Sunday 24 February 2019

Delicious Halal Mooncake!

Hai, peeps! Hari ni aku nak promote satu produk yang aku beli dekat IG. Sebenarnya dah lama aku perati. Lama aku jenguk, akhirnya aku decide untuk beli kuih bulan halal dari IG @mooncakeproject. Aku dapat tahu pasal halal mooncake ni dari member aku di Facebook, so aku pun tengok-tengok dulu variasi mooncake yang ada. To be honest, aku memang suka makan mooncake dan selalunya aku beli di Giant masa musim kuih bulan. 

Bagi mereka yang curious tentang halal mooncake ni, korang boleh visit di IG beliau. Nak tanya pasal rasa, tekstur, harga, perisa, saiz? Okay, aku bagi penerangan ringkas.

Rasa
Tak terlalu manis, tak terlalu tawar. Just nice di permukaan lidah. Harmoni dan meriah at the same time. Aku bagi 4/5 bintang.

Tekstur
Tak terlalu kasar, tak terlalu keras. Nicely cut, aku tak struggle masa nak potong. Kakak and mak aku suka tekstur pandan telur masin. Aku pulak suka tekstur white bean dan kacang hitam. Aku bagi 4.2/5 bintang. 

Harga
Biasanya mooncake ni harganya berbelas ringgit. Yang ini, mampu dibeli. Tak mahal, range harga sekitar RM3-RM5. Aku bagi 4.5/5 bintang

Perisa
Ada banyak jenis. Ada pandan, pandan cadbury, pandan kuaci, white bean, pandan telur masin, white bean beryl's, kacang hitam, kacang hitam telur masin, yam almond, yam telur masin, coklat brownie. Untuk kepelbagaian perisa, aku bagi 5 bintang sebab customer senang nak buat pilihan. Actually hari tu aku pesan 4 perisa which is pandan kuaci (sebenarnya aku order pandan tapi pandan dah habis), white bean, kacang hitam dan pandan telur masin. Aku rasa aku fall in love dengan white bean, haha!

Saiz
Mooncake ini bersaiz S, tak puas pulak aku bila makan mooncake ni. Aku bagi 3.5/5 bintang. Kalau dia tambah variasi mooncake bersaiz M sekali sekala, menarik jugak. Tapi aku rasa saiz S ni elok juga untuk dikekalkan sebab sesuai untuk dijadikan gift dan harga pun mampu milik.

Okay, bagi sesiapa yang tertarik nak mencuba halal mooncake, jangan lupa jenguk IG @mooncakeproject by Nurashikin Azmadee or whatsapp +60132058101. Atau korang boleh visit Facebook halalmooncakeproject untuk baca review dari customer lain. Review ni membantu korang untuk pilih mooncake mana yang korang suka. Err, apa lagi yang aku nak tambah? Alah, kalau nak tahu lebih lanjut korang DM/PM je tokey dia.

Baiklah, sekian saja review aku. By the way, mooncake tu dah selamat diproses dalam perut aku. Sekian terima kasih! [ini bukan paid review tau, haha~]

@theMaGi2019

Monday 18 February 2019

Movie Review: The Extraordinary Journey of the Fakir

Image result for the extraordinary journey of the fakir
source: wikipedia
Hello Monday! Hari ni ramai yang keluar bekerja. Termasuk aku. Baru sekejap tadi habiskan kerja, so aku berehatlah. Memandangkan aku tengah berehat, aku nak update satu movie yang aku tengok semalam. Movie tu bertajuk The Extraordinary Journey of the Fakir, dibintangi oleh pelakon Tamil terkenal iaitu Dhanush dan officially released pada tahun lepas.

Sebab utama aku download cerita ni ialah Dhanush, aku peminat untuk semua movie dia. Tapi movie ni bukannya movie Tamil typical sebab movie ni diadaptasi dari novel bertajuk The Extraordinary Journey of the Fakir Who Got Trapped in an Ikea Wardrobe, ditulis oleh penulis French iaitu Roman Puertolas. Buku beliau merupakan bestseller di 36 buah negara dan akhirnya diangkat menjadi sebuah filem. Just adding some info, aku pernah tengok satu lagi French movie yang bertajuk The Extraordinary Adventures of Adele Blanc-sec. It means 2 kali dah aku tengok French movies yang bertemakan 'extraordinary'.

Okay, kita kembali semula ke topik asal. Bagi yang tak pernah menonton movie ni, aku akan cuba untuk elakkan spoiler tapi aku akan point out bahagian-bahagian yang menarik dalam movie ni.

1. Permulaan kisah

Image result for the extraordinary journey of the fakir
source: hollywoodreporter
Aku suka dengan opening movie ni. Dimulakan dengan karakter tiga orang remaja miskin bermasalah. Kemudian, datang seorang lelaki (watak utama: Dhanush) bernama Ajatashatru Lavash Patel, dikenali sebagai Aja. Selepas itu, Aja menceritakan kisah hidupnya sebagai anak orang miskin yang cuma ada seorang ibu. Aja pernah merungut betapa miskinnya hidup mereka, tapi aku suka kata-kata mak Aja iaitu selagi kita saling ada antara satu sama lain selagi itulah kita kaya. Then, Aja pun memulakan kisahnya di sebalik penampilan Aja yang nampak biasa. Itulah kata pepatah, jangan menilai orang secara luaran. Ada lesson learn dekat bahagian permulaan.

2. Pembelajaran di sebalik kehilangan

Image result for the extraordinary journey of the fakir scene
source: cinemachaat
Kisah Aja yang seterusnya ialah mak dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Aja tak bersedia, tapi bila Aja dapat tahu siapa ayahnya dan kenapa mak dia beria-ia nak ke Paris, Aja nekad nak pergi ke Paris untuk penuhi hajat terakhir parent. Masa tu barulah terbongkar rahsia, ayah Aja ialah seorang street performer dari Paris dan keluarga mak Aja tak terima hubungan mereka. Kemudian, Aja pun berangkat ke Paris dengan duit poket 100 euro palsu selepas usahanya merompak duit majikan tak berjaya. Boleh dikatakan, tindakan Aja ni memang satu perjudian.

3. Cinta di IKEA

Image result for the extraordinary journey of the fakir scene
source: thegrandcinema
Pada awal cerita, Aja terbaca katalog perabot IKEA dan Aja mula berangan untuk miliki set perabot tersebut. Apabila dewasa dan berjaya menjejakkan kaki ke IKEA di Paris, Aja melepaskan rasa cintanya terhadap setiap perabot yang pernah menjadi angan-angannya. Dalam masa yang sama, dia terserempak dengan seorang wanita bernama Marie dan akhirnya jatuh cinta. Disebabkan Aja berniat nak jumpa dengan Marie di atas menara Eiffel pada keesokan harinya, dia pun menumpang tidur dalam almari di IKEA. Tapi, keputusan Aja nak tidur dalam almari IKEA tu lah yang bawa Aja ke dunia yang Aja sendiri tak pernah fikirkan. Tapi at the end of the story, cinta datang semula dan Aja tak perlu bersusah payah pun. Itulah orang cakap, nasib manusia ni kita tak tahu.

Menerusi movie ni, beberapa tema ditekankan iaitu:

  • Peluang dan karma
  • Perbezaan hidup miskin dan hidup kaya
  • Nasib golongan imigran yang mencari rezeki
  • Kesan peperangan di negara mundur
  • Kisah-kisah penipuan yang dihadapi pelancong
  • Makna pertolongan dan sedekah
Menerusi movie ni, beberapa karakter aku rasa sangat menarik dan menghidupkan jalan cerita iaitu:
Image result for the extraordinary journey of the fakir
source: unifrance
  • Aktres Nelly Marnay, pemilik peti pakaian yang menjadi tempat persembunyian Aja dari dikejar polis tolong Aja untuk dapatkan duit jadi Aja mampu untuk uruskan diri sepanjang berada di negara orang. Macam mana cara Nelly dapatkan duit? Nelly pergi jual baju Aja yang kononnya ada nilai seni. Korang patut tengok bahagian ni, Nelly memang trickster.
  • Wiraj, pelarian dari Somalia. Aja dan Wiraj bertemu di dalam trak Ikea yang menuju ke England. Wiraj yang dah biasa melarikan diri banyak bagi realiti hidup pada Aja dan Wiraj juga yang tolong Aja semasa Aja menjadi imigran di Libya. Boleh dikatakan, perjalanan Aja di luar negara ni memang malang, tapi full of surprise.
  • Kapten Smith antara karakter yang aku suka, seorang pegawai yang uruskan imigran. Jenis yang malas nak fikir banyak, serah semua masalah ke Spain atas alasan perjanjian termaktub. Tapi cara dia nak bagitahu yang semua imigran yang ditangkap di England tu memang menarik. Dia menari, dia menyanyi dan akhirnya dia campak semua imigran termasuklah Aja yang datang sebagai tourist ke lapangan terbang. Seriously, watak dia ni memang annoyingly good...tapi tetap annoying.
  • Last sekali, karakter Guru yang Aja jumpa di penjara semasa Aja masih budak-budak. Guru tersebut banyak mengajar Aja tentang hidup walaupun Guru seorang lelaki buta. Dan kisah pertemuan antara Aja dan Guru inilah yang Aja tulis pada bajunya sendiri (dan Nelly tolong Aja jual baju tersebut dengan harga 100,000 euro. Gila tak gila kerja si Nelly tu?)
Untuk kemuncak cerita ni, aku paling suka bila Aja dapat kesedaran bahawa kekayaan dan magic yang sebenar ialah bersedekah. Dengan duit menjual baju, Aja bahagikan kepada mereka yang lebih memerlukan dan masa tu, Aja merasakan kepuasan yang luar biasa dalam hidup. Dengan baki duit tersebut, Aja balik ke India dan menyambung belajar. Akhirnya, Aja menjadi seorang guru sekolah dan dia berusaha untuk tolong anak-anak miskin untuk belajar sebab bagi Aja, kekayaan yang terbaik ialah kekayaan ilmu.

Oh, ada satu lagi yang aku suka pasal cerita ni. Aku suka soalan dari seorang polis yang teman Aja. Soalan tu simple- "Betul ke cerita kau masa kat luar negara tu?" Jawapan Aja ialah- "Hanya bahagian yang penting saja..." Aku recommend korang tengok cerita ni. Aku bagi rating 7.5/10.

@theMaGi2019


Saturday 16 February 2019

10 Lagu Berkonsepkan Spooky/Eerie Vibes

Hai Magians! Nak buat short update hari ni. Tentang lagu. Semalam aku pergi klik-klik new songs kat Youtube dan aku dengar lagu Bury a Friend by Billie Eilish. Terus aku fall in love di bulan Februari. Serius, aku memang suka lagu yang ada spooky eerie vibes. Macam serasi je dengan selera aku. Tapi lagu Bury a Friend ni bukan satu-satunya lagu yang berkonsepkan spooky eerie vibes dalam playlist aku. Since this month is full of love, aku prefer untuk love that kind of song. Baru ada feel nak mengarang cerita. Hakhak!

Okay, ini dia list lagu spooky eerie vibes dalam playlist aku. Kalau ada suggestion, sila tambah kat kotak komen. You are very welcome!

1. Bury a Friend- Billie Eilish

2. You Should See Me In A Crown- Billie Eilish

3. Bloody Mary- Lady Gaga

4. Secret- The Pierces

5. For Skin- The Growlers

6. Little Miss Jack- The Growlers

7. Empty Bones- The Growlers

8. Tiptoe Thru the Tulips With Me- Tiny Tim

9. Yellow Flicker Beat- Lorde

10. Control- Halsey


@theMaGi2019

Friday 15 February 2019

Book Session: Dia Dilanku 1990 & 1991

Hello Februari! Semalam hari Valentine Day. Maaf, aku tak sambut perayaan tu. Tapi aku selesai habiskan pembacaan buku best-seller yang diadaptasi menjadi filem iaitu Dilan. Sebenarnya buku tu aku beli tahun lepas. Aku order bulan April, aku dapat lepas Raya. Baru sekarang ada kesempatan nak membaca tapi yang peliknya, aku tengah siapkan manuskrip, aku tolong member buat artwork, aku join sayembara dan dalam masa yang sama, sibuk siapkan kerja kat tempat kerja. Aku rasa lepas ni aku nak bercuti.

Okay, balik semula ke topik asal. Aku nak introduce sekali lagi buku dalam sesi kali ni iaitu:

Tajuk: Dilan 1990 & 1991
Penulis: Pidi Baiq 
Tahun terbitan: 2015

Berkenaan dengan kedua-dua buku Dilan ni, aku beli sebab kawan aku peminat tegar Dilan. Alang-alang aku tolong dia beli buku tu, aku pun beli sekali. To be honest aku sebenarnya bukan jenis baca novel cinta. Drama pukul 7 tu bukan taste aku. Aku lebih banyak simpan novel seram, novel thriller, novel dewasa, novel yang banyak topik berat dan last sekali....buku ensiklopedia yang maha berat dan boleh digunakan sebagai dumb bell bila perlu. Jadi, before aku baca novel ni, aku cuba tak nak fikir benda-benda skeptikal pasal cinta. Dan aku senaraikan apa yang menarik dan tak menarik perhatian aku dalam novel ni. Untuk pro-Dilan, aku mintak maaf sebab ni blog aku, aku nak bagi honest review.

Yang menarik?

  • Kisah cinta remaja yang detail. Milea, watak heroin menceritakan semula kisah cinta zaman remaja iaitu pada zaman 1990 dan 1991. Aku suka details tentang trend, keadaan semasa, perangai remaja dan suasana sekeliling pada zaman Milea di Bandung. Sedikit sebanyak, kenangan dari fikiran Milea tu memberikan nuansa segar dalam penceritaannya.
  • Aku suka penulis selitkan politik semasa dalam kisah cinta Milea dan Dilan selepas mereka berpisah. Secara tak langsung penulis sampaikan sejarah yang pernah berlaku di tanah seberang.
  • Karakter Dilan ni agak cheesy, tapi Dilan ni macam bagi tips how to treat your woman well dan how to make your woman happy in a very simple way. Dengan kata lain, cara yang Dilan gunakan senang banget iaitu perhatian dan kejujuran yang tidak berbelah bahagi.
  • Melalui kedua-dua buku Dilan ni, penulis berjaya berikan pemandangan zaman remaja dan bagaimana remaja ni berdepan dengan perasaan.
  • Aku suka ilustrasi yang disertakan dalam buku. Sangat membantu untuk aku bayangkan kesemua watak yang terlibat.
  • Aku tertarik dengan puisi dari Dilan untuk Milea. Nampak ketidakmatangan, tapi punya maksud dan manis untuk dibaca.
  • Untuk point terakhir, penulis banyak selitkan kata-kata nasihat, falsafah dan unsur-unsur humor yang menarik melalui dialog Milea dengan Bunda, Milea dengan Dilan, Milea dengan Ibu dan juga Milea dengan Pak Ical. 
Yang kurang menarik?
  • Aku rasa mungkin ada beberapa bahagian kecil yang aku rasa kalau tak cerita pun tak apa. Tapi aku boleh tolerate sebab mungkin penulis kena cukupkan kuota bab atau mungkin dia suka bahagian tu. So, aku skip je bahagian yang aku rasa tak menyentuh pemikiran aku.
  • Aku berpendapat kalau watak Susi dan Yugo tu dikembangkan, mungkin lebih menarik.
  • Beberapa part agak cringy. Mungkin sebab aku ni darkside maka aku tak suka part tu.
  • Tema novel ni biasa, novel cinta remaja- kisah remaja bercinta dan putus cinta.
But still, buku ni satu bahan bacaan yang bagus sebab temanya tak heavy. Kisah cinta remaja. Sekali sekala baca buku yang tak terlalu ilmiah pun bagus sebenarnya, untuk merehatkan otak. Dalam masa yang sama, buku ni membantu aku terkenang balik zaman remaja. Rindu pulak dengan zaman sekolah. Memandangkan aku belum baca buku Milea sebab aku belum beli, so ending cerita ni more to reminisce kenangan cinta zaman remaja dan betapa kehadiran Dilan ni memberi impak besar dalam hidup Milea. Even Milea dah dewasa, dah menikah, dah ada suami dan dah ada anak, Milea masih ingat dengan Dilan. Itulah orang cakap, cinta pertama ni susah nak lupa.

By the way, aku recommend buku ni untuk bacaan sampingan pembaca. Sebenarnya, aku tercari-cari juga kisah cinta yang tak bercinta. Maksud aku, kisah cinta yang lebih ke arah crush/admire, cinta tu kedua-dua pihak tahu tapi kedua-duanya tak bagitahu, kedua-dua saling push and pull tapi at the end, cinta mereka tak mekar pun. Sebaliknya, kedua-dua pilih untuk saling memandang dari jauh. Ada tak buku macam ni? Kalau ada, DM aku. Aku nak beli, bukan sebab aku ni peminat tegar novel cinta tapi aku nak tahu teknik penceritaan penulis tu macam mana.

Jadi, ini jelah entrinya. Sekian, terima kasih~
@theMaGi2019

Monday 11 February 2019

Orthodontic Journey: Pengalaman Setengah Tahun

Image result for orthodontic colour band
credits: verywellhealth
Hello gais! Bulan dua, cuti CNY dah habis. Orthodontic review pun dah dibuat bulan lepas. Tak sangka dah lima kali aku buat review di Klinik Pergigian Anmas. Setakat ni semuanya ok. Selepas aku update review kedua aku dah tak update apa-apa sebab progress gigi aku tak banyak yang berubah. Tukar dawai, tukar colour band, scaling and so on.

Okay, untuk orthodontic journey yang seterusnya aku nak share beberapa tips or info berguna bagi mereka yang ada DM aku. Jadi aku jawab setakat yang aku tahu based on my personal experience. Harap info ni dapat membantu mereka yang berhajat nak pasang braces.

  1. Sebelum nak pasang braces, survey dulu klinik pergigian mana yang sediakan perkhidmatan pasang braces, kos pemasangan dan juga lokasi klinik. Pilih lokasi klinik yang dekat dengan rumah atau tempat kerja untuk memudahkan sesi appointment.
  2. Berkenaan dengan bayaran, tanya dulu dengan doctor dan juga polisi klinik. Ada klinik perlukan deposit pendahuluan, ada klinik tak kisah bayar separuh-separuh. Tanya dulu, ikut kemampuan poket.
  3. Pilih jenis braces ikut bajet. Braces ada pelbagai jenis seperti conventional, damon, ceramic, Invisalign etc. Jenis conventional ialah braces paling murah dalam senarai.
  4. Untuk makluman mereka yang nak pasang braces, braces dipasang atas bawah. Sebab perlu selari dengan kedudukan rahang, tak sesuai pasang atas sahaja atau pasang bawah sahaja.
  5. Kos braces jenis conventional ialah 6k. Itu harga braces sahaja. Kos yang lain seperti scaling, cabut gigi, minor surgery, tampung gigi dan sebagainya tu tak termasuk dalam kos braces. Kena keluarkan duit lebih kalau gigi bermasalah.
  6. Orthodontic review ni tak semestinya setiap bulan. Doctor akan tetapkan bila perlu ke klinik. Selalunya setiap 6 minggu, tapi kalau patient tak dapat pergi untuk tarikh yang ditetapkan, sila bincang dengan doctor.
  7. Sebelum braces dipasang, patient kena buat -ray dan impression. Impression tu buat acuan gigi. Acuan tu digunakan untuk rujukan doctor untuk pasang bracket braces.
  8. Setiap kali review, bayaran dikenakan. Kos bayaran bergantung dengan polisi klinik. Mintak list bayaran dan resit setiap kali lepas buat rawatan.
  9. Bila dah pakai braces, makan kena jaga. Sebab kalau tak jaga makan, kos rawatan meningkat sebab bracket mungkin hilang/tertelan, masalah karang gigi dan sebagainya.
  10. Sebelum pasang braces, doctor selalunya advise untuk cabut gigi. Kalau gigi bongsu korang dah dicabut, good news sebab kos dapat dikurangkan. Kalau belum, sediakan duit lebih terutama sekali kalau doctor inform yang gigi bongsu korang jenis impacted dan perlukan surgery. It's expensive, to be honest.
  11. Bila dah pakai braces, ada potensi untuk kurus. Tak apa, after few months, korang dah selesa pakai braces dan kedudukan gigi dah mula okay, korang boleh makan dengan selesa. Tapi crunchy chewy foods memang still tak boleh. Kalau korang tak kisah bayar lebih setiap kali review, aku tak kisah.
  12. Lepas selesai sesi braces, baru pakai retainer untuk tetapkan kedudukan gigi yang dah di-align. Retainer tak sesuai dipakai untuk orang yang ada masalah gigi yang serius such as protruding teeth yang ketara or gigi bertindih-tindih.
  13. Kalau nak pasang braces dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran sampai bertahun-tahun, pergi klinik swasta. Tapi kalau patient masih bersekolah dan umur pun belum lepas 18 tahun, aku suggest korang pergi ke hospital kerajaan. Ada perkhidmatan braces untuk pelajar sekolah yang kosnya lebih murah jika dibandingkan dengan swasta. Jangan lepaskan peluang tu ya, adik-adik sekalian.
  14. Bagi sesiapa yang dah berumur, almost 30 atau dah 30+ macam aku ni, aku suggest jangan lengahkan rawatan kalau berkeinginan nak pakai braces. Makin lama korang tangguh, makin degil gigi and gusi korang.
  15. Bila dah pakai braces, gigi korang akan jadi high maintenance. Berus gigi tak sama macam orang lain, pakai superfloss, interdental brush, ubat kumur...kena sediakan semua keperluan gigi.
  16. Gigi yang dipasang braces ni dalam keadaan lemah sebab gigi tengah changing position. Pastikan minum susu atau makan something yang high calcium untuk pastikan gigi tak rapuh.
  17. Jangan risau kalau nak tukar colour band braces, benda tu percuma. Termasuk dalam total cost.
  18. Makan supplement yang berkaitan dengan gigi such as Vit C, B, atau Zinc. Semua tu ada manfaat yang baik untuk gigi.
  19. Setiap doctor ada cara tersendiri. Ada sesetengah doctor akan cabut banyak gigi sebelum pasang braces. Ada doctor akan cabut gigi semasa patient dah pakai braces. Semua bergantung dengan bentuk rahang dan gigi patient itu sendiri.
  20. Whatever it is, patient kena pandai bajet perbelanjaan bulanan. Pastikan korang bersedia setiap kali review.
Okay, itu je tips dari aku. Kalau ada apa-apa soalan, boleh emel aku. Aku akan berusaha untuk jawab semua soalan. Kalau tak dapat jawab, aku akan refer korang ke website pergigian atau klinik pergigian yang sesuai. 

@theMaGi2019