Sunday 27 September 2015

Hobi: Kumpul Hang Tag?

Salam Ahad kepada pengunjung blog. Sungguh indah malam ini, dihiasi jerebu. Memandangkan aku tak keluar ke mana-mana dan besar kemungkinan aku akan menjerukkan diri di dalam rumah bulan Oktober nanti, aku mula kumpul bahan untuk menulis. Tapi sebelum tu, haruslah menyemak hobi-hobi pelik yang aku ada.

Setem, duit syiling, duit kertas, buku komik, keychain, melukis, mewarna, merapu dan sebagainya...apa lagi hobi yang aku tak pernah sebut dalam blog ni? Oh yes, hobi kumpul hang tag. What the--? 

Okey, hobi kumpul hang tag ni bermula few odd years ago. Aku sendiri pun tak pasti bila tapi masa tu aku tak anggap kumpul hang tag sebagai hobi. Semuanya bermula semacam habit yang ganjil. Bila beli seluar, beli baju or beli apa saja barang yang disertakan dengan hang tag, aku akan simpan hang tag tu. Lama-lama, aku kumpul lebih 60 jenis hang tag berlainan jenama, bentuk dan warna. 

Bagi yang tak tahu hang tag tu apa, mari sini aku terangkan.

Menurut Dictionary.com, hang tag ini ialah tag yang disertakan dengan produk (sama ada pakaian atau merchandise lain). Tag tersebut mempunyai maklumat berkenaan dengan produk seperti pengilang, jenis produk, cara penggunaan dan sebagainya.

Hang tag ni boleh dianggap sebagai little ambassador bagi produk tersebut dari segi penjenamaan, kualiti, keaslian dan sejarah. Rekaan hang tag adalah berbeza mengikut jenama dan pembuatan hang tag pula dianggap sebagai seni kraf. Hang tag ialah lambang kepada estetika produk dalam menyampaikan maklumat secara ringkas, bergaya dan kemas.

Okey, bila sebut pasal rekaan hang tag, keunikan adalah perkara utama (pendapat aku la~). Aku pernah beli seluar Applemint, hang tag seluar tu berbentuk epal (sesuai dengan namanya). Stokin berjenama Playboy yang aku beli tahun lepas pula disertakan dengan hang tag berbentuk tapak kaki. Hang tag Nicole antara hang tag favourite aku sebab ada ciri-ciri doodle dan berwarna-warni. Hang tag pakaian budak pun cantik (aku kebas hang tag pakaian anak buah aku) sebab nampak comel. Aku juga kumpul hang tag pakaian lelaki (aku kebas hang tag adik dan bapak aku) sebab terdapat ciri-ciri maskulin yang menonjol. 


So, bagi yang tak ada hobi yang spesifik atau menyimpan impian untuk terjerumus ke dalam hobi baru, bolehlah try kumpul hang tag macam aku. Don't worry, hobi ni lebih kurang macam kumpul setem. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kumpul hang tag secara berjemaah :)

@themagi2015

Saturday 26 September 2015

Ceritera dari Daerah Luruh: Review

Salam Sabtu. Hari ni ada Regatta, aku tak pergi jenguk macam tahun-tahun lepas sebab keadaan jerebu + sakit tekak + orang sesak. Rimas aku. Jadi hari ni aku duduk di rumah dan baca buku. Aku baru tersedar aku beli satu buku kumpulan puisi bulan lepas tapi aku tak buat review pun. 

Image result for cerita dari daerah luruhJadi, untuk memberi keadilan terhadap buku itu makanya aku pun buat entri ringkas ni. Oleh itu wahai buku, jangan nak bergaduh pulak dengan jiran sebukumu :)

Judul buku: Ceritera dari Daerah Luruh
Pengarang: Hamir Habeed Mohd
Terbitan: Institut Terjemahan  & Buku Malaysia
Harga: RM20.00
Keluaran: Cetakan pertama 2015

Apa yang menariknya pasal buku ni?

Selalunya, aku suka bagi review positif. Jarang aku bagi yang negatif sebab bagi aku, semua pengkarya hasilkan buku dengan harapan positif. Jadi aku akan lihat dari sudut positif. Dari segi kulit buku? Jenis paperback yang tebal, aku suka. Warna pastel yang tenang, sedikit imej daun yang bersifat nostalgia dan penggunaan font yang senang untuk dibaca dan nampak kontra.

Dari aspek saiz font isi sajak dan puisi, saiz font juga dalam saiz yang betul. Warna kertas yang sedikit kekuningan membantu mengelakkan eye-strain. Walaupun aku tak pakai spek, aku masih boleh baca dengan baik. 

Untuk jumlah keseluruhan sajak dan puisi, ia dikategorikan sebagai sederhana. Tak melampau-lampau banyaknya jadi taklah shock sangat bila belek mukasurat satu persatu. Puisi dan sajak bersifat keagamaan, segar dan ada juga yang aku tak begitu faham. Mungkin difahami oleh si pengarang sahaja (berkaitan dengan diri dia sendiri). Cuma, penggunaan bahasanya ada sedikit mengelirukan. Bagi aku, yang mudah itu lebih indah. Kalau dah berbunga-bunga, kadang-kadang luruh juga daun fikiran. Tapi ada satu sajak yang paling aku suka dalam buku ni. Semestinya, 'Catatan kepada Timun'. Mudah, tapi sangat bermakna.

Macam mana dengan harga? RM20.00, murah sangat. Berbaloi untuk para penulis yang ingin meneroka teknik penulisan sajak/puisi yang baru. Sebab itulah aku beli sebab pengertian dari daerah luruh itu membawa maksud peribadi. Bak kata orang putih, 'longing and deep.' Rasa tak faham? Terpulanglah.

Yang penting, aku faham.

@themagi2015

Monday 21 September 2015

Aku Ingin Jadi Peluru: Tembakan dari si Thukul

Salam Isnin buat pengunjung blog. Isnin sudah kembali untuk semua pekerja, tapi tidak bagi budak sekolah sebab masih cuti. Sebetulnya, masa aku tengah mengarang entri ini, aku tengah siapkan kerja ilmiah untuk kakak aku. Tapi sempat juga kemas blog. Mungkin sebab aku tak sabar nak bagitahu pasal semalam. Semalam aku, pergi The Spring, aku singgah ke rumah kedua aku (MPH, semestinya) dan aku beli peluru berbentuk buku. Hairan? Tak payahlah hairan sangat...

Image result for aku ingin jadi peluruAku cuma beli buku karya Wiji Thukul yang berjudul 'Aku ingin jadi Peluru'.

Sebetulnya, member penulis aku dalam laman sosial dah lama gembar-gemburkan buku sajak dari seberang ni. Aku belum berkesempatan nak beli (dengan kata lain, aku tengah pokai masa tu). Sekarang aku berjaya membelinya dan dah baca beberapa sajak yang sangat menarik. Mungkin, aku bukan orang yang layak sangat nak review buku ni tapi aku tetap nak review sebab aku sekarang dah pun berkecimpung dalam penulisan sajak. Ada yang tak puas hati? Maaf, itu bukan masalah aku.

Judul buku: Aku Ingin Jadi Peluru
Pengarang: Wiji Thukul
Jenis: Kumpulan sajak/puisi
Penerbit: Kedai Hitam Putih (Kelantan, Malaysia)
Selenggaraan bersama: Pustaka Obscura
Harga: RM25.00
Cetakan: Mac 2015

Apa yang Menariknya tentang Aku Ingin Jadi Peluru?

Mari lihat dari aspek luaran iaitu kulit buku. Peluru adalah tembakan yang menebak ke titik yang paling lemah, ditonjolkan dengan terjahan terus ke jantung dengan gabungan warna hitam dan merah. Ada metafora di situ. Biasanya, bila kita disindir, rasa sakitnya sampai ke jantung. Lainlah jika anda spesis alien atau bukan homosapien, mungkin perasaan sinis tu tak sampai.

Sekarang, kita masuk ke aspek dalaman iaitu isi kandungan. Wah! Banyak sekali ya karyanya! (sila tukar mod ritma bahasa anda ke bahasa seberang). Terus terang aku cakap, karyanya bersifat kemanusiaan. Dalam bentuk formula, karya-karya buku ini ialah Reality+ Locality= HumanityAku, sebagai penulis cerpen dan sajak selalu bermain dengan isu sekeliling (sebagai contoh, aku selalu gunakan pengalaman aku sendiri, pengalaman keluarga atau sahabat dalam menyatakan permasalahan dalaman). Ia menggamit pemikiran dan persoalan terhadap dilema yang dihadapi oleh manusia. Setiap bait kata yang digunakan oleh pengarang adalah melalui sudut mata pengarang itu sendiri, dan membawa kita kesusahan yang pernah beliau rasanya. Orang yang cerewet, kedekut dan bakhil, suka merungut, tak tahu nak bersyukur, berjalan dongak ke langit dan apa saja anekdot untuk makna kesombongan disarankan untuk membaca buku ini (aku cuma nak bagitahu, aku suka karya Reportase dari Puskemas)

Seterusnya, kita beralih ke aspek bahasa. Ada seorang penulis tersohor memberi nasihat kepada aku, dalam memahami sesuatu situasi, aku mesti belajar menjiwai bahasanya. Bahasa yang digunakan dalam buku ini kebanyakan bahasa tempatan, membuatkan kita rasa dekat dengan maksud yang disampaikan. Mungkin saiz huruf agak kecil, sebab abah aku terpaksa merenung buku tu. Tapi disebabkan abah aku orang Jawa dan datuk aku anak kelahiran Kota Semarang, secara lahiriahnya bahasa dalam buku ini memang mengingatkan aku dengan diri aku sendiri. Ya, aku bersyukur masih sempat nulis entri~

Akhir sekali, dari aspek harga. Aku sangat menghargai harga dan buku ini. Untuk karya yang mempunyai maksud yang begitu dalam dan wujud sebelum aku lahir, harga yang ditetapkan lebih dari berbaloi. Harga buku ini semacam satu dorongan untuk orang luar agar memilikinya, memahaminya dan mendengar wakil suara yang tak pernah kita dengar secara harfiah.


Bagi aku, tak rugi memperolehi kesedaran dalam setiap helaian kertas dan setiap isi bait. 

@themagi2015

Friday 18 September 2015

Figura Kenderaan Mini II

Salam Jumaat untuk visitors. Hari penuh barokah pada hari ni. Hari ni jugaklah aku ditimbun dengan kerja-kerja menulis. Cerpen, novel, kertas ilmiah...yay~ Ketika aku tengah meraikan penerbitan cerpen yang ke-6 dan sajak ke-3 bersama DBP, aku baru setelkan novel thriller n sekarang proceed buat kerja ilmiah for my sister. Kudos to my awesomeness.

Disebabkan aku rasa aku sangat awesome, haruslah aku memberi reward untuk diri sendiri iaitu, beli mainan sebanyak yang boleh. Sebetulnya, taklah banyak sangat. Aku cuma tambah 4 figura kereta je kali ni. Kalau tambah lagi aku akan buat entri seterusnya.

For those yang suka collect car figurines macam aku, marilah kita bergumbira menjadi toy collector yang berjaya...ahak-hak-hak~


Kereta klasik buatan Itali which is, Fiat 500 dikeluarkan oleh syarikat Burago skala 1/43. Asalnya aku fikir kereta ni cuma kereta rekaan semata-mata. Tapi rupa-rupanya kereta ni wujud dan ia sejenis economy car. Made by diecast metal dan plastik, harganya tak mahal. Bentuk pun comel. Warna pun terang. Kereta Fiat 500 direka dengan pattern VW Beetle. Okay, no wonder aku suka kereta ni sebab aku huge-fan VW Beetle. Nak tahu rupa kereta ni dalam saiz sebenar? Klik sini

Yang ini ialah kereta Chevrolet Bel Air Concept rekaan 2002, skala sangat kecik. Rekaan kereta ni wujud sejak 1950s dan dikategorikan sebagai luxury car sebab lebih kurang satu spesis dengan Cadillac. Aku jatuh cinta sama ini kereta bukan sebab dia ada non-detachable solid roof. Tapi aku suka dengan warna red coke kereta ni. Harga tersangatlah murah, lebih-lebih lagi bila Parkson bagi diskaun 20%. Nak tahu rupa kereta ni dalam saiz sebenar? Klik sini

Kereta sky-blue menawan hati ni of course la Volkswagen New Beetle yang dikeluarkan oleh RMZ City. Yang ni jenis pattern baru dengan bentuk belakang yang berbeza. Ia direka dengan pintu yang boleh dibuka dan berfungsi sebagai race car. Aku suka rekaan pintu kereta mainan ni sebab ia lebih kukuh, senang dibuka dan nampak macam realistik. Harga sangat berpatutan dan ia datang dalam 2 warna iaitu merah dan biru. Selain dari tu, aku tak tahu warna apa lagi yang ada sebab cuma 2 warna tu je yang aku jumpa.


Dan ini dia, my new baby. Semestinya, VW Beetle lagi by Maisto, skala 1/24. Harga jangan tanya, sebab kereta ni special edition custom shop. Segala pintu boleh dibuka, siap ada enjin dan rekaan luar yang stylish. Kalau tak silap, VW Beetle ni hampir dengan jenis the jeweled one-millionth type 1. Rujuk sini kalau nak tengok gambar saiz sebenar. Tapi design kereta ni juga kelihatan sama dengan 1968 type 1. Okey, aku dah keliru, sila betulkan aku kalau salah. BTW, minat mengumpul takkan berhenti setakat ini. Aku akan teruskan lagi dengan entri yang lain

Okey, setakat ini saja entri kereta mainan. Always be a kiddo :)

@themagi2015

Wednesday 16 September 2015

SK Gersik; The Last Day

Salam Rabu, Selamat Hari Malaysia. Hari ni aku datang ke sekolah lama, which is SK Gersik sebab sekolah ni akan berpindah ke tempat baru. Nasib baiklah hari cuti, memang ramai yang dapat datang. So, sebelum sekolah tu dipindahkan, wajiblah aku datang ke sekolah for the last time secara berjemaah. Dengan tema "Bersemi kasih, merimbun budi", nostalgianya terasa sampai ke anak tekak.

Untuk sesiapa yang tak dapat datang ke the last day di tapak lama SK Gersik, atau tak tahu pasal reunion ni, aku upload gambar untuk kenangan kita bersama. 


Suasana di SKG bersama murid, cikgu, tetamu dan jerebu

Ustazah Sofia bersama bekas murid. Ustazah ni pernah campak
duster on my head. Mungkin sebab tu aku jadi bijak *hahaha

Bersama bekas Guru Besar SKG, Puan Jemilah Haji Matasan.

Suasana di belakang blok 2.  Dulu, mak-mak budak suka 
ambil port belakang ni, tempat rehat paling glemer.

I am Gersikian, 1995-2000.

Rilek lu~

Bersama bekas guru kelas, Puan Fatimah Ahmad.
Cikgu Jelani sebagai extra model di belakang.

Another proud Gersikians, 1998-2003

Back to school, walaupun sesi belajar dah lama tamat.

Ustazah Andam, kaulah legenda~

Dulu tak ada sifir, sekarang dah ada

Tengah cari kelas lama

Date with my nephew ^^

Usaha tangga kejayaan :)

View dari atas, blok 2

Laluan kelas di bangunan lama.

Huu, dah lama tak nampak blackboard. Tuakah aku?

Dinding berlubang kesukaan aku, tempat aku suka
teropong orang dari jauh. Motif? Entah...

Sentiasa Facebook 'LIKE'

Unbelievable canteen, dari dulu tak berubah

Wefie secara berjemaah :-D 

Pesanan penaja dari SKG:
"Go Green, Save Our Earth"

Dari dulu aku nak buat macam ni~

Bergambar dengan Cikgu Suriah, bekas guru kelas kakak aku
in late 80s. 


Sebelum balik, aku sempat beli magnet fridge dan keychain SK Gersik sebagai tanda kenang-kenangan. Bagi aku, tak kira berapa banyak reunion sekolah yang aku ikut, takkan sama dengan the last day at SK Gersik. Farewell, SK Gersik. Selamat berpindah ke tempat baru dan selamat berjiran dengan tanah perkuburan :)

@themagi2015
Forever Gersikians~

Monday 14 September 2015

Bencana Alam Abad 21

Gempa bumi di Nepal
credits: theguardian.com
Salam Isnin. Keadaan masih berjerebu tapi thank God aku jenis home-worker. Semalam aku tengok rancangan 9/11 dan The 2000 di Nat Geo. Lepas tu, timbul idea nak menulis tentang bencana alam alaf 21. Seperti yang kita ketahui, banyak bencana yang berlaku dalam alaf 21 dan kita pun sedar bumi semakin tua. Cuma masalahnya, bila bumi semakin tua, perangai manusia pun semakin pelik. Serangan WTC, perang di Afghanistan, perang di Iraq, berseteru dengan Iran, gerakan IS di Syria- semuanya berpunca dari kelakuan manusia yang pelik.

Untuk entri kali ini, aku fokus kepada bencana alam berbanding kepelikan manusia. Sebab apa aku fokus kepada bencana alam? Mutiara kata ada menyebut:

"Sometimes, it takes a natural disaster to reveal a social disaster." 
[Jim Wallis]


Bencana Alam 21

Banjir Mozambique (2000)

Hujan lebat antara Februari dan Mac menyebabkan banjir besar di Mozambique. 800 orang maut, 20 ribu haiwan ternakan mati. Bencana bermula di Afrika Selatan, berakhir di Mozambique dan bencana itu antara bencana paling berbahaya dalam tempoh 50 tahun

Gempa Bumi Gujarat (2001)

Gempa bumi berlaku pada Januari 2001 dengan magnitud 7.7. Ia merebak ke Bangladesh dan dianggarkan 200 ribu nyawa terkorban, 167 ribu cedera dan 400 ribu rumah serta bangunan musnah dalam bencana.

Gelombang Panas Eropah (2003)

Gelombang panas tahun 2003 antara bencana yang paling dahsyat berlaku di Eropah. Perancis adalah negara yang teruk terjejas. Kematian lebih dari 70 ribu nyawa di Eropah iaitu di Perancis, Portugal, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol. Negara-negara tersebut biasanya tidak mempunyai musim panas yang melampau tapi gelombang panas tersebut mencecah 45 darjah celcius.

Tsunami Lautan Hindi (2004)

Merupakan gempa bumi yang paling kuat dengan magnitud 9, ia menghasilkan tsunami yang paling berbahaya pada 26 Disember 2004 di Lautan Hindi, berdekatan dengan negara Indonesia. Kekuatan gempa bumi itu bersamaan dengan 23 ribu bom atom, melebihi serangan di Hiroshima. Hari pertama bencana menyebabkan 150 ribu terbunuh dan jutaan manusia hilang.

Taufan Katrina (2005)

Taufan Katrina melanda Amerika pada tahun 2005 di Florida. Beberapa bandar terjejas seperti Mississippi, New Orleans, Biloxi dan Gulfport. Dianggarkan 1833 nyawa terkorban dalam taufan dan juga banjir. 

Gempa Bumi Kashmir (2005)

Tahun 2005 menyaksikan satu lagi bencana berlaku di Kashmir. Gempa bumi magnitud 7.6 memusnahkan Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan, sebahagian lagi Kashmir yang ditadbir oleh India, Islamabad dan Khyber Pakhtunkhwa. Dianggarkan 100 ribu nyawa terkorban, 70 ribu orang cedera dan 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Serangan Sejuk Afghanistan (2008)

Rekod kesejukan mencatatkan suhu jatuh sebanyak -30 darjah celcius. Dianggarkan 1000 nyawa terbunuh dan mengorbankan banyak haiwan ternakan. Lebih dari 315 ribu lembu, 100 ribu kambing biri-biri dan kambing mati. Kekurangan kemudahan awam, kemerosotan kesihatan menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kawasan terjejas dan berjalan kaki berkaki ayam dalam cuaca yang teramat sejuk.

Siklon Nargis (2008)

Siklon Nargis yang melanda Burma dan Sri Lanka pada April 2008 menyebabkan kemusnahan menyeluruh. Berlaku rentetan kes banjir dan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan 50 ribu orang maut di Burma. Secara keseluruhan, lebih 150 ribu nyawa terbunuh, 50 ribu hilang dan kerugian negara sebanyak $10 juta.

Gempa Bumi Haiti (2010)

Haiti berdepan dengan gempa bumi magnitud 7.3 pada Januari 2010 dan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat. 220 ribu nyawa dianggarkan terbunuh, 300 ribu orang cedera dan lebih 3 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. 

Gempa Bumi dan Tsunami Tohoku (2011)

Gempa bumi magnitud  9.0 berlaku di Tohoku, Jepun menyebabkan air laut menyusut sedalam 30km dan menghasilkan tsunami besar pada Mac 2011. Ketinggian tsunami dianggarkan setinggi 40km. Seramai 15 889 nyawa terkorban, 6152 orang cedera dan 2600 orang hilang. Jutaan bangunan dan kediaman musnah dalam bencana.

Kemarau Afrika (2011)

Julai 2011 menyaksikan kemarau dahsyat melanda timur Afrika. Negara-negara terjejas ialah Somalia, Kenya, Djibouti dan Ethiopia. 9 juta nyawa terancam dan sejumlah besar penduduk dari Somalia berpindah ke Kenya dan seterusnya bermigrasi ke Ethiopia, menyebabkan kesesakan yang teruk. Kesesakan itu mewujudkan masalah lain seperti masalah kebersihan, kesihatan, kekurangan nutrisi dan krisis makanan. Ia menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Taufan Haiyan (2013)

Taufan Haiyan yang melanda Filipina pada tahun 2013 menyebabkan kematian lebih 6000 nyawa dan 27 ribu orang cedera. 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. Taufan setinggi 130 kaki dan angin berkelajuan 235mph memusnahkan hampir seluruh kawasan teluk dan kawasan, merosakkan infrastruktur dan talian komunikasi.

Gempa Bumi di Visaya Tengah (2013)

Selepas kejadian Taufan Haiyan, Filipina dikejutkan lagi dengan gempa bumi magnitud 7.2 di kawasan yang sama. Bencana tersebut mengorbankan 222 nyawa, 700 ribu bangunan musnah, dan kehilangan tempat tinggal.

Gempa Bumi di Pakistan (2013)

September 2013 menyaksikan Pakistan dilanda gempa bumi magnitud 7.7. 800 nyawa terkorban. Ia diikuti dengan gempa bumi magnitud 6.8 pada hari seterusnya. Bencana itu menyebabkan kemusnahan di selatan barat Pakistan. Namun bencana itu telah mewujudkan satu pulau baru di pesisir pantai Pakistan dan menjadi perdebatan di kalangan komuniti saintifik. 


Menurut kajian, tahun 2014 merupakan tahun tidak aktif bagi kejadian bencana alam. Tidak ada sebarang bencana alam dahsyat yang membunuh ribuan atau jutaan penduduk seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi terdapat siri bencana alam yang boleh mengancam nyawa seperti ledakan gunung berapi di Hawaii, taufan di Filipina, kebakaran hutan di California dan sebagainya pada tahun 2014.

Gempa Bumi Nepal  (2015)

Pada tahun 2015, gempa bumi Nepal magnitud 7.9 telah berlaku. Gempa bumi pertama mencatatkan 8000 nyawa terbunuh, 18 ribu cedera dan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. Gempa bumi kedua pula mencatatkan peningkatan angka kematian seramai 4800 nyawa dan berlaku beberapa siri tanah runtuh serta kemusnahan berganda.


Memandangkan kita masih di dalam tahun 2015, marilah kita mengambil pengajaran dan sentiasa berhati-hati, serta pastikan kita bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.


@themagi2015
ruj: scienceve.com | all-that-is-interesting.com | mysticfiles.com | relief.org | time.com | aljazeera.com

Sunday 13 September 2015

Artwork Graphite

Happy Sunday, peeps! Yesterday was filled with flowers. Today, I stayed at home and sketch-up. With my beloved pencils and relaxing weekend, it would be good to draw something. I enjoyed doing artwork although no one asking me to do it. And I never get paid. Yet, I still loved it because it's fun!

Well, my writing project is getting tougher and demand more ideas. Artwork is my remedy.


This sudden artwork came from the old pic of mine. 
And it reminds me with my childhood.
So I named it; Miss Inno Cent.

This is Kappa the turtle, the hyper-picky eater.
The real vs. the counterfeit~

 I draw this through my reading. Based on a middle class
kid who lived at London.

Meet Miss Understood. I don't even know how to
name this artwork.

 First I thought I would let this sketch just like this.

But it turns out like this. Running, Breathing, Amazing.
It sounds like sport campaign, or health ads, isn't it?

Saying Hi and smiling eyes. 
Is he friendly enough? He's a boy, okay~

War watchers, based on Palestinian kids during war.
My opinion, difficult times create more pure emotions.
So, humanity is really powerful.




 If you have any ideas or passions about artwork, kindly shared it with me.
I'm looooking forward into it :)

@themagi2015