Sunday 13 November 2016

Tasting Korean Food

Oh my, aku rasa macam buat larian pecut bulan ni. Sedar tak sedar, ni entri ke-5 untuk November, rehat panjang aku lepas ni sampai Disember. And yup, entri kali ni bukan pasal aku bergumbira kat KL. Tapi aku nak promote bisnes member aku. As she said, Korean food delivery at Kuching and Samarahan. Again, aku repeat...Korean food delivery at Kuching and Samarahan. Maka, kepada mereka yang nak merasa makanan Korea yang halal dan sampai terus ke rumah anda....pastikan anda seorang Kuchingites or Samarahanian yang tinggal di Kuching dan Samarahan...hehehe~

Okay, aku bukan nak kata Kuching ni tak ada restoran Korea. Memang ada, tapi aku tak berani nak masuk sebab aku takut harga menu diorang mahal dan tak ada jaminan halal. Memandangkan member aku ni buat bisnes Korean food delivery, aku decide nak cuba.


Menu pertama yang aku cuba ialah Tteokbokki (kiri) dan
Bibimbap (kanan). Harga Tteokbokki ialah RM10 dan
harga Bibimbap ialah RM8. Antara dua menu ni, aku suka
Tteokbokki. Gravy dia sedap. Bibimbap ni agak tawar sebab
aku ni pemasin orangnya. Best part is, aku boleh request mintak
masinkan sikit telur omelet dalam Bibimbap tu..

Second menu yang aku order ialah Bulgogi (kiri) dan
Takgangjeong (kanan). Harga Bulgogi RM 8 dan
Takgangjeong ialah RM10. Aku suka Takgangjeong,
ayam dia sedap. And about Bulgogi, aku request daging
tu kasi pedas sikit. Sikit je. Baru ada kick. But overall,
aku puas hati dengan setiap pesanan yang aku buat. Setiap menu
disiapkan dengan kemas, teliti dan dihantar tepat pada waktunya.


So, untuk mereka berminat nak order (yang duduk area Kuching & Samarahan shj), boleh whatsapp 016-5789330. Setiap pesanan adalah seperti berikut.

1 box= RM5 delivery charge
2 boxes= RM3 delivery charge
3 boxes= Free delivery charge

Untuk sebarang info lanjut, korang contact je terus dengan owner dia. Refer nombor telefon kat atas. Okay, selamat mencuba and annyeong~


@themagi2016

Travelog IV: Babai, Kuala Lumpur!

And now, the last entry untuk travelog kali ni...kembara kitorang membawa kitorang kembali ke MAEPS, Serdang pada 08 November 2016/Selasa. Hari konvokesyen adik aku. Seawal pukul 11 pagi kitorang check-out bilik and tumpang simpan barang kat iHome Boutique. Nasib baik staf dia jaga barang kitorang. So dalam ruangan entri ni aku nak express rasa terima kasih yang tak terhingga sebab staf tu bantu kitorang jaga barang sebab majlis konvokesyen IPG tu mula pukul 3 petang and selesai pukul 6 petang. Tak tahu nak describe rasa penat tu. Bila urusan adik aku dah selesai, timbul pulak konflik tak dapat keluar dari MAEPS sebab tak ada transport. Teksi penuh, UBER pun penuh. Aku rasa macam nak menjerit tanpa sebab kat Perdana University...

Thank God, one UBER driver bagi respon dan jemput kitorang. Masalahnya, driver tak jumpa Perdana University. Kitorang beredar tinggalkan MAEPS sekitar pukul 8 malam. Serious penat gila. Lepas tu singgah iHome amek barang dan gerak terus ke KLIA2. Serious, aku rasa nak tumbang. Dah tu, aku punya reservation kat Tune Hotel expired pulak sebab lambat check-in. 


But then...Thank God, urusan dipermudahkan. Kitorang dapat 
check-in 2 bilik kat Tune Hotel. Bilik 310 dan 311. 
Omaigad, cantik gila bilik hotel. Aku rasa macam nak tido terus

Tapi aku dah janji ngan member yang nak jumpa aku. So we date sekejap kat KFC. Sembang- sembang, borak-borak. 

Suasana kat airport KLIA2 sebelah malam. Tenang,
sejuk....terus hilang segala kegilaan aku malam tu.
Thanks Fatimah sebab ajak aku melepak kat situ

Kemudian, mak aku call. Suruh balik hotel. Then aku sedar jam dah pukul 11 malam. Jadi, aku pun balik ke Tune Hotel, lepak kejap kat lobi ngan member aku dan lepas tu baru la aku balik ke bilik. Again, omaigad...bila aku baring atas katil...terasa urat kaki aku kejung semacam. Entah bila, aku pun tertido and wakeup call pukul 4 pagi.

Pada 09 November 2016/Rabu, it's time to pack our things. Masa
untuk bergerak tinggalkan hotel.

 
Macam ni la suasana kat airport pukul 6 pagi.
Sejuk gila

Lepas tu, kitorang gerak ke airport KLIA2 yang terletak
tak jauh dari Tune Hotel. Macam ni la suasana sunrise
kat airport

Satu lagi sunrise view dari balkoni KFC

Kemudian, kitorang breakfast kat Hometown
Hainan Coffee. Lemonade syrup with lychee ni
nampak simple je tapi sedap. Harga pun 'sedap'.

Ni dia, satu lagi menu 'sedap' di antara menu lain yang kitorang pesan. 
Total payment agak mengejutkan, over a hundred. Tak pernah aku 
sarapan pagi semahal tu. But adik aku yang bayar, sekali sekala katanya.


And finally, kitorang pun naik flight back to Kuching pukul 9.05 pagi. Walaupun cuma beberapa hari, banyak tempat kitorang pergi. Banyak jugak le pitih terbang.

Bersalah pulak rasanya bila terbeli banyak. 
Awal bulan lagi ni...huhu~


Tapi bantal Tune Hotel ni aku tak menyesal beli.
I only sleep at Tune Hotel, hotel ni memang best.


Bila dah sekali pergi vacation, aku dah plan nak terbang lagi.

@themagi2016

Travelog III: Menjelajah Serdang

Oh yeah, aku datang lagi...with the third entry. Kalau korang tanya, apasal tak tulis je semua dalam satu entri. Eh, tak boleh. Tak saspen macam tu. And ni bukan pasal saspen, internet aku ni tak cooperate sangat. Macam biskut chipsmore. So, adalah lebih afdal kalau buat entri ke-3. But this time, aku tinggalkan cerita KL and Aquaria. We proceed with the next chapter.

And so we began our journey at Serdang. Just FYI, cuma sekali je aku pergi ke Serdang. Parent aku tak pernah pergi sana, adik aku tak pernah pergi sana. Kakak aku...maybe dia pernah lalu kot. Aku tak tahu. But still, our arrival to Serdang telah dibantu oleh driver UBER. To all Ubers yang membantu kitorang masa trip di Serdang. Trimas so much! Fee sangat berpatutan.

During our trip to Serdang, kitorang stay kat hotel 
iHome Boutique kat Seri Kembangan. Hotel ni cantik.
Bilik kemas, toilet cantik. Untuk family room,
harga semalam RM120, deposit RM50.

Lepas check-in bilik, kitorang rehat jap and borak-borak
All of a sudden, kitorang decide ke The Mines. Kat sinilah,
aku tershopping lebih. Dan kat sinilah, kitorang boleh sesat
tak jumpa jalan keluar. Uhuhu~

Then, kitorang balik hotel dan bersiap nak ke MAEPS,
Serdang. Excited nak pakai baju baru. Thank God, 
urusan kitorang dipermudahkan dengan teksi UBER.

Habis je urusan kat MAEPS, adik aku kata dia nak tengok Putrajaya. Aku paham, dia dah amek jubah konvo, mesti la nak photoshoot kat tempat best. Jadi, kitorang pun naik teksi UBER and singgah ke Putrajaya.

Sebelum ni aku tak sempat nak buat photoshoot
dengan jubah konvo and mortarboard aku. So, aku
pinjam mortarboard adik aku. At least, hajat tertunai

Antara masjid favourite aku, Masjid Putra

Berwefie dengan adik aku...and bangunan
ikonik kat belakang


Lepas penat ke sana ke mari jadi jurugambar adik aku and bekejaran dengan anak buah aku si Iman tu, it's time to leave. Badan dah penat, Perut pun lapar. Mujurlah ada restoran Al-Hameeds kat sebelah hotel. Jadi kitorang pun makan malam kat situ before we rest our back.

Ni dia, menu makan malam aku. Rojak pasembor.
Sedap, aku memang puas hati.

Ice-blended durian belanda pun sedap. For those yang stay 
kat Seri Kembangan, aku suggest tempat ni untuk makan. 
Makanan sedap, kedai bersih, harga berpatutan dan
servis pun cepat.



Ada lagi ke yang aku nak update? Oh, kena tengok travelog's last entry :)

@themagi2016

Travelog II: Hello Aquaria!

Hai gais...aku kembali lagi. Sebab aku dah mention trip kat KL belum selesai. Takkan cepat sangat nak balik inn and tido kot? Of coz la kitorang sefamily sambung jalan-jalan kat KLCC. Tak sah ke KLCC kalau tak jenguk Aquaria. And aku memang dah lama mengidam nak pergi ke Aquaria.

And so we continue our journey and adventure at Aquaria, a magnifent aquarium at KL City Center...


Berwefie dulu before check-in ke Aquaria

And again, berwefie lagi masa dah masuk kat
pintu masuk Aquaria

Menikmati kecantikan ikan dalam akuarium

Masa untuk mengasah skil amek gambar (pui, skil sangat...~)

Ikan ni macam tau je ramai orang tengah amek gambar
dia

Entahlah, kenapa aku rasa ikan ni tengah ignore kewujudan
aku?

Macam sedap je ikan ni

Later, kitorang masuk dalam tunnel akuarium.
Aku rasa aku ni dah macam ikan

Ikan ni betul-betul lalu kat atas kepala aku.
Seriously, moment tu memang sangat ohsem

Kalaulah akurium kat rumah aku macam ni...
larat ke aku nak cuci?

Kemudian, trip di Aquaria pun berakhir.
Masa untuk beli souvenir. Aku rasa topi ni
cantik tapi aku tak tahu apa purpose aku kalau
aku beli. So, aku selfie je la...


But still...trip belum berakhir hari tu. Kitorang decide ke Low Yatt pulak. Aku bercadang nak
beli OTG. Tapi at the end, aku tak beli apa-apapun. Yet, aku rasa bangga sebab aku nampak
satu brand untuk gajet Mac.

 
Oh dear, I'm proud with my own name~

Dan lepas tu, kitorang balik inn dan tido. Keesokan paginya, masa untuk tinggalkan KL. Sebelum UBER driver sampai jemput kitorang, mestilah nak snap gambar kenang-kenangan




Till we meet again, KL!


@themagi2016

Travelog: Kuala Lumpur, aku datang!

Hello, November! Macam tak percaya dah masuk bulan 11, tahap kesedaran aku terhadap timbunan kerja pun meningkat 11 kali ganda. Before aku berdepan dengan Monday Blues, haruslah mem-blogging dulu. Dan kali ni pasal travelog. And last Saturday, aku terbang ke Kuala Lumpur!

Now, let me start the story...once upon a time....

Sabtu, 05 November 2016, aku terbang ke
KL bersama family. Macam dah lama
sangat tak nampak awan biru. Terkenang
balik saat belajar dulu-dulu.

Aku dan family sampai tengahari. Kitorang naik teksi kupon (kena caj dua ratus hengget, terkejut bila hulur duit). Sekitar pukul 1 petang macam tu, kitorang arrive kat Drop Inn Lodge City Center kat Jalan Tun H.S Lee. Kalau korang tanya, mana gambar hotel tu? Aku jawab- aku tak nak snap sebab inn tu tak berapa cantik sangat. Yang aku suka pasal inn tu cuma toilet dia bersih and kedudukan inn tu strategik dengan stesen LRT Masjid Jamek, Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka dan kawasan restoran fast food Jalan Tun Perak.


 
Lepas berehat kejap dalam bilik, kitorang decide nak cuba naik LRT ke Sogo. Misi berjaya. Tapi satu barang pun aku tak beli untuk diri sendiri. Aku cuma beli hadiah untuk anak sedara je. Hampeh.

Maka, hari Sabtu berakhir dan kitorang pun balik tidur. But still, misi belum berakhir.

On the next day-06 November 2016, kitorang bangun pagi dengan misi yang membara. Kitorang nak naik LRT lagi. Kali ni...kitorang nak pergi...

Yeah, KLCC~ Trip ke KL tak ada makna kalau tak 
jenguk KLCC!

Sekali-sekala breakfast Subway...bukannya
selalu.

Lepas tu, melepak kat KLCC Park sambil tengok langit,
tengok bangunan, tengok orang...

Kemudian aku jenguk Kinokuniya. Serius, aku jadi
gila bila tengok buku. Jadi, dengan rasa jujurnya aku
mengaku, aku shopping kat sini.


Pemandangan KLCC Park dari tingkap Kinokuniya.
Serious, sangat cantik


Tak nak lepaskan peluang bergambar dengan
 the whole team of my favourite anime. 

Masa aku tengah belek-belek buku, omaigad...
aku ternampak baby aku atas rak buku Kino.
Korang tak tahu betapa bangganya aku, buku
aku ada kat Kino.

Habis je merayau kat Kino, haruslah melepak sebentar
kat Foodcourt KLCC. Tapi cerita belum habis, trip
bersambung selepas ni :)

to be continued


@themagi2016