jari. Cuma permainan ni gunakan lima atau sepuluh jari tangan korang (ada juga yang masukkan 10 jari kaki untuk game ni). Salah seorang gamer akan nyanyikan lagu tu sampai habis dan sekiranya jari gamer yang nyanyi lagu tu kat jari telunjuk salah seorang gamer, maka gamer tu kene lipatkan jari telunjuk dia. Sape yang lipat semua jari dia kat dalam maka gamer tu ialah loser. Senang kan?


Main polis-polis/ Main kejar-kejar
Main polis-polis ni dimulakan dengan sekumpulan polis, sekumpulan pencuri/perompak/penyangak/penyeluk saku/perampok/penjenayah dan sekumpulan saksi. Game ni bergantung kepada keagresifan si polis dan si penjahat. Saksi merupakan orang penting untuk tangkap orang jahat ni. Adegan kejar-kejar akan berlaku dan biasanya penjahat kalah. Selain dari kalah, penjahat juga ada kemungkinan besar kene marah ngan mak masing-masing sebab balik rumah baju sekolah koyak rabak atau penuh kesan lumpur. 


Main Digimon Monster
Main Digimon Monster sebenarnya game mini arked dan bersaiz compact (macam key chain). Kata member aku yang ada game ni, Digimon Monster lebih best jika dibandingkan dengan game brick sebab game ni ibarat membela monster (beri makan, bagi latihan dan kasi tidur...memang macam pet). Kalu nak bersaing, diorang kena rapatkan alat tu (macam bluetooth kot?). Game ni lebih bersifat 'battle' dan 'training', menjadi kegemaran pada zaman aku sebab monster tu boleh gerak-gerak, boleh bercakap and ada reaksi. Kalu nak buat perbandingan, Digimon mini arked ni maybe macam Nintendo, PSP atau Dota pada zaman sekarang.


Sebenarnya, ada banyak lagi game yang biasa dimainkan oleh budak sekolah rendah (dulu, bukan sekarang) seperti World Cup Paper (ada unsur tepuk macam game kad tepuk), main beyblade, gameboy, super mario versi lama dan juga spesis kereta-kereta lumba yang bertanduk dan bergigi (aku tak ingat nama kereta tu) tetapi sekarang era on-line, in-touch dan up-to-date....zaman dah berubah~

#MaGi2012

Pautan lain:
http://tabekpuang.blogspot.com/2012/05/10-permainan-zaman-kanak-kanak-dulu.html
http://kuahdalca.blogspot.com/2012/05/top-10-permainan-zaman-kanak-kanak.html
http://springkarat.blogspot.com/2011/11/permainan-budak-sekolah-time-cikgu-tak.html
http://kulinbaek.blogspot.com/2011/12/permainan-budak-sekolah-masa-cikgu.html

dan banyak lagi, search je kat Google...

4 comments:

  1. alat digimon itu digelar Digivice

    ReplyDelete
  2. crash gear, yoyo n kereta kertas :)

    ReplyDelete
  3. aok eh, crash gear,nama ya la nk diingat kmk tp zmn kmk xda crash gear. yoyo ada tp xglemer, kereta kertas pun sma...

    ReplyDelete
  4. semua tu mmg pernah main masa zamn sekolah XD

    ReplyDelete