Thursday 31 October 2019

Review Pendakap Gigi: What To Expect?

Hai semua! Hari ni aku nak share pengalaman aku sepanjang memakai pendakap gigi. Dari tahun lepas aku pakai braces dan sebelum nak pasang braces, banyak benda yang aku perlu lalui. Bermula dengan consultation, lepas tu buat x-ray, lepas tu buat acuan gigi, lepas tu barulah cabut gigi. Bila aku sebut aku dah cabut 8 batang gigi, kawan aku assume aku nak pakai gigi palsu. Seriously aku gelak. Mungkin sebab 8 batang gigi tu banyak, so macam mana la rupa aku tanpa 8 batang gigi? Actually gigi aku ni jenis besar dan penuh. Keadaan gigi dalam mulut memang crowded dan menyebabkan gigi aku tak tersusun dengan elok. Rahang atas jadi muncung, gigi bahagian bawah jadi senget, gigi bahagian atas terkeluar dan gigi bongsu pula keluar separuh (semi impacted).

Sekarang dah bulan 11. Aku tukar braces pada 25/10/2019 (Jumaat). Last review nanti bulan 12. Kalau diikutkan memang itu review yang terakhir sebelum aku pakai retainer. Somehow aku masih suka pakai braces ni. Ada la pendapat yang aku baca kat Youtube dan sosial media yang lain pasal pendakap gigi ni. Mostly yang bagi pendapat tu baru pakai 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan. 

Jadi sebagai pemakai braces untuk tahun ke-2, aku nak juga bagi pendapat. Apa yang berubah sejak aku pakai braces ni?
  • Gigi jadi cantik, semestinya. Itulah tujuan aku pakai braces. Mula-mula tu aku tak nampak perubahan. Tapi sekarang aku nampak banyak yang dah berubah.
  • Muka nampak lain. Mungkin sebab rahang aku dah dibentuk semula atas bantuan braces dan power chain. So muka aku tak nampak muncung ke depan. 
  • Bibir kelihatan penuh. Dulu bibir nampak nipis sebab masalah protruded teeth dan overbite. Bila gigi dah mula merapat, barulah bibir tu nampak penuh, nice la sikit kalau apply lip balm.
  • Warna gigi agak yellowish, itu tak dapat dinafikan la. Bukan senang nak gosok gigi, nak guna flos pun susah. Apa yang paling penting ialah interdental brush, benda kecik tu amat membantu untuk buang sisa makanan.
  • Senang nak senyum, sebab gigi dah merapat masuk ke dalam. Dulu payah sebab gigi besar dua ketul tu terkeluar. Setiap kali nak senyum mesti kena tutup mulut rapat-rapat.
Things yang pemakai braces perlu jangkakan  bila dah pasang braces ialah?
  • Get ready untuk cabut gigi (bagi yang ada masalah gigi besar, gigi crowded, gigi buruk atau gigi salah kedudukan)
  • Proses ketatkan braces boleh menyebabkan rasa ngilu.
  • Mula-mula pakai braces, mulut rasa macam tak dapat tutup dengan sempurna.
  • Kena fikir awal nak pilih warna apa untuk dipasang kat bracket, jadi doktor tak tertunggu pilihan colour band tu. Lama sangat, doktor bosan nanti.
  • Kalau pakai power chain, ada possibility mulut rasa sangat tak selesa, gusi rasa amat ngilu dan rasa macam nak senyum nampak gigi sepanjang hari. For unknown reason, bila grinning rasa ngilu tu berkurangan.
  • Masa mula-mula pakai, selera makan akan menyusut sebab tak selesa nak makan. Tapi bila dah biasa nanti, no hal.
  • Bila pakai braces, ada kemungkinan bracket tertanggal. Jangan tunggu lama, nanti tertelan bracket. Bracket tu mahal. Pergi jumpa doktor gigi dengan kadar yang segera.
  • Apa lagi? Emm...jangkaan terakhir dari pemakai braces ialah bila gigi lambat tunjuk progress. Kena la keluarkan duit lebih sikit untuk lanjutkan treatment.
Apa-apapun, braces ni bukanlah treatment yang murah. Ramai orang yang ada masalah gigi berharap dapat pakai braces untuk betulkan keadaan gigi. Jadi bagi anak muda yang pasang braces menggunakan duit parent, hargailah braces korang. Benda tu mahal, jagalah elok-elok. Jangan malu pakai braces. Tengok macam aku ni, umur dah masuk 3 series baru nak pakai braces sebab dulu aku tak ada duit. Maka sebab itu aku sangat hargai braces aku ni. Dah lama aku simpan impian nak tengok gigi aku tersusun dengan cantik. Aku tak peduli la pendapat orang, kononnya nak ubah ciptaan Tuhan la apa la. Aku bukan ubah, aku cuma betulkan kedudukan gigi aku, aku nak pulihkan masalah rahang aku dan juga masalah overbite aku. 

Braces and proud!





@theMaGi2019

Monday 21 October 2019

Pertemuan Karyawan Sarawak (PKS) Ke-9 2019

sumber: utusan borneo online
Selamat tengah hari! Hari ni aku nak kongsikan sesi 2 hari aku berkampung di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Untuk 2 hari iaitu 18 dan 19 Oktober 2019, Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA) menganjurkan Pertemuan Karyawan Sarawak (PKS) kali ke-9. Banyak penulis diundang untuk pertemuan tahun ni. Secara jujurnya aku rasa agak sedih jugak bila bengkel penulisan di Miri bulan lepas aku tak dapat sertai sebab kekangan kerja. Penulis yang hadir untuk bengkel penulisan di Miri tu ialah SM Zakir. Tapi lepas tu aku baca hebahan di Facebook yang PEKASA anjurkan pertemuan dan penulis yang diundang ialah Dato Seri (Dr.) A. Samad Said. Terus aku tak jadi nak sedih sebab sasterawan negara nak datang ke Kuching! Sebelum ni aku berpeluang jumpa sasterawan negara Dr. Anwar Ridhwan jadi aku dapat tahu penulis buku Salina diundang, mestilah aku nak pergi.

Okay untuk hari pertama pertemuan iaitu 18 Oktober, sesi bermula pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Aku hadir untuk mendengar perbincangan ahli panel berkenaan dengan hala tuju penulisan. Aku tertarik dengan pendapat dari ahli panel dan apa yang paling aku ingat ialah

Awangku Merali Pengiran Mohamed: "Untuk menjadi anak seni kita harus bersedia menjadi miskin...bagi saya, ini satu kebodohan. Tidak ada sesiapa yang mahu menjadi miskin melainkan sistem yang memiskinkan kita..."

Dalam masa yang sama, sebelum sesi bermula aku sempat berborak dengan penulis lain iaitu Dr. Idris Boi dan sasterawan negeri iaitu Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah. Penulis veteran ni bercakap pasal isu semasa, berkenaan dengan perjuangan Sarawak for Sarawakians yang tak tahu tentang sejarah dan tak tahu apa yang mereka nak perjuangkan sebenarnya. Kemudian aku terdengar,

Dr. Adi Badiozaman Tuah: "Mereka tak boleh kata mereka berjuang untuk Sarawak. Mereka perlu belajar tentang sejarah Sarawak. Malah ada di kalangan mereka tak boleh mengatakan bahawa mereka orang Sarawak atau Sarawakian. Sebab dulu Sarawak ialah Kuching. Sarawak bukan seperti sekarang."

Lepas tu aku pun mencelah selamba: "Kalau macam tu saya Sarawakian, sebab saya orang Kuching lahir di Kuching. Dan dulu Sarawak ialah Kuching, Kuching ialah Sarawak." Terus Dr. Adi setuju dengan apa yang aku cakap sambil ketawa.

Untuk hari kedua, sesi perbincangan ahli panel yang lain lebih rancak. Tentang hala tuju kepenyairan dan satu kebetulan, aku dapat tahu puisi aku dah diterbitkan di Utusan Borneo yang bertajuk Kisah Yang Tidak Diceritakan. Jadi sesi kepenyairan ni memang menarik perhatian aku. Juga, suara penyair En. Zaen Kasturi sangat sedap didengar. Antara kata-kata yang menarik perhatian aku ialah:

Encik Mohidin Malek: "Penulis bukan perakam zaman tapi mereka yang menyoal zaman dan zaman mereka."

Kemudian untuk sesi ucap utama A. Samad Said, aku dengar cerita beliau di masa lampau yang aku rasa sangat menarik untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan cerpen. Pada akhir pertemuan, aku rasa aku menikmati setiap saat aku berada di Balai Budaya, bertemu dengan ramai penulis Sarawak, mencipta kenangan dan membawa balik ilmu-ilmu baru. Aku harap pertemuan tahun depan ada kejutan yang lebih istimewa. Aku berharap ni...berharap...

Ini koleksi gambar sepanjang 2 hari berkampung bersama penulis Sarawak di DBP.

Hari pertama
Sesi bergambar di meja pendaftaran

Untuk hari pertama, aku ada bukti yang aku hadir
dan bergambar beramai-ramai dengan penulis veteran
terutama sekali Dr. Adi Badiozaman, Hajah Bibi Sabariah
dan Puan Naziah Naziri

Sesi perbincangan antara panel bermula di hari pertama,
dimulakan oleh Tuan Haji Hamzah Hamdani dari GAPENA

Seterusnya disambung oleh Encik Awangku Merali 
Pengiran Mohamad dari TEGAS

Akhir sekali, Encik Abizai dari PUTERA dan Encik
Jaafar Hamdan dari PEKASA.

Hari kedua
Kehadiran tetamu undangan yang duduk depan mata aku

Slot kedua di hari kedua dimulakan oleh Encik Zaen Kasturi,
penyair tersohor Malaysia.

Diikuti oleh Encik Pharo Abdul Hakim dari PUTERA

Sesi disambung oleh Puan Dayang Azizah, wakil dari
JPN juga merangkap penulis Sarawak.

Diakhiri oleh Encik Mohidin Malek dari PEKASA,
juga mantan editor bagi akhbar di Sarawak.

Tetamu yang terdiri daripada guru, penulis dan pelajar

Penulis William Chan menyampaikan sedikit info 
mengenai penulis wanita di Sarawak sebelum 
slot kedua tamat

Pengarah DBP Cawangan Sarawak En. Abdul Wahab Hamzah
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sesi penyerahan cenderahati kepada semua ahli panel

Sesi ucap utama Sasterawan Negara A. Samad Said
dimulakan (kalau nak tengok video, boleh tengok di
Youtube PKS Ke-9)

Curi-curi gambar dengan A.Samad Said dan editor DBP,
Puan Hajijah Mainol.

Bergambar dengan penulis lain (juga pakcik aku sendiri)

Akhirnya ada rezeki bergambar dengan A.Samad Said 

Dapat bergambar dengan Sasterawan Negara
dan Sasterawan Negeri.

Sesi bergambar dengan semua penulis dan hadirin
yang hadir ke PKS ke-9

Dimuatkan dalam akhbar Utusan Sarawak dan 
juga Utusan Borneo

Dan masuk dalam keratan berita di N5 RTM petang Sabtu
(boleh tengok berita di Youtube N5 19/09/2019)

Dapat tandatangan dari A.Samad Said untuk buku
Langit Petang


@theMaGi2019

Monday 7 October 2019

Movie Review: Joker 2019

Hello everyone, I'm back. Kali ni aku nak ulas movie yang aku tengok hari Sabtu lepas iaitu Joker 2019. Emm, movie ni memang sangat baru kat cinema so aku tak boleh spoil mood orang yang belum tengok. 

Image result for joker
source: consequenceofsound.net
So, apa yang aku nak point out dalam review kali ni? First impression, semestinya. Aku ada baca banyak pendapat kat media sosial mengenai movie ni. Isu depression dan movie Joker ni bukan diambil dari origin asal Joker itu sendiri. Kalau diikutkan, karakter Joker ni jenis naughty evil yang enjoy buat jahat dan kejahatan dia terserlah apabila ada yang menentang (Batman, of course). Tapi apabila karakter diubah menjadi mangsa buli, mangsa penderaan dan hidup dalam masyarakat yang sangat sick (maksud aku, society yang teruk), aku dapat rasakan betapa deepnya rasa sakit yang dirasakan oleh Arthur Fleck sehingga melahirkan watak Joker.

Dalam kata lain, Joker versi ni tak enjoy pun buat jahat. Joker 2019 tak naughty evil, tapi dia produk dari masyarakat dan persekitaran yang jahat.

Apa yang menariknya tentang movie ni?

Akhirnya aku tahu Joker tu ada nama penuh. Walaupun ada reviewer yang review Joker dah tak special sebab dia dah tak misteri dan tak nakal, bagi aku Joker yang ni rasa dekat dengan hati penonton. Mental illness ialah penyakit paling menggerunkan pada masa kini, lebih teruk dari kanser sebab penyakit ni tak nampak. Ada juga yang komen movie ni tak menarik sebab tak tonjolkan sangat kisah Bruce Wayne (Batman) tapi movie ni pasal Joker so mestilah Joker jadi fokus utama. By the way, movie ni bagi perspektif baru bagaimana punca kematian mak bapak Bruce Wayne jadi aku rasa idea ni segar dan innocent (?)

Image result for joker
source: theatlantic.com
Tarikan lain ialah pemilihan watak utama, Joaquin Phoenix. Seriously, bila Arthur  jadi Joker sepenuhnya, aku dapat feel Joker tu. Pandangan mata, gerak badan, bunyi ketawa... aku rasa inilah Joker yang sebenar. Joker yang bersembunyi di sebalik mekap, di sebalik pakaian dan berpura-pura. Kudos to Joaquin Phoenix sebab dia dapat hayati watak penghidap depresi dengan sangat berkesan. Mata Arthur tu, membuatkan aku rasa sedihnya manusia ni. Apalah malang nasib dia, hidup dan tinggal di tempat yang teruk. Pada pendapat akulah secara peribadi, tak kira berapa ramai doktor atau apa jenis ubat yang dimakan atau pekerja sosial mana yang datang tanya khabar tapi kalau masyarakat itu sendiri bermasalah, ia takkan membantu pesakit depresi. Golongan ni sangat perlukan kasih sayang dan perhatian. Tapi biasalah stigma masyarakat, cepat sangat pandang negatif.

Image result for joker
source: newyorker.com
Persekitaran movie ni juga real, aku macam tak dapat detect mana satu CGI. Jadi feel masa tengok movie ni menusuk sampai ke hati. Aku tak tahu aku dapat ketawa atau tak masa ada babak humor yang sinis sebab banyak isu sensitif yang disentuh.

Lagi satu, aku suka teknik yang digunakan dalam movie ni bila Arthur sebenarnya berhalusinasi. Aku lambat detect perkara ni, aku ingatkan hal tu betul-betul terjadi tapi rupa-rupanya cuma wujud dalam khayalan Arthur. Dan dalam masa yang sama, bila berlaku scene yang berat aku ingatkan perkara tu khayalan tapi sebenarnya betul-betul terjadi. 

Pemahaman Terhadap Karakter Joker

Image result for joker
source: nme.com
Bagi aku, movie ni antara usaha untuk mendedahkan bahaya depresi. Even Arthur yang makan ubat dan ikut sesi terapi dengan pekerja sosial pun boleh berubah menjadi badut yang tak ada perasaan. Sebab apa? Dia tak didengari, tak diterima, tak dipedulikan dan tak dianggap wujud pun di dalam masyarakat. Kadang-kadang masyarakat ni assume pesakit depresi ni mengada-ngada, buat perangai dan lembik. Tapi sebenarnya, semua manusia berpotensi menjadi Joker bila tahap penerimaan mereka terhadap tekanan hidup dah sampai ke tahap kemuncak. Setiap manusia ada tahap kesabaran tersendiri. 

Dalam versi ini, aku boleh simpulkan yang karakter Joker ni dilahirkan tanpa disengajakan. Tekanan hidup telah menyebabkan Arthur Fleck musnah secara perlahan, ditambah dengan kisah silam yang menyakitkan dan pembulian yang tak ada belas kasihan sehingga mencetuskan 'Joker' dalam diri Arthur. Arthur yang dipanggil sebagai Happy menyatakan dia tak pernah rasa gembira dalam hidup walau sesaat pun. Tapi dia nak jadi badut penghibur. Cukup ironi di situ. Dan bila dia melakukan jenayah, dia tak ada rasa bersalah langsung tapi dia memilih untuk dikenali sebagai Joker. To be honest hati aku rasa sangat sakit bila dia menangis.

Image result for joker
source: screengeek.net
Untuk keseluruhan cerita ni, aku bersetuju dengan pendapat reviewer yang lain. Movie ni dark, banyak dialog, slow pace untuk permulaan movie, kurang fast action, tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan topik pun berat. Bagi sesiapa yang tak suka movie yang bersifat psikologi atau jenis kurang empati serta simpati, mereka akan keluar dari cinema walaupun movie belum habis. Tapi bagi mereka yang concern dengan isu depression, mental awareness dan dark theme, aku memang suggest tengoklah movie ni sampai habis. Korang akan rasa amat tersentuh, sedih, tapi tak dapat nak menangis.

Berapa bintang aku nak bagi? 9.5/10 bintang. Dalam movie ni, aku tak dapat salahkan Joker 100%. Sebenarnya, masyarakat itu sendiri yang mencipta monster yang bernama Joker. For some reason, gerakan badut tu mengingatkan aku dengan movie V for Vendetta.

@theMaGi2019

Book Session: Lelaki Harimau (Eka Kurniawan)

Hai Oktober! Finally bulan 10 sudah datang. Teringat awal bulan lepas, aku struggle. Awal bulan ni, aku dapat good news. Dan hari ni aku nak kongsikan hasil pembacaan aku pada minggu terakhir bulan September. Ada banyak buku yang aku baca sebenarnya tapi aku rasa aku tertarik nak kongsi pasal buku ketiga Eka Kurniawan dalam koleksi aku iaitu Lelaki Harimau.

Judul: Lelaki Harimau
Penulis: Eka Kurniawan
Harga: RM28 (beli kat Shopee)
Penerbit: Dubook Indo

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku mengenai buku ni sebenarnya. Aku tak nak jadi spoiler alert bagi sesiapa yang belum pernah baca buku ni jadi aku akan cuba sedaya upaya bagi input yang relevan saja. Okay, antara tarikan yang bagus tentang buku ini ialah:

  • Teknik penceritaan. Aku tak tahu istilah yang betul tapi penceritaan buku ni bersifat reverse iaitu mencari semula punca Margio menggigit leher Anwar Sadat sehingga hampir putus. Teknik reverse ni semacam satu penyiasatan yang membuatkan aku excited nak tahu sebab di sebalik pembunuhan tu.
  • Kesinambungan cerita yang smooth. Dalam satu penceritaan ada penceritaan yang lain, peralihan cerita yang tak nampak janggal apatah lagi jumping. Seolah-olah pembaca melihat kejadian tu secara real dan setiap kejadian dilihat dalam perspektif yang berbeza.
  • Aspek ekonomi dan sosial yang ditampilkan secara bersahaja, penuh satira dan digambarkan dengan susunan ayat yang santai tapi jelas.
  • Penceritaan tentang masalah kekeluargaan yang real dari sudut emosi dan psikologi.
  • Pemilihan nama yang semacam random, tapi agak menarik pada pendapat aku. Margio? Mameh? Komar Bin Syueb? Anwar Sadat? What is that? But still, it does make sense to me as a reader.
Jika ada yang bertanya tentang keunikan buku ni, semestinya buku karangan Eka Kurniawan memang unik. Tak ada satu pun buku Eka yang tak unik sebab Eka sangat terbuka dan berani membicarakan hal-hal yang dianggap taboo oleh masyarakat. Penggunaan metafora, simile dan perumpamaan sangat berkesan sampai aku rasa macam tengok sinetron depan mata. Kalau ada keunikan yang lain, mungkin aku boleh katakan:
  • Pemilihan tajuk itu sendiri. Ada apa dengan 'lelaki harimau'?
  • Buku ni tak banyak bab. Tapi satu bab ada banyak cerita yang saling berkaitan antara satu sama lain. Yang menariknya, setiap cerita dalam satu bab langsung tak berserabut.
  • Kisah yang diceritakan sangat simple. Tentang masalah kekeluargaan dalam setiap keluarga iaitu keluarga Komar Bin Syueb, keluarga Anwar Sadat dan keluarga yang membuka penempatan di kampung tersebut. Tapi ia lebih menjurus ke arah masalah kemurungan, penderaan seksual, pengabaian emosi dan juga lemahnya pegangan agama dalam institusi kekeluargaan. Isu yang disampaikan agak berat sebenarnya.
Setakat ni aku dah baca 3 buah buku hasil karya Eka Kurniawan iaitu Cantik itu Luka, Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas dan Lelaki Harimau. Seperti yang aku tulis kat atas, Pak Eka ni mempunyai kemampuan untuk menggambarkan sesuatu secara real hanya menggunakan kata-kata. Teknik yang menarik (dan aku rasa nak cuba untuk next manuscript) dan membuatkan pembaca terfikir endingnya yang sangat menyentuh hati, buku ni memang highly reccommended untuk avid reader. Memang tak rugi langsung baca buku ni, aku berani jamin.

@theMaGi2019