Monday 24 December 2018

Monday's Walking: VH Nature Park

Hello Disember 2018! Tinggal beberapa hari lagi sebelum 2019 menjelmakan diri. Dengan cuti yang tak berapa banyak dan Krismas pun tak lama lagi, pada hari Isnin yang selalu dianggap sebagai Monday Blues, aku berkunjung ke VH Nature Park yang terletak di Matang Land District.

Sebenarnya aku baru kali pertama pergi ke tempat ni. Last aku pergi ke tempat ala zoo ialah di Turn Red Mini Zoo yang terletak dekat junction Serikin. Aku pernah buat entri pasal mini zoo tu pada tahun 2014. Tapi tempat tu dah tak wujud lagi. Management problem katanya (nak tahu lebih lanjut klik pautan ini).

Untuk mereka yang belum pernah ke VH Nature Park, tempat ni boleh dikatakan sebagai mini-zoo dan mini garden. Ada haiwan pelbagai jenis dan tanaman. Tanaman yang paling popular di tempat ni rasanya tak lain tak bukan, buah markisa. Buah markisa di mana-mana, Giant Markisa pun ada jugak. Memandangkan markisa ni semacam trademark untuk tempat ni, fresh passion fruit juice pun ada dijual. Serius aku cakap, jus markisa segar sangat sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini.

Image result for vh nature park
source: youtube.com
Berkenaan dengan koleksi haiwan ternakan yang ada di tempat ni (aku tak pasti betul ke tidak aku gelar haiwan dekat situ sebagai haiwan ternakan), bagi aku haiwan tak berapa banyak, tak ada yang begitu rare. Yang paling menarik aku rasa ialah pengunjung berpeluang tunggang kuda mengikut pakej lawatan yang korang bayar. Kalau korang bayar untuk lawatan biasa, tak ada aktiviti tunggang kuda. Tapi korang boleh beli makanan di kaunter tiket dan bagi makan kuda, ikan, ayam, kambing, arnab. 

Kalau korang tanya berapa bintang aku nak bagi daripada 5 bintang, aku bagi 3.8/5. Aku berharap ada koleksi rama-rama atau burung hantu. Overall aku rasa tempat ni menenangkan especially sebelah pagi (sekitar jam 8-9) dan sebelah petang (sekitar jam 4-5). Kalau tengah hari, aku rasa tak berapa sesuai sebab bau-bauan bahan kompos akan mengganggu deria menghidu korang. Positive parts di tempat ni yang aku enjoy dengan baik ialah:

  • Fasiliti macam tandas, tempat makan dan tempat solat memang elok. 
  • Ada mini maze dalam tempat ni, I like. 
  • Ada tempat untuk bermain such as see-saw dan buaian.
  • Tempat rehat cantik dan unik. Ada kerusi berbentuk kereta, beca, macam-macam lagi.
  • Pelbagai arca yang menarik dan sesuai untuk penggila selfie. 
Panjang betul intro aku ni, kan? Sorry, aku seronok mengarang ayat. Sebelum intro aku ditamatkan, aku nak share maklumat ni untuk korang (klik pautan ini). Manalah tahu korang berminat nak datang ke sini. Okay itu saja dong. Sekian, makasih!

Gambar dari hp aku>>



















Amaran: muka aku nampak sangat saiko waktu ni 
jadi aku rasa aku bertanggungjawab untuk cover 
muka aku supaya korang tak kena kejutan.

Gambar dari kamera Fuji adik aku>>











@theMaGi2018

Wednesday 19 December 2018

Book Session: Membedah Ghostpital

Oo yeah. Dah petang. Aku tak sabar nak balik kerja. Tapi sebelum aku balik, aku rasa aku patut update entri. Ringkas je. Pasal buku. 

Kali ni aku nak kongsikan satu buku yang aku baru je beli hari Sabtu lepas di MPH. Pada mulanya aku dah cross my heart, tak nak beli buku. Sebab aku dah beli more than 10 books dalam tempoh tak sampai 2 bulan. Banyak lagi yang belum dibaca. Tapi itu la, aku ni spesis reader yang tamak lagi haloba. Pantang nampak buku berkenan di hati, terus nak sambar. Dah tu tak ada duit ni beli barang dapur. Padan muka. Tapi buku ni aku tak boleh kata tidak. Sebelum ni aku ada baca kat socmed. Member sekerja pun ada share pasal buku ni dan aku dimaklumkan buku ni takde dijual kat kedai. Kalau nak beli, beli online. Jadi bila aku nampak buku ni dekat bookshelf MPH, aku rasa...whoa (diiringi muzik ala-ala di syurga~)

Maka, aku pun membeli buku Ghospital by Dr. Kamarul Ariffin. Best book of 2016 ni. Lagi-lagi bertemakan kisah seram, memang menepati taste aku. Apa yang best pasal buku ni? Mari, aku bagi list ringkas. Tak nak spoiler alert okay?
  • Aku suka semua cerita. Sebab? Penulis guna bahasa yang santai, ringkas. Terus sampai dia punya punch line.
  • Walaupun buku ni fokusnya pasal seram, penulis selitkan juga info kesihatan. Bagus tu, dapat ilmu tambahan.
  • Another ilmu tambahan? Medical terms yang banyak. Sebagai rakyat marhaen, at least aku dah tahu branula tu apa, lokum tu apa. 
  • Selain kisah seram, ada juga kisah misteri. Macam kisah phantom limbs. I like~
  • Banyak-banyak cerita dalam buku ni, aku dapat ilmu baru. Tentang kes kematian gadis di Paris tahun 1880 dan kaitannya dengan patung CPR Resusci Anne serta lagu Smooth Criminal. Memang eye opener untuk aku.
  • Aku suka macam mana penulis surprisekan aku dengan ending cerita. Especially kisah pesakit kronik mintak Xray.
Disebabkan kesantaian buku ni, aku baca sampai habis tau. Aku tak postpone langsung. Hari Sabtu beli. Hari Ahad baca. Hari Ahad jugak aku khatam. Sebenarnya ni bukan buku seram pertama yang aku baca tentang hospital. Tapi aku rasa cara penyampaian cerita dalam buku ni lebih sesuai untuk aku. 

Thank God aku jumpa buku ni. Memang jodoh buku ni dengan aku. Sebab buku ni tinggal satu je. Kalau nak beli, kedai buku kena restock. Aku memang pantang kalau buku yang aku nak kena tunggu restock baru dapat beli. So, boleh la aku menulis dengan aman selepas selesai baca buku. Aku tengah sibuk ber-Wattpad sekarang ni. Boleh follow tau (cari nama Shield Sahran dalam Wattpad).

Aku dan kisah seram...berpisah tiada ^^
@theMaGi2018

Tuesday 18 December 2018

Late Inktober 2018

Hai, hai MaGians! Hari ni aku nak update entri Late Inktober. Seriously, aku lambat tahun ni. Lambat gila. Sepatutnya Inktober dibuat bulan Oktober. Tapi bulan Disember baru siap, itu pun aku siapkan minggu lepas, pukul 2 pagi baru masuk tido. Rasa nak pecah bijik mata.

Okay, tahun ni aku join Inktober sekali lagi macam tahun lepas. Ini tahun kedua aku sertai cabaran Inktober yang diasaskan oleh Jake Parker. Aku masukkan gaya circle dalam Inktober kali ni. Aku rasa Inktober tahun ni mencabar sebab aku banyak kerja dan aku berdepan dengan masalah untuk intrepret tema dengan gaya artwork aku. Tapi aku usahakan juga, dengan kekurangan marker pen, drawing pen habis ink, buku artwork pun habis. Semua benda nak habis. Huh~

However, aku berjaya juga dan aku harus memberi pujian kepada diri sendiri sebab rajin buat artwork walaupun ada la sedara mara cakap- bukan boleh buat duit pon. Eh, kisah ke aku? Yang penting, level of satisfaction aku dipenuhkan dengan cara yang betul. Bukannya pergi membawang, mengular atau ganggu hidup orang. Gitew.

So artwork aku ni aku dah share dekat Instagram. Boleh follow aku @hshield. Ada details setiap artwork. Dan aku share artwork kat sini pulak. Hope korang suka and enjoy!





Monday 17 December 2018

Melangkah ke alam Wattpad

Image result for wattpadHuargh! Menguap. Penat. Malam tadi tidur lambat. Padan muka. Tapi pagi ni aku semangat bangun. Aku siap-siap pergi kerja. Aku duduk dekat workstation. Hari ni tak ramai orang. Best. Minggu lepas aku penat kemas itu ini so today (also known as Monday Blues), aku pilih untuk relax depan PC sambil muatnaik cerita.

Sekarang, aku dah jadi penulis Wattpad!

By the way, aku pernah sasarkan untuk lahirkan 3 buah buku sebelum usia aku over 30. Praise to God aku berjaya. Cincang dilahirkan pada April 2016, Acang Merpati pada Oktober 2018 dan Niqab juga pada Oktober 2018. Tahun ni tahun yang dinamik. Jadi sebelum 2018 melabuhkan tirai, aku tergerak untuk publishkan manuskrip yang lama sangat kena jeruk, manuskrip yang tak diterima penerbit atas alasan tak sesuai dengan pasaran Malaysia dan manuskrip yang aku tak tahu nak hantar dekat rumah penerbitan yang mana. 

Apa yang membuatkan aku pilih Wattpad untuk upload cerita instead of Blogger? Kenapa tak upload dekat blog je? Aku rasa Wattpad lebih sesuai sebab ada ramai reader dekat Wattpad. Senang nak bahagikan part cerita. Dan aku rasa macam buat e-book. Satu keseronokan bagi penulis bila dia boleh menulis apa je yang dia nak dan tak ada kekangan dari segi tema, genre dan jalan cerita. 

Setakat ni aku dah publishkan dua buah bahan bacaan iaitu:
  • Laun: Hikayat Benua ke-8 (Judul asal: Darah Perawan)- 10 bahagian
  • Kumpulan Cerita Misteri/Seram: Kami Sentiasa Ada- 6 bahagian
Lepas ni aku nak proceed untuk lengkapkan setiap bahagian cerita dan tambah cerita lain. Ada dua lagi tengah menunggu. Menerusi Wattpad, aku akan membiarkan imaginasi aku lebih bebas, lebih jujur dan lebih liar. To be honest, aku punya imaginasi  memang pelik tapi mostly aku tapis sebab nak ikut gaya rumah penerbitan.

Bagi sesiapa yang berimaginasi tinggi macam aku, tak sterotaip, open minded, agak gila dan berminat nak tahu benda baru, korang boleh follow cerita aku di Wattpad. Nama aku still sama, Shield Sahran. Aku tak ubah untuk memudahkan readers cari aku.

Plus, mana-mana urban legend aku dalam blog ni juga akan dipublish di Wattpad. So, see you there, MaGians!

@theMaGi2018

Friday 14 December 2018

Book Session: Kumpulan Cerpen Debu Merah

Ooh, Disember. Disember, Disember, Disember. Akhirnya, Disember tiba di tahun 2018. Tahun yang banyak cabaran dan masalah. Tapi kalau difikirkan balik, setiap tahun memang ada masalah. Bila masa hidup manusia tak ada masalah? Even orang kaya pun ada masalah- masalah banyak sangat duit, masalah macam mana nak meningkatkan kekayaan, masalah kerugian dalam bisnes dan et cetera. 

Bila sebut tentang masalah, masalah, masalah, buku ialah medium bagus untuk memahami permasalahan manusia. Kali ni, aku nak rekomen satu buku yang selalu jadi kegemaran dan sentiasa digemari for the rest of my life. As far as I remember, aku baca buku ni buat pertama kali masa umur aku 13 tahun. Buku tu sebenarnya buku teks untuk pelajar Tingkatan 6 Atas aliran sastera. Dan buku tu bernama-

Kumpulan Cerpen Debu Merah karya Shahnon Ahmad.

Okay, berkenaan dengan buku Debu Merah, setiap cerpen dalam buku ni diinspirasikan dari kisah di sekeliling penulis itu sendiri sekitar tahun lewat 50an dan awal 60an. Sebagai penulis cerpen, aku tertarik dengan cerpen yang berkisar tentang masyarakat itu sendiri- gaya hidup, mentaliti, perwatakan dan sosiologi mengikut zaman. Kumpulan cerpen ni merupakan satu penceritaan sosiologi yang bersifat kritikan, malah menunjukkan sikap agresif penulis itu sendiri di usia muda. Bayangkan, aku baca buku kali pertama masa aku Tingkatan 1 dan aku belajar pembentukan seseorang individu melalui perkembangan sosial.

Antara cerpen yang aku rasa memberi impak besar sehingga aku sendiri jadi penulis cerpen ialah:
  • Di Tengah Keluarga- kisah si bapa yang benci bermenantukan orang putih, memperlihatkan corak pemikiran masyarakat dulu apabila berlaku perbezaan yang dirasakan tidak selari dengan aliran semasa.
  • Pak Utih- kisah orang kampung pergi ke bandar, memaparkan keinginan golongan yang ingin ikut merasa perubahan tapi di sebalik keindahan perubahan, terdapat kekurangan yang tersendiri.
  • Suamiku- kisah pasangan suami isteri yang bergelut mencari kebahagiaan dan kesenangan, tapi akhirnya ditipu oleh manusia lain yang juga bergelut mencari kebahagiaan dan kesenangan.
  • Kepulangan- kisah si bapa yang sangat sayangkan menantunya dan sanggup berhabisan untuk memberi keselesaan pada isteri anaknya, tapi akhirnya kecewa kerana si anak yang lebih mengutamakan hati isteri berbanding hati bapa sendiri.
  • Angin Timur Angin Barat- kisah seorang guru yang mengasingkan kehidupannya kepada dua gaya hidup yang berbeza, dengan niat untuk mencari kepuasan peribadi tanpa menyedari dia cuba untuk menafikan siapa dirinya yang sebenar.
Image result for debu merah shahnon ahmad 1991
source: carousell
Menerusi buku Debu Merah, ada 19 buah cerpen yang banyak berkisar tentang manusia dan masyarakat, keluarga dan politik, serta  jatuh bangun seseorang individu atau sekumpulan manusia secara keseluruhan. Sebelum ni, aku baca Debu Merah cetakan 1991 DBP. Cetakan asal pada tahun 1965 oleh Toko Buku Abbas, manakala cetakan 1980 oleh Teks Publishing Sdn.Bhd. DBP ulang cetak buku ni pada tahun 1992-1995. Lepas tu, tak ada lagi cetakan baru. Jadi, jujur aku bagitahu memang susah aku nak dapatkan buku ni. Bukannya aku tak pernah cuba mintak buku kakak aku, tapi dia tak nak bagi. Maka perasaan aku nak memiliki buku ni makin bertambah la.

Then, buku ni dicetak sekali lagi pada tahun 2014 oleh DBP. Tapi aku terlambat, aku dapat tahun sekitar tahun 2017. DBP dah tak jual lagi dekat kedai buku mereka. Kedai buku lain pun tak ada stok lagi. Sehinggalah pada suatu hari masa aku tengah online cari buku bacaan baru, syarikat jual buku bernama Kawah Buku menjual buku Debu Merah cetakan 2014. Anda fikir saya ada masa nak fikir panjang? Aku terus beli (sebelum aku menyesal) dan akhirnya, Debu Merah dah masuk dalam perpustakaan mini aku.

Bagi akulah, kumpulan cerpen ni telah membentuk minat aku secara perlahan-lahan dalam penulisan cerpen. Selain Debu Merah, minat aku terhadap penulisan cerpen juga dibentuk oleh beberapa buah buku antologi lain. Sebagai contoh, antologi Orang Tua di Kaki Bukit. Tapi sayang, buku tu tak dijual lagi. Aku dapat baca buku tu pun sebab pinjam dari orang lain. Dan aku memang rekomen buku ni untuk peminat cerpen yang lain. Walaupun aku rasa aku belum layak lagi nak cakap banyak tentang cerpen, tapi membaca karya orang lain terutama sekali kumpulan/antologi cerpen penulis terdahulu sebenarnya membantu penulis sekarang. 

Okay, itu je yang aku nak cerita. Nanti aku cerita pasal buku lain pulak.
@theMaGi2018