Monday 29 October 2012

Kisah di Sebalik Halloween


Halloween atau Hallowe'en merupakan salah satu perayaan utama bagi golongan Kristian selain dari perayaan Krismas, Easter, Valentine atau Hari Kesyukuran (Thanksgiving). Halloween, yang berasal dari perkataan All Hallow's Eve atau All Hallows' Even (evening) diraikan sebagai cuti umum bagi golongan Kristian di seluruh dunia setiap 31 Oktober. Namun, sebelum Halloween menjadi sebahagian daripada perayaan Kristian, ia merupakan perayaan hari menuai penduduk barat Eropah, festival pemujaan untuk Celtic Samhain dan hari yang penuh dengan upacara tahyul.


Sejarah Halloween>>>

Asal usul perayaan ini dikesan melalui perayaan pemujaan dewi Rom yang bernama Pomona, dewi buah-buahan dan biji benih. Ia juga di dalam festival kematian yang disebut sebagai Parentalia yang berkaitan dengan festival Samhain dan Samhain dipercayai berasal dari perkataan Old Irish yang bermaksud 'summer end'; menandakan berakhirnya musim menuai dan bermulanya musim sejuk atau musim separuh gelap. Jadi penduduk pada zaman tersebut menyimpan stok makanan, korban dilakukan, unggun api dinyalakan dan ritual dilakukan bagi memuja musim separuh gelap tersebut.

Hari Halloween diraikan sebagai hari untuk orang mati kembali ke rumah keluarga mereka (lebih kurang seperti perayaan Hari Obon di Jepun) dan Samhain dipercayai akan datang bersama roh pada hari tersebut. Menurut amalan pada hari tersebut, manisan disediakan bagi menyambut kedatangan roh-roh yang bertandang, tanglung labu yang dihias (dikenali sebagai Jack O' Lantern) pula tanda menghormati ketibaan Samhain dan memakai pakaian kostum hantu merupakan simbolik untuk mengelak roh-roh jahat dari mengganggu mereka.


Kaitan All Saints' Day dengan Halloween>>>

Perayaan All Saints's Day merupakan hari menghormati golongan alim Kristian dan diperkenalkan pada 609, tapi pada asalnya ia diraikan pada 13 May.  Pada 835, tarikh perayaan ini ditukar menjadi 1 November (sama tarikh dengan perayaan Samhain) di atas perintah Pope Gregory IV. Ada sesetengah pendapat mengatakan ia kesan dari pengaruh Celtic, ada juga yang percaya ia merupakan idea pihak Jerman.

Jack O Lantern
Pada penghujung abad ke-12, hari tersebut menjadi hari cuti di Eropah dan pelbagai jenis tradisi sambutan mula wujud seperti membunyikan loceng, membuat kek, kanak-kanak dan golongan miskin mula datang menziarah dari pintu ke pintu untuk mengumpul kek 'jiwa' (dan kini menjadi Trick or Treat). Setelah pengaruh Kristian diserap masuk ke dalam perayaan Halloween, golongan Kristian percaya bahawa hari tersebut merupakan hari Jesus turun ke bumi bersama roh-roh lain dan menghukum golongan yang melakukan kesalahan. Selain itu, perayaan ini dilihat sebagai simbolik kitaran kehidupan dan mengajar mereka tentang kelangsungan hidup. Lama-kelamaan, perayaan ini menjadi satu kemestian dalam kalendar tahunan dan harus diraikan.


Kepercayaan karut Halloween

  • Halloween bermula dari amalan agama pagan. Kesemua kepercayaan karut ini bermula dari tradisi golongan Zaman Pertengahan yang takut pada sihir dan ilmu hitam, juga yakin pada dunia ghaib dan makhluk-makhluk halus. Oleh sebab itu, mereka yang meraikan perayaan ini akan memasang lilin sebagai penunjuk arah kepada nenek moyang dan saudara mara mereka yang sudah meninggal dunia untuk kembali ke rumah dan juga menunjukkan jalan kembali ke dunia roh mereka.
Kucing hitam
  • Kucing hitam simbolik kepada penjelmaan ahli-ahli sihir. Oleh itu, terserempak dengan kucing hitam di tepi jalan pada malam perayaan membawa maksud, 'anda bakal ditimpa bala bencana'.
  • Berjalan di bawah tangga yang sama juga membawa nasib buruk, dipercayai berasal dari kepercayaan Mesir Purba yang menyucikan simbol segitiga dan dikaitkan dengan keselamatan ketika berjalan di bawah tangga (seperti kata pepatah: sudah jatuh ditimpa tangga).
  • Memecahkan cermin, terpijak rekahan dan menumpahkan garam secara tidak sengaja merupakan simbolik nasib buruk, pembawa malang atau bala bencana.
  • Antara kepercayaan lain pada malam Halloween ialah golongan gadis yang sedang mencari jodoh hidup. Antara kisah yang pernah berlaku ialah seorang tukang masak menyembunyikan cincin dalam kentang lecek dengan harapan orang yang menemui cincin itu akan menjadi pasangan hidupnya. Selain dari itu, terdapat amalan berdiri dalam gelap di hadapan cermin akan membantu gadis-gadis muda melihat biasan bakal suami mereka di masa depan.
  • Walaupun perayaan Halloween meraikan roh-roh yang sudah mati, ada juga meraikan hari tersebut dengan kepercayaan romantis dan berusaha untuk mengelakkan bala bencana selama 7 tahun (memang mengarut~)
#Di Amerika, Halloween merupakan perayaan yang paling ditunggu-tunggu berbanding Krismas, Easter, Thanksgiving, dan Valentine. Rakyat Amerika menghabiskan $2.3 bilion untuk pembelian manisan bagi 41 milion kanak-kanak yang meraikan tradisi Trick or Treat.


Rujukan:


[p/s: Halloween ni hari bagi kanak-kanak Amerika rosakkan gigi diorang, doktor gigi amek OT, buah labu disia-siakan dan kedai gula2 amek kesempatan...~]

MaGi2012

TraveLog: Matang Family Park

28 October 2012/ Sunday

Sunday morning, rain is falling,
Steal some covers, share some skin,
Clouds are shrouding us in moments unforgettable,
You twist the mold that I am in...


Sunday morning, 8 o'clock, the sizzling rain turned out to be quite heavy. The atmosphere began to be very cold and damp, plus, hungry. Yet, it doesn't stopped us to go and have fun this watery weekend. Yes, we're going to refresh ourselves inside the cold mountain water at Matang Family Park.

Matang Family Park

Matang Family Park, part of national treasure in Kubah National Park is located 22 km from Kuching and covers an area of 87.50 acres of largely undisturbed forest. Yes, it is. I can smell something what we called as 'tranquility' and 'pure plush' in there. 

Maybe I should called it as 'corner of the earth'.








Maps of Matang Family Park (open link in new tab for a better view)



Situated at foothills of the gradual valley of Gunung Serapi (one of the famous local mountain at Kuching, probably once a prince, loved by two well known princesses which were Santubong and Sejinjang), the refreshing mountain water of Sungai Cina feels wintery in the morning after the rain between the untouched natural flora and fauna. Green thingie decorating the landscape, combined by the water streaming over rock ledges and boulders. I'm pleased to say that this place is very convenient for self leisure, family activities and unofficial gathering---one of the best site for town people getting out from the bustling city life. It has provided a wide place for BBQ pits, picnics, playground, campsite, jungle trekking, showers and toilets, snack food stall, wooden benches, cottages, and a wide space for social activities (school trip, school batch reunion, organisation event etc).

It is open 8am-5pm in daily including public holidays and the fee entrance is RM3.00 for the adult above 18, RM2.00 for teenagers (13-18 years old), RM1.00 for children (7-12 years old) and free for children below 7. Buses are not available to reach this place, so if you (my readers) wants to come here, you have to drive your car, ride someone's vehicle or rent a vehicle.

Few images while at Matang Family Park


Sign board of Matang Family Park, counting minutes to go there.

The river flow over the rocks and boulders, place where I sat and soak my feet.

Look at here first, a good way to get to know this place..^^

I never thought once in my life that Bintawak is the name of a tree.
I've learned something from those trees over there.

Smile everyone!

A wide place for activities, get the idea now where to
throw your reunion with old buddies?

Another view (at above); the nature scene of the river cascade and its
scattered small bight.

"Oh, chicken, oh chicken, wherefore art thou  Chicken?"

Now, it's time for us to search another place for our weekend.


Images: Mine ^o^
Magi2012
References: SEDC Tourism, UncleAwangcapture.blogspot.com

Thursday 25 October 2012

Pengertian Aidil Adha

10 Zulhijjah merupakan tarikh untuk perayaan Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Aidil Adha. Pada hari tersebut, haiwan ternakan (Al-An 'am) ditumbangkan dan daging sembelihan disedekahkan kepada orang ramai. Namun, di sebalik kegembiraan berkumpul dan bergembira dengan keluarga, adalah lebih baik untuk kita mengimbas sedikit pengertian Aidil Adha sebagai peringatan; kisah pengorbanan seorang bapa kepada Allah swt.

Hari Raya Aidil Adha disambut di seluruh dunia, perayaan terbesar bagi umat Islam selain Hari Raya Aidil Fitri yang jatuh pada 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun, bermula dengan takbir Raya pada malam 10 Zulhijjah, diikuti oleh solat sunat Aidil Adha pada sebelah pagi dan khutbah lalu diteruskan dengan ibadah korban. Pada 10,11, 12, dan 13 Zulhijjah, hari tersebut dikenali sebagai Hari Tasyrik (yang bermaksud Hari Makan Minum), hari yang diharamkan untuk berpuasa.


Kisah di sebalik Aidil Adha ini bermula dengan mimpi Nabi Ibrahim as (juga dikenali sebagai Abraham bagi orang Kristian) yang memerintahkan Nabi Ibrahim as supaya menyembelih anaknya yang bernama Ismail (atau Ishmael). Kemudian, Nabi Ibrahim as memberitahu pada isterinya, Siti Hajar mengenai mimpi tersebut. Pada sangkaan Siti Hajar (disebut sebagai Hagar dalam kitab Injil), mimpi itu hanya mainan tidur tapi ternyata mimpi itu merupakan wahyu dari Allah swt dan Nabi Ibrahim as menerimanya dengan penuh kerelaan.

Walau bagaimanapun, orang ramai menyangka Nabi Ibrahim as sudah gila kerana sanggup menyembelih puteranya sendiri. Pada hari yang dijanjikan, Nabi Ibrahim as dan anaknya tiba ke sebuah bukit, dan cuba diganggu oleh syaitan yang menyerupai seperti manusia. Di situ, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as melontar batu bagi menghalau hasutan syaitan (yang akhirnya menjadi sebahagian daripada ibadah haji iaitu ibadah melontar ketiga-tiga Jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah). Setelah berjaya melepaskan diri dari gangguan syaitan, Nabi Ibrahim as menjalankan tugasnya dengan penuh keredhaan. Namun, putera Nabi Ibrahim as akhirnya digantikan dengan seekor qibas dan mereka mengucapkan syukur kepada Allah swt di atas rahmat dan kasih sayangNya.


Maka, pengertian pengorbanan yang sebenar adalah; kasih sayang kita terhadap Pencipta haruslah melebihi kasih terhadap makhluk.

Pengertian Aidil Adha

  • Pada 10 Zulhijjah, Adam dan Hawa telah dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah di luar kota Mekah (juga menjadi sebahagian daripada ibadah haji)
  • Berdasarkan hadis terjemahan, amalan yang lebih disukai oleh Allah swt terhadap anak-anak Adam ialah melakukan ibadat korban.
  • Pada hari raya Aidil Adha, disunatkan memakai pakaian yang cantik, bersih serta memakai wangi-wangian. Menurut hadis riwayat Muslim,  "Sesungguhnya Allah swt itu Maha Indah dan menyukai keindahan."
  • Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas ra yang bermaksud, 'Rasulullah saw telah datang ke Madinah sedangkan mereka sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah saw bertanya, "Hari apakah yang dua hari ini?" Mereka menjawab; kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah. Kemudian, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt telah menggantikan dua hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha."
  • Ibadat korban menjadi satu kewajipan kepada umat Islam sebagai peringatan kepada kesanggupan Nabi Ibrahim as mengorbankan anaknya sendiri untuk Allah swt yang kemudiannya digantikan kepada qibas (atau juga disebut sebagai domba).

Hari Raya Aidil Adha berdasarkan kalendar Hijrah

1433: 26 Oktober 2012 (tahun ini)
1434: 15 Oktober 2013
1435: 4 Oktober 2014
1436: 23 September 2015
1437: 11 September 2016
1438: 01 September 2017
1439: 21 Ogos 2018
1440:11 Ogos 2019
1441: 31 Julai 2020
1442: 20 Julai 2021
1443: 09 Julai 2022


Rujukan:


[p/s: Salam Aidil Adha untuk para pembaca. Semoga Aidil Adha pada tahun ini bermakna untuk anda semua]

Monday 22 October 2012

Urban Legend: Kisah Seram di Sarawak

Kisah seram, kat mana2 pun mesti ada cerita supernatural ni (tapi tak dijadikan drama bersiri macam Supernatural Dean dan Sam Winchester). Actually, aku membesar dengan cerita macam ni, dan aku memang suka sangat dengar cerita2 seram. Kalu Shah Alam ada cerita rumah seram with busut besar kat kawasan main air Wet World tu, atau cerita pemandu takde kepala kat Karak Highway or kisah seram pasal  hantu merayau kat Jambatan Pulau Pinang, (pendek kata, semua tempat pasti ada makhluk paling seksi dan seksa)...Sarawak pun ada kisah tersendiri. Aku sebenarnya nak share kisah ni dalam bahasa sendiri (yakni bahasa Sarawak) tapi aku takut non Sarawakian susah nak faham. Jadi untuk bersikap adil, saksama dan lebih berwawasan, aku gunakan bahasa yang korang bleh catch up ^^

Kisah Satu: Biji Mata Celah Siling

Ni kisah benar yang terjadi kat aku sendiri 19 tahun setengah yang lalu. Masa tu, atuk aku masih hidup lagi. Masa tu, kem polis (tempat aku tinggal) dan Kampung Astana Lama (lokasi rumah atuk, sekarang dah jadi area Masja) terletak berdekatan jadi kitorang selalu ke situ dengan berjalan kaki. Suatu hari, parent aku decide nak tidur semalam dua kat rumah atuk. Memandangkan kitorang memang close ngan atuk dan nenek jadi kitorang tak kisah nak stay berapa lama pun. Untuk malam pertama kitorang bermalam kat situ, aku nak tidur sebelah atuk aku. Tau pulak kakak aku mengalah, biasanya dia yang menang. So, tidurlah aku bersama atuk dan nenek (actually, nenek tidur kat tepi katil antik dengan tilam kekabu dia). 

Malam tu, aku rasa macam tak ada perasaan untuk tidur, aku masih kecik masa tu. Untuk beberapa jam, aku just tengok muka atuk aku dan tarik kulit kendur kat hujung siku dia (tak tau apa pasal). Kemudian, aku dongak ke arah siling, konon nak kira bape ekor anak biri melumpat pagar. Tapi sesungguhnya, bukan anak biri yang aku nampak, tapi bijik mata besar dan bulat tengah merenung aku kat celah siling yang belum dibaiki. Untuk beberapa saat, aku main mata dengan bijik mata itu sambil bercakap sendiri, "besarnya bijik mata ni, mata manusia ke?". Setelah puas bermain mata dengan bijik mata, aku berbisik kat telinga atuk dan cakap, "pak nek, ada bijik mata kat atas atap" dan tiba-tiba!---atuk aku tutup mata aku dan cakap, "tidur..."

Esok, bila aku bangun aku bagitau mak ada bijik mata yang tengok aku malam semalam. Mak aku kata, "la, bijik mata cicak tu." Aku balas balik, "bijik mata cicak kecik...yang tu besar." Terus mak aku terdiam dan tak cakap apa2. Sekarang, baru la aku tau bijik mata tu kepunyaan makhluk kecik pendek...aku rasa korang tau makhluk apakah itu dan tau apa pasal ada crita makhluk pendek kat area Masja.

Kisah Dua: Hantu Janet

Kisah hantu Janet merupakan kisah seram yang femes sekitar tahun 60-an, berlaku di kawasan Batu 4 dan Batu 5 di mana korang boleh lihat begitu banyak sofa konkrit, yakni jirat cina kat situ dan masih ada sampai sekarang.. Kisah Janet ni ada banyak versi, kononnya dia mati bunuh diri lepas jadi mangsa rogol atau mati dibunuh orang lepas jadi mangsa rogol. Tapi menurut versi abah aku yang berpindah ke kawasan Batu 4 dan 5 pada era 60-an (masa tu la era seram kat Kuching), Janet, seorang gadis Cina yang berusia 20-an mati dirogol orang.

Cerita dia macam ni, sempena dengan kejayaan tunang Janet melanjutkan study ke oversea, parent diorang adakan majlis pertunangan sebelum tunang Janet bertolak. Si tunang tu ambik flight malam sebab nak spend masa dengan Janet. So, bila masuk waktu malam, Janet decide nak hantar tunang dia sendiri (maybe malu nak kiss2 depan mak bapak dia or malu nak nangis). Lepas hantar tunang dia kat airport, dia pun balik lalu jalan yang sama (dulu jalan kat Batu 4-5 tak macam sekarang; gelap, sunyi, semak belukar). Kemudian, dia berhenti kat situ bila ternampak kayu melintang kat tengah jalan. Niat dia nak alih kayu tu sebab kereta yang dia guna (Ford jenis lama kalu tak silap) tak boleh naik atas kayu tu. Lepas tu....

Berbalik kat kisah orang tua Janet yang tunggu anak dara diorang yang cantik kat rumah. Si ibu nampak Janet ada kat bilik. Tapi Janet macam mengelak nak jumpa si ibu. Setiap kali parent dia nak bercakap, Janet masuk tandas, masuk bilik, keluar rumah. Orang tua Janet mula curiga dengan sikap anak dara diorang. Apa dah jadi terhadap Janet lepas hantar tunangannya ke airport?

Kemudian, kisah awek Cina yang suka tumpang orang mula heboh kat sekitar Batu 4 dan 5. Penduduk yang tinggal kat Kampung Jawa, Haji Baki mula rushing balik kerja (abah aku yang ikut kelas sekolah malam pun cuak masa tu). Pukul 6, jalan raya kat Batu 4-5 dah sunyi sepi. Dikatakan ada la Wak yang lalu jalan tu sekitar pukul 6, terjumpa awek Cina yang nak menumpang motosikal dia. Wak tu kasi la tumpang (sebab tak tau cerita) sampai hujung jalan yang dekat dengan jirat. Bila sampai rumah, Wak tu tercium bau busuk kat tempat duduk belakang motosikal. Lepas tu baru la Wak tu tau pasal kisah Janet.

Selepas 6 bulan berlalu, orang tua Janet tak penah bercakap atau bersua muka dengan anak diorang. So, diorang decide untuk tanya hal tu kat bakal menantu diorang. Kebetulan tunangan Janet balik untuk cuti semester so dia pun rushing balik bila dengar Janet berkelakuan pelik, dan sentiasa pakai baju merah, kasut merah, baju yang dipakai Janet masa hari pertunangan 6 bulan lepas. Tunangan Janet mintak tolong seorang sami sebab dia dapat rasa ada yang tak kena dengan Janet. Sangkaan lelaki tu akhirnya menjadi betul bila kereta Janet ditemui di bawah bukit dan mayatnya pula disumbat di dalam laluan air besar yang baru saja siap. Janet mati dirogol tetapi tiada siapa yang tahu siapakah si jahat itu.

Sunday 21 October 2012

Anda Suka Tidur?

Credits: Guardian.co.uk
Tidur. Semua manusia suka tidur, melainkan manusia yang ada masalah fobia terhadap mimpi, workaholic atau insomnia. Manusia dewasa menghabiskan masa 8 jam untuk tidur malam dan  2-3 jam untuk tidur tengah hari, kata orang barat, 'take a nap'. Jumlah jam tidur kanak-kanak pula lebih tinggi bagi tumbesaran mereka. Secara purata atau kiraan kasar, manusia dewasa menghabiskan 12 jam setiap hari untuk aktiviti 'mati sementara'. Jadi tidur sebenarnya memberi khasiat dan juga keburukan kepada si penidur, terpulang bagaimana anda menguruskan jadual tidur. Tapi, tak kira apa pun pro dan kontra untuk isu tidur, manusia memang tak boleh lari dari tidur selama-lamanya, iaitu mati.


Tidur yang Baik.
  • Merangsang kesihatan dalaman supaya lebih cergas dan segar.
  • Tidur yang cukup adalah rahsia awet muda.
  • Tidur memainkan peranan yang penting untuk mengaktifkan otak untuk pembelajaran.
  • Tidur meningkatkan daya ingatan.
  • Tidur meningkatkan kreativiti dalam pemikiran.
  • Merupakan cara yang terbaik untuk memperbaiki kelesuan dan tekanan.
  • Tidur mampu menenangkan perasaan yang terganggu.
  • Dikatakan tidur yang cukup dan selesa mampu menurunkan berat badan.

Kesan terlebih tidur.
  • Semestinya...malas.
  • Badan terasa lenguh dan sakit sendi.
  • Tidak produktif dalam pekerjaan.
  • Tidak fokus dalam membuat sesuatu perkara.
  • Mendatangkan penyakit seperti sakit kepala dan masalah mata.
  • Muka kehilangan seri (pucat dan tidak bermaya)
  • Berat badan mudah naik (bagi orang yang mengalami risiko metabolisme rendah).
  • Yang pasti, terlebih tidur adalah kebalikan dari semua perkara baik seperti yang di atas.


Jadi, tidurlah anda menurut keperluan, dan tidurlah anda apabila tiba masanya.

MaGi2012.

Saturday 20 October 2012

One of These Nights

seattlehowposters.com
I wrote a story of a long road,
Where there were no parts to begin,
Nor a place to ended with,
It was a long way where I did not walk with my feet,
Or crawled with a pair of bare hand,
It was just a long road where people were watching,
But they can never touched me.


I wrote a story of life,
Where life is a life,
When life started with life and after life,
It was a cloudy sketch of graveness,
When all dreams were broke as a single dream,
And emerged from somewhere's hope,
It was a deep dream of life time,
It was just an old dream of no time.


I wrote a story of a wealth,
A master who walked with a wife and a mistress,
A madam who talked with a husband and a lover,
A man who crossed with the brain and agony,
And a woman who mocked with her face and martini,
It were the common wealth of gold and relationship,
The proudly wealth of nation and race,
With words to brag, a culture to swag,
As if there were no one who born better like them,
And speak like no one is greater than them,
Wealth changed human become a better sapien,
And wealth do turns human to become such a homo.


I wrote a story of a fate,
With some thoughts that the world will be understand,
Some words will be accepted,
Or at least its voice will be heard,
As it tried to speak louder than whispering,
Yet it just a nude day with an empty hand,
Thousand tails were came out and shake the earth,
Watch the tears and taste the flesh,
All inks were dried to say more,
All papers were crushed to place for,
There were millions of flowers and the golden pots of rainbows,
But the business of warfare puts the bleeding scar to grow.


I wrote a story of nights,
Where I spent the eyes to watch of these lights,
There was a moment when I saw a tunnel,
A long old tunnel, a long old road,
Which reminds me with all broken tiles and pearls,
As they saw me and stood up coldly like marbles,
I was looking for happiness that costs me a pile of tears,
Full boxes of scar, thousand buckets of pain,
And the priceless pay of bitter salt,
Teased by a sweet fate that come for another teaser,
Then I lighted up the dark with two piece of matches,
"This would never stand last," I whispered,
And I might died in waiting,
It was the word that stabbed my ground,
As I was sitting down inside one of these nights.

2010-2012-1912021184125
MaGi2012 (Cat City, Mal)

Friday 19 October 2012

Resepi Mee Jawa

Image credits: Trymasak.com
Feedjit melaporkan ada visitor yang carik resepi mee jawa kat sini. Setelah emak rummage dapur cari buku resepi, at the end emak jumpa resepi mee jawa versi mak cik punya dan di sini aku paparkan resepi mee jawa from my city...have a nice day ^^


Bahan-bahan

Mee kuning
Tauge
Telur rebus
Tauhu goreng yang dipotong dadu
Bawang goreng
Isi daging rebus yang dipotong
Cili merah yang dipotong
Udang goreng (sampingan)
Fish cake (sampingan)
Sate ayam/daging (sampingan)


Cara membuat kuah mee jawa
  • Ubi keledek berwarna oren direbus dan dilecek/dikisar bersama sedikit air.
  • Masukkan cili kering yang sudah dikisar (letak banyak kalau nak pedas)
  • Tumis bawang merah, putih, halia dan sedikit rempah sampai naik baunya.
  • Kemudian, masukkan daging dan udang kering yang sudah dikisar.
  • Untuk memekatkan kuah, tambahkan tepung gandum atau tepung jagung sedikit.
  • Masukkan gula, garam, penambah perisa (Ajinamoto) dan air asam jawa secukup rasa.
  • Masukkan air rebusan daging dan biarkan mendidih.

*boleh ubah ikut selera anda...dan selamat mencuba.

MaGi2012

Karakteristik Troll dan Meme


Era trolling di Internet sekarang amat femes, dan diterima sebagai cara yang baik untuk kenakan orang. Trollface merupakan karakter paling awal untuk meme, istilah yang merujuk kepada ekspresi muka mengikut situasi dan disusun menjadi rage comic. Rage comic pula komik pendek (dalam satu set) bagi memaparkan kemarahan atau emosi mudah yang lain. Rage comic juga digunakan secara meluas dan dicirikan sebagai bentuk komunikasi yang diterima dan standard komunikasi dalam talian.

(Baca lagi...)

Kefemesan rage comic ni dikaitkan oleh golongan tertentu sebagai cara 'mengusik', bergurau dengan maksud bersama ungkapan, ekspresi muka yang dikenalpasti dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Ada jugak yang ditranslate ke bahasa lain. To make it short, rage comic merupakan cara yang paling mudah dan cepat untuk sampaikan mesej.


(Seterusnya...)

Karakter Meme dalam rage comic


Cereal Guy


Direka oleh Bob Averill pada 2007, watak Cereal Guy ni simple macam orang lidi. Mesti ada scene tengah makan bijiran. CG juga gelarkan dirinya sebagai Cereal Killer dan mempunyai karakter yang bersifat pelbagai, skeptik dalam banyak hal. Tapi setiap scene akan diakhiri dengan bijiran tersembur keluar dari mulut (sebab tak percaya/terkejut dengan sesuatu hal) ataupun drooling.





F*ck Yea

F*ck Yea wujud pada 2010, merupakan karakter bermuka sombong, lawan kepada karakter Forever Alone. FY mempunyai keyakinan, treat diri sendiri sebagai the winner dan takde orang yang boleh halang dia untuk berjaya dapatkan sesuatu (so sebab tu la nama dia F*ck Yea!)

Lol Guy

Lol Guy merupakan karakter yang senang untuk korang nak faham. LG sangat suka ketawa dalam situasi yang kelakar dalam rage comic (dan kadang2, muka LG ni boleh menjadi sinis bagi jenaka yang ada kaitan ngan korang).

Me Gusta

Maksud nama Me Gusta ni ialah 'I Like' dalam Spanish, sesuai untuk ekpresi 'teramat suka' akan sesuatu hal. MG digunakan dalam mengekspresikan rasa suka terhadap isu  perverse atau pelik sehinggalah ke situasi yang biasa. MG ni dilukis oleh Matt Oswald untuk 4Chan dan Reddit pada Mac 2010.



Okay Guy

Bila takde upaya nak ubah sesuatu perkara, ni la muka paling sesuai, just say okay for everything. Okay Guy ni karakter yang frust disebabkan dia tak boleh stand up apa yang dia nak. Jadi OG ni just terima apa yang orang cakap/buat.


Poker Face Guy

Ni bukan lagu Lady Gaga. Muncul pada tahun 2010, Poker Face Guy ni karakter yang cuba buat muka bodoh untuk sembunyi rasa malu dalam situasi yang menjanggalkan. PF ni cuba buat2 tak tau dan harap2 hal tersebut cepat2 selesai.

Rage Guy

Rage Guy ni karakter paling basic dalam rage comic (nama pun rage guy kan?), wujud pada tahun 2008. RG ni menunjukkan ekpresi marah yang asli, rasa marah membuta tuli dan situasi yang menyakitkan hati dalam kehidupan seharian. Biasanya RG ni digambarkan dengan statement 'fffffuuuuuuu.....' dan dikaitkan dengan karakter Derp yang tengah marah.



Trollface

Ni karakter yang paling senior antara meme yang lain. Troll face ni ekspresi muka seorang prankster yang mengenakan orang. Topik yang dibincangkan akan diakhiri dengan persoalan sebagai contoh, 'U mad, bro?'. Trollface ni dah wujud lewat 80-an dan sekarang dah jadi ikon muka prankster kat Facebook.



Forever Alone

Forever Alone merupakan karakter yang berlawanan dengan karakter F*ck Yea. FA ni bermuka sedih, sentiasa sorang2, individu yang takde kawan dan apa saja yang berkaitan dengan rasa sunyi. Muka FA ni femes menerusi komik April Fool pada tahun 2010. 





Challenge Accepted Guy

CAG ni karakter yang sanggup/terima apa saja cabaran, walaupun cabaran tu kadang2 tak masuk akal, gila dan pelik. CAG digambarkan dengan karakter silang tangan dengan muka sombong dan asal karakter ni bermula dari drama siri How I met Your Mother musim kedua episod ke-6 tahun 2006 oleh Neil Patrick Harris dan disebut jelas dalam  HIMYM musim ke-4 episod 19-Murtaugh.



Derpina

Derpina merupakan karakter Derp versi perempuan, selalu jadi watak emak, kakak, kawan perempuan, jiran perempuan, teman wanita atau kenalan Derp yang skeptikal dan selalu tunjuk rasa marah (bila marah muka Derpina akan bertukar macam Rage Guy).


OMG/Oh Crap Guy

OMG Guy ni karakter rage yang meluahkan rasa terkejut, marah atau sedar akan sesuatu hal (maybe rasa tak percaya lepas kena tipu, kecewa sebab kena tipu atau menyampah sebab ditipu...pendek kata, ini la muka OMG). 





Yao Ming/ B*tch Please

Karakter BP atau YM ni wujud dari pemain basketball Cina yang bernama Yao Ming, karakter tersenyum lebar (dengan mesej 'dumb b*tch) sebagai reaksi tak peduli dengan apa yang orang lain cakap. Karakter YM ni muncul pada tahun 2009 apabila Yao Ming hadir dalam sesi temubual bersama wartawan dan buat muka B*tch Please bila member lain blah secara tiba2.



Y-U-No Guy

Yuno Guy ni dipercayai berasal dari ekspresi muka watak anime Jepun yang bertajuk Gantz, Chapter 55: Naked King yang release tahun 2002 dan ditranslate pada tahun 2009. Kemudian, frasa Y-U-No ditambah sebagai simbolik untuk mempersoalkan sesuatu (sebagai contoh, rakyat Libya guna YUNO untuk persoal kerajaan diorang).








Untuk rujukan lanjut/atau nak tau karakter meme yang lain, korang boleh klik kat sini.


Thursday 18 October 2012

Cerita Rakyat Sarawak

Menerusi Feedjit, ada visitor datang ke blog ni nak cari info mengenai cerita rakyat Sarawak. Minta maap, aku tak tulis lagi bab tu. Jadi, setelah mendapat kelapangan dan sumber yang elok, maka hari ni mari imbas sedikit cerita-cerita rakyat di Sarawak.


Asal Rumbia.

Ada seorang lelaki tua bernama Busui terjumpa beberapa batang pokok rotan semasa merayau di dalam hutan. Busui mengambil rotan tersebut lalu dibawa pulang dan memindahkannya ke tempat yang lebih elok. Busui mengambil keputusan untuk menjaga pokok tersebut dengan baik. Namun, lama-kelamaan, pokok tersebut mula beransur-ansur berubah daripada biasa. Pokok itu akhirnya berubah sama sekali.

Kemudian, anak Busui bertanya pada bapanya pokok apa yang ditanam oleh bapanya. Kata Busui, "inilah pokok rotan tangatangeh, buah rotan inilah yang selalu dimakan monyet." Namun begitu, rotan tangatangeh itu membesar dan akhirnya digelar balau atau rumbia. Busui mula menyedari akan bunyi tangisan menyerupai manusia. Tangisan itu ialah tangisan rotan yang mendapati pokoknya sudah bertukar menjadi rumbia. Kemudian, pokok rumbia menjadi sasaran baru monyet dengan memakan umbut dan pucuknya.

Maka, Busui terpaksa memasang perangkap dan menghalau monyet dari mengganggu tanamannya. Akhirnya, pokok rumbia selamat dari monyet, hidup subur, membiak dan perkampungan berkenaan juga turut menjadi besar. Orang Melanau pada zaman dahulu menjadi golongan pertama yang menyedari buah rumbia boleh bertukar menjadi rotan lembah dan buah rotan boleh bertukar menjadi rumbia.


Kisah Orang Keramat.

Ia berlaku di Kampung Kepayang apabila kampung tersebut didatangi oleh seorang pendakwah Islam yang alim. Lelaki alim itu mengajar penduduk pelbagai jenis ilmu tentang Islam. Namun, kehadiran beliau tidak disenangi oleh sekumpulan orang yang jahil agama. Maka, guru agama tersebut difitnah kononnya beliau mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang.

Apabila tuduhan tersebut sampai ke telinga suami wanita tersebut, si suami naik berang lalu nekad untuk membunuh lelaki alim tersebut. Pada suatu hari, ketika lelali alim itu berjalan-jalan seorang diri di Muara Padeh untuk mandi dan mengambil wuduk, si suami menjejaki beliau. Apabila tiba di kawasan hutan, si suami terus keluar menyerang lelaki alim dengan menggunakan parang tajam dan membunuh lelaki alim tersebut dengan kejam. Badan lelaki alim itu dicencang lumat dan dibiarkan di situ.

Kemudian, berita kematian tersebut sampai ke pengetahuan ketua adat iaitu Abang Abdul Kadir. Beliau berusaha mengumpul bahagian badan lelaki alim dan mendapati darah orang alim itu berwarna putih. Beliau yakin lelaki alim itu bukan orang sembarangan. Lantas, orang alim itu dikebumikan di Muara Padeh dan sehingga sekarang masih ada sebuah muara yang mengalir ke Ulu Padeh dan sebuah lagi ke Layar. Kubur iru di tengah-tengah dan tanjung itu masih ada, tidak putus. Sungguhpun begitu, keturunan lelaki yang membunuh lelaki alim itu tidak boleh menziarahi kubur tersebut kerana mereka pasti akan diburu oleh penyengat. Cuaca juga akan bertukar mnejadi buruk-hujan, ribut dan kilat.


Pengembara Cina dan kawan-kawan.


Ada seorang pengembara Cina bernama Chong tiba ke perkampungan yang dihuni oleh Melayu dan Iban. Chong sentiasa membawa buku bersamanya tetapi dia tidak pandai membaca atau menulis. Tabiat ini berlaku disebabkan oleh ayahnya. Kata ayah Chong, sekiranya dia tidak pandai membaca dan menulis, maka dia haruslah belajar dengan orang lain. 

Pada suatu hari, Chong terserempak dengan lelaki Iban bernama Keling. Chong tidak faham bahasa Iban, demikian juga dengan Keling. Maka mereka berhubung menerusi bahasa isyarat. Kemudian, mereka berdua menemui lelaki Melayu yang membawa buku bersamanya. Lelaki Melayu itu pandai membaca dan menulis jawi. Oleh itu, lelaki Melayu itu mengajar mereka membaca dan menulis jawi sedikit demi sedikit. Lama kelamaan mereka berdua pandai berbahasa Melayu.

Pada suatu hari, mereka bertiga mahu ke seberang. Terdapat sebatang sungai di hadapan mereka dan tidak ada sebarang jalan penghubung untuk ke seberang. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk mengharung sungai. Chong mengikat buku pada tocangnya, lelaki Melayu itu menggonggong bukunya, Keling pula mengikat buku pada cawatnya.

Setibanya mereka di seberang, Chong mendapati bukunya basah dan tulisan di dalamnya menjadi cakar ayam (sebab itulah tulisan Cina menjadi seperti sekarang). Lelaki Iban pula mendapati bukunya hancur dan tulisannya sudah melekat pada kaki dan tangannya (maka sebab itu wujud tradisi Iban mencacah tatu). Buku lelaki Melayu itu selamat dan dia berniat untuk membawa rakannya ke tempat seterusnya.

Di tempat baru, Chong mendapati ada golongan Melayu di situ menternak itik. Chong mengambil keputusan untuk menetap di situ dan berniaga itik. Keling dan lelaki itu berpisah mengikut jalan sendiri dan lelaki Melayu itu meneruskan kerja mengajar orang tulisan jawi. Pada suatu hari, lelaki Melayu itu mengeja perkataan Melayu dengan tulisan jawi. Salah seorang muridnya tersalah dengar dan menyangka Melayu itu Melano. Lelaki Melayu itu menegur,  "bukan Melano, tetapi Melayu". Dari situlah wujud perkataan Melano.

Wednesday 17 October 2012

Trivia Troll Face: Trend kat Facebook

Trollface bertukar jadi Mickey Mouse
Troll style; inilah fasa paling latest dan glemer kat Facebook sekarang dengan frasa 'do not feed the trolls' atau DNFT. Secara harfiahnya, Troll ni manusia yang post perkara yang boleh provoke orang. Dengan kata lain, post tu boleh provoke secara luaran atau dalaman menerusi topik mesej sama ada dalam talian komuniti, bilik sembang atau blog. Provokasi tu biasanya boleh mengganggu emosi dan perbincangan dengan mesej provokatif seperti "That was an excellent troll you posted."


Perkataan troll sebenarnya berasal dari bahasa Old French iaitu troller. Dalam kamus French-Inggeris, trôler membawa maksud 'memimpin atau menarik seseorang'. Dalam bahasa Inggeris moden, troll merupakan istilah mengumpan ikan atau menarik umpan ikan. Apabila istilah troll untuk mengumpan ikan semakin terkenal, troll kini mula memasuki jaring baru yang bernama Internet.

Dalam bahasa Old Norse, troll merupakan makhluk dongeng dalam cerita rakyat (cerita rakyat Scandinavia), kisah tentang makhluk yang nakal dan cenderung dengan benda jahat dan kerosakan. Istilah troll ni didakwa dah digunakan pada lewat tahun 1980, bagi merujuk tentang salah laku ber-internet tetapi trolling actions yang sah dilaporkan pada 1992. Sekarang, istilah troll kini lebih bersifat subjektif dengan memaparkan situasi yang menyebabkan korang rasa korang dah kena. Pada tahun 2008, trollface digunakan sebagai subjek trolling dalam budaya Internet.


Sekarang, mari tengok beberapa contoh trollface...nak tau lebih gi Google sendri..>>> 


Situasi trolling yang femes kat Facebook

Trollface lepas guna Loreal Revitalift

Muka troll bila jadik pompuan

Muka troll bila ada rambut

Muka troll bila sebijik cam Emma Watson...(sebijik lo..)

dan ni bila Trollface bertukar jadik Joker...
MaGi2012 
______________________________
*Trimas pada Wikipedia and beberapa website yang terlibat dengan Trollface =D