Tuesday 24 February 2015

Kenangan: Nahas Kemalangan di Sarawak

Tahun 2006, aku berkenalan dengan seorang balu beranak tiga. Wanita tu cikgu dan ambil aku jadi anak angkat masa program belia. Siyes aku tak sangka, mak angkat aku tu rupa-rupanya balu kepada pilot yang ditimpa nahas helikopter di Bario tahun 2004. Mak angkat aku pernah kata, "Sayangnya tak dapat jumpa bapak. Bapak dah meninggal." Sedih aku dengar bila mak angkat aku kata macam tu.

Kemudian, hari Raya tahun lepas, aku ikut keluarga beraya di rumah mangsa nahas helikopter di Kapit. Mangsa tu, kawan bapak aku rupanya. Aku tak tahu pun selama ni.

So, entri ni didedikasikan kepada mangsa-mangsa kemalangan. Mereka semua takkan dilupakan.

Image result for nahas helikopter kapit razali hassan
Credits: myukur.blogspot.com
Keluarga Allahyarham Kapten Samsuddin
1. Nahas Helikopter Hornbill Skyways di Ba'kelalan

Nahas helikopter ini dilaporkan terjadi pada Julai 2004 di Ba'kelalan, Bario. Helikopter yang dikendalikan oleh Kapten Samsuddin Hashim dan membawa seorang menteri, seorang ketua eksekutif SESCO, seorang pengerusi MPP, dua jurutera dan seorang ahli perniagaan, dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan. Proses pencarian mengambil masa 20 hari, dengan teknologi canggih dari Amerika Syarikat, pesawat bantuan dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan, helikopter infra-red dari Australia dan teknologi satelit dari Afrika. Pencarian helikopter tersebut membuahkan hasil apabila mengesan bangkai helikopter di dalam gaung dan juga menerusi pengecaman jenazah kapten yang masih berada di kedudukan kerusi juruterbang. Kelima-lima penumpang helikopter dipercayai mengalami proses dekomposisi yang teruk dan segera dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat. Terdapat banyak kisah, spekulasi dan misteri di sebalik nahas helikopter tersebut dan terdapat sumber mengatakan kaedah pencarian Skylab telah digunakan untuk menjejaki kedudukan helikopter tersebut.


Credits: utusan.my
Mangsa, Razali Hassan
2. Nahas Helikopter Bell 206 Jet Ranger di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit

Nahas helikopter ini dilaporkan terjadi pada Julai 2005 di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit. Helikopter yang dikendalikan oleh Kapten Razali Sani bersama Koperal Empeni anak Karong mengalami kemalangan dan kedua-duanya terkorban. Razali Hassan, salah seorang kakitangan JUPEM yang menaiki helikopter adalah satu-satunya mangsa yang hidup dalam nahas tersebut dan bertahan selama lima hari. Dikatakan bahawa punca nahas berlaku disebabkan oleh angin lintang yang sangat kuat dan juruterbang hilang kawalan lalu berpusing-pusing dan terhempas. Menurut Razali Hassan, beliau tidak bergerak ke mana-mana melainkan hanya menunggu di bangkai helikopter di samping mayat-mayat rakannya kerana keadaan terlalu sejuk, bimbang jika diganggu binatang buas dan memudahkan pasukan penyelamat mencarinya.

3. Nahas MV Pulau Kidjang di Perairan Tanjung Jerijeh, Sarikei

Credits: tomatobey.blogspot.com
Kapal MV Pulau Kidjang
Nahas MV Pulau Kidjang adalah tragedi yang paling diingati dalam nahas kemalangan di Sarawak kerana melibatkan ramai mangsa. MV Pulau Kidjang yang karam di Kuala Rajang berlaku pada Disember 1973. MV Pulau Kidjang ialah sebuah kapal yang didaftarkan di Singapura dan berkhidmat sekitar tahun 60-70an. Ia pernah berkhidmat di perairan Singapura dan perairan Indonesia sebelum perkhidmatannya ditamatkan akibat konfrontasi pada tahun 1963. Sebagai kapal kargo dan kapal penumpang, MV Pulau Kidjang merupakan pengangkutan yang penting memandangkan jalan air adalah penghubung utama di Sarawak pada masa itu. Apabila MV Pulau Kidjang berkhidmat di Sarawak, satu sijil keselamatan dikeluarkan dan menetapkan hanya 29 anak kapal dan 159 orang penumpang sahaja di dalam kapal dalam satu-satu masa.  MV Pulau Kidjang dipercayai tidak layak berlayar kerana beberapa faktor iaitu jumlah penumpang seramai 140 orang, 30 anak kapal dan muatan melebih 80 tan. Ia menyebabkan kapal hilang keseimbangan, hilang kelajuan dan pusat graviti meningkat apabila penumpang bergerak serentak di atas dek. Akhbar The Vanguard pada 31 Dis 1973 melaporkan bahawa 46 mayat berjaya ditemui dan 40 orang lagi berjaya diselamatkan. Dua minggu selepas tragedi, 53 mayat berjaya ditemui termasuk 5 anak kapal. Tetapi menurut kajian, ada 47 mangsa termasuk 7 anak kapal hilang (dipercayai terperangkap di dalam kapal). 12 mayat mangsa termasuk 2 mayat kanak-kanak gagal dikenalpasti dan dikuburkan di tanah perkuburan khas. Tragedi MV Pulau Kidjang dikatakan telah menimbulkan spekulasi terhadap ikan-ikan yang ditangkap di perairan Jerijeh pada era 70an dan ada yang mendakwa bahawa mereka menemui cebisan jari dan cincin di dalam perut ikan. 


4. Nahas Bot Penumpang di Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro

Nahas bot penumpang ini berlaku pada Januari 2014 di Kampung Kut, Pulau Bruit Daro. Menurut kronologi tragedi, 27 orang penumpang bertolak pada pukul 5 pagi dari Kampung Tekajong kerana cuaca baik pada sebelah pagi. Pada pukul 7 pagi, 27 orang penumpang itu tiba di Kampung Saai untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara. Menjelang 1.40 petang, mereka menaiki semula bot tersebut untuk pulang semula ke kampung dan pada masa itulah, bot karam akibat dipukul gelombang besar di Kampung Kut. Tiga nyawa telah terkorban dalam nahas tersebut akibat lemas, 7 mangsa hilang dan 17 penumpang selamat.


Senarai Nahas Kemalangan Air di Sarawak

1979 - 12 penumpang lemas dalam kejadian bot karam di jeram Pelagus, Kapit.

Januari 1991 - 14 lemas apabila bot yang mereka naiki karam di tempat jeram Pelagus Kapit.

8 Januari 1991 - 13 maut selepas dua bot ekspres berlanggar di Sungai Rejang.

Jun 1991 - 10 lemas apabila perahu yang mereka naiki karam di jeram Pelagus, Kapit.

Februari 1999 - Dua lemas di jeram Pelagus, Kapit.

April 1999 - 12 pelajar maut selepas bot laju yang dinaiki berlanggar dengan bot pengangkut balak di Sungai Saribas.

April 2005 - 16 maut selepas bot pukat tunda yang dinaiki dari Kuching ke Beladin berlanggar dengan tongkang membawa muatan pasir.

18 Oktober 2010 - 13 penumpang maut selepas bot ekspres yang mereka naiki berlanggar dengan tongkang balak di hulu Sungai Anap, Tatau.

28 Mei 2012 - Tiga penumpang maut manakala 213 penumpang lain selamat selepas bot ekspres Kawan Mas yang sarat dengan penumpang, karam di Giam Bungan, Belaga.


Senarai Nahas Kemalangan Udara di Sarawak

25 April 1969- Nahas pertama Nuri menyebabkan 4 anggota TUDM terbunuh setelah pesawat itu terhempas di Kuching, Sarawak.

18 Dis 1989- Sebuah helikopter Nuri terhempas di Sg. Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai Pemerintah Briged Ke-3 Infrantri, Brig. Jen Datuk Hasbullah Yusoff.

15 Ogos 2004- 3 daripada 10 anak kapal terbunuh apabula Nuri terhempas di Long Seridan, Sarawak dalam perjalanan dari Miri ke Ba'kelalan.

19 Julai 2012- Helikopter milik Syarikat Sebiro Holdings jenis Eurocopter EC 120 terhempas di Sg. Lingga, Sri Aman. Mayat seorang arkitek (Henry Lau), seorang juruukur (Siti Khuzaimah Anuar) dan naib presiden Parti Keadilan Sarawak (Peter Ato Mayau) berjaya ditemui.

2010- Juruterbang helikopter warga USA terbunuh ketika aktiviti pembalakan di pedalaman Sarawak akibat cuaca buruk. Helikopter yang digunakan jenis Sikorsky S-64


ruj: 
harianmetro|utusan.my|kenyalang78.blogspot|wikipedia|tomatobey.blogspot|bernama| johanharith.blogspot

p/s: sebarang kekurangan atau kesilapan, sila tambah dan perbetulkan. Terima kasih :)

@magi2015

Monday 23 February 2015

Merawat Jerawat

Image result for menghilangkan jerawat
credits: byejerawat.com
Jerawat ialah masalah kulit yang biasa. Bermacam-macam produk dikeluarkan untuk merawat jerawat. Setakat ni, aku guna rangkaian produk Oxy sebab produk ni sesuai untuk aku (dan yang paling penting, harga mampu milik- dah macam rumah PR1MA je bunyinya). Back to the story, produk ni biasanya berubah-ubah. Macam dulu, aku guna Safi Perfect 10 yang ada liquorice tu. Kemudian, Safi Perfect 10 bertukar jadi White Trilogy. Terus kulit aku pun memanjang je trilogi jerawat. Perubahan bahan dalam produk tu jadi tak serasi. Even Oxy pun berubah, dulu aku guna Oxy Blemish control, lepas tu jadi Oxy Acnoplex. Nasib baik produk ni masih serasi dengan aku.

Nak tak nak, aku kena la cari ikhtiar lain. Manalah tahu, produk tetiba tak serasi. Jadi aku ada backup plan sementara memburu produk baru yang lebih efektif.

So, aku pun mengorek Google dua bulan lepas (ni cerita dua bulan lepas) dan aku mendapat beberapa tips mudah, murah, dan dikatakan mujarab. Tips tradisional pun aku catat tapi ada beberapa tips dari blogger dan TV yang menarik minat aku dan aku sekarang tengah mengamalkannya.

Tips Pertama: Jangan basuh guna pencuci muka

Tips ni aku dapat dari blogger lelaki. Katanya, amalan ni baik. Bila bangun solat Subuh, dia kata jangan basuh muka guna pencuci muka sebab katanya kulit muka pada waktu pagi biasanya segar dan sensitif, sedangkan pencuci muka tu ada chemical itu-ini. Jadi, blogger itu sarankan supaya basuh muka dengan air wuduk. Kalau nak basuh muka, tunggu dalam pukul 10 pagi macam tu. Btw, aku rasa nasihat blogger tu memang baik. Walaupun taklah selicin dan semulus kulit Emma Maembong, tapi kesan nasihat tu memang positif.

Tips Kedua: Baca Bismillah

Yang ni pun aku dapat dari blogger. Kata blogger tu (aku tak tahu jantina blogger tu), masa tengah cuci/basuh/bilas/gosok muka, disarankan supaya membaca 'bismillahirrahmanirrahim' berulang-ulang-ulang-ulang kali sampailah habis proses mencuci tu. Kata blogger tu, hikmat membaca kalimah tu akan membuatkan wajah lebih lembut, lebih segar. Jerawat pun takkan membiak-biak beranak pinak, berkat sifat Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. 

Tips Ketiga: Amalan Rasulullah s.a.w

Doa ni aku dapat dari laman sesawang (anugerahquran.com) dan diriwayatkan melalui Ibnu Sunni bahawa Rasulullah saw pernah merawat seorang hamba Allah yang ada masalah penyakit kulit (yakni jerawat) dengan minyak zarirah dan doa iaitu: 

"Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi"

[Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini.]

Memandangkan minyak zarirah memang susah nak dapat di Malaysia, doa ni pun dah mencukupi. Caranya, korang sentuh jerawat korang yang tengah bengkak dan baca doa ni.

Tips Keempat: Doa merawat jerawat yang mudah

Bagi sesiapa yang tak ingat doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw, ada cara lain untuk ingat doa tersebut. Aku dapat ni dari blogger yang lain (siyes, aku dah lupa nama blog tu). Caranya begini:

"Ya Allah, Tuhan yang maha membesarkan dan mengecilkan sesuatu, Engkau kecilkanlah jerawatku ini."

Baca doa ni berulang kali dengan yakin. Korang pasti terkejut dengan hasilnya, sebab aku dah cuba guna doa ni dan hasilnya memang positif.

Tips Kelima: Basuh muka sebelum tidur

Yang ni aku selalu buat. Biasanya, aku akan bersihkan muka dengan tisu. Buang mana-mana jerawat masak dan minyak di permukaan kulit. Lepas tu aku akan cuci muka bersih2, sapu toner dan krim. 

Oh, sebelum aku lupa, aku ada tengok satu rancangan di TV yang menunjukkan cara wanita Jepun menjaga muka. Mula2 dia basuh muka, kemudian, dia sapu moisturizer. Lepas tu, dia wapkan muka dengan tuala panas untuk 2-3 minit. Dah tu, dia basuh muka dia sekali lagi. Seterusnya, dia sapu toner, krim dan masuk tidur. Doktor dermatologi mengesahkan cara ni mempercepatkan penyerapan moisturizer ke dalam kulit dan menjadikan kulit lebih segar, bersih dan lebih muda. Aku pernah cuba cara ni, memang berkesan. Masalahnya, aku ni malas nak rendam tuala dalam air panas.

Bagi sesiapa yang nak mencuba, jangan malas macam aku.




Okey, setakat ni je tips yang aku dapat kongsikan. Sekian~
@magi2015

Sunday 22 February 2015

Koleksi Kisah Seram Kuching

Image result for ghost story
Kisah seram di malam Ahad, rasanya entri ni takkan menakutkan korang sebelum masuk tidur, kan? Biasanya, efek malam Jumaat ni lagi spooky. Okey, sebelum ni aku dah banyak tulis entri kisah seram di Kuching. Well, I'm Kuchingites, aku prefer tulis pasal hometown...Tonikaku (tetiba bahasa Jepun keluar...), aku berjaya kumpul beberapa kisah seram untuk bacaan korang semua. Walaupun rating entri Urban Legend memang subarashii gila, aku harap entri seram ni dapat menggembirakan hati semua pembaca.


Mari kita menyeramkan diri~

1. Siapa Dia?

Kisah seram ni terjadi di dalam rumah aku semasa aku duduk di Briged PGA lama yang kini dah bertukar jadi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru. Kembali ke sekitar tahun 98-99, masa tu malam Jumaat. Kakak aku yang second habis kelas tambahan di sekolah sekitar pukul 4 petang. Jadi, malam tu kakak aku memang kepenatan dan bad mood. Memandangkan semua orang penat, aku pun masuk tidur awal.  Cuma bapak aku yang stay sampai tengah malam disebabkan WWE (dulu WWE dikenali sebagai WWF). Lepas tu, bapak aku terdengar bunyi orang selongkar sesuatu. Cari punya cari, bapak aku pun buka pintu bilik kakak aku dan ternampak dia tengah selongkar tong sampah bilik dalam gelap. Bapak aku pun tegur, kenapa kakak aku selongkar sampah tengah-tengah malam? Dah tu tak bukak lampu? Bila nampak kakak aku tunduk diam, tak menyahut, rambut pun mengerbang semacam, bapak aku pun tak jadi nak bukak lampu bilik dan paksa kakak aku masuk tidur. Keesokannya, bapak aku pun membebel dengan kelakuan kakak aku masa sarapan pagi sebelum pergi ke sekolah.

Dengan muka konpius, kakak aku tiba-tiba menoleh dan kata, dia dah masuk tidur sebelum pukul 9 malam. Obviously, kakak aku bukan jenis tidur mengigau sambil jalan-jalan. Jadi, siapa yang serupa macam kakak aku tu?

2. Bunyi Ketikan 

Bunyi ketikan stapler ni bermula masa aku tinggal di Batu 7, Kuching sekitar tahun 1994. Masa tu, aku bersekolah rendah dan adik aku masih kecik. Jadi setiap kali aku dan dua orang kakak aku buat kerja sekolah, adik aku mesti kacau. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam, kakak aku yang first dah tak tahan, dia pun ketik stapler dan takutkan adik aku. Malam tu, bunyi ketikan stapler kedengaran di bawah rumah sampai pagi. Bapak aku pun tak kasi kakak ketik stapler macam tu lagi.

Kemudian, kami pindah ke Briged PGA pada hujung tahun 1994. Sekali lagi, pada suatu malam, kakak aku takutkan adik aku dengan bunyi ketikan dari mainan adik. Malam tu, bunyi ketikan tu kedengaran di bawah rumah selama beberapa hari sampaikan bapak aku bermimpi buruk. Kata bapak aku, ada 'benda' yang tiru bunyi ketikan tu dan bapak aku describe rupa 'benda' tu seperti nenek kebayan versi lelaki. So, korang bayangkan sendiri.

3. Kesurupan di Jalan Ellis

Nenek sebelah mak (yakni mak kepada mak aku) dulu pernah kena caesar sebab ada masalah nak lahirkan mak usu aku. Nenek aku banyak kehilangan darah dan pihak hospital gantikan dengan darah baru. Proses caesar dan pindah darah zaman dulu ni tak sama dengan zaman sekarang, nyawa memang di hujung tanduk. Jadi, bila nenek aku selamat jalani proses tu, datuk aku gembira. Tapi yang peliknya, kelakuan nenek aku berubah. Nenek aku jadi cepat marah, cepat meracau. Last sekali, nenek aku kesurupan dan lari masuk hutan. Nak tak nak, datuk aku akan bawa pelita, masuk hutan dan cari nenek aku sampai dapat.

Nak dijadikan cerita, nenek aku ikut datuk aku balik ke rumah keluarga di Jalan Ellis dan bermalam di rumah tu. Tiba-tiba, menjelang tengah malam, nenek aku bangun dan bergerak lurus sampai ke pintu rumah. Kemudian, nenek aku pun keluar dari rumah dan berjalan dalam gelap. Yang peliknya, walaupun tanpa pelita, nenek aku tenang je berjalan. Langsung tak tersadung, tak jatuh, tak tergelincir kat tangga rumah. Nenek aku jalan terus ke arah belukar sampailah datuk aku tarik nenek aku dan cepat-cepat sedarkan nenek aku semula. Kata nenek, dia terdengar ada orang yang panggil dia dan pelawa dia jadi tetamu. Dengan kata lain, ada 'seseorang' yang nak 'berkawan' dengan nenek aku. Hish, tak sangka nenek aku ada stalker.

4. Kambing meragut

Bila korang baca tajuk di atas, mesti sinonim sangat kan dengan zodiak Tahun Baru Cina. Sebenarnya, kisah ni terjadi pada tahun kelahiran aku. FYI, aku lahir tahun Naga. Masa tu usia aku baru je beberapa bulan dan mak aku tengah berpantang di rumah nenek aku. Kata kakak aku yang second, pada suatu malam, dia main bayang-bayang dan buat rupa arnab. Kemudian, bapak aku suruh kakak aku tidur dan tak kasi kakak aku main bayang-bayang lagi. Kata orang tua-tua, tak elok main bayang-bayang. Jadi, kakak aku pun give up dan paksa diri untuk tidur.

Tapi, lepas tu kakak aku ternampak bayang-bayang kambing meragut rumput di dinding. Kakak aku sangka bapak aku yang buat dan siyes kakak aku kagum gila dengan bayang-bayang kambing tu. Lama-lama, kakak aku pun perasan yang bapak aku sebenarnya dah tidur dan bayang-bayang kambing di dinding tu makin lama makin jelas. Makin real pulak jadinya. Kakak aku pun cepat-cepat tutup mata, tak berani lagi nak bertentang mata dengan 'kambing yang sedang meragut'.

Sebenarnya, dulu masa aku sekolah rendah (darjah dua macam tu), aku pernah main bayang-bayang dan buat rupa burung dan arnab dengan adik aku. Keesokan paginya, kaki aku penuh dengan lebam-lebam, tapi lebam tu tak sakit langsung. Sejak dari hari tu, aku tak berani main bayang-bayang lagi.

5. Derap Kaki di Fort Margherita

Fort Margherita, kubu Brooke yang dah lama wujud di Kuching pernah dijadikan Muzium Polis suatu ketika dulu dan muzium tu antara tempat 'childhood' aku yang sentiasa melekat di ingatan. Semasa aku masih kecik-kecik, Fort Margherita memang dah seram gila di mata aku. Patung kaki candu, mannequin polis yang pakai pakaian seragam polis, tali gantung, penjara, lukisan renjer dan bilik-bilik kecil di kubu tu memang ada kisah-kisah seram yang pelbagai.

Sebagai contoh, ada seorang budak terperangkap di dalam sebuah bilik hukuman masa hari terbuka muzium. Kata budak tu, pintu tu terkunci dengan sendirinya dan dia menjerit sampai menangis minta dilepaskan. Selain dari kisah budak tu, kakak aku yang first pernah 'dikenyit' mata beberapa kali oleh mannequin polis. Siyes, kalau aku ada gambar mannequin tu, aku tunjuk kat korang. Mannequin polis tu memang gila seram.

Antara kisah yang paling best ialah bunyi derap kaki di Fort Margherita. Kubu ni terletak dekat dengan jeti polis marin di Sungai Sarawak dan bapak aku dulu selalu tangkap udang di situ. Biasanya, bapak aku jala udang sebelah malam. Pernah beberapa kali aku dan kakak aku tumpang sekaki tangkap udang di jeti tu, aku terdengar bunyi orang berkawad. Adik aku pula ternampak 'makhluk paling seksi' tergantung di pokok angsana tua yang terletak tak jauh dari kubu tu dan kakak aku beberapa kali ternampak benda pelik 'bermain-main' di sekitar kawasan tu. Polis jaga yang bertugas menjaga kubu tu pun pernah kata, banyak kali dia terdengar bunyi laungan, bunyi derap kaki, bunyi kawad dan yang paling tak sedap, ada 'seseorang' yang mengintai di sebalik tingkap.

FYI, apa yang terjadi di kubu tu sebenarnya kisah benar. Fort Margherita memang seram.

6. Seram Kampung Astana Field Force

Bila sebut nama Kampung Astana Field Force, tak ramai yang ingat. Mungkin, ramai yang tak tahu langsung nak bezakan Kampung Astana Lama, Kampung Astana Lot dan Kampung Astana Field Force. Mari sini, aku terangkan. Kampung Astana Lama tu terletak di depan kediaman TYT Gabenor, dekat dengan Pangkalan Batu. Sekarang, kampung tu dah dijadikan tapak Taman Orkid Kuching. Kampung Astana Lot tu pula terletak sejajar dengan Kampung Lintang dan Kampung Sungai Bedil Besar. Kalau sebut nama Pawada or Plaza Astana, mesti ramai yang tahu. Kampung Astana Field Force ni pula kampung terpencil yang dikelilingi hutan dan semak tebal. Sekarang, kampung tu dah jadi lokasi Masja.

Kembali ke cerita asal, kampung ni bukan sembarangan kampung. Seingat aku, ada banyak sangat benda pelik yang berlaku di kampung ni. Pernah ada kelibat badan putus muncul di bawah rumah nenek aku. Aku pernah nampak toyol di atas siling rumah. Kakak aku nampak 'kambing meragut' di dinding rumah. Pak cik aku pernah nampak benda seram di kaki tangga. Jiran tetangga kena usik di telaga. Ada 'keluarga' tinggal di bawah pokok cempedak. Ada kucing bermata besar sebesar bola sepak muncul dari telaga dan tiba-tiba jilat muntah datuk aku dan mak aku terdengar orang berjalan-jalan di dalam bilik pak cik aku. 

Oh, ada satu lagi kisah seram di kampung ni. Bagi sesiapa yang tak tahu, kawasan kampung ni dulu ada sebuah sekolah yang bernama Astana District Council School. Mak aku dan semua pak cik mak cik aku bersekolah rendah di sini. Datuk aku pula pak jaga di sekolah ni dan untuk pengetahuan korang, sekolah ni antara sekolah paling seram di Kuching masa era 60an. 'Penghuni' sekolah ni takkan segan silu untuk muncul di depan mata sesiapa saja, tak kira pagi, petang atau malam. Dan 'penghuni' itu boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa, mengusik sesiapa saja dan sangat-sangat-sangat nakal.

Nasib baik, sekolah ni tak wujud lagi.

7. Keluarga Pokok Mancis

Kisah ni berlaku masa aku bersekolah menengah dan masih tinggal di Briged PGA. Sebenarnya, kawan mak aku yang tinggal tak begitu jauh dari rumah kami mengadu yang rumah dia ada masalah. Setiap malam, ada bunyi-bunyian yang riuh, bergerak dari satu bilik ke satu bilik. Seolah-olah, ada banyak keluarga dalam rumah tersebut. Kemudian, bapak aku pun tolong bertanya dengan orang tua-tua yang pandai. Dikatakan, ada keluarga yang menumpang rumah kawan mak aku disebabkan 'rumah' asalnya sudah diambil orang. Jadi, orang tu pun tolong kawan mak aku dengan serbuk garam kasar yang sudah dibaca surah-surah tertentu dan tabur di sekeliling rumah. Bapak aku pun tolong taburkan garam tu dan berharap 'keluarga' tu akan berpindah ke tempat lain.

Beberapa malam kemudian, bapak aku bermimpi ada sebuah keluarga besar sibuk bergerak ke arah sebatang pokok mancis tua dan berkata 'Cepat-cepat, kita pindah. Sana ada rumah kosong...' Kemudian, jiran sebelah rumah aku berkata, ada sesuatu yang tak kena pada pokok mancis tua yang tumbuh di hadapan rumahnya. Nak dipendekkan cerita, hujan turun lebat pada suatu malam dan bunyi petir memang menakutkan. Keesokannya, kami semua terkejut, pokok mancis tua itu dipanah petir.

8. Suara Adik di Pintu

Kisah ni terjadi pada aku masa aku dah sekolah menengah. Kisah ni simple je, aku nak masuk tidur pada suatu malam. Sebelum tidur, aku ada tabiat kunci pintu. Tapi bila aku nak baring, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di depan pintu bilik dan suara adik aku yang suka menyakat aku. Aku pun naik marah dan segera bukak pintu. Tapi, adik aku dah cabut lari. Dalam hati aku kata, 'kurang asam!', cepat-cepat aku pergi sergah adik aku di bilik.

Bila aku sampai di bilik adik aku, adik aku terbaring di atas katil. Aku sangka adik aku pura-pura tidur jadi aku pun tampar dahi adik aku dengan geram. Kemudian, mak aku pun muncul dan kata, adik aku dah tidur sebelum pukul 8 malam. Adik aku demam.

Jadi, siapa yang berdiri depan pintu bilik aku?



p/s: Kisah seram akan bersambung lagi, sila tunggu~

@magi2015

Saturday 21 February 2015

Re-tonton One Pound Gospel

Image result for One pound gospel kazuki namioka boxing
Fuh, fuh...setelah beberapa hari tak kemas blog, hari ini barulah ada perasaan nak menaip sesuatu. Memandangkan kuota internet pun dah slow (memanjang video streaming, download lagu...), aku pun menghabiskan masa senggang dengan menonton balik J-Dorama yang disimpan dalam external. Bagi sesiapa penggemar J-Dorama, mesti ada yang pernah tengok One Pound Gospel. Sejujurnya, aku download drama ni disebabkan Kame-chan. Kame-chan memang kawaii dalam drama ni..hahaha~


Okey, back to the main story...apa main story aku sebenarnya? 


Image result for One pound gospel
One Pound Gospel a.k.a 1 Pound no Fukuin diterbitkan pada 2008, lakonan Kamenashi Kazuya sebagai Kosaku Hatanaka (the gutless glutton) dan Meisa Kuroki sebagai Sister Angela. Pada asalnya, drama ni diadaptasi dari manga. Kisah cinta yang agak 'forbidden' ni menarik juga, sebab topik 'nun' jatuh cinta ni jarang dibuat cerita so well, bagi aku, kudos to the creator. Dalam drama ni, Kame-chan membawa watak sebagai peninju berbakat yang kuat makan. Tapi yang bestnya badan Kosaku maintain slim...well, aku tak boleh argue sebab aku pun jenis macam tu. I have to believe it.


Dalam drama ni ada banyak babak komedi Kosaku. Antara the best comedy scene ialah bila Kosaku tergelek-gelek masuk ke dalam gereja masa gereja buat hari terbuka, Sister Angela yang tengah desperate gila nak lupakan Kosaku (lalu muncul la imej Kosaku empat jenis dalam imaginasi beliau), Kosaku peluk sand-bag setiap kali teringat dengan Sister Angela, babak belasah pemilik gim, Seiko Mukoda dengan member gim dan semestinya, scene kegilaan Kosaku dalam menentang nafsu makan. Kalau korang nak sangat tahu pasal babak komedi ni, aku sarankan korang pergi tengok drama ni. 


Image result for One pound gospelImage result for One pound gospel

Image result for One pound gospelImage result for One pound gospel

Selain dari itu, bagi peminat Kame-chan (seriously, the die-hard-fan tu...), memang banyak fan service yang dibuat oleh Kame-chan dalam drama ni (e.g: bab silly, bab sengih, bab gedik, bab timbang berat badan..bla3). Fan service yang dibuat oleh Kame-chan dalam drama ni of course la kawaii & kakkoi.

Image result for One pound gospelImage result for One pound gospel


Image result for One pound gospelImage result for One pound gospel


And now bila aku fikir-fikir balik, patutlah ramai yang keliru bila first aku tengok Sato Takeru. Bentuk mulut Take-hime dengan Kame-chan memang ada persamaan. Perbezaan ketara antara dua pelakon ni ialah hidung. Tak percaya? Sila selongkar Google images. (btw, aku minat kedua-duanya, tak kisahlah hidung sama ke tidak)

Image result for kamenashi kazuya sato takeruImage result for kamenashi kazuya sato takeru


Image result for One pound gospel kazuki namioka boxing
Ini je gambar
Kazuki Namioka
yang aku dapat
di Google
Another thing pasal drama ni, setelah puas aku berfikir di masa silam dan di masa sekarang watak Kojima (rakan satu gim dengan Kosaku) yang suka pakai singlet putih mula jelas di ingatan aku. Watak Kojima yang dipegang oleh Kazuki Namioka tu mengingatkan aku dengan Zizan Razak dalam Mael Lambong. What? Tak percaya? Perspektif aku, mungkin. Tapi, takkan aku sorang yang terfikir pasal ni? 


Image result for One pound gospel kazuki namioka boxing

And, the reason why aku tengok cerita ni sampai habis ialah disebabkan kisah antara Kosaku dan Sister Angela itu sendiri. Kosaku memang sangat persistent, sangat outspoken, sangat annoying, sangat insisting dalam segala hal (terutama sekali hal Sister Angela) dan sangat cheesy tapi dalam masa yang sama, sangat lovable dan sweet. Mustahil la Sister Angela yang sangat muda dan novice (dan cantik) tu tak terpikat. By the way, romance-comedy ni biasanya memang menarik pada pendapat aku. Kalau romance semata-mata tu...agak sadis rasanya. Lesson learn drama ni ialah, kalau kita nakkan sesuatu..usaha lebih sikit, disiplin lebih banyak dan malu tolak ke tepi...at the end, semuanya pasti berjaya.

Dari tahun 2008 ke tahun 2015, aku masih suka tengok drama ni. So, tak menyesal rasanya download dan still simpan drama ni sampai sekarang. Alang2 dah layan One Pound Gospel, nampaknya Gokusen bakal menyusul.

p/s: Kame-chan!...Itu je yang aku nak cakap...hehehe!

@magi2015