Monday, 4 June 2018

Simple Sunnah di Bulan Puasa

Image result for sunnah nabi
source: kampus.sarkub.com
Hello June dan Salam Ramadan ke-19 hari ni kepada semua visitors MaGi. Tak sangka tinggal beberapa hari lagi nak Raya. Ramai yang sibuk buat persiapan- buat kek la, biskut la. Aku tak buat apa-apa. Aku beli and makan je. Tapi dalam kita sibuk nak bersedia sambut Syawal, jangan lupa juga buat amal kebajikan and jana pahala. Aku harap entri ni beri manfaat untuk korang semua.

Okay, sunnah Nabi ada banyak. Banyak sangat. Bila diamalkan dengan ikhlas, dapat ganjaran pahala. Aku pernah dengar, ada sunnah ni susah nak diingat. Sampai terlupa nak buat. Tapi sebenarnya, ada juga yang senang dibuat dan kita buat tanpa kita sedari. Bagi aku, lebih baik kita buat tanpa kita sedar sebab kita tak merancang pun, tak berpura-pura dan akhirnya terasa lebih ikhlas. Well, pendapat aku la. Apa yang tak baik of course la datang dari aku, yang baik datangnya dariNya. Wallahu'alam.

So, ini dia list simple sunnah yang korang boleh buat anytime secara spontan mahupun tidak. Terpulang, sebab ia memang mudah.

1. Senyum

Sunnah ni mudah dibuat, satu amalan sedekah, dapat pahala dan semestinya menyerikan muka. Hadith riwayat At-Tirmizi daripada Abdullah Bin Harithada menyebut- "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW" 

2. Mendahulukan kanan

Sunnah ni mudah, menggalakkan kita mendahulukan kanan dalam setiap perbuatan seperti menyarung kasut atau selipar, memakai pakaian, berwuduk, sikat rambut, mandi dan sebagainya. Hadith riwayat Muslim daripada Aisyah r.a ada menyebut- "Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan)..."

3. Adab makan

Menurut Ka'ab bin Malik, Rasulullah SAW menggunakan ketiga jari dan sesudah makan baginda menjilat jari tersebut. Bagi aku, makan menggunakan ketiga jari adalah lambang kesederhanaan (so kita tak tamak sangat, main terkam guna semua jari dan sumbat dalam mulut) dan menjilat jari tersebut sesudah makan ialah perbuatan yang tidak membazir makanan walaupun sebutir nasi sekalipun.

4. Adab minum

Menurut Ibnu Abbas r.a, baginda SAW menarik nafas (menghela dua kali) sebelum minum. Ia satu perlakuan yang baik untuk kesihatan sebenarnya sebab aku pernah minum terus masa aku penat sangat sampai terlupa nak tarik dan hela nafas dengan baik, kemudian aku tercekik dan sakit dada. Bila dah kena, barulah sedar kebaikan sunnah.

5. Mengamalkan tembikai

Siapa yang suka tembikai dan suka makan tembikai dan selalu beli serta makan tembikai, tembikai ialah makanan sunnah. Menurut Ibnu Abbas, baginda SAW bersabda- "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan....". Selain tembikai, korang boleh amalkan makan buah sunnah yang lain seperti anggur, kurma, delima dan buah ara.

6. Adab dan warna pakaian

Islam menganjurkan kita berpakaian tidak mencolok mata. Dalam kita menjaga gaya pakaian kita, kita boleh dapatkan lebih pahala dengan memilih warna kesukaan Rasulullah SAW. Menurut beberapa hadith, warna pakaian yang kerap dipakai oleh baginda SAW ialah hijau, putih dan hitam. Ada juga warna lain seperti merah hati, kelabu dan juga warna-warna campuran.

7. Amalan minuman

Zaman sekarang ni, air bikarbonat berlambak di pasaran. Tapi minuman yang baik dan juga merupakan sunnah Nabi SAW ialah air susu dan juga air rendaman kurma atau sedikit madu. Aisyah r.a menyebut baginda SAW sukakan minuman manis dan sejuk sebab minuman manis dan sejuk mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan dan pencernaan makanan.

8. Memulakan pekerjaan dengan lafaz Bismillah

Lafaz bismillah ini sebenarnya satu doa untuk memohon perlindungan dari Allah SWT. Rasulullah SAW menganjur kita untuk mengingati Allah SWT dalam setiap pekerjaan.

9. Adab ketawa

Sebaik-baik ketawa adalah senyum. Sunnah Nabi SAW menganjurkan kesederhanaan. Hadith At-Tirmizi daripada Abdullah bin Harith juga ada menyebut- "Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman"

10. Adab tidur

Biasanya sebelum tidur kita berdoa dan basuh kaki atau berwuduk. Antara sunnah lain yang kita boleh tambah sebelum masuk tidur ialah tutup lampu dan tingkap (sebab ada segelintir suka tidur buka tingkap dan tak tutup lampu). Dikatakan perbuatan tidur buka tingkap di malam hari mengundang bahaya seperti haiwan berbisa atau jin, dan perbuatan tidur tak tutup lampu pula mendatangkan risiko leukimia). Selain itu, amalan mengibas tempat tidur 3 kali sebelum tidur juga antara sunnah Nabi SAW yang mudah dibuat dan mudah diamalkan.


Harap-harap perkongsian ni beri manfaat untuk kita di bulan puasa dan juga bulan-bulan seterusnya. Salam Ramadan Kareem.

@theMaGi2018

Tuesday, 29 May 2018

Book Session: Ronggeng Dukuh Paruk

Selamat pagi kepada pengunjung blog MaGi! Again, aku kembali dengan book session. Tak tahu kenapa aku suka sebut book session sejak kebelakangan ni. Dan aku habiskan banyak masa with books and arts. If only I can spend my whole life with those things, aku rasa akulah manusia paling bahagia.

Okay, kembali semula ke topik asal. Hari ni aku nak kongsikan pembacaan aku, aku baru je habis baca buku ni semalam. I was very overwhelmed, really. Buku yang bertajuk Ronggeng Dukuh Paruk yang ditulis oleh Ahmad Tohari ialah sebuah buku yang jelas, puitis, kukuh (dan ada bahagian yang agak obscene). Aku beli buku ni dari @bukuindonesiaku, boleh jenguk-jenguk di IG kalau berminat. Dan aku beli buku ni sebab aku tengok high rating review di Google. So aku pun tertarik nak beli.

Ronggeng Dukuh Paruk sebenarnya bukan buku baru, buku ni diterbitkan pertama kali pada tahun 1982. Buku ni sarat dengan pengajaran hidup, bermula dengan nuansa feminis tapi sebenarnya ke arah hakikat hidup manusia secara fitrah, kebodohan masyarakat yang tidak mengenal sejarah atau tidak peduli pada sekeliling yang sedang berubah dan kemiskinan di era 60-an. Yang menariknya, struktur bahasa dalam buku ini unik sebab menggunakan dialek Banyumasan, salah satu dialek di Jawa Tengah yang agak kuno dan dialek tu sampai ke jiwa aku as a Javanese walaupun aku sebenarnya tak faham pun bahasa Jawa. Weird, isn't it?

Apa yang menariknya pasal buku Ronggeng Dukuh Paruk?

Well, masa aku study di Shah Alam dulu, member aku suka cakap macam ni- "Yay, exam dah habis, bolehlah meronggeng!" Dalam konteks pemahaman aku, ronggeng tu perempuan penari yang melayan lelaki. Dalam konteks pemahaman member aku, ronggeng tu maksudnya berhibur. Aku bagitau member aku- "Bukan ke maksud meronggeng tu tak elok?" Member aku cakap- "Ronggeng tu hiburan je lah, apa yang tak elok?"

Lepas aku baca Ronggeng Dukuh Paruk, aku mula faham ronggeng itu apa. Pemahaman aku yang pertama tu tak salah, ronggeng tu perempuan penari yang melayan lelaki. Tapi dalam masa yang sama juga ronggeng ialah seni budaya, seni rakyat, yang mempunyai nilai estetika dalam tarian dan nyanyian, yang mengangkat martabat kesusasteraan dan budaya sesebuah bangsa. Seperti Dukuh Paruk, kawasan kampung terpencil yang dikenali ramai kerana ronggeng. Ronggeng ialah lambang dan identiti masyarakat Dukuh Paruk yang bermula dengan kewujudan Ki Secamenggala, ronggeng menjadi kebanggaan mereka kerana walaupun Dukuh Paruk sebuah kampung terpencil, mereka ada identiti tersendiri yang membezakan mereka dari pedukuhan lain. 

Cuma masalahnya, seni ronggeng dan persundalan dicampuradukkan dan merosakkan nilai ronggeng itu sendiri. Dan buku ni mengupas kisah seorang ronggeng bernama Srintil yang berdepan dengan kebergantungan masyarakat yang bodoh dan terlalu terikat dengan amalan kuno, sehingga menenggelamkan Srintil dan memusnahkan masa depan seorang wanita muda yang naif. Aku bagi 5 bintang untuk jalan cerita. Memang sangat menyentuh perasaan.

Bahagian-bahagian menarik dalam buku Ronggeng Dukuh Paruk?
  1. Realiti kemiskinan dan kebodohan yang nyata di Dukuh Paruk. Masyarakat di sana tidak ada ikhtiar untuk memajukan diri, lebih rela menjalani keadaan hidup yang sama untuk berpuluh-puluh tahun dalam keadaan melarat. Mereka percaya perubahan itu menyusahkan. Dalam masa yang sama, masyarakat Dukuh Paruk bersikap kuno dan jumud. Persundalan dianggap biasa, curang dengan pasangan juga bukan masalah besar.
  2. Kisah hidup Srintil, yang dijadikan ronggeng seawal usia 12 tahun. Untuk menjadi ronggeng sejati, Srintil mesti menjual dara. Pedofilia bukan satu isu pada era tersebut tapi bagi aku, isu 'bukak klambu' yang dijalani Srintil itu sebenarnya memusnahkan zaman remaja dan masa depannya.
  3. Jalan cerita buku ni menunjukkan perubahan Srintil dan Dukuh Paruk. Srintil yang bermula sebagai peronggeng yang cantik dan berani, menjadi lemah dan tertindas selepas dituduh mengikut gerakan komunis. Dukuh Paruk yang bangga dengan ronggeng mereka dan enggan berubah, akhirnya dipaksa menerima perubahan apabila Dukuh Paruk dituduh bersekongkol dengan gerakan komunis dan dimusnahkan oleh tentera. Semuanya disebabkan kebodohan mereka kerana terlalu memakan budi Encik Bakar yang mempergunakan kemiskinan mereka.
  4. Watak Rasus merupakan lelaki pertama yang menjadikan Srintil sebagai lambang seorang ibu. Melalui buku ni, aku nampak kisah cinta yang tak kesampaian walaupun Srintil dan Rasus saling mencintai. Semuanya disebabkan kebergantungan masyarakat Dukuh Paruk yang mengharapkan Srintil mengangkat martabat mereka melalui ronggeng, walaupun Srintil perlu menggadai maruah berulang-ulang kali.
  5. Kisah Srintil menjadi 'gowok' atau peneman kepada lelaki yang bakal berkahwin yang bernama Waras. Bahagian ni aku rasa agak berbeza sebab Srintil perlu mengajar Waras menjadi seorang suami, padahal Waras tidak berkelelakian langsung. Pada waktu itu, Srintil dilihat mula memikirkan apakah peranan wanita yang sebenar-benarnya dalam kehidupan lelaki.
  6. Watak Bajus, lelaki dari Jakarta menjadi cinta kedua Srintil. Srintil yang sudah berhenti menjadi lambang Dukuh Paruk berharap untuk disunting menjadi isteri. Bahagian ni aku rasa aku terkilan sangat sebab Bajus menipu Srintil dan menyebabkan Srintil mengalami kekecewaan yang sangat teruk. Masa ni aku dapat rasa betapa Srintil terlalu ingin berubah tapi tak sangka Bajus berniat untuk menjual Srintil pada majikannya. Bayangkan segala impian Srintil untuk bersuami dan berkeluarga hancur berkecai apabila diheret semula ke dunia persundalan?
Antara perkara menarik yang lain mengenai buku ni ialah ia dibahagikan kepada tiga bahagian (trilogi) yang dicantum menjadi satu jalan cerita, bermula dengan penceritaan Rasus, rentetan hidup Srintil dan masyarakat Dukuh Paruk, dan diakhiri dengan cerita hidup Srintil selepas menjadi tahanan. Agak menarik sebab apa yang dialami oleh Srintil sepanjang menjadi tahanan tidak diceritakan. Tapi Srintil ada menyebut dia ingin menjadi seperti isteri Kapten Mortir. Srintil mahu menjadi seorang isteri yang sah kepada seorang lelaki, dilayan sebagai isteri, bergaya seperti isteri dan hidup sebagai isteri. Pada pendapat aku, Srintil mungkin dilayan sebagai sundal sepanjang menjadi tahanan sebab dia seorang ronggeng. Mungkin sebab tu Srintil tak sanggup meneruskan kerjaya ronggeng dan berharap agar Bajus segera meminangkan. Malangnya watak Bajus tu bullshit dan asshole. Dalam masa yang sama, kisah Srintil cuba menyerahkan daranya kepada Rasus pada awal cerita juga agak question mark sebab aku tak berapa pasti Rasus ambil peluang tu atau tidak. Mungkin ya, atau mungkin tidak.

Penamat untuk kisah Srintil? Rasus melepaskan Srintil sebab Srintil milik masyarakat. Dan bila masyarakat melepaskan Srintil selepas Srintil menjadi bekas tahanan politik, hidup Srintil menjunam. Srintil ditindas, ditipu dan dianiaya. Akhirnya, Srintil gila dan Rasus mengambil keputusan untuk menjaga Srintil. Pada pendapat aku, Rasus sedar bahawa masyarakat tidak menjaga Srintil sepertimana Srintil menjaga mereka. Disebabkan Srintil terlalu berusaha untuk memenuhi kehendak semua orang, Srintil musnah. Aku rasa aku faham. Bila Srintil si ronggeng mengajak Rasus menikah, ego Rasus tercalar sebab dia tak nak ambil sisa orang. At the end, Rasus sedar bahawa dia menipu diri sendiri dan juga Srintil.

Jadi, kesimpulan untuk kisah dalam Ronggeng Dukuh Paruk ialah setiap keputusan akan menentukan nasib di kemudian hari. Srintil bersetuju menjadi ronggeng, dia kehilangan martabatnya sebagai seorang wanita. Rasus sanggup melepaskan Srintil, akhirnya dia melihat wanita yang dia cintai musnah. Sekarang Rasus merasakan tanggungjawab untuk memulihkan Srintil dan Dukuh Paruk berada di atas bahunya. At least, Rasus diperlihatkan sebagai lambang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan ada kesedaran terhadap kekuasaan Maha Pencipta.


@theMaGi2018

Monday, 28 May 2018

Cabut Gigi Di Bulan Puasa?

Hello MaGians! Hari ni aku berpeluang untuk kasi bersih ini blog, kasi sapu-sapu dan kasi kemas apa yang patut after cabut gigi di bulan puasa. Okay, cabut gigi? Bagi sesiapa yang gerun dengan doktor gigi, klinik gigi pun korang takkan pandang apatah lagi nak lalu. Tapi untuk manusia yang dah mencapai satu tahap umur dan kesemua gigi bongsu dah keluar, akan tiba masanya korang kena cabut gigi bongsu tu. Either you like it or not. So for my case, aku cabut sebab aku nak buat orthodontic.

To be honest, proses cabut gigi aku yang terakhir ialah pada tahun 1997. Masa tu aku budak sekolah rendah. Gigi aku tumbuh dengan baik tapi disebabkan gigi aku ni besar so aku berdepan dengan masalah protruding teeth. Lama-kelamaan gigi aku menjarak dan makin tak cantik. And bila gigi bongsu aku tumbuh, aku berdepan dengan azab yang sangat...sangat...sangat menyakitkan. Gigi bongsu aku yang pertama tumbuh masa tahun 2008. The second time is 2009 dan paling sakit. So, gigi-gigi aku yang besar tu dalam posisi sempit di bahagian belakang dan menjarak di bahagian depan. Pada tahap umur ni aku rasa aku kena jaga gigi aku. Sebab aku tak bersedia nak pakai gigi palsu *nanges bucu katil.

Image result for klinik pergigian anmas sukmaSo pada tahun dan bulan ni, aku ambil langkah pertama. Aku buang wisdom teeth aku, bukannya buang wisdom aku. For those yang masih simpan gigi bongsu, aku doakan semoga korang tak ada masalah gigi bongsu macam aku. At first masa aku dapat tengok xray gigi, aku nampak satu gigi bongsu aku senget dan akar gigi memang dekat gila dengan dental nerves. So aku pun google dan aku jumpa artikel pasal semi impacted wisdom tooth, masalah gigi bongsu yang tak dapat keluar habis dan separuh daripada gigi tu terbenam dalam gusi, which is sakit masa nak tumbuh and sakit bila nak cabut.

Jadi minggu lepas, aku menjalani minor oral surgery di Klinik Pergigian Anmas di Taman Sukma, Kuching. Two extractions, two minor oral surgeries yang membawa maksud dua gigi bongsu cabut normal dan dua lagi kena buat pembedahan minor. Gigi bongsu yang atas sebelah kiri berdepan dengan masalah akar patah sebab akar gigi aku bengkok plus gigi aku besar. Gigi bongsu yang bawah sebelah kanan pula semi impacted so memang sakit masa dicabut walaupun aku dah dibius. 

Let me story-telling my oral surgery in several points:
  • 1st, aku sampai ke klinik pukul 9:30 pagi, aku masuk ke bilik dan doktor bius gusi aku. Kalau tak silap, doktor bius aku paling banyak kat bahagian gusi bawah. Aku sebenarnya tak prepare masa tu, aku redah je.
  • Lepas habis bius, doktor bagitahu yang proses cabut gigi aku ni nak tak nak akan ada rasa sakit walaupun gusi dah dibius atas bawah. Then, dia bagi aku makan ubat tahan sakit. Walaupun cabut gigi ni tak batal puasa, aku kena batalkan puasa sebab aku akan berdepan dengan minor oral surgery (MOS). Aku sebenarnya dah tengok video MOS and aku tak dapat elak rasa nervous.
  • Then, doktor yang nak bedah aku pun datang. Dia mulakan dengan extraction gigi bongsu atas sebelah kanan. Tak sampai 5 minit, gigi yang aku jaga 10 tahun tu tanggal.
  • Lepas tu dia buat surgery untuk gigi bongsu sebelah bawah which is semi impacted. Okay, yang ni agak lama. Akar gigi aku tertinggal, dia siap keluarkan tool macam pemotong kayu tu dan lepas tu aku dengar dia potong gigi aku separuh-separuh, dia belah gusi aku (sebab aku nampak dia pegang pisau kecik) and masa doktor tu tengah gigih nak keluarkan akar gigi, aku nampak dia pegang playar kecik. At last, dia tunjuk akar gigi aku yang paling susah nak keluar. Plus, masa dia nak tarik akar gigi tu keluar entah berapa kali aku rasa macam kena cucuk dengan jarum. Rupa-rupanya, akar gigi tu bersentuhan dengan saraf aku. No wonder la sakit. Kemudian, doktor pegang jarum bengkok and jahit gusi aku. Thank God aku dibius...haha.
  • Lepas tu doktor proceed cabut gigi bongsu atas sebelah kiri. Gigi aku patah, aku dengar sendiri gigi tu patah, macam bunyi batu kerikil yang kena hempuk dengan tukul. Doktor bagitahu gigi aku besar, well...aku memang tahu gigi aku besar. Ambil masa few minutes untuk potong gigi aku with the same tool yang dia guna untuk cabut gigi semi impacted. 
  • Akhir sekali gigi bongsu bawah sebelah kiri, tak sampai 5 minit proses cabut gigi pun selesai. Then, doktor dan assistant bersihkan mulut aku, sumbat kapas dan bagi ubat. Pasal fees korang tak payah tanya sebab lain masalah lain harga. Yang pasti, masalah semi impacted tu menuntut fees yang agak mahal. Ai is redho...
Sebenarnya, kalau korang mempunyai gigi yang baik, tak ada masalah sempit dan gigi bongsu tumbuh elok di belakang, korang tak perlu cabut or surgery pun. Korang rasa semi impacted ni dah ngeri bunyinya, tapi bony impacted pun tak kurang ngeri sebab gigi terbenam penuh dalam gusi dan tak dapat keluar.  Lebih kurang je level sakit tu. But the thing is, gigi bongsu ni kalau tak cabut sekarang, suatu hari nanti ke cabut juga sebab gigi tu di belakang sekali dan cepat dapat infection. Maksudnya, korang tak dapat nak mengelak.

Lepas cabut dan bedah 24 haribulan lepas, kesan yang aku takkan dapat lupa ialah:
  1. Of course gusi bengkak. Rasa menyengat, mencucuk-cucuk tu memang tak dapat nak elak.
  2. Jawbone aku sakit. Aku tak boleh buka mulut, nak bercakap pun susah.
  3. Kepala aku asyik pening. Aku cepat mual.
  4. Selera makan aku punah ranah. Dapat makan bubur and makanan lembut je till today.
Tapi aku bersyukur sebab keempat-empat gigi bongsu aku dalam keadaan baik dan sihat, so doktor pun taklah geli masa nak mencabut. Actually aku decide untuk cabut keempat-empat gigi tu sebab kalau aku nak postpone, mungkin aku berubah fikiran nanti. By the way aku nak ucap terima kasih pada doktor gigi aku, Dr. Masyitah dan Dr. Shahneza sebab bagi 5 star treatment pada aku. Berbaloi aku bayar mahal. Bagi sesiapa yang tak pasti gigi bongsu korang dah tumbuh ke belum, tumbuh senget ke or tak keluar-keluar dari gusi, aku share gambar yang aku collect dari Google. Harap korang tak cabut gigi di bulan puasa macam aku :)

Related image
source: dentofacial.co.au
Semi impacted wisdom tooth 

Image result for impacted wisdom tooth xray
source: yourdentalhealthresource
Impacted wisdom tooth 

Image result for bony impacted wisdom tooth xray
source: general dentist in Denver
Bony impacted wisdom tooth 

Image result for semi impacted wisdom tooth xray
source: tewantin dental centre
Masalah-masalah lain untuk gigi bongsu

Bagi mereka yang mungkin nak buat dental checkup or nak buat xray or lain-lain perkhidmatan pasal gigi, korang boleh berkunjung ke Klinik Pergigian Anmas di Taman Sukma atau di Satok. Klinik ni ada dua cawangan, aku pilih Sukma sebab lagi dekat dengan area aku. Staf dan doktor sangat soft spoken, korang takkan kena jerit masa masuk dalam bilik or masa ambil ubat. Plus, mereka peramah so korang takkan rasa isolated gila. Korang boleh add FB page Klinik Pergigian Anmas untuk dapatkan info lebih lanjut atau hubungi-

@klinikpergigiananmas: 082-448 224/019-982 1241

@theMaGi2018

Sunday, 20 May 2018

Terapi Minda: Cartoon Face Changer Apps!

Hello gais! Salam Ramadan untuk hari yang ke-4. Tak ada benda yang menarik yang aku nak update. Kalau dulu, aku banyak update something about ramadan. Masa tu aku full time writer. Sejak dah kerja makan gaji ni memang payah nak baca articles dan tulis panjang2 dalam blog. So, I kinda miss my full-time-writer moment in the past. Harap2 hajat aku nak jadi full time writer untuk selamanya akan dimakbulkan. Amin.

Untuk menghiburkan otak yang penat, selalunya aku main game. Tapi kebanyakan game dalam phone aku bukannya jenis relax. More to brain exercise such as wordathon,  vocab, 3D archery, shooting range, 3D bowling, buttons and scissor- semuanya memerlukan strategi. At the end lepas main game, otak aku pun penat.

So one day masa aku scroll FB, aku jumpa satu post pasal apps untuk edit gambar yang ubah muka manusia jadi muka kartun. To be honest, aku terhibur. Disebabkan aku terhibur, aku pun try. Bila dah try, aku happy. Bayangkan, semua muka member aku tukar jadi muka Giant! Lepas tu aku agak addicted tukar muka orang. At the same time aku tukar muka aku sendiri sebab basically aku sebenarnya tak suka post my real face kat socmed. Jadi aku rasa Cartoon Face Changer apps ni satu terapi minda yang baik sebab aku tak payah fikir banyak, aku boleh gelakkan muka member dan muka aku sendiri, plus aku boleh cover muka aku with all kinds of cartoon character yang aku suka. Macam ber-cosplay la kononnya.

Ini la hasilnya, terapi minda aku with this apps. Korang pun boleh try, sebab apps ni free!


Aku dan karakter muka masam berpisah tiada~

Again, sour face~

Aku tak ada dalam gambar ni

Yang botak tu aku, yang sweet tu kawan aku.

Three Mad Hatters~
Ni budak-budak yang aku jaga.

Member masa kursus. Bila lagi nak merasa
bergambar dengan karakter anime, kan?

Gambar ni member yang request


Gambar yang sama macam kat atas, aku tukar 
semuanya jadi Giant, kahkah!


Dan lepas tu jadi Doraemon, hihi




Banyak lagi sebenarnya, tapi setakat ni jelah aku upload. Gambar yang lain aku nak simpan. Boleh jadi bahan gelak dengan member nanti, hahaha!

@theMaGi2018