Friday 14 July 2017

Dilema Pelajar Zaman Sekarang

Hello, Jumaat. Sedar tak sedar hari ni hari Jumaat dan sejujurnya hari ni bukan hari yang produktif lagi berkhasiat. Aku rasa otak aku yang penat. Kalaulah aku boleh hantar otak aku pergi travel, ko ghase?

Image result for brain cartoon
Macam nilah agaknya rupa otak aku tengah holiday....

Okay, back to topik yang aku nak share. Hari ni, aku nak tulis tentang pelajar zaman sekarang. Aku bekerja di institusi pendidikan, setiap hari aku nampak dan dengar apa yang pelajar zaman sekarang hadapi dan terima. Memang jauh sangat beza zaman dulu dan zaman sekarang. Aku tak nafikan pelajar zaman sekarang dapat bermacam-macam bantuan, program pendidikan, silibus yang ditambahbaik, sistem pembelajaran yang dipertingkat. Pendedahan terhadap ilmu ICT pun disertakan sekali. Pelajar zaman sekarang dapat semuanya. Bak kata orang putih, more is better.

Tapi ada pepatah lain yang menyebut: Less is more.


Kelebihan=Kekurangan

Image result for student dilemma silhouette
Sekarang ni aku nampak pelajar dapat banyak kelebihan. Aku tak cakap pasal pelajar sekolah menengah, aku cakap pasal pelajar sekolah rendah. Pada usia yang masih muda, pelajar didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baru. Banyak benda yang mereka belajar. Cuma masalahnya,  ilmu yang sepatutnya berguna telah dimanfaatkan untuk hiburan semata-mata. Okay, aku bagi contoh:
  • Mereka tahu apa itu Internet, tapi mereka cuma berminat dengan Facebook dan Youtube. 
  • Mereka tahu apa itu telefon pintar, tapi mereka cuma berminat dengan selfie, Whatsapp dan Wechat.
  • Mereka tahu apa itu komputer, tapi mereka cuma berminat dengan game dan tengok KDrama.
  • Mereka tahu apa itu Google, tapi mereka manfaatkan kewujudan Google untuk cari gambar artis atau cari lirik lagu Despacito (sebagai contoh).
Selain dari isu kelebihan yang jadi kekurangan dalam masa yang sama, aku nampak pelajar belajar terlalu banyak benda baru sehingga mereka tak tahu benda yang mudah. Sebagai contoh:
  • Mereka belajar Bahasa Melayu setiap minggu, tapi tak faham penggunaannya. Nak minta kebenaran pergi tandas pun tak betul. Sebagai contoh: Cikgu, nak pergi tandas! padahal sepatutnya: Cikgu, saya nak minta kebenaran untuk pergi ke tandas. 
  • Mereka belajar Sejarah, tapi mereka tak peduli pun. Bagi mereka, buat apa nak belajar pasal benda dah lepas dan sibuk pasal orang yang dah mati?
  • Mereka belajar Matematik, tapi mereka lebih concern jumlah kredit dalam telefon, atau duit belanja sekolah setiap hari.
  • Mereka belajar Sains, tapi mereka tak boleh kaitkan Sains dengan kehidupan mereka. Padahal  Sains berlaku setiap hari dalam kehidupan such as kenapa lepas berak, najis tak terapung di udara? Jawapannya: tarikan graviti.
  • Mereka belajar Pendidikan Islam, tapi mereka cuma berminat bab akil baligh. Motif? Fikir sendiri.

Dilema Pelajar Zaman Sekarang

Sebenarnya, aku kesian betul dengan budak-budak zaman sekarang. Banyak betul benda nak dihadam dalam kepala otak. Mereka belajar sebab mereka terpaksa, mereka tak ambil peduli pun mereka belajar sebab apa. Aku sendiri nampak budak-budak belajar di kelas setiap minggu dan kelas tambahan pada sebelah petang tapi bila aku tanya balik, mereka tak ingat apa yang cikgu ajar dan tak faham apa yang buku teks bebelkan. Malah, mak bapak sangat pentingkan markah ujian dan nombor berapa di dalam kelas sampai pembelajaran adab dan nilai-nilai murni diketepikan. 

Secara tidak langsung, beberapa perkara yang kurang baik sedang berlaku. Sebagai contoh:
  • Mereka masih muda, tapi terdedah dengan perkara matang yang tak sesuai untuk umur mereka. Secepat kilat, fikiran mereka dipengaruhi dan dikotorkan.
  • Mereka sepatutnya belajar, tapi tertarik dengan perkara lain yang tak sepatutnya (bercinta-cinta, putus cinta, patah hati, ada yang sampai ke tahap nak bunuh diri). Lama-kelamaan, mereka lebih banyak berangan dari memikirkan masa depan.
  • Mereka didedahkan dengan keseronokan dunia orang dewasa (contoh: mekap, rokok, fesyen etc). Mereka jadi tak sabar nak dewasa.
  • Mereka diajar untuk fokus untuk jadi apa di masa hadapan (nak jadi doktor, peguam atau majistret) dan kepentingan status di mata masyarakat, tapi tak diajar tentang bagaimana untuk menjadi manusia yang berilmu, berguna dan berbakti.
Aku tahu niat pendidikan zaman sekarang ialah untuk mematangkan pelajar dan bagi ilmu secukupnya untuk kegunaan di masa dewasa. Tapi aku rasa dilema pelajar zaman sekarang ikut bertambah seiring dengan bebanan pelajaran dan dugaan persekitaran yang lebih berpengaruh. Banyak sangat yang perlu difokuskan (skil interpersonal, skil intrapersonal, skil verbal, skil linguistik, skil entah apa benda aku pun tak tahu). Akhirnya, kelebihan yang diberikan membawa masalah dan pelajar jadi keliru dengan lambakan ilmu. Korang tahu apa yang manusia buat bila dah keliru? Mereka bosan, malas nak berfikir. Bila bosan dan malas nak berfikir, korang rasa apa yang manusia cari? Hiburan. Ya, hiburan yang terbentang tak disekat ada di sekeliling mereka. 

Sebenarnya, mak bapak tak boleh harapkan sekolah semata-mata. Tak boleh harapkan silibus pendidikan semata-mata. Tak boleh harapkan teknologi semata-mata. Pelajaran bermula dari rumah. Mak bapak memegang peranan utama dalam menangani dilema pelajar. Dilema pelajar bukan setakat isu belajar tapi mereka juga berdepan dengan dilema seperti:
  • Isu karakteristik
  • Isu fizikal dan penerimaan
  • Isu keluarga
  • Isu perbandingan dan perbezaan
  • Isu persaingan
  • Isu etika & moraliti
  • Isu pengaruh rakan sebaya dan banyak lagi
Bagi akulah, pelajar zaman sekarang berdepan banyak konflik semasa berubah. Mereka nak jadi remaja tanpa memahami makna menjadi remaja. Mereka nak cepat dewasa tanpa memahami realiti alam orang dewasa. Mereka tak sabar nak tinggalkan zaman kanak-kanak tanpa mengetahui apa yang menanti mereka di masa hadapan. Jadi aku nak pesan satu je:

Image result for childhood quotes

@themagi2017

Friday 7 July 2017

Sebab-sebab Munculnya Pemusnah Rumah Tangga Orang

Hello Jumaat yang indah. Sedar tak sedar, kita dah sampai di hari Jumaat dan tarikh hari ni pun cantik- 07/07/2017. So, ada tak sesiapa yang nak menamatkan zaman bujang dan mendirikan istana impian hari ni? Kepada sesiapa yang akan melangkah masuk ke alam perkahwinan pada hari ini, aku ucapkan selamat berbahagia sampai ke akhir hayat dan of course, till Jannah. Sejujurnya, aku tak gemar sangat wish pengantin dengan statement 'berbahagia sampai ke anak cucu.' Takat anak cucu je ke? Lepas dapat cucu, tak boleh teruskan kebahagiaan tu ke? Hati-hati. Zaman sekarang ni, atuk nenek pun boleh bercerai-berai disebabkan orang ketiga.

Bila sebut pasal orang ketiga...? Okay, itulah benda yang aku nak cerita. Seronok topik ni, boleh beli siap-siap racun perosak sebab aku nak list-out siapakah makhluk perosak dalam institusi perkahwinan.


Isu Masalah Rumah Tangga

Rumah. Tangga. Kalau ada kedua-duanya, lengkaplah tempat tinggal kita. Macam tu juga institusi perkahwinan. Perempuan. Lelaki. Kalau bersatu dan berbahagia, lengkaplah makna akad mereka. Memandangkan aku ni masih lone ranger dan aku menulis dari perspektif seorang bujang, jadi aku mendapati isu rumah tangga ni banyak sebenarnya. Suami spesis sampah, isteri jenis tak tau bersyukur, suami dayus atau isteri nusyuz- aku senaraikan contoh yang bersifat umum, malas nak detail banyak sangat. Dan, masalah tak datang dari sebelah pihak saja. Lelaki atau perempuan, kedua-duanya ada potensi untuk buat kesalahan.

Cuma masalahnya, siapa yang mulakan dulu?


Orang ketiga: Siapakah Kau?

Macam yang aku sebutkan di atas, ada banyak sebab berlakunya masalah rumah tangga. Kadang-kadang, ada pasangan tak sanggup bersama lagi bukan disebabkan oleh kes curang, tapi disebabkan oleh masalah persefahaman. Hari-hari bertengkar, hari-hari tak sependapat, hari-hari tak puas hati antara satu sama lain. Bila hari-hari hidup macam tu, mesti tak ada seorang pun yang nak mengalah. Mesti nak menang tak kira apapun. Itu namanya ego. Bila kedua-duanya dah ego, semuanya jadi bosan? So, untuk apa nak bersama lagi?

Tapi jika ia melibatkan masalah curang, siapakah orang ketiga? Kalau bermaksiat, yang ketiga tu syaiton. Adakah orang ketiga tu sama spesis dengan syaiton? Pernahkah korang dengar/tengok/lihat syaiton bertopengkan manusia? Kalau kata tak pernah tengok, memang sah korang bukan seorang manusia tapi patung kayu. So bila menyentuh bab orang ketiga, pasti ramai manusia yang pernah dikhianati akan berdiri dan bersedia nak merejam orang ketiga. Tapi orang ketiga berpendapat itu bukan salah mereka pun dan mereka tak ada niat nak jadi perampas. Alasan?
  1. Dah jodoh mereka dengan suami/isteri orang, nak buat macam mana?
  2. Cinta takkan wujud kalau bertepuk sebelah tangan. Tapi dua-dua tangan dah bertepuk, maksudnya kedua-dua pihak suka sama suka. Bukan salah dia sorang.
  3. Hati dah tak dapat menahan cinta. Orang ketiga ni percaya, cinta mereka ni semurni minyak masak Seri Murni yang berkonsepkan pemeringkatan dua kali. Maksudnya, mereka dah pasti yang cinta mereka ni mendarat ke hati suami/isteri orang. Sebab tu mereka tak kisah jadi yang kedua. 
Kalau ada alasan lain tu, aku rasa mungkin korang dah boleh agak sebab apa orang ketiga wujud dalam masyarakat dan menjadi pemusnah rumah tangga orang.


Sisi Terang Seorang Pemusnah Rumah Tangga Orang

Image result for bright side
Sebelum aku nak buka topik pasal sisi gelap seorang pemusnah rumah tangga orang, biar aku bagi sikit info pasal sisi terang orang ketiga ni. Eh, ada ke sisi terang bagi perosak kebahagiaan orang? Sabar, jangan angkat pisau kat aku. Sebenarnya dalam 100 kes kehadiran orang ketiga, mungkin 1 atau 2 orang je yang memang tak berniat langsung nak mencelah dalam perkahwinan orang lain. Mungkin jiran tetangga atau sekalian makcik akan cop dahi dia sebagai perampas. Cuma dalam sesetengah kes, orang ketiga 'diwujudkan' atas sebab:
  1. Ada perempuan suka dimadukan. Percayalah. Memang ada yang suka hidup bermadu. Tapi mereka ni teramat rare.
  2. Isteri merasakan dia tak dapat berikan zuriat. Dia sendiri yang carikan orang ketiga untuk suami dia sendiri walaupun sedih. Tapi dia buat demi kebahagiaan bersama. Isteri macam ni pun rare.
  3. Isteri tahu umur dia tak panjang, awal-awal dah suruh suami carikan pengganti. Hmm, yang ni pun rare species.
  4. Isteri benarkan suami bawa masuk orang ketiga sebab keadaan dan nasib orang ketiga yang sangat malang dan harus dibela. Oookay.. sangat rare.
  5. Isteri biarkan suami cari orang ketiga sebab dia memang tunggu saat tu untuk berpisah dengan suami dia. Dia dah penat dengan perangai suami dia so kalau ada yang sanggup ambil posisi dia, why not?
Senarai kat atas menunjukkan tahap rarity pasangan yang bernama isteri. Macam mana dengan suami? Pelikkah kalau suami tak kisah isteri ada orang ketiga? Dayuskah suami itu? Sebenarnya dalam sesetengah kes, ada situasi yang jarang sekali berlaku tapi ia pernah berlaku.
  1. Suami merelakan isteri cari orang ketiga sebagai persediaan jika dia mati (maksudnya, suami tu nazak sangat, risau kalau tak ada orang yang mampu jaga isterinya nanti kalau dia dah tak ada).
  2. Suami reserve kawan baik dia sendiri sebagai pendamping isterinya bila dia tak ada (sama kes kat atas) dengan alasan isterinya akan dijaga oleh orang yang paling suami percaya.
  3. Suami membiarkan isteri cari orang ketiga sebab...dia ada alasan kukuh untuk ceraikan isteri dia dan dia boleh cari calon isteri baru yang lebih baik. Sebenarnya, poin no.5 (kat atas) dan poin yang ke-3 ni ada persamaan iaitu orang ketiga bukanlah bersalah sepenuhnya. Yang bersalah ialah isteri dan suami yang gagal menguruskan rumahtangga akibat kelemahan masing-masing. Orang ketiga tu muncul pada masa yang tepat di saat pasangan tu memang berniat nak berpisah.

Sisi Gelap Seorang Pemusnah Rumah Tangga Orang

Image result for dark side
Sekarang kita masuk ke topik sisi gelap seorang pemusnah rumah tangga orang. Uu, banyak kegelapan yang berkaitan dengan spesis perosak ni. Apa yang boleh aku senaraikan sisi gelap seorang manusia yang mencelah masuk ke dalam hidup orang lain dan merosakkan semuanya? Kenapa mereka masuk campur dalam rumah tangga orang? Kenapa mereka nak sangat ambil hak orang? Kenapa mereka sanggup bina kebahagiaan dari air mata orang lain? Kenapa? Kenapa?

Jawapan untuk begitu banyak kenapa di atas, ini dia jawapannya. Sebab munculnya pemusnah rumah tangga orang (based on pemerhatian peribadi, pengalaman orang lain, drama pukul 7 TV3, novel cintan berlambak kat pasaran dan FB posts yang senang diakses) ialah:
  1. Mereka jadi perampas hak orang sebab mereka tak suka tengok orang lain bahagia. Sisi gelap? Cemburu dan hati busuk.
  2. Mereka jadi pemusnah kebahagiaan orang sebab mereka rasa mereka yang sepatutnya mendapat kebahagiaan tu. Sisi gelap? Tamak, ego, tak guna.
  3. Mereka hancurkan sesebuah institusi perkahwinan/kekeluargaan sebab mereka yakin mereka lebih baik dari pasangan sebelumnya. Sisi gelap? Angkuh, riak, perasan bagus.
  4. Mereka sanggup bina kebahagiaan dari air mata orang lain sebab mereka rasa kebahagiaan dan hati mereka ni lebih utama untuk dijaga. Sisi gelap? Selfish tahap dewa.
  5. Mereka rosakkan rumah tangga orang sebab mereka rasa dah tak ada pilihan lain untuk dapatkan orang yang mereka nak. Sisi gelap? Bukan setakat sisi gelap, semuanya gelap pasal perosak ni. Dasar makhluk perosak.
Dear Third Person~

Orait, dah sampai part terakhir. Yay! Kalau ada orang ketiga baca entri aku sampai ke bahagian ni, sila jangan marah. Aku cakap benda betul je. Kalau nak marah jugak, aku peduli apa. Mungkin ada yang akan cakap macam ni- "kalau benda ni jadi kat kau, apa kau nak cakap?" Sebetulnya, aku memang third person...dalam family aku sebab aku anak no.3...so what? Sebagai seorang manusia yang waras dan berakal, aku tahu consequences hubungan macam tu. Aku tak suka orang ubah kedudukan barang aku (sebab aku ada OCD), ko bayangkan kalau orang rampas hak aku? Memang parang la jawapannya. And vice versa, aku tau orang lain pun tak suka hak dia diganggu. Jadi kepada orang ketiga yang tahu dia tu orang ketiga dan tahu kehadiran dia sebagai orang ketiga tidak dialu-alukan malah hanya mendatangkan mudarat, mungkin korang patut cakap macam ni pada diri sendiri-

Dear me, JUST IN CASE I'M CONFUSED OR UNASHAMED...
GOD WILL NEVER SEND SOMEONE ELSE'S HUSBAND/WIFE

Pesanan seorang pemerhati: Shield Sahran
@themagi2017

Wednesday 5 July 2017

BULI: Antara Mental Pembuli dan Mangsa Buli

Salam Julai. Salam Syawal. Salam keamanan untuk semua. Seperti yang aku pernah sebut dalam entri bulan 6, entri bulan ni berkisar tentang isu berat. Tentang anak-anak, tentang perkahwinan. Sekarang aku nak bincangkan isu buli. Sejak kebelakangan ni, kes buli makin menjadi-jadi. Sampai ke tahap jenayah dan pembunuhan. Kita semua tahu kes yang berlaku pada tahun ni, aku tak nak sebut nama mangsa di sini sebab aku tak sampai hati nak tulis kronologi kematian mereka. Orang sindir kita pun kita dah sakit hati dan rasa nak mengamuk, bayangkan kena buli dan dera sampai mati? Bagi aku, itu bukan buli lagi- itu pembunuhan. Sebab?

Terlebih gurau, terlebih nakal atau terlebih marah; ada syaiton nirojim di tengah-tengah. Si syaiton nirojim tu la yang tiup hati kita sampai kita terlebih excited. Kau ingat makhluk ketiga tu cuma pilihan pasangan yang duduk berdua sendirian je ke untuk dihasut? 


Menyingkap Masalah Buli

Image result for bullies
Credits: money.cnn.com
Buli bermula di peringkat sekolah, ia berlanjutan hingga ke luar sekolah. Merangkumi tempat kerja, kejiranan, masyarakat dan juga di kalangan keluarga sendiri. Buli kecil-kecilan boleh dilihat menerusi tutur kata yang memperkecil-kecil fizikal atau mental seseorang secara konsisten, yang mampu mempengaruhi fikiran mangsa buli sehingga mangsa berasa tidak selesa, hilang ketenteraman dan mewujudkan rasa tidak yakin pada diri. Buli yang lebih besar ialah gabungan penderaan mental dan fizikal. Ia merosakkan psikologi mangsa ke tahap yang lebih besar dan ia membawa kesan yang lama dalam tempoh jangka panjang sekiranya mangsa berjaya melepasi keadaan tersebut.

Jika aku nak fokuskan tentang masalah buli, ada banyak sebenarnya. Sebagai mangsa buli yang dibuli sejak dari tadika sampailah ke sekolah menengah, aku tahu apa perasaan dibuli. Layanan buli yang aku terima paling awal sekali ialah ejekan kawan setadika. Mereka rampas barang-barang aku dan mereka campak makanan mereka kat kepala aku sambil mengatakan aku bodoh dan buruk. Masa tu aku tak faham, kenapa mereka buat aku macam tu?

Fasa buli yang aku terima seterusnya ialah transisi perubahan buli mental/emosi ke arah fizikal. Ia bermula dengan layanan dingin dan asyik mengulang perkataan yang sama iaitu- aku ni buruk. Kemudian, baju aku digunting. Aku difitnah rakan sekelas atas tuduhan mencuri sampai aku dihukum. Mereka ganggu aku sepanjang waktu di kelas, dihimpit menggunakan meja atau kerusi. Ataupun kepala aku dipulas gaya gusti WWE dan cara yang paling senang sekali ialah mereka pergunakan cikgu untuk menentang aku. Masa tu aku betul-betul tak faham, kenapa mereka layan aku macam ni?

Selepas itu, aku masuk ke alam sekolah menengah dan transisi buli berubah sekali lagi. Kali ini lebih ke arah mental/emosi. Bekas rakan sekelas di sekolah rendah memalukan aku depan pelajar lain- mengungkit kisah membuli mereka terhadap aku. Menunjukkan bahawa aku lembik, bangang, dan senang untuk dibahankan. Aku dah remaja masa tu, mestilah aku rasa malu bila diburuk-burukkan. Jadi masa tu aku mula faham satu perkara- aku tak boleh dipandang rendah lagi.


Kenapa Membuli?

Kenapa membuli? Itulah persoalan yang pernah bermain di fikiran aku apabila aku teringat semula dengan sikap mereka yang pernah membuli aku. Dulu aku betul-betul tak puas hati, aku marah. Aku pernah berharap mereka mati kena langgar treler la, kena hempap batu bata la, mati kebakaran la. Semua harapan tu wujud disebabkan aku marah. Malah aku pernah berharap suatu hari nanti kalau mereka berkahwin, pasangan mereka tu jenis tak guna dan anak yang mereka ada nanti akan jadi mangsa buli atau kaki buli yang jauh lebih teruk. Biar mereka rasa apa yang aku rasa, apa yang aku tanggung selama 10 tahun dan kerosakan emosi yang aku hadapi.

Tapi sekarang, aku berjaya melepasi dunia pembulian. Masa mematangkan usia dan fikiran. Apa yang berlaku suatu masa dulu, biarlah Tuhan yang uruskan. Aku mula melihat kehidupan aku di masa lalu dari perspektif yang berbeza. Kenapa mereka membuli? Kenapa aku dibuli? Kenapa wujudnya buli? Dan kenapa buli masih wujud?

Sebagai pemerhati yang pernah melalui pengalaman tersebut, aku nak kongsi sikit apa yang aku perhati selama ni, selama aku dibuli dan bagaimana aku berusaha untuk melepaskan diri dari dunia tersebut. Hidup selama 29 tahun di atas bumi yang bulat ni, aku rasa dah tiba masanya untuk luahkan pemerhatian aku dalam bentuk catatan.


Mental Pembuli

Bila kita dengar kes buli dan jenayah buli yang membawa kematian, kita mesti tertanya- apa yang ada dalam kepala otak pembuli ni? Buli sampai ke tahap membunuh, bagi aku tu dah separuh dari kegilaan. Mereka gagal mengawal kewarasan mereka sebagai manusia dan sebaliknya membiarkan sifat 'animal instinct' (atau macam yang aku sebut kat atas, hasutan syaiton nirojim) merosakkan pertimbangan akal. Buli secara fizikal dan mental tapi tidak mendatangkan kematian, yang itu ada banyak sebab.

Bila sebut sebab-sebab membuli, di sini aku senaraikan berdasarkan pemerhatian aku secara ringkas sebagai mangsa suatu masa dahulu. Kebarangkalian senarai ini mungkin 50% ke 80% sama seperti mangsa buli yang lain. Aku akan pecahkan senarai ke dalam 5 bahagian iaitu:

1. Masalah keluarga

Ada segelintir pembuli yang membuli aku dulu tu ada masalah keluarga. Masalah tu tak semestinya penceraian, penderaan atau penolakan dalam hubungan kekeluargaan. Bagi  kes aku, si pembuli ni seorang abang. Anak sulung dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan adik-adik. Seawal usia 8 tahun, dia uruskan macam-macam kerja di rumah. Keluarga dia pun bukannya orang senang. Masa tu aku tak tahu dia stres. Stres akibat bebanan tanggungjawab yang dia terima pada usia yang masih muda. Aku pernah jumpa adik dia, adik dia selalu puji abang dia baik. Tapi bila masuk dalam kelas, perangai abang dia macam jilake. Sekarang, aku tahu kesan bebanan di rumah dia cuba lepaskan pada orang yang dia tengok lemah dan senang dipijak- iaitu aku. Well, dia tak dapat nak luah rasa marah depan mak bapak dia, so dia cari orang lain sebagai ganti.

2. Too proud too fragile

Ko tanya apahal aku letak statement kat atas untuk merujuk sebab membuli? Too proud too fragile- ini ialah isu dalaman bagi sesetengah pembuli. Bagi kes aku, si pembuli ni budak baru di sekolah. Dia masuk masa Darjah 4 dan dia rasa sekolah baru dia ni tak sebaik sekolah yang dulu. Dia ni anak dari keluarga baik-baik, mak bapak dia jenis warak, keluarga kelas pertengahan yang hidup selesa dan secara ringkasnya, keluarga dia ni tak bermasalah pun macam poin kat atas. Tapi kenapa dia membuli? Dia rasa dia bagus sangat. Dia pandai mempengaruhi kawan sekelas. Dia pandai secara akademik, ada rupa dan aktif bersukan. Cuma satu je masalahnya- mulut dia 'vavi' sangat. Masa tu aku tak tahu isu ke'vavi'an dia tu ialah simptom bangga diri yang wujud disebabkan ada rasa fragile pada diri. Aku boleh andaikan dia mengalami masalah untuk memenuhi expectation mak bapak dia yang alim. Aku pernah nampak dia berbeza sangat bila mak bapak dia datang ke sekolah. Sopan, lembut, taat. Tapi bila mak bapak tak ada, ke'vavi'an mulutnya menjelma semula.

3. Follower

Manusia ni, kalau ada yang mulakan sesuatu, ada la yang nak mengikut. Begitu juga dengan kes buli. Bila seorang kawan yang acah-acah pailang dan gengster belasah budak lemah, ada la yang nak uji kekuatan dan nak tumpang glemer. Bagi kes aku, ramai yang jadi follower ni. Si A buli aku, dia pun nak buli. Bila si B kutuk aku, dia pun nak mengutuk. Sebab? Dia tak nak ditinggalkan, dia nak rasa setaraf jadi golongan alpha di sekolah. Ataupun dia takut kalau dia tak ikut sama, dia pulak yang kena buli. Sebenarnya sebahagian dari kumpulan membuli ni adalah masalah inferior terhadap diri mereka dan psikologi mereka menggesa supaya rasa inferior itu perlu digantikan dengan memasukkan diri ke dalam kelompok yang dapat membangkitkan keyakinan mereka. 

4. Animal Instinct

Kalau korang dah baca sampai ke bahagian ni, maksudnya korang mesti dah perasan aku dah sebut pasal animal instinct. Aku tertarik dengan perbincangan Prof. Dr. Muhaya yang menyebut proses didikan anak fasa pertama ialah kasih sayang pada usia 0-6 tahun, disiplin pada usia 7-14 dan seterusnya ialah proses keremajaan menuju ke alam dewasa- memerlukan pendekatan yang berbeza. Okay, aku tak nak sentuh bab tu. Tapi sepanjang proses 0-6 tahun, otak manusia akan mencirikan sifat 'blind nature'. Sebab tu korang tengok budak-budak sukar dikawal, bertenaga dan degil. Masa tu, mak bapak perlu memainkan peranan untuk kawal perkembangan perilaku anak-anak secara lembut dan konsisten sehingga sahsiah diri anak-anak terserlah menjelang usia 7 tahun. Tapi bila mak bapak menggunakan konsep "Biarlah...budak lagi" atau menghukum tanpa bertanya ataupun mak bapak sendiri tidak menjaga sikap, korang tahu sendiri lah jawapannya.

Bagi kes aku, itulah yang berlaku pada sesetengah pembuli yang membuli aku sebab sikap animal instinct mereka tak dikawal oleh mak bapak mereka, lebih-lebih lagi di kalangan budak lelaki. Aku pernah dengar sesetengah bapak berkata "Budak lelaki mesti berani mesti kuat. Kalau lemah, penakut tu orang pengecut." Jadi mereka tak begitu kisah jika anak mereka berkelakuan kasar kerana baginya itu adalah sikap anak laki-laki sejati. Well, very typical minded. Pemikiran macam nilah yang menggalakkan anak-anak meluahkan tenaga mereka dengan cara yang tidak baik. Aku tahu, budak-budak lelaki yang buli aku tu dulu kononnya nak membuktikan kejantanan mereka. Kalau tak tunjuk kuat, tak jantanlah namanya. Pui~

5. Angkuh

Okay, inilah yang spesis pembuli yang korang akan jumpa di mana-mana. Angkuh, sebab pembuli ni ada segalanya. Pandai, ada rupa, keluarga sempurna, berharta dan apa yang dia nak, semuanya dia dapat. Sampai ke satu tahap, orang macam ni rasa nak menguasai orang lain. Dia nak buktikan bahawa dia mampu dapatkan apa saja yang dia nak.

Bagi kes aku, pembuli ni anak orang senang. Bapak dia berpangkat besar dalam badan berkanun. Orangnya tinggi dan berkulit cerah, keluarga dia sempurna dan dia pun pandai. Dia selalu bermegah-megah dengan apa yang dia ada dan memandangkan bapak aku ni cuma staf bawahan bapak dia, dia pandang rendah pada aku. Dia anggap berkulit hitam tu jijik, bergigi senget tu hina dan hidup miskin tu sesuatu yang lucu untuk diketawakan. Dia bukan setakat buli orang secara mental/emosi, dia juga membuli secara fizikal- boleh pulak dia arahkan member satu kelas pergi bersihkan bilik tidur dia kat rumah dan siapkan kerja sekolah dia? Lepas tu boleh pulak pinjam duit member dan tak bayar-bayar. Dah macam gengster kononnya. Korang nampak tak kesan bila terlebih memanjakan anak boleh mewujudkan keangkuhan dalam diri anak tersebut?


Mental Mangsa Buli

Sekarang kita masuk ke bahagian mental mangsa buli. Dalam dunia ni ada mangsa buli. Ramai yang kecundang. Ramai juga yang berjaya. Aku tak kata aku ni manusia berjaya tapi sekurang-kurangnya aku berjaya membuktikan aku tak lemah. Jadi, topik kita sekarang ni ialah- Kenapa dibuli? Sebab apa dibuli? Dan bagaimana buli tercetus? Di sini aku nak kongsikan situasi pembulian yang dihadapi oleh mangsa buli. Aku tak tahu keadaan mental mangsa buli yang lain, mungkin lebih teruk dari aku. Mungkin juga ada yang senasib dengan aku. Tapi aku rasa kebarangkalian senarai aku ni mungkin 60%-85% dari apa yang pernah berlaku. Apa-apapun, mangsa buli ni mempunyai kelompok tersendiri iaitu:

1. Easy target

Easy maksudnya mudah. Mudah nak faham, kan? Bila seseorang tu nampak mudah (dalam erti kata lain: baik sangat, polos dan pendiam), golongan alpha yang ada animal instinct, angkuh dengan diri sendiri, dan teringin nak tunjuk skil bossy pasti tercari-cari mangsa yang sesuai untuk ditunggang. Aku tak pernah dengar mangsa buli tu kuat. Kebanyakannya lemah dan kesunyian. Orang macam merekalah yang akan menjadi 'makanan' pembuli sebab mereka mudah dibuli dan takkan berani melawan. Keadaan ini menyebabkan mangsa buli tidak dapat mengembangkan kebolehan ataupun bakat yang mereka ada dipergunakan untuk memudahkan orang lain. Sebab itulah mereka digelar easy target.

2. Kekurangan Fizikal

Okay, yang ni memang biasa berlaku dalam masyarakat kita. Asal buruk sikit, hina. Asal hitam sikit, kutuk. Asal senget sikit, maki. Seolah-olah cantik tu begitu supreme dan sempurna. Bagi yang rasa diri tu perfect sikit dari mangsa buli, kekurangan fizikal akan menjadi sumber bahan api bagi kaki buli untuk membakar semangat mereka untuk membuli. Membuli menimbulkan keterujaan dan memenuhi kehendak liar mereka. Ada sesetengah pembuli mengatakan, kekurangan fizikal mangsa buli membuatkan mereka rasa menyampah, jijik dan menyakitkan mata. Mereka tak suka mangsa buli di depan mereka, mereka rasa mangsa buli patut nyah dari dunia ni sebab mangsa buli tu buruk macam sampah. Bagi akulah, pembuli tu yang patut nyah dari dunia ni. Ko ingat ko sempurna sangat?

3. Bukan Follower

Tak semua mangsa buli ni tak melawan. Ada yang melawan sebenarnya, macam aku. Ada mangsa buli tak redha kena buli setiap hari, mereka tak nak jadi follower- ikut je kata pembuli buat itu ini. Tapi pembuli jadi makin marah, makin sakit hati bila dilawan. Maka makin menjadilah rasa nak membelasah orang. Mangsa buli jenis yang ketiga ni selalunya ada tiga peluang- sama ada dia berjaya lepas, dia terpaksa akur ataupun dia mati. Bagi kes aku, aku melawan dalam diam. Aku tak nak biarkan mereka lemahkan fikiran aku walaupun mereka sakitkan fizikal aku. Apapun yang mereka buat, aku diamkan diri. Macam batu yang tak ada perasaan. Sebab aku tak lawan cakap mereka masa tu? Mak aku cakap, kalau lawan api dengan api, maka semualah terbakar. Makin mereka buat aku, aku makin diam dan aku tak nak ambil peduli. Ko ghase? Macam peninju lawan bongkah batu. Tapi ada sesetengah mangsa buli, hati mereka tak kuat untuk melawan dalam diam. Sebab tu aku kata mangsa buli kategori ni ada tiga peluang. Mereka ni mungkin diperhambakan atau berakhir dengan kematian. Mintak dijauhkan dari perkara-perkara macam tu.

4. Dicemburui

Tak semua orang yang dibuli tu hodoh, miskin, buruk atau nerd. Kadang-kadang, yang cantik yang kaya yang ada segala-galanya pun kena buli. Sebab apa? Mangsa buli ni dicemburui. Si pembuli rasa tercabar sehingga mewujudkan ego. Bagi kes seorang mangsa buli yang aku kenal dulu-dulu, dia ni pandai, ada rupa dan keluarga pun boleh dikatakan senang dan bahagia. Tapi dia disuruh buat kerja sekolah pelajar lain, salin nota, kemas rumah orang dan duit pun selalu kena pinjam. Ko tahu apa maksudnya? Dia dilayan macam tu atas dasar ketidakpuasan hati para nokharom yang tak guna. Pantang tengok orang lebih sikit, mula lah nak tunjuk hebat. Mangsa buli dalam kelompok nombor 4 ni tak sedar bahawa dia tu ada banyak kelebihan yang orang lain inginkan. Kalaulah dia buka mata dan beranikan diri, dia akan bebas dari kelompok ni.

Sejujurnya, orang tak tahu apa yang terjadi pada mental mangsa buli selepas melalui pengalaman macam tu. Macam aku sendiri, kesan dari kejadian macam tu aku mengalami beberapa simptom pasca-buli dan sisa simptom tu masih ada sampai sekarang. Aku rasa segelintir mangsa buli mengalami isu yang sama macam aku iaitu:
  • Masalah identiti: mangsa buli tak tahu mereka ni manusia ke sampah, atau makhluk ciptaan Tuhan ke sandbag, atau tak tahu mereka ni layak kekalkan jantina ke atau patut tukar jantina. Macam kes aku, aku nak jadi lelaki. Aku nak jadi kuat jadi aku tak kena buli lagi. Tapi tak jadi lelaki pun aku boleh jadi kuat. Manusia kuat kerana ilmu, kerana akal dan kerana adab. Merepek je aku ni masa kecik-kecik dulu, haha~ 
  • Perubahan emosi: mangsa buli biasanya merasakan hidup mereka dirosakkan oleh pembuli. Bagi mangsa buli sekolah rendah, keindahan zaman kanak-kanak dah tercemar dengan realiti sebenar kehidupan yang serba ganas. Bagi kes aku, kesan pembulian mewujudkan masalah psikologi yang hampir sama seperti thanatophobia. Aku jadi takut pada kehilangan. Especially kalau hilang duit...rugi oo~
  • Perkembangan sikap: sesetengah mangsa buli mengalami pelbagai perkembangan sikap. Ada yang kembali normal dan hidup bahagia. Ada yang menjadi murung dan hilang arah tuju. Ada yang bertukar menjadi agresif dan sukar dikawal (ada yang menyalurkan rasa marah kepada orang lain dan menjadi pembuli). Ada juga yang berubah menjadi lebih progresif dan menjadikan nasib malangnya sebagai self-inspiration. Dalam kes aku, aku anggap kisah lama sebagai terapi. Aku dapat apa kalau aku marah dengan benda yang dah lepas kan? Rilek suda...
  • Skil sosial- Poin terakhir ni lebih kurang macam poin kat atas tapi yang ni merujuk kepada rangkaian sosial yang lebih luas, bukannya bersifat individualistik. Mangsa buli biasanya mengalami sedikit masalah untuk bersosial. Itu yang aku hadapi sebelum ni yang berpunca dari masalah self-esteem yang sangat rendah, kecewa, malu dan terkurung dalam dunia sendiri- aku takut kena kritik. Tapi kan, bosan kalau hidup macam tu. Aku pun tak pasti berapa lama aku hidup kat dunia ni. Why not berubah dan buktikan kemampuan yang aku ada? Enjoy life while it lasts.

Kewujudan Buli

Sejujurnya, buli wujud kerana adanya golongan yang dominan dan ada golongan yang tak dominan. Kemudian, wujudnya ruang, sebab dan punca untuk membuli. Buli akan sentiasa ada selagi golongan dominan merasakan mereka layak untuk mendominasi dan golongan yang kurang dominan berjaya didominasi. Masalah ini sebenarnya wujud apabila kepelbagaian atau perbezaan tidak diterima. Aku tak dapat membantu golongan pembuli supaya sedar dari perbuatan mereka selagi ego mereka masih ada. Aku juga tak dapat membantu golongan dibuli supaya bangkit menentang selagi hati dan minda mereka tak kuat. Aku cuma dapat cakap satu je:

Kita manusia ni sama je. Ko cantik, ko buruk...ko tetap ciptaan Tuhan. Tak ada siapa pun yang sempurna. Dah mati nanti tinggal tulang jugak, kan?



Pesanan dari pemerhati dan pernah mengalami: Shield Sahran
@themagi2017

Tuesday 4 July 2017

Sebelum Mengakhiri Zaman Bujang

Image result for marriage
credits: spreadshirt.com
Morning gais! Entri kedua bulan ini, bulan perayaan dan bulan yang sama untuk makcik-makcik tanya soalan cepu emas kepada mereka yang masih bujang iaitu:

"Bila nak menikah?"

Bergegar kepala lutut bila dapat soalan macam ni. By the way, aku pun kena soal macam ni- dah beberapa tahun aku kena soal-siasat. Tapi aku tak marah bila ada yang berkias-kias, tak takut ke jadi anak dara tua? Aku ni sebenarnya jenis okay je kalau jumpa jodoh, tak sedih pun kalau tak jumpa jodoh. Aku tak kisah kalau orang cakap aku tak laku sebab aku tahu aku bukan produk supermarket dan aku rasa ramai yang masih bujang di luar sana ada sebab tersendiri kenapa masih membujang sampai sekarang.

Wahai makcik-makcik, jiran tetangga, saudara mara dan sekalian manusia yang selalu ingin tahu fikiran orang bujang yang masih belum menikah, baca entri ni sampai habis. Aku bagi senarai yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi kenapa orang bujang masih kekal membujang. Dan kepada orang bujang yang mengakhiri zaman bujang, korang perlu baca ni juga untuk buat keputusan dengan bijaksana.

Kenapa orang bujang masih membujang? Jawapan di bawah adalah kebarangkalian yang mungkin dihadapi mereka yang masih bujang (dan situasi tersebut memang pernah terjadi):
  1. Nak bina kerjaya
  2. Nak kumpul duit
  3. Nak kejar impian
  4. Nak menikmati kehidupan bujang sepuas-puasnya. Tak nak menyesal kemudian hari.
  5. Nak cari pasangan hidup yang benar-benar sesuai.
  6. Nak pastikan pasangan yang dipilih memang betul-betul serasi.
  7. Nak belajar ilmu perkahwinan dulu sebelum mendirikan masjid.
  8. Masih patah hati disebabkan hubungan lalu yang gagal
  9. Malas nak hidup berpasangan, masih suka jadi lone ranger
  10. Tak minat pasal cinta (tapi lebih cintakan hobi)- bercadang untuk membujang sampai mati.
  11. Sedang hangat bercinta tapi lamaran tak datang-datang.
  12. Masih suka berhibur dengan rakan-rakan, belum bersedia untuk diikat.
  13. Tak jumpa jodoh yang diharapkan, akhirnya buat keputusan untuk jaga keluarga dan kekal membujang.
  14. Rasa rendah diri, tak yakin nak bercinta apatah lagi nak berkahwin.
  15. Suka bersendiri, bebas dan tak dikawal sesiapa.
  16. Tak pernah bercinta dan tak pernah patah hati, so tak kisah membujang selama mana dia nak.
  17. Cinta asyik berganti-ganti, perkahwinan hanya tinggal angan-angan.
  18. Menderita sakit. Sanggup membujang daripada berkahwin sebab tak nak tinggalkan pasangan hidup kecewa.
  19. Spesis liar, memang suka jadi bujang dan bertukar-tukar pasangan.
  20. Jawapan paling win- jodoh tak sampai.
Bagi mereka yang mengakhiri zaman bujang, itu bermakna pintu jodoh korang sudah terbuka dan masa untuk hidup sendirian bakal berakhir. Tapi sebelum anda (my finger is now pointing at you) bakal menamatkan zaman bujang anda, inilah persoalan yang harus anda fikirkan.
  1. Sesudah berkahwin, kebebasan korang bukan lagi hak milik mutlak. Kini kebebasan korang sudah dikongsi dengan pasangan korang. Ke mana pun korang pergi, pasangan korang berhak tahu dan dengan siapa korang bersama. Korang bukan seorang bujang seperti dahulu, sekarang korang sudah dimiliki oleh orang lain. Apapun kecantikan dan ketampanan yang korang dilihat, itu bukannya 'taster' untuk korang cuba dan rasa. Adakah korang mampu untuk meninggalkan keseronokan zaman bujang?
  2. Apabila mengakhiri zaman bujang dan hidup bersama, itu bermakna korang hidup berkongsi. Berkongsi segala-galanya seperti duit dalam poket korang, masalah yang korang hadapi setiap hari. Termasuklah tanggungjawab menjaga anak yang korang hasilkan secara 'berkongsi'. Adakah korang bersedia untuk menerima jerit tangis anak nak tidur pada sebelah malam, tukar pampers, bancuh susu, mandikan anak, layan kerenah anak dan jadi mak bapak yang bertanggungjawab?
  3. Hidup berdua dan tinggal bersama membawa maksud, korang akan berdepan dengan kelemahan masing-masing. Ia berbeza dengan kehidupan ketika bercinta sebab masa tu korang nampak semuanya indah. Bila dah berkahwin, isteri mungkin seorang pengotor, suami mungkin jenis ignorance, isteri mungkin kuat cemburu, suami mungkin kaki control dan banyak lagi. Apabila membuat keputusan untuk tidur sebumbung, sebilik, sekatil dan sebatal, adakah korang sanggup menelan segala kelemahan pasangan korang dan tak pandang kelebihan orang lain?
  4. Apabila zaman bujang berakhir, hidup bersama dengan orang yang dicintai ialah saat yang indah. Tapi perkahwinan bukan cinta semata-mata, bukan seks semata-mata, bukan nafsu semata-mata dan bukan romantik semata-mata. Tanggungjawab pada anak-anak, perasaan pasangan, nafkah keluarga zahir dan batin, didikan agama, kemampuan untuk menyediakan kemudahan perlu diambil kira. Adakah korang sanggup menerima timbunan tanggungjawab hidup berkeluarga tak kira apa masalah pun yang bergolak?
  5. Hidup bujang dan hidup berpasangan adalah dua laluan yang berbeza. Perempuan yang masih bujang biasanya tampil cantik berbanding perempuan yang sudah menikah. Lelaki yang masih bujang biasanya lebih romantik dan sanggup berhabis untuk kekasih berbanding lelaki yang sudah menikah. Apabila hidup bersama, ada banyak perkara akan berubah. Kecantikan fizikal perempuan akan memudar kesan dari tanggungjawab di rumah. Tahap romantik lelaki akan berkurangan sebab dah biasa tengok muka isteri. Adakah korang bersedia untuk terima perubahan yang mungkin berlaku bila-bila masa saja pada pasangan korang?
  6. Hidup bujang penuh dengan kebebasan. Waktu tidur, waktu bangun tidur, belanja bulanan, korang nak pakai apa, beli apa, nak pergi mana, dengan siapa dan apa saja yang korang nak buat, korang berkuasa sepenuhnya terhadap keputusan korang. Apabila menikah, korang perlu berbincang dengan pasangan sebelum membuat keputusan atau melakukan sebarang tindakan. Adakah korang mampu lupakan kebebasan yang korang nikmati sebelum ni dan berikan keutamaan dan kepercayaan korang pada pasangan?
  7. Godaan terbesar bagi orang bujang untuk mengakhiri zaman bujang dengan segera ialah melalui kisah rumahtangga bahagia selebriti dan dimomokkan dengan fairy tale 'happily ever after', tanpa mengetahui bahawa perkahwinan ialah 'continuous battle' yang harus diperjuangkan sepanjang masa dan time-bomb ada di mana-mana. Rumahtangga yang bahagia bukannya terletak pada tangan sesiapa melainkan di tangan pasangan itu sendiri. Adakah korang bersedia untuk masuk ke medan peperangan dan bersedia dengan apa saja kebarangkalian?
  8. Kebiasaan pada masa kini, pasangan yang korang pilih mungkin tak bekerja atau bergaji kecil. Hidup masa akan datang semakin mencabar. Kos kehidupan meningkat, menanggung sebuah keluarga bukan satu tanggungjawab yang mudah.  Kehidupan membujang tak sama dengan kehidupan berumahtangga, korang akan melihat semua realiti sebenar kehidupan dan sikap sebenar pasangan anda ketika berdepan dengan tekanan hidup. Adakah korang bersedia untuk hidup susah bersama pasangan sebelum menyesal atau merungut di kemudian hari?
  9. Kehidupan bujang menyaksikan korang tak peduli dengan rutin kerja rumah. Cuci baju kat dobi, makan kat kedai, panggil clean service bersihkan rumah ataupun tak peduli langsung nak kemaskan rumah. Apabila hidup berumahtangga, korang harus belajar untuk membahagikan tugas di rumah. Suami tak boleh mengharapkan isteri untuk buat semuanya- isteri bukan hamba dan suami bukannya tuan. Isteri tak boleh menyuruh suami untuk selesaikan semua kerja- suami bukannya kuli dan isteri bukannya majikan. Adakah korang bersedia untuk menanggung segala rutin kerja di rumah seperti basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah, kemas bilik tidur, bersihkan bilik air, cuci tandas tersumbat, lipat pakaian, gosok lantai berlumut dan sebagainya...secara bersama-sama?
  10. Poin yang kesepuluh- persoalan yang perlu difikirkan oleh golongan bujang yang bakal mengakhiri zaman bujang ialah isu kepercayaan. Ketika masih bujang, korang marah sangat kalau ada orang khianati korang, walaupun yang khianat korang tu setakat kawan atau ex. Bayangkan, korang dikhianati oleh orang yang korang pilih sebagai pasangan hidup. Orang yang dapat kepercayaan dan hidup serumah bersama korang. Hidup berumahtangga bergantung sepenuhnya pada kepercayaan. Korang harus percaya pada pasangan. Pasangan juga harus percaya pada korang. So, adakah korang berkemampuan menguruskan isu kepercayaan sebelum menikah, sesudah menikah dan sepanjang pernikahan?
Sebenarnya, perkahwinan tu mudah. Tapi berdepan dengan cabaran perkahwinan tu yang susah. Sekarang, alasan berkahwin ialah 'nak mengelakkan maksiat'. Dalam erti kata lain, mereka memikirkan nafsu berbanding tugas sebenar di alam perkahwinan. Jadi, sebelum mengakhiri zaman bujang, mungkin korang patut fikirkan peranan dan tahap kesediaan korang sebelum menjadi suami/isteri orang. Jangan sibuk nak kahwin sebab umur dah cukup atau jeles tengok kawan dah kawen. Kau tak tahu dugaan yang kawan kau hadapi dalam alam perkahwinan. Sebaiknya, buatlah persediaan mental dan fizikal sebelum meninggalkan zaman bujang. Kalau bahagia till Jannah, korang beruntung. Kalau sengsara till Jahanam, at least korang dah ada backup plan. 

Image result for single before married
credits: Pinterest

Pesanan dari pemerhati: Shield Sahran
@themagi2017