Tuesday 27 October 2015

Nama Wabak yang Ganjil

Again, I'm back untuk entri ke-2 pada hari yang sama. Seperti yang aku sebut sebelum ni, aku agak santai hari ni jadi aku teruskan kerja menaip sebab esok lusa aku nak rehatkan laptop. Kesian Ulquiorra aku, dia pun nak MC sekali-sekala.

Okey, sebut pasal MC, ramai orang beria-ia nak cuti sakit sebab kononnya rasa tak sihat disebabkan jerebu. Tapi sihat pulak bila mengadap henpon. Alang-alang suka sangat meng-Google, aku bagi nama penyakit sebagai bahan bacaan. Nama wabak ni aku klasifikasikan sebagai ganjil atas beberapa sebab iaitu:

1. Beri-beri (penyakit kekurangan zat)
Beri-beri ialah penyakit kekurangan vitamin B dan menyebabkan masalah bengkak pada kaki. Dulu, aku ingatkan penyakit ni berpunca dari buah beri.

2. Ebola (penyakit berjangkit)
Penyakit Ebola berasal dari virus Ebola. Ia berjangkit melalui bahan kumuhan, darah, air liur atau cecair tubuh yang lain. Masa pertama kali aku dengar, aku andaikan Ebola tu sebagai nama game, Electronic Bola.

3. Malaria (penyakit berjangkit)
Aku dah lama tahu pasal penyakit ni. Ia berpunca dari parasit gigitan nyamuk. Tapi entahlah, kenapa aku rasa dalam lagu PSY Gentleman ada sebut 'malaria' berulang-ulang kali?

4. Chikungunya (penyakit endemik)
Penyakit ni berpunca dari gigitan nyamuk. Tapi masa aku dengar nama penyakit ni kecik-kecik dulu, aku ingat spesis buah ciku baru.

5. Salmonella (penyakit berjangkit)
Salmonella sebenarnya bakteria yang menyebabkan masalah cirit-birit, demam tifus dan keracunan makanan. Kali pertama aku dengar, aku percaya Salmonella ni nama ikan salmon. Lepas tu, aku sangka Salmonella ni nama perempuan Latin (semuanya berpunca dari rancangan Ah-Ha dengan telenovela gila bernama Salmonella)

6. E.Coli (penyakit berjangkit)
E.Coli atau nama sebenarnya, Escherichia coli merupakan bakteria yang menyebabkan masalah keracunan makanan. Err, kawan aku pernah kata, dia ingat E.coli tu macam EBay, tempat orang nak jual beli coli a.k.a bra secara online.

7. Chicken pox (penyakit berjangkit)
Chicken pox ialah penyakit yang berpunca dari virus herpes zoster. Kanak-kanak biasanya dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan demam, bengkak dan gatal pada kulit. Jujur aku cakap, aku banyak jumpa orang yang keliru dengan nama Chicken pox dan Chicken chop.

8. Coxsackie (penyakit berjangkit)
Coxsackie ialah virus yang menjangkiti tangan, kaki dan mulut kanak-kanak yang berusia 2 minggu hingga 5 tahun. Pertama kali aku dengar nama virus ni, aku ingat Coxsackie ialah nama jenama produk pembunuh serangga.

9. Nipah (penyakit berjangkit)
Nipah ialah virus yang menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi. Ia merebak di ladang babi di Malaysia pada tahun 1999. Dulu masa aku dengar nama virus ni kali pertama, aku tak fikir panjang. Aku terus andaikan penyakit ni berpunca dari pokok nipah.



Ada pendapat/cadangan lain tentang nama wabak yang korang anggap sebagai pelik? Mari kongsikan di kotak komen. Sekian~

@themagi2015

Senarai Haiwan Mitos di Dunia

Salam Selasa untuk semua! Hari ni aku duduk di meja makan sambil menaip dan makan Choki-Choki Chococashew. Memandangkan aku agak santai hari ni, terlintas di fikiran aku tentang haiwan mitos. Okey, Choki-Choki dan haiwan mitos memang tak ada kaitan (why aku nak bercakap pasal haiwan masa tengah makan coklat??)  Tak kisahlah. Yang penting, aku buat entri yang berilmu dan berguna. Harap-harap, bergunalah maklumat ni.

Okey, sebenarnya ada banyak haiwan mitos di dunia. Pelbagai tamadun, bangsa dan budaya di dunia mencatatkan bermacam-macam jenis haiwan mitos yang aneh dan tak masuk di akal. Tapi tak semua haiwan mitos ada dalam setiap tamadun. Sebagai contoh, makhluk Gorgon sangat terkenal dalam mitologi Yunani tetapi ia tidak begitu terkenal di Asia. Oleh itu, haiwan mitos yang terkenal tak kira di manapun berada ialah:

Image result for dragon
NAGA
Hampir setiap budaya dan tamadun tahu tentang mitos Naga.
Naga dikatakan berasal dari mitologi Greek dan China tetapi
ia juga terkenal di seluruh Eropah dan kawasan Asia yang lain.

Image result for phoenix
PHOENIX
Makhluk ini banyak disebut di dalam mitologi Greek, China
dan Mesir. Tapi ia juga dikenali dalam banyak tamadun yang
lain dan diberi nama Bird of Flames. Burung ini dikatakan
mempunyai kitaran hidup yang unik kerana lahir, mati dan lahir 
semula melalui api yang sama. Ia menjadi simbol kelahiran semula.

Image result for mermaid
DUYUNG
Duyung, atau Mermaid/Merman merupakan haiwan mitos yang sangat
terkenal di seluruh dunia. Bagi mitologi Greek, mereka juga dikenali
sebagai makhluk siren dan kewujudan mereka di laut membawa maksud
bahaya. Christopher Columbus mendakwa beliau pernah terserempak
dengan makhluk ini ketika berlayar di laut.

Image result for mitos burung garuda
GARUDA
Garuda merupakan burung raksasa yang terkenal dalam mitologi Nusantara, terutama 
sekalinya di Indonesia dan Thailand. Garuda pada asalnya wujud dalam mitologi 
Hindu dan Buddha. Kini ia menjadi lambang negara Indonesia, Thailand dan Mongolia.

Image result for unicorn
UNIKORN
Unikorn merupakan kuda bertanduk yang terkenal di dunia. Tetapi
sejarah mencatatkan kisah unikorn bermula di Lembah Indus. Ia digambarkan
sebagai haiwan yang ramah dan mudah didekati, tetapi sukar dijinakkan. Tanduk
unikorn pula dipercayai dapat meneutralkan racun.



@themagi2015
ruj: fuh.my | majalah-dunia | wikipedia | 

Saturday 24 October 2015

5 Penggoda yang Glamor

Okey, aku kembali lagi dengan entri ke-2 dalam hari yang sama. Mungkin sebab aku gian nak bermesra dengan keyboard laptop aku. Alang-alang dah romantik dengan laptop, aku buat entri pasal womanizer. Tetiba aku terasa nak buat entri ni. Harap korang suka :)

Mari tengok womanizer yang mana kegemaran anda!

aviator1.jpg
Howard Hughes, The Aviator (dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio)
Leonardo memang terkenal sebagai womanizer, tak heran~

iron-man_l.jpg
Tony Stark, Iron Man (dilakonkan oleh Robert Downey Jr.)
Siapa yang tak kenal orang kaya yang suka simpan perempuan keliling pinggang?


Image result for james bond actors
James Bond, 007 (dilakonkan oleh banyak pelakon, e.g: Sean Connery,
Pierce Brosnan, Daniel Craig etc). Walaupun muka tak sama, selera
terhadap perempuan adalah serupa.


Giacomo Cassanova, Cassanova (dilakonkan oleh mendiang Heath Ledger).
Cassanova adalah filem klasik womanizer yang paling senang diingat, mungkin
disebabkan namanya dan pemilik nama itu memang benar-benar wujud dalam sejarah.

Image result for barney stinson
Barney Stinson, How I Met Your Mother (dilakonkan oleh Neil Patrick Harris).
Walaupun beliau sebenarnya homoseksual, watak womanizer memang sangat
berkesan dalam HIMYM.



Sebenarnya, kalau korang Google ada banyak lagi karakter penggoda yang terkenal di Hollywood. Tapi disebabkan aku tak kenal mereka (dan aku tak pernah tengok cerita tu), 5 dah cukup dalam senarai aku...hehehe.

@themagi2015

Senarai Rumah Terbalik Seluruh Dunia

Salam Sabtu, peeps! Terbalik rasa hidup aku sejak kebelakangan ni sebab tak cukup tidur. Nak kata pakai sim burung hantu, tak juga. Tapi hampir setiap malam aku jadi nokturnal. Bila bercakap pasal terbalik, aku buat satu entri berkenaan dengan 'terbalik', yakni rumah terbalik. Jangan ingat rumah terbalik ada kat Melaka or Sabah je. Ada banyak lagi di seluruh dunia.

Okey, aku senaraikan beberapa buah rumah terbalik yang femes lagi glemer untuk korang. Selamat membaca dan bergolek di hujung minggu :)

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Szymbark, Poland
Arkitek: Daniel Czapiewski
Dibina atas tujuan politik tapi kini menjadi tarikan
pelancong di Poland

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Lille, Perancis
Arkitek: Jean-Francois Fourtou
Bagi sebuah pekan kecil yang tidak mempunyai tarikan
yang kuat, hasil arca rumah terbalik membuatkan
Lille menjadi terkenal.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Putbus, Jerman
Diilhamkan dari rumah bangsal oleh
 'Piranteninsel Rugen'. Hasil seni ini menjadikan nama
Putbus dikenali ramai.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Dells, Wisconsin, USA
Bagi sesiapa yang menyimpan impian melihat 
White House ditimpa bencana, pergilah bercuti di Dells.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings

Incheon, Korea Selatan
Arkitek: Jeon Young-sun
Arkitek rumah 'Geukkuro Jip' pada asalnya
seorang pereka pakaian.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Magaluf, Sepanyol
Ia merupakan sebuah taman tema yang menempatkan
akuarium interaktif, gua ais dan yeti. Ia dikenali
sebagai House of Kathmandu.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Munchen-Geschinen, Switzerland
Arkitek: Tina Z'Rotz dan Mark Neuenschwander
Ia dibina oleh artis pengukir dan ditempatkan di
tepi laluan ke gunung, tidak jauh dari pekan kecil.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Pigeon Forge, Tennessee, USA
Ia dikenali sebagai WonderWorks dan berfungsi sebagai
makmal penyelidikan Top Secret di Bermuda Triangle.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings
Terfens, Austria
Arkitek: Irek Glowacki dan Marek Rhozanski
Segala yang ada di luar dan di dalam rumah ini
dalam keadaan terbalik.

Top 10 Amazing Upside Down Buildings

Glenbow, Kanada
Arkitek: Dennis Oppenheim
Ia dinamakan sebagai Device to Root Out Evil'.
Ia terletak di Muzium Glenbow dan berbentuk 
seperti gereja.


Bandar Matsumoto, Nagano Prefecture, Jepun
Ia merupakan sebuah restoran yang bernama Sakasa.

Florida, USA
Rumah terbalik yang bernama Norman Johnson merupakan
perkampungan golf Sunrise yang wujud sejak 1961.

Pulau Usedom, Jerman
Arkitek: Klaudiusz Golos dan Sebastian Mikiciuk
Rumah Terbalik yang bernama The World Stands On Its Head
(Die Welt Steht Kopf) dibuka pada musim luruh 2008. 

 
St. Petersburg, Rusia
Rumah ini milik persendirian dan didiami seperti rumah biasa.
Sebab rumah ini direka dalam keadaan terbalik adalah tidak
diketahui.

Antalya, Turki
Rumah Terbalik Turkish dikatakan mendapat inspirasi
dari Rumah Terbalik Norman Johnson. Rumah ini dibina
sebagai tarikan para pembeli rumah berpotensi di
kawasan berdekatan.

Vienna, Austria
Arkitek: Erwin Wurm
Ia sebahagian daripada Muzium Modener Kunst (MuMok). Arca rumah ini
 siap pada 2006. Ia dikenali sebagai House-Attack.

Utara Pai, Thailand
Rumah terbalik ini terletak di resort yang bernama
Heart of Pai.

Image result for upside down house China
Shanghai., China
Ia dibuka pada tahun 2014 dan menjadi lokasi
utama dalam sektor pelancongan.

Image result for upside down house sabah
Tamparuli, Sabah, Malaysia
Rumah Terbalik di Sabah merupakan
rumah terbalik pertama di Borneo dan di
Malaysia. Ia disenaraikan dalam Malaysian Book
of Records.

Melaka, Malaysia
Okey, rumah terbalik di Melaka ni nampak normal
di luar (tulisan je terbalik). Tapi isi rumah semuanya dalam
posisi terbalik. Ia merupakan tarikan baru di Melaka
(lihat gambar di bawah).

@themagi2015



Tuesday 20 October 2015

12 Awesome Vampires

Vampires, a scary creature with fangs. Or so it was. Today, with the power of Hollywood, vampires is not just a haunted creature living in the dark. They are the fictional characters with emotion, desire and style. I guess, I fall in fangs to vampire since I saw Selene. Well, I don't have to write long about vampires. Let's cut into the main thing.

12 Awesome Vampires (based on my interest)

Image result for selene underworld
Credits: franlouise.com
Selene, portrayed by Kate Beckinsale in Underworld movies
Image result for dakota fanning twilight
Credits: moviecultlists.com
Jane, portrayed by Dakota Fanning in Twilight franchise

Image result for violet ultraviolet
Credits: weheartit.com
Violet Song jat Shariff, portrayed by Mila Jovovich in
Ultraviolet 2006
Image result for dark shadow
Credits: filmblerg.com
Barnabas Collins, portrayed by Johnny Depp
in Dark Shadow 2012


Image result for eve only lovers left alive
Credits: kangarooviews.com
Eve, portrayed by Tilda Swinton in Only
Lovers Left Alive 2013

Image result for adam only lovers left alive
Credits: pinterest
Adam, portrayed by Tom Hiddleston in
Only Lovers Left Alive 2013

The 20 Best Modern Vampire Movies, 1979 to the Present
Credits: villagevoice.com
Vlad the Impaler, portrayed by Gary Oldman
in Bram Stoker's Dracula 1992

The 20 Best Modern Vampire Movies, 1979 to the Present
Credits: villagevoice.com
Nadja, portrayed by Elina Lowensohn
in Nadja 1994

Image result for dominic cooper vampire
Credits: scifinow.co.uk
Henry Sturges. portrayed by Dominic Cooper
in Abraham Lincoln Vampire Slayer 2012
Image result for edison chen vampire
Credits: budaksukavanilla.blogspot.com
Prince Kazaf, portrayed by Edison Chen in
The Twin Effects/Vampire Effect 2003


Image result for ekin cheng vampire
Credits: hkfilm.net
Reeve, portrayed by Ekin Cheng in
The Twin Effects/Vampire Effect 2003

Image result for suriya vampire
Credits: twitter.com
Vampire Sakthi, portrayed by Suriya in Mass 2015


@themagi2015