Wednesday 28 February 2018

Thoughts: Bila Kau Berdepan dengan Depresi

Image result for deal with depression
credits: theknclan.com
Hello, MaGians! Aku kembali lagi, sebab aku tak ada pilihan. Aku kena cukupkan 5 entri untuk bulan ni dan hari ni hari terakhir bulan 2. So, aku kena tulis something. Sejujurnya aku tak ada idea nak tulis apa dan aku tak nafikan bulan ni sangat memenatkan. Aku banyak kerja, aku sibuk habiskan kerja, aku turun awal balik lambat, makan tak sempat, sakit bertindan-tindan tapi at the end, aku dapat warning kononnya aku tak buat kerja, tak tolong rakan sekerja, hari-hari mengamuk dan berkelakuan kasar. Eh, apa dia ingat aku ni beruang ke apa?

Memang aku tak nafikan, stres ni berpunca dari sikap manusia sekeliling. Manusia zaman sekarang ni suka mengkritik. Hari-hari mengkritik. Kalau kritikan tu sedap didengar, okaylah jugak. Tapi kritikan tu rasa macam telan pisau cukur, lebih teruk dari telan racun. Dan orang yang mengkritik tu pulak lebih kurang je perangai atau mungkin lagi teruk. Rumah mereka ni tak ada cermin ke? Ke dia pecahkan semua cermin sebab dia tak nak cermin kritik muka dia?

Jadi, inilah masalahnya. Kritikan, kritikan, kritikan disangka akan membangunkan kemampuan seseorang. Tapi tengoklah jenis kritikan. Kalau kritikan tu berunsur fitnah, negatif dan sinikal, kemampuan takkan berkembang. Yang berkembang mungkin rasa menyampah dan sakit hati. Malah, benda-benda macam ni kalau dikumpul secukupnya boleh mencetuskan tekanan bagi mereka yang dah berusaha tapi dipertikaikan. Lepas tu muncul la soalan-soalan yang menambahkan stres seperti:
  • Aku tak cukup rajin ke? 
  • Kenapa orang cakap aku tak buat kerja? 
  • Apasal orang cakap macam tu kat belakang aku? 
  • Kenapa kena komplen padahal aku dah tolong dari A sampai Z?
  • Apasal orang cakap itu ini?
  • Korang tak tahu ke aku penat dengan semua ni?
  • Apa yang korang nak sebenarnya?
Bila persoalan ni timbul, akan muncul rasa tak puas hati terhadap diri sendiri. Yang mengkritik tu rasa dia dah jalankan tanggungjawab memimpin. Yang kena kritik tu akan mula mengkritik diri sendiri. Setiap ketua kena ingat, setiap manusia ada had sabar tersendiri. Kemampuan untuk menerima kritikan tu berbeza, penerimaan psikologi setiap individu adalah berlainan dan tempoh untuk bertahan dari kritikan juga tak sama. Bila berlakunya proses self-critic, isu anxiety akan muncul diikuti dengan stres. Jika perkara untuk berlanjutan, kemurungan akan tercetus sehingga emosi mangsa akan bertukar-tukar. Berpotensi untuk mengidap masalah split personality. Selalunya kalau timbul masalah ni, pihak atasan akan anggap ko tu biadab dan suka melawan. Mereka tak tahu pressure boleh ubah manusia sekelip mata kalau dah masa dah sampai. Bak kata orang, time-bomb dah bermula.

Aku tahu, tak mudah nak lawan rasa murung. Aku pun ada masa-masa gelap. Biasanya orang akan kata- "Rileklah, aku pun ada masalah. Taklah murung macam kau." Ataupun, "Rileklah, tu semua dugaan. Kau ada iman, kan?" FYI, murung ni penyakit sebenarnya. Kerosakan hormon dalam otak akibat gangguan emosi. Bila emosi terganggu, selera makan pun terganggu, aktiviti harian pun terganggu, tahap kesihatan fizikal pun terganggu dan akhirnya, bila badan sakit fikiran pun ikut terganggu. Semuanya saling berkaitan. So, bagi sesiapa yang diberi Tuhan hati kering hati kental hati tak ada perasaan tu aku ucapkan tahniah. Bagi sesiapa yang baru merasakan pahitnya rasa murung tu, aku nasihatkan, sayangilah diri anda. Mungkin korang benci semua benda, tapi at least jangan benci diri sendiri. Itu permulaan pertama untuk perjalanan yang sangat jauh demi menjinakkan depresi anda.

Untuk langkah-langkah seterusnya, aku nak kongsi tips yang mudah. Aku faham bukan mudah nak jumpa pakar dan berdepan dengan masalah psikologi ni. Harap-harap, tips aku ni dapat membantu meringankan beban di fikiran mereka yang diganggu masalah ni.

Bila anda sedar anda berdepan dengan depresi?
  1. Langkah pertama: Luahkan perasaan benci. Tulis dalam kertas then bakar, tulis dalam diari then bakar atau tulis atas tanah then pijak sepuas hati. Anggaplah itu terapi untuk hapuskan rasa benci dalam diri anda.
  2. Langkah kedua: Berbual dengan kawan. Cari kawan yang bersifat neutral. Bukan kaki kencing, spesis membawang atau batu api. Kawan yang neutral ni akan banyak mendengar dan kurang mengkritik.
  3. Langkah ketiga: Sentiasa bersama keluarga, sertai aktiviti komuniti. Jangan bersendirian ketika kecewa. Pastikan ada seseorang di sisi anda. Pastikan fikiran anda diisi dengan pengalaman baru yang mengujakan.
  4. Langkah keempat: Tengok rancangan kelakar. Gelak sepuas hati. Berikan sepenuh perhatian pada rancangan dan lupakan manusia yang merosakkan emosi anda. Ketawalah dan anggap diri anda bahagia. Anda berhak untuk ketawa dan merasai bahagia.
  5. Langkah kelima: Elakkan membaca artikel yang menyedihkan. Artikel sedih sangat mudah mempengaruhi mereka yang ada depresi. Kalau terbaca, cepat-cepat tukar baca komik. Pastikan hormon serotonin anda di paras yang betul.
  6. Langkah ketujuh: Cari hobi. Fokuskan perhatian pada hobi. Kembangkan pemikiran anda melalui hobi. Jadikan hobi sebagai self therapy.
  7. Langkah kelapan: Makan. Pastikan apa yang anda ingin makan, anda cari, beli dan makan. Jangan sekat keinginan anda sehingga anda lapar dan stres anda bertambah.
  8. Langkah kesembilan: Cari ruang untuk bersendirian dan bertenang. Pastikan anda berehat secukupnya. Berikan keselesaan pada diri anda.
  9. Langkah sembilan: Diam. Diam tak bermakna anda kalah. Diam ialah self-control. Hanya anda yang boleh kawal diri anda.
  10. Langkah kesepuluh: Pakar dan ubat hospital adalah penyelesaian terbaik. Tapi anda perlu yakin pada diri bahawa anda ialah pakar dan ubat untuk mengawal diri sendiri. Percaya bahawa anda boleh kawal time-bomb dalam diri anda. Anda kuat. Anda boleh lakukan.

"Aku tahu, depresi tak mudah dijinakkan. Tapi kalau hari ini kau dapat bertahan, maka kau seorang yang hebat. Kau pasti akan memenangi pertarungan ini. Apa yang kau perlu buat ialah, peluk depresi dan katakan- aku akan kuasai kau tak kira apapun yang berlaku."- SS

@theMaGi2018

Book Session: Rentaka Sekalian Bijasura

Selamat malam. Hari ni hari terakhir bulan Februari. Tak sabar nak habiskan bulan ni. Memang tough sangat, penat mental aku. Jadi, aku cuba tenangkan diri dengan membaca. Yes, I loved reading. Kalau orang tanya apa impian aku, dengan gembiranya aku nak bagitahu- aku nak sebuah perpustakaan peribadi dilengkapi dengan teknologi terkini. Aku nak jadikan personal library tu sebagai human cave, tempat terapi aku sambil baca dan cium bau buku. Oh God, indahnya impian tu~

And now, back to the story. Book session kali ni ialah aku nak sebarkan buku yang aku beli 2 minggu lepas. Sejujurnya aku belum habis baca. Tapi terus terang aku cakap, aku beli buku ni atas 3 sebab iaitu:
  1. Tajuk buku tu pelik: Rentaka Sekalian Bijasura. What is that?
  2. Boleh dikatakan buku ni buku sejarah gaya baru. Sangat intelektual dari segi maklumat, tapi santai, susunan topik yang menarik dan semestinya, penuh sarkastik. Sarcasm everywhere~
  3. Aku curious gila dengan penulis buku ni. Cik Srikandi? Siapakah empunya nama itu?
Okay, hari tu aku nampak kawan aku share FB page Srikandi berkenaan dengan petikan dari buku Rentaka. Tiba-tiba je aku rasa bangga sebab aku beli buku tu. Aku tak perlu pening kepala baca sebahagian artikel sebab aku boleh baca the whole story. Apa yang menarik pasal buku ni ialah:
  • Seperti yang aku dah sebut kat atas, buku ni buku sejarah gaya baru. Banyak sejarah tempatan dari sudut realiti, mitos atau dongeng disebut tapi diolah dengan cara macam kau bercerita dengan member kau di kedai mamak.
  • Buku ni juga menyampaikan sejarah dari sudut lokaliti. Penjajah theory is not included. Kebanyakan teori dan pendapat merujuk kepada kertas-kertas kajian lokal, dicampur dengan perasaan cintakan sejarah tempatan dan semestinya disembur dengan idea sarkastik.
  • Setiap tajuk berselang seli. Tak konsisten. Tapi aku rasa benda ni kelakar. Contohnya, aku baca kisah Raja Andak, srikandi dari Perak semasa perang Perak melawan Reman. Tiba-tiba, bab seterusnya pasal jin yang jaga istana Iskandariah. Memang motif sangat, hahaha~
  • Kisah sejarah dalam buku ni tak terhad pada satu tempat, satu kawasan, satu negeri atau satu bangsa. Ada banyak kisah dan kisah sejarah luar dimasukkan sekali. The best part? Semua kisah tu ada kaitan tersendiri.
  • Again, sarcasm. Macam yang disebut pada tajuk nombor 7: "Saya cukup pelik orang Melayu tak sayang warisan sendiri" by Dr. Adel al-Algheriani dari Tanah Arab. Untuk pertama kali, aku membaca sejarah dari banyak sudut berbeza. Menarik sebab aku memang nak tahu pandangan baru tentang sejarah. Bosan kalau asyik baca ulasan sejarah tempatan tapi dengan gaya skema, penuh kritikan dan membosankan. Siapa cakap kalau tulis pasal sejarah mesti serius memanjang?
Setakat ni, aku dah baca tajuk yang ke-37. Banyak lagi benda nak dibaca. Harap boleh habiskan secepat mungkin. Bagi yang suka sejarah macam aku atau baru nak berjinak-jinak nak suka sejarah, atau tak minat sejarah...aku cadangkan korang beli buku ni. Tak mahal, harga buku cuma RM30, buku setebal 500 lebih mukasurat. Alah, tak tebal pun, tebal lagi novel cinta. Novel cinta dapat imaginasi je. Buku Rentaka bagi korang cerdik.

Plus, aku nak bagitahu satu benda pasal buku ni. Buku ni perbetulkan persepsi otak korang yang selalu puji budaya negara luar. Well, aku tak nafikan sebab aku pun mudah tertarik dengan budaya luar such as muzik shakuhachi, nyanyian pansori, baju pankou (apasal aku suka semua pasal Oriental?). Sekarang ni, aku mula minat muzik asli macam keroncong, puisi zaman dulu dan teks Melayu purba seperti nimakan vuahna yang bermaksud dimakan buahnya. Mungkin aku patut bagitahu yang tajuk buku ni pun ada maksud tersendiri iaitu: 

Rentaka- meriam 
Sekalian- seluruhnya
Bija- seri
Sura- bulan

@theMaGi2018

Tuesday 27 February 2018

Just Saying: 10 Lokasi Untuk Launch Produk Anda

Good eve, MaGians! Struggle betul aku bulan cinta ni. Hak puih! Cinta la sangat, aku rasa banyak masalah je dari cinta. Memandangkan bulan ni memang banyak masalah, macam betul pulak apa yang zodiak Cina merapu pasal fengshui aku tahun ni (walaupun aku tak percaya pasal benda-benda macam tu) tapi still, aku ambil nasihat sebagai peringatan and kata-kata positif sebagai motivasi peribadi. Kadang-kadang, kita perlukan sedikit pandangan dari sudut yang berbeza untuk berkembang.

Err...kesiannya aku, tahun ni aku tak dapat nak mengembang sebab stres.

Okay, topik sebenar aku ni pasal kisah tular Lofa launching produk hijab dan sambut birthday di kelab malam Zouk. Zouk? Siapa tak kenal Zouk? Even aku yang tak pernah pergi kelab malam sebab aku tak berhasrat nak ganggu beauty sleep aku pun tahu Zouk tu apa. Before aku proceed ke perenggan seterusnya, aku nak bagitahu siapakah Zouk.

"Zouk ialah kelab malam yang beroperasi di KL dan Singapura. Nama Zouk berasal dari French creole yang bermaksud 'party'. Ia dimiliki oleh Genting Hong Kong dan dibuka pada tahun 1991..."

Now, kita beralih pada isu Lofa launching hijab di kelab malam. Aku tak nak cakap banyak pasal komen orang sebab majoritinya tak setuju Lofa launch hijab di kelab malam. Sebab pertama? Zouk is a nightclub, tak sesuai dengan pemaknaan hijab dalam konteks agama Islam. Sebab kedua? Zouk is a nightclub, tak sesuai dengan imej Lofa yang berhijab dan jual hijab. Sebab ketiga? Zouk is a nightclub, semestinya ada spesis terkinja dan pelbagai subspesis yang tidak sesuai dengan pemaknaan hijab. Okaylah, aku rasa aku malas nak sebut sebab lain. Ada ramai netizen kat luar boleh senaraikan semua sebab yang relevan untuk Lofa. But still Lofa kata I don't care. Bagi aku, suka hati kaulah.

Tapi masa aku baca and tengok isu ni, well aku tengok dari 3 sudut iaitu:

  • Positif: Aku anggap Lofa nak sebarkan keindahan bertudung di kelab malam. Kata orang, kita tak boleh pilih kasih kalau nak sampaikan dakwah. Okay...positive thinking.
  • Neutral: Aku tak peduli Lofa nak buat apa. Aku anggap dia nak buat kelainan kali ni. Titik.
  • Negatif: Why Lofa? Begitu ramai bebudak kat luar sana jadikan kau sebagai idola. Then kau pergi promote tudung kat kelab malam. Aku tahu dia dah sebut I don't care pasal orang yang mengkritik. Tapi aku kena cakap yang hijab tu bukan topi. Aku bukan spesis manusia bawang tapi aku kena bagitahu kat Malaysia ada banyak tempat menarik daripada nightclub.
So, dia cakap dia kena ikut tema and bajet. It means tema dia tu party? Kalau party, no problem. Banyak tempat boleh buat parti. It doesn't mean kalau sebut party mesti kena havoc. Kalau nak buat product launching hijab bertemakan party tapi dengan kos yang tak melampau (aku tak rasa launch produk kat Zouk tu murah sangat), aku bagi option lain yang lebih nice berbanding kelab malam iaitu:

1. Beach Party
Related image
1. Beach Party
Kalau wedding boleh buat kat tepi pantai, kenapa launching product tak boleh? Lagi privacy dan santai kalau nak dibandingkan dengan kelab malam.

Image result for nature party
2. Nature Party
Kalau nak launching product tu lebih bersifat fresh dan revitalize, cuba nature party. Malaysia ni banyak hutan, banyak kawasan hijau yang cantik. Make it simple dengan lampu macam ni, lagi cantik dari lampu liplap kelab malam. 

Related image
3. Parking lot party
Kalau nak jimat, buat sendiri kelab malam di parking lot kalau nak sangat launching produk kat kelab malam. At least, you owned that club for a day and a night walaupun tu cuma parking lot. Why not? Kamon, kreatif la sikit~


Related image
4. Empty pool event
Nak launching produk kat tempat yang tak disangka-sangka? Kosongkan kolam renang (guna kolam sendiri or sewa) and buatlah product launching kat situ. Lebih menarik dari kelab malam, pendapat aku la.


Image result for camping party
5. Camping Party
Yang ni lebih kurang macam nature party, tapi ubah sikit dengan tema happy camping. Aku tak rasa kos buat party macam ni sampai ratus ribu. 

Image result for camping party
6. Backyard party
Ko buat product launching kat belakang rumah je.

Related image
7. Street Party
Pinjam jalan kat depan rumah and buatlah product launching + party kat situ. Tapi pastikan jiran tetangga bagi persetujuan.

Related image
8. Library Party
Memandangkan kelab malam dan hijab tak ada kaitan, kenapa tak pilih library? At least pengunjung yang datang masa launching tu dapat ilmu sikit masa kat dalam library instead of kelab malam. Isu terkinja-kinja pun mungkin tak ada.

Related image
9. Outdoor Park Event
Ada sesiapa berminat nak buat product launching kat taman rekreasi?

Image result for homestay
10. Homestay Party
Kalau nak launch product (such as hijab) kat hotel, kat shopping complex, kat restoran or masjid tu klise sangat, kenapa tak cuba homestay? Sambil launch produk, korang boleh bercuti, sambil promote tarikan sekitar homestay dan apa yang lebih penting? Bebas dari fitnah dan juga kekeliruan. Or mungkin, aku suka suasana homestay so sebab tu aku suggest homestay...hahaha~

Aku rasa option kat atas semuanya tak terlampau mahal. Aku yakin orang bisnes kaya raya macam Lofa tak ada masalah nak pilih lokasi kat atas. Pendapat aku je la, tak payah nak membawang kat sini, hokay?

@theMaGi2018
Gambar: Ehsan Google Image

Monday 19 February 2018

Sejarah Perkapalan di Sarawak

Selamat petang, Magians! Entri kedua untuk bulan Februari. Bulan cinta, kononnya. Tapi bulan ni bulan yang tough. Dapat penyakit, dapat ceramah free dan dapat stres. Tapi nasib baiklah mood aku baik. Aku malaslah nak stand still dengan benda-benda macam tu. Lebih baik move on. Well, positive thinking. Dalam hidup ni kita kena positif.

Okay, kembali ke topik asal. Sebenarnya, aku nak kongsikan pembacaan aku dari buku Tenggelamnya Pulau Kidjang (dan dari buku-buku yang lain). Seperti yang aku sebut dalam entri sebelum, buku ni banyak info tambahan yang aku rasa aku patut kongsikan dalam entri kali ni. Kata orang, sharing is caring.

Sejarah Awal Perkapalan di Sarawak

Image result for the royalist brooke
Image Credits: dawlishchronicles.com
Pengangkutan air memainkan peranan penting di Sarawak suatu masa dahulu. Kedudukan geografi Sarawak yang dilingkari dengan aliran sungai menjadi penghubung antara satu tempat ke tempat yang lain. Pada era Brooke, kapal merupakan perkara penting sebagai meidum pengangkutan harian, perdagangan, peperangan dan sebagainya. Aku pernah kongsikan artikel mengenai senarai nama kapal yang pernah digunakan pada era Brooke dan turut dikongsikan di page Facebook Planet Sarawak dengan tajuk Kapal-kapal Era Dinasti Brooke di Sarawak. Dan aku pernah kemaskini satu entri berkenaan dengan kapal Maimuna yang bertajuk Rajah Brooke's Ship: The Maimunah

The Shipping Office merupakan satu syarikat perkapalan di Sarawak suatu masa dahulu. Catatan sejarah menyebut bahawa James Brooke tiba di Sarawak menggunakan jalan laut pada era pemerintahan Kesultanan Brunei dan beliau tiba pada 15 Ogos 1839 menggunakan kapal Royalist (menerusi Brooke Heritage Trust, kapal Royalist di dalam perancangan untuk dibina semula replika di Plymouth dan baru selesai dalam peringkat fasa pertama). Menerusi pelayaran di Asia Tenggara, James Brooke mengetahui antimoni banyak terdapat di Sarawak.

Pada 5 Julai 1843, H.M.S Samarang tiba di muara Sungai Sarawak. Seterusnya pada 25 Julai 1843,  Sir Henry Keppel tiba bersama  kapal diraja British H.M.S Dido diiringi oleh sebuah lagi kapal H.E.I.C.S Phlegethon. James Brooke melawat ke Sarikei dengan menaiki kapal H.E.I.C.S Phlegethon.

Kedatangan James Brooke, permulaan dinasti Brooke dan penglibatan awal keluarga Brooke ketika itu telah memulakan era Sarawak moden. Jalan sungai dan laut menjadi sistem perhubungan penting Sarawak dengan dunia luar. Walaupun usaha membina jalan darat dijalankan tetapi pembinaan terhad di kawasan bandar. Maka jalan air menjadi keutamaan di Sarawak.

Kepentingan Jalan Air, Kapal dan Sejarah Pertempuran Beting Maru

Image result for beting maru
Image Credits: sarawakdayakheritageand
variousstories.blogspot.com
Sejarah pertempuran Beting Maru bermula di anak tanjung Batang Maru yang terletak di Simanggang (kini dikenali sebagai Sri Aman). Pertempuran tersebut berlaku pada 31 Julai 1849 dan James Brooke sendiri yang mengetuai angkatan perang dan belayar menuju ke Sri Aman. Sejarah mencatatkan beliau menaiki kapal Rajah Singh pada 24 Julai 1849, dianggotai oleh 640 orang Melayu ke Batang Lupar dan menumpaskan lanun yang bermaharajalela di pesisir perairan Sarawak.

Selain kapal Rajah Singh, terdapat beberapa buah lagi kapal perang British yang turut serta seperti kapal Nemesis, Royalist dan Ranee. Pertempuran ini juga disertai oleh 7 buah kapal perang kecil, juga 70-80 buah perahu milik orang Dayak Sungai Lundu dan Sugai Balau, orang Melayu dari Samarahan dan Batang Sadong. Peristiwa pertempuran itu membuktikan jalan air merupakan penghubung dan komunikasi penting bagi penduduk Sarawak dengan dunia luar. Namun tarikh sebenar bermulanya sistem pengangkutan air di Sarawak tidak dapat dipastikan. Malah, sistem pengangkutan air di Sarawak dipercayai telah wujud sejak sekian lama sebelum kedatangan keluarga Brooke.

Syarikat Perkapalan era Brooke:  The Borneo Company Limited

Ia merupakan syarikat milik orang Eropah yang ditubuhkan pada tahun 1856 dan ia menjalankan urusan perdagangan di Sarawak dengan dunia luar dan turut mengendalikan aktiviti pengangkutan laut.

Image result for the borneo company
Image Credits: themaidensgiedd.blogspot.my
Penubuhan Jabatan Laut Sarawak bermula sebagai The Shipping Office pada tahun 1873 dan ia menjadi bukti kewujudan pengangkutan air di Sarawak secara rasmi walaupun sistem pengangkutan ini sudah lama digunakan. Pada awal penubuhan, bilangan kakitangan cuma 10 orang dan diketuai seorang pegawai British.

Hal ehwal perhubungan dengan dunia luar pula diuruskan oleh Post, Shipping & Customs Department pada awal pentadbiran Sarawak dan pentadbiran pejabat terbabit sentiasa berbeza. Pada 1874, The Shipping Office akhirnya memiliki pejabat sendiri dan diletakkan di bangunan The Public Office. Selain pejabat The Shipping Office, ia juga menempatkan beberapa pejabat kerajaan lain dan pernah dijadikan Mahkamah Tinggi.

Selepas tahun 1922, satu perintah baru dikeluarkan iaitu The Shipping Office bekerjasama dnegan Trade and Customes Department Sarawak untuk urusan hal ehwal perdagangan. Perintah baru ini dikeluarkan sesuai dengan kepentingan jalan laut dan fungsi utama pengangkutan air dalam urusan perdagangan di Sarawak. Seterusnya, The Shipping Office (turut dikenali sebagai The Marine Department) berpindah ke bangunan Godown No.6 di Main Bazaar (sekarang tebingan Kuching) dan pada Oktober 1930, Jabatan Laut Sarawak dipindahkan ke bangunan The Custome House yang juga terletak di Main Bazaar. Kemudian, Jabatan Laut Sarawak dipindahkan sekali lagi untuk projek pembangunan Bandaraya Kuching dan pada awal tahun 1988, Jabatan Laut Sarawak beroperasi di Tanah Putih, Pending.

Sejarah Penubuhan Sarawak Steamship Company

Image result for sarawak steamship company
Image Credits: sarawaktourism.com
Sarawak Steamship Company merupakan syarikat perkapalan komersial pertama di Sarawak dan ia ditubuhkan pada 1 Julai 1875 oleh Straits Steamship Company Limited yang berpangkalan di Singapura. Peranan Jabatan Laut Sarawak diperluas dan berubah sejajar dengan perkembangan semasa. Antaranya, tanggungjawab Shipping Master atau Harbour Master terhadap soal-soal berkaitan dengan kapal perdagangan telah diperluas kepada hal ehwal keselamatan membabitkan kapal-kapal tempatan, bot kecil dan perahu penambang serta kebajikan anak-anak kapal tempatan.
Peraturan sijil pelepasan pelabuhan yang dicadangkan pada 1872 dikuatkuasakan pada tahun 1920 dan dikenali sebagai Aturan 1920. Ia merupakan sistem pemeriksaan kapal keluar masuk ke dalam perairan Sarawak sebelum memperolehi sijil pelepasan pelabuhan. Peraturan dan undang-undang awal itu juga meliputi Aturan Post Office, Aturan Pemeriksaan Kapal-kapal kecil, Aturan Kapal-kapal Ikan dan beberapa aturan lagi yang melibatkan aktiviti perkapalan laut. Sejak dari awal tahun 1958 iaitu melalui peraturan The British Registry, setiap kapal di Sarawak perlu berdaftar dengan Jabatan Laut Sarawak dan kapal-kapal tersebut akan menjalani pemeriksaan setiap tahun sebelum sijil keselamatan dikeluarkan.

Pada tahun 1942, sijil pengiktirafan pelaut telah diperkenalkan bagi mengawal bilangan anak-anak tempatan yang menjadi pelaut. Kesatuan pekerja Jabatan Laut Sarawak ditubuhkan pada tahun 1963. Ia berperanan untuk menjaga kebajikan sosial anak-anak kapal dan memberikan penerangan mengenai perancangan yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut Sarawak. Apa yang menariknya, rekod Jabatan Laut Sarawak menunjukkan pelepasan pelabuhan yang dikeluarkan oleh The Shipping Office sebelum Perang Dunia ke-2 dan selepasnya menggunakan tulisan Jawi.

Fakta-fakta Lain Mengenai Sejarah Perkapalan di Sarawak
  • Encik Awang Mantali bin Awang Bujanh merupakan pemegang pertama sijil pelaut dan pernah bekerja di atas kapal milik Sarawak Steamship Company.
  • Kapal Sri Harum Muda antara kapal layar tradisional yang pernah beroperasi di perairan Sarawak pada sekitar tahun 1950-an.
  • Sijil perahu penambang terawal yang pernah dikeluarkan ialah pada tahun 1951 iaitu lesen dikeluarkan kepada Encik Mail Bin Daud.
  • Penggunaan kapal kecil bermula di Sungai Rajang pada tahun 1910, diperkenalkan oleh seorang mubaligh Kristian dari Pennsylvania (USA) iaitu Rev.James Hoover.
  • Perkhidmatan bot ekspress bermula pada awal tahun 1960.
  • Selepas penubuhan Sarawak Steamship Company, beberapa syarikat perkapalan ditubuhkan seperti The Hua Siang Steamship Company, The Borneo Company, South East Asia Shipping Sdn.Bhd. dan Messrs Central Shipping Company.
  • Antara kapal dagang dan penumpang yang dikenali penduduk tempatan pada awal tahun 1950-an ialah  M.V Tambali, M.V Ong Tiang Swee, S.S Meluan, M.V Dido, M.V Rejang, M.V Rajah Mas dan M.V Pulau Kidjang.
  • Kapal A.V Rulla merupakan kapal terawal milik Sarawak Steamship Company dan berperanan sebagai kapal kargo/penumpang.
  • S.S Marudu milik Straits Steamship Company menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Kuching ke Miri dan juga North Borneo (sekarang Sabah).
  • The Hua Siang Steamship Company mempunyai 2 buah kapal kargo/penumpang iaitu M.V Hua Li dan M.V Hua Heng.
  • Antara kapal milik keluarga Brooke yang terkenal selain Royalist ialah H.H.S.Y Aline, H.H.S.Y Zahora, H.H.S.Y Maimuna dan H.H.S.Y Shorna. Kapal Zahora kini dikenali sebagai Seri Sarawak dan berkhidmat sebagai kapal kerajaan.
  • Kapal M.V Auby, M.V Rajah Mas (nama asalnya M.V Rejang), dan M.V Pulau Kidjang merupakan kapal kargo/penumpang yang popular di Sarawak suatu masa dahulu.


@theMaGi2018
ruj:
Tenggelamnya Pulau Kidjang| Sarawak Suatu Masa Dahulu| Brooketrust.org| Britishpathe.com| White Rajah by Nigel Barley

Sunday 18 February 2018

Book Session: Tenggelamnya Pulau Kidjang

Hello Februari. Bulan cinta, kata orang. Tapi bagi aku, bulan ni bulan aku jatuh sakit. Gastrik la, sakit perut la, cherry-berry la, migrain la. Memandangkan aku tak boleh nak elak sakit, anggap je lah sakit itu penghapus dosa. Okay, back to the topic. Sepanjang bulan 2 ni, aku belum update satu entri pun. Kekangan kerja, plus tengah berusaha nak siapkan manuskrip baru (sebab aku nak cuba nasib dalam sayembara tahun ni). Bila sebut pasal manuskrip, buku kedua aku tak lama lagi nak diterbitkan. Dan semestinya, aku dan buku ni berpisah tiada. Jadi, bila sebut pasal buku, aku nak kongsi pembacaan pertama untuk tahun ni. Buku Tenggelamnya Pulau Kidjang karya Zaliha Hassan ni bukan buku baru, buku ni diterbitkan oleh Yayasan Pulau Kidjang pada tahun 2004 (masa tu aku baru Tingkatan 4) dan adik aku beli dekat kedai buku Sinar Suci bulan lepas, harga RM5 je. 

Buku ni dan buku Tenggelamnya Kapal Vander Wijck tu sebenarnya tak ada kaitan langsung, tajuk je lebih kurang tapi berkongsi kisah yang sama- kisah kapal yang tenggelam. Dan kisah buku Tenggelamnya Pulau Kidjang ni bukan cerita fiksyen tapi kejadian ni memang benar-benar berlaku. Dalam masa yang sama, mungkin nasib Pulau Kidjang tak sesadis kisah Titanic tapi tragedi ni juga antara kes kemalangan yang dahsyat pada era 70-an di Sarawak, meninggalkan kesan emosi yang mendalam dan sebahagian mangsa terkorban gagal dijumpai sehingga sekarang.

Sejarah Pulau Kidjang

Menerusi entri ni, aku nak kongsikan sedikit sejarah Pulau Kidjang. Pulau Kidjang ialah nama sebuah kapal, bukan nama pulau. Tak menarik kalau aku tulis macam karangan, jadi aku singkatkan macam biodata.

Nama: Pulau Kidjang
Tempoh beroperasi di perairan Sarawak: pertengahan tahun 60-an hingga awal tahun 70-an. 
Tahun dibina: 1936
Tempat dibina: Hong Kong
Tempat didaftar: Pelabuhan Singapura
No. pendaftaran asal: 159456 (sijil pendaftaran asal dikeluarkan oleh kerajaan Singapura, sah sehingga 10 Mei 1973)
No. pendaftaran baru: 325028 (Jabatan Laut Sarawak)
Ukuran kapal: 7.19 meter panjang, 7.92 meter lebar
Peranan: sebagai kapal kargo dan kapal penumpang
Kos bayaran penumpang: RM10-RM12
Ruang dalaman kapal: 25 buah kabin untuk penumpang (kabin juragan di tingkat atas kapal bersebelahan dengan rumah kemudi, 5 buah kabin di dek utama, sebuah kabin kelas pertama dan 18 buah kabin di dek bawah), bilik enjin, palka kargo.
Jenis kapal: 'tender' dan Elliptical Stern (rekabentuk buritan yang rungkup dan terjuntai)
Pemilik sebelum: Kee Lee Shipping Co. Ltd Singapura
Pemilik selepas: Syarikat Perkapalan Messrs Central Shipping Sdn.Bhd (Main Bazaar, Kuching)
Harga ketika dibeli: RM 320 000.00
Usia ketika dibeli: 28 tahun (tahun 1964)

Rentetan Tragedi Pulau Kidjang 

  • Cuti umum pada 25 Disember 1973 bersempena dengan perayaan Krismas- Jabatan Laut dan Kastam ditutup selama 2 hari. Namun, tiket kapal Pulau Kidjang dijual seperti biasa untuk pelayaran 26 Disember 1973.
  • Tiada laporan perubahan cuaca, angin dan ombak dalam tempoh 48 jam, MV Pulau Kidjang meneruskan pelayaran seperti biasa. Senarai nama penumpang diserahkan ke Bhgn. Pemeriksaan Jabatan Kastam.
  • Ramalan cuaca dari Lapangan Terbang Kuching melaporkan keadaan berawan dan cerah pada pada 26-27 Disember 1973. Amaran bahaya hanya dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sarawak kira-kira 10 jam selepas tragedi MV Pulau Kidjang.
  • Pada 27 Disember, air pasang setinggi 4.32 meter, memasuki kawasan kuala Rejang dengan arus deras.
  • MV Pulau Kidjang berlayar pada kelajuan 7 knot sejam. Juragan kapal mengemudi kapal berpandukan kedudukan boya lampu hijau yang terletak di sebelah selatan terus menuju ke timur. Kemudian, juragan menyedari perubahan cuaca dan angin mula bertiup kencang.
  • Keadaan berombak dan tiupan angin kencang menyebabkan Pulau Kidjang tersasar dari beting selatan lalu menuju ke arah tanjung. Kawasan air cetek diikuti rempuhan ombak besar menyebabkan kapal menjadi tidak stabil. Lebih 200 tan air laut melimpah masuk ke dalam kapal dan mula disedari penumpang seawal jam 11 malam pada 26 Disember 1973. Keadaan berterusan sehingga kapal karam keesokan harinya.
  • Tragedi tersebut diketahui pada tengah hari 27 Disember 1973.

Senarai Anak Kapal yang Meninggal Dunia
  1. Rubi bin Jais- ketua pegawai krew
  2. Goh Jam Kiam- pengurus kapal
  3. Siek Mo Huat- kerani
  4. Yusuff ak Goya- kelasi
  5. George Lenon ak Henry Duek- kelasi
  6. Mohiddin bin Morshidi- kelasi
  7. Semeon bin Aron- kelasi
  8. Lie Ann Moh- tukang masak
  9. Liong Teng Khen- tukang masak
  10. Ulis bin Mataha- tukang masak
  11. Lau Ing Kui- tidak diketahui
  12. Tnay Khiang Hong- pekerja am sambilan/pemunggah barang.

Senarai Penumpang Meninggal Dunia dan Mayat Ditemui



Senarai Penumpang Meninggal Dunia dan Mayat Tidak Ditemui


Menerusi buku ni, ada banyak lampiran gambar mangsa terkorban. Tapi aku tak sampai hati nak upload sebab mangsa tu semuanya dah tak ada. Aku rasa macam tak sesuai tunjuk keadaan orang yang jadi mangsa tragedi kapal tenggelam. Buku ada banyak info tambahan lain mengenai sejarah perkapalan di Sarawak, sistem pengangkutan air dan kisah-kisah lain mengenai Pulau Kidjang dari sudut ingatan juragan kapal dan penumpang yang terselamat. Bagi sesiapa yang nak tahu tentang sejarah hitam Pulau Kidjang, aku suggest buku ni dalam bucket list. Kadang-kadang, kita perlu baca semula sejarah sebagai peringatan di masa hadapan.

@theMaGi2018