Monday 4 June 2018

Simple Sunnah di Bulan Puasa

Image result for sunnah nabi
source: kampus.sarkub.com
Hello June dan Salam Ramadan ke-19 hari ni kepada semua visitors MaGi. Tak sangka tinggal beberapa hari lagi nak Raya. Ramai yang sibuk buat persiapan- buat kek la, biskut la. Aku tak buat apa-apa. Aku beli and makan je. Tapi dalam kita sibuk nak bersedia sambut Syawal, jangan lupa juga buat amal kebajikan and jana pahala. Aku harap entri ni beri manfaat untuk korang semua.

Okay, sunnah Nabi ada banyak. Banyak sangat. Bila diamalkan dengan ikhlas, dapat ganjaran pahala. Aku pernah dengar, ada sunnah ni susah nak diingat. Sampai terlupa nak buat. Tapi sebenarnya, ada juga yang senang dibuat dan kita buat tanpa kita sedari. Bagi aku, lebih baik kita buat tanpa kita sedar sebab kita tak merancang pun, tak berpura-pura dan akhirnya terasa lebih ikhlas. Well, pendapat aku la. Apa yang tak baik of course la datang dari aku, yang baik datangnya dariNya. Wallahu'alam.

So, ini dia list simple sunnah yang korang boleh buat anytime secara spontan mahupun tidak. Terpulang, sebab ia memang mudah.

1. Senyum

Sunnah ni mudah dibuat, satu amalan sedekah, dapat pahala dan semestinya menyerikan muka. Hadith riwayat At-Tirmizi daripada Abdullah Bin Harithada menyebut- "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW" 

2. Mendahulukan kanan

Sunnah ni mudah, menggalakkan kita mendahulukan kanan dalam setiap perbuatan seperti menyarung kasut atau selipar, memakai pakaian, berwuduk, sikat rambut, mandi dan sebagainya. Hadith riwayat Muslim daripada Aisyah r.a ada menyebut- "Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan)..."

3. Adab makan

Menurut Ka'ab bin Malik, Rasulullah SAW menggunakan ketiga jari dan sesudah makan baginda menjilat jari tersebut. Bagi aku, makan menggunakan ketiga jari adalah lambang kesederhanaan (so kita tak tamak sangat, main terkam guna semua jari dan sumbat dalam mulut) dan menjilat jari tersebut sesudah makan ialah perbuatan yang tidak membazir makanan walaupun sebutir nasi sekalipun.

4. Adab minum

Menurut Ibnu Abbas r.a, baginda SAW menarik nafas (menghela dua kali) sebelum minum. Ia satu perlakuan yang baik untuk kesihatan sebenarnya sebab aku pernah minum terus masa aku penat sangat sampai terlupa nak tarik dan hela nafas dengan baik, kemudian aku tercekik dan sakit dada. Bila dah kena, barulah sedar kebaikan sunnah.

5. Mengamalkan tembikai

Siapa yang suka tembikai dan suka makan tembikai dan selalu beli serta makan tembikai, tembikai ialah makanan sunnah. Menurut Ibnu Abbas, baginda SAW bersabda- "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan....". Selain tembikai, korang boleh amalkan makan buah sunnah yang lain seperti anggur, kurma, delima dan buah ara.

6. Adab dan warna pakaian

Islam menganjurkan kita berpakaian tidak mencolok mata. Dalam kita menjaga gaya pakaian kita, kita boleh dapatkan lebih pahala dengan memilih warna kesukaan Rasulullah SAW. Menurut beberapa hadith, warna pakaian yang kerap dipakai oleh baginda SAW ialah hijau, putih dan hitam. Ada juga warna lain seperti merah hati, kelabu dan juga warna-warna campuran.

7. Amalan minuman

Zaman sekarang ni, air bikarbonat berlambak di pasaran. Tapi minuman yang baik dan juga merupakan sunnah Nabi SAW ialah air susu dan juga air rendaman kurma atau sedikit madu. Aisyah r.a menyebut baginda SAW sukakan minuman manis dan sejuk sebab minuman manis dan sejuk mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan dan pencernaan makanan.

8. Memulakan pekerjaan dengan lafaz Bismillah

Lafaz bismillah ini sebenarnya satu doa untuk memohon perlindungan dari Allah SWT. Rasulullah SAW menganjur kita untuk mengingati Allah SWT dalam setiap pekerjaan.

9. Adab ketawa

Sebaik-baik ketawa adalah senyum. Sunnah Nabi SAW menganjurkan kesederhanaan. Hadith At-Tirmizi daripada Abdullah bin Harith juga ada menyebut- "Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman"

10. Adab tidur

Biasanya sebelum tidur kita berdoa dan basuh kaki atau berwuduk. Antara sunnah lain yang kita boleh tambah sebelum masuk tidur ialah tutup lampu dan tingkap (sebab ada segelintir suka tidur buka tingkap dan tak tutup lampu). Dikatakan perbuatan tidur buka tingkap di malam hari mengundang bahaya seperti haiwan berbisa atau jin, dan perbuatan tidur tak tutup lampu pula mendatangkan risiko leukimia). Selain itu, amalan mengibas tempat tidur 3 kali sebelum tidur juga antara sunnah Nabi SAW yang mudah dibuat dan mudah diamalkan.


Harap-harap perkongsian ni beri manfaat untuk kita di bulan puasa dan juga bulan-bulan seterusnya. Salam Ramadan Kareem.

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment