Tuesday 27 January 2015

Staycation di Kuching

Staycation, term yang digunakan untuk sesiapa yang bercuti dalam environment yang urban, nature tetapi bukan bersifat homestay. Ada spesis traveler ni suka buat aktiviti secara independent, tak minat aktiviti yang di-arrange. Entri sebelum ni aku dah terangkan serba sedikit tentang info homestay di Sarawak. Untuk entri kali ini, aku terangkan sikit pasal lokasi staycation di Kuching. Memandangkan aku ni Kuchingites so aku bagi list staycation di Kuching. Mungkin ada yang dah plan nak bercuti 3-4 hari masa Chinese New Year bulan dua nanti or cuti sekolah bulan tiga ataupun plan percutian korang untuk tahun ni.

Oqay, let's get started.


Credits: Sarawak-hotel









1. Grand Margherita Hotel
Bagi sesiapa yang sukakan environment moden+ ala2 Venice+ gila Wifi+ tempat tidur selesa, Grand Margherita adalah hotel yang terbaik untuk staycation korang. Ada 288 bilik yang lengkap, Wifi 24/7 di seluruh ruang hotel, terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront (korang boleh keluar jalan2 makan angin makan kuih di tebingan Sungai Sarawak), boleh singgah ke Parkson, UTC, Sarawak Plaza dan Tun Jugah, pergi ke seberang sungai naik perahu tambang ataupun bergambar sakan dengan tugu kucing di tengah bulatan. Semuanya terletak berhampiran dengan hotel ini. Bab makan jangan risau. Kawasan ni dikelilingi oleh pelbagai jenis restoran (Topspot Foodcourt paling femes) dan kedai makan di seberang sungai pun ada. Kalau tak nak keluar dari hotel pun tak apa, hotel ni menyediakan makanan yang lazat2 di Orchid Garden Coffee House. Sebagai contoh, hidangan Asam pedas ekor lembu, Ikan kurau sejati dan Buttered prawns antara menu kegemaran di hotel ini. 


Credits: Agoda











2. Riverside Majestic Hotel
Bagi sesiapa yang frust tak dapat booking bilik di Grand Margherita, don't worry. Korang boleh try booking bilik di Riverside Majestic Hotel. Dua-dua hotel ni berjiran, sister hotel katakan. Terletak di kawasan yang strategik (ada restoran, ada shopping complex bla3), hotel ni mempunyai pilihan bilik yang banyak (ada 18 tingkat kesemuanya). Sesuai dengan taraf 5 bintang, semestinya ada Wifi, bilik lengkap, layanan mesra dan makanan yang various. Menu terkenal di hotel ini ialah Majestic burger dari Cafe Majestic Coffee House. Antara menu savoury yang lain ialah Steamed Sea Bass with Mukah Sauce di River Palace Restaurant. Bila bosan, korang boleh singgah main boling kat kawasan berhampiran ataupun tengok wayang di Lotus Five Star Cinema. (sila rujuk aktiviti di no.1)


Credits: damaibeachresort.com










3. Damai Beach Resort
Tak nak tersekat di kawasan yang terlalu sesak? Korang boleh melarikan diri ke tempat yang lebih nature, lebih ekslusif dan lebih damai. Damai Beach Resort, lokasi yang terletak di tepi pantai dan terdapat pelbagai tawaran yang menarik di resort menerusi pakej seperti pakej family, pakej study break dsb. Bagi sesiapa yang nak memanjakan diri, Santubong Spa & Retreat bersedia untuk membantu. Bagi sesiapa yang tak nak berenang di laut, tempat berenang di darat disediakan iaitu swimming pool. Bukan itu saja, Ballroom by the Sea di resort ini merupakan tawaran terbaik sebab inilah satu-satunya ballroom di Sarawak yang mengadap ke Laut China Selatan dan melihat keindahan Gunung Santubong. Ballroom ni muat untuk 600 orang, lengkap dengan semua jenis fasiliti dan sesuai bagi sesiapa yang ada plan nak buat reunion eksklusif. Bagi penggemar sukan golf, yang sukakan suasana country dan bersantai-santai, Damai Golf & Country Club merupakan lokasi yang inklusif (memang pricey sikit tapi berbaloi). 


Credits: borneoadventure















4. Sarawak Cultural Village (SCV)
Kampung Budaya Sarawak merupakan destinasi pelancongan popular di Sarawak, Kuching khususnya kerana tarikan pelbagai jenis seni rumah etnik ada di sini. Pengunjung bukan saja berpeluang merasai pengalaman unik budaya dan tradisi pelbagai etnik di Sarawak, malah pengunjung sendiri berpeluang untuk menginap di sini. Korang boleh pilih accomodation yang mana korang nak berdasarkan etnik pilihan korang (Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu or Malay houses) dan korang tak perlu risau dengan basic facilities seperti air-cond, kipas, bilik mandi, tandas dan ruang makan. Semuanya disediakan. Bergantung dengan jenis bilik yang korang pilih, harga pakej juga berbeza mengikut jumlah hari korang menginap. Sebagai contoh- RM170 2 hari 1 malam untuk seorang. Setiap pakej disertakan dengan 4 set makan (sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan supper) dan terdapat aktiviti pendidikan seperti mempelajari tarian etnik dan bermain alat muzik tradisional. Pendek kata, dalam satu harga pakej tu ada bermacam-macam perkara menarik. Mostly, pakej di SCV ni digemari oleh pelancong luar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:


  • Grand Margherita Hotel (T): +6082 423111 (W): www.grandmargherita.com
  • Riverside Majestic Hotel (T): +6082 247777 (W): www.riversidemajestic.com
  • Damai Beach Resort (T): +6082 846999 (W): www.damaibeachresort.com
  • Sarawak Cultural Village (T):+6082 846411 (W): www.scv.com.my (E): enquiry@scv.com.my
  • Damai Golf & Country Club (T): +6082 846088 (W): www.damaigolf.com
  • Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)  Tourism & Leisure Group (W): www.sedctourism.com
Dipetik dari Borneo Talk vol.34 Oct-Dec 2014 page 52-53

@magi2015

Sunday 25 January 2015

Homestay di Sarawak

Homestay, atau rumah inap ialah tempat penginapan yang berbeza dari bilik hotel. Bilik hotel ni biasanya tak buat apa-apa aktiviti untuk penginap, melainkan penginap cuma tidur, mandi, bangun, keluar jalan2 dan balik semula, ulang balik rutin yang sama. Kelebihan homestay ni banyak, tapi memandangkan sekarang bukan musim cuti, aku bagi list bagi sesiapa yang berhasrat nak bercuti di Sarawak masa school break nanti. Harap list ni dapat membantu sesiapa yang tengah mencari homestay di Sarawak.

1. Homestay Kampung Panglima Seman Lama

Aku masih ingat dengan homestay di kampung ni, masa ikut aktiviti Maulidur Rasul tahun 2007. Homestay di Kampung Panglima Seman Lama ni antara homestay yang sangat dekat dengan pusat bandaraya Kuching. Kawasan kampung ni terletak di utara bandaraya dan Tebingan Kuching terletak berhampiran. Penginap boleh merasai peluang meredah Sungai Sarawak menggunakan perahu tambang atau teksi air. Kalau ada duit lebih, boleh try kapal persiaran Sayang Sarawak dan menikmati pemandangan DUN baru yang tersergam indah serta Fort Margherita yang bersejarah. Ada 10 buah rumah keluarga Melayu yang membuka rumah mereka sebagai homestay dan menyediakan aktiviti seperti seni kraftangan, seni sulam, budaya bergendang dan berpeluang untuk mempelajari tarian Melayu Sarawak serta bermukun. 

2. Homestay Kampung Tanah Hitam

Homestay Kampung Tanah Hitam terletak di Sematan, iaitu kawasan beach town yang cantik dengan pasir pantai yang putih. Aku pernah pergi ke kampung ni, tapi tak pernah try duduk homestay. Keunikan homestay di kampung ni ialah penginap boleh belajar aktiviti tempatan seperti menangkap ketam, bercucuk tanam dan memancing ikan. Penginap juga berpeluang menikmati makanan laut yang segar dari laut, boleh bermain-main di tepi pantai dan bercinta dengan alam.

3. Homestay Teluk Melano

Teluk Melano, berdekatan dengan Sematan antara kawasan terpencil yang sangat cantik dan indah. Aku belum berpeluang untuk jejak kaki di situ. Homestay di kampung ni memang jauh dari segala kesibukan kota. Jarak antara teluk ni dengan Kuching dianggarkan sejauh 120 km. Apa yang menarik tentang homestay di Teluk Melano ialah keindahan alam semulajadi yang sangat mengagumkan. 10 rumah disediakan untuk keperluan homestay. Pihak pengurusan juga boleh menguruskan perjalanan ke kawasan penyu bertelur di Pulau Talang Satang. Bagi sesiapa yang tak minat memancing, mereka boleh mencuba aktiviti snorkeling atau scuba-diving. Setahu aku, pelancong dari Barat memang suka datang sini.

4. Homestay Kampung Santubong

Terletak di kampung bersejarah yang dah wujud ribuan tahun dahulu, homestay di Kampung Santubong pasti sesuai untuk orang yang suka sejarah. Ada 20 rumah disediakan sebagai rumah penginapan. Kampung ini menyediakan aktiviti laluan bersejarah seperti tapak sejarah Batu Bergambar, makam Sultan Tengah, tapak arkeologi di Bongkisam dan banyak lagi. Kampung ini juga menjadi tumpuan untuk aktiviti berkelah dan fotografi. Penginap juga berpeluang untuk mempelajari seni membuat perahu layar, memancing dan pelbagai aktiviti budaya. Aktiviti luar seperti mendaki Gunung Santubong, trip melihat ikan lumba2, berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak dan bermain-main di pantai berhampiran antara aktiviti menarik di kampung ini.

5. Homestay Kampung Siol Kandis

Berbeza dari homestay yang lain, homestay di kampung ini bersifat multi-etnik, multi-agama dan ia terletak berdekatan dengan pusat bandaraya, tak jauh dari lokasi Mahkamah Baru Kuching dan Wisma Bapa Malaysia. Bagi penginap yang memilih homestay di kampung ni, pelbagai budaya diselitkan dalam aktiviti dan berpeluang mempelajari pelbagai bahasa etnik. Perjalanan ke dewan undangan baru Kuching, masjid negeri, Muzium Kuching dan berhibur di Matang Wildlife Center serta Matang Family Park boleh diuruskan. Aktiviti membuat ikan terubok masin serta membuat kek lapis Sarawak juga boleh dilihat di sini.

6. Homestay Kampung Telaga Air

30 km dari Kuching, perkampungan Melayu Telaga Air ialah pelopor kepada rumah inap di negeri ini. Dimulakan oleh Malaysia Fisheries Developement Board pada awal 90an, ia mendapat sambutan baik kerana aktiviti yang dianjurkan seperti memancing, jungle trekking, mendaki gunung dan persembahan budaya menarik ramai pengunjung. Penduduk tempatan juga tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan. Hujung minggu di kampung ini boleh dinikmati di kawasan rehat terbuka yang berdepan dnegan laut dan merasai udara segar. Ada 18 buah rumah yang disediakan dan setiap satu rumah sangat bersesuaian untuk didiami oleh satu keluarga.

7. Homestay Kampung Melayu Tebakang, Serian

80 km dari Kuching, kampung ini terletak di Serian. Aku pernah duduk di homestay kampung ni tahun 2006, anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan penerimaan penduduk di sini sangat baik. Jalan masuk ke kampung ini ialah jambatan gantung dan kebanyakan kenderaan besar diletakkan di tempat parkir di tepi jalan. Aktiviti yang menarik di kampung ini ialah pengembaraan ke ceruk-ceruk sungai, jungle trekking di kawasan hutan berhampiran, mempelajari aktiviti bercucuk tanam, dan memetik hasil tani di kebun atau di hutan. Aku masih ingat, ada satu kuih yang penduduk di sini buat, rasanya memang sedap sangat. Aku tak tahu kuih tu kuih apa. Lupa nak tanya.

8. Homestay Kampung Maludam

Terletak di Taman Negara Maludam di daerah Betong, homestay kampung ini menawarkan keindahan flora dan fauna. Pihak pengurusan menyediakan rumah untuk 8 buah keluarga sahaja. Penginap boleh mengikuti pengembaraan ke wetland dan melihat sendiri hidupan liar iaitu monyet, monyet proboscis berhidung besar, pelbagai spesis burung, pemangsa, kelawar dan juga buaya. Aktiviti memancing juga disediakan dan penginap akan dilayan dengan aktiviti kebudayaan sepanjang mereka berada di kampung ini.

9. Homestay Kampung Senau

Kampung Senau, kampung etnik Melanau terletak 20 km dari Mukah dan merupakan tumpuan utama untuk aktiviti laut bagi etnik Melanau di sini. Terkenal dengan skil memancing dan makanan etnik. Kampung ini menawarkan aktiviti kebudayaan masyarakat Melanau, memperlihatkan proses menyediakan sagu, cara membuat biskut dari sagu dan juga cara memproses makanan yang lain.

10. Homestay Kampung Kuala Sibuti

40 minit dari Miri Resort City, kampung nelayan ini terkenal dengan pilihan makanan laut yang banyak. Penduduk tempatan sendiri menghabiskan banyak masa di kampung ini pada hujung minggu. Bagi sesiapa yang memilih kampung ini sebagai lokasi homestay, mereka berpeluang untuk berkunjung ke Gua Niah dan Taman Negara Lambir. Penginap juga berpeluang menaiki bot dan menikmati keindahan kunang-kunang serta aktiviti memancing.

11. Homestay Kampung Kedayan

Etnik Kedayan merupakan etnik minoriti di Sarawak. Dengan adanya homestay di Kampung Kedayan, kita berpeluang untuk melihat sendiri budaya dan adat etnik Kedayan. Pengunjung diperlihatkan dengan cara hidup tiga kampung iaitu Peliau, Bungai dan Jambu yang bergabung dalam program homestay. Keindahan pantai di kampung ini dan aktiviti memancing dapat memenuhi masa lapang pengunjung. Apa yang paling menarik ialah aktiviti Kedayan Makan Tahun (Annual Open House) di mana pelbagai aktiviti disusun dan pengunjung terlibat dalam aktiviti tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di pejabat Sarawak, tingkat 3, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: +6082 235 231 Faks: +6082 234 010 Website: www.motac.gov.my

Dipetik dari Borneo Talk Vol 34 Oct-Dec 2014
@magi2015

Thursday 22 January 2015

Must Read Book: Green Beans & Talking Babies

Hari ni aku terlambat bangun. Beria sakan baca buku Frances Hodgson Burnett, A Little Princess sampai pukul 3 pagi. Aku dah baca kat e-book sebelum ni tapi bila baca balik sambil memegang buku yang sebenar, baru best. Beza ooo bila pegang henpon dan baca e-book through Aldiko than pegang buku yang sebenar. Sebut pasal buku, aku ada beli satu buku tahun lepas tapi lupa nak buat review. So aku ingat nak buat review pasal buku tu dalam entri kali ni. Tapi bila aku pergi Google cari info pasal buku, aku tak jumpa. Yang jumpa pasal macam mana nak bagi budak makan bubur kacang dan macam mana nak handle budak-budak yang baru nak pandai cakap. 

Nak tak nak, aku tulis info sendiri pasal buku ni. Mr. Google, I help you expand your search, okay?

Tajuk buku: Green Beans and Talking Babies (More stories from Sarawak)
Pengarang: Angela Yong
Mukasurat: 125 helai
Penerbit: Herney Bay Productions
Harga: RM15.90
Tahun: 2003
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
ISBN: -

Lepas aku membelek-belek buku tu for few seconds (tak payah belek lama2), baru aku sedar, buku ni bukan worldwide pun orang tahu. Agak limited lah since aku beli tahun lepas dan buku tu dipublish tahun 2003. Jurang tahun tu panjang. Lebih2 lagi buku tu first edition, tak dicetak lagi untuk second, third, fourth bla bla bla. Apa yang menarik sangat pasal buku ni? Meh aku terangkan.

  • Pengarang, iaitu Angela Yong, senior local citizen di bandar Sibu mencatatkan kisah-kisah lama pasal Sarawak. Sesuatu yang berbeza dari apa yang aku biasa baca pasal Sarawak. Semua kisah tu datang dari kenangan dan pengalaman penulis sendiri jadi penyampaian buku ni rasa lebih segar dan nostalgia.
  • Penceritaan setiap kisah adalah ringkas, senang untuk difahami dan ada moral value.
  • Jenis kertas yang digunakan sesuai untuk pembaca yang rabun tak tegar, macam aku. Aksara yang digunakan juga tak terlalu kecil dan mudah untuk dibaca.
  • Penggunaan bahasa Inggeris yang sangat-sangat mudah. Budak kecik sekolah rendah pun boleh baca. Aku bagi contoh sikit,
    • There was a carpenter who we called "Tukang", which means 'carpenter' in Malay (Miracle, page 1)
    • People always say, "Do not do anything bad to other people. If you do not treat other people well, one day they may seek revenge." (Money face, page 30)
    • Ah Yin was the prettiest girl in school. Many boys liked her, but she liked only a boy called Chua. (A Faithful Daughter in Law, page 78)
  • Memandangkan pengarang buku ni berbangsa Cina dan membesar di dalam kumpulan gereja jadi kebanyakan kisah berkisar tentang masyarakat dan hidup pengarang. Tapi, bahagian menarik dalam buku ni ialah pengarang menggunakan dialek Foochow dan Hokkien dalam kisah-kisah beliau dan sedikit sebanyak mendidik pembaca tentang dialek-dialek tersebut. Sebagai contoh:
    • Ho boh?/How are you? (Miracle, page 3)
    • Sang kii, luk soi, kow pah put/ 3 months can say baby words, 6 months can sit, 9 month can crawl (Abortion, page 8)
    • Sing moo-kiang/child brides (The First or the Second Wife, page 15)
    • Ah neh/mother (Respect, page 75)
    • Kin-tiong/ anxious (Green Beans and Talking Babies, page 125)
  • Selain menggunakan dialek Cina, pengarang juga menyelitkan unsur bahasa Melayu yang mudah difahami dalam penceritaan. Sebagai contoh:
    • ...into the same sampan (Charms, page 13)
    • Sometimes, I feel like taking a parang/big knife (A mother's fate, page 29)
    • Apa macham?| I say terima kasih (Good People in the World, page 119)
    • Barang tidak pedas (Good People in the World, page 121)
  • Pengarang juga menyelitkan dialek tempatan iaitu dialek Iban yang mudah iaitu:
    • Enti pia, semoa enda ulih niki syurga/ if so, everybody cannot go to heaven (Hospital Visiting, page 97)
  • Yang paling menarik dalam buku ni ialah kisah Green Beans and Talking Babies. Bagi sesiapa yang dok Sarawak dan masih ingat pasal cerita budak baru lahir yang pandai bercakap tu, sure korang ingat bila wabak SARS merebak, semua orang sibuk beli kacang hijau dan buat bubur. Kononnya bubur kacang hijau tu dapat cegah wabak SARS.
  • Apa lagi yang best pasal buku ni? Oh, korang takkan dapat kisah macam ni kat mana-mana buku lain. Buku ni locally made by local person dan setiap kisah dalam buku ni memang menggambarkan tentang Sarawak pada masa dulu2 dan mostly kisah berasal dari tempat lain selain Kuching.
  • The last part, buku ni affordable. Cuma RM15.90.
Setiap kali aku baca buku, aku teringin gak nak tulis buku pasal old stories from Sarawak. Setakat ni aku tulis dalam blog. Tapi kalau ada peluang, aku nak. Any publisher, do help me please? :D

@magi2015