Tuesday, 18 November 2014

Barang Permainan dalam Anime

Beberapa hari ni, aku sibuk memikirkan entri untuk bulan November. Ada kuota yang mesti dipenuhi sebelum travel dengan gumbira. Jadi 'hey brother' aku memberi suggestion berupa toys kegemaran dalam anime. Korang tau kan, barang permainan yang glemer dalam certain anime? Aku pun ada simpan satu, figura B-daman yang sudah patah kakinya. Aku tak pasti sangat pasal items feveret pada zaman diorang jadi aku just senaraikan items yang glemer pada zaman aku (dan zaman adik aku).

credits: Toyrus
B-daman pada masa sekarang lebih vogue berbanding
B-daman dulu2, aku punya B-daman tak berduri2 sangat
macam kat atas.
credits: flipkart
Gasing versi moden, Beyblade Metal Fusion
menjadi kegilaan budak dulu2. Budak2 zaman skang
pun gila ngan permainan ni. Tapi bila suh main
gasing tradisional, tak minat la pulak.

credits: geek.com
Kereta pemusnah berskala kecil, Crash Gear sangat
glemer sekitar tahun 2001 kalau aku tak silap. Aku punya
'hey brother' die-hard-fan ngan permainan ni sampai nanges
kat tepi jalan sebab parent tak kasi beli.
credits: aliexpress
Dash Car, dari dulu glemer sampai skang. Aku masih
nampak kereta ni dijual kat toy store. Ada macam2 rekaan
dan warna. Aku masih ingat kereta dash 'hey brother' aku
yang awal2 tu kaler biru. Disebabkan harga litar Dash
sangat pricey, kitorang guna alur longkang. Hahaha...
creative beyond money~
credits: withthewill.net
Digimon digivice, toys yang interaktif dan mahal pada era aku.
Kononnya nak jadi macam ahli Digimon (aku paling suka
siri Digimon yang awal sebab aku rasa diorang stylo-
especially karakter Sora dengan topi helmet). Digivice
pada masa skang lebih cantik dan banyak function tapi
budak2 prefer main apps dalam tab sebab lebih interaktif.

credits: aliexpress.com
Super Yoyo memperkenalkan kegilaan terhadap yoyo.
Belum habis lagi demam toys yang lain, 'hey brother' aku
curang dengan toys yang lain, yakni, yoyo. Ntah apa nama
yoyo trick yang dia praktis sebelum ni. 
credits: ebay.com
Duel Monster memperkenalkan siri kad Yu Gi Oh,
antara anime yang memperkenalkan card game berbanding
patung figura ataupun jenis permainan yang lain. Seperti
biasa, 'hey brother' aku minat gila ngan Yu Gi Oh. Kad2
Yu Gi Oh tu masih disimpan (dalam buku latihan sekolah)
sampai la skang.

Ada banyak lagi permainan anime dari Jepun seperti card game dari Shaman King, Cardcaptor Sakura, action figure dari Dragon Ball, Bleach dan juga Naruto. Tak kira dulu atau sekarang, item2 ni tetap menjadi feveret semua collectors.

p/s: bagi mana2 items dalam anime yg tak disenaraikan, korang bleh masukkan dalam kotak komen.

@themagi2014

Monday, 17 November 2014

Drama Kantonis Masa Lalu

Alang2 dah buat entri pasal kartun 90an, aku nak buat entri pasal drama kantonis. Sekarang, K-Drama menjadi kegilaan orang. Aku pun tengok K-Drama (cth: You are Beautiful, Boys over Flowers, Coffee Prince, Three Dads One Mom etc). Selain dari tu, aku penggemar J-Drama (cth: Hanakimi, GTO, Gokusen, One Pound Gospel etc). Tapi sebelum aku tengok drama-drama ni, aku peminat drama Kantonis, mungkin aku patut cakap aku peminat C-Drama. Dulu, drama kantonis sangat2 glemer dan mustahillah kalau tak bercerita kat sekolah pasal episod feveret. Tapi ntah kenapa, drama kantonis tak menonjol sangat skang. Mungkinkah C-Drama tercabar oleh drama lain, ataupun tandus idea? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu cuma, C-Drama tak disiarkan lagi di TV3, pukul 6. Semuanya berhijrah ke NTV7 dan 8TV.

Walaupun aku tak avid dengan mana2 drama kantonis baru (sebab aku bosan, asyik tema sama, lebih kurang macam K-Drama je aku tengok), drama kantonis yang lama masih menarik minat aku. Ada beberapa drama kantonis yang aku pernah tonton, tapi aku dah lupa title drama. Aku harap drama2 ni diulang balik. 

Good Old Days
Sesuai ngan tajuk drama, drama ni memang nostalgia.
Aku tak pernah miss tengok drama ni. Dan aku
sangat suka watak utama. Aku tak ingat nama dia,
tapi pompuan tu memang sangat loyal.
Burning Flames
Aku masih ingat, habis je kelas IT pukul 4, aku cepat2
nak balik. Drama ni mula pukul 6. Ada sekali aku bercakar
ngan bapak aku jadi aku tak tengok ending drama ni. Aku
tak tahu ending ni sampai skang...hahaha~
Square Pegs
Ini pun drama feveret aku. Aku masih ingat
jalan cerita ni, pompuan tu dijodohkan dengan
lelaki terencat yang kaya. Rupa2nya lelaki tu anak
angkat je, hilang ingatan dan dah ada isteri.
Journey to the West
Drama ni ialah permulaan aku jadi kipas-susah-mati
Dicky Cheung. Walaupun jadi monyet, hensem pulak
aku tengok. Drama ni sangat femes masa dulu2, sampai
semua budak lelaki kat sekolah nak jadi Dewa Monyet.
Korang bayangkan macam mana bisingnya kelas?
Man's Best Friend
Drama ni best, walaupun aku terkadang skip
episod. Drama ni pasal lelaki jadi kawan baik.
Selain dari tu, aku dah tak ingat. Probably ada
pasal anjing sebab ada anjing kat promo poster.
Vigilante Force
First time aku nampak title drama ni, aku terus
bukak kamus. Aku suka drama pasal pakaian seragam
ni. Lagi2 kalau ada kes yang twisted.

Meteor Garden
Kalau tak silap, drama ni drama Taiwan dalam bahasa Mandarin.
Tapi aku tengok yang ditranslate dalam Kantonis. So, aku masukkan
dalam senarai. Seingat aku, aku tengok drama ni masa 2003.
Kawan aku jatuh cinta sama itu Dao Ming Si.
Kungfu Soccer
Bila drama ni disiarkan di TV3 (tahun 2006 kalau
tak silap), aku terus duduk depan tv. Sebab, aku
peminat Dicky Cheung dan Sandra Ng. Rasanya,
inilah drama kantonis terakhir yang aku tengok di tv.
Lepas tu, aku pindah rumah, masuk hostel, tak tengok
tv, pergi travel, sambung belajar dan at the end, aku
tak tengok mana2 drama kantonis sampailah skang.


Semua drama ni, tinggal kenangan je...
@themagi2014