Tuesday 19 June 2018

Art Session: The Culture Couture

Morning, MaGians! What a wonderful morning, aku sekarang tengah berada di tempat kerja sambil dengar lagu, mengadap laptop, tak ada gangguan (which is 'side order' yang tak sedap) dan semestinya, kemas blog. Entri ke-5 mesti dibuat, bulan Jun tak lama lagi nak habis. So, aku bercadang nak upload kerja-kerja seni aku yang tak banyak. Kali ni aku lukis tema budaya dan fesyen Asia. Nanti aku akan sambung tema ni dalam buku lukisan yang baru.

Untuk koleksi kali ni, aku sebenarnya tak merancang pun nak lukis bertemakan budaya dan fesyen. Tapi tiba-tiba, aku rasa apa salahnya lukis 'something culture, something couture with a little bit of peculiarity?' Aku sebenarnya memang tak pandai lukis benda yang normal manis dan menenangkan hati ni *garu kepala

Artwork aku yang lain boleh didapati di Instagram @hshield. Boleh follow aku kat IG atau datang melawat, either way...aku tak kisah. Setakat ni aku tak jual lukisan aku. Tapi kalau aku jual, ada yang nak beli ke? *berangan mode

Okay, aku nak proceed~

Lona & Matu
Artwork ni dibuat bersempena dengan Pesta Ka'amatan dan perayaan Gawai Dayak di Sabah dan Sarawak. Lepas siapkan lukisan ni, aku pun berminat nak buat lukisan yang bertemakan budaya dan fesyen. Dan aku berminat nak tambah warna dalam lukisan aku.


Ekasari
Lukisan ni diinspirasikan dari pakaian golongan ningrat di Indonesia. Ningrat ni merupakan gelaran pewaris takhta kerajaan Jawa dan aku sebenarnya tertarik dengan gaya pakaian mereka. Mungkin lepas ni aku nak cuba lukis golongan ningrat sekali lagi.

Chempaka
Gaya lukisan ni diinspirasikan daripada pakaian tradisional Melayu, baju Kebaya. Pemakai kebaya ni selalunya nampak feminin, cantik dan manis. Why not aku tukar semua tu jadi pelik, unik dan sedikit...menakutkan?

Dayang
Lukisan ni diinspirasikan daripada pakaian tradisional orang Melayu yang boleh dikatakan paling dikenali ramai, paling tua dan paling lama bertahan sampai ke hari ni iaitu baju Kurung. Siapa kata baju kurung tak ada tarikan? Walaupun ada banyak fesyen zaman sekarang (peplum la, jubah dress la, abaya la..entah apa-apa lagi), aku tetap prefer baju kurung. Sebab aku suka benda yang ringkas, tak minat pakaian hebat lagi berserabut.

Dara
Gaya ni diinspirasikan daripada gabungan dua pakaian tradisional, baju kurung dan baju kebaya untuk menghasilkan baju Kebarung. Kebarung ni macam kebaya labuh tapi lebih longgar daripada kebaya labuh. Masa kecik-kecik dulu aku pernah pakai baju Kebarung. Disebabkan tema baju ni longgar, so aku pun memutuskan untuk 'longgarkan rambut' dan tutup separuh muka perempuan kat atas.

Srintil
Aku tertarik nak lukis gaya penari ronggeng Indonesia disebabkan buku Ronggeng Dukuh Paruk karya Ahmad Tohari. Nama lukisan aku pun diambil dari nama watak utama buku tu. Ada sesuatu yang unik tentang penari ronggeng ni yang aku tak tahu macam mana nak terangkan. Mungkin, misteri?

Dahlia
Gaya lukisan diinspirasikan daripada baju Kebaya Nyonya, pakaian golongan Peranakan Cina. Kebaya Nyonya ni lebih kurang seperti kebaya biasa potongan bajunya ada perbezaan. Biasanya kebaya Nyonya ni lebih berbunga dan meriah. Tapi untuk lukisan aku, aku letak bunga tu di luar rekaan baju dan aku gantikan dengan corak sisik. Sebab? Sebab aku yang lukis, jadi aku boleh reka ikut selera aku.

Mariam
Lukisan terakhir dalam koleksi kali ni ialah bertemakan pakaian wanita Melayu Sarawak iaitu tudung Keringkam, baju kurung dan kain selempang batik yang aku tukar coraknya ke arah tak berapa nak batik. Bagi aku, menarik juga lukis sesuatu yang bersifat lokaliti. Inilah pakaian orang aku masa dulu-dulu.


Kalau aku dah beli buku lukisan baru, nanti aku update lukisan terkini.
@theMaGi2018

Tuesday 12 June 2018

Antara Ronggeng Dukuh Paruk (1982) dan Sang Penari (2011)

Image result for sang penari 2011
credits: wikipedia
Selamat siang, MaGians! Hari ni aku nak update tentang satu filem Indonesia, Sang Penari yang dilancarkan pada tahun 2011. Bukan filem baru tapi aku baru tengok sebab filem ni diangkat dari novel trilogi Ronggeng Dukuh Paruk. Dan novel yang diterbitkan pada 1982 tu aku baru je beli tahun ni dari Instagram @bukuindonesiaku dan baru je selesai baca baru-baru ni (nak tahu pasal novel tu boleh rujuk entri Ronggeng Dukuh Paruk).

Memandangkan aku dah tulis banyak pasal buku Ronggeng karya Ahmad Tohari, kali ni aku nak bandingkan sikit tentang filem Sang Penari yang dihasilkan oleh Ifa Isfansyah. Sang Penari merupakan filem adaptasi novel yang bukan diadaptasi 100% mengikut jalan cerita novel. Ada beberapa perubahan yang disesuaikan dengan gaya penghasilan filem.

Persamaan antara buku dan filem, apa yang aku nampak dengan jelas ialah:
  • Watak Srintil dan Rasus tidak diubah. Srintil ialah penari ronggeng Dukuh Paruk yang digilai ramai. Rasus ialah anak muda Dukuh Paruk yang berjaya menjadi tentera.
  • Watak Sakarya, Kartareja dan Nyai Kartareja. Sakarya ialah datuk Srintil yang sangat mempercayai semangat Ki Secamenggala. Kartareja dan isterinya, Nyai Kartareja ialah dukun ronggeng yang mengasuh Srintil menjadi penari dan dalam masa yang sama, menggunakan Srintil untuk kesenangan peribadi.
  • Watak Sakum selaku pemukul gendang ronggeng yang buta.
  • Latar tempat Dukuh Paruk yang miskin, tandus dan mundur.
  • Latar tempat markas tentera yang menjadi permulaan untuk Rasus mengubah kehidupan.
  • Kisah Srintil menjalani 'bukak klambu' iaitu kehilangan perawan untuk menjadi penari ronggeng sejati.
  • Kisah perjuangan parti komunis yang disemarakkan oleh Encik Bakar, sehingga menyebabkan warga Dukuh Paruk dipengaruhi dan menjadi punca kemusnahan mereka.
  • Penggunaan bahasa Banyumas yang ketara di dalam filem dan juga buku.
Image result for sang penari 2011
credits: bersatoe.com
Perbezaan antara buku dan filem ialah:
  • Menerusi filem, Srintil dijadikan ronggeng ketika usia remaja manakala menerusi buku, Srintil dipilih menjadi ronggeng di usia yang muda, sekitar 11-12 tahun (dan bagi sesiapa yang dah baca buku Ronggeng, Srintil digambarkan berdada leper ketika pertama kali diangkat menjadi penari bagi menunjukkan usianya yang masih muda).
  • Berdasarkan filem, Srintil meminati ronggeng kerana mengagumi penari ronggeng Surti yang akhirnya mati akibat memakan tempe bongkrek yang dihasilkan oleh Santayib, bapa Srintil. Melalui buku, Srintil digambarkan meminati ronggeng walaupun tak pernah melihat tarian ronggeng memandangkan penari ronggeng mati ketika Srintil masih bayi.
  • Menerusi buku, keris ronggeng Srintil pemberian Rasus merupakan milik bapa Rasus. Tapi menerusi filem, keris tersebut dikatakan terjatuh dari pinggang Surti si penari ronggeng ketika penari itu rebah tidak sedarkan diri selepas memakan tempe bongkrek dan dikutip oleh Rasus lalu diberikan kepada Srintil apabila Srintil menjadi penari ronggeng.
  • Perkembangan cinta antara Rasus dan Srintil lebih jelas di dalam filem berbanding buku kerana menerusi buku, Rasus berdepan dengan konflik untuk menyatakan cinta walaupun Srintil jujur meminta Rasus menikahinya.
  • Dukuh Paruk digambarkan musnah sepenuhnya di dalam filem akibat menyertai parti komunis secara membuta tuli. Menerusi buku, Dukuh Paruk didiami semula selepas dimusnahkan oleh tentera kerana mengikuti parti komunis.
  • Pengakhiran Srintil dalam filem dan buku adalah berbeza. Menerusi buku, Srintil menjadi gila kerana keinginannya untuk menjadi isteri tidak kesampaian kerana ditipu oleh lelaki dari Jakarta. Menerusi filem, Srintil ditangkap tentera akibat menyertai parti komunis, dibawa pergi dan nasibnya tidak diketahui. (Menurut kajian yang dijalankan mengenai gerakan komunis era 60an di Indonesia, sesiapa yang menyertai komunis secara langsung atau tak langsung akan dikenakan hukuman bunuh. Penulis Ahmad Tohari menyatakan beliau tidak dapat menulis pembunuhan  tersebut kerana beliau mungkin akan menerima hukuman tembak dari pemerintah Orde Baru.)
Image result for sang penari 2011
credits: culture360
Tarikan yang ada pada filem Ronggeng:
  • Aku suka pengakhiran untuk Srintil dalam filem. Sebab pengakhiran tu rasa lebih realistik dan sesuai dengan budaya pemerintahan pada zaman tersebut. Aku faham penulis tak dapat matikan watak Srintil sebagai korban parti komunis, sebaliknya menghidupkan watak Srintil sebagai bekas tahanan PKI yang berdepan dengan kehidupan yang sukar selepas berhenti menjadi ronggeng-sebab isu pembunuhan tahanan parti komunis sangat sensitif untuk diceritakan.
  • Dan aku suka pengakhiran untuk keseluruhan filem, Rasus menyerahkan keris milik Srintil kepada seorang penari ronggeng yang seiras seperti Srintil lalu babak tersebut berakhir dengan penari ronggeng menari diiringi dengan pemukul gendang yang buta seperti Sakum, lalu menghilang dan menyepi. Sama seperti nasib Srintil yang begitu terkenal dan dipuja-puja di Banyumas tapi dilenyapkan dan hilang begitu saja tanpa khabar berita.
Tarikan yang ada pada buku Ronggeng:
  • Aku paling suka kisah Srintil menjadi 'gowok' kepada lelaki bernama Waras. Bahagian ni yang aku rasa, keinginan Srintil untuk jadi seorang isteri semakin jelas.
  • Aku suka bagaimana sikap kejam Bajus mempergunakan Srintil menyebabkan Srintil menjadi gila. Serius, aku rasa kalau watak Bajus tu betul-betul wujud, aku memang bagi tamparan beberapa das.
  • Kisah Srintil selepas dibebaskan dari penjara juga agak menarik. Sebab perubahan Srintil menjadi lebih ketara apabila statusnya sebagai penari ronggeng terkenal diganti dengan gelaran 'bekas tahanan PKI'.

Secara keseluruhannya, karakter Srintil dan Rasus diterjemahkan dengan baik sekali melalui pelakon Prisia Nasution sebagai Srintil dan Oka Antara sebagai Rasus. Kedua-dua pelakon berjaya menghayati watak dan nama-nama tersebut kini wujud dalam bentuk manusia yang nyata. Watak Nyai Kartareja juga menarik, aku rasa perempuan tua ni opportunist gila. Walaupun jalan cerita tidak diadaptasi sepenuhnya dari buku, still aku rasa filem ni ada sesuatu yang nostalgia, realistik dan menyegarkan.


@theMaGi2018

Apabila Barang Biasa Menjadi Luar Biasa?

Hello visitors! Hari ni aku nak update entri santai. Kadang-kadang perlu juga tulis sesuatu yang santai, untuk legakan perasaan. Kalau serius setiap hari, tak seronok. 

Okay, zaman sekarang ni berbeza sangat dengan zaman dahulu. Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, kalau sebut kerusi maksudnya kerusi. Tak ada maksud lain. Tapi sekarang barang biasa yang kita memang dah tahu apa maksudnya, ada maksud yang lain. Jadi barang biasa tu dah jadi luar biasa. Aku hairan jugak, macam mana barang biasa ni dijadikan istilah untuk merujuk sesuatu yang 'luar biasa'? 

Well, orang kita memang kreatif. So, barang biasa apa yang dah jadi 'luar biasa'?

Image result for makcik bawang
credits: Tenor
BAWANG- Bawang atau onion ialah sejenis umbi pokok, juga simbol blog aku dengan tagline 'peel it feel it'. Sebab aku rasa bawang ni tumbuhan yang unik dan kita perlu kupas bawang tu untuk dapatkan bawang yang bersih. Tapi sekarang, aku risau pulak takut orang sangka blog aku ni tempat bergosip mengumpat mengadu domba. Sebab bawang bukan sekadar bawang, bawang merujuk kepada golongan yang suka tanya, bercerita dan bergosip benda yang bukan-bukan. Btw, aku bukan makcik bawang.

Image result for kunyit
credits: rootofscience.com
KUNYIT- Kunyit ialah tumbuhan herba yang berkhasiat, digunakan untuk menyedapkan masakan, untuk kesihatan dalaman dan juga kecantikan. Tapi sekarang kunyit merujuk kepada golongan gay. Aku nak letak gambar contoh untuk golongan kunyit dalam entri ni pun tak berselera. So aku letak gambar kunyit yang sebenar, bukan kunyit jadi-jadian.


Image result for halia
credits: shop.redtick.com
HALIA- Halia ialah tumbuhan herba yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan kampung. Sinonim sebagai makanan wanita lepas beranak. Tapi zaman sekarang, halia juga merujuk kepada golongan lesbian. Aku tak fahamlah kenapa golongan macam ni digelar dengan nama tumbuhan herba?

Image result for cendol
credits: cooking.my
CENDOL- Cendol ialah sejenis pencuci mulut yang sejuk dan bersantan. Sesuai dimakan ketika cuaca panas. Tapi sekarang, kalau sebut cendol maka terkeluarlah muka awek cendol. Sorry gais, aku tak nak tempek gambar awek cendol kat sini. Aku lebih prefer tengok cendol yang sebenar.

Image result for sotong
credits: purelyfresh.com.sg
SOTONG- Siapa tak kenal sotong? Sotong ni sejenis hidupan laut, sedap dibuat sambal. Goreng tepung pun sedap (hah, lapar pulak...puasa ni~). Tapi kalau sotong ni berubah rupa (menjadi perempuan jadi-jadian), aku cuma mampu tengok dan diam jelah. Why bother, kan?

Image result for kayu
credits: kayukita.com
KAYU- Kayu ialah produk yang berasal dari pokok, sejenis bahan organik berserat dalam tumbuhan. Kayu penting dalam industri perabot, pembuatan rumah dan kraftangan. Tapi kayu juga merujuk kepada orang yang tak ada ekspresi, kaku dan tak pandai berlakon (sila rujuk kisah Fattah Amin)



Image result for sup bunjut
credits: MASKULIN
SUP BUNJUT- Sup bunjut ialah kombinasi rempah masakan di dalam bunjut dan digunakan untuk menyediakan sup, sama ada sup ayam atau sup daging. Penggunaan sup bunjut memudahkan masakan sup disediakan. Cuma sup bunjut bukan sekadar sup bunjut. Disebabkan drama Nur di TV3, babak sup bunjut dikatakan barang sihir menjadi tular. Sekelip mata, sup bunjut menjadi 'selebriti'.


Sebenarnya ada banyak lagi barang biasa yang di'luarbiasa'kan bagi merujuk kepada sesuatu benda, perkara, kumpulan dan sebagainya. Tapi aku tak nak tulis panjang, sebab aku tahu korang pun tahu. Mungkin lebih dahsyat dari senarai aku. Mungkin lepas ni kobis bukan sekadar kobis, pendrive bukan sekadar pendrive, kasut bukan sekadar kasut atau apa-apa benda yang biasa korang nampak or guna bukan sekadar barang lagi...tapi istilah baru untuk benda yang tular. Well, orang kita memang kreatif ^^

@theMaGi2018

Monday 11 June 2018

Depresi: 'Kanser' Alaf Baru

Image result for depression quotes
credits: lovequotesforherhim.com
Selamat pagi, MaGians. Tinggal beberapa hari lagi nak sambut Syawal. Hari ni Ramadan ke-26. Mesti ramai yang stres fikirkan persiapan raya. Dan raya tahun  ni aku tak dapat cuti panjang, so aku  akan mereput dengan jayanya di tempat kerja. Stres doh...

Bila sebut pasal stres, dunia zaman sekarang memang sangat mencabar. Tekanan perasaan ialah makanan harian manusia zaman sekarang. Faktor sekeliling yang berubah dengan cepat sangat mempengaruhi emosi manusia. Tapi stres dan tertekan ialah perasaan yang normal. Cuma kalau berlebihan, mungkin tak normal.

Baru-baru ni, kita mendengar khabar kematian chef selebriti terkenal iaitu Anthony Bourdain akibat depresi. Pengasas Kate Spade juga ditimpa nasib yang sama. Tahun lepas, penyanyi Chester Bennington dan Kim Jonghyun memilih untuk bunuh diri akibat gagal mengawal depresi. Aku ada terbaca satu artikel mengenai isu depresi dan persepsi masyarakat lebih-lebih lagi orang kita ni. Sebahagian daripada mereka yang tipikal ni melihat pesakit depresi ni:
  • suka nak menyusahkan diri dan orang lain
  • suka nak menyakitkan diri sendiri.
  • tak ada usaha nak menyembuhkan diri
  • tak ada iman
Kata-kata yang selalu diberikan kepada pesakit depresi juga sangat tidak bersesuaian seperti:
  • "aku pun ada masalah, bukan kau sorang je."
  • "solat la lebih sikit..."
  • "alah, masalah sikit je..tak payah fikir lah!"
  • "kau ada iman, kan?"
Image result for depression quotes
credits: Pinterest
Bagi aku la, kalau orang yang setakat ada masalah biasa tu jangan suka-suka nak tunjuk pandai bagi nasihat kepada pesakit depresi lebih-lebih lagi jenis pengidap depresi kronik yang senyap. Setiap orang ada tahap kemampuan yang berbeza bila berdepan dengan masalah. Kata-kata yang salah boleh mendatangkan akibat yang sangat bahaya. Dan aku boleh anggap manusia yang tak jaga bahasa tu pembunuh tanpa sedar.

Hari tu aku ada baca tentang masalah depresi dan stigma masyarakat yang tak ambil serius dengan kesihatan mental. Orang kita selalu ambil berat dengan penyakit-penyakit yang nyata seperti ketumbuhan, tumor, leukimia, barah dan sebagainya. Orang kita juga ambil berat penyakit tak nampak seperti kerasukan, histeria, gangguan saka dan lain-lain. Tapi kenapa bila ada yang berdepan dengan masalah depresi, kita tak ambil peduli?

Bagi aku, depresi ialah kanser alaf baru- kanser yang tumbuh dalam emosi dan menyebabkan kesakitan yang tak disedari. Depresi merosakkan segala hormon manusia dan menjadi punca kesihatan fizikal terjejas. Orang kita ni kena faham, penjagaan kesihatan manusia ni bukan setakat fizikal dan rohani semata-mata, tapi kesihatan mental pun penting juga untuk dijaga. Betullah kata sesetengah orang, bila ahli keluarga/kawan kita sakit kanser kita beria-ia beri perhatian tapi bila ada berdepan masalah kemurungan kita membebel bagi nasihat yang tak membantu langsung.

Okaylah, bagi sesiapa yang dilihat berpotensi untuk mengidap depresi, tanda-tandanya adalah seperti berikut:
  1. Cenderung marah hampir setiap hari atau secara berturut-turut.
  2. Perasaan rendah diri, tidak berminat dengan aktiviti sosial.
  3. Berat badan merosot atau mendadak naik.
  4. Corak tidur berubah- sama ada kurang tidur atau terlebih tidur.
  5. Jadual harian berubah- sama ada kurang aktif atau terlebih aktif.
  6. Selalu letih dan tidak bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.
  7. Sukar untuk fokus, berfikir secara rasional dan membuat keputusan.
  8. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai rancangan untuk mati di masa hadapan.
Image result for depression quotes
credits: Pinterest
Dan bagi mereka yang dilihat mempunyai tanda-tanda mengidap depresi, punca depresi adalah seperti berikut:
  • Genetik/keturunan.
  • Kehidupan zaman kanak-kanak yang sukar
  • Penyalahgunaan dadah
  • Sejarah hidup yang negatif
  • Ketidakseimbangan hormon di dalam otak (serotonin, norepinephrine dan dopamine)
Memetik kata-kata Dr. Yusni Yusuff dari Hospital Sultanah Bahiyah, depresi tak boleh dikaitkan dengan bunuh diri kecuali pengidap memang berniat untuk melakukannya.Ada 3 sebab utama bagi sesetengah kes bunuh diri akibat depresi iaitu:
  • Gagal kawal perasaan
  • Meminta perhatian/crying for help- pesakit sendiri sebenarnya tidak tahu kenapa dia bertindak untuk membunuh diri tapi amat terdesak untuk mendapat perhatian.
  • Impulsive- pesakit tidak ada niat untuk membunuh diri tapi perbuatannya untuk meminta perhatian akhirnya menyebabkan dia terbunuh.
Antara jenis depresi yang terjadi di kalangan masyarakat pada masa kini ialah:
  1. Major depression/Kemurungan utama/Kemurungan Unipolar: rujuk tanda-tanda depresi di atas. Jika memiliki 5 daripada 8 tanda, anda berpotensi mengidap Major Depression.
  2. Bipolar Disorder/Kemurungan 'manic'/ Kemurungan Bipolar: sejenis masalah psikologi yang menyebabkan pesakit mengalami gangguan mood berpanjangan (eg: terlalu gembira, terlalu sedih, terlalu marah, terlalu cergas dan sebagainya)
  3. Dysthymia/Persistent Depressive Disorder/Gangguan Kemurungan Berterusan: tanda-tanda bagi penyakit ini sama seperti Major Depression. Gangguan yang berterusan tanpa dirawat akan menjadi Major Depression.
  4. Postpartum Depression/Kemurungan selepas bersalin/meroyan: masalah ini dihadapi oleh wanita selepas bersalin yang gagal menerima perubahan selepas melahirkan anak. Setakat ni, masalah meroyan antara masalah depresi yang mendapat perhatian dalam masyarakat Malaysia.
  5. Psychotic Depression/Kemurungan Psikotik: Masalah Dysthymia berterusan turut menjadi punca masalah kemurungan psikotik- iaitu mendengar bisikan halus, berhalusinasi, berkhayal dan pengalaman pesakit bercanggah dengan realiti.
  6. Seasonal Affective Disorder/Gangguan Afektif Bermusim: Masalah Major Depression yang muncul pada masa-masa tertentu merupakan gangguan afektif bermusim, yang terjadi pada musim sejuk di mana cahaya matahari adalah berkurangan.
  7. Kemurungan remaja: terjadi pada golongan remaja yang berdepan dengan kesukaran untuk menerima perubahan seperti perubahan bentuk badan, tekanan daripada rakan sebaya dan pencapaian akademik.
  8. Premenstrual Depression: terjadi pada golongan wanita sebelum minggu haid. mereka akan mengalami perubahan emosi, selera makan, keletihan, tidak fokus dan cepat panik. 
  9. Stress Response Syndrome/Situational Disorder: Punca masalah ini berlaku ialah disebabkan oleh kejadian yang menimbulkan tekanan jiwa seperti kematian ahli keluarga, kehilangan kerja atau penceraian. Jika berlarutan akan menjadi Major Depression.
  10. Atypical Depression: Masalah ini berbeza dari depresi biasa yang cenderung ke arah kesedihan. Atypical depression berlaku apabila berlaku kejadian positif yang meningkatkan mood. Antara simptom pengidap atypical depression ialah selera bertambah-tambah, tidur melampau-lampau, rasa berat di bahagian lengan dan kaki, dan terlebih sensitif terhadap kritikan.
Kesimpulannya, pesakit kanser dimaklumkan berapa lama mereka akan hidup dan kematian adalah sesuatu yang jelas bagi mereka. Sedangkan pesakit yang mengidap depresi berdepan dengan ketidakpastian, stigma masyarakat dan hilang kawalan diri. Jika ada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan yang berdepan dengan depresi, jangan abaikan mereka. Tak guna nak bersedih atau bagi pendapat- "bunuh diri tu salah, tak dapat masuk syurga" dan sebagainya bila benda dah jadi. Kita tak ada hak untuk tentukan orang masuk neraka atau syurga, tapi kita ada hak untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Jangan jadi 'pembunuh' tanpa sedar.


@theMaGi2018