Monday 17 April 2017

Nuansa Indonesia di Perkampungan Kuching

Kuching, sebuah bandaraya di Sarawak. Ditadbir oleh dua gabenor dan dikenali sebagai 'cat city'. Sebagai sebuah kota yang sudah lama wujud, Kuching menyimpan pelbagai sejarah di setiap sudut. Berbeza dari mana-mana bandaraya yang terletak berhampiran dengan laut seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu atau Melaka, Kuching terletak di tepi Sungai Sarawak. Sungai tersebut telah menghubungkan jaringan perdagangan, kepelbagaian budaya,  dan juga pertukaran ilmu.

Tarikan Kuching boleh dilihat menerusi keindahan tebingan Kuching pada sebelah petang, laksa Sarawak, dan pengaruh senibina abad ke-19. Selain itu, tarikan lain di Kuching ialah nuansa Indonesia yang diterapkan di dalam perkampungan Kuching. Seperti yang diketahui, Kuching mempunyai senarai nama perkampungan yang diberi bersempena dengan nama daerah/kawasan di Indonesia dan ia memberi petunjuk mengenai hubungan Kuching-Indonesia di masa lalu.

Antara nama-nama daerah/kawasan Indonesia yang dijadikan nama perkampungan di Kuching ialah:

Image result for kampung boyan kuching
Credits: Panoramio.com
Kampung Boyan, Kuching (dan juga Pangkalan Encik Omar).
Di Indonesia, nama Boyan dieja sebagai Bawean dan ia
merupakan sebuah pulau yang terletak 150km di Laut Jawa.

Image result for kampung gersik kuching
Credits: Uncleawangcapture.blogspot.com
Kampung Gersik, Kuching (dan bumbung DUN baru Kuching).
Di Indonesia, nama Gersik dieja sebagai Gresik dan ia merupakan
sebuah daerah di Jawa Timur.


Related image
Credits: Mapcarta.com
Kampung Semarang, Kuching. Di Indonesia, Semarang
merupakan sebuah bandaraya besar di Jawa Tengah sejak
abad ke-15, pernah dikuasai oleh Belanda selama ratusan
tahun dan pernah dijajah oleh kuasa Jepun pada Perang
Dunia ke-2.

Map of Kampung Demak Baru Fasa 1, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Credits: Google Map
Perkampungan Demak, Kuching merupakan sebuah kawasan
penempatan besar yang dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu Demak Jaya, Kampung Demak Baru Fasa I & II. Laluan di
sekitar penempatan ini dikenali dengan nama Wali Songo seperti
Jalan Kalijaga, Jalan Sunan Ampel dan Jalan Gunung Jati. Di
Indonesia, Demak merupakan merupakan sebuah daerah di Jawa
Tengah dan tempat bermulanya Kesultanan Demak- juga tempat
bermulanya kemahsyuran sembilan wali warak di Tanah Jawa.

Image result for kampung sourabaya kuching
Credits: iamyourgurupntay.blogspot.com
Kampung Surabaya, Kuching yang terletak berhampiran
dengan Kampung Boyan, dihubungkan dengan sebuah
jambatan. Di Indonesia, Surabaya ialah ibu kota di Jawa
Timur dan kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta.



@themagi2017
ruj: wikipedia | kompasiana.com | sarawak tourism

Monday 10 April 2017

Walking Saturday: Meraikan Zaman Persekolahan!

Tahun 2017- sesuatu yang menarik telah berlaku pada aku. Bukan pasal buku (sebab semua tu masih postpone) ataupun pasal wedding (sebab ada member salah sangka). Tapi pada 8 April, aku dan kawan-kawan aku meraikan mini reunion dan birthday party sambil memakai baju sekolah. Dan semestinya, kunjungan hormat ke sekolah lama ialah trip yang paling ditunggu-tunggu.

Bila meraikan ulangtahun usia yang ke-29 (aku insist umur aku ialah 19 tahun...kahkah~), banyak kenangan zaman sekolah muncul dalam ingatan. Dan bila aku tengok remaja zaman sekarang, ramai betul yang eager sangat nak cepat dewasa (suka sangat kot jadi tua?)

Walaupun aku dan kawan-kawan aku tahu zaman tu dah berlalu, tak salah cipta kenangan baru sambil pakai baju sekolah. Apa yang menariknya pasal meraikan zaman sekolah ni? Well...dari sudut ingatan aku:

Teringat dengan sesi Q&A dalam kelas- walaupun 
pada hakikatnya aku selalu mengendap bila cikgu 
lempar soalan cepu emas.

Waktu perhimpunan- masa paling berharga sebab
boleh siapkan kerja sekolah, bergosip, tidur dan
juga potong kuku sebelum spot check.

Duduk di kantin sambil bincang benda yang
selalunya tak ada kaitan dengan kerja sekolah.


Memasang niat nak lari dari kelas petang
tapi akhirnya pergi jugak sebab takut cikgu
marah.

Habis waktu kelas, keluar merayau dengan 
member dan bersukaria.


Melepak, borak dan gelak di bawah pokok. Masa 
macam ni selalunya budak sekolah berangan 
pasal masa depan. Tapi budak sekolah 'tamat tempoh' 
macam kami tengah mengenang masa silam.




Zaman sekolah tak lama, zaman pakai baju seragam sekolah tak lama, zaman remaja tak lama, zaman sweet 17 tak lama- kenapa remaja zaman sekarang nak sangat cepat tua? Bak kata orang putih yang bernama Henry Wadsworth Longfellow:

"Youth comes but once in a lifetime..."
(Usia belia pasti datang tapi hanya sekali seumur hidup)

@themagi2017


Wednesday 5 April 2017

ABC (April, Buku dan Cincang)

ABC. Macam belajar alphabet, kan? Tapi hari ni dan bulan ni memberi makna dalam hidup aku sebab today is my aging day dan pada bulan yang sama, buku sulung aku diterbitkan pada tahun lepas. Tahun ni buku sekuel lambat keluar sebab aku sendiri yang lambat buat homework. Tapi tahun ni aku yakin dua manuskrip aku dengan DBP dan S.O Publishing boleh setel (hopefully~)

Bila sebut pasal A for April?
Image result for Anthony Horowitz
Credits: The Huffington Post UK
Anthony Horowitz, penulis buku
Alex Rider
  • Hari ni aku genap 19 tahun (silalah percaya, walaupun aku amek SPM 12 tahun yang lalu).
  • Hari ni aku berparti hari jadi bersama selebriti Pharrell Williams, Haruma Miura, Akira Toriyama, Shin Min-a dan Juicy J. Baru sekejap tadi kitorang jumpa (jumpa kat Google search)
  • Selama ni aku share passion dengan penulis yang lahir sama hari dengan aku which is Anthony Horowitz (penulis novel terkenal British). Dia lahir 5 April 1955, aku lahir 5 April 1988. Hmm, aku dapat merasakan aku akan berjaya macam dia nanti.
  • Aku berkongsi hari yang sama dengan pelakon klasik Hollywood, Bette Davis. Siapa yang tak kenal Bette Davis, dia mendapat gelaran The First Lady of the American Screen sebab dapat tembusi pentas Hollywood yang didominasi oleh lelaki. Bette Davis lahir pada tahun 1908 dan meninggal dunia pada tahun selepas aku lahir, 1989.  Agak ironi di situ. Patut ke aku jadi pelakon? *bayangkan emoticon ketawa sambil menangis
  • Peristiwa paling menarik yang terjadi pada 5 April dalam sejarah? Bagi aku- Beethoven mengadakan persembahan pertama untuk orkestra 2nd Symphony in D pada 5 April 1803
Sekarang, kita beralih pasal buku. Buku?
Image result for cincang dendam terbalas
Credits: imgrum.club
Buku Cincang: Dendam Terbalas
Bergenre jenayah, thriller, psikotik
  • Buku pertama aku diterbitkan oleh Lejen Press pada tahun 2016.
  • Manuskrip tersebut disiapkan pada tahun 2015 semasa aku tengah buat manuskrip novel fantasi pengembaraan yang bakal diterbitkan oleh DBP.
  • Sekarang aku tengah siapkan manuskrip bergenre thriller. Publisher belum ditentukan.
  • Aku merancang untuk hasilkan satu buku puisi. ITBM sedang uruskan. Harap tak ada masalah.
  • Dan aku tengah merancang untuk hasilkan buku antologi cerpen. Hari ni aku sebut, siapa tahu setahun, 2 tahun, 3 tahun akan datang impian aku jadi kenyataan?
Dan akhir sekali, kita berborak pasal Cincang.
    Image result for cincang dendam terbalas sari yanti
  • Cincang ialah nama buku pertama aku, terbitan Lejen Press.
  • Tajuk asal buku ni ialah SATE.
  • Kisah kanibalisme buku ni tak ada kaitan dengan unsur ilmu hitam atau ilmu pelaris kedai sebenarnya. Watak utama tu cuma psiko, enjoy mencincang mangsa yang menyakitkan hatinya dan mengamalkan prinsip tak suka membazir daging yang ada. So, dia jual, dia dapat duit dan hidup dia bahagia sebab musuh dah mati.
  • Inspirasi cerita ni berasal dari Indonesia. Kejadian ni memang pernah berlaku sebelum zaman kedatangan Jepun. Seorang peniaga sate menggunakan daging manusia memandangkan dia tidak berkemampuan untuk membeli daging lembu atau ayam ketika era pemerintahan Belanda. Sisa mangsa disembunyikan di dalam pergi buta dan keadaan tersebut berlangsung selama bertahun-tahun. Disebabkan kejadian tu, atuk aku yang berasal dari tanah seberang langsung tak sentuh sate sampailah dia meninggal.
  • Aku menyimpan impian buku aku ni diadaptasi jadi filem, telemovie atau drama. Sari Yanti, aku nak dia jadi teraju utama sebab semua ciri-ciri fizikal karakter Sari based on her. Dan aku nak Fizz Fairuz jadi Masirat sebab muka dia typical Malay- menepati karakter Masirat.
Okay, entri ABC dah setel untuk tahun ni. Tahun depan kena buat sambungan DEF. Till we meet again, readers! Trimas sebab sudi baca, and sila sokong my first book :)

@themagi2017

Tuesday 4 April 2017

Seni Mural

Selamat siang, semua! Hari ni ialah hari berehat sebab semalam dan minggu lepas aku banyak buat kerja. Seronok bila dapat rehat sambil tengok mural yang aku buat sendiri kat dinding. Sekarang ni seni mural sangat popular dan korang boleh tengok bermacam jenis mural di segenap dinding di Kuching. Nanti aku share mural tu dalam entri seterusnya. So now aku nak cerita sikit pasal seni mural and semestinya, aku share mural yang aku lukis by using Pelaka. By the way, aku nak sangat try buat doodle mural kat mana-mana wall di Kuching. Kepada yang berkenaan, tolonglah invite aku...uhuhu~

Ini dia, hasil mural aku yang simple. Bertemakan teknologi
menggunakan cat Pelaka dan disiapkan dalam tempoh 8 hari.
Well, itu je yang aku mampu~

Sekarang, mari membebel pasal mural:
  • Mural ialah seni yang dilukis pada dinding, siling atau mana-mana permukaan yang bersifat kekal.
  • Mural memberi elemen kesenian di dalam pembinaan, mewujudkan harmoni di dalam sesebuah ruang.
  • Seni ini bermula sejak zaman Paleolitik menerusi penemuan mural di dinding gua Chauvet di Perancis. Ia berusia 30 000 BC.
  • Ketika era zaman pertengahan, plaster kering menjadi pilihan dalam membuat mural. Mural Kerala dari abad ke-14 menggunakan teknik fresco secco iaitu teknik mencampurkan plaster, batu kapur dan pigmen sebelum ditampal ke dinding dan membentuk imej yang diingini.
  • Di Itali, teknik fresco sangat popular. Terdapat perlbagai jenis mural fresco selain fresco secco seperti buon fresco (campuran air, pigmen warna, batu kapur atau plaster) dan mezzo fresco  (mural di atas plaster yang hampir kering).
  • Pada era Greco-Roman, teknik hot wax painting atau catan encaustic digunakan dalam menghasilkan mural.
  • Teknik tempera antara seni mural yang tertua. Tempera dihasilkan dari pigmen warna yang dicampur dengan putih telur atau kuning telur dan digaul bersama air.
  • Pada abad ke-16, seni lukisan atas kanvas besar menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa dalam menyiapkan mural. Tapi beberapa pendapat menolak cara tersebut sebagai mural kerana ia bersifat tidak kekal dan kanvas mungkin rosak akibat pelbagai faktor.
  • Pada zaman sekarang, mural dihasilkan dalam bentuk grafitti, gaya surrealist, gaya etnik, jenis jubin dan juga tradisional (mural yang dihasilkan menggunakan warna cat)
Antara mural yang menjadi kegemaran aku:

Widewalls Street Update
Credits: widewalls.ch
Millo- mural di Heerlen, Belanda

Street art
Credits: widewalls.ch
Mr. Thoms- Like A Vision

Widewalls Street Update
Credits: widewalls.ch
Martin Whatson- mural di Stavanger, Norway

street art murals
Credits: widewalls.ch
Vinie- mural di Euaze, Perancis

Globepainter - Montreal
Credits: widewalls.ch
Seth Globepainter- mural di Montreal, Kanada

Street Update
Credits: widewalls.ch
Ella & Pitr di Lyon- mural lelaki tidur di landasan keretapi

street art murals
Credits: widewalls.ch
Millo- mural di Milan, Itali

street art and murals
Credits: widewalls.ch
Seth Globepainter- mural di China

@themagi2017

8 Pigmen Warna Luar Biasa Di Dunia

Hello April. Musim bunga sudah tiba di negara 4 musim. Tapi kat tempat aku cuma cuaca panas. At least kat luar ofis aku nampak bunga-bunga tengah berkembang. Stres mengadap perangai orang pun hilang bila tengok bermacam-macam warna kat depan mata. Memandangkan mukadimah aku ada kaitan dengan warna, jadi aku decide nak kongsikan info mengenai warna. Kebanyakan orang dah tahu pasal warna primer, sekunder dan tertiar. Tapi berapa ramai yang tahu info mengenai 8 pigmen warna yang luar biasa?

Jom baca >>


Image result for egyptian blue
Credits: Journal of ART in Society
Biru Mesir (Egyptian Blue)
Pigmen warna ini digunakan di Mesir selama ribuan tahun. Kandungan pigmen ini terdiri silica, lime, copper dan alkali dan ia merupakan pigmen sintetik pertama di dunia. Pigmen ini direka bagi menggantikan pigmen warna lapis lazuli yang diperbuat daripada batu lapis lazuli yang berharga . Pigmen warna ini digunakan untuk membuat kerja-kerja kraftangan seperti pasu, manik, scarab dan sebagainya. Pigmen warna ini juga digunakan ketika empayar Rom berkembang.


Image result for han blue
Credits: Pinterest
Biru Han/Biru Cina (Han Blue/Chinese Blue)
Pigmen warna ini merupakan pigmen warna sintetik yang dihasilkan di China ribuan tahun yang lalu. Sebelum pigmen warna ini dicipta, sumber warna biru di China ialah dari azurite (sejenis batu kristal). Pigmen warna ini mengandungi barium, copper, silicon dan oxygen. Menurut perbandingan antara biru Han dan ungu Han, pigmen ini stabil dari aspek campuran kimia dan haba.


Image result for han purple
Credits: cfileonline.org
Ungu Han/Ungu Cina (Han Purple/Chinese Purple)
Pigmen warna ini merupakan pigmen warna sintetik dari China pada era dinasti Han dan penghasilan pigmen ini terjadi apabila pakar kimia pada era itu cuba untuk menghasilkan batu jed secara sintetik. Pigmen warna ini mengandungi bahan yang sama seperti biru Han tetapi ia berbeza dari segi struktur, formula dan komposisi secara kimia. Pigmen warna ini telah digunakan dalam penghasilan seni patung teracotta dan misteri pigmen ini masih dikaji sehingga kini. Menurut perbandingan ungun Han dan biru Han, pigmen ini kurang stabil dari aspek campuran kimia dan haba.


Image result for mayan blue
Credits: Pinterest
Biru Mayan (Mayan Blue)
Pigmen warna ini dihasilkan ketika era pra-Colombia Meso America seperti empayar Maya dan Aztec. Ciri-ciri pigmen ini ialah dari aspek kecerahan warna biru azure yang unik dan campuran pigmen itu sendiri iaitu berasaskan organik dan bukan organik iaitu dari daun tumbuhan bernama anil, dicampur dengan bahan kimia bergelar palygorskite dan tanah liat semulajadi yang bukan berasal dari kawasan Mesoamerica malah ia tahan dari rintangan cuaca, Pigmen ini digunakan dalam kerja-kerja seni, kraftangan, mural, ukiran dan juga tekstil.


Image result for tyrian purple powder
Credits: Royal Society of Chemistry
Ungu Tyrian (Tyrian Purple)
Pigmen warna ini telah dihasilkan seawal 1570 BC di Phoenicia Purba, salah sebuah kota penting pada zaman kegemilangan Greek. Pigmen ini mendapat perhatian yang tinggi kerana ketahanan pigmen tersebut dan kualiti warnanya. Ia dihasilkan dari siput laut yang digelar Murex dari spesis keluarga Muricidae. Pigmen ini bersifat semulajadi, menjadi warna diraja, merupakan barangan mewah di dalam perdagangan dan mendapat pengiktirafan dari empayar Rom.


Image result for dragon's blood pigment
Credits: Marianne Webb
Darah Naga (Dragon's Blood)
Pigmen warna ini dihasilkan dari resin merah dari pelbagai sumber tumbuhan seperti croton, dracaena, daemonorops, calamus rotang dan pterocarpus. Ia digunakan dalam perubatan, varnis, penghasilan kemenyan dan juga pencelupan warna. Setiap tumbuhan untuk menghasilkan pigmen ini didapati di kawasan yang berbeza seperti dracaena di Pulau Canary, daemonorops di kepulauan Indonesia dan croton pula di Equador, Brazil atau Peru. Pigmen ini juga dipercayai mempunyai kekuatan mistik dan ia digunakan dalam ilmu mojo/sihir/hoodoo bagi golongan Africa-America dan juga ahli sihir neopagan. 


Image result for tyrian purple powder
Credits: Royal Society of Chemistry
Lapis Lazuli
Lapis lazuli merupakan pigmen warna yang dihasilkan dari batu lapis lazuli. Ia merupakan pigmen warna berharga memandangkan batu lapis lazuli itu sendiri merupakan sejenis permata. Kandungan pigmen warna terdiri daripada lazurite, calcite, sodalite dan pyrite. Pigmen warna ini digunakan dalam lukisan jenis oil painting dan juga watercolour painting (lukisan yang bertajuk The Ascension menggunakan pigmen warna ini).


Image result for white lead pigment
Credits: Faydon
Plumbum putih (White Lead)
Pigmen warna ini telah digunakan dalam kerja-kerja seni lukisan potret jenis oil painting. Kaedah Dutch dalam menyediakan pigmen warna ini ada dinyatakan oleh Theophratus of Eresos (ahli filsuf dari Greek/anak didik Aristotle). Pigmen ini dihasilkan dari bahan carbonate dan hydroxide ions, serta bersifat mineral. White lead juga pernah digunakan dalam pembuatan kosmetik yang digelar Venetian ceruse yang menjadi pilihan Elizabeth I sehingga merosakkan kulitnya. Walau bagaimanapun, white lead mempunyai kandungan racun dan kebanyakan negara mengharamkan penggunaannya.


@themagi2017
ruj: wikipedia | hyperallergic.com | ancient-origins.net