Sunday, 7 January 2018

Loving Charity Night Run Kuching

Hello, MaGians! Happy New Year!...walaupun sekarang dah 7 Januari. Yet still, ini entri pertama aku di tahun 2018. So, mestilah aku mulakan dengan sesuatu yang lebih energetic since tahun ni aku punya expectation level is mystery.


Selalunya, aku suka mulakan entri blog di tahun baru with new resolution. But as you know, kita tak dapat agak apa yang akan terjadi the whole year, the ups and down dan few changes yang akan mengubah siapa diri kita di tahun yang mendatang. Aku tak terkecuali. Basically at the end of the (last) year, I just realized something important about myself. Dan sekarang, aku berusaha untuk fix everything with my own abilities- whatever it takes.


Jadi, tahun ni aku mulakan dengan aktiviti maraton Loving Charity Night Run 2018 anjuran The Loving Society Kuching. Ada 2 jenis route dalam aktiviti tersebut iaitu 12km dan 5km. Aku pilih 5km sebab aku newbies. Sekitar pukul 6 petang, semua peserta berkumpul di Square Tower Kuching Waterfront dan aku tengok ramai yang nak mulakan tahun baru mereka dengan aktiviti sukan. Kata orang, aktiviti sukan boleh tingkatkan mood since mood ni related to brain cell and hormones. Tak tahulah pasal benda saintifik ni, so aku pun decide untuk cuba.

Sempat selfie before mula

Untuk 5KM runner, route map bermula dari Square Tower dan masa tu aku dah tak selfie sebab aku nak fokus running (m0re to a very slow running, aku rasa) dan seterusnya point dalam route adalah seperti berikut:


Sepanjang larian tu, aku yang memang selalu buat 5KM walking secara spontan (based on my daily pedometer) rasa agak tercabar untuk 5KM kali ni sebab aktiviti ni bukan dibuat secara spontan so aku tak berapa nak relaks. Kemudian, ada banyak kawasan berbukit especially Tabuan Road to Jalan Resevoir. Memang menguji stamina. Area Bukit Mata Kuching pun agak mencabar (bagi aku la) and the rest of it laluan jalan dah okey dan aku dah boleh buat fast walking.

Okey, aku tunjuk sikit suasana beberapa minit sebelum
5KM bermula.

At the end of it, aku dan kakak aku berjaya habiskan 5KM before pukul 8 malam. Sekitar jam 07:40 malam macam tu, kalau tak silap. Aku rasa agak bangga jugak sebab kitorang mula jam 7 pm sharp dan kitorang berjaya habiskan aktiviti kurang dari sejam. However, medal tak cukup pulak malam tu and organizer memang dah mention banyak kali. Itu pun kitorang almost dapat medal tu, beza beberapa minit je. Tapi takpelah sebab medal tu boleh dituntut kat pejabat mereka nanti. At 8 p.m sharp, aku dan kakak aku pun pulang thru Jambatan Darul Hana sebab kereta parking kat seberang Sungai Sarawak.

Macam ni lah rupa jambatan sebelah malam. First experience untuk
aku. Macam biasa, jambatan bergoyang-goyang, sebab tu gambar kabur.

*update: aku dah dapat medal 
Star Gate 2 minggu lepas ^^

So, macam tu lah kisah aku memulakan tahun ni- dengan aktiviti running. Kalau aku dah dapat medal tu aku upload kat sini (aku dah upload, sila tengok di atas). Mungkin lepas ni aku akan join aktiviti macam ni lagi, tengoklah mana yang sesuai dengan masa aku. Wish me a good luck, gais!


No comments:

Post a Comment