Thursday 30 August 2012

MyMalaysianIndependence: Sejarah Bendera di Malaysia

Ehemm...



Pertama sekali, saya sebagai rakyat Malaysia yang bakal mengundi tak lama lagi ingin mengucapkan, Selamat Hari Kemerdekaan ke-55 untuk seluruh rakyat Malaysia. Kibarkanlah Jalur Gemilang anda dengan penuh rasa megah dan bangga. Sekian, terima kasih.
.....


Takkan tu je kot?
(eh, tengok bawah dulu, ada soalan...)

1. Apa yang anda tahu mengenai sejarah bendera di Tanah Melayu?

Kalu ada wartawan tanya soalan camni masa korang jalan-jalan kat tepi jalan, jawablah seperti mengarang esei yakni....

Bendera, dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu menyebut sebagai sebidang kain yang diperagakan sebagai tanda dan lambang atau panji-panji. Ia berasal dari perkataan Old Saxon atau bahasa Jerman, Flaken atau Fleogan yang bermaksud kibarkan atau apungkan ke udara.

Sebelum Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, terdapat bendera yang digunakan mengikut kesesuaian pentadbiran pada masa tersebut iaitu Union Jack (sila rujuk God Saves the Queen). Ia pernah dikibarkan di Tanah Melayu sebelum mendapat kemerdekaan. Bendera Union Jack ini dikibarkan secara rasmi pada tahun 1824 untuk penubuhan Negeri negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura- negeri yang ada pelabuhan besar pada masa itu).

Kemudian, pada 1895,  pihak British perkenalkan sistem pentadbiran Negeri negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis).Satu bendera baru diwujudkan iaitu bendera Negeri negeri Melayu Bersekutu tapi Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu kekal menggunakan bendera masing-masing

Ni la rupa bendera Negeri negeri Melayu Bersekutu. Kat dalam bulatan putih tu sepatutnya ada gambar harimau tapi tak reti nak lukis jadi biar je la kosong. Imejin sendri okey camne rupe harimau tu.

Camne nak ingat fakta ni? Idea saya...
Tanah Melayu (Sebelum dibentuk)----kata kunci,  kuda Union dan Jack berharga 1824 
Negeri negeri Selat---ingat pelabuhan besar, kata kunci (PuPi jalan kat Melaka singgah kat Singapura)
Negeri negeri Melayu Bersekutu---kata kunci (Selangor kaya Perak, Pahang ada Sembilan)
Negeri negeri Melayu Tak Sekutu---kata kunci (Johor bawah Terengganu, Kelantan jiran Kedah, Perlis sorang-sorang; senang citer, bawak pekas pensil yang ada map Malaysia and hafal kata kunci ni)
Tahun NNMB dan NNMTB----kata kunci, Sekutu atau Tak Sekutu ko tetap bayar 1895!

Senang tak? Tak senang? Buat kata kunci sendiri.

Soalan seterusnya...
2. Apa yang anda tahu mengenai sejarah bendera Malaysia?

Dapat soalan camni, korang jawab...

Apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk 1948, idea bendera sebagai satu lambang kewujudan persekutuan timbul dan penciptaan bendera diilhamkan menerusi pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan yang dianjurkan pada Mei 1948. Pada 15 November 1949, Jawatankuasa menerima 373 reka bentuk yang dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan tetapi hanya 3 saja yang terpilih selepas disenarai pendekkan.

Akhirnya, rekaan ketiga, ciptaan En. Mohamed bin Hamzah, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Johor dipilih menjadi bendera Malaysia selepas dipinda beberapa kriteria seperti warna bulan bintang ditukar daripada putih ke kuning sebagai warna diraja (atas cadangan Sultan Kedah dan diperkenan oleh Majlis Raja-raja pada 22 dan 23 Februari 1950)

Pada 26 Mei 1950, bendera itu dikibar buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur, di hadiri oleh Sultan Selangor, dan wakil -wakil sultan, serta dinaikkan oleh Sir Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British Persekutuan Tanah Melayu) pada jam 9:30 pagi. Kemudian, upacara rasmi bendera dilakukan sekali lagi pada 31 Ogos 1957 (kemerdekaan Tanah Melayu) di Padang Kelab Selangor pada pukul 12.01 pagi bagi menggantikan bendera Union Jack.


Kata Kunci untuk fakta di atas....

Encik Mohamed bin Hamzah
Arkitek Jabatan Kerja Raya Johor,
Lot Tanah Melayu 1948, Lorong 373 Rekaan/ 3 terpilih, Perumahan Istana Sultan Selangor, Fasa 1950, Taman Padang Kelab Selangor, 31857, Selangor Darul Ehsan.
(Amaran keras: kalu tak ingat alamat sendiri jangan guna kata kunci ni)

Sekarang, soalan ketiga...
3. Apa itu Jalur Gemilang?

(Jalur Gemilang tu Bendera Malaysia, itu jawapan yang paling pendek. Nak yang panjang? Baca lagi...)

Jalur Gemilang berasal dari bendera Persekutuan Tanah Melayu dan diubahsuai pada 16 September 1963 bagi penubuhan gagasan baru iaitu Malaysia (percantuman Sabah, Sarawak, Singapura). Walaupun Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, jalur dan bintang pecah 14 dikekalkan dan digantikan dengan penubuhan wilayah Persekutuan.

Nama Jalur Gemilang diusulkan oleh Dato' Hashim Bin Mat Idris memandangkan bendera Malaysia masih belum mempunyai nama. Cadangan dikemukakan pada 11 Julai 1995 bagi mencari nama yang sesuai tetapi peraduan tersebut dihadkan kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Cadangan nama bendera yang dikemukakan perlu mengambil kira kriteria bendera itu sendiri, dalam bahasa Melayu, bersifat emotif, serta mempunyai prosa menarik dari zaman lampau yang melambangkan kesetiaan, keperwiraan dan lain-lain.

Maka, pada 1 Julai 1996, sebanyak 75 cadangan telah diterima beserta ulasan dan huraian makna nama. Dari jumlah tersebut, cuma 3 nama dipilih iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Namun, ketiga-tiga nama itu ditolak pada 11 September 1996 dan cadangan nama baru dikemukakan. Kemudian, 28 nama baru diterima seperti Rukun, Malaysia Raya, Jalur Citra Nusa, Jalur Padu Nusa, Jogan Nasional, Jalur Satria Negara, Jalur Nusa Gemilang, Jalur Sinar Gemilang, N.U.S.A, Sang Setia Wangsa, Mega Sakti, Jalur Gemilang, Saga Merah, dan Wirawan Jaya. Tapi, hanya Jalur Nusa Gemilang, Jalur Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang dipilih oleh ahli jawatankuasa.

Akhirnya, nama Jalur Gemilang, ciptaan Encik Redzuan Tumin pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan antikuiti dipilih dan diisytiharkan oleh bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1997 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kata Kunci:

Dato Hashim Mat Idris bercadang nak tempah kek bendera Malaysia. Tempahan kek dibuat 11 Julai 1995 tapi tak jadi. Lepas tu, beliau tempah balik 1 Julai 1996. Semua kek ada 75 jenis tapi 3 yang beliau pilih. Tapi, tak jadi ambik. Akhirnya, beliau beli kek Jalur Gemilang dari Encik Redzuan Tumin, kedai kek Muzium Negara dan Antikuiti dan dibawak ke Dataran Merdeka untuk Dr. M pada 31 Ogos 1997 sebagai tanda merdeka.

Tamat sesi soal jawab kita di ruangan ini.
Sejarah adalah perkara yang menyeronokkan!
Salam Merdeka dari saya, blogger MAIDENS GIEDD

>>Maklumat diperolehi dari buku kecil edaran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Malaysia Gemilang 50 dan diolah oleh blogger supaya lebih mudah difahami. Salah silap terkasar bahasa harap dimaafkan.



Saturday 18 August 2012

Going Back to: Kem Briged Lama---SK Gersik

29 Ramadhan 1433 (18 Ogos 2012)

Hari ni sister datang nak bawak gi carik daun pandan. Lagipun esok nak raya. So, parent kitorang decide nak berkunjung ke tempat tinggal lama kami kat Kem Briged Lama, berjiran dengan DUN Sarawak yang baru tue. Aku dulu tinggal kat situ hampir 13 tahun. Sekarang, macam2 pokok tumbuh kat situ. Tempat tu pon dah diambik menjadi kawasan tanah projek tapak semaian benih pokok and kununnya nak buat hotel berbintang (for me, who cares?) As long kitorang dapat pandan free, tak kisah la masuk semak...ha3

Makanya, perjalanan lima beranak (termasuk aku selaku anak dan penumpang berhemah) berjalan dengan baik lagi indah menuju ke sebuah tempat penuh semak samun. Di situlah, Kem Briged Lama. Kami terserempak dengan mat saleh cantik dua orang hari ni (hai...) Sebaik je sampai, niat mencari daun pandan diteruskan tapi, bagi aku n my brother, kami terpandang sekolah tempat kami jadi budak berhingus (SK Gersik nan tercinta--cinta ke?) My ginjal says: "Jom amek gambar..." Oleh itu, dengan langkah hepi girang riang ria hari raya (itu pon lepas pak guard kasi masuk), kami masuk kat dalam kawasan sekolah. At laz, selepas 11 tahun lebih meninggalkan sekolah ni (sebab kalendar tahun 2012 blom cecah bulan 12)....aku kembali semula ke sini----GOING BACK TO SK GERSIK....

"EVRYONE, I'M HERE..."
"Cikgu, ingat saya sik?"
"Saya sudah ke kantin, anda bila lagi?"

Pernahkah anda berehat di sini ketika anda warga Gersik?

Penjaga tiang bendera...
Main pondok2...
"Juh main sekepong!"
Masihkah kau ingat...?
"Kabare..."

Model tanggak
Gambar di tangki air: "Ko hade?"
"Lihatlah saya..aw.."
"Oh, indahnya alam..."
"Bertukar!"
dah ada dewan..kool~

Sebelum balik, amek gambar lagi. Tak tau bila lagi nak datang sini. Maybe when I'm 30..hahaha!
p/s: I came to the old space, to admit my past, hoping for my brighter future nearly than a second =D

"I'll be back..." (Terminator)
Images: it's mine, copyright 2012

Friday 3 August 2012

Humans Like Flowers

Humans like flowers;
Fueled by youthful affections,
Bloomed through the emerging glory,
The sweetness spread its scene,
Valued by its fresh,
Make all views in awed.

Flowers like humans;
As happiness flows like water,
And love pours like a fertilizer,
Heads bowed to each great,
Hands brawled to each sake,
Smiles killed to each heart,
And eyes died in each sight.

You are just like flowers,
You are strong yet you are fragile;
The petals will fall down.
You are pretty yet you are ugly;
Youthful will change in natural courses.
You are sweet yet you are bitter;
Past taste can never be similar.
You are nice yet you are evil;
As bloods are split in two times,
You are smooth yet you are rough;
As it well behaved in view, not in touch.

Humans and flowers are together;
Gone in time and left in dusts.

Actually, it's 03/08/2012-, at Kuching, Sarawak, Malaysia.
(unni's house)