Tuesday, 8 December 2015

Kumpulan Cerpen: Jalan Tengah

Horas! Tiba-tiba aku jadi orang Mandailing, padahal aku ni Jawa. Sebetulnya aku tak tahu nak bagi intro apa. Btw, lebih baik aku terus ke topik sebenar which is membuat review buku terbaru yang aku beli 2 minggu lepas. 

Judul: Jalan Tengah (kumpulan cerpen)
Harga: RM20
Penerbit: ROMAN, PutraJaya
Cetakan: Cetakan pertama April 2015

Okey, kumpulan cerpen Jalan Tengah adalah material yang baik bagi penulis cerpen, macam aku. Apa-apapun, aku mintak maap sebab tak baku sangat bahasa aku dalam entri ni tetapi, buku ni mengandungi 14 buah cerpen yang mempunyai laras bahasa yang berbeza-beza. Perbezaan itulah yang membentuk identiti. Good job, peeps~

Harga buku ni? Sesuai sangat untuk mereka yang berjiwa muda, sengkek dan kiam siap...macam aku. Kualiti paperback yang baik, ton warna kertas yang bersesuaian- a bit yellowish, baik untuk pembacaan dan elakkan eye-strain, saiz huruf yang bertepatan- aku still boleh baca walaupun aku tanggalkan spek mata dan the charm yang membuatkan aku tertarik untuk beli buku ni ialah cover design yang banyak pattern dan memberi maksud tersendiri. As a doodle artist (aku anugerahkan gelaran ni untuk diri sendiri), rekaan kulit buku memang sangat bertepatan dengan judul. Sekali imbas, corak tu mengingatkan aku dengan sarung keris.

Kualiti cerpen? Aku sebetulnya belum habis baca. Siapalah aku nak buat kritikan. Tapi aku dah baca beberapa cerpen yang baik seperti Dari Tebing Milford Sound, Perempuan Penunggu Malam, Kesumat, Ibuku Menipu dan Bandit. Pilihan cerpen yang aku baca agak rawak sebenarnya, bergantung pada tarikan tajuk. Cerpen Perempuan Penunggu Malam boleh dikatakan menarik pada pendapat aku- membawa aku ke sudut psikologi. Cerpen Ibuku Menipu, Bandit dan Dari Tebing Milford Sound bersifat religi. Cerpen Kesumat pula berkisar tentang pemikiran. Boleh dikatakan setiap cerpen mengutarakan pelbagai persoalan dan isu. 

Dari sudut bahasa? Penggunaan bahasa mudah untuk dihadam. Tapi setakat ni, cerpen Dari Tebing Milford Sound menggunakan laras bahasa yang sedikit berlainan sebab bahasa yang digunakan agak puitis, sinikal dan bersastera. Tapi, ia masih boleh dihadam. 

The last one; aku nak cakap buku ni bagus sebagai bahan bacaan. Taklah aku rasa rugi sangat sebab aku gamble je beli buku ni, hihi~

@themagi2015

Bengkel Penulisan Dewan Bahasa dan Pustaka 2015

Salam Selasa untuk hari ke-8 bulan Disember. Hari ni aku nak buat short entry tentang aktiviti di awal bulan Disember. FYI, aku mendapat undangan sebagai peserta oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bengkel penulisan dan perolehan karya kreatif. Bertempat di Ruai Belaga Hotel Grand Continental dari 4 hingga 6 Disember, aku mendapat peluang untuk bertemu dengan penulis berpengalaman dan mendapat bimbingan dari sasterawan negara iaitu SN Datuk Anwar Ridhwan. Boleh dikatakan...aku dah jumpa pintu masuk ke alam penulisan. Apa yang aku perlu buat ialah masuk ke alam tu dan rebut peluang.

Bila aku fikirkan balik, mampu ke aku buat dan siapkan novel after bengkel ni? Harap-harap, aku tak dihinggap penyakit malas. Okey, sedikit gambar semasa bengkel penulisan untuk dikongsi :)

Sesi suai kenal dan main sambung ayat. Penulis Cikgu Yusuf Mustanir
tengah khusyuk fikir macam mana nak sambung ayat yang aku
tulis.
Suasana sekitar bilik Ruai Belaga di Tingkat 1 Hotel Grand
Continental Kuching
Tempat duduk untuk peserta.
Sesi bimbingan penulisan bermula oleh SN Datuk Anwar Ridhwan.
Sempat snap gambar fail~
Mempelajari struktur novel 'Penyeberang Sempadan'.
Sesi pembentangan sinopis/draf novel untuk bengkel penulisan pada
hari kedua. Penulis Cikgu Hidayah peserta pertama yang berani
bentang draf.
Masuk hari ketiga, sesi bimbingan pun  selesai dan dapat sijil. Trimas
Hajah Bibi Sabariah (penulis Beb Sabariah) sebab tolong snap gambar ni ^^

@themagi2015

Tuesday, 1 December 2015

Kisah Seram Sarawak- Perkampungan Bunian

Salam sejahtera, pengunjung MaGi yang disayangi. Entri ke-2 untuk hari yang sama. Berkobar rasa hati nak menulis entri ni sebab sepatutnya aku tulis untuk bulan November. Disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan maka, aku tulis untuk hari ni. Kisah seram kali ni sangat menarik (pada pendapat aku) sebab perkampungan bunian adalah sesuatu yang misteri. Walaupun ramai yang tak percaya, tempat tu memang wujud dan aku berjaya kumpulkan beberapa kisah dari beberapa sumber.

Kisah Pertama: Puteri Bunian Jatuh Hati

Kisah ini aku dapat dari cikgu aku ketika cikgu aku menuntut di salah sebuah institut perguruan di Sarawak (kalau nak tahu nama tempat tu, pergi cari sendiri). Masa cikgu aku menuntut di situ, dia kenal seorang guru pelatih lelaki yang warak dan baik hati. Tak disangka-sangka, masa guru pelatih lelaki tu menuntut di tempat tu, dia dilamar oleh seorang perempuan jelita yang jatuh hati padanya (yakni, puteri bunian). Apabila lamaran perempuan tu ditolak (ditolak dengan cara baik) kerana guru pelatih lelaki tu dah ada tunangan, perempuan tu marah dan mengugut. Takut jika terjadi apa-apa, guru pelatih itu pun pergi berubat dan akhirnya, perempuan itu pun mengalah.

Kisah Kedua: Tauke Cina di Kampung Misteri

Kisah ni aku dapat dari pakcik aku menerusi seorang tauke Cina yang pernah bekerja sebagai tukang wayang dari kampung ke kampung. Menurut tauke tersebut, suatu masa dahulu, dia berkerja sebagai tukang wayang yang menayangkan pelbagai jenis filem klasik. Ketika berlayar di atas kapal, cuaca baik berubah menjadi buruk dan tauke tersebut terpaksa mencari tempat singgah. Ditakdirkan, tauke itu terlihat sebuah kampung ketika melalui Pusa. Tanpa membuang masa, tauke itu pun berhenti di situ dan mengambil keputusan untuk membuka layar wayang untuk penduduk di tempat itu. Tak disangka-sangka, kedatangannya disambut meriah dan ramai penduduk menonton wayang di atas tanah lapang. Selepas meletakkan alatan wayang di atas meja dan menayangkan filem pilihan, tauke itu pun duduk seketika dan akhirnya tertidur. Apabila tauke itu bangun, tauke itu mendapati dirinya berada di dalam hutan, padang luas tempat penduduk berkumpul menjadi belukar dan meja yang menjadi alas alatan wayang bertukar menjadi tunggul kayu. Tauke tersebut terus cabut lari setelah menyedari apa yang berlaku.

Kisah ketiga: Hadiah Badik

Kisah ni aku dapat dari abah aku menerusi kenalan dia (aku tak kenal siapa orang tu). Dikatakan ada sebuah kapal yang mengangkut pekerja (mungkin pekerja kayu balak) terkandas di sebuah kampung yang terletak di Betong. Semasa sampai di kampung tu, mereka diterima baik oleh ketua kampung dan orang kampung pun semuanya baik-baik. Selepas keadaan cuaca kembali reda, ketua kampung menghadiahkan sebilah badik kepada mereka. Kata si ketua kampung, sekiranya berlaku apa-apa masalah semasa mencari jalan pulang, badik itu perlu dicampak ke dalam sungai. Apabila mereka berlayar semula, salah seorang anak kapal mendapati mereka berpusing-pusing di tempat yang sama untuk beberapa kali dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya, mereka mengikut pesanan ketua kampung dan sebaik saja badik dibuang ke dalam sungai, mereka akhirnya melihat muara dan berjaya mencari jalan pulang.

Kisah keempat: Penduduk Kampung yang Tidak Dikenali

Kisah ni aku petik dari penceritaan orang Kampung Sepinang menerusi rancangan TV1. Kata penduduk di situ, kampung itu pada asalnya tempat perkampungan bunian. Jika bernasib baik, mereka akan bertembung dengan beberapa orang penduduk yang tidak dikenali dan berjalan sambil tunduk memandang jalan. Apa yang menakutkan ialah, kaki mereka tidak mencecah tanah dan wajah mereka sukar untuk dilihat. Jika bernasib buruk, mereka akan diganggu sehingga tersesat jalan, jalan lurus menjadi bengkok dan tidak jumpa jalan pulang. Bukan itu saja, beberapa orang penduduk kampung mendakwa, gambar yang mereka ambil di sekitar kawasan kampung itu memaparkan beberapa imej yang tidak pernah mereka lihat dan mereka mengandaikan imej itu mungkin perkampungan bunian.

Wallahu'alam.



p/s: kalau ada cerita seram/misteri yang best, boleh kongsi di kotak komen. Sekian :)
@themagi2015

Trivia Mel Elektronik (Email)

Image result for history of emailSalam 1 Disember 2015! Sekarang, kita dah masuk bulan terakhir tahun ini dan kita tak tahu apa yang menanti pada tahun depan. Mudah-mudahan, segala kebaikan dan semua perkara positif di tahun depan menunggu kita dengan tangan terbuka.
Okey, memandangkan hari ni hari pertama bulan Disember dan entri pertama dalam bulan ni, aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tapi lepas aku pergi check emel, terdetik di otak aku pasal emel. Semua orang tahu, emel tu apa. Emel tu bahasa terjemahan dari bahasa Inggeris iaitu Email. Email pula bermaksud Electronic Mail. Emel pertama aku ialah @yahoo tapi pada zaman aku emel @hotmail sangat terkenal. Sekarang, aku pakai emel @gmail sebab lebih mudah (pada pendapat aku la...)

Okey, masa untuk trivia!

Trivia Emel

  1. Emel wujud sejak 1961. Tetapi ia bersifat primitif.
  2. Pencipta emel pada era 'pre-email' ialah: (a) Tom Van Vleck-tahun 1961, transaksi mesej multi pengguna/satu komputer (b) Leonard Kleinrock- tahun 1969, transaksi mesej/dua komputer (c) Ray Tomlinsin- tahun 1971, transaksi mesej multi pengguna/ dua komputer (d) Vinton Cerf dan Robert Kahn- tahun 1973, TCP/IP (e) Bob Metcalfe- tahun 1973, Ethernet (f) Dave Crocker, J. Vittal, K. Pogran dan D.A Henderson- tahun 1977, RFC 733.
  3. Raymond Tomlinson orang pertama menghubungkan komputer dan kotak mel dengan simbol '@'
  4. Emel digunakan secara meluas pada tahun 1993.
  5. Emel terbahagi kepada 4 jenis iaitu: (a) web-based email (b) POP3 email services (c) IMAP email servers (d) MAPI email servers. Web-based email ialah jenis emel yang kita biasa gunakan.
  6. Shiva Ayyadurai diiktiraf sebagai pencipta 'Email' pada tahun 1982 menerusi usaha beliau mengubah emel primitif menjadi lebih meluas pada 1978, mewujudkan istilah 'Inter-office mail system' yang disingkatkan menjadi 'email' dan membangunkan jaringan sekolah pergigian Newark (tempat ibu beliau bekerja) ketika berusia 14 tahun.
  7.  30 Ogos ialah hari ulang tahun kelahiran 'email'. 
Kebaikan Emel?
  • Mengelakkan masalah logistik (penggunaan kertas dapat dikurangkan)
  • Mengelakkan masalah keciciran maklumat (maklumat dapat dikemaskini dengan cepat dan serentak)
  • Memudahkan urusan (individu dapat menyelesaikan kerja secara 'independent')
Keburukan Emel?
  • Lambakan maklumat (maklumat diterima terlalu banyak kerana emel bersifat 'push technology- pengirim mempunya kuasa mengawal untuk memilih siapa yang menerima maklumat)
  • Tidak konsisten (emel yang diterima mungkin mengalami masalah 'duplicate')
  • Spamming, spoofing, bombing, privasi dan virus (mesej-mesej tak berguna dan berbahaya boleh menyesakkan kapasiti emel sehingga keciciran maklumat penting).
  • Saiz fail terhad.
Garis Masa Emel
  1. 1988- Eudora dicipta, emel untuk Local Area Network (LAN)
  2. 1989- Compuserve dan MCI mail diwujudkan sebagai email carriers yang berhubung dengan Internet.
  3. 1991- Lotus Notes dilancarkan. Pengguna emel meningkat menjadi 3 juta orang.
  4. 1992- Microsoft Outlook dilancarkan. Pengguna emel meningkat sebanyak 5 juta orang.
  5. 1993- America Online (AOL) dicipta, sebagai internet based email system.
  6. 1995- EchoMail diwujudkan, sistem emel berintegrasi pertama yang direka untuk menyokong perniagaan.
  7. 1996- Hotmail dilancarkan, sebagai internet based email system.
  8. 1997- Yahoo!mail dilancarkan, alternatif untuk Hotmail dan bersifat web-based.
  9. 1999- Blackberry mobile email diwujudkan, pengguna emel meningkat menjadi 400 juta orang.
  10. 2007- Gmail dilancarkan oleh Google pada hari April's Fool. Pengguna emel mencecah 1 billion orang.


ruj: wikipedia | mashable.com | inventorofemail.com | telegraph.co.uk | macworld.com
image: 1stvirginia
@themagi2015