Wednesday 30 August 2017

Annabelle, Sadako dan Kayako: Legenda atau Fakta?

Selamat pagi! Jangan terkejut aku update entri ke-6 untuk bulan ni. Aku bagi excuse sikit untuk bulan ni sebab jadual aku sibuk bulan depan. Mungkin aku tak sempat or lupa nak update entri nanti. Untuk entri ke-6, ada budak-budak tanya aku pasal benda-benda seram. Benda yang paling kerap mereka tanya ialah pasal hantu Annabelle, Sadako dan Kayako. Mereka nak tahu pasal kisah tu, latar belakang, punca kematian dan nak tahu pasal kesahihan kisah-kisah tu. So, aku bercadang nak buat simple introduction pasal hantu-hantu ni. Nak bagi budak-budak tu faham.

Okay, mari kita mulakan intro hantu-hantu pilihan.


ANNABELLE

Image result for annabelle raggedy ann and annabelle movie
Credits: starcasm.net
Nama: Annabelle
Nama sebenar: Annabelle Higgins

Annabelle ni bukan nama sebenar patung tersebut. Annabelle merupakan nama roh yang menumpang di dalam patung Raggedy Ann. Apabila kelakuan aneh patung tersebut mula disedari oleh pemilik (Donna) dan pemilik tersebut meminta pertolongan Ed dan Lorraine Warren, roh tersebut mendedahkan dirinya sebagai Annabelle Higgins.  Menurut Ed dan Lorraine, Annabelle yang sebenar ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang mati di tapak tanah yang sama dimiliki oleh pemilik patung yang asal. Pasangan Warrens berpendapat bahawa Higgins menumpang ke dalam patung tersebut sementara mencari badan manusia untuk dijadikan tumpangan yang baru. Patung yang dibeli oleh ibu Donna pada tahun 1970 di kedai barang terpakai ini dikatakan bertindak ganjil dan menyeramkan malah hampir membunuh orang. Kini ia disimpan di dalam bekas dan dikawal ketat kerana bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini.

SADAKO

Nama: Sadako
Nama sebenar: Okiku
Image result for sadako okiku
Okiku
Credits: ecranlarge.com
Tempat kematian: perigi Istana Himeji (era Shogun)

Image result for sadako okiku
Perigi Istana Himeji,
 tempat Okiku membunuh diri
Credits: bloody-disgusting.com
Watak Sadako dalam filem The Ring versi Jepun atau Samara dalam filem The Ring versi Barat diinspirasikan dari kisah Okiku. Okiku merupakan seorang gadis cantik yang bekerja di bawah Istana Himeji dan dia digilai oleh seorang samurai bernama Tessan Aoyama yang sudah beristeri. Aoyama bercadang untuk meninggalkan isterinya dan lari bersama Okiku tetapi Okiku menolak. Kebetulan Okiku diamanahkan untuk menjaga 10 pinggan emas milik Aoyama, Aoyama menyembunyikan 1 pinggan emas dan mengugut Okiku agar bersetuju untuk melarikan diri bersamanya. Jika tidak, Okiku akan dituduh mencuri pinggan tersebut dan dihukum bunuh. Okiku tidak bersetuju dengan tindakan Aoyama dan menyebabkan Okiku diseksa oleh Aoyama dan dihumban ke dalam perigi Istana Himeji. 

Terdapat kisah lain yang mengatakan Okiku terjun ke dalam perigi Istana Himeji dan membunuh diri akibat tidak tahan diseksa Aoyama. Okiku dikatakan menghantui Aoyama selepas kematiannya dengan mengira pinggan emas berulang-ulang kali  telah menyebabkan Aoyama menjadi gila dan mati. Kematian Okiku yang memakai baju putih dan rambut dilepaskan disamakan sebagai hantu Yurei yang menjadi inspirasi watak Sadako.


KAYAKO

Image result for kayako urban legend
Credits: Youtube.com
Nama: Kayako
Nama anak: Toshio
Tempat kematian: rumah sendiri (akibat dibunuh oleh suami)

Kayako merupakan karakter legenda urban yang terkenal di Jepun dan menjadi inspirasi untuk filem Ju-On. Kisah Kayako bermula sebagai seorang gadis yang pendiam dan diabaikan oleh keluarga. Kayako menghabiskan masa mudanya tanpa kawan dan kesunyian. Apabila dewasa, Kayako berkahwin dengan lelaki bernama Taeko Saeki dan mereka memiliki seorang anak bernama Toshio.  Nasib malang Kayako bermula apabila Taeko menemui diari Kayako dan mengesyaki Kayako curang. Taeko bertindak menyerang Kayako dengan sebilah pisau di hadapan anak mereka, Toshio. Apabila Kayako cuba menyelamatkan diri, Kayako yang cedera parah telah terjatuh dari tangga dan kakinya lumpuh dengan serta merta. Taeko segera menarik Kayako yang dicekik sehingga lehernya patah dan Kayako hanya mampu mengeluarkan suara serak yang berulang-ulang. Kayako akhirnya dibungkus di dalam plastik hitam, dihumban ke dalam loteng, dan dibiarkan mati. Anak mereka, Toshio pula dilemaskan di dalam tab mandi sehingga mati dan mayat Toshio disumbat ke dalam almari. Roh Kayako dikatakan tidak tenang dengan kekejaman suaminya lalu membunuh Taeko dengan melilit leher Taeko dengan rambutnya yang panjang sehingga mati namun pihak polis menganggap Taeko membunuh diri. Sejak dari peristiwa tersebut, Kayako dan anaknya menghantui rumah mereka dan suara Kayako yang serak yang menyeramkan boleh didengari di tangga rumahnya.


@themagi2017
Rujukan:

Tuesday 29 August 2017

5 Perkara Misteri yang Perlu Anda Tahu

Selamat pagi, pengunjung blog MaGi! Entri ke-5 untuk bulan Ogos yang penuh semangat patriotik. Tapi aku bukannya nak update sesuatu yang berunsurkan patriotisme. Semalam, ada beberapa orang pelajar yang melepak kat dalam bilik kerja aku tunjuk minat dalam beberapa isu yang menarik (pada pendapat aku la). Tapi mereka tak dapat info yang jelas tentang perkara tersebut. Jadi dalam ruangan entri ni, aku nak kongsikan isu tersebut secara ringkas dan padat. Harap budak-budak tu faham la apa yang aku nak sampaikan.

Ladang Myrtles

Image result for myrtles plantation
Credits: the-line-up.com
Ia merupakan sebuah kawasan perladangan yang terletak di St. Francisville, Louisiana, Amerika Syarikat, Tempat ini dimajukan oleh Jeneral David Bradford pada tahun 1796. Apa yang menariknya, tanah ladang yang dibeli oleh Jeneral David Bradford itu merupakan tapak perkuburan keramat bagi suku kaum Indian dan tapak tersebut merupakan kawasan paling menyeramkan di dunia. Sebuah rumah dengan rekabentuk kotej Creole telah dibina di atas tapak ladang tersebut dan pada awalnya kawasan itu dinamakan sebagai Laurel Grove. Jeneral Bradford mendiami rumah itu seorang diri selama beberapa tahun sebelum beliau berpindah ke Pennsylvania atas urusan kerja. Setelah Jeneral Bradford meninggal dunia pada tahun 1808, isteri beliau Elizabeth meneruskan kerja-kerja perladangan di Ladang Myrtles dan diteruskan oleh menantu beliau Clarke Woodruff. 

Image result for myrtles plantation
Credits: nps.gov
Kisah seram mengenai ladang ini bermula, kononnya rumah Jeneral Bradford dihuni oleh roh-roh berkeliaran dan dikatakan ada 10 kes pembunuhan di rumah tersebut. Antara kisah seram yang sering menghantui rumah tersebut ialah hantu Cleo. Cleo merupakan bekas pekerja ladang yang muda dan kononnya pernah dihukum potong telinga oleh Jeneral Bradford. Akibat dendam, Cleo mencampur racun ke dalam makanan Sara Matilda (anak Jeneral) dan dua cucu Jeneral. Disebabkan tindakannya, Cleo dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan dikatakan roh Cleo berkeliaran di dalam rumah tersebut. Hantu kedua yang sering dilaporkan berkeliaran ialah William Drew Winter, peguam ladang yang mati ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Winter dikatakan cuba menyelamatkan diri sebelum ditemui mati di atas tangga pada anak tangga yang ke-17. Derap kakinya di atas tangga masih kedengaran sehingga ke hari ini. Antara hantu-hantu lain yang dilaporkan ialah anak-anak Sara Matilda yang mati dibunuh, dikatakan muncul di kawasan balkoni dan bermain-main. Selain itu, kelibat roh pekerja ladang berkulit hitam dikatakan muncul secara tiba-tiba sambil bertanyakan kerja-kerja yang patut mereka buat. Malah, lembaga menyerupai puak Indian menjelma dan berkeliaran di sekitar rumah.

Nombor Telefon 0888 888 8888

Image result for number 0888 888 8888
Credits: hdwon.net
Nombor telefon ini dikatakan nombor paling berpuaka dan ia disamakan dengan nombor 13 atau nombor 4. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, nombor 4 bermaksud mati dan setiap bangunan tidak dilabelkan dengan 'tingkat 4' tetapi sebaliknya disebut sebagai tingkat  '3A'. Bagi masyarakat Barat, nombor 13 membawa maksud kematian dan setiap bangunan tidak dilabelkan dengan 'tingkat 13' tetapi sebaliknya dilabel dengan cara yang sama seperti masyarakat Cina lakukan. Di Bulgaria, mereka menyedari corak kematian menerusi nombor telefon iaitu 0888 888 8888. Menerusi kajian, kesemua pemilik nombor tersebut menemui ajal. Pemilik nombor yang pertama iaitu pengasas syarikat telefon Mobitel iaitu Vladimir Grashnov menemui ajal akibat kanser pada tahun 2001. Pemilik kedua nombor iaitu Konstantin Dimitrov, seorang mafia Bulgaria ditemui mati bersama telefonnya akibat dibunuh oleh mafia Rusia akibat cemburu. Pemilik nombor ketiga iaitu Konstantin Dishliev, seorang pengedar kokain pula dibunuh pada tahun 2005 di luar restoran. Dan sejak dari itu, nombor tersebut digantung dan sesiapa yang mendail nombor tersebut akan menerima mesej 'Outside Network Coverage.'

Berlian Hitam Orlov

Image result for black orlov diamond
Credits: naturallycolored.com
Berlian Hitam Orlov, juga dieja sebagai Orloff merupakan berlian hitam yang mengandungi misteri dan kisah-kisah berdarah. Dikenali sebagai The Eye of Brahma Diamond, berlian seberat 67.50 carat ini berasal dari India dan ditemui pada abad ke-19. Legenda mengatakan bahawa batu berlian tersebut merupakan salah satu mata patung Brahma yang terletak di kuil Hindu Pondicherry. Batu tersebut kemudiannya dikatakan telah dicuri oleh salah seorang sami yang merantau dan menyebabkan batu tersebut disumpah. 

Berlian ini ditemui pada tahun 1932 oleh peniaga berlian, J.W Paris dan dibawa ke Amerika dan dalam tempoh seminggu berada  di New York, beliau berjaya menjual berlian tersebut. Apa yang menariknya, beberapa hari kemudian iaitu pada 7 April tahun yang sama, beliau menaiki bangunan pencakar langit Manhattan di tengah-tengah 5th Avenue dan melompat terjun ke bawah. Beliau merupakan mangsa pertama sumpahan berlian tersebut. Seterusnya, berlian tersebut dimiliki oleh puteri Rusia iaitu Puteri Nadia Vygin-Orlov (di situlah berlian ini mendapat nama) dan puteri itu membunuh diri dengan melompat terjun di sebuah bangunan di Rom, 15 tahun selepas kematian J.W Paris iaitu pada tahun 1947. Apa yang lebih menarik, sebulan sebelum kematian Puteri Nadia, seorang lagi puteri Rusia iaitu Puteri Leonila Viktorovna-Bariatinsky juga membunuh diri dengan cara melompat jatuh dari bangunan tinggi dan sebelum kematiannya, berlian itu diserahkan kepadanya. Bagi menghilangkan sumpahannya, berlian tersebut telah dipotong sekali lagi pada tahun 1950 oleh Austrian Jeweller di atas permintaan pemiliknya, Charles F. Winston. Ia mengambil masa dua tahun untuk dipotong dan dikatakan sumpahan itu telah berakhir.

Berlian Hope

Image result for hope diamond
Credits: si.edu
Berlian ini mendapat nama dari pemiliknya, Henry Philip Hope (1774-1839) tetapi sebelum berlian ini mendapat nama, ia dikenali sebagai Tarvenier Blue dan ia dibeli oleh peniaga berlian Perancis, Jean-Baptiste Tarvenier pada tahun 1666. Kemudian, batu berlian ini dipotong dan dimiliki oleh King Louis XIV pada tahun 1668. Selepas itu, berlian ini dicuri, hilang untuk seketika dan ditemui semula. Pada tahu 1791, ia dipotong sekali lagi dan dijual oleh Henry P. Hope. Berlian ini pernah dimiliki oleh lebih 20 orang (termasuk pencuri yang pernah mencuri berlian ini) dan berlian ini dipercayai membawa sumpahan yang tersendiri.

Berlian ini dikatakan berasal dari Andra Pradesh, India dari kerajaan Golkonda pada abad ke-17 dan ia dipercayai salah satu mata patung Sita, isteri Dewa Rama iaitu Avatar ke-7 Vishnu. Kononnya, ia telah dicuri dan menjadikan batu tersebut disumpah. Berlian seberat 45.52 carat dikatakan mendatangkan mudarat kepada sesiapa yang memilikinya. Sebagai contoh, Jacques Colet dikatakan telah membunuh diri selepas membeli berlian Hope. Seterusnya, Putera Ivan Kanitovski membeli berlian tersebut dari Colet (sebelum Colet membunuh diri) tapi kemudian dibunuh oleh pejuang revolusi Rusia. Berlian tersebut sempat dipinjamkan oleh Kanitivski kepada Mlle Ladue yang seterusnya mati dibunuh oleh kekasih. Kemudian berlian itu dijual kepada Sultan Turki yang akhirnya mati dibuang ke dalam jurang bersama isteri dan anaknya. Penjaga berlian, Kulub Bey pula mati dibunuh oleh samseng di Turki dan setiap pemilik yang lain dikatakan mati dalam keadaan yang menyedihkan. Walau bagaimanapun, setiap kes kematian tersebut tidak dapat disahihkan dan kononnya kisah sumpahan berlian Hope ini cuma tokok tambah untuk menambahkan nilai terhadap berlian tersebut.

Si Patung Robert

Image result for robert the doll
Credits: atlasobscura.com
Patung bernama Robert dikatakan patung yang berhantu dan pemilik asal Robert ialah Robert Eugene Otto, seorang pelukis yang tinggal di Key West, Florida. Patung Robert itu dikatakan pemberian datuk Otto yang membeli patung tersebut di Jerman sebagai hadiah hari lahir kepada Otto. Terdapat kisah lain yang menyatakan bahawa patung Robert ini diberi oleh seorang hamba Bahamas kepada Otto pada tahun 1906 dan patung itu dipercayai digunakan untuk amalan ilmu hitam dan voodoo. 

Keluarga Otto menyedari Otto sering berbual-bual bersama Robert sejak dari kecil dan ia berlanjutan sehingga Otto meningkat dewasa. Hubungan Otto dan Robert dilihat tidak sihat dan membimbangkan. Malah, keluarga Otto pernah terdengar suara Robert dan jiran tetangga pula melihat Robert bergerak dari tingkap ke tingkap. Setelah Otto meninggal dunia pada tahun 1974, Robert dihantar ke Old Post Office and Customhouse pada bulan Oktober dan dipercayai berlakunya beberapa situasi aneh berlaku di sana. Kemudian, beberapa aktiviti seram dicatatkan di Clearwater, Florida pada tahun 2008 ketika Robert dibawa ke sana untuk konvensyen paranormal. Kini ia berada di Muzium East Martello. Pihak muzium telah melakukan sedikit pencarian maklumat mengenai Robert dan mendapati Robert dicipta di Steiff Company, syarikat yang sama merekabentuk patung teddy bear bersempena dengan Theodore Roosevelt (Presiden Amerika) dan Robert sebenarnya bukan produk untuk dijual. Sebaliknya, ia direka produk pameran. Apa yang menariknya, ketika Robert masih disimpan di rumah Otto yang dibeli oleh Myrtle Reuter, beliau terdengar suara ketawa anak kecil, derap kaki dan sebagainya. Malah, ekspresi wajah Robert juga berubah jika Otto diburuk-burukkan.


@themagi2017

Rujukan
wikipedia/hopediamond | wikipedia/blackorlov | gemselect.com/blackorlov| telegraph.co.uk/mobilephone|indianexpress/spookynumber|
kaskus.co.id/perkebunanmyrtles wikipedia/myrtlesplantation | atlasobscura/robertthedoll