Tuesday 28 August 2018

Bila Berdepan dengan Kisah Seram V

Image result for ghosts
credits: sites.psu.edu
Morning, gais! Kembali ke sini untuk entri ke-5. Kali ni aku telat nak lengkapkan 5 entri sebab aku sibuk. Same old reason, kan? Apa boleh buat? Aku ni employee, bukan employer. 

Okay, kita balik semula ke topik seram-seram kuku (bukan suam-suam kuku). Aku baru je kutip beberapa keping cerita baru dari member, dari budak-budak kelas yang aku handle sebelah petang. Dan sekarang, the real fun is yet to come~


Ketawa Gembira

Kisah ni aku dapat dari member sama universiti. Kalau tak silap aku masa semester 4, kitorang duduk tingkat 3. Member aku tu duduk tingkat 2. Blok kediaman kitorang dekat hujung sekali, berdepan dengan bangunan fakulti. Memang senang sangat nak tengok apa-apa aktiviti, kitorang jenguk je ke luar tingkap. Pernah sekali tu aku jerit je dekat member, mintak dia belikan makanan. Tapi disebabkan blok kediaman dekat dengan fakulti, ada je benda yang tak sedap dipandang pada sebelah malam. Bebudak teater pernah sekali buat pementasan drama hantu-hantu, diorang guna kawasan tingkat 2 fakulti kitorang untuk berlatih pada sebelah malam. Ko bayangkan apa perasaan kitorang bila bukak tingkap? Dan member aku pernah cakap yang dia dan geng rumah dia pernah terdengar orang tergelak-gelak jam 2-3 pagi. Musykil la diorang, siapa yang gila masih ada selera nak gelak waktu macam tu? Masa tu diorang andaikan suara gelak tu dari jiran tingkap atas. Tapi aku tak dengar pulak jiran kiri kanan gelak sebab kitorang duduk kat level 3. Yang menariknya, kawan aku cakap suara ketawa tu macam sama je. Lepas tu ada yang bagitahu, suara tu datangnya dari fakulti. Memandangkan suara ketawa tu tak mengilai, kawan aku dan membernya mengambil keputusan untuk buat tak tahu. Korang pun tahu jelah, benda tu kalau dilayan makin menjadi.

Gangguan Loker

Aku dah cerita kisah ni dalam entri Kisah Seram IV. Tapi kali ini aku cerita dari sudut pengalaman kawan aku sendiri. Dia cakap- "Pengalaman aku masa semsatu blok depan...tengah malam tido, locker kena goncang dari dalam. Scary gila tapi orang lain semua tak sedar. Nasib baik ada baju gantung hujung katil. Esok pagi, bangun tengok kunci locker bengkok...huhu..."

Sepertimana yang aku dah cakap dalam entri sebelum, penghuni loker tu pembersih orangnya.

Main ketuk-ketuk

Yang ni kisah roomate aku, masa tu kitorang semester 3 (tahun 2009). Alkisah, pada suatu malam aku dan kawan aku tu khusyuk main game. Kalau tak silap, dia tengah main Alice Greenfinger. Aku masa tu mengadap game Sea Journey. Disebabkan lama sangat mengadap laptop, aku pun decide nak masuk tidur. Hari pun dah lewat malam. Bila aku dah ready nak tidur, kawan aku pun cakap yang dia nak pinjam laptop aku. Aku bagi jelah dia pinjam, lepas tu aku pun terlelap. Keesokan harinya, kawan aku bagitahu- "Malam tadi aku dengar kau panggil aku. Aku dengar lembut je kau panggil nama aku. Tapi aku tahu kau tak pernah panggil aku macam tu. Jadi aku pun jenguk la kau, kau elok je tido. Tapi aku memang dengar macam suara kau, panggil nama aku. Bila aku tak sahut, ada benda main kuku pulak dekat tingkat...ketuk-ketuk..."

Boleh pulak benda tu tiru suara aku. Hmmm....

Penghuni kekal

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Masa tu semester 2 (awal tahun 2009). Setiap semester, kitorang berpindah rumah dan blok kediaman. Kali ni, kawan aku duduk di blok depan tingkat 4 mengadap ke arah perhentian bas. Aku pulak duduk blok tengah tingkat 5. Memandangkan housemate aku dah sampai, aku pergi ke rumah kawan aku untuk teman dia sebab housemate dia tak datang lagi. So, aku tumpang tido dalam bilik dia. Okay, setakat tu jelah kisah aku. Kemudian semalam dia bercerita. Katanya dia tak pernah cerita kat sesiapapun. Bilik dia tu ada 2 katil, kedua-duanya double decker. Kawan aku duduk katil bawah, roomate dia pun duduk katil bawah. Tapi housemate dia yang lain tak nak duduk katil atas. Diorang lebih rela tidur dekat ruang tamu. Kawan aku tu musykil la kenapa tak ada orang nak tido kat katil tu? Lepas tu bila menjelang cuti perayaan, kawan aku tak balik mana-mana. Dia duduk sorang dalam rumah tu. Masa tulah dia dengar atas katil dia tu macam ada orang duduk. Dalam keadaan separuh sedar, ada masanya dia dengar macam ada orang mandi. Kadang-kadang kawan aku rasa dia tak keseorangan, macam berdua dalam bilik tu padahal housemate yang lain tak ada kat rumah. Dan dia bagitahu aku dia pernah bermimpi dia bercakap dengan seseorang. 'Seseorang' tu tak nak ada orang lain yang ganggu tempat tidur dia dan lepas habis semester tu, kawan aku tu jumpa kakak senior. Dikatakan...ada orang bunuh diri dalam salah satu bilik. 

Bahagian paling menarik? Melalui mimpi, 'seseorang' tu dah bagitahu nama dia kat kawan aku. Tapi bila masuk semester baru, kawan aku langsung tak ingat nombor rumah, apatah lagi duduk kat tingkat berapa dan blok kediaman yang mana satu. Otak kawan aku kena 'refresh' sepenuhnya. Yang tinggal cuma pengalaman dia je di rumah tu.

Sila Duduk di Depan

Kisah ni bebudak aku yang ceritakan semalam. Aku ni merupakan tenaga pengajar kelas ICT pada sebelah petang. Peranan aku di tempat kerja tak sama sebelah pagi dan sebelah petang. Okay, balik semula ke cerita asal. Budak-budak ni sejak kebelakangan ni ada kelas malam- ia merupakan kelas persediaan untuk menghadapi peperiksaan. So, pada suatu malam, budak-budak ni pilih untuk duduk di kerusi belakang. Tapi setiap kali duduk di kerusi belakang, muncul la segala jenis serangga, nyamuk, pintu pulak asyik ke depan ke belakang terhayun-hayun macam ditiup angin deras. Bila bebudak tu lari ke kerusi depan, segala gangguan tu pun lenyap sekelip mata.

Nampak tak? 'Benda' tu bagi peringatan dengan cara yang 'manis' sangat. "Sila duduk di depan...ya anak-anak sekalian~"

@theMaGi2018

Monday 27 August 2018

Bila Berdepan dengan Kisah Seram IV

Image result for haunted hostel
credits: wixsite.com
Here again! Selamat siang, petang dan malam (tak kiralah jam berapa korang berkunjung ke blog aku ni). Untuk entri yang ke-4, aku bawakan kisah seram sekali lagi. A bit horror-rush dalam kepala aku sejak kebelakangan ni. Sebenarnya masa aku sambung study di Shah Alam, tempat tinggal aku tu bukannya suci murni sangat. Tergerak hati aku nak ceritakan pengalaman aku dan kawan-kawan aku sepanjang menginap di situ. BTW, bukan hostel kitorang saja yang seram di UiTM, hostel universiti lain pun 2 kali 5. Kalau tak seram, tak indahlah zaman universiti. Tak gitu?

Jemaah Solat

Kisah ni bermula di rumah hostel pertama aku masa aku mula-mula duduk hostel di UiTM (to be precise, Puncak Perdana). Aku suka tempat study aku ni sebab kawasannya private dan dekat dengan fakulti. Kelas pukul 8 pagi, bangun tidur pukul 7 suku- masih sempat masuk kuliah on time. Yang tak bestnya aku mendengar desas desus tempat study aku ni tempat 'jin bertendang'. Pengalaman pertama yang aku alami ialah- aku solat di bilik aku sendiri. Lepas solat, aku buka pintu bilik. FYI, rumah aku tu tak ada lampu dekat ruang tamu. Bilik yang lain pun tak ada lampu. Yang paling hanat tingkap ruang tamu aku tu tak ada langsir. So, aku bergantung sepenuhnya pada lampu bilik tidur dan lampu toilet. Nak dijadikan cerita lepas aku habis solat dan buka pintu bilik, aku duduk semula dekat sejadah. Niat asal tu nak baca Yasin, tapi tetiba aku nampak macam seseorang lalu belakang aku pakai telekung. Setahu aku, cuma aku sorang je yang duduk rumah tu. Jadi, korang rasa siapa yang berminat sangat nak jadi jemaah solat tu?

Kembali Seperti Asal

Again, pasal rumah yang sama. Aku duduk di rumah tu selama 4 hari 3 malam. Masuk hari ke-5, aku diminta oleh pihak pejabat untuk berpindah ke tingkat 4. Memang memberontak jugaklah perasaan masa tu sebab rumah aku tu tingkat 1. Walaupun seram semacam, aku suka duduk sorang-sorang. Tapi apa boleh buat, aku dah terima arahan, aku pun berpindah naik ke rumah tingkat 4 dan berkenalan dengan geng rumah (at least, geng rumah aku yang baru ni spesis manusia betul, bukan spesis 'lain'). Lepas aku keluar dari rumah aku tu, aku rasa macam satu attachment yang ganjil. Aku rasa macam berat sangat hati nak lepaskan rumah tu. Padahal bukan lama pun aku duduk situ. Pada hari ke-6, aku sepatutnya serah kunci rumah ke pejabat tapi aku balik semula ke rumah tu. Surprisingly, rumah tu kotor nak mampus. Padahal masa aku pindah pada hari ke-5, rumah tu masih bersih molek. Aku pun heran, apahal lantai debu tebal seinci ni? Kenapa meja kerusi bersepah macam mula-mula aku masuk dalam rumah? Disebabkan aku terlalu musykil, aku pun tertidur dalam rumah tu sampai petang. Keesokan harinya, genap hari ke-7, aku kembali semula ke rumah tu. Tapi aku tak dapat masuk lagi sebab pihak pejabat dah tukar tombol pintu. Dan aku diberitahu jiran sebelah, rumah aku tu rumah transit. Dah 4 tahun tak digunakan. Sebelah rumah tu ada rumah kosong yang dijadikan sebagai stor. Rumah tu ada 'sesuatu' dan rumah aku tu 'laluan' utama. Kiranya, akulah manusia pertama yang duduk di rumah tu selepas 4 tahun dikunci rapat.

Loker Mengamuk

Selepas aku berpindah masuk ke rumah baru, aku mengandaikan rumah yang aku duduk ni rumah yang aman damai lagi tenteram. Ada 8 orang penghuni, termasuk aku. Ada tiga ruang bilik tidur. Ada dua buah toilet. Tapi sangkaan aku meleset. Ada sebuah loker ganjil dalam rumah kitorang ni. Asal member rumah aku tak kemas pakaian dalam loker tu, sebelah malam kitorang akan mendengar loker tu mengamuk iaitu bunyi sepak terajang yang mengganggu ketenangan malam. Pada sebelah pagi, keadaan di dalam loker tu lebih teruk dari tongkang pecah. Tapi bila pakaian dalam loker tu dikemas elok-elok, loker tu akan bertenang. Masa tu kitorang yakin dan percaya, ada 'sesuatu' yang duduk dalam loker tu dan 'dia' seorang yang pembersih.

Rombongan Serba Putih

Kali ni, kejadian tu tak berlaku dalam rumah tapi luar rumah. Masa aku jadi student di situ, aku ni ada habit suka duduk di beranda walaupun rumah aku tingkat 4. Kalau jenis pengecut memang takkan duduk di beranda sambil salin nota dan makan jajan. Tapi bukan aku sorang je yang ada habit macam tu. Kawan aku pun sama, dia suka berdiri di beranda setiap malam layan phone. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam aku balik ke rumah tengah malam lepas habiskan tugasan berkumpulan di rumah kawan aku tu. Tak ada apa yang aku nampak masa aku balik rumah, suasana sunyi macam biasa sebab dah tengah malam. Pak jaga tengah duduk tertidur. Pagar utama ditutup rapat. Tak ada lagi manusia merayau masa tu. Lepas aku sampai di rumah, member rumah aku pun menyusul- dia pun baru lepas habiskan tugasan berkumpulan di rumah kawan dia. Kemudian member rumah aku tiba-tiba tanya: "Kau nampak tak ada orang main batu seremban kat depan pintu masuk blok kita? Kat situ ada tempat rehat, akak nampak ada dua orang main batu seremban. Gila ah main batu seremban waktu macam ni." Yang itu, keganjilan pertama yang aku dengar. Keesokannya, kawan aku yang suka melepak dekat beranda rumah tu bagitahu dia nampak rombongan orang berpakaian serba putih lepas aku balik dari rumah dia. Rombongan tu cuma di belakang aku je, korang bayangkan. Tapi aku tak nampak sesiapapun. Kawan aku tu sangka budak-budak teater tengah berlatih berlakon sambil bawak batu nisan. Malangnya budak teater pun tak tahu menahu pasal kejadian tu. Itu keganjilan kedua yang berlaku pada waktu yang sama.

Tetamu Depan Pintu

Kisah ni terjadi pada senior kitorang. Diceritakan oleh makcik cleaner yang dah biasa dengan benda macam tu. Kisahnya bermula dengan kitorang tengah duduk makan tengah hari di kawasan rehat hostel. Kitorang bercerita pasal pelajar histeria, kisah seram asrama dan sewaktu dengannya. Tiba-tiba makcik cleaner yang berdiri berhampiran bagitahu kitorang-"Dekat blok hostel ni, ada satu rumah tu...ada sorang pelajar, dia datang bulan. Disebabkan tak selesa, dia bangun tengah malam dan dia pergi tukar dia punya tuala wanita. Tapi tong biru tu dekat luar rumah. Nak tak nak dia terpaksa keluar dari rumah. Baru je buka pintu, ada 'benda' yang duduk atas tong biru tu sambil tersengih. Pagi esok kawan-kawan dia bangun tidur nampak dia tergolek depan pintu, pengsan tak sedarkan diri." Kitorang pun tanya, rumah yang mana? Makcik cleaner tu pun tunjuk rumah yang dimaksudkan. Rumah tingkat 3, bahagian depan. Kelakar sangat...itu rumah kitorang.

Main Hempap

Kisah ni terjadi kat member aku lepas dia balik bersukan dari kampus induk. Bayangkan, kuliah kitorang habis pukul 5 petang. Aktiviti sukan pula pukul 6 petang. Tuhan je tahu betapa sempitnya jadual kitorang. Berebut bas Rapid satu hal, sampai di seksyen 2 kena berebut bas lagi. Dah masuk kampus induk, kena naik satu lagi bas untuk sampai ke pusat sukan. Disebabkan kitorang nak berjimat, terpaksa la guna bas sekali lagi untuk balik ke hostel. Dalam keadaan serba penat dan lesu, kawan aku tu terus terbaring atas katil sebaik saja dia sampai ke rumah. Dia tak makan, tak mandi, tak tukar baju. Baru beberapa minit dia terbaring atas katil, tiba-tiba dada dia sakit. Makin lama makin susah nak bernafas. Bila mata dia terbuka, dia nampak ada benda hitam yang hempap dan tekan dada dia sampai dia rasa macam nak terputus nyawa. Nasib baik kawan sebilik dia masuk ke dalam bilik, benda hitam tu pun hilang. Hampir 2 minggu dia tak nak tidur dalam bilik tu, trauma katanya.

Pengguna Bilik Air

Kisah ni berlaku kat lecturer fakulti kitorang. Macam biasa, lecturer masuk pejabat sebelum pukul 8 pagi. Sebelum kuliah, lecturer tu pergi ke toilet. Kebetulan bilik ofis dia di hujung so dia guna la toilet di hujung sekali sebab kalau nak pergi toilet tingkat 2 tu macam jauh sangat nak pusing. Tapi malangnya, pagi tu lecturer kitorang disapa pengguna toilet yang tak diundang. Memang nyata nampak depan mata, siap duduk tenang lagi atas sinki. Apa lagi? Lecturer aku terus angkat kaki, balik rumah, ambil cuti. Dia siap bagi nasihat lagi, jangan masuk toilet tu awal pagi sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal kena sapa dengan pengguna toilet yang paling awal.

Pesta Bilik Kuliah

Kisah ni berlaku kat kawan aku yang merupakan ketua kelas. Kerja dia sebelum kuliah ialah pergi ambil kunci bilik kuliah. Bilik kuliah berkunci ni selalunya bilik yang lengkap beraircond, berkarpet dan ada peralatan ICT. Kalau tak silap akulah, sebelum dia pergi ambil kunci bilik kuliah, dia pergi singgah bilik tu dulu- manalah tahu kalau ada kumpulan lain yang guna bilik tu. Bila dia dan kawan dia sampai depan pintu bilik kuliah, dia terdengar suara orang tengah berbual-bual rancak. Memang riuh sangat bunyinya. So, kawan aku nak maklumkan dekat lecturer yang bilik tu ada orang tengah pakai. Tapi sebelum tu dia singgah ke pejabat, nak tanya bilik kuliah mana yang available. Kelakar sangat...bilik kuliah yang dia dengar bising gila tu memang available. Dan kunci bilik kuliah tu ada di pejabat. So, siapa yang buat bising dalam bilik kuliah berkunci tu?

Malam di Perpustakaan

Kisah ni terjadi pada aku sendiri, aku pergi ke kedai serbaneka sebab nak beli roti. Lepas beli roti, aku tergerak hati nak singgah ke library. Sekurang-kurangnya boleh la aku menumpang tengok berita jam 8 di library. Sebaik saja aku masuk ke dalam library, jam menunjukkan pukul 8:30 malam. Aku pun duduk di kerusi rehat sambil baca newspaper dan tengok berita. Yang peliknya, assistant librarian yang jaga kaunter tu tunduk je tak angkat kepala. Tak lama lagi pukul 9 malam, sepatutnya dia remind pelajar suruh balik hostel. Minggu exam je library open sampai pukul 10 malam. Ini tak...tunduk je tak tunjuk muka. Aku pun jadi musykil, dia ni tidur ke? So aku pun bangun la dari kerusi dan mengintai. Aku nampak pekerja tu bangun, jari dia bergerak tapi muka dia mengarah ke arah meja je. Tak baca apapun, tapi merenung meja tu. Lepas tu aku pandang sekeliling library, cuma aku je yang ada kat situ. Maka, aku pun perlahan-lahan menyanyi riang sambil berundur dan lepas tu aku pun lari.


Err...kisah terakhir ke? Kejap, aku tak ingat. Kalau dah ingat nanti aku update lagi.

@theMaGi2018

Bila Berdepan dengan Kisah Seram III

Image result for ghosts
Credits: glamour.com
Selamat siang, gais! Kembali lagi ke sini, nak kemaskini kisah-kisah seram baru. Banyak sebenarnya, tapi aku ni lupa nak tulis. So sebelum aku makin lupa dan semua kisah-kisah tu lenyap dalam kepala otak, aku rasa inilah masanya untuk aku menulis.

Kisah Jalan Karak

Sepertimana yang diketahui ramai, Jalan Karak ni jalan berpuaka dan terkenal dengan kisah Volkswagen kuning. Kawan aku memang tak suka drive lalu guna jalan ni pada sebelah malam. Ramai yang kata, kalau guna jalan ni pada sebelah malam memang tak kembali ke pangkal jalan. Nak dijadikan cerita, tahun lepas aku pergi ke Cameron Highlands dengan member aku. Kitorang balik malam. Sampai kat kawasan RNR, kawan aku yang guide kitorang (kami guna kereta lain-lain) cakap yang tak lama lagi nak sampai ke KL. Tapi lepas keluar dari kawasan RNR, kitorang rasa macam lama sangat nak sampai KL. Kemudian aku perasan yang kereta kawan aku tu tiba-tiba berhenti kat depan antara dua simpang. Aku hampir nak call dia, nak tanya kenapa dia berhenti? Tapi lepas tu dia pilih simpang kanan dan perlahan-lahan drive. Tak lama lepas tu, kitorang jumpa KL dan kemudian kitorang sampai kat Putrajaya. Bila sampai kat rumah, barulah kawan aku bagitahu yang dia nampak papan tanda Jalan Karak kat sebelah kanan dan Kuala Lumpur ke sebelah kiri. Apa yang peliknya, papan tanda tu tak sepatutnya ada kat simpang jalan tu. Kawan aku nyaris nak pilih simpang kiri (sebab papan tanda tu cakap tu jalan ke Kuala Lumpur) tapi dia tak senang hati. Rasa semacam je bila dia tengok simpang sebelah kiri tu. So dia tetapkan hati dan pilih sebelah kanan walaupun papan tanda cakap jalan tu menuju ke Jalan Karak. Nampak tak? 'Jalan raya' cuba nak permainkan pandangan mata manusia.

Persimpangan Jalan di Masjid Jamek

Yang ni kisah seram di Kuching, terjadi belasan tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang biasa solat Jumaat di Masjid Jamek Kuching, korang pasti tahu ada satu simpang jalan di sebelah kawasan masjid. Laluan jalan tu dikira laluan alternatif untuk elakkan kesesakan jalan. Laluan tu juga biasa digunakan oleh pengguna jalan raya. Cuma pada sebelah malam, orang tak suka lalu jalan tu sebab ada kes ragut dan peras ugut. Tapi dulu, laluan jalan ni lebih sunyi kalau nak dibandingkan dengan masa sekarang. Ada satu kejadian aneh, masa tu abah aku pulang dari menjala udang (tak tahu dekat celah sungai mana dia pergi). Disebabkan laluan tu paling hampir dengan jalan besar, dia pun membelok masuk tanpa rasa curiga. Tapi sepanjang laluan jalan tu, dia nampak ada sebuah treler di depan. Bila abah aku bergerak ke kiri jalan, treler tu ke kiri. Bila abah aku ke kanan, treler tu pun ke kanan. Treler tu macam tak bagi abah aku nampak jalan depan. Masa tu abah aku rasa tak sedap hati, dia berhenti sekejap kat tepi jalan dan pejamkan mata sekejap. Abah aku bisik pada diri sendiri- kalau treler ni berniat nak sesatkan dia, dia mohon agar dia nampak jalan yang sebenar. Lepas tu abah aku teruskan perjalanan dan dia pun berselisih dengan treler tu. Bila hampir dengan simpang keluar jalan, treler tu tiba-tiba kabur dan perlahan-lahan hilang macam kabut. Selang beberapa kemudian, abah aku mimpi yang treler tu sebenarnya penyamaran, gangguan, perangkap dan jalan masuk ke alam lain. Itulah orang tua-tua cakap, jangan suka merayau sebelum Subuh atau semasa Maghrib. Bukan manusia je yang hidup di dunia ni.

Salam Tak Dikenali

Kejadian ni baru je terjadi minggu lepas. Aku tak ada di rumah, jadi aku tak alami benda ni. Kisah ni berlaku pada sebelah malam, hari Khamis malam Jumaat. Malam tu adik aku baring kat tengah ruang tamu, melepak tengok video. Kemudian, adik aku terdengar orang bagi salam. Lepas tu adik aku panggil mak aku. Mak aku pulak panggil abah aku. Katanya ada orang bagi salam cari abah aku. Tiga kali orang tu bagi salam kat luar rumah, siap panggil nama abah aku lagi tu. Tapi yang peliknya bila abah aku mengintai kat tingkap, tak ada orang pun kat luar. Luar rumah tu sunyi sepi tak ada seketul makhluk pun. Tapi suara yang bagi salam tu tadi memang betul-betul depan pagar rumah. Dan sekelip mata tuan empunya suara tu hilang bila abah aku berdiri tepi tingkap. Mak aku cakap dia memang tak pernah dengar suara tu, apatah lagi nak kenal suara siapa tu. Untuk menambahkan lagi perisa misteri, pada malam yang sama aku berada kat rumah sendiri. Pada malam yang sama aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan rumah aku. Tak tahulah bahagian mana yang tak kena, aku pun pergi buka channel Astro Oasis dan biar je suara orang mengaji berzikir berkumandang dalam rumah. Tapi aku masih rasa macam ada sesuatu yang menunggu, so aku pun tutup TV, tutup lampu dan masuk tidur seawal jam 9 malam.

Penghuni Hotel

Yang ni kisah kakak aku yang duduk menginap di hotel sebelum bergerak ke KLIA. Sebelum berangkat balik ke Kuching, family dia stay semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur (aku tak nak bagitahu nama hotel tu). Disebabkan suami dan anak-anak dia penat, mereka masuk tidur lebih awal dari kakak aku. Entah kenapa, malam tu kakak aku tak boleh tidur. Gelisah semacam. Kemudian masa aku tengah risau kenapa tak boleh tidur, dia terdengar bunyi ketukan kat tingkap (bab ni mengingatkan aku dengan kisah seram aku di kampus). Kakak aku pelik la, manusia mana yang sibuk tergantung dekat tingkap dan main ketuk-ketuk tengah malam. Lepas tu kakak aku rasa seram sejuk, cepat-cepat dia tarik selimut sampai ke kepala. Bila kakak aku mengintai, dia nampak ada sesuatu berdiri dekat pintu. Kakak aku berdebar-debar, dia cuba paksa diri untuk pejam mata. Tapi manusia ni pelik, makin takut makin kuat pulak rasa nak melihat. So dia cuba sekali lagi tapi tak semena-mena benda tu berdiri betul-betul dekat tepi katil. Rambutnya hitam panjang mengurai. Apa lagi? Kakak aku terus bergulung dalam selimut dan tertidur akibat ketakutan.

Gangguan di Cameron Highland

Sekarang aku kembali ke kejadian tahun lepas. Hujung tahun lepas aku pergi bercuti dengan member aku. Kitorang pergi banyak tempat, salah satunya Cameron Highland dan kitorang guna 2 buah kereta. Bila tiba masa nak balik, kawan aku yang drive kereta Iris tu rasa tak selesa. Sebab hari dah malam, dia tak nak guna Jalan Karak (rujuk balik kisah pertama). Tapi akhirnya kitorang bertolak dari Cameron tu sebelah malam selepas Maghrib. Aku menumpang kereta yang lagi satu, kereta Myvi. Sepanjang jalan yang gelap curam dan bersimpang siur tu, aku rasa macam ada benda yang tak kena. Dua orang penumpang kereta Myvi dah tidur nyenyak dekat belakang, tinggal aku dan kawan aku yang jadi driver je yang masih sedar dan waras. Tapi masalahnya, aku rasa macam nak tidur. Mata aku berair mengalahkan orang menangis lepas tengok movie sedih. Aku tak tahu apa kena dengan mata aku dan aku tahu aku tak boleh tidur sebab kawan aku perlukan co-pilot. Kalau semua tidur, siapa nak bercakap dengan driver dan bagi driver sentiasa bangun? Jadi sepanjang perjalanan, aku memang struggle nak mampus untuk pertahankan mata. Dan aku paksa diri untuk kekal bangun, bercerita itu ini sambil pakai spek mata hitam...hahaha~

p/s: nanti aku update kisah seram di kampus aku

@theMaGi2018

Friday 24 August 2018

Padman: Bermulanya Kisah Tuala Wanita

Image result for Padman UN speech
source/credits: themalefactor.com
Okay, aku kembali semula ke sini. Bersama tuala wanita.

Err, tak boleh cakap? Topik terlarang?


Yup, itulah mentaliti masyarakat. Datang haid dan tuala wanita ni satu topik taboo yang tak patut dibincangkan secara umum. Sebab darah haid tu kotor dan jijik. Dan tuala wanita tu tarafnya cuma di celah kaki perempuan, so...tak patut diceritakan langsung. Titik.

Tapi movie Padman dari India, lakonan Akshay Kumar yang diinspirasikan dari kisah hidup The Real Padman-Arunachalam Muruganatham memberi perspektif baru terhadap tuala wanita, dan juga membantu mendidik kaum lelaki tentang kesihatan wanita. Bagi aku, apa yang jijik sangat pasal haid? Kalau perempuan tak datang haid, perempuan tak berfungsi sebagai wanita (you know what I mean). Dan kalau kitaran haid perempuan tak betul, lelaki tak dapat zuriat (also, you know what I mean).

Sekarang kita berbalik semula kepada kisah Padman. Seorang lelaki bernama Lakshmi yang cintakan isterinya, Gayatri yang memiliki pemikiran kolot. Aku tak nak bagi spoiler banyak tentang movie ni (mungkin ada yang belum tengok) maka aku point out tarikan dalam movie ni iaitu:

Image result for Padman UN speech
source/credits: womensweb.in
  • Aku rasa Gayatri, isteri Lakshmi ni sangat beruntung sebab suami dia sanggup buat apa saja untuk lindungi dia, termasuk cipta tuala wanita sebab Gayatri ni masih guna kain yang kotor setiap kali datang bulan.
  • Aku suka pemikiran Lakshmi yang merasakan lelaki tak segagah wanita. Lelaki kalau berdarah berterusan selama 5 hari confirm mati *giggle
  • Proses terciptanya tuala wanita 'mampu milik' memberi kesedaran pada aku, betapa jenama dan mesin menjadikan produk menjadi mahal, padahal boleh di'murah'kan untuk manfaat semua orang. Itulah yang Lakshmi lakukan.
  • Wanita selalu cakap lelaki tak faham 'period crime'. Tapi sebenarnya wanita sendiri yang tak gemar nak cerita pasal tu depan lelaki. Macam kes Gayatri- rasa malu mengatasi kewarasan. 
  • Membeli tuala wanita seumpama membeli dadah. Why kena sorok? Itulah persoalan Lakshmi. Even aku sendiri dulu pun pernah beli pad, siap balut dalam plastik hitam sebab aku malu nak tunjuk depan orang. Now, peduli apa aku.
Menerusi movie ini juga, aku nampak beberapa topik lain yang menarik iaitu:
Image result for Padman UN speech
source/credits: thehindu.com
  • Tak semua, tapi selalunya keluarga selalu opposed impian kita. Macam Lakshmi, yang dituduh gila sebab cipta tuala wanita.
  • Untuk berjaya, kita perlu cari orang yang berfikiran terbuka dan appreciate idea kita. Macam Pari (karakter wanita moden), yang berfikiran terbuka dan percaya pada kemampuan Lakshmi sedangkan Gayatri asyik memikirkan pendapat orang lain, lebih rela mati daripada menanggung malu (yang berpunca dari tuala wanita).
  • Kadang-kadang, benda yang dipandang remeh dan tak penting boleh mengubah nasib seseorang. Contoh? Lakshmi dan mesin mencipta tuala wanita. Juga nasib sekumpulan wanita miskin yang akhirnya menjadi usahawan melalui tuala wanita rekaan Lakshmi.
  • Hari Wanita disambut setiap tahun. Gerakan feminisme sentiasa berkembang. Tapi wanita sendiri tak concern dengan masalah wanita, terutama menstrual hygiene di negara-negara miskin. So movie Padman ni boleh dikatakan 'penampar' yang baik untuk pejuang yang sibuk melalak pasal women equality whatsoever. Daripada sibuk nakkan hak equality lah, kebebasan lah, why not mereka fokus pada well-being wanita itu sendiri?
Movie Padman ni sebenarnya sangat memberi inspirasi bagi pengejar cita-cita, macam aku. Menerusi babak Lakshmi bagi ucapan di USA, aku tertarik dengan satu quotes yang dia sebut.

"You want no problem? Die!After die, no problem. Simple!"

Wow, rasa macam wake-up-call bila dengar kata-kata ni. Tapi aku tak nafikan, kalau nak dapatkan sesuatu, kena terima masalahnya sekali. Dan menerusi movie ni jugak, banyak pengajaran yang boleh dipelajari dari pemikiran kolot masyarakat, tentangan keluarga, tentangan adat dan budaya dan sebagainya. Sebenarnya, apa yang paling penting dalam Padman ini sebenarnya bukan semata-mata pasal tuala wanita- tapi keperluan untuk berubah. Malah, keadaan fizikal manusia itu sendiri memang sentiasa berubah- kalau tak berubah...manusia apa tu? Bagi mereka yang kata berubah ni tak penting, mungkin aku akan cakap "If that so, ko tak payah membesar, biar kau kecik je sampai ke tua." Ataupun, mungkin aku patut tiru Lakshmi punya speech- 

"You want no change? Die! After die, no need to change. Simple!"

Aku rasa aku dah berusaha minimumkan penceritaaan dalam review ni untuk elakkan spoiler alert bagi sesiapa yang belum menonton Padman. Movie ni aku bagi standing ovation. Sepatutnya, cerita macam nilah yang banyak di pasaran daripada cerita cinta entah apa-apa entah. Ada yang tak setuju dengan pendapat aku?

Well, inilah dunia. Rigid people always around, hahaha!

@theMaGi2018

Thursday 23 August 2018

Art Therapy: Oddly Satisfying (I)

Hello August! Waa...finally aku berjaya update something untuk bulan ni! Serious banyak gila kerja yang aku tak tahu yang mana satu aku nak buat. Nak siapkan kerja sendiri, nak tolong orang lain, kena perah lagi...akhirnya aku merasa jugak dunia bekerja ni. Dulu aku tak rasa semua tu, sebab aku freelance. Cuma masalah freelance ni, aku selalu tak cukup duit. So senang cerita, aku makan gaji ke freelance ke, jadi leader ke, jadi apa ke...memang tak boleh lari dari stres.

Bak kata Lakshmi dalam movie Padman (Dah tengok ke belum? Aku suggest korang pegi tengok~)-

No problem means you not living...problem coming, chance for living.

Kadang-kadang manusia ni ada banyak cara nak hilangkan stres. Bagi aku, aku akan melukis. Makin teruk aku stres, makin peliklah lukisan aku. That's my way to express my depression. Aku create semuanya dalam bentuk circle sebab aku rasa, that's the feeling bila kita tersekat di tempat yang sama. Dan kali ni, aku tak bagi title untuk setiap artwork. Aku cuma quote apa yang aku fikir masa tu. Dan aku rasa sangat...oddly satisfying~

"She used to be pretty and wonderful, before they changed her into a mischievous spirit."

"Dreamers are cool..."

"Trap in sanctuary..."

"Two timer- everyone has its secret."

"These blood sucking people...they sucks~"

"When humans are not really human, but mannequin or machine. We're born to work, to obey and to die."

"If only we can turn back time and be like a baby. Nowadays, the world is getting too spicy and too cold..."

"When you have to obey foolishly..."

"They cut us, like a scissor. By using words"

"If only we can forget easily, avoid easily, abandon easily and leave everything behind easily. Yet carefree is not for everyone."


Untuk artwork yang lain, boleh follow Instagram @hshield. Oddly Satisfying (II) akan menyusul.

@theMaGi2018