Monday 25 July 2016

Adopt Cincang!

Good Monday, gais~ Hari ni aku nak buat short and sweet entry. Pasal meng-'anak angkat' buku aku yang pertama sebagai 'anak angkat' korang. Saja nak bagi spoiler, 'anak sulung' aku ni bakal ada 'adik' tau. Tengah dalam proses pembikinan dan untuk memahami 'anak kedua' yang akan datang, korang kena adopt 'anak yang pertama'. Makanya, marilah adopt Cincang: Dendam Terbalas. Tak mahal proses meng'anak-angkat' buku aku tu...RM20 je.

By the way, aku nak tunjuk 'anak' aku yang kini berada di pasaran. MPH di Kuching akan adopt tak lama lagi. Kasih sayang korang meng-adopt 'anak pertama' amat-amat-amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Matur Nuwun~

CDT di SMART Bookshop Plaza Merdeka, Kuching
CDT di website Lejen Press
CDT di SMART Bookshop Giant Petra Jaya, Kuching
CDT bergandingan dengan SALINA
CDT di Lejen Press Pesta Buku Gawai Wisma Sanyan, Sibu

@themagi2016

Sunday 24 July 2016

Artwork Arthralgia

Good evening, peeps~ It's been awhile for me to compose entry in English. In order to fulfill the vision of English nourishment in my state, I have to gear up a bit and refreshed my previous year in blogging field. I missed that moment. And today, when I realized my age is added and my joints are getting tired because I did a lot of work (blogging, writing and official duty), I began to remember my sweet day of sketching and get lazy. 

So, I started to get back my sketch book and stretching my imagination. My brain connection is not so well right now, I guess. But I did few artworks as the beginning of my long-life passion of art. Yeah, my all-over joints need a wake up call.

Wake up, dear me.

The Rainflower
It's time to light up everything heavy

Tangible
It would be good to get free from desire

Plantigina
Adventure is a good companion

Mindism
Think is the only way to see things without seeing

Downer
Hopefully, I don't feel down and be more optimist


Isn't that nice to motivate myself and others at the same time?
@themagi2016

Tuesday 12 July 2016

Review: Merantau Ke Deli

Salam Selasa, Salam 7 Syawal dan Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung blog. Hari ni aku nak buat review buku yang aku baru beli Sabtu lepas yang berjudul Merantau ke Deli by HAMKA. Buku terbitan PTS tu dah dua kali dicetak- yang pertama tahun 2015, yang kedua tahun 2016. Aku beli cetakan kedua. Kalau nak diikutkan aku sepatutnya buat review pasal buku Salina karya A. Samad Said tapi buku tu tebal dan aku perlukan masa untuk baca dan hayati cerita tu. Jadi aku pilih buku HAMKA dulu sebab Merantau ke Deli tu tak setebal buku Salina.


Sebelum aku beli buku Merantau ke Deli, aku pernah baca karya HAMKA yang lain iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Kisah cinta Zainuddin yang terhalang dan kisah Hayati yang tak setia dengan janjinya. Berkenaan dengan kisah Merantau ke Deli, aku tak sangka aku boleh menangis. Aku, seorang penulis novel thriller dan jenayah (dan suka tulis benda seram2) boleh cengeng disebabkan gaya bahasa HAMKA. Memang, aku cukup salute dengan HAMKA sebab aku tak mudah menangis baca novel cinta. FYI, jangan nak samakan Merantau ke Deli ni dengan novel cinta yang bersepah kat pasaran. Novel ni ada nilai yang sangat tinggi dan ada banyak persoalan yang bersifat REALITI berbanding FANTASI.



Okey, sekarang aku mengarang sikit tentang pro kontra buku ni. Ada dua segi nak dibincangkan iaitu luaran dan isi kandungan. Tapi aku terpaksa bersikap bias sebab aku memang suka gaya penulisan HAMKA jadi aku tak ada komen negatif  langsung tentang Merantau ke Deli. Apa yang kontra dalam buku tu cuma terdapat satu kesalahan ejaan. Aku lupa mukasurat berapa tapi yang aku tahu 'dalam' dieja  sebagai 'daam'. Huruf L tertinggal. Tapi okey lagi sebab buku aku tu pun ada typo jugak. Editor...please take note.


Dan mengenai rekaan luar buku ni, aku suka beberapa perkara:

  1. Warna kulit buku yang putih mewakili kepolosan latar belakang masa dan watak wanita yang berduka, iaitu Poniem si perempuan Jawa.
  2. Simbolik basikal yang mewakili permulaan hidup Leman si lelaki Padang Minangkabau sebagai penjual kain. Bermula dengan basikal, penghujung usia tua juga dengan basikal.
  3. Warna kertas yang kekuningan, sesuai untuk orang rabun macam aku. Tak eye-strain masa membaca.
  4. Saiz font yang sedap mata memandang.
  5. Harga berpatutan sangat. RM 17 (harga SS)
  6. Ketebalan buku yang ideal, Aku boleh habiskan dalam masa sehari. Walaupun tak tebal tapi nilai dan pengajaran buku ni memang 'tebal'.
  7. Bagi aku, buku ni terasa dekat sebab aku ni orang Jawa. Aku terasa hati bila ada satu bahagian Poniem dihina oleh suaminya sendiri (Leman) dan madu si Poniem yang bernama Mariatun. Sampai hati Leman menghina Poniem sebagai Jawa buruk dan menceraikan Poniem dengan talak tiga. selepas Poniem menghabiskan segala harta benda untuk memajukan bisnes si Leman. Apa jenis laki la macam tu. Mentang-mentangla dapat bini muda (which is si Mariatun) tapi kepada lelaki bersuami di luar sana- Untuk apa terkejar-kejarkan perempuan muda, pasang bini banyak2 tapi tak adil? Yang muda akan menjadi tua dan cantik takkan kekal selamanya. Ingat tu~
  8. Last but not least, aku suka cara HAMKA selitkan maksud tersirat. Memang kita tak dapat nafikan, manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Dan orang selalu cakap jodoh itu urusan Tuhan. Tapi dalam kes Leman, dia sepatutnya fikir panjang untuk beristeri muda dan jangan perbodoh-bodohkan diri dengan adat serta permintaan yang boleh memudaratkan diri sendiri. Lagi satu, kalau nak beristeri muda, janganlah dihina isteri tua. Isteri tua dah hidup bersusah dari awal, yang muda pula mudah je dapat kesenangan. Apa-apapun buku ni memang sesuai untuk lelaki *senyum senget
Akhir sekali, aku bagi 8.5/10. 
@themagi2016

Friday 1 July 2016

Parodi dalam Yakitate Japan

Salam semua! Entri ke-2 hari ni aku nak santai-santai. Letih oo kalau serius memanjang. Ditambah lagi dengan workload di ofis, kerja menulis, memblogging dan bla-bla-bla...sekali sekala aku jenguk koleksi anime yang aku ada dalam external harddisk. So, beberapa hari yang lepas, aku spend sedikit masa tengok anime Yakitate Japan. Kebetulan Aidilfitri tak lama lagi, aku nak bangkitkan mood Raya menerusi anime pasal buat roti, pastri dan kuih-muih. FYI, Yakitate Japan ni bukan anime baru (tahun 2004 sampai 2006, to be exact). Tapi aku tak pernah bosan tengok anime ni. Dan aku siap wish...kalaulah aku dapat beli figura Azuma Kazuma and rest of the team. But, back to the main topic...perkara menarik tentang Yakitate Japan ialah anime ni banyak buat parodi.

Okey, senarai parodi yang aku berjaya kenalpasti ialah:

Episod 48: Pierrot Bolneze (juri/badut) bertukar menjadi Detective Conan

Episode 50: Kuronayagi-senpai (juri) bertukar menjadi Goku Super Saiya
Episod  56: Kuronayagi-senpai bertukar menjadi Luffy One Piece
Episod 59: Kyousuke Kawachi bertukar menjadi Naruto
Episod 68: Team Azuma bertukar menjadi team Lord of the Rings
Image result for yakitate japan loquat
Episod 68: Penjual buah jeruk loquat bertukar menjadi Gollum


Bagi kategori selebriti atau orang yang diparodikan dalam anime ini ialah:
Miki Norihei sebagai Miki Norihei- aktor Jepun yang terkenal.
Image result for yakitate japan loquat
Brad Pitt bertukar menjadi Brad Kidd- kawan sekelas Kuronayagi-senpai.
Michael Schumacher bertukar menjadi Mikhail Schukapper dengan gaya
rambut hantu air Kappa.


Dr. Yukio Hattori dalam siri memasak Iron Chef sebagai juri
Dr.Hattori dalam Yakitate Japan.

Sebenarnya, ada banyak lagi parodi lain dalam Yakitate Japan seperti karakter Ash Pokemon dalam episod akhir, karakter Gash Bell dari anime Konjiki no Gash Bell, Initial D, karakter Tetsuo Iwashiro dari manga Wild Life dan juga manga Fist of North Star. Kalau nak tahu lebih lanjut, tengok la Yakitate Japan. 

Ni aku bagi link untuk download: gogoanime/yakitatejapan

Okey, setakat ni je entri aku. Lepas ni aku nak tengok anime One Punch Man Special :)
@themagi2016

Bengkel Pemurnian Manuskrip DBP 2016

Pada 18 dan 19 Jun 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka mengundang aku ke bengkel pemurnian manuskrip di DBPCS. Bengkel tersebut merupakan sambungan dari bengkel DBP tahun lepas dan sebetulnya, banyak perkara yang aku kena hadapi sebelum lahirnya buku aku yang pertama dengan pihak DBP. Bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan, amalan aku diterima dan masalah aku berjaya diselesaikan.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel berlangsung ialah:

Ceramah pemurnian manuskrip dari SM Zakir
Mencatat nota penulisan untuk rujukan
Penerangan mengenai hak dan royalti dari Puan Zaiton
Para peserta membentangkan draf dan jalan cerita manuskrip

Sepanjang bengkel berlangsung selama dua hari, aku bertemu semula dengan penulis-penulis yang aku jumpa tahun lepas seperti Hajah Beb Sabariah, Yusuf Mustanir, Dr. Idris Boi dan ramai lagi. Harap-harap, manuskrip aku dengan pihak DBP berjaya diterbitkan. Tak sabar nak tunggu 'anak kedua' lahir selepas lahirnya 'anak sulung' aku dengan pihak Lejen Press ^^


@themagi2016