Sunday 30 October 2016

Modus Operandi: Anda Remaja Jenis Apa?

Image result for teenagersRemaja. Zaman yang ohsem, tapi singkat. Kalau dikira dari awal masuk Form 1 sampai habis Form 5, itulah era remaja yang sebenar-benarnya. Lepas habis Form 5, itu persediaan untuk meninggalkan era remaja dan selepas berusia 20 tahun dan ke atas, zaman remaja anda sudah pun tamat. Kejam tak bunyinya? Tak, itu hakikat. 

Okay, aku pernah jadi remaja dan zaman remaja aku dah pun tamat. Kira-kira 10 tahun yang lalu. Aku tak tau sangat remaja zaman sekarang. Apa yang aku nampak, remaja zaman sekarang ni agak daring dan advance. Zaman aku tak se'daring' dan se'advance' remaja zaman sekarang. Tapi aku nak cakap jujur je lah, aku tak menikmati sangat zaman remaja. Aku ni spesis introvert + pelik. Sebab apa aku cakap aku introvert + pelik? Sebab, masa kawan-kawan aku tengah mabuk Friendster, aku pulak duduk sorang-sorang bawah rumah main pasir dan buat bentuk pasu. Aku rasa, aku sangat kreatif masa tu.

Well, kalau korang terfikir- "Nape ko fikir kau tak menikmati zaman remaja disebabkan kau main pasir?" atau "Apa maksud ko dengan 'menikmati zaman remaja?" Lalu timbul question mark kat kepala korang- "Part mana yang ko maksudkan 'menikmati zaman remaja?" Okay, aku sudi jawab soalan tu. So, untuk mereka yang dah tinggalkan zaman remaja mereka tu (bukan untuk remaja yang baru je habis SPM atau diploma), tengok bucket list yang aku senaraikan. Check mana-mana point yang pernah korang buat. Kalau lebih dari 15, memang sah korang menikmati zaman remaja korang dengan secukup-cukupnya. Kalau kurang, korang cuma melalui zaman remaja. 

Sekarang, mari kita mula:
  1. Peminat tegar boy group atau girl group tahun semasa
  2. Concern dengan trend remaja terkini (pakaian, gajet, lagu, filem etc)
  3. Sentiasa nak sesuatu yang baru
  4. Gemar melepak dengan kawan-kawan kat tepi jalan/kedai makan/taman rekreasi/perpustakaan/cyber cafe/shopping complex
  5. Ada geng/grup tersendiri
  6. Suka bergosip 
  7. Ada musuh
  8. Ada peminat
  9. Ada crush
  10. Ada couple
  11. Putus couple
  12. Ber'couple' lagi dan lagi a.k.a cinta monyet
  13. Beli/pakai barang sedondon dengan BFF
  14. Buat buku biodata kawan-kawan (pasal impian masa depan dan jodoh)
  15. Tak sabar nak habis sekolah (sebab dah bosan pakai baju sekolah)
  16. Kaki study group
  17. Kaki boikot cikgu disiplin
  18. Bercinta dalam kelas
  19. Tolong cover kawan yang bercinta satu kelas
  20. Jadi tukang kacau daun kawan yang tengah dating
  21. Jalan-jalan dengan kawan naik motosikal/kereta masa beraya rumah cikgu dan rumah kawan sekelas
  22. Buat kerja gila-gila (contoh: campur bermacam jenis mee segera dalam periuk dan makan dan lepas tu berak sampai nak mereput dalam jamban)
  23. Berhibur kat tempat tuisyen
  24. Suka berahsia/simpan rahsia
  25. Jatuh cinta kat senior
  26. Jatuh cinta kat kawan baik sendiri
  27. Ada konflik persahabatan
  28. Putus kawan dan lepas tu kawan balik
  29. Merancang nak reunion bila dah habis Form 5
  30. Tandatangan kat baju sekolah bila habis SPM secara rasmi
Okay, setakat ni je bucket list yang aku buat. Dah check berapa banyak point korang? Dalam 30 point kat atas, aku dapat 10 je. Tak perlu la aku mention point yang mana. Korang pulak macam mana? ^^

@themagi2016

Lunch di Lock Ann Cafe!

Again, aku kembali lagi. Op coz, aku nak update entri pasal jalan-jalan. Tapi aku takkan nak jalan je, kan? Kalau dah jalan, mesti aku lapar. Kalau dah lapar, aku mesti nak makan. Kalau nak makan, mesti la aku nak cari kedai. Biasanya aku ni jenis nak cepat and aku selalu melepak kat restoran fast food. Memang lifestyle aku agak teruk, so jangan contohi aku. Tapi memandangkan hari tu aku tak dapat berkunjung ke kedai 'atuk' aku atau kedai encik 'clown', atau kedai encik 'raja'...aku pun memutuskan untuk ke kafe di Jalan Satok. Kuchingites sure tahu kafe ni. Tak lain dan tak bukan....Lock Ann Cafe~

Image result for lock ann kuching
credits: my scribbling place
Ini la rupa kafe Lock Ann kat bahagian depan.

Okay, menurut statistik Foursquare, kafe ini dalam ranking #5 dalam kedai dessert kegemaran di Kuching dengan rating 7.4/10. Tripadvisor bagi 3.5/5 untuk kafe ni while Komuniti Facebook bagi 4.1/5. Cukup bagus bagi aku. The best part ialah, they served halal food (no pork, no lard). So, obviously customernya Muslim yang suka makan ais masa lunch di hujung minggu (macam parent aku).

Actually kafe ni terletak kat junction Rubber Road dan Green Road. Mr. Tauke ialah Chinese dan pekerjanya Melayu. Customernya memang pelbagai- Mat Saleh pun ada. Kat kafe ni jugak ada banyak menu. Semestinya ais kacang. Tapi selain dari ais kacang, ada jugak menu lain yang jadi menu favourite customer. Korang boleh check sendiri kat Google. Tapi menu yang selalu aku order ialah:

Yes! Rojak sotong kangkung. Sambal tu pergh pekat,
sotong kenyal dan kangkung cukup usia. Bodoh le
aku kalau tak pesan menu ni.

Ini dia, minuman sejuk favourite aku Cincau sarsi
Menyegarkan tekak lepas jalan-jalan di shopping 
complex. Terus segar badan aku lepas slurp minuman ni, 
rasa bertenaga balik nak sambung shopping...hihu~

ABC Special. Mak aku suka menu ni, ada nata de coco.
Extra kacang merah, extra jagung. Tak terlalu manis
ais pun gebu. Abah aku pula pesan ais cendol (aku tak
sempat nak snap gambar sebab abah dah korek ais cendol
dia). Ais cendol kat kafe ni digemari sebab cendol kafe ni
lembut, tak kejung and tak terlalu besar. Sedang-sedang je
saiz, tak menakutkan.

Haa, ini rojak buah. Favourite customer. Aku pun
suka sebab potongan timun, sengkuang dan nanas
dalam saiz yang boleh dikatakan besar. Rangup, segar
dan sambal rojak tu banyak. Tak kedekut macam kat
sesetengah kedai rojak. And dalam rojak buah ni ada
tauhu goreng. Em, aku suka tauhu goreng.

And...bila sebut pasal tauhu goreng, ini menu
paling aku suka. Tak sah kalau tak pesan. Kalau
tak pesan, aku menyesal sampai aku kutuk diri
aku dalam mimpi. Ini dia, taufu goreng- spesis
tauhu. Mesti korang pelik, taufu goreng kosong
yang rasa tak berapa nak masin ni jadi ultimate
menu aku kat kafe ni? Korang cubalah sendiri.
Lepas tu baru korang judge.

Well, ada banyak menu kat sini, tapi aku ni jenis
setia. So, repeat order la kesimpulannya. Gais,
jangan lupa try kalau ada kat Kuching :)



@themagi2016

Walking Saturday: Telaga Air Waterfront

Oh, finally! I'm back! Macam berkurun tak memblogging. Macam berkurun jugak aku tak update pasal jalan-jalan as Kuchingites (perasan, macam traveler~). So...memandangkan aku dah beli kuota internet, aku dah bukak blog, aku dah check pageviews, aku check entri bulan ni dan aku sedar aku belum penuhkan kuota entri untuk bulan ni, makanya aku memutuskan untuk mengarang entri pendek. Kisah aku berjalan buang stress di sebuah tempat rekreasi yang bernama Telaga Air Waterfront. Tempat ni femes among Kuchingites tau, sebab kawasan tu tempat nelayan yang diupgrade.

Meh aku share gambar ciked~

Inilah tempat yang dinamakan Telaga Air Waterfront.
Udara segar kat sini, mengadap laut, gunung-ganang, 
pulau-pulau misteri dan jeti nelayan.


Bot-bot nelayan yang tengah parking kat tepi jeti. Bila
ada bot nelayan kat jeti, obviously ada seafood. Bila
ada seafood, mesti la ada restoran. Memang ada kat sini,
menu seafood yang menggoda selera. Tapi hari tu aku tak
order pun kat restoran tu, sebab aku kenyang lepas makan
ayam.

Tak jauh dari area waterfront ada banyak deretan
gerai yang jual kuih tradisional, street food yang wangi
semerbak baunya (e.g: sotong goreng, ayam goreng, apa
saja makanan yang boleh digoreng), jeruk, burger and
macam-macam lagi.


Kat sini korang tak payah risau nak duduk mana, duduk
je kat kerusi, kat tepi bawah pokok, kat sebelah pokok
bunga. Nak duduk kat lantai pun boleh (kasi buang dulu
daun kering). Tak kisah kat angle manapun, korang boleh
nampak view gunung kat belakang. Cantik~

Okay, aku cakap aku dah kenyang sebab
makan ayam, kan? Tak bermakna aku tak
boleh minum. Dear coconut yang berharga
4 hengget sebijik, kau memang manis.



Lain hari, aku nak datang lagi. Harap-harap, tak hujan nanti :)

@themagi2016

Monday 10 October 2016

Potato Wedges with Beef-Vege Sauce

Selamat petang, gais. Aku masih stay kat ofis, main internet dan lupakan stress sebelum pulang rumah. Minggu lepas pack dengan kerja, aku tak ada masa nak update blog. Nak keluar makan pun malas, aku masak kat rumah je dengan apa yang aku ada. So, aku nak share resepi orang bujang yang rasa nak makan benda mengarut.


Bahan-bahan:
  • Kentang, dipotong 'wedges'
  • Garam
  • Kacang peas, dipotong serong
  • Lobak merah, dipotong dadu
  • Daging diracik (nak senang pakai daging dalam tin, bukan cornbeef)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Gula
  • Serbuk lada
  • Bawang merah, dipotong sesuka hati
  • Serbuk perasa (tak kisahlah jenis apa, Maggi ke..Knorr ke...asalkan sedap)
  • Bahan rahsia ? Sos Burger King, hehehe
Cara nak buat?
  • Potong kentang, gaul dengan garam dan goreng
  • Lepas goreng kentang, gunakan minyak tu untunk tumis bawang.
  • Bila bau bawang dah semerbak, masukkan daging, gula, garam, lada, serbuk perasa, segala jenis sos, lobak merah, kacang peas dan akhir sekali, air masak.
  • Renehkan kuah sampai pekat.
  • Lepas tu, tuangkan kuah ke atas kentang yang siap digoreng.
  • Akhir sekali, hidangan siap untuk dimakan.

Senang gila, kan?

@themagi2016

Huawei P9 lite

Good eve, peeps! Finally, aku dapat update entri untuk bulan Oktober. Macam dah lama sangat aku tak update blog aku. Kali ni aku nak update pasal gajet baru yang aku beli hujung bulan lepas. Dengan kata lain, aku tukar phone. Asalnya aku nak setia kat Sony Xperia. Tapi model yang aku nak tak ada stok. Aku kuciwa sebab aku memang peminat Sony. So, aku pun pusing satu kedai untuk cari pengganti Sony. Then, aku jumpa siri P9 Huawei yang bernama Huawei P9 lite. Dipendekkan cerita, aku pun beli.

Macam ni la rupa kotak Huawei P9 lite beserta
Huawei Selfie stick yang aku dapat secara percuma.
Actually, aku dapat free gifts yang lain (memory32gb,
powerbank, usb car dan hp cover)

Sepanjang penggunaan Huawei P9 lite, aku dapat rasakan tarikan yang ada pada gajet ni. Antara kelebihan phone ni ialah:
  • Sound P9 lite ni power dan noise call pun tak ada. 
  • Kamera memang tiptop, aku tak boleh nak nafikan
  • Processor sebesar 3 GB RAM, jauh lebih besar dari phone lama aku
  • Memory phone 16 GB, cukup besar untuk aku
  • Saiz skrin 5.2, sesuai untuk tapak tangan aku yang tak berapa nak besar tapi sesuai untuk mata aku yang rabun.
  • Android paling latest, yummy Marshmallow 6.0
  • Yang paling best, ada sensor. Ada banyak kegunaan sensor ni selain dari security. Korang kena beli untuk experience P9 lite ni.
Antara gambar yang aku ambil menggunakan Huawei P9 lite ialah:







Ada banyak lagi kelebihan kamera P9 lite yang belum
di-explore. Kena giat main phone lepas ni. Anyway, P9
lite memang seksi macam Scarlet Johansson :)


@themagi2016