Sunday 30 September 2012

Traditional Artist: Editing is My Style

Menurut profile, dicatatkan bahawa aku ni sketcher tapi jarang post hasil artwork kat sini. Sebenarnya, keinginan nak melukis tu hilang kejap dek risau ngan masa depan. Pastu, tetiba hati ni rasa nak melukis balik. Makanya, terhasil la beberapa lukisan baru taun ni...mari tengok, tak payah intro panjang2.

Idea nak lukis ni datang dari masalah kewangan dan minda
kusut aku sendiri...jadi la macam ni
Nama lukisan ni Court Lady. Dapat idea dari lukisan
pompuan isap rokok panjang. Tapi yang ni rasanya lagi
elok sebab pompuan ni tengah minum teh.
Niat asal nak lukis penyanyi dari Korea, Jaejoong sebab
muka dia cantik cam pompuan...last2 jadi camni pulak..

Thursday 27 September 2012

Sarawak Food in My Mouth!

'Anda adalah apa yang anda makan', itulah statement yang slalu kita dengar. Orang putih cakap, 'you are what you eat.' Sepanjang beberapa dekad hidup kat dunia ni, aku lebih banyak makan makanan negeri aku sendiri jadi Sarawak food is half of my body.

                                          * * *
Masa merantau di negeri orang, pernah la dengar cakap2 pasal makan kat Sarawak. Diorang kata susah nak cari makanan halal kat Sarawak, susah nak cari makanan yang sedap, susah nak cari makanan negeri masing2 and sebagainya...pendek kata, semuanya susah la...(korang tau tak? aku pun susah nak makan makanan negeri aku sendiri kat tempat korang, apa nak heran sangat?). Lagipun, KFC besepah kat sini, McDo pun ada, MaryBrown pun ada, SugarBun (local fast food restoren) pun ada, Starbuck pun ada, Secret Recipe pun ada, Pizza Hut pun ada, Singapore Chicken Rice pun ada....senang gile nak makan.


"Baby I was born this way...hey, hey!"

Tengok...even Lady Gaga pun suka makan fast food, siap curah sos atas badan (tapi cam saiko je muka dia ni...haha~)---->>

Tapi, aku bukan nak citer pasal Lady Gaga or kisah gila kentang dia



Menurut cakap2 orang dan juga hasil pengalaman sendiri, kat sini sebenarnya dah ada pelbagai jenis makanan dari setiap negeri. Korang cuma surf internet carik port makan. Skang orang kat sini sibuk pasal makan2 kat medan selera tak jauh dari Jambatan Satok, dah jenjalan kat situ bulan puasa lepas. Tapi kan...kalu korang datang bercuti n makan balik makanan yang biasa korang makan kat negeri korang, tak ke bosan namanya tu? Dah langsung and 'live' datang kat negeri orang, eloklah korang try mencabar tastebud korang sama ada korang ni true-eater or just eat the same thing only. So, the question is- Adakah anda open minded nak makan benda baru?

Kat Sarawak, kek lapis memang femes. Kalu tak tau tu tipu namanya. Tapi aku tak suka sangat makan kek lapis (even I am Sarawakian) sebab rasanya manis and a bit creamy. Boleh pening even a small bite. Ulat mulong is also one of our kind, tapi aku tak penah makan benda tu sebab ulat mulong tu ULAT! (amaran: orang Islam tak makan benda tu). Aku prefer makan benda yang lagi sedap and elok rupenye dari benda tersebut. Skang, mari saya kongsi pengalaman saya, apa yang pernah saya makan di negeri saya.



Ni namanya Mee Jawa plus sate. Nak makan mee je takyah sate pon boleh. Aku tercari-cari mee ni masa blaja kat Shah Alam tapi tak penah jumpa (ke aku ni buta tak nampak kedai yang jual mee ni?). Aku penah makan mee ni enam mangkuk (mak sendri buat boleh la makan banyak). Seingat aku, lepas makan enam mangkuk, aku menempel kat lantai dan tak sedar *tido untuk beberapa jam. Bila dah sedar, aku makan balik...haha, seronok, makan takyah bayar sape yang tak suka?



Yang ni namanya ikan terubok masin goreng ngan bawang merah, cili and perah ngan limau sambal...(haa~hambik kau). Sape yang pantang limau takyah perah limau. Kombinasi paling best utk ikan ni ialah nasi panas2, makan bile korang dah penat bekerja, di bawah pokok sambil menikmati angin petang (haha, pandai je buat scene~). Setiap hari, kat Pasar Tani Satok, penjualan ikan ni tak penah tak bizi. Entah tinggal bape ekor ikan ni kat laut agaknya? *tetibe concern ngan marine life..


Wednesday 26 September 2012

Car Trip to Princess Santubong

Few months ago, when we were going for a car trip, hunting for some fresh ketam at Kampung Buntal, one of the Malay Village that near to Gunung Santubong, I was captured by a green scenery of a little forest, a small place to hide and pour out my depression. There was a large of natural elemental that intertwine inside my head, looking for something I did not know. As I was sitting inside a car, going here and there, I wide my gaze out from the window. I used to dream, to own a little place of mine. Planting crops like kailan, pegaga, sawi bunga and kobis. Breathing inside the reviving fresh air. There is a something that I called as 'a part of my floating dream.' If only, one day, hopefully, I could lived somewhere like this, the wonderful land of tranquility and calmness, happiness will pour on top of my head like a water. Freedom 'till the end...^^

So, I shared with you few places that I have seen with my family, the continuous car trip to Princess Santubong will never stop.

the slight view of Santubong peak

the other view of Princess

Tuesday 25 September 2012

LuvIslam: Kisah dan keberkatan setiap hari

Isnin
Daripada Abu Qatadah Al Ansaari berkata Nabi saw ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda, "padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama  diturunkan kepadaku. (Muslim)

Maklumat:  hari mulia untuk Nabi saw, digalakkan berselawat ke atas nabi, dan mengucap penghormatan kepada baginda. Peristiwa yang berlaku pada hari Isnin ialah naiknya Nabi Idris as ke langit, naiknya Nabi Musa as ke bukit Tursina, malaikat Jibril turun kepada Nabi saw buat kali pertama, amalan Nabi saw dilaporkan, dan bukti keesaan Allah swt diturunkan (qul huwallahu ahad). Hari Isnin dikaitkan dengan Nabi Adam as, merujuk kepada asmaNya Al Hayy yang bermaksud Yang Maha Hidup, manifestasi kehidupan dan permulaan, mirip dengan kejadian Nabi Adam as.


Selasa
Rasulullah saw ditanya mengenai hari Selasa, maka Baginda menjawab, "Hari Selasa adalah hari berdarah. Para sahabat bertanya: mengapa demikian Ya Rasulullah? Lalu Baginda menjawab, "kerana pada hari itulah Hawa berhaid dan putera Nabi Adam as membunuh saudaranya sendiri."

Maklumat: hari sesuai untuk berbekam. Peristiwa lain yang berlaku pada hari Selasa ialah wafatnya Nabi Yahya as, wafatnya Nabi Zakaria as, meninggalnya tukang sihir Firaun, meninggalnya Asiah binti Muzahim isteri Firaun dan meninggalnya Habil putera Nabi Adam as. Nabi Harun as dan Nabi Yahya as dikaitkan dengan hari Selasa, merujuk kepada asmaNya, melihat (Bashaar) dan pemaksa (al Qashaar). Menurut Muhyiidin Ibn Arabi, "jika harimu hari selasa maka Nabi Harun dan Nabi Yahya merupakan temanmu tempat melekat petunjuk yang Haqq."


Rabu
Nabi saw ditanya tentang hari Rabu. Maka Baginda menjawab, "Hari Rabu adalah hari bencana terus menerus. Para sahabat bertanya: mengapa demikian Ya Rasulullah? Lalu Baginda menjawab, "kerana pada hari itulah Allah swt menenggelam (menghancurkan Firaun) dan kaumnya, memusnahkan kaum Ad dan Tsamud yang ingkar pada kerasulan dan kenabian Nabi Saleh as."

Maklumat: Hari Rabu sesuai untuk makan ubat dan menyembuhkan penyakit. Peristiwa lain yang berlaku pada hari Rabu ialah kehancuran Qarun, Firaun, kaum Nabi Hud as, dan juga Namruz bin Kanaan. Nabi Isa as dikaitkan dengan hari Rabu, melekat padanya sebuah rahsia.


Khamis
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Al-Zajaji dalam Al-Amali, daripada Ali kwh, beliau berkata: "Jika kamu mempunyai urusan maka bersegeralah melakukannya pada hari Khamis kerana Nabi saw pernah memohon kepada Allah swt agar umatnya mendapat keberkatan pada pagi hari Khamis:" 

Maklumat: Hari yang baik untuk berdoa dan berhajat. Juga elok untuk berpuasa sunat dan melakukan amal kebajikan. Peristiwa yang berlaku pada hari Khamis ialah Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir, Bunyamin saudara Nabi Yusuf datang ke Mesir untuk berjumpa dengan Nabi Yusuf, Nabi Yaakub ke Mesir untuk berjumpa dengan anaknya, Nabi Yusuf dan Nabi saw memasuki Kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah. Nabi Musa as dikaitkan dengan hari Khamis, melekat padanya rahsia-rahsia tentang perintah agama dan misteri kedekatan kepada Allah swt.

Jumaat
Hadis Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda, "kita adalah umat yang terakhir, tetapi kita umat yang lebih dahulu pada hari kiamat nanti. Kerana setiap umat diberikan kitab sebelum kita sedangkan kita diberi kitab sesudah mereka. Kemudian hari ini (hari Jumaat) hari yang ditentukan oleh Allah swt kepada kita, Allah telah memberikan petunjuk kepada kita pada hari tersebut, maka umat lain akan mengikuti kita, besok (hari Sabtu) umat Yahudi dan lusa (hari Ahad) umat Kristian."

Maklumat: penghulu segala hari. Hari yang mustajab untuk berdoa, hari penambahan kurnia, hari penuh keampunan dan barakah. Juga hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, mengeratkan silaturrahim serta berjamaah (solat jumaat) dan sesiapa yang ke rahmatullah pada hari Jumaat terlepas dari fitnah kubur. Peristiwa lain yang berlaku pada hari Jumaat ialah Nabi Adam as dicipta, disingkirkan dari syurga dan turun ke bumi, wafatnya Nabi Adam as dan pernikahan Nabi saw dengan Siti Khadijah.Nabi Yusuf as dikaitkan dengan hari Jumaat, merujuk kepada nama 'Uruba' (nama asal hari Jumaat sebelum kedatangan Islam) yang bermaksud 'hari keindahan dan perhiasan', juga dikenali sebagai hari berjamaah (solat Jumaat, pertemuan Nabi Yusuf dengan ayahanda tercinta dan hari penyempurnaan manusia)

Sabtu
Menurut Rasulullah saw, hari Sabtu adalah hari tipu daya.

Maklumat: Hari yang sesuai untuk berburu. Peristiwa yang berlaku ialah tipu daya kaum Nabi Nuh as, Nabi Saleh as, Nabi Musa as, Nabi Isa as, tipu daya kaum Musyrikin terhadap Nabi saw, tipu daya Bani Israil terhadap laranganNya dan tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as. Nabi Ibrahim as dikaitkan dengan hari Sabtu, merujuk kepada maksud Kalaam iaitu berbicara dan juga keabadian (mungkin keabadian Nabi Ibrahim as kepada Allah swt yang tidak berbelah bagi, namun makna keabadian ini masih belum jelas sepenunhya)


Ahad
Hari Ahad adalah hari penciptaan, Allah berfirman, "dan Dia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapkannya supaya tidak berhayun-hayun kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju."

Juga berfirman dalam Surah Hud: 7 yakni, "dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa sedangkan ArasyNya berada di atas air (ia menjadikan semua itu untuk menguji kamu) siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) berkata bahawa kamu akan dibangkitkan hidup sesudah mati, tentulah orang-orang yang ingkar berkata, ini tidak lain hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)

Maklumat: Hari Ahad membawa pengertian tunggal dan satu (seperti Surah Al-Ikhlas). Ia hari pertama Allah swt mencipta alam. Menurut sabda Nabi saw, hari Ahad hari yang sesuai untuk bercucuk tanam dan membuat binaan. Peristiwa yang berlaku pada hari Ahad ialah Allah swt menciptakan langit, bumi, neraka, anggota badan Nabi Adam as, dan tujuh lautan. Nabi Idris as dikaitkan dengan hari Ahad, merujuk kepada matahari yang menjadi pusat 7 planet dan penyebab dari segala sesuatu kehadiran, dalam masa yang sama, Nabi Idris as ialah 'penemu kebijaksanaan', permulaan putaran bagi setiap lingkaran.

*Sebarang pendapat, pembetulan, dan cadangan sangat dialu-alukan. Sekian.

MySarawakTrivia: Kaum di Bumi Kenyalang

"Salam sejahtera kepada pembaca. Semoga anda larat membaca artikel ini sampai habis. Sekian...." \(^o^)/

Sepintas lalu: Kaum di Bumi Kenyalang

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia, dengan 40 kumpulan sub-etnik, dan populasi seramai 2399 839 orang. Secara umumnya, Sarawak mempunyai tujuh (7) kaum etnik utama iaitu Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kumpulan minoriti ialah Kedayan, Jawa, Bugis dan India. Istilah Dayak lebih popular di Indonesia berbanding di Sarawak.

Seterusnya...>>>

Penari Iban
Iban
Iban merupakan suku kaum terbesar di Sarawak dengan peratusan hampir 30%  Masyarakat Iban merupakan golongan peribumi di Sarawak dan terbanyak di Borneo. Masyarakat ini pada asalnya menganut agama animisme dan juga pemburu kepala. Kini, kebanyakan mereka menganut agama Kristian dan budaya memburu kepala dihapuskan. Mereka meraikan perayaan Gawai Dayak (pesta menuai padi), Gawai Kenyalang (pesta kenyalang dan Tuhan Peperangan) dan Gawai Antu (Pesta Kematian).



Masyarakat Cina dengan budaya sampul merah (Ang Pau)
pada Tahun Baru Cina



Cina
Masyarakat Cina merupakan suku kaum kedua terbesar di Sarawak dengan peratusan 24%. Mereka tiba sebagai pedagang dan menjelajah pada abad ke-6. Mereka dikategorikan sebagai bukan Bumiputera dan berjaya menyesuaikan diri dengan bersusah payah pada abad ke 19 dengan asas ekonomi yang kuat. Selain menganut agama Buddha, mereka juga menganut agama Kristian. Mereka meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Festival Hantu Lapar, Festival Chap Go Meh dan juga Festival Kuih Bulan. Masyarakat Cina menjadi penduduk tetap di Sarawak selepas Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963.



Pakaian tradisional Melayu Sarawak dengan kain samping
panjang, baju melayu bagi lelaki dan songket, baju kurung
dan selayah keringkam bagi perempuan.

Melayu
Melayu merupakan suku kaum ketiga terbesar di Sarawak dengan peratusan 23%. Kebanyakan berasal dari Melayu Sumatera, Melayu Brunei dan juga kacukan perkahwinan Melayu Jawa dan Melayu Iban. Pada asalnya, masyarakat ini bekerja sebagai nelayan dan tinggal di pesisiran laut, seperti kawasan Santubong sebagai contoh. Sekarang, mereka berhijrah ke bandar atas faktor pekerjaan. Islam tiba kepada mereka 1000 tahun yang lalu dan banyak mengubah cara kehidupan Melayu Sarawak dari setiap sudut seperti pakaian, seni ukir, makanan dan perkahwinan sebagainya. Selain itu, mereka terus mengamalkan tenunan songket, sulaman keringkam, budaya berbalas pantun atau bermukun sebagai budaya warisan Melayu Sarawak.




Pakaian tradisi masyarakat Bidayuh

Bidayuh
Bidayuh merupakan suku kaum keempat di Sarawak dengan peratusan sebanyak 8% dan kebanyakannya tinggal di kawasan berbukit luar bandar Kuching. Masyarakat Bidayuh kini rata-ratanya berbahasa Inggeris atau Bidayuh, berhijrah ke bandar atas faktor pekerjaan dan ekonomI. Majoriti menganut agama Kristian tetapi terdapat segelintir yang memeluk Islam. Bidayuh Salako merupakan pecahan daripada kaum Bidayuh yang banyak menetap di sekitar Lundu dan Bau tetapi mereka dikenali sebagai masyarakat Bidayuh sahaja.




Penari Melanau

Melanau
Melanau merupakan suku kaum kelima terbesar di Sarawk dengan peratusan 6%. Kebanyakan mereka memeluk agama Islam selain Kristian.Mereka mempunyai persamaan dengan Melayu Sarawak dari segi cara hidup tetapi mereka memiliki budaya dan adat resam tersendiri. Bagi Melanau bukan Muslim, mereka masih menyambut pesta tradisional animisme iaitu Festival Kaul sebagai festival utama bagi kaum mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai cerita rakyat tersendiri iaitu Asal-usul Pokok Sagu.






Orang Ulu
Orang Ulu merupakan suku kaum keenam terbesar di Sarawak, campuran beberapa sub etnik iaitu Kenyah, Kayan, Lun Bawang, Kelabit, Penan, Bisaya, Punan, Kejaman, Kajang, Ukit, Berawan, Murut, Saban dan Lun Dayeh. Kumpulan masyarakat ini membentuk 6% secara kasar dan istilah 'Orang Ulu' digunakan merujuk kepada masyarakat yang tinggal di kawasan sungai dan juga tinggal di kawasan pedalaman Sarawak. Murut, Saban dan Lun Dayeh pada asalnya kaum etnik di Sabah juga kini sebahagian daripada kumpulan 'Orang Ulu' di Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di Lawas, Limbang, Belaga, Miri dan Baram.


Contoh gambar....>>>
Warga emas Kelabit di Tanah Tinggi Bario
Keluarga Penan
Kanak-kanak Lun Bawang
Gadis Kayan


Lain-lain
Golongan minoriti di Sarawak ialah Kedayan, India, Eurasia, Jawa, Bugis, Sikh dan juga Punan Bah (gabungan etnik yang dilindungi dan tidak termasuk dalam senarai kaum etnik yang lain yang digabungkan bagi membentuk satu entiti etnik). Bahasa Kedayan dituturkan seramai 37000 penduduk di Sarawak dan tinggal di Lawas, Sibuti, Limbang dan Miri. Tidak seperti di Semenanjung Tanah Melayu, kaum India adalah kaum kecil yang berasimilasi dengan baik di kawasan bandar. Eurasia terus menjadi golongan minoriti di negeri ini hasil perkahwinan campur dengan penduduk di Sarawak. Jawa dan Bugis pula pada asalnya datang bekerja di Sarawak dan saki bakinya kekal di negeri ini untuk meneruskan susur galur keluarga.

Contoh gambar...>>>

Kanak-kanak Kedayan
Gadis India
Wanita Punan Bah
keluarga Sikh

Copyright2012 MG Blogger
_______________________________________

Special gratitude and Trimas for YOU, YOU and YOU~

psk-syafiq.blogspot.com
girlsareus92.wordpress.com
jeramaju.blogspot.com
scv.com.my
mstar.com.my
blogtau.com
qsl.net
borneoadventure
mysabah.com
ahbengsworld.blogspot.com
melayuonline.com
vision-post.blogspot.com
suarakayangan.blogspot.com
en.wikipedia.com/wiki/sarawak
theborneopost.com

Sebarang cadangan, tambahan maklumat dan perkongsian ilmu amat dialu-alukan =D
p/s: dear kakak, I made this 4u

Monday 24 September 2012

The Same Thing about Superheroes

Superheroes, the important roles in Hollywood film industries. I have seen so much of superhero movies starting from last year until now, watching the old one again and again. Starting with Spiderman, X-Men (my favourite), Wolverine X-Men Origin, Captain America, Green Lantern and The Avengers, I can't wait to see the sequal. 

But, there is something about those characters, they shared the same thing such as:

1. Lab victim.

He was involved with a secret experiment with German scientist
and puff!....from puny to buffy handsome soldier ^^

Born with excessive bones that fractured by his brother,
he has agreed to 'reborn' under Stryker experiment and
posses the new weapon...

He was born with eccentric magnetic power but upgraded by a German
peculiar doctor through a rough experiment.

2. Rich and bachelor

Well, I don't have to explain this. A bachelor, rich guy with business
and a bat guy at night with technologies...and a great car too...

Stark Tower, Stark Technologies, Stark weapon, Stark Exhibition...
I think that's enough to show how rich this superhero.

3. Experiment failure

In X-Men First Class, he used to be a handsome young scientist who
wish to look normal but it turns out to be a failure when his serum makes
him into a new bluish monster....what a pity...

Green monster...that's the best way to describe the failure of  a scientist but
the most reliable one in The Avengers...at least he make good deeds from this.
4. Sudden gifts

Four young people were exposed by a cosmic energy and become great superheroes
who saves the world...hmm, they are alive so, it's not a bad thing to worry about :-D

The dying alien Abin Sur proposed him with a ring, and that's how he became
like this. The only superhero that fight out from the Earth barrier...great, isn't it?

I loved to catch the spider who bite him! All of a sudden, he got a rare
superpower that allows him to swing from one building to another, get his girl,
saved people, hold the train (?), become a hero. 

MaGi2012

The Peeling Face

A cup of portion,
The world is the mixture of joy and misery,
The taste of caramel and bliss,
Sugar in wind,
All bitterness turn to creamy,
A little voice in your head,
It makes you twisted,
Like the colour of dark beans,
The best one will win,
The isolation makes the cycle,
Selecting is a gift, a wisdom,
Who does not love in return,
Good and bad is almost equal,
Labeling difficulties,
It keeps changing like a weather report,
A small part that ticklish,
Then, it grows up inside your taste buds,
It shall be the judge,
Was your life sipped the tasteless liquid?
Worse part to remember,
It peels your face.

-----
[24/09 MiaoTown]

Sunday 16 September 2012

Gangnam Style + Son of the Mask= The Same Thing is...


Psy with Gangnam Style released this song in 2012 while the Hollywood movie 'Son of the Mask' had released in 2005 (as far as I can remember) but one thing I can assure is their horsey dance style and cowboy sensation. 

p/s: but surprisingly, this horsey dance style turned out to be soooo~ famous in 2012...^^