Wednesday 28 March 2018

Trend Tarian Zaman Sekarang

Hello good afternoon, guys (baca dalam slang British). Hari ni aku nak update entry pasal trend. Sebelum ni pun aku ada buat pasal trend (rujuk sini) tapi kali ni aku nak spesifikkan sikit pasal trend apa yang aku nak maksudkan.

Sekarang ni, trend menari dah macam benda biasa. Makin lama makin banyak pula video self dance or tarian berjemaah dimuatnaik di laman sosial. Semua orang nak tunjuk bakat menari depan henpon masing-masing. Ada yang best, ada yang mengada, ada yang buruk nak mampos (sori, aku tetiba membawang~). Tapi yang pasti, lepas ni confirm keluar tarian baru yang aku sendiri pun tak berapa nak faham. Tak apalah, kita teruskan~

Poco-poco
Image result for tarian poco-poco gif
source: SAYS.com
Dulu, ramai yang gila poco-poco. Sampaikan semua orang jadikan tarian ni sebagai senaman pagi. Lepas tu tarian ni dijadikan rutin pagi badan beruniform. Sekarang, tarian ni jadi amalan sesetengah pakcik makcik je. 

Gangnam Style
Image result for gangnam style gif
Source: gifer.com
Gangnam Style ialah tarian kuda yang dipopularkan oleh penyanyi Korea Selatan, Psy. Cover tarian Gangnam Style ni bermula di Malaysia bila ada yang upload video menari sambil pakai baju Raya, kalau aku tak silaplah. Lepas tu, ramailah rakyat menjadi 'kuda'.

Harlem Shake
Image result for harlem shake gif
Source: GIFSOUP.com
Harlem Shake ialah tarian yang dikatakan mendapat inspirasi dari kawasan Harlem, New York. Idea video ni bermula dengan sekumpulan manusia yang duduk atau berkelakuan secara normal dan tiba-tiba mereka pun menari macam nak gila menjadi tular pada tahun 2013. Lepas tu, ramai la yang buat cover dan menggila.

Panama Dance
Image result for panama dance gif
Source: gfycat.com
Sekarang musim Panama dance. Kisah Panama dance ni dikatakan bermula di China bila ada yang upload video menari diiringi lagu Panama yang dinyanyikan oleh Matteo. Kemudian, video tersebut menjadi dance meme di Thailand dan mula di-cover di negara lain. Agak kelakar, lagu tu dikeluarkan pada tahun 2013 tapi baru sekarang jadi popular. Matteo pun terkejut.

Dab Dance
Image result for dab dance gif
Source: tenor.com
Dab dance ialah spesis tarian kesukaan budak zaman sekarang. Tarian ni dikategorikan sebagai simple dance; cuma angkat tangan ke kiri ke kanan badan gaya Nazi, sengetkan kepala dan sila lompat-lompat kijang. Tarian ni merupakan simbolik remaja, 'muda', bergembira atau meraikan kejayaan.

Raver Dance
Image result for raver dance gif
Source: photobucket.com
Tarian ni amat digemari budak-budak Wechat khususnya dan dilabelkan sebagai tarian ganjil dan para penari dianggap sebagai 'act alpha'. Aku tak dapat nak spesifikkan jenis tarian ni sebab aku nampak bermacam-macam jenis gerakan spesis di dalam tarian seperti sotong kena candat, ulat kepanasan, ikan tak cukup air dan sebagainya.

Shooting Star
Related image
Source: gfycat.com
Aku rasa banyak-banyak video tarian dari vines atau meme mengarut, aku paling suka Shooting Star (sebab tu aku masukkan dalam senarai).  Aku tak tahu macam mana nak gambarkan tarian ni sebab yang aku nampak victim yang terpilih akan diedit dan dipaksa 'menari' terbang ke angkasa lepas.

@theMaGi2018

Monday 26 March 2018

Produk Sesuai Untuk Kulit Kering dan Berparut

Hello again, MaGian! Aku baru lepas update entri Borneo Run. Sebelum aku lupa, aku nak buat short entry pasal produk sesuai untuk kulit kering dan berparut. Kalau korang nampak gambar aku dalam entri Borneo Run, gambar tu tak edit. Aku tak pakai beauty camera. Sebab tu muka aku nampak pucat dan bloated. Tapi sekurang-kurangnya tak kering sebab sebelum ni aku ditimpa masalah kulit kering dan parut kat muka memang jelas sangat. Dah macam lanun.

Okay, masalah kulit kering ni disebabkan aku try pencuci muka jenama terkenal dari Jepun. Aku beli kat Watson. Kulit aku memang cerah lepas guna, tapi kering dan mula terkopek-kopek sampai kulit muka aku jadi merah. Aku tak serasi pakai produk tu. So, aku berhenti guna. Then member aku suggest beli produk water-based. Ada berlambak di Watson. Sekarang aku dah pakai produk water-based dan hasilnya, kulit aku lebih lembab, tak kemerah-merahan macam kena simbah air panas, tak gatal dan parut pun pudar. Aku masih guna toner Oxy untuk kempiskan jerawat dan Freeman facial scrub charcoal black sugar sampai sekarang sebab cepat hapuskan jerawat yang baru nak membesar. Mungkin sebab kos produk tak mahal- itu yang penting. Untuk mereka yang ada masalah macam aku, aku memang suggest korang guna produk water-based. Memang selesa sangat.

Antara produk yang aku pakai sekarang:

Image result for facial mask
Facial mask
Aku beli pelbagai jenama. Tapi aku suka pakai jenis aloe vera, 
honey ataupun rose. Sebab kulit nampak bersih lepas guna.

Image result for bio essence hydrate
Bio Essence Hydra Tri-Action
Pencuci muka ni tak memedihkan kulit langsung walaupun kulit muka
aku macam kena simbah air panas. Thanks for member yang suggest.

Image result for bio essence cool gel
Bio Essence Miracle Bio Water
Serius, memang sedap gila apply water gel ni kat kulit. 
Sangat segar dan langsung tak pedih. Bengkak kulit yang 
merah dah mula reda. From red to a bit pink. Okay lah tu,
nampak progress positif.

Mungkin lepas ni aku nak try water sleeping mask. Bila umur dah masuk 3 series ni, kulit lambat nak sembuh. Tak macam dulu. Oh, faktor usia~

@theMaGi2018

Borneo Run 2018

Good evening, MaGians! Hari ke-26 bulan Mac, cepatnya masa dulu...which is good sebab masa aku diisi dengan bermacam-macam aktiviti. Aku tak nak ulang stres kerja dalam entri kali ni, sebab aku rasa stres setiap kali aku nak tulis...so aku rasa lebih baik aku ringkaskan mukadimah.


Related image
Source: facebook/wereborneonrun2018
Untuk mengurangkan stres di tempat kerja, aku sertai larian ke-3 pada tahun ni iaitu Borneo Run 2018, Sarawak versus Sabah anjuran CityOne Megamall. Mula-mula aku tak nak join sebab fees agak mahal. Tapi baju dan medal Borneo Run ni cantik. Akhirnya aku join disebabkan aku rasa motivated nak dapatkan baju dan medal limited edition. Sebab apa aku sebut limited edition? Sebab tahun ni tahun terakhir Borneo Run Sarawak versus Sabah. Tahun depan, penganjur nak collaborate dengan negeri lain sama ada Sarawak versus Penang atau Sarawak versus Johor. Dengan kata lain, aku bangga sebab dapat sertai larian terakhir Borneo Run antara 2 negeri Borneo. 


Bertemakan We Are Borneon Run, peserta dibahagikan kepada 2 kategori sahaja iaitu 5 km dan 10 km. Aku pilih 5 km sebab kalau aku pilih 10 km, aku tak tahu sama ada aku larat nak habiskan maraton dan mungkin tak sedarkan diri kat tepi jalan. Peserta larian berkumpul di hadapan CityOne Megamall yang diinspirasikan dari Beijing Olympic Stadium (berbentuk sarang burung). Peserta larian 10 km bermula pada 6:30 pagi dan seterusnya diikuti oleh peserta 5 km. Aku tak pasti laluan untuk 10 km tapi untuk 5 km, starting point bermula di CityOne. Seterusnya Song Plaza, papan tanda Pos Laju Jalan Song dan Kampung Tabuan Lalang, Upwell Jalan Song, 7-Eleven, Taman Sahabat dan kopitiam sebelum buat U-turn di simpang Jalan Setia Raja (rujuk gambar di bawah)



Untuk larian kali ni, aku bangga sebab laluan 5 km is half of 10 km. Boleh tahan jauh, memang terbakar lemak aku yang tak seberapa. Mungkin kurang mencabar sebab jalan rata, tak berbukit (tak macam larian Loving Charity Night Run). But still, aku penat gila. Aku rasa, aku dapat extra motivasi untuk habiskan larian berpunca dari laksa sarawak, roti tuna, kacang panggang dan lots of free drinks yang disediakan penganjur untuk finisher. Kalau lambat habis, tak dapat makan free, hahaha~

For personal record, aku mulakan larian (fast walk, sebetulnya) pada jam 6:35 pagi, aku berjaya habiskan 5 km pada pukul 7:30 pagi. Aku dapat medal tanpa buat shortcut dan sesungguhnya aku bangga dengan diri sendiri  sebab tak give up *self pat

Okay, aku rasa aku dah ready untuk next run *to be continued

Peserta berkumpul di depan garisan Start, tunggu 
pengumuman dari pihak penganjur.

Suasana di garisan mula sebelum peserta 5 km dilepaskan. Based on pedometer yang aku set masa starting, aku buat 7537 steps. Kurang sikit dari larian 5 km Loving Charity Night Run. Mungkin sebab aku banyak buat big step dan jalan pun lurus tak berbukit.

Muka lepas habiskan 5 km. Tengah rehat sambil makan laksa Sarawak. Ntah apa point aku berlari tapi lepas tu makan banyak...kahkah!

Selfie bersama medal. Sori, muka aku nampak bloated sebab tak cukup tidur. Tapi berbaloi aku korbankan masa tidur sebab...

"I run because I really like FOOD!"

Okay, aku jujur sangat. Haha! Tapi yang sebenarnya, aku memang perlukan aktiviti larian sebab....

"Running is cheaper than therapy." And that's all I need to relieve my stress.


@theMaGi2018

Wednesday 21 March 2018

20 Fakta Ringkas Melayu Sarawak

Selamat malam, sekalian MaGians. Aku tambah 's' di belakang MaGi, simbolik plural. Dengan penuh rasa lega lagi lapang, aku berjaya siapkan satu manuskrip. Sampai bengkak bijik mata aku sebab aku tak nak bertangguh. 
Image result for melayu sarawak
Credits: http://mte3012-sherrene.blogspot.my
Sepanjang proses menyiapkan manuskrip yang bergenrekan sejarah, aku rasa macam tak sangka banyaknya benda yang aku tak tahu. Makin banyak membaca, makin banyak yang tak tahu. Aku tak tahu. Aku memang tak tahu. Bila sebut 'tak tahu' banyak kali, macam bodoh sangat bunyinya, kan? Tapi sebenarnya, bila kita belajar banyak benda memang kita akan sedar banyak benda yang kita tak tahu. Kita memang tak tahu. 'Tak tahu' ialah perkataan yang menyedarkan diri kita bahawasanya kita ni manusia biasa. Tinggi manapun kita belajar, berapa banyak sijil yang kita ada, berapa hebatnya pangkat yang kita dapat, sejauh mana kita dah pergi dan berapa banyak harta yang kita cari, kita takkan pernah tahu apa yang ada di hadapan kita. So, be humble.

Jadi dengan rasa rendah diri lagi bersyukur, aku nak sangat kongsi sebahagian pembacaan aku daripada jurnal akademik yang aku baca mengenai Melayu Sarawak. Siapa Melayu Sarawak asli? Tolong angkat tangan! Sejujurnya, aku tak tahu siapa Melayu Sarawak Asli di Sarawak. Sebab aku sendiri Melayu Sarawak campuran. Tapi kalau ada, boleh pm aku.

Jadi persoalannya di sini, siapa yang tahu pasal Melayu Sarawak? Apa yang kita tahu tentang Melayu Sarawak? Berapa ramai yang tahu tentang fakta ringkas tentang Melayu Sarawak? Aku tak pasti budak zaman sekarang tahu atau tidak, apatah lagi makcik pakcik. Sebab media sogok fikiran orang ramai bahawa Sarawak tak ada Melayu. Kalau ada, Melayu Sarawak dianggap minoriti disebabkan pengaruh media yang asyik tunjuk kaum lain, padahal Melayu Sarawak ramai sebenarnya. 

Okay, aku tak nak buang masa. Aku bagi ringkasan jadi sekurang-kurangnya kita tahu sedikit siapa bangsa Melayu. Aku ringkaskan dalam bentuk point. Harap anda semua ambil peduli dan selamat menambah ilmu pengetahuan.
  1. Menurut kajian Mohamed Anwar Omar Din, Nusantara dibahagikan kepada 4 sub gugusan empayar pada abad ke-14 iaitu Melayu (Sumatera), Tanjung Negara (Kalimantan), Hujung Medini (Tanah Melayu dan Thailand) dan Jawa (Jawa). Menerusi Gugusan Tanjung Negara, Sawaku ialah gugusan sub empayar sama seperti Kalka, Tanjung Kutei, Malano dan Barune(ng). Sawaku dipercayai merujuk kepada Sarawak. Pada masa ini, Melayu bertebaran di 4 sub gugusan empayar dan perlahan-lahan mewujudkan masyarakat Melayu di Sarawak.
  2. Di Sarawak, istilah ‘masuk Melayu’ ialah istilah yang biasa digunakan bagi mereka yang memeluk agama Islam, menganggap diri sebagai Melayu dan dianggap Melayu oleh orang yang sebangsa dengannya. 
  3. Melayu merujuk kepada masyarakat yang tinggal di pesisir laut dan beragama Islam pada era Rajah Putih.
  4. Melayu Peribumi merupakan penduduk asal yang mendiami Sarawak. Mereka tidak berhijrah dari tempat lain dan mengamalkan kehidupan tradisional. Ia dibuktikan dengan penemuan istilah ‘Melayu’ di dalam catatan Cina dan Barat sejak dari abad ke-7 lagi. 
  5. Sarawak pernah ditadbir oleh kesultanan Brunei dan ia bermula pada abad ke-15 iaitu pada era Awang Alak Betatar.  Seterusnya, para pembesar Melayu Brunei dihantar ke segenap bahagian di Sarawak seperti Saribas, Kuching, Samarahan, Kalaka, Lidah Tanah dan juga Sadong. 
  6. Penempatan awal Melayu Sumatera dipercayai bermula di Lidah Tanah iaitu di sekitar Sungai Sarawak pada awal abad ke-15.
  7. Penduduk Kampung Boyan berasal dari Jawa dan dibawa masuk oleh Pengiran Muda Hashim dan pada asalnya mereka menetap di Kampung Permutus, sebuah penempatan yang berhampiran dengan India Street yang sudah tidak wujud lagi.
  8. Penduduk asal Kampung Gersik pula dipercayai dari Sumatera dari sebuah kawasan bernama Kayong, berhijrah sekitar abad-19. 
  9. Di Sarawak, melayu campuran mewujudkan golongan yang berasimilasi (sebagai contoh: apabila orang Dayak menikahi orang Melayu sehingga wujud istilah ‘masuk Melayu’). Ia juga membuktikan bahawa Melayu sudah ada di Sarawak sebelum kedatangan Brooke.
  10. Pada abad ke-15 pada pemerintahan Sultan Brunei di Sarawak, banyak suku seperti kaum Dayak, Melanau dan Kedayan memeluk agama Islam dan mereka mengubah cara hidup mereka sehingga menjadi seorang Melayu. 
  11. Beberapa kaum minoriti di Sarawak sudah pupus pada awal abad ke-19 akibat proses asimilasi mutlak seperti Pegu, Seru dan Bliun antara yang terawal memeluk Islam dan mengamalkan kehidupan seperti masyarakat Melayu. 
  12. Pedagang dari Arab dan India Muslim dipercayai datang ke Sarawak pada abad ke-5. Sebahagian daripada mereka menetap dan menikahi wanita tempatan. 
  13. Penyebaran agama Islam secara aktif pada tahun 1521 Masihi di Sarawak telah mewujudkan golongan Melayu dari yang memakai gelaran sayyid/syed, tungku dan juga wan.
  14. Masyarakat Melayu Sarawak sudah mengamalkan cara hidup Islam sebelum kedatangan James Brooke. 
  15. Sekolah Melayu Encik Boyang antara sekolah Melayu terawal yang dibina dalam era Brooke. Ditubuhkan pada 1861, ia merupakan pusat pendidikan untuk pelajar Melayu dalam menimba ilmu agama dan pendidikan berlandaskan agama Islam.
  16. Perahu balok Melayu ialah perahu yang digunakan oleh orang Melayu di Kampung Ladung dan Batang Air Simunjan secara meluas suatu masa dahulu. Ia diperbuat daripada kayu balak dan pada awalnya ia dibuat menggunakan keseluruhan pokok dengan menggunakan peralatan mudah seperti parang dan beliong. Ia juga dikenali sebagai Sampat.
  17. Datuk Merpati ialah tokoh dipercayai sebagai pengasas kepada kerajaan Santubong dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu. 
  18. Kuching, atau Sarawak pada suatu masa dahulu antara negeri yang tersenarai dalam petikan dari teks lama Brunei dan mempunyai sejarah tersendiri dari segi penempatan, sosio-politik dan ketamadunan Melayu Sarawak. Pengaruh Johor (empayar Johor-Riau) terhadap Sarawak berterusan di dalam kerajaan besar Brunei menerusi pemerintahan Sultan Tengah.
  19. Terdapat sebuah masjid kecil di tebing sungai pada kaki bukit yang digunakan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di Kuching. Masjid sudah wujud lebih awal sebelum James Brooke tiba. Masjid tersebut mengalami perubahan dan kini ia menjadi Masjid Divisyen Kuching dan ia menjadi lambang bagi Melayu Sarawak yang sejak sekian lama berpegang pada prinsip Islam.
  20. Bermukun dan bergendang ialah budaya masyarakat Melayu Sarawak yang diamalkan sebelum kedatangan Brooke. Menurut kajian dari Institut Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur, pantun bermukun dan bergendang merupakan gambaran world view masyarakat mengenai konsep cinta terhadap Tuhan, manusia, dan alam.
@theMaGi2018

Monday 19 March 2018

Daya Tarikan Immortal Song

Hello Mac! Pada hari yang ke-19 bulan 3, aku duduk depan desktop. Suasana petang agak panas, aku tak ada selera nak buat kerja. Lebih-lebih lagi aku tengah sakit mata. What to expect? Jadi, aku pun nak update satu entri untuk bulan ni. Sebenarnya, aku tak idea nak tulis apa. Benci betul bila tak dapat luangkan masa untuk blogging macam dulu-dulu. Banyak sangat kerja, tinggi sangat expectation, komitmen makin melampau. Kadang-kadang aku rasa, commitment is suck~

Okay, bila aku rasa perasaan suck menderu dalam otak, aku akan siapkan manuskrip yang tertangguh sambil dengar lagu. Yes, lagu. Aku dengar bermacam-macam jenis genre lagu. Tak kisahlah lagu bahasa sekalipun, sebab fokus aku pada muzik. Bukannya pada lirik lagu.

Berbalik semula dengan tajuk di atas, sekarang ni biasanya orang suka tengok variety show dari Korea seperti Running Man, Infinite Challenge atau SNL. Ataupun, peminat Korean brand lebih tertarik dengan K-Drama. Tapi aku pulak suka tengok Immortal Song, sebuah rancangan menyanyi yang menghimpunkan penyanyi Korea berbakat dan mereka nyanyi semula lagu-lagu lama yang pernah hits suatu masa dulu dalam gaya muzik yang mereka suka. Melalui program ni aku nampak ada ramai penyanyi yang bagus di Korea dan Korea bukan setakat Kpop semata-mata. Aku cukup suka macam mana mereka rearrange lagu lama sehingga menjadi 'baru' mengikut versi mereka, sampaikan aku rasa lagu tu bukan lagu orang lain tapi lagu mereka sendiri.

Well, mungkin ini yang dimaksudkan 'muzik sampai ke jiwa'. Okay, aku bagi list lagu dari Immortal Song yang aku suka. Diingatkan, lagu yang aku suka...kalau korang tak suka boleh cari lagu lain :)

Kim Feel- Eyes of Gold (2015)


Kim Feel- Seoul Moon (2016)

Kim Myunghoon- Goodbye Song (2016)

Park Kiyoung- Yeonan Pier (2017)

Park Kiyoung- Song For You (2017)

Song Sohee- Haeundae Elegy (2016)

Song Sohee- Tomorrow (2014)

Song Sohee & Ko Youngyeol-  This is Goodbye (2017)

Ha Dongkyun- After Love (2013)

Hong Kyung Min- Obsession (2013)

Sung Hoon (Brown Eyed Soul)- Shaky Friendship (2013)

@theMaGi2018