Sunday 28 August 2016

#CDT: Meet & Adopt Cincang!

Gud evening, peeps~ Last entry sebelum perginya bulan 8. Memandangkan esok ada sambutan hari kebangsaan kat tempat kerja aku dan dah 2 minggu aku dihujani kesibukan, finally aku ada masa nak update blog. Even aku sibuk, aku takkan tinggalkan blog dan takkan berhenti menulis. So, pandai-pandailah aku curi masa sana sini.

Dan bila sebut pasal menulis, tahun ni aku release buku pertama a.k.a 'anak pertama' yang bertajuk Cincang: Dendam Terbalas (hashtag CDT~). Buku ni baru fasa pertama, aku tengah usaha siapkan fasa kedua. Untuk beberapa bulan after penerbitan, Lejen Press banyak kongsi info. Maka, aku nak kongsikan info #CDT dan harap-harap info ni dapat membantu korang selaku pembaca untuk 'MEET' dan  'ADOPT' Cincang :)

Okay, let's proceed~

Screenshot CDT dari Instagram Lejen Press.


CDT dalam akhbar tempatan. Nasib baik
Lejen Press share sebab aku tak alert CDT masuk
paper.


Perhatian untuk orang Melaka. CDT dah ada
kat Mydin MiTC


Perhatian untuk orang Negeri Sembilan,
CDT dah ada di Palm Mall Seremban.


CDT dah menjelajah ke Mahkota Parade Melaka.


CDT sekarang berada di SACC Mall. Hmm, bila sebut 
SACC aku teringat balik zaman study kat UiTM SA.


CDT dah pun sertai MPH Mid Valley. Masa study dulu
aku pernah jalan2 kat MPH MV ni. Siapa sangka, sekarang
buku aku yang masuk kat sana.



And to my dearest readers yang dah adopt Cincang, terima kasih
yang tak terhingga. Sokongan anda menggoreng semangat aku untuk
gigih menulis. Dan kepada potential readers yang masih mengintai,
baru berjumpa or tengah berkenalan dengan CDT, sudi2 lah
adopt CDT. Adoption korang sangat-sangat dihargai :)




@themagi2016

Monday 22 August 2016

20 Lagu Berunsur Feminis

Good morning, peeps! Back to Monday. Memandangkan aku duduk sorang, mengadap PC sambil merenung langit yang tak berapa nak biru, aku pun berhajat nak update satu entri. Tak ada kaitan pun dengan laporan cuaca. Aku just nak update pasal lagu-lagu feminis.

Ooo...tunggu kejap. Why aku nak buat entri pasal feminisme? Adakah aku seorang feminis? Aku sendiri pun tak pasti, terpulang pada korang nak judge. Tapi lagu-lagu yang berunsurkan feminis ni seolah-olah menyampaikan satu mesej iaitu: perempuan juga ada kuasa untuk menentukan, memilih dan membuat keputusan. 

Okay, aku tak nak tulis panjang sebab aku penat beberapa hari ni. So, let's proceed dengan lagu feminis feveret aku.



Grace- You Don't Own Me (ost Suicide Squad). 
Lagu asal; dinyanyikan oleh Leslie Gore dengan tajuk yang sama.

Meghan Trainor- No

Britney Spear- Stronger

Shakira- La Tortura

Blu Cantrell- Hit 'Em Up Style

Gwen Stefani- Hollaback Girl

Christina Aguilera- Can't Hold Us Down

Christina Aguilera- Fighter

Destiny Child- Survivor

Nancy Sinatra- These Boots Are Made for Walking

Sia- Titanium

Katy Perry- Roar

Icona Pop- I Love It

All Saints- Rock Steady

Beyonce- Run The World (Girls)

Demi Lovato- Skyscrapper

Destiny's Child- Independent Women

Lady Gaga- Born This Way

Natasha Beddingfield- Unwritten

TLC- No Scrubs

Meghan Trainor- All About That Bass


Oo...satu lagi. Walaupun lagu ni bukan feveret tapi lagu ni ada elemen girl power.

Idina Menzel (Frozen OST)- Let It Go


@themagi2016

Tuesday 9 August 2016

Figura Kenderaan Mini VI

And again, hai gais~ Berkobar-kobar nak mengarang entri kali ni sebab kuota internet tengah laju.. Better aku update blog sekarang sebelum internet tak nak bagi kerjasama. Untuk entri ketiga, aku tolak cerita figurine anime. Kali ni pasal mini cars. Bagi sesiapa yang kenal aku, memang mereka tau sangat aku gila VW cars. Tapi tak semestinya aku nak collect jenama tu je. Sebenarnya aku suka kereta vintage yang lain, lagi-lagi vintage cars yang ada shape menarik dan klasik. Sebelum aku lupa apa yang aku nak tulis, lebih baik aku segerakan niat aku nak tunjuk koleksi mini cars yang baru.

Perkenalkan team baru~

Volkswagen T1 transporter
Jenis: RMZ City
Harga: Tak mahal, cuma RM 16.90. 
Sebelum ni aku ada beli vw T1 kaler puith biru. Now, aku beli 
vw T1 kaler putih merah. Sekarang aku ada sepasang vw T1.

Chrysler 1956 300B
Jenis: Maisto
Harga: RM7.70 after discount 10%. 
First time nampak kereta ni, aku kaitkan 
kereta ni dengan movie James Bond.

Porsche 550 A Spyder
Jenis: Maisto
Harga: Sama seperti di atas. 
Bentuk kereta ni sama macam kereta Porsche 356 
convertible tapi tayar Spyder lagi besar.

64 Corvette Sting Ray 2007
Jenis: Mattel Hotwheels
Harga: RM5.90
Aku beli kat kedai lelong. Ada banyak mini cars lain 
dalam kedai tu tapi aku tertarik dengan kereta ni. Mungkin 
kereta ni nampak lusuh dan lama.

65 Impala
Jenis: Mattel Hotwheels
Harga: RM8.90 (harga Parkson). 
 The best part pasal kereta ni...
artwork kat kereta macam doodle.


@themagi2016

Hobi: Kumpul Figurine V (Death Note)

Hai gais! I'm back untuk entri ke-2 bulan ni. Seperti yang aku mention dalam entri sebelumnya, kali ni aku nak update pasal figurine seterusnya iaitu figurine Death Note. Sebelum ni aku ada nampak figurine dewa kematian Death Note keluaran Bandai. Tapi aku tak beli sebab masa tu aku tengah cut bajet. Then, aku pun tak dapat beli figurine tu sebab orang lain dah beli. Tapi aku jumpa koleksi karakter Death Note dalam bentuk chibi. Kali ni aku pejam mata, aku korek dompet and yepp...koleksi DN chibi jadi milik aku.

Okay, bagi sesiapa tanya harga figurine yang aku beli...aku cakap jujur je lah. Set Bleach aku beli RM90. Set Slam Dunk aku beli RM 60. Set Death Note aku beli RM89.90 dan set Star Wars (storm troopers dan snow troopers), kedua-dua figurine tu aku beli RM113. Aku sekarang tengah target satu lagi set...tapi aku tak nak cakap dulu. Dah beli nanti baru aku upload gambar. Okay, aku malas nak taip panjang sebab aku nak buat manuskrip lepas ni jadi...jom tengok~

Introducing L dalam tiga bentuk

Misa Amane, pemilik kuasa Shinigami Eyes.

Light Yagami/Kira dalam dua posisi berbeza.


Yang ini Watari, pemilik Wammy's House
dan penjaga L. Kalau refer watak anime, Watari
is an old man. Tapi bila jadi chibi, Watari jadi
kiut.

Dan ini karakter Dewa Kematian dalam DN.
Lesson learn? Dewa Kematian suka makan epal.


Huu, entri DN selesai. Lepas ni update mini cars, hihi~
@themagi2016

Hobi: Kumpul Figurine IV (Slam Dunk!)

Happy August, gais! Finally, aku dapat curik masa update blog. Macam dah lama sangat tak post apa-apa. Jadi entri kali ni aku nak tunjuk koleksi figura aku yang baru. Actually aku beli masa bulan puasa tahun ni. Baru sekarang aku ada masa nak upload gambar. Sekarang ni, agak mudah nak beli figura kat Kuching sebab kedai toys dah bertambah. Cuma aku belom dapat certain figura yang aku nakkkkk sangat (aku nak Saitama OPM sebenarnya). Okay, sekarang ialah masa untuk tunjuk figurine, bukannya buat karangan 1200 patah perkataan.

So, jom tengok>>>>

Meet Shohoku captain, Takenori Akagi
ataupun terkenal dengan gelaran Gori (singkatan
nama Gorilla)

Ryota Miyagi, pemain point guard.
Player paling rendah dan berambut curl.
Jarang tengok karakter anime lelaki rambut
curl.

Kaede Rukawa, pemain ohsem dalam Shohoku team.
Muka selalu masam tapi girl magnet di sekolah.

Hanamichi Sakuragi, watak utama SD yang 
berperangai macam clown tapi
secret weapon bagi Shohoku. 

Hisashi Mitsui, pemain three-point shooter
yang agak tak stabil emosinya pada awal cerita



Okay, lepas ni aku update entri tentang figura Death Note. Tunggu~
@themagi2016