Tuesday 19 June 2018

Art Session: The Culture Couture

Morning, MaGians! What a wonderful morning, aku sekarang tengah berada di tempat kerja sambil dengar lagu, mengadap laptop, tak ada gangguan (which is 'side order' yang tak sedap) dan semestinya, kemas blog. Entri ke-5 mesti dibuat, bulan Jun tak lama lagi nak habis. So, aku bercadang nak upload kerja-kerja seni aku yang tak banyak. Kali ni aku lukis tema budaya dan fesyen Asia. Nanti aku akan sambung tema ni dalam buku lukisan yang baru.

Untuk koleksi kali ni, aku sebenarnya tak merancang pun nak lukis bertemakan budaya dan fesyen. Tapi tiba-tiba, aku rasa apa salahnya lukis 'something culture, something couture with a little bit of peculiarity?' Aku sebenarnya memang tak pandai lukis benda yang normal manis dan menenangkan hati ni *garu kepala

Artwork aku yang lain boleh didapati di Instagram @hshield. Boleh follow aku kat IG atau datang melawat, either way...aku tak kisah. Setakat ni aku tak jual lukisan aku. Tapi kalau aku jual, ada yang nak beli ke? *berangan mode

Okay, aku nak proceed~

Lona & Matu
Artwork ni dibuat bersempena dengan Pesta Ka'amatan dan perayaan Gawai Dayak di Sabah dan Sarawak. Lepas siapkan lukisan ni, aku pun berminat nak buat lukisan yang bertemakan budaya dan fesyen. Dan aku berminat nak tambah warna dalam lukisan aku.


Ekasari
Lukisan ni diinspirasikan dari pakaian golongan ningrat di Indonesia. Ningrat ni merupakan gelaran pewaris takhta kerajaan Jawa dan aku sebenarnya tertarik dengan gaya pakaian mereka. Mungkin lepas ni aku nak cuba lukis golongan ningrat sekali lagi.

Chempaka
Gaya lukisan ni diinspirasikan daripada pakaian tradisional Melayu, baju Kebaya. Pemakai kebaya ni selalunya nampak feminin, cantik dan manis. Why not aku tukar semua tu jadi pelik, unik dan sedikit...menakutkan?

Dayang
Lukisan ni diinspirasikan daripada pakaian tradisional orang Melayu yang boleh dikatakan paling dikenali ramai, paling tua dan paling lama bertahan sampai ke hari ni iaitu baju Kurung. Siapa kata baju kurung tak ada tarikan? Walaupun ada banyak fesyen zaman sekarang (peplum la, jubah dress la, abaya la..entah apa-apa lagi), aku tetap prefer baju kurung. Sebab aku suka benda yang ringkas, tak minat pakaian hebat lagi berserabut.

Dara
Gaya ni diinspirasikan daripada gabungan dua pakaian tradisional, baju kurung dan baju kebaya untuk menghasilkan baju Kebarung. Kebarung ni macam kebaya labuh tapi lebih longgar daripada kebaya labuh. Masa kecik-kecik dulu aku pernah pakai baju Kebarung. Disebabkan tema baju ni longgar, so aku pun memutuskan untuk 'longgarkan rambut' dan tutup separuh muka perempuan kat atas.

Srintil
Aku tertarik nak lukis gaya penari ronggeng Indonesia disebabkan buku Ronggeng Dukuh Paruk karya Ahmad Tohari. Nama lukisan aku pun diambil dari nama watak utama buku tu. Ada sesuatu yang unik tentang penari ronggeng ni yang aku tak tahu macam mana nak terangkan. Mungkin, misteri?

Dahlia
Gaya lukisan diinspirasikan daripada baju Kebaya Nyonya, pakaian golongan Peranakan Cina. Kebaya Nyonya ni lebih kurang seperti kebaya biasa potongan bajunya ada perbezaan. Biasanya kebaya Nyonya ni lebih berbunga dan meriah. Tapi untuk lukisan aku, aku letak bunga tu di luar rekaan baju dan aku gantikan dengan corak sisik. Sebab? Sebab aku yang lukis, jadi aku boleh reka ikut selera aku.

Mariam
Lukisan terakhir dalam koleksi kali ni ialah bertemakan pakaian wanita Melayu Sarawak iaitu tudung Keringkam, baju kurung dan kain selempang batik yang aku tukar coraknya ke arah tak berapa nak batik. Bagi aku, menarik juga lukis sesuatu yang bersifat lokaliti. Inilah pakaian orang aku masa dulu-dulu.


Kalau aku dah beli buku lukisan baru, nanti aku update lukisan terkini.
@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment