Tuesday, 30 April 2019

Vivacity Charity Run 2019

Image result for vivacity charity run 2019
Credits: LoopMe Malaysia
Hello gais! The last day of April, my favorite month all the time. Okay, kali ni aku nak update running event yang ke-5. Kali ni, Vivacity Run 2019 3 KM. Sebenarnya aku tak merancang nak berlari untuk kali ke-2 dalam bulan yang sama but kawan aku ni nak sangat join running event. So, dengan perasaan penuh kasih sayang aku pun ikut la permintaan dia. Tak apa, tak mahal pun bayaran. RM45 per person, 3 KM je. Goodie bag pun cantik.

Maka, pada hari kejadian iaitu 27 April 2019 (Sabtu), runners pun berkumpul di Vivacity Megamall sebab kalau ikut jadual, 6 pm ialah sesi flagoff. Larian kali ni sebelah petang, sama macam tahun lepas (klik pautan ni kalau nak tengok Vivacity Run tahun lepas). Sampai kat sana, aku nampak awan mendung. Kawan aku cakap- "Serius la, ini event pertama aku!"

Dan disebabkan ini event pertama dia, hari pun hujan. Hujan lebat gila. First time aku berlari dalam hujan lebat. Masa Parkinson Run bulan Februari tahun ni, aku berlari dalam hujan tapi hujan renyai-renyai. So, aku nak expect apa? 5 KM runners bermula jam 6:15 pm, 3 KM runners bermula 6:30 pm. Beza 15 minit, tapi end result tetap sama iaitu kami semua basah dari atas sampai bawah. Makanya, aku tak dapat gambar moment aku berlari di tengah jalan sambil diiringi abam trafik. Cit~

But still, berlari dalam hujan ni seronok sebenarnya. Aku cakap kat kawan aku, inilah moment yang romantik. Walaupun aku terpaksa tanggalkan spek dan jadikan tangan sendiri sebagai wiper. At the end of it, 3 KM 30 minutes sangat menyegarkan. Plus, that night bukan aku sorang je minion yang merempat depan pintu pusat membeli belah. Maka untuk larian ke-5 tahun ni, aku declare untuk rehat sebentar. Habis Syawal nanti, sambung balik~

Okay, aku nak share gambar yang aku ada masa event ni berlangsung:







p/s: Congrats Appy sebab berjaya habiskan 3 KM for the first time (dalam keadaan berhujan)


@theMaGi2019

Thursday, 18 April 2019

We're Borneon Run 2019!

Hai, Magians! Baru ada kesempatan nak update entri, sebab aku nak berpindah opis (tapi still dalam premis yang sama). So, lambat sikit update. Sama la macam larian yang aku sertai kali ni iaitu We're Borneon Run 2019 yang berlangsung 14 April yang lepas  (hari Ahad) di City One Mega Mall Kuching- aku berlari selambat aku update entri ni. Jadi, ceritanya aku pergi larian ni dalam keadaan yang tak begitu sihat. Kakak aku pun sama. Tapi aku tetap nak cuba (bukan sebab aku beria sangat nak berlari tapi sebab aku dah bayar). Jadi sampai je di lokasi selepas Subuh, aku nampak yang participants tak seramai tahun lepas. Mungkin disebabkan tarikh Borneon Run sama dengan event Tanjung Bako Run. Jadi, tak sesak macam tahun lepas. Plus, ada banyak perbezaan berbanding tahun lepas iaitu:

  • Participants tak seramai tahun lepas (aku dah mention kat atas)
  • Makanan tak banyak macam tahun lepas (memang ketara sangat perbezaan, mungkin sebab tak dapat banyak sponsor)
  • Team zumba yang dijemput sangat energetic dan bagus berbanding tahun lepas sebab yang tahun lepas punya zumba macam tarian kelab. Aku confuse, aku ni join fun run ke club dance?
Tapi still aku rasa larian yang ke-4 untuk tahun ni lebih santai (memang serius aku santai sebab aku tak berlari langsung, aku berjalan dari awal sampai habis. It took me more than 40 minutes, kaki langsung tak sakit). Dan apa yang paling penting ialah, medal Borneon Run memang sepadan dengan nama aku- Shield, sebab aku belum pernah dapat design medal berbentuk perisai. Sebab tu aku nak sangat join event ni. 

Okay, memandangkan rekod larian aku tak bagus kali ni (I won't blame myself sebab kesihatan aku memang tak memuaskan), aku rasa bagus juga sekali sekala join 5 KM run aku fokus kepada keindahan alam sekitar dan kawasan sekeliling. At least anxiety level dapat dikurangkan. Makanya, hidup ini lebih bahagia, hahaha~

Itu jelah kisahnya. Sekian.

Suasana di sekitar City One

Sebelum zumba bermula

Okay, sesi zumba. Aku menonton je, 
tak selera nak menari di pagi hari

Lepas tu participants pun memulakan
larian. 10 km flagoff pukul 6 pagi. 5 km
flagoff pukul 6:30 pagi

Terjumpa kucing semasa berlari :D

Selepas santai berlari (tak penat pun), dapat la
medal berbentuk perisai. Fuh, setel 5 km

Menu tahun ni, nasi lemak. Tahun lepas, laksa
sarawak. Nasib baik portion makanan tak banyak

Medal ke-4 aku tahun ni. 4 medals
and still counting. Harap aku sihat
dan mampu gagah berlari~


@theMaGi2019

Tuesday, 9 April 2019

GHI (Gembira, Holiday, dan Instagram!)

Hello April! Entri kali ni sambungan dari tahun lepas. Aku nak teruskan siri alphabet yang aku buat pertama kali pada tahun 2017 setiap kali ulangtahun kelahiran aku. Mula-mula dulu, aku buat ABC (April, Buku dan Cincang). Lepas tu aku buat DEF (Demam, Enjoy dan Friendship). Tahun ni semestinya GHI (Gembira, Holiday dan Instagram!)

Okay, Gembira is stand for what?
  • Tahun ni aku gembira sebab masalah ezcema kat muka aku dah tak serius macam dulu. Freedom for my skin!
  • Aku hasilkan dua buah buku hujung tahun lepas iaitu Acang Merpati terbitan DBP dan Niqab terbitan FIXI. Rasa gembira ni masih berkembang dengan hebatnya di tahun ini.
  • Alhamdulillah aku tak begitu sengkek tahun ni, harap tak sengkek sampai hujung tahun, tahun depan, tahun-tahun akan datang, forever and ever. Amin (besar betul impian aku, hahaha~)
  • Tahun ni, cerpen aku bertajuk Merdeka Sampai ke Bulu-bulunya jadi sebahagian dari antologi buku Mudahnya Move On terbitan Lejen Press. Yay! Salah satu target aku nak jadi sebahagian dari buku antologi dah berjaya. Next aku nak buat kumpulan cerpen.
  • The things yang aku rasa sangat menggembirakan? Sambut birthday dengan mereka yang hasilkan buku, mereka yang suka buku dan mereka yang kumpul buku.
  • And of course, tahun ni aku celebrate birthday di KL with buddies and readers!
Now, kita proceed ke Holiday. Holiday?
  • April tahun ni, aku pergi holiday ke Kuala Lumpur. Ada Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dah lama aku berhajat nak pergi ke PBAKL, tahun ni aku berjaya jugak! Hah! Seronok!
  • Bila sebut pasal holiday ni, of course la shopping dan makan. Bukankah itu kebahagiaan namanya?
  • Paling best, pada pagi birthday tu aku dapat doa-doa dan wish yang semuanya baik belaka dari segenap ceruk Malaysia dan luar negara. Aku harap mudahan doa-doa dan wish yang baik tu jadi kenyataan. 
  • Birthday tahun ni memang aku rasa special sebab aku bukan sekadar pergi holiday dan shopping beli buku tapi dalam masa yang sama aku hadiri sesi otograp FIXI. Thank you kepada semua yang sudi hadir, meriahkan hari aku. Bagi yang tak sempat jumpa, atau datang pada hari yang aku tak ada kat booth, aku harap tahun depan kita ada jodoh berjumpa. Aku kalau boleh nak jumpa semua orang yang beli buku aku.
The last one, Instagram! This early April, Instagram aku meriah. Trimas untuk semua kawan yang datang jumpa aku, kawan penulis, kawan aku yang teman aku pergi holiday. Yang paling aku tak expect kat Instagram (dan juga Twitter), aku dapat wish dari FIXI. 

To be conclude, birthday aku tahun ni aku rasa extra gembira, aku pergi holiday, aku kenal ramai orang, aku makan makanan sedap, shopping therapy, angkut buku di PBAKL, video call wish dari semua member opis dan last sekali, bila aku balik semula ke Kuching pada 06 April, mak abah aku tunggu kat airport. At the end, aku rasa everything that happens semuanya berkat doa parent. Luv ya forever, mak abah. Terima kasih sebab besarkan aku, bertahan dengan perangai aku dan jaga aku sampai sekarang.

Harap tahun depan, lebih banyak keindahan berlaku dalam hidup aku. Amin~

@theMaGi2019

Monday, 8 April 2019

PBAKL 2019 TRIP: Hari Terakhir~

Okay, Saturday 06/04/2019-hari terakhir ni tak ada benda yang aku nak share. Bangun pagi, kemas beg. Kawan aku si Fatimah hantar ke airport. Lepas sampai kat gate departure, terus ke section wrapping. Kasi bungkus beg yang entah berapa kilo tu. Lepas tu, merayau cari makanan. Singgah kat Family Mart. Sambar onigiri beberapa bijik. Lepas tu kawan aku tolong bayarkan. Lepas tu kitorang pergi tengok boarding and cari mana gate balai berlepas. Kemudian kitorang pun kata- "OMG, K14! Memang kena berlari lepas ni!"

Lepas tu kitorang rush pergi machine self check luggage. Kemudian heret beg ke drop luggage section area S. Scan barcode, timbang beg (nasib baik tak terlebih berat). Lepas tu, peluk-peluk kawan aku si Fatimah tu macam kitorang nak naik haji. Kemudian, polis check IC, beg, diri sendiri, yada-yada-yada~ Dan sesudah ambil barang, kitorang pun buat larian pecut. Ah, serius jauh nak mampus! Sia-sia aku makan banyak sepanjang trip kat KL, semuanya tak sempat nak jadi lelemak~

Sampai je kat K14, aku rasa semua orang perasan yang aku dengan kawan aku baru lepas berlari. Nasib baik kitorang sampai tepat pada masanya. Tak sampai 5 minit duduk, kitorang dah dengar announcement. Just like that, masuk dalam pesawat. Few minutes later, KL pun ditinggalkan. Bila rush macam orang gila kat airport, aku rasa macam tak nak pergi trip. Penat gila. Tapi bila dah balik, seronok pulak bila ingat semua kebodohan tu, hahaha!

Tu la orang cakap. Duit habis tak apa. Boleh cari. Boleh kumpul sikit-sikit. Tapi pengalaman tu berharga. Harap-harap ada rezeki pergi trip ke tempat lain lepas ni. Emm, ada gambar tak untuk last day di KL?

Ini je yang ada, huhu~
Btw, happy birthday untuk kawan aku (8 April).
Maap la kita selpi masa ko tengah telan sandwich.
Ko dah tua, sama-sama la kita menjadi tua. Kahkah!


@theMaGi2019