Good evening, MaGians! Hari ke-26 bulan Mac, cepatnya masa dulu...which is good sebab masa aku diisi dengan bermacam-macam aktiviti. Aku tak nak ulang stres kerja dalam entri kali ni, sebab aku rasa stres setiap kali aku nak tulis...so aku rasa lebih baik aku ringkaskan mukadimah.
Source: facebook/wereborneonrun2018 |
Untuk mengurangkan stres di tempat kerja, aku sertai larian ke-3 pada tahun ni iaitu Borneo Run 2018, Sarawak versus Sabah anjuran CityOne Megamall. Mula-mula aku tak nak join sebab fees agak mahal. Tapi baju dan medal Borneo Run ni cantik. Akhirnya aku join disebabkan aku rasa motivated nak dapatkan baju dan medal limited edition. Sebab apa aku sebut limited edition? Sebab tahun ni tahun terakhir Borneo Run Sarawak versus Sabah. Tahun depan, penganjur nak collaborate dengan negeri lain sama ada Sarawak versus Penang atau Sarawak versus Johor. Dengan kata lain, aku bangga sebab dapat sertai larian terakhir Borneo Run antara 2 negeri Borneo.
Bertemakan We Are Borneon Run, peserta dibahagikan kepada 2 kategori sahaja iaitu 5 km dan 10 km. Aku pilih 5 km sebab kalau aku pilih 10 km, aku tak tahu sama ada aku larat nak habiskan maraton dan mungkin tak sedarkan diri kat tepi jalan. Peserta larian berkumpul di hadapan CityOne Megamall yang diinspirasikan dari Beijing Olympic Stadium (berbentuk sarang burung). Peserta larian 10 km bermula pada 6:30 pagi dan seterusnya diikuti oleh peserta 5 km. Aku tak pasti laluan untuk 10 km tapi untuk 5 km, starting point bermula di CityOne. Seterusnya Song Plaza, papan tanda Pos Laju Jalan Song dan Kampung Tabuan Lalang, Upwell Jalan Song, 7-Eleven, Taman Sahabat dan kopitiam sebelum buat U-turn di simpang Jalan Setia Raja (rujuk gambar di bawah)
Untuk larian kali ni, aku bangga sebab laluan 5 km is half of 10 km. Boleh tahan jauh, memang terbakar lemak aku yang tak seberapa. Mungkin kurang mencabar sebab jalan rata, tak berbukit (tak macam larian Loving Charity Night Run). But still, aku penat gila. Aku rasa, aku dapat extra motivasi untuk habiskan larian berpunca dari laksa sarawak, roti tuna, kacang panggang dan lots of free drinks yang disediakan penganjur untuk finisher. Kalau lambat habis, tak dapat makan free, hahaha~
For personal record, aku mulakan larian (fast walk, sebetulnya) pada jam 6:35 pagi, aku berjaya habiskan 5 km pada pukul 7:30 pagi. Aku dapat medal tanpa buat shortcut dan sesungguhnya aku bangga dengan diri sendiri sebab tak give up *self pat
Okay, aku rasa aku dah ready untuk next run *to be continued
Peserta berkumpul di depan garisan Start, tunggu
pengumuman dari pihak penganjur.
Suasana di garisan mula sebelum peserta 5 km dilepaskan. Based on pedometer yang aku set masa starting, aku buat 7537 steps. Kurang sikit dari larian 5 km Loving Charity Night Run. Mungkin sebab aku banyak buat big step dan jalan pun lurus tak berbukit.
Muka lepas habiskan 5 km. Tengah rehat sambil makan laksa Sarawak. Ntah apa point aku berlari tapi lepas tu makan banyak...kahkah!
Selfie bersama medal. Sori, muka aku nampak bloated sebab tak cukup tidur. Tapi berbaloi aku korbankan masa tidur sebab...
"I run because I really like FOOD!"
Okay, aku jujur sangat. Haha! Tapi yang sebenarnya, aku memang perlukan aktiviti larian sebab....
"Running is cheaper than therapy." And that's all I need to relieve my stress.
@theMaGi2018
No comments:
Post a Comment