Wednesday 9 March 2016

Rosmoh Perempuan Puaka- memang puaka~

Back again, dengan entri kedua di hari yang sama (09 Mac 2016). Hari ni aku nak kopek mengopek tentang buku terbitan Lejen Press iaitu Rosmoh Perempuan Puaka. Sejujurnya, sebelum aku beli buku ni aku lalu depan rak buku tu 5-6 kali. Dah puas lalu dan mengintai, barulah aku beli. Really, nama Rosmah menjadi Rosmoh itu sangat epik pada pandangan aku.

Well, mari perkenalkan sikit~

Judul: Rosmoh Perempuan Puaka
Penulis: Naufal Tarmizi
Harga: RM20 (berpatutan sangat)
Terbitan: Lejen Press
Cetakan: 2015
Jenis: Paperback

Tarikan buku dari segi fizikal?

  • Semestinya, cover buku Rosmoh sangat unik dan kreatif. Tak kira macam mana aku terbalikkan buku tu, imej Queen daun terup tu tetap sama
  • Kualiti kertas memang baik. Malas aku nak bebel pasal eye-strain ke apa sebab kertasnya agak yellowish so sesuai untuk mata.
  • Okey, aku mengaku aku beli buku ni sebab judul buku ni menarik. Boleh ke aku masukkan judul dalam kategori fizikal eh?
Tarikan buku dari segi kandungan?
  • Of course la, jalan cerita. Aku memang suka cerita mistik, spooky, thriller dan jenayah macam ni.
  • Apa yang paling best? Bukan Rosmah yang jahat dalam novel ni (saja bagi spoiler bagi orang yg belum baca)
  • Surprise...itulah pendapat aku yang paling sesuai untuk kandungan buku ni.
Problem buku ni?
  • Aku detect kesalahan ejaan di beberapa helaian mukasurat. Aku tak tahu error tu disengajakan atau tidak. Ke buku yang aku beli ni je yang ada problem?
  • Ada sedikit kekeliruan dalam sesetengah chapter, penerangan kurang jelas. Tapi tak banyaklah, sikit je error ni. Mungkin aku patut salahkan diri sendiri sebab lambat paham.
  • Tulisan agak kecil. Nasib baik kertas kekuningan, taklah sakit mata sangat.
Okey, itu je review aku tentang Rosmoh Perempuan Puaka. Kalau nak tanya aku suggest buku ni untuk pembaca atau tidak...aku rasa aku memang tengah suggest ni. Sebab itulah aku buat entri pasal buku ni. Bagi penggemar/penggila/pengumpul buku, pastikan buku ni ada kat rak buku korang. Tak rugi beli, RM20 je.

#sokongmalaynovel

@themagi2016
P/S: tak sabar tunggu reply dari LP...harap2 cepat la lepas~

Volkswagen Das Auto!

Good morning, Kuching (and Sarawak...and Malaysia...and the whole world!). Hari ini, aku kembali memblogging dan mengarang entri. Selepas mendapat panggilan dari DBP berkenaan dengan penerbitan karya (oh, syukran~), tergerak hati ini untuk menggembirakan diri dan entri hari ini ialah...Das Auto. Pertama sekali, aku bukannya nak beli kereta Das Auto sebab aku sedar siapalah aku nak beli kereta mahal. Memandangkan aku sedar aku tak mampu plus aku belum ada lesen pun (suka jadi backseat passenger, konon2 nk jadi bos...), jadi aku beli kereta mainan sebagai pengganti. Lagipun, kumpul toys boleh hilangkan stress. Cubalah kalau tak percaya.

Maka di sini, seperti yang aku dah 'nawaitu' sebelum ini...aku buat entri untuk kereta2 VW Beetle kesayanganku~

VW Beetle classic Kafer by Maisto
Harga: RM89.90
Custom Edition
Skala: 1/24
Pintu boleh dibuka, lebih berat, interior part
sangat detail, mempunyai replika enjin di
belakang.
VW Beetle classic by RMZ City
Harga: RM14.90
Skala: tak dinyatakan
Kategori: race car
Pintu boleh dibuka, interior part lebih detail.
Saja nak bagitahu, harga toys RMZ City di Mr.DIY
memang sangat berpatutan ^^
VW Beetle classic hard top by NEX
Harga: RM23.90 (ada diskaun tapi dah lupa)
Skala: tak dinyatakan
Kategori: race car
Pintu boleh buka, tapi kurang lancar.  Interior part
kurang detail. Kurang kemas dari segi cat.
VW New Beetle 2012 by RMZ City
Harga: RM 20 +
Skala: tidak dinyatakan
Kategori: race car
Pintu boleh dibuka, interior part lebih detail.
Pergerakan kereta lebih lancar dan gaya 

sportyang menarik.

VW New Beetle Hatchback by Maisto
Harga: RM 24+
Skala: 1/37
Kategori: race car
Pintu boleh dibuka. Interior part agak detail.
tetapi lapisan pintu agak nipis. 

VW Beetle classic 1303  by Cararama
Harga: RM39.90
Skala: tidak dinyatakan tapi mungkin 1/43
(berdasarkan model Fiat 500)
Pintu tak boleh dibuka, bukan race car
dan interior part agak detail. Cuma ada sedikit
masalah (sisi senget) di pintu kanan. Well, aku
kena pertimbangkan...nak beli toys Cararama lagi
atau tidak?

VW Beetle classic 1300 by Maisto
Harga: RM7.12
Skala: mini (saiz standard kereta Hot Wheels)
Warna gangsa menyerlah,  ada absorber. Tapi 
interior part tak nampak, lampu kereta pun tak
di'realistik'kan dalam bentuk warna yang berlainan.
VW New Beetle convertible by Maisto
Harga: RM7.12
Skala: mini (saiz standard kereta Hot Wheels)
Warna menyerlah, gaya convertible yang menarik
logo VW dicetak dengan baik dan jelas.
VW New Beetle Hatchback by Maisto
Harga: RM7.12
Skala: mini (saiz standard kereta Hot Wheels)
Serupa dengan kereta VW skala 1/37 tapi
interior part tak nampak. Tapi logo VW
dicetak dengan baik dan jelas.
VW New Beetle 2012 by Tomica Tomy
Harga: Tak tahu (sebab orang bagi)
Skala: 1/66
Warna kuning menyerlah, interior part agak detail,
ada absorber, logo VW dicetak dengan baik dan jelas.



Oh, Beetle...aku akan tambah jumlah kau lepas ni!
@themagi2016

Thursday 3 March 2016

Trivia Simbol Hati

Happy Thursday untuk pembaca blog! Entri ke-3 di bulan 3, terlintas di fikiran aku tentang simbol hati yang bertaburan di tepi jalan masa hari Valentine bulan lepas. Dan aku tak nafikan aku selalu guna simbol hati dalam lukisan dan doodling. Tapi aku tak tahu apa maksud simbol hati dan dari mana datangnya simbol hati ni. Memandangkan aku tengah buat kerja (sempat curi masa untuk memblogging), aku nak bagi trivia tentang simbol hati a.k.a heart.


Trivia Simbol Hati

  • Simbol hati merujuk kepada jantung manusia, walaupun hati dalam bahasa Inggeris ialah 'liver'.
  • Walaupun simbol hati merujuk kepada jantung manusia, ia tidak ada persamaan langsung dengan rupa jantung manusia yang sebenar.
  • Simbol hati dikatakan muncul sejak sekian lama, iaitu pada era Mesir Kuno.
  • Simbol hati dikaitkan dengan emosi dan jiwa pada abad pertengahan.
  • Di Eropah, simbol hati menjadi ikon dan biasanya simbol ini berwarna merah atau putih.
  • Dikatakan, simbol hati ini muncul dalam visi seorang biarawati Perancis yang bernama Saint Margaret Marie Alacoque pada akhir abad ke-17. Beliau melihat simbol hati yang dikelilingi oleh mahkota duri. Tetapi hati yang dikelilingi mahkota duri sudah wujud di tingkap kaca gereja Katolik sebelum abad ke-17.
  • Di Afrika Utara, simbol hati ditemui di runtuhan kota purba yang bernama Cyrene pada abad ke-7.
  • Teori kontroversi mengenai sejarah simbol hati ialah simbol ini berkenaan dengan kawalan kelahiran (birth control). Sejarah di Rom mencatatkan terdapat sejenis herba bernama Silphium berkesan untuk mengawal kelahiran. Herba ini sangat bernilai sehingga tercetak di atas syiling Rom pada masa itu.
  • Teori kontroversi yang lain berkenaan dengan simbol hati ialah ia merujuk kepada bahagian sulit wanita seperti payudara dan vulva. Ia juga merujuk kepada testis lelaki (jika simbol hati dilihat secara terbalik).
  • Secara logiknya, simbol hati pada masa dahulu lebih dikaitkan dengan perkara seksual.
  • Pada masa kini, simbol hati merujuk kepada perasaan cinta dan kasih sayang. Simbol hati retak merujuk kepada kekecewaan dan putus cinta sehingga wujudnya istilah 'patah hati'.
  • Emoticon simbol hati digambarkan dengan bentuk <3


@themagi2016

Tuesday 1 March 2016

Filem Trilogi Yang Ohsem!

Hallo~ Kembali lagi dengan entri kedua untuk bulan Mac. Aku teruskan mengarang entri dalam blog hari ni sebab lepas ni mungkin lambat lagi aku nak update. Satu, aku ada kerja lain nak buat. Dua, aku mungkin dapat penyakit malas. Tiga, aku tak subscribe internet. Empat, mungkin aku tak ada idea. So, sebelum terjadinya empat perkara itu maka haruslah aku teruskan memblogging dan no procastination.

Back to perkara pokok, entri kali ni berkenaan dengan filem trilogi yang terkenal dan berpengaruh. Banyak filem trilogi yang ditayangkan tapi yang mana lebih menarik pada pandangan anda? Kalau aku, ada beberapa filem trilogi yang berjaya menambat hati aku terutama sekali filem LOTR sebab aku pun pakai the One Ring Lord Sauron macam Frodo Baggins. Tapi aku punya jenis silver and aku gelarkan diri sendiri sebagai Lord Shield (okey....aku perasan)

Sebelum aku bercakap seorang diri macam Gollum (my preciouss~), aku bagi senarai filem trilogi yang terkenal dan berpengaruh (kedudukan filem dalam senarai tak ada kaitan dengan rating filem ^^)
  1. Lord of the Rings (LOTR: The Fellowship of the Ring 2001, LOTR: The Two Towers 2002, LOTR: The Return of the King 2003)
  2. The Hobbit (The Hobbit: The Unexpected Journey 2012, The Hobbit: The Desolation of Smaug 2013, The Hobbit: The Battle of the Five Armies 2014)
  3. Rush Hour (Rush Hour 1998, Rush Hour 2 2001, Rush Hour 3 2007)
  4. Star Wars (Star Wars 1977, SW Ep 5: The Empire Strikes Back 1980, SW Ep 6: Return of the Jedi 1983)
  5. Star Wars (SW Ep 1: The Phantom Menace1999, SW Ep 2: Attack of the Clones 2002, SW Ep 3: Revenge of the Sith 2005)
  6. Iron Man (Iron Man 2008, Iron Man 2 2010, Iron Man 3 2013)
  7. Terminator (The Terminator 1984, Terminator 2: Judgement Day 1991, Terminator 3: Rise of the Machines 2003)
  8. X-Men (X-Men 2000, X2 2003, X-Men: The Last Stand 2006/ X-Men Origins: Wolverine 2009)
  9. Rambo (Rambo 1: First Blood 1982, Rambo 2: First Blood Part II 1985, Rambo 3: First Blood Part III 1988/Rambo 2008)
  10. Transformers (Transformers 2007, Transformers: Revenge of the Fallen 2009, Transformers: Dark of the Moon 2011)
  11. Terminator (The Terminator 1984, Terminator 2: Judgement Day 1991, Terminator 3: Rise of the Machines 2003)
  12. The Matrix (The Matrix 1999, The Matrix Reloaded 2003, The Matrix Revolution 2003)
  13. Indiana Jones (Raiders of the Lost Ark 1981, Indiana Jones and the Temple of Doom 1984, Indiana Jones and the Last Crusade 1989)
  14. Back to the Future (BTTF I 1985, BTTF II 1989, BTTF III 1990)
  15. Jurassic Park (Jurassic Park 1993, The Lost World: Jurassic Park 1997, Jurassic Park III 2001)
  16. Spiderman (Spider-Man 2002, Spider-Man II 2004, Spider-Man 3 2007)
  17. Mission: Impossible (MI 1996, MI II 2000, MI III 2006)
  18. The Godfather (The Godfather 1972, The Godfather II 1974, The Godfather III 1990)
  19. Toy Story (TS 1995, TS II 1999, TS III 2010)*
  20. Batman (Batman Begins 2005, The Dark Knight 2007, The Dark Knight Rises  2012)*
  21. The Bourne (The Bourne Identity 2002, The Bourne Supremacy 2004, The Bourne Ultimatum 2007)*
  22. Mad Max (Mad Max 1979, Mad Max The Road Warrior 1981, Mad Max Beyond Thunderdome 1985/ Mad Max: Fury Road 2015)*
  23. Silence of the Lambs (SOTL 1991, Hannibal 2001, Red Dragon 2002)*
  24. The Girl (The Girl with the Dragon Tattoo 2009, The Girl Who Played with Fire 2009, The Girl Who Kicked the Hornet's Nest 2009)*
  25. Alien (Alien 1979, Aliens 1986, Aliens 3 1992)*


Info: filem bertanda * bermaksud, aku tak tengok lagi filem tu. Tapi filem Mad Max Fury Road aku dah tengok. Pendapat aku? Emm...menarik.
Btw, aku tak sabar tunggu filem Sherlock Holmes 3.
Kalau ada filem trilogi yang anda rasa menarik, sila tambah di kotak komen. Sekian~

@themagi2016

Figura Kenderaan Mini IV

Good Wednesday, peeps! Hari ini 1 Maret ya (tetiba tukar bahasa). Memandangkan March is marching forward, aku kembali lagi dengan 1st entry untuk bulan 3 iaitu kegilaan aku terhadap figura kereta. Aku bersyukur sangat sebab tahun ni banyak perkara yang menarik dah berlaku. Workload pun dah berkurangan dan yang tinggal cuma responsibility untuk siapkan manuskrip (1st try dengan pihak DBP after join bengkel last December).

Maka, sebelum sambung mengarang...haruslah ada terapi jiwa. As always, kereta-kereta baharuku itu adalah satu reward untuk diri sendiri sebagai tanda menghargai penat lelah mencari rejeki. Tak gitu?

Okey, mari perkenalkan geng-geng baru~

Nama: Porsche 356 Convertible by Maisto
To be honest, pernah terlintas di fikiran aku nak beli kereta kecik warna kelabu. 
Then aku nampak kereta ni kat section toys di Parkson. Sekadar nak bagi info, 
Porsche 356 ialah luxury sport car yang direka oleh syarikat Austrian dan seterusnya syarikat Jerman. Kebetulan atau tidak, syarikat Austrian itu juga syarikat yang bertanggungjawab buat rekaan VW Beetle sebelum diambilalih oleh syarikat 
Jerman. Well, aku dan Beetle memang ada instinct.

Nama: Volkswagen New Beetle Convertible by Maisto
Yeah, Beetle! Tak sangka aku, selepas puas menyelongkar kedai toys,
aku jumpa VW new beetle jenis convertible dengan colour merah yang
delicious. Patut ke aku cerita banyak pasal VW? Okeylah, bagi sikit...VW
beetle convertible ni jenis boleh bukak atap, dikategorikan sebagai compact car
yang mahal (obviously) dan tak salah aku, iklan Pizza Hut ke iklan MacD ada tunjuk
kereta ni pusing-pusing kat roundabout. 

Nama: Mini Cooper by Maisto
Before, aku ada nampak kereta Mini Cooper by RMZ City dengan
rekaan Union Jack kat bumbung kereta. Tapi masa tu aku tak beli sebab aku 
dah pilih VW Beetle. Bila aku datang balik 2 minggu kemudian, kereta Mini Cooper
tu dah tak ada lagi. And now, aku jumpa Mini Cooper yang extra mini. Fyi, parent
company untuk Mini Cooper ni ialah BMW, kereta ni jenis subcompact, harga pun
mahal tahap wow but aku beli kereta mainan ni dengan harga RM7.12 je.

Nama: Volkswagen New Beetle Coupe by Maisto
Again, VW Beetle! Sebenarnya VW Beetle ada banyak jenis rekaan and the latest one tahun ni ialah 2016 VW new beetle convertible (Google sendiri kalau nak tahu). Tapi, aku lebih suka VW new beetle coupe edisi 2012 sebab bentuknya memang macam beetle, lebih comel dan bila saiznya dikecikkan, makin bertambah comel. Kalau korang pernah baca 1st entry figura kereta , VW new beetle coupe pertama yang aku beli ialah keluaran Maisto, warna pun sama tapi saiz berbeza. Kereta yg pertama tu berskala 1/37. Yang baru ni skala yang paling kecik sampai tak ditulis kat kotak.  Okey, aku compare sikit~

Kiut kan bila dua beetle ni jalan sama-sama?



Okey, setakat ni je entri aku. Nanti aku sambung lagi bila aku beli kereta yang baru:)
@theMaGi2016